PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC : 960220-09-5012 GURU : PUAN AIZATUL FITRAH BT IBRAHIM
SENARAI KANDUNGAN BIL
PERKARA
1.
Sejarah Ibadah Haji
2.
Manasik Haji
3.
Pelaksanaan Haji
4.
Niabah dalam Haji
5.
Pengurusan Haji di Malaysia
MUKA SURAT
PENGERTIAN Seseorang itu tidak mengerjakan haji dengan sendiri, tetapi haji dikerjakan oleh orang lain sama ada dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.
Para ulamak mazhab Shafie mengharuskan niabah haji dalam dua keadaan:
i.
HUKUM NIABAH DALAM HAJI
ii.
Untuk orang yang tidak mampu melakukan haji dengan sendiri sama ada kerana terlalu tua atau sakit berat yang tidak ada harapan untuk sembuh. Dalam keadaan ini dia hendaklah mendapatkan orang lain melakukan haji untuknya sama ada secara sukarela atau dengan bayaran upah asalkan ia berpatutan.
Untuk orang yang mati sebelum sempat menunaikan haji sedangkan dia berkemampuan.
Para ulamak mazhab Hanafi mengharuskan niabah haji sama ada untuk orang yang sudah mati atau untuk orang yang masih hidup jika dia tidak mampu melakukannya sendiri.
Menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Maliki niabah haji adalah makhruh untuk orang yang sudah mati dan tidak sah untuk orang yang masih hidup.
DALIL NIABAH HAJI
Daripada ibnu Abbas RA. dari Fadl bahawa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, "Wahai Rasulullah saw.! bapaku sangat tua. Apakah difardhukan haji keatasnya, sedangkan dia tidak berdaya untuk menunggang untanya? Sabda nabi S.A.W: kerjakanlah haji untuknya.
Daripada ibnu Abbas RA. bahawa seorang wanita dari Juhainah datang kepada nabi Muhammad S.A.W. dan berkata: Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, (tetapi dia tidak melakukannya) sehinggalah dia meninggal dunia. Bolehkan aku menunaikan haji untuknya? Sabda baginda: ya, lakukanlah haji untuknya, apa pandanganmu jika ibumu berhutang, adakah kamu melunasinya?, tunaikanlah (hutang) Allah, (hutang) Allah lebih utama untuk ditunaikan.
Para ulamak mutaqaddimun (terdahulu) mazhab Hanafi tidak mengharuskan amalan mengupah haji dan amalan-amalan lain yang berkaitan dengan ibadah seperti azan, mengajar Al-Quran dan sebagainya.
HUKUM UPAH NIABAH HAJI
Namun begitu para ulamah muta’akkhirun (sekarang) mazhab Hanafi serta para ulamak mazhab-mazhab lain termasuk mazhab Shafie mengharuskannya berdasarkan hadis: daripada ibnu Abbas RA. berkata, sabda Rasulullah S.A.W: sesungguhnya perkara yang paling berhak kamu perolehi upah terhadapnya ialah kitab Allah.
SYARAT-SYARAT NIABAH HAJI
1. Na’ib haji iaitu wakil atau orang yang mengambil upah haji mestilah sudah menunaikan haji untuk dirinya dengan sempurna.
2. Na’ib haji mestilah meniatkan haji untuk orang yang diwakili atau orang yang mengupahnya.
3. Na’ib haji hendaklah melakukan ibadah haji untuk seorang sahaja pada satu musim.
4. Na’ib haji hendaklah berihram pada miqat orang yang dihajikan untuknya atau pada tempat yang sama jauh dengan miqat tersebut. Jika ditentukan kepadanya sesuatu miqat, dia hendaklah berihram pada miqat yang ditentukannnya itu.
5. Na’ib haji hendaklah seorang yang cukup keahlian untuk melakukan amalan-amalan haji dan umrah dengan sempurna sebagaimana dia mengerjakannya untuk dirinya sendiri.
6. Na’ib haji mestilah mendapat keizinan daripada orang yang dihajikan untuknya jika dia masih hidup.
7. Jika na’ib haji menunaikan haji secara upah, orang yang ditunaikan haji tersebut mestilah belum menunaikannya lagi kecuali jika dia mewasiatkannya, atau para pewarisnya mengizinkannya.
8. Segala perbelanjaan niabah haji hendaklah mencukupi. Jika dia telah meninggal dunia, segala perbelanjaan diambil dari harta peninggalannya. Jika hartanya tidak mencukupi para pewarisnya disunatkan umtuk melakukan haji tersebut.
HIKMAH NIABAH DALAM IBADAH HAJI
Memberi peluang kepada seseorang untuk melaksanakan kewajipan ibadah haji walaupun dia tidak dapat melakukannya sendiri. Memberi peluang terutamanya kepada para pewaris seseorang untuk berbakti kepadanya walaupun setelah dia meninggal dunia.
INFO AD-DIN
Jantina menjadi syarat dalam niabah haji
Menurut mazhab Hanafi, niabah haji yang dilakukan oleh orang yang belum menunaikan haji untuk dirinya adalah sah tetapi ia adalah makhruh tahrim.
Niabah haji adalah lebih afdhal dilakukan oleh warisnya yang terdekat.
Haji adalah ibadah yang melibatkan kewangan, perjalanan, keselamatan dan sebagainya.
Ia memerlukan satu organisasi yang mampu mengurus dengan teratur, sistematik dan profesional.
Tabung Haji adalah sebuah badan korporat terbesar yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan haji.
SEJARAH PENUBUHAN LEMBAGA TABUNG HAJI
bulan November 1962Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji telah ditubuhkan-mula beroperasi pada 30 Disember 1963- wujud hasil penerimaan kertas kerja yang Mulia Diraja Ungku Aziz pada tahun 1959.
1969-hasil gabungan badan ini dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji di Pulau Pinang, lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji1997, namanya ditukar kepada Lembaga Tabung Haji
KEPERLUAN KEPADA PENGURUSAN HAL EHWAL HAJI DI MALAYSIA
Membantu umat Islam menjana kewangan mereka secara halal dan sistematik.
Meringankan beban pengurusan haji.
Menjamin keselamatan para jemaah haji
Mengelakkan jemaah haji dari ditipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Memudahkan kesenangan jemaah haji mendapatkan perkhidmatan semasa menunaikan haji.
PERANAN TABUNG HAJI
TABUNG HAJI
Memberi kursus dan latihan kepada bakal-bakal haji
Mengurus dan memberi perkhidmatan kepada jemaah haji semasa menunaikan haji
Membekalkan peralatan asas pelaksanaan haji seperti buku panduan haji, beg dan sebagainya
Menyediakan perkhidmatan tabungan serta menjana kewangan para pendeposit secara halal
Menyediakan pasport dan visa haji
Melaksanakan dam dan korban Menyediakan pengangkutan Menjaga keselamatan para jemaah haji Menyediakan khidmat pakar rujuk dalam bidang haji dan umrah Menyediakan penginapan dan makan minum semasa berada di tanah suci
Membuat urusan dengan pihak kerajaan Arab Saudi Mengurus dan mendaftar kelahiran serta kematian
Menyediakan khidmat kesihatan
KELEBIHAN MENUNAIKAN HAJI MELALUI LEMBAGA TABUNG HAJI 1. Dapat melaksanakan haji menerusi pelan kewangan yang lebih terancang
2. Memperoleh perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti
3. Memperoleh layanan yang lebih mesra dan selesa
4. Mendapat bimbingan daripada pakar rujuk serta kaunselor yang berpengalaman.
BADAN-BADAN LAIN YANG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN JEMAAH HAJI BADAN/INSTITUSI Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri-negeri
Kementerian Kesihatan Malaysia
PERANAN Mengadakan ceramah khas untuk bakal-bakal haji Mengedarkan risalah haji kepada bakal-bakal haji Memeriksa kesihatan bakal-bakal haji Menghantar pegawai-pegawai dan petugaspetugas perubatan ke tanah suci. Menyediakan hospital dan klinik yang khusus untuk para jemaah haji di tanah suci. Menyediakan ubat-ubatan kepada jemaah haji. Memberi ceramah khas berkaitan dengan penjagaan kesihatan di tanah suci
Kementerian Penerangan serta stesen-stesen televisyen dan radio awam seta swasta
Mengadakan program-program di televisyen dan radio yang berkaitan dengan pelaksanaan haji.
Kementerian Pengangkutan, jabatan penerbangan awam dan swasta serta Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)
Menyelenggara perlepasan dan ketibaan jemaah haji. Menyediakan perkhidmatan penerbangan pergi dan balik.
Badan-badan swasta yang terdiri dari pakej dan konsortium haji yang diiktiraf oleh Tabung Haji
Menguruskan segala urusan berkaitan dengan jemaah haji Memberi kerjasama dalam menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh jemaah haji
Kedutaan Malaysia di Arab Saudi
Mengeluarkan visa perjalanan kepada jemaah haji
Kedutaan Arab Saudi di Malaysia
Memberi kemudahan tempat penginapan kepada jemaah haji
Kementerian Pendidikan Malaysia
Memberi pendedahan awal kepada umat Islam tentang pelaksanaan haji dan umrah.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH LEMBAGA TABUNG HAJI UNTUK MENANGANI MASALAH KURANGNYA KEMAMPUAN UNTUK MEMBIAYAI KOS PELAKSANAAN HAJI
Menyediakan peluang kepada bakal haji untuk menyimpan wang secara beransuransur dan sistematik. Memberi peluang kepada penyimpan untuk menjana wang mereka secara halal serta memperoleh keuntungan yang maksima. Menyediakan perkhidmatan pengurusan haji secara berpatutan tanpa mementingkan keuntungan semata-mata.
SUMBANGAN LEMBAGA TABUNG HAJI KEPADA PERKEMBANGAN EKONOMI UMAT ISLAM DI MALAYSIA
meningkatkan budaya menabung dalam kalangan umat Islam untuk membangunkan ekonomi mereka
melaburkan wang umat Islam dalam bidang-bidang yang memberi manfaat dan pulangan yang lumayan serta mempergiatkan bidang-bidang tersebut
memberi peluang pekerjaan kepada umat Islam
Masalah yang dihadapi tanpa wujudnya pengurusan haji di Malaysia:
INFO AD-DIN
1. Sukar mendapat visa 2. Tidak dapat mengadu hal jika menghadapi sebarang masalah 3. Sukar mendapatkan rawatan kesihatan 4. Sukar mendapatkan pengangkutan 5. Sukar mendapatkan bimbingan
Misi korporat Lembaga Tabung Haji: Memberi perkhidmatan yang cekap dan cemerlang kepada pelanggan Mengamalkan semangat berpasukan yang beramanah dan dan profesional Beriktikad memberikan pulangan yang tinggi dan setanding dengan pasaran. Menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti. Terdapat 2 buah kompleks haji di Malaysia: Kompleks Kelana Jaya, Selangor (1982) Kompleks Bayan Lepas, P.Pinang (1995) Kompleks tersebut dilengkapi dengan tempat penginapan, kantin, masjid, dan dewan untuk taklimat dan syarahan.
GAMBAR
Kaabah yang merupakan binaan pertama di dunia untuk menunaikan ibadah
Jamrah al-ula, wustho dan aqabah
Laluan sai’e
rajah kaabah dengan 4 sudut yang disebut sebagai rukun
tempat-tempat amalan haji
suasana semasa wukuf di Arafah