It is a presentation about the gravity dams in civil engineering. It demonstarates how to solve a gravity dam problem.
ft pada ischialgiaDeskripsi lengkap
VNBGVMNM
Full description
Deskripsi lengkap
Full description
CONTOH SURAT REKOMENDASIFull description
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PERATURAN PERTANDINGAN DAM HAJI
1.0 FORMAT PERTANDINGAN
1.1. Format pertandingan ialah secara KALAH MATI . 1.2. Setiap unit dikehendaki menghantar wakil sebanyak dua orang untuk menyertai pertandingan ini. 1.3. Sebelum permainan berlangsung, peserta dan lawannya dikehendaki melakukan wan ‘
tu som . Mana-mana peserta yang mendapat 3 mata dahulu akan memulakan ’
permainan dam haji. 1.4. Masa yang ditentukan bagi satu perlawanan ialah selama 15 minit.
2.0 CARA BERMAIN
2.1 Terdapat dua pemain sahaja. 2.2 Seorang pemain menggunakan kepingan gelap (hitam/merah), dan seorang lagi kepingan cerah (merah/putih). 2.3 Setiap buah dam hanya boleh bergerak secara pepenjuru sama ada kiri atau kanan dari satu petak ke petak yang lain sekiranya petak tersebut kosong (tidak mempunyai buah dam yang lain). 2.4 Bila seorang pemain melompat (makan) ke atas kepingan lawan, dia akan mengambil kepingan tersebut. 2.5 Sekiranya mana-mana buah dam pemain berjaya sampai ke hujung papan lawan, ia dikatakan "naik haji". 2.6 Buah haji ini biasanya dibezakan dari buah biasa dengan meletakkan satu lagi buah di atasnya (disusun dua tingkat). Keistimewaan buah haji ialah ia boleh pergi seberapa banyak petak yang dikehendaki. dikehendaki.
3.0 PERATURAN PERTANDINGAN .
3.1 Jika pihak lawan cuai atau terlupa memakan mana-mana buah dam pemain maka buah dam pihak lawan boleh dirampas oleh pemain. 3.2 Memakan buah dam di atas garisan yang sama hanya boleh dilakukan sekiranya ia tidak melanggar atau makan balik buah dam yang dimakan. 3.3 Masa berfikir satu-satu pergerakan adalah dihadkan selama 15 saat. 3.4 Masa untuk satu perlawanan berlangsung ialah selama 15 minit.