Peranan Media Massa Dalam Pembangunan Negara
Media massa yang terdiri daripada media elektronik dan media cetak memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Media massa menyalurkan pelbagai maklumat yang dapat mempengaruhi masyarakat pembaca. Tanpa adanya media, rakyat sesebuah negara tidak mendapat sebarang pengetahuan terutama tentang isu global dan kehidupan mereka umpama µkatak di bawah tempurung¶. Malaysia kini sedang berusaha menjayakan projek multimedianya dengan serius untuk melahirkan masyarakat yang bermaklumat. Soalannya, apakah peranan media massa dalam pembangunan negara?
Satu daripada peranan media massa ialah sebagai sumber maklumat yang amat penting kepada masyarakat. Media massa boleh dijadikan alat yang b erpengaruh pengaruh dalam bidang pendidikan, penyebaran ilmu pengetahuan dan maklumat berkaitan ekonomi dan sukan serta dapat membantu proses minat membaca. Mela lui media, orang ramai memperoleh pen getahua n mengena i apa-apa jua yang berlaku di dalam dan di luar negara. negara. Sebagai contoh, bagi seseorang ahli perniagaan, maklumat terkini tentang bidang perniagaan akan dapat membantu ahli perniagaan tersebut untuk membuat perancangan syarikat dan menyusun strategi serta dapat mengelakkan syarikat daripada mengalami kerugian. Maklumat tentang bidang ilmu pengetahuan pula dapat mendedahkan masyarakat kepada pemikiran baru dan membuka minda seseorang. Pepatah menyatakan µmembaca kunci pengetahuan¶. Rakyat seperti ini akan dapat membantu proses pembangunan negara dengan cepat.
Selain itu, media massa turut berperanan sebagai agen pembangunan dan perpaduan negara. Melalui media massa, pengetahuan asas budaya, bahasa dan adat resam pelbagai etnik dapat disebarkan. Sebagai contoh, melalui aktiviti aktiviti kebudayaan seperti tarian, lagu dan cara hidup sama ada masyarakat tempatan atau masyarakat asing, seseorang itu dapat menyelami dan memahami unsur kebudayaan sesuatu kaum. Secara tidak langsung, media massa terutamanya media cetak dapat menyema i semangat perpad uan dalam jiwa masyarakat berbilan g kaum. Semangat bersatu padu dan saling menghormati dapat mewujudkan keharmonian masyarakat. Keadaan ini dapat mengelakkan tercetusnya peristiwa 13 Mei yang menggugat perpaduan kaum. Apabila semangat perpaduan dapat disemarakkan sudah pastiakan membantu proses pembangunan negara supaya berjalan dengan lancar.
Di samping itu, media turut berperanan sebagai alat yang menghubungkankerajaan dengan rakyat. Hubungan yang baik antara pemerintah dengan rakyatnya perlu diwujudkan untuk memudahkan pembangunan. Umpamanya, media massa boleh menyiarkan dasar -dasar kerajaan seperti menjelaskan Rancangan Malaysia Ke-9 Ke-9 dan sebagainya supaya rakyat dapat memahami dan menerima serta bersikap terbuk a dasar-dasar dasar-dasar pemba ngunan nguna n negara. Seseb uah kerajaan meme rlukan sokongan rakyatnya dalam segala langkah dan program yang dijalankan. Rakyat pula memerlukan kerajaan yang cekap dan telus dalam melaksanakan proses pembangunan. Melalui media massa, rakyat boleh memberika n reaksi dengan mengemu kakan pandan gan mereka. Dengan ini, pertuk aran
maklumat wujud antara kerajaan dengan rakyat.
Seterusnya, media massa turut berperanan membantu sesebuah syarikat berkembang dengan pesat. Hal ini demikian kerana media dapat mengiklankan sesuatu produk yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat dan memperkenalkan barangan di pasaran yang dapat melariskan jualan. Sebagai contoh, sesebuah syarikat akan menggunakan ruangan iklan untuk mendapatkan pekerja dan mempromosika n barangan keluara n syarikatnya. Dalam era globalisasi global isasi ini, terdapat dapat perniaga an yang dijalankan melalui internet iaitu salah satu bentuk media. Produk sesebuah syarikat akan dapat menembusi pasaran global dan sudah pasti syarikat dapat berkembang dengan pesat dan memberikan sumbangan kepada proses pembangunan negara.
Selain itu, media massa turut menjana peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana bidang media merupakan satu bidang yang luas. Oleh itu, bidang tersebut memerluka n banyak pekerja. Tenag a kerja yang boleh dit awarkan adala h yang berkaitan de ngan bidang kewartawanan, pentadbiran, penyuntingan, penulisan, pengurusan, pengiklanan dan sebagainya. Produk yang terhasil pula perlu dijual dan tindakan ini memerlukan tenaga kerja dalam bidang pemasara n. Menerusi media elektronik pula, pembuata n peralatannya memerluk an pekerja yang banyak dengan kepakaran yang tertentu. Tenaga mahir dalam bidang pengiklanan juga begitu banyak. Secara tidak langsung masalah pengangguran dalamnegara dapat dikurangkan.
Media massa turut berperanan sebagai sumber hiburan. Menerusi media cetak, ruangan berunsur hiburan seperti kartun, berita sukan, cerpen, berita tentang artis dan sebagainya dapat menghiburkan masyarakat. Rancangan hiburan dan muzik yang disiarkan menerusi radio dan televisyen juga boleh mengurangkan ketegangan. Menerusi multi media seperti komputer dan internet , kanak-kanak dapat bermain permaina n komputer sambil mendengar muzik. Sumber-sumber Sumber-sumber tersebut dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan di samping memberikan hiburan.
Kesimpulannya, media massa sememangnya memainkan peranan penting dalam proses pembangunan negara. Oleh itu, media seharusnya diberi kebebasan dalam melaksanakan fungsinya secara objektif dan telus. Dengan ini diharapkan tiada pihak yang mengambil kesempatan pada keistimewaan yang dimiliki oleh media untuk dijadikan alat propaganda bagi mempengaruhi sesuatu pihak yang lain. Tegasnya, media massa berperanan membantu sesebuah masyarakat untuk mencapai kemajuan.