PERATURAN PERMAINAN MONOPOLI (Briefing untuk peserta dan bankers)
Permainan ini dimulakan di petak START/GO dan berjalan seterusnya mengikut angka yang ditunjukkan pada dadu.. Pemain yang berhenti diatas sebuah tanah tan ah bangunan yang belum dimiliki oleh lain pemain, berhak membelinya dari bank dgn harga yg telah ditentukan di papan permainan. Jika pemain tersebut tidak berhasrat membeli tanah bangunan tadi maka bank berhak menjualnya kepada penawar yg tertinggi. Tujuan utama memiliki tanah bangunan sebanyak mungkin ialah memungut sewa dari pemain yg berhenti diatas tanah milik tersebut. Wang sewa dapat dipungut lebih banyak lagi jika diatas tanah bangunan didirikan rumah-rumah atau hotel. Hanya kalau sudah memiliki 1 kompleks tanah bangunan (lihat huruf abjad yg bersamaan), pemain dibenarkan untuk membina rumah-rumah atau hotel. Petak 2 ‘Community Chest’ dan ‘Chances’diberi apabila pemain sampai di petak berkenaan dan pemain mesti melakukan apa yang diarahkan oleh kad tersebut.
ALAT-ALAT PERMAINAN
1. Token - Setiap pemain diberikan satu token yang digerakkan sekeliling papan permainan mengikut jumlah bilangan yang diperolehi dengan membalingkan dua buah dadu. 2. Dadu - Dua buah dadu disertakan dengan permainan Monopoly. 3. Sebuah papan permainan yang dilengkapi dengan petak-petak menerangkan tanah bangunan,stesen,sewa beli, chance, community chest dan penjara. 4. Kad geran tanah untuk setiap keping hartanah yang diterakan di atas papan permainan. Kad geran tanah diberikan kepada pemain yang membeli hartanah tersebut pada harga yang ditetapkan. Kad geran tanah boleh ditukar milik mengikut persetujuan pemain. Keempunyaan tanah membolehkan pemain mengutip sewa daripada pemain yang singgah di atas tapak hartanya mengikut kadar sewaan yang dituliskan di atas kad geran tersebut. Kad geran tanah memberikan harga (nilai) harta waktu dibeli, kos pembinaan rumah pembinaan rumah ataupun hotel ataupun hotel di atas harta tersebut, harga sewaan yang bergantung kepada berapa banyak rumah ataupun hotel yang dibina di atas harta tersebut. 4.1 Hartanah meliputi 22 harta di jalan-jalan tertentu dibahagikan kepada 8 kumpulan mengikut warna dengan dua ataupun 3 harta bagi setiap kumpulan. Pemain mestilah melengkapkan harta dalam sesuatu kumpulan (ada “monopoly” bagi kumpulan warna itu) untuk membolehkan dia memajukan harta tersebut dengan pembinaan rumah ataupun hotel.
4.2 Pemain juga dikira menguasai “Monopoly” dengan mempunyai geran untuk kedua-dua syarikat utility (air dan elektrik) ataupun kesemua stesen kereta api semasa permainan. Syarikat utiliti dan stesen kereta api tidak boleh dimajukan dengan rumah ataupun hotel. 4.3 4 stesen kereta api . Pemain mendapat kadar sewaan lebih tinggi jika mempunyai lebih daripada satu stesen kereta api. 4.4 2 syarikat utiliti (air dan elektrik). Pemain akan mengutip sewaan pada kadar lebih tinggi sekiranya mempunyai kedua-dua syarikat utiliti. 5. Wang kertas Monopoly – jumlah wang yang boleh dikeluarkan oleh bank secara teorinya tidak had, dan jurubank boleh mengeluarkan surat kredit ataupun lain-lain cara untuk merekodkan kewangan (kebiasaannya jurubank mengeluarkan I.O.U. kepada pemain). 6. 32 buah rumah diperbuat daripada plastik dan 12 buah hotel juga diperbuat daripada plastik. Bilangan rumah tidak boleh ditambah semasa permainan, dan jika kesemua rumah sudah digunakan, pemain yang hendak memajukan hartanya tidak boleh membina rumah sehingga ada pemain lain yang menjual rumah mereka. Keadaan yang sama juga diguna pakai untuk pemain yang hendak memajukan hotel di atas harta mereka. 7. 16 keping cards “Chance” dan 16 keping kad “Community Chest ”. Pemain membuka kad berkenaan apabila sampai ke tapak “Chance” ataupun “Community Chest ” dan mengikut arahan yang tertera di atas kad berkenaan.
PERSEDIAAN Setiap pemain akan diberikan wang Monopoly sebanyak $1500 yang akan dibahagikan kepada nilaian wang berikut:
2x $500, 2x $100, 2x $50, 6x $20, 5x $10, 5 x $5 dan 5 x$1.
PERMULAAN Permulaan membuang dadu secara bergilir-gilir, pemain yang membuang dadu yang paling banyak angka akan memulakan permainan dahulu. Permainan dimulai petak START/GO. Setelah itu,pemainan akan dijalankan mengikut aliran sesuai dengan angka dadu ke petak-petak menurut arah panah. Jika token pemain terhenti di satu tapak tanah atau bangunan, petak itu dapat dibeli oleh pemain dan pemain perlu membayar sewa jika tapak tersebut telah dimiliki oleh pemain yang lain, atau membayar pajak dan sebagainya.
KEADAAN JIKA DADU MENUNJUKKAN NILAI YANG SAMA Pemain dapat terus berjalan , akan tetapi pada lembaran ketiga jika angka dadu tetap menunjuk angka yang sama, maka pemain harus segera masuk PENJARA GAJI:
Setiap pemain yang melalui petak START diberi honararium (gaji) sebanyak $200 oleh bank.
PEMAIN YANG BERHENTI DITANAH BANGUNAN YANG BELUM DIMILIKI ORANG Bila seseorang pemain berhenti diatas TANAH BANGUNAN yang belum dimiliki orang lain, dengan cara melempar dadu maupun dengan paksaan KAD CHANCE atau KAD COMMUNITY CHEST ,pemain tersebut mendapat hak untuk membeli tanah bangunan tersebut, dengan harga yang sudah ditetapkan, melalui bank. Setelah membeli tanah bangunan dan mendapat kad hak milik dari bank, kad tersebut harus di letakkan diatas meja. Jika pemain tidak mahu membeli tanah bangunan yang menjadi haknya, ia harus mengembalikan kepada bank untuk dijual kepada penawar yang tertinggi. Semua pemain berhak mengajukan penawaran ,tidak terkecuali yang menolak pembelian tadi. BERHENTI DITANAH BENGUNAN YANG DIMILIKI ORANG Bila seseorang pemain berhenti ditanah bangunan yang telah dimiliki pemain lain, dengan perantaraan dadu maupun karena diharuskan oleh kad CHANCE atau COMMUNITY CHEST ,pemilik tanah bangunan mana berhak memungut sewa atas tanah tersebut sesuai dangan tarif yang telah ditetapkan di kad hak milik. Selanjutnya kalau diatas tanah bangunan itu didirikan rumah-rumah atau hotel sewanya dapat dipungut lebih tinggi dari tanah yang belum dibangun. Tanah yang didagang kepada bank tidak berhak memungut sewa dan kad harus diletakkan terbalik. PERHATIAN : Seorang pemilik tanah kalau alpa memungut sewa waktu giliranya kehilangan haknya. (sewa tidak dapat di pungut lagi) BERHENTI DI CHANCES ATAU COMMUNITY CHEST Pemain haruslah mengambil kad yang paling atas setelah menurut arahan yang tertera pada kad tersebut, kad itu perlu dikembalikan dibahagian bawah sekali himpunan kad2 community chest yg lain.. Hanya kad keluar dari penjara dapat ditahan hingga terpakai atau dijual kepada lain pemain. BERHENTI DIATAS PETAK PAJAK
Perlu membayar sewa kepada tuan tapak/premis terbabit.
BANK Tugas bank ialah membayar gaji-gaji dan hadiah-hadiah serta menjual tanah-tanah bangunan, rumah-rumah, hotel-hotel, dan meminjamkan uang dengan cara hipotik. PENJARA
Pemain harus masuk penjara disebabkan perkara yang berikut: 1)
Buah permainan yang mewakili permain berhenti di petak arahan untuk masuk ke penjara.
2)
Mendapat perintah masuk penjara dari kad CHANCE
3)
Kedua-dua buah dadu menunjukkan angka sama sebanyak 3x. Jika pemain masuk penjara ia tidak berhak menerima $20.000 dari bank tiap-tiap kitaran. Kalau seorang pemain berhenti di petak
PENJARA karena lemparan dadu. Pemain tidak perlu dipenjarakan han ya melalui sahaja dan tidak dikenakan hukuman penjara.
KELUAR DARIPADA PENJARA
Seseorang pemain dapat keluar dari penjara apabila : 1)
Lemparan dadu menunjukkan angka yang sama.
2)
Membeli sebuah kad “keluar dari penjara” dari pemain lain yang mendapatnya.
3)
Memberi wang denda $5000 kepada bank sebelum tiba gilirannya.
4)
Pemain diberi kesempatan 3x lempar dadu untuk mendapat angka yang sama, setelah itu ia harus segera membayar dendanya $5000 kepada bank dan berjalan terus menurut angka dadu.
RUMAH-RUMAH Rumah dapat dibeli dari bank hanya jika seorang pemain memiliki tanah bangunan 1 kompleks ( dijelaskan dengan huruf abjad) rumah-rumah harus didirikan dengan jumlah yang sama setiap petak. Dengan memiliki 1 kompleks TANAH BANGUNAN dengan rumah, pemain dapat dapat memungut sewa 2x ganda. Rumah dapat dibeli pada bila-bila saja dengan jumlah menurut kemampuannya, akan tetapi harus merata tiap petak 1 rumah dan seterusnya. HOTEL-HOTEL Setiap pemain harus memiliki 4 rumah dalam 1 siri TANAH BANGUNAN sebelum ia dibenarkan membeli sebuah hotel. Harga hotel telah ditentukan di kad hak milik tanah. Setelah membeli hotel tersebut pemain harus menyerahkan ke-4 rumahnya kepada bank, (diatas tanah bangunan hanya diperbolehkan membangun 1 hotel). KEKURANGAN BANGUNAN Diwaktu bank telah kehabisan rumah untuk dijual kepada pemain, mereka yang hendak mendirikan rumah harus menanti hingga salah seorang pemain mengembalikan rumahnya kepada bank. Kalau pembeli lebih dari 1 orang, maka rumah tersebut dilelang. MENJUAL HARTA KEKAYAAN Bagi tanah bangunan yang belum dibangunkan, stesen perusahaan-perushaan dapat dijual belikan sebagai transaksi peribadi antara pemain dan pemain dengan harga tidak terbatas. Tanah bangunan dilarang dijual belikan bilamana 1 kompleks tanah bangunan masih terdapat rumahrumah yang belum dikembalikan kepada bank. Rumah dan hotel dapat dijual kembali kepada bank, dengan syarat bank hanya membeli separuh harga. Mengenai hotel yang di jual, bank hanya membayar separuh harga hotel ditambah dengan separuh jumlah dari harga 4 rumah. MORTGAGES (Tanah digadaikan kepada bank) Harga kekayaan hanya dapat dicagarkan kepada bank. Harga cagaran telah ditetapkan di kad
hak milik, dan bunganya talah ditetapkan 10% dibayar setelah cagaran ditebus. Tanah bangunan yang dicagarkan : setelah ditawarkan kepada lain pemain, dapat ditebus oleh pemilik kad ini, dengan syarat disamping membayar wang cagaran harus juga membayar bunga 10%. Kalau pemilik baru gagal menebusnya, ia harus tetap membayar bunga 10% dan kalau kelak ia berhasil menebusnya, disamping membayar bunga 10% wajib pula membayar harga pokoknya.
BANGKRUPCY/MUFLIS Pemain akan diisytiharkan muflis kalau ia hutang tidak dapat dibayar. Segala harta kekayaan harus diserahkan kepada creditor (pemberi hutang) dan perlu berhenti dari permainan.
KETERANGAN LAIN
Jika seorang pemain hutang kepada yang lain, ia dapat membayar hutangnya ½ berupa wang tunai & ½ lagi dengan kekayaannya. Pihak pemiutang pada kebiasaannya sering membeli kad hak milik lebih tinggi dari harga cagaran, dengan niat untuk mengelakkan pemain lain memiliki tanah bangunan tersebut.