PENGENALAN PERLEMBAGAAN :
Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom. Perlembagaan
menjadi
asas
penting
untuk
menjamin
kesinambungan
pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada Negara.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan :
“Perlembagaan ini adalah undang-undang undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat berlawanan dengan itu”.
Perkara 4(1)
Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Sejarah Ringkas Perlembagaan Malaysia
Sejarah perlembagaan moden Malaysia bermula pada akhir abad ke 19, ketika kerajaan British menguasai Tanah Melayu.
Kronologi ringkasnya adalah seperti berikut:
1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai
Majlis
Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan . Semua undang-undang yang
dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguh pun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu.
1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP, MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negerinegeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian
dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat menjadi kuat. Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British) diserahkan kepada Dewan
Negeri.
Persekutuan
Jawatan
Ketua
Setiausaha
ditukar
kepada
Setiausaha
Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor termasuk
kuasa
memberi
ampun
pada
orang
salah.
Gabenor
boleh
membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan. Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat undang-undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan oleh Majlis Perundangan Malayan Union.
1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu
ditubuhkan
pada
2
Februari
1948.
Majlis
Perundangan
Persekutuan
ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang .
Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masingmasing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal
lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.
Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34
anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.
Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh Lord
Reid.
Jawatankuasa
ini
diberi
tugas
merangka
Perlembagaan
Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat .Jawatankuasa ini
mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan
laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.
Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.
Julai 1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undangundang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi
Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.
Kandungan Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13 Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat.
Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:
-
agama Islam sebagai agama rasmi;
-
kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak;
-
kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan,
-
soal kerakyatan.
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA KEPADA BEBERAPA ASPEK PENTING
Pemerintahan Beraja
Pemerintahan beraja memang telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri¬negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik, khususnya sebelum penjajahan British. Namun semasa penjajahan British. kuasa mutlak raja mula terhad iaitu raja mesti menerima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali dalam adat istiadat Melayu clan agama Islam. Hal yang sama juga berlaku apabila British memperkenalkan Malayan Union yang turut menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu. Tetapi selepas Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu, kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan semula apabila Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan. Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Menurut konsep Raja Berperlembagaan ini, raja-raja bertindak mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan. RASIONAL PERKARA 153
Perkara utama yang perlu diambil perhatian dan dihayati ialah semasa proses penggubalan Perlembagaan terdapat semangat persefahaman, akomodatif, berkongsi kuasa dan sedia berkorban yang begitu tinggi dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu. Sebagai rakyat, kita perlu menghayati perkara ini kerana Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan kepada sesiapa sahaja. Semasa proses penggubalan Perlembagaan dilakukan, beberapa cadangan diberi pertimbangan untuk disepakati. Dalam proses ini, semangat akomodatif yang
tinggi berlaku antara orang Melayu dan bukan Melayu berkaitan dengan kepentingan masing-masing atau dikenali sebagai kontrak sosial. Sebagai contoh, kaum Melayu melonggarkan syarat kerakyatan bagi bukan Melayu sementara kaum bukan Melayu menerima hakikat kedudukan istimewa kaum Melayu. Pada ketika itu, kaum Melayu menerima prinsip jus soli iaitu dengan mengurniakan kerakyatan bagi mereka yang lahir selepas merdeka dan kerakyatan yang lebih longgar bagi etnik bukan Melayu yang dilahirkan sebelum merdeka. Pelaksanaan prinsip ini telah memberi hak kerakyatan kepada lebih 800,000 orang bukan Melayu (Jadual 6.5). Bagi sebuah negara demokrasi, kewarganegaraan amat berharga kerana setiap warganegara mempunyai hak untuk mengundi dalam setiap pilihan raga bagi menentukan kerajaan yang memerintah. Selain itu, hak kewarganegaraan ini juga meliputi semua hak yang sah di sisi undang-undang. Hak kewarganegaraan pula merupakan manfaat yang dinikmati serta merta oleh orang bukan Melayu, sedangkan hak istimewa orang Melayu perlu mengambil masa yang lebih lama untuk dinikmati manfaatnya. Hal ini jelas apabila jumlah pengundi bukan Melayu meningkat daripada 15.6 peratus pada tahun 1955 kepada 43.7 peratus pada tahun 1959. Sebaliknya, jumlah pengundi Melayu telah berkurangan daripada 84.2 peratus pada tahun 1955 kepada 56.2 peratus pada tahun 1959 (Suruhanjaya Pilihan Raya 1959). Hak istimewa orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Perkara 153 tidak boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
Perkhidmatan Awam
Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa menjadi tanggungjawab Yang Di-Pertuan Agong untuk menentukan rizab bagi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan suatu kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan yang baginda fikirkan perlu. Namun dalam melaksanakan tanggungjawabnya, baginda tidak boleh melucutkan jawatan
awam yang dipegang oleh seseorang. Hal yang sama juga bagi semua orang (tidak mengira golongan etnik) yang menyandang jawatan dalam perkhidmatan awam mestilah diberi layanan yang sama rata. Terdapat rasional yang munasabah bagi merizabkan untuk orang Melayu dan Bumiputera
Sabah
dan
Sarawak
suatu
kadar
bilangan
dalam
perkhidmatan
persekutuan kerana pada zaman penjajah dan pada awal kemerdekaan sedikit sangat bilangan orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan (Mohamed Suffian Hashim, 1987).
Ekonomi
Rata-rata orang Melayu yang terdiri daripada golongan pesawah padi, penoreh getah dan nelayan berada dalam kemiskinan (64.8 peratus) berbanding bukan Melayu (26 peratus) pada tahun 1970 (Banci Penduduk 1979, Jabatan Perangkaan). Keadaan ini menunjukkan majoriti orang Melayu berada dalam kemiskinan, terutamanya di kawasan luar bandar. Kesan daripada peninggalan pemerintahan penjajah inilah, orang Melayu tertinggal sebagai pemerhati di sebalik kegiatan ekonomi dan perubahan yang sedang berlaku di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu (Haris Md. Jadi, 1990). Jurang pendapatan antara golongan Bumiputera dengan bukan Bumiputera masih lagi tinggi. Sebagai contoh, RM1 pendapatan bagi orang Melayu berbanding RM2.3 bagi orang Cina dan RM1.8 bagi orang India pada tahun 1970. Begitu juga dengan negeri-negeri yang majoritinya ialah Melayu dan Bumiputera mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi, iaitu melebihi 60 peratus pada tahun 1970. Majoriti orang Melayu ini terdapat di negeri-negeri Perlis, Terengganu, Kedah dan Kelantan. Dari segi pemilikan kekayaan negara pula pada tahun 1970 bagi orang Melayu ialah 2.4 peratus dan bukan Melayu ialah 34 peratus. Ternyata hal ini masih lagi berterusan sehingga dalam Rancangan Malaysia Kesembilan juga, matlamat pencapaian sebanyak 30 peratus pemilikan kekayaan negara oleh orang Melayu masih belum tercapai.
Oleh itu, orang Melayu masih perlu dibantu dan dibimbing terutamanya dalam melahirkan
Masyarakat
Perdagangan
dan
Perindustrian
Bumiputera
(MPPB).
Pembangunan MPPB akan diteruskan sebagai pendekatan utama dalam menyusun semula masyarakat dan memastikan penyertaan Bumiputera yang lebih luas dalam ekonomi (Rancangan Malaysia Kesembilan). Maka, Perkara 153 wajar digunakan untuk mencapai tujuan ini. Antaranya, ialah memberi kemudahan lesen perniagaan dan premis perniagaan yang strategik. Jika langkah ini tidak dilaksanakan, usaha untuk mewujudkan MPPB hanya akan tinggal impian. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Tun Abdul Razak sewaktu memberi ucapan dalam Persidangan Khas UMNO pada 9 Mei 1971 iaitu: "Kita perlu mewujudkan satu golongan pengusaha dan pedagang dalam kalangan orang Melayu clan ahli Bumiputera daripada semua lapisan dengan cara 'estructurinq atau menyusun semula masyarakat Melayu di luar bandar yang sematamata bergantung pada pertanian dan mengubah menjadi masyarakat moden yang berlandaskan perusahaan dan perdagangan di samping pertanian." Pendek kata, faktor pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan yang tidak adil dan tidak seimbang dalam kalangan rakyat merupakan faktor yang paling kuat mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia (Sanusi Osman, 1987). Dengan itu, wajarlah Perkara 153 memperuntukkan bahawa orang Melayu mendapat keistimewaan dalam bidang ekonomi agar jurang perbezaan ekonomi dapat dihapuskan. Pendidikan
Penjajah British telah meninggalkan sistem pendidikan yang terus mengekalkan orang Melayu dalam keadaan tertindas. Sistem pendidikan British pada masa itu sekadar untuk menjadikan petani Melayu yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Hal ini diburukkan lagi dengan keadaan sekolah Melayu yang begitu teruk tanpa perabot yang cukup, kekurangan buku teks dan bahan bacaan serta ibu bapa Melayu sudah mula hilang kepercayaan terhadap sekolah Melayu (Laporan Barnes, 1951). Merujuk kepada bilangan pelajar peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam negara pada tahun 1970, bagi Bumiputera ialah 40.2 peratus
(3084 pelajar) berbanding bukan Bumiputera iaitu 56.2 peratus (4311 pelajar). Keadaan ini tidak begitu baik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia kerana terdapat jurang perbezaan golongan profesional antara etnik. Sebagai contoh, golongan profesional Bumiputera (arkitek, akauntan, jurutera, doktor, juruukur can peguam) pada tahun 1970 ialah 4.9 peratus (225 orang) berbanding bukan Bumiputera iaitu 84.3 peratus (3859 orang) dan sehingga kini masih lagi ketinggalan. Jika diteliti sehingga sekarang, Perkara 153 masih perlu diteruskan ke arah mencapai matlamat yang dikehendaki. Namun, pada masa yang sama, pelbagai kemudahan dan keistimewaan turut diberikan kepada etnik bukan Melayu dalam aspek pendidikan. Sebagai contoh, apabila negara mencapai kemerdekaan, Kerajaan pada masa itu tidak terus menghapuskan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Sebaliknya, kerajaan tetap mempertahan kewujudan sekolah¬sekolah tersebut walaupun Penyata Razak 1956 mahu mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan seperti yang terkandung dalam perenggan 12 iaitu: "Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur." Begitu juga dengan kewujudan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan matrikulasi yang dikhususkan kepada orang Melayu. Dengan tujuan merapatkan lagi hubungan etnik dan perpaduan dalam kalangan pelajar, keistimewaan ini turut diberikan kepada orang bukan Melayu apabila Kerajaan membenarkan mereka memasuki MRSM dan matrikulasi dengan kuota 10 peratus. Pada masa yang sama juga, kemasukan pelajar ke IPTA melalui sistem kuota juga telah ditukar kepada sistem meritokrasi iaitu pemilihan pelajar berdasarkan prestasi akademik tanpa mengira golongan etnik. Walaupun
kedudukan
istimewa
mengenai
pendidikan
telah
termaktub
dalam
Perlembagaan, namun pelbagai sikap akomodatif antara Melayu dan bukan Melayu telah diwujudkan dalam usaha ke arah memantapkan lagi hubungan etnik di Malaysia.
RASIONAL PERKARA 152
Para pemimpin negara menyedari bahawa perlu diwujudkan bahasa kebangsaan sebagai wadah komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hasil permuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Persefahaman menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak menjejaskan penggunaan bahasa ibunda kaum lain; malah adalah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Rasional pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah kerana bahasa Melayu menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad lamanya, lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan berbanding bahasa lain. Menyentuh bahasa Melayu sebagai lingua franca, William Mars ada menjelaskan (Mohd. Salleh Abas, 1985): "Bahasa Melayu yang dianggap berasal dari Semenanjung Tanah Melayu dan telah berkembang melalui kepulauan timur dan menjadi lingua franca di dunia tersebut, dituturkan di mana-mana di sepanjang pantai Sumatera dan digunakan tanpa campuran apa-apa di negara Kepulauan Minangkabau dan tanah jajahannya dan difahami ke setiap bahagian pulau." Sebelum Perang Dunia Kedua. bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan kehakiman di Negeri-Negeri
Melayu
Tidak
Bersekutu,
Jabatan
Polis,
dan
sebagainya
bagi
memudahkan urusan pentadbiran kerana kakitangannya terdiri daripada pelbagai kaum (Mohd. Salleh Abas, 1985). Keadaan ini diperkuat lagi oleh hakikat bahawa bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi apabila Johor menerima Penasihat Inggeris pada tahun 1914. Sebagai contoh, dalam surat bertarikh 11 Mei 1914, Sultan Ibrahim (Sultan Johor) menulis surat kepasa Sir Arthur Young, Gabenor Singapura (Maxwell and Gibson 1924; dalam Mohd. Salleh Abas, 1985):
"Beta juga perlu meminta penerimaan Yang Dipertua terhadap prinsip bahawa bahasa Melayu dan Inggeris harus diterima sebagai bahasa rasmi untuk digunakan dalam mahkamah keadilan beta dan dalam semua jabatan kerajaan beta. Berhubungan dengan penulisan bahasa Melayu huruf Jawi perlu diberikan pengiktirafan rasmi." Begitu juga, pegawai-pegawai Eropah yang memegang lebih 95 peratus jawatan Kumpulan Bahagian I perlu mempelajari bahasa Melayu, mengambil ujian berbahasa Melayu dan dikehendaki lulus, barulah boleh ditempatkan di Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu (Mohamed Suffian Hashim, 1987). Keadaan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa perantaraan rasmi walaupun pada zaman penjajahan Inggeris. Hal ini telah diperakukan oleh Tan Siew Sin dalam Majlis Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957, iaitu "Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan yang besar terhadap kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saga nyatakan, sebagai contoh, Perlembagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan mengembang bahasa Cina dan Tamil, ataupun bahasa-bahasa lain. Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalakkan dan dipelihara, mereka bersetuju. Saya sebutkan kejadian ini untuk menunjukkan kepada mereka di luar bulatan bahawa pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan luas." RASIONAL PERKARA 3
Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia juga tidak membimbangkan kaum lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan. Islam dipilih sebagai agama rasmi kerana telah bertapak lebih 600 tahun lampau dan banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang Melayu sehingga sekarang berbanding agama lain. Begitu juga, semasa penjajahan British, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan mereka menyerahkan urusan agama Islam kepada Raja-Raja Melayu.
Islam juga diterima sebagai agama Persekutuan kerana sesuai dengan takrif "Melayu" seperti didefinisikan dalam Perkara 160 Perlembagaan Malaysia. Begitu juga pada zaman penjajah melalui perjanjian damai dan persahabatan dengan Raja-Raja Melayu, walaupun mereka berjaya mendapatkan hak untuk memberi nasihat yang bersabit dengan pentadbiran negara, namun agama Islam dikecualikan. Sebagai contoh, Perkara 2 perjanjian antara Negeri-Negeri Selat dan pembesar-pembesar memerintah Negeri Sembilan bertarikh 20 Jun 1895 telah dipersetujui bahawa mereka mengaku janji untuk menurut nasihat Residen British dalam semua hal ehwal pentadbiran selain soal yang menyentuh agama Islam (Mohd Salleh Abas,1985). Hal yang sama juga bagi perjanjian antara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu dengan pihak British. Raja-Raja Melayu mesti menerima nasihat British dalam pentadbiran negeri kecuali adat istiadat dan agama Islam. Perlembagaan Malayan Union 1946 dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menukar peranan Inggeris daripada penasihat kepada pentadbir Persekutuan Tanah Melayu secara langsung. Namun demikian, adat istiadat orang Melayu dan agama Islam tidak disentuh oleh British.
Di
negeri-negeri
Melayu
sebelum
penjajahan
British,
penggunaan
undang¬undang Islam telah diperkenalkan dan diiktiraf seperti dalam kes Ramah lawan Laton, Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang-undang tersebut (Ahmad Mohamed Ibrahim, 1997).
Hubungan Etnik
Sebagaimana
yang
kita
sedia
maklum,
perlembagaan
berfungsi
untuk
mewujudkan satu bentuk pemerintahan negara yang adil dan mampu untuk memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Perlembagaan akan membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya tanpa berlakunya penyalahgunaan kuasa. Seterusnya, kita akan melihat sejauhmana kepentingan perlembangaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
Menurut Hasnah Husin (2007), kewujudan perlembagaan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menjurus kepada sesetengah kaum sahaja . Sebagai contoh, Perkara 152 dalam Perlembagaan
Malaysia mewartakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Namun begitu, kewujudan bahasa rasmi atau kebangsaan tidak menjejaskan bahasa ibunda kaum lain malah bahasa ibunda mereka di jamin oleh Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan
juga
bertujuan
mengawal
pergerakan
kerajaan
dan
rakyat.Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kuasa
kepada seseorang pemerintah ataupun kerajaan agar dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan mengikut tuntutan perlembagaan. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan dominasi kuasa oleh sesuatu pihak atau kaum . Di samping itu, Perlembagaan Persekutuan Malaysia turut
memperuntukkan kuasa kepada rakyat melalui kebebasan asasi yang termaktub pada Perkara 5-13 dalam perlembagaan Malaysia. Hal ini menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Sebagai contoh, Perkara 5(1), Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Oleh hal demikian, pergerakan atau tingkah laku rakyat akan dapat di kawal dan keharmonian serta kesejahteraan negara akan terjamin.
Perlembagaan Malaysia turut menggariskan beberapa perkara untuk Yang diPertuan Agong bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa . Menurut Perkara 34(3), Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersil. Hal ini mengelakkan baginda mengunakan kuasa yang ada untuk mengaut keuntungan yang bersifat peribadi. Disamping itu, Perkara 40(1A) turut menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat Perdana
Menteri,
yang
mengetuai
jemaah
menteri.
Langkah
ini
juga
dapat
mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah iaitu Yang di-Pertuan Agong.
Sistem politik Malaysia adalah warisan sistem politik beraja telah wujud sekian lama. Justeru itu, sistem politik beraja telah dimaktubkan dalam perlembagaan tetapi diwujudkan
dalam
konteks
Raja
Berpelembagaan.
Menurut
Shamsul
Amri
Baharuddin(2007), perlembagaan bertujuan untuk menjamin kedaulatan institusi beraja, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan undang-undang melalui
Perkara 181. Oleh hal demikian, kedaulatan raja-raja melayu akan dipertahankan dan menjadi simbol taat setia rakyat kepada institusi beraja. Di samping itu, melalui Perkara 10(4) turut menyatakan batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, islam, orang melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. Melalui lunas-lunas perlembagaan ini, kemakmuran negara kita yang mempunyai pelbagai kaum akan sentiasa terjamin dan
menjunjung institusi beraja yang
wujud sekian lama.
Perlembagaan juga menjadi wadah untuk menyelesaikan masalah khususnya berkaitan undang-undang. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjadi undangundang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undangundang persekutuan dan negeri. Semua jenis undang-undang yang diluluskan tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak sah . Sebarang masalah dalam penggubalan
undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan..
Perlembagaan Malaysia juga berperanan dalam memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Bagi menjamin keadilan antara kaum, kebebasan ini dihadkan.
Hal ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan oleb Bab I Perkara 10(2)(a) kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain, yang akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum serta mengancam keselamatan negara. Bagi tujuan ini, Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan pada tahun 1970 yang mengehadkan hak kebebasan seseorang bercakap. Akta ini tidak membenarkan seseorang itu bercakap dengan sewenangwenangnya sehingga menyentuh isu sensitif yang boleh menimbulkan rusuhan kaum. Dengan ini perlembagaan menjamin keselamatan setiap rakyat daripada dianiaya.
Perlembagaan Malaysia juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan oleh
mana-mana pihak. Hal ini kerana keistimewaan ini adalah jaminan awal sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah dan Sarawak bersetuju memasuki Malaysia pada tahun 1963. Antara perkara yang dikaitkan dengan hak keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang melayu ialah Tanah Simpanan Melayu, kuota dalam perkhidmatan awam,biasiswa kerajaan,pendidikan awam,lessen perdagangan
dan
permit
(Paimah
Atoma,2008) Walau
bagaimanapun
semua
warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum adalah sama rata di sisi undang-undang (Perkara 8 (1)), bebas menganut dan mengamal agama masing-masing (Perkara 11(1)) dan berhak memiliki harta (Perkara 13). Selain perkara di atas, terdapat juga peruntukan mengenai hak pelajaran (Perkara 12 (1)) yang menegaskan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan bayaran yuran
ke institusi pendidikan yang diselenggarakan oleb kerajaan. Oleh itu, isu-isu yang memperjuangkan hak sama rata antara bumiputera dan bukan bumiputera perlu di ambik perhatian serius kerana ini akan mengancam keharmonian negara. Pihak yang menuntut hak sama rata ini juga perlu meneliti isu ini daripada sudut perundangan dan perlembagaan agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang.
Bagi menjamin kesetiaan rakyat, Perlembagaan Persekutuan Malaysia turut menggariskan perkara mengenai unsur taat setia. Perkara 24 menyatakan bahawa seseorang itu akan diperintah dilucutkan kerakyatannya sekiranya kerajaan Malaysia berpuas hati bahawa seseorang itu telah memperoleh kerakyatan negara lain. Manakala Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang itu diarahkan dilucutkan kerakyatannya sekiranya terbukti yang dia tidak setia atau tidak suka kepada negara ini. Oleh hal demikian, keharmonian serta kemakmuran negara tidak akan tercalar disebabkan perbuatan tidak setia ataupun belot pada negara dan derhaka kepada Yang di-Pertuan agong.
Menurut Mustafa Ishak ( 2006), dalam karyanya Politik dan Pemerintahan Negara, perlembagaan mempunyai peranan penting dalam memastikan keutuhan dan
kestabilan sesebuah negara. Kerajaan adalah unsur yang tidak kekal dalam pembentukan negara, dan apabila berlaku pertukaran kerajaan maka perlembagaan akan berperanan untuk memberi panduan dan rujukan mengenai urusan perlantikan dan pemilihan pemerintah. Oleh hal yang demikian, kestabilan negara akan terus bertahan kerana kerajaan yang baru akan mengikut lunas undang-undang yang digariskan dalam perlembagaan. Mustafa Ishak ( 2006) turut menyatakan, kerajaan yang berpelembagaan dikatakan wujud apabila sesebuah negara diperintah menurut undang-undang dan prinsip-prinsip perlembagaan dan prosedur pemilihan pemerintah itu selari dengan peraturan dan panduan perlembagaan
KESIMPULAN
Displin
dan
persefahaman
merupakan
elemen
yang
penting
kepada
kesjahteraan dan harmoni sesebuah negara apatah lagi negara tersebut dihuni oleh pelbagai kaum. Di Malaysia sejak ditubuhkan, perlembagaan persekutuan telah Berjaya mengekalkan keharmonian dengan menyediakan garis panduan kepada semua rakyat serta agensi kerajaan yang harus dipikul serta perkara-perkara yang perlu difahami demi mengekalkan keamanaan yang sefang dinikmati. Walaupun wujud beberapa isu mengenai kandungan perlembagaan yang sedia ada namun ia tidak mengugat kepentingannya kepada rakyat dan negara.
Bibliografi
Shuid, Mahdi & Yunus, Mohd. Fauzi (2001). Malaysian Studies, p. 50. Longman. ISBN 983-74-2024-3.
Putra, Tunku Abdul Rahman (1986). Political Awakening, p. 31. Pelanduk Publications. ISBN 967-978-135-6.
Abdul Aziz Bari (2003) Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas Dan Masalah,Dewan bahasa Dan Pustaka ISBN: 9836271856 Kuasa-kuasa Polis Diraja Malaysia (Lembaga Penyelidik Undang-undang)International Law Book Services
Noor Aziah Mohd Awal (2005)Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia () International Law Book Services