Manual tractores Arias Paz de 1956.Descripción completa
Naše starine III 1956
DDR / Kinderzeitschrift
DDR / Kinderzeitschrift
insolvency law
PENYATA RAZAK 1956 Penyata Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa oleh
kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa pelajaran ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu Tun Abdul Razak Hussein. Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini diluluskan dil uluskan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Tugas jawatankuasa Tugas jawatankuasa ini ialah untuk:
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan menyatupadukan penduduk berbilang bangsa
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain
mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu
Cadangan Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang diperkatakan ialah: 1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama 2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. 3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah. 4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. 5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. 6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan. 8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. 9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.
Tujuan Penyata Razak adalah 1. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah 2. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu 3. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan 4. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif. 5. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan 6. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif 7. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan
PENYATA RAHMAN TALIB 1960 Penyata Rahman Talib merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa penyemak semula oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bagi menyemak semula Penyata Razak yang dipengerusikan oleh Y.B Abd Rahman Talib (Menteri Pelajaran). Tujuan Tujuannya untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana telah dicadangkan dalam Laporan Razak serta kesan-kesan dalam pelaksanaanya. Kebanyakan cadangan
dalam Laporan Razak telah dilaksanakan dengan lancar antara tahun 1958-1959 tetapi masih terdapat kelemahan. Jawatan kuasa yang ditubuhkan mula menjalankan tugas selepas pilihraya umum tahun 1959. Jawatankuasa ini telah berjaya mengenalpasti beberapa kelemahan dalam Laporan Razak dan mencadangkan supaya dipinda/ubahsuai. Laporan ini siap pada tahun 1960, dibentangkan di Parlimen dandikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961.
Cadangan-cadangan
Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma
Murid naik darjah secara automatik sehingga tingkatan 3
Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
Pelajaran pendidikan agama dan moral
Mencadangkan penubuhan Institut Teknik di Kuala Lumpur, Ipoh, Penang,Pantai Timur atau Johor bagi sekolah pertukangan.
Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama