PROSIDING
PERSIDANGAN KEBANGSAAN ISU-ISU PENDIDIKAN ISLAM 2016 (ISPEN-i 2016)
Mendepani Cabaran Globalisasi
PENERBIT Persatuan Intelektual Muslim Malaysia, Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA. 2016
PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN ISU-ISU PENDIDIKAN ISLAM 2016 (ISPEN-i 2016)
© Sekretariat ISPEN-i 2016, Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA. 2016
Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan mengeluarkan ulangan mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua, sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Sekretariat ISPEN-i 2016, Wisma UNIKEB, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data
Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 (ISPEN-i 2016) Sekretariat ISPEN-i 2016, Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA 21 Mei - 22 Mei 2016 / Munawar et.al.
ISBN: 978-967-14229-0-8 1. Pendidikan Islam 2. Bahasa Arab 3. Ahmad Munawar Ismail
Type Setting: Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Marwan Mohd Khir Text Type: Times New Roman Font Size: 16pt, 11pt
PERSIDANGAN KEBANGSAAN ISU-ISU PENDIDIKAN ISLAM 2016 (ISPEN-i 2016)
Mendepani Cabaran Globalisasi
Anjuran Bersama : Persatuan Intelektual Muslim Malaysia & Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
21 – 22 Mei 2016 Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, MALAYSIA.
PENERBIT Persatuan Intelektual Muslim Malaysia, Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA. 2016
EDITOR Nur Hanani Hussin Mohd Aderi Che Noh Syed Najmuddin Syed Hassan Bani Hidayat Mohd Shafie Ghazali Darusalam Mohd Faisal Mohamed Mohd Izzuddin Mohd Pisol Marwan Mohd Khir
PENGGUNAAN APLIKASI YOUTUBE DALAM KEMAHIRAN MENDENGAR BAHASA ARAB PELAJAR Rahil Mohd Ghazali
[email protected] Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Harun Baharudin
[email protected] Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Aplikasi Youtube merupakan salah satu medium dalam pembelajaran bahasa. Kegunaannya yang meluas, pelbagai, mudah dan cepat mampu merangsang minat para pelajar terhadap pembelajaran bahasa khususnya Bahasa Arab sekaligus mampu meningkatkan kemahiran bahasa pelajar khususnya kemahiran mendengar pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk: 1) mengenalpasti tahap penggunaan aplikasi youtube dalam kemahiran mendengar Bahasa Arab. 2) mengenalpasti sejauhmana aplikasi youtube ini mampu meningkatkan minat pelajar terhadap Bahasa Arab. Reka bentuk kajian merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen soal selidik digunakan bagi mengukur tahap penggunaan youtube dalam kemahiran mendengar Bahasa Arab dikalangan pelajar dan minat pelajar. Dijalankan ke atas 30 orang pelajar yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak daripada institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Pengumpulan data dilakukan menggunakan set soal selidik yang merangkumi pelbagai item penggunaan aplikasi youtube dalam kemahiran Bahasa Arab. Kata Kunci : aplikasi youtube, Bahasa Arab, kemahiran mendengar, minat ABTRACT Youtube application is one medium of language learning. Its use is widespread, diverse, easily and quickly able to stimulate the interest of students towards learning languages, especially Arabic and can improve students' language skills, especially listening skills of students. Thus, this study aims to 1) identify the level of use of the application in the skills of listening youtube Arabic. 2) identify the extent of this youtube application can increase student interest in the Arabic language. The study design was a survey using a questionnaire. Questionnaire was used to assess the level of skills of listening youtube in Arabic among students and student interest. Conducted on 30 students selected randomly from institutions of higher learning (IPT) in Malaysia. The data was collected using questionnaire covers various items using youtube application in Arabic language skills. Keywords: youtube application, Arabic languange, listening skills, interest PENDAHULUAN Secara umumnya, dalam mempelajari sesuatu bahasa penting bagi pelajar untuk menguasai empat kemahiran ini, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bagi pelajar yang kuasai kemahiran mendengar dengan baik, mampu membantu menguasai tiga kemahiran yang lain. Malaysia telah meletakkan matlamat dalam pengajaran bahasa Arab bagi membolehkan pelajar menguasai empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis (Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohd Ala-Uddin Othman, 2011). Namun, usaha ini tampak
Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM
pincang bila melihat pencapaian dan penguasaan pelajar dalam bahasa ini. Kesalahan dan kesilapan berbahasa masih berleluasa (Al-Muslim & Zamri Arifin, 2012). Penguasaan bahasa Arab di kalangan mahasiswa amat mendukacitakan. Begitu juga bagi kemahiran mendengar yang kurang diterapkan dan diberi keutamaan dalam proses pengajaran Bahasa Arab. Sering berlaku perdebatan berkaitan penguasaan Bahasa Arab yang lemah dalam kalangan pelajar dan pelajar sering melakukan kesilapan dan kesalahan dalam berbahasa (Kamarul Shukri, 2009, Al-Muslim & Zamri Arifin, 2012). Jelas di sini, bahawa Bahasa Arab kurang dikuasai oleh pelajar- pelajar di sekolah rendah, menengah mahupun universiti. Pemupukan minat terhadap pembelajaran Bahasa Arab menerusi kemahiran mendengar Bahasa Arab khususnya melalui Guru Bahasa Arab itu sendiri dengan memainkan peranannya dalam mendidik pelajar (Nik , Zamri & Kamarulzaman, 2008). Pengaruh bahasa ibunda amat mempengaruhi semasa proses pembelajaran bahasa kedua. Selain itu, penggunaan Alat Bantu Mengajar(ABM) dan multimedia juga jarang digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa khususnya bagi kemahiran mendengar. ABM yang biasa digunakan oleh guru dalam pengajaran kemahiran mendengar antaranya ialah pita rakaman audio atau makmal bahasa. Hal ini demikian, ABM akan meningkatkan kefahaman pelajar apabila mendengar teks petikan. Tambahan itu, didapati penggunaan ICT multimedia, termasuk teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman audio, dapat merangsang indera pendengaran pelajar Jamaludin dan Zaidaton (2003). Penggunaan unsur grafik dan warna secara langsung dapat menarik minat perhatian pelajar. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan tafsiran (Che Suriani & Fariza, 2014). Multimedia mempunyai keupayaan dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan (Zamri & Mohamed Amin, 2008). Melalui perkembangan penggunaan multimedia dan internet ini telah membuka lebih banyak peluang kepada pengajar dan pelajar meraih pengetahuan dan memberi kemudahan mendapatkan maklumat dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan mudah dan pantas secara atas talian (Wan Hazenah, 2014). Dalam konteks pembelajaran bahasa masa kini, teknologi melahirkan banyak aplikasi yang membantu mendalami bidang pendidikan khususnya pendidikan Bahasa Arab. Antara aplikasi yang rancak penggunaannya ialah YouTube. Kategori video yang terdapat dalam YouTube juga adalah pelbagai iaitu sama ada berbentuk hiburan semata seperti muzik atau lagu, animasi kartun dan filem serta terdapat juga yang berbentuk ilmiah seperti perubatan, perniagaan dan pendidikan. Video boleh menjadi satu alat pendidikan dan motivasi yang amat berpengaruh(Mohamad Amin Embi, 2010). Namun, sebahagian besar kekuatannya bukan terletak pada video itu sendiri tetapi pada cara video itu digunakan. Video itu sendiri bukanlah satu sasaran atau kesudahan tetapi merupakan satu cara ke arah mencapai objektif dan matlamat pembelajaran. Pembelajaran Bahasa Arab melalui aplikasi Youtube melibatkan kemahiran mendengar terhadap bahasa melalui penggunaan video dan secara tidak langsung melibatkan kemahiran pertuturan dan komunikasi (Izyan, Melor & Maslawati, 2015). Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji sejauhmana kebenaran bahawa aplikasi YouTube boleh membantu dalam proses pembelajaran dan mampukah aplikasi ini membantu kemahiran mendengar Bahasa Arab seseorang individu. Pengkaji akan memfokuskan kepada 231
ISBN 978-967-14229-0-8
pengaplikasian video YouTube sebagai salah satu medium pembelajaran bahasa khususnya Bahasa Arab. OBJEKTIF KAJIAN 1) Mengenalpasti tahap penggunaan aplikasi youtube dalam kemahiran mendengar Bahasa Arab. 2) Mengenalpasti sejauhmana aplikasi youtube ini mampu meningkatkan minat pelajar terhadap Bahasa Arab. Manakala persoalan kajian pula adalah: 1) Apakah tahap penggunaan aplikasi youtube dalam kemahiran mendengar Bahasa Arab dikalangan pelajar?. 2) Adakah aplikasi youtube ini mampu meningkatkan minat pelajar terhadap Bahasa Arab?. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Menurut Khalid Johari (2003), penggunaan soal selidik merupakan suatu bentuk alat pengumpulan data yang digunakan oleh banyak penyelidik. Hal ini kerana soal selidik dapat mengumpulkan data secara berstruktur dan standard. Selain itu, instrumen yang mudah dikendalikan, menjimatkan masa, wang dan fikiran penyelidik selama pengumpulan data (Nur Fadzilah, 2010). Responden yang terlibat seramai 30 orang pelajar dan teknik pemilihan adalah rawak daripada institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Soal selidik untuk kajian ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A: Bahagian ini mengandungi latar belakang responden yang meliputi maklumat peribadi. Bahagian B: Bahagian ini pula mengandungi pernyataan atau soalan berkaitan penggunaan aplikasi youtube dalam kemahiran mendengar bahasa arab Bahagian C: Bahagian ini pula mengandungi pernyataan atau soalan mengenai penggunaan aplikasi youtube dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari bahasa arab. Untuk tujuan intepretasi data, kajian ini mengkategorikan kepada tiga mata (Rudzi, 2003), iaitu min = 1.00 hingga min = 2.33 ialah rendah, min = 2.34 hingga min = 3.67 ialah sederhana, dan min = 3.68 hingga min = 5.00 ialah tinggi. DAPATAN KAJIAN Jadual 1 menunjukkan taburan peratusan dan min tahap penggunaan Youtube dalam kemahiran mendengar bahasa Arab. Berdasarkan kepada keputusan min, tahap penggunaan aplikasi Youtube bagi kemahiran mendengar bahasa Arab berada pada tahap sederhana (min = 3.21), iaitu antara min = 2.34 hingga min = 3.67. Taburan peratusan item 1 menunjukkan lebih ramai responden pelajar yang menyatakan setuju (53.3%), bahawa mereka menggunakan aplikasi Youtube dalam aktiviti pembelajaran bahasa Arab, berbanding yang menyatakan sangat tidak setuju (0 %). Taburan peratusan item 2 menunjukkan lebih ramai responden yang menyatakan setuju (46.7%) bahawa mereka suka menggunakan aplikasi Youtube dalam aktiviti pembelajaran bahasa Arab, berbanding yang menyatakan tidak setuju (6.7%). Manakala item B4 menunjukkan taburan peratusan sebanyak 40.0% bersetuju bahawa mereka selalu menggunakan aplikasi Youtube dalam membantu pembelajaran Bahasa Arab. Bagi item B5 menunjukkan ramai responden pelajar menyatakan kurang setuju (53.3%) bahawa mereka menggunakan aplikasi Youtube bersama rakan ketika belajar Bahasa Arab. 232
Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM
Taburan peratusan bagi item B3 menunjukkan lebih ramai responden pelajar yang menyatakan setuju (46.7%) , bahawa youtube ini mampu menambah kosa kata Bahasa Arab, berbanding yang menyatakan tidak setuju (10%) bahawa youtube ini tidak menambah kosa kata Bahasa Arab mereka. Manakala bagi item B6 menunjukkan lebih ramai responden pelajar yang menyatakan tidak setuju(43.3%) bahawa aplikasi Youtube ini kurang membantu pembelajaran Bahasa Arab mereka, berbanding yang setuju(13.3%). Jadual 1
Taburan peratusan dan keputusan min tahap penggunaan aplikasi youtube dalam kemahiran mendengar Bahasa Arab.
- Penggunaan Aplikasi Youtube B. + B1. Saya menggunakan aplikasi Youtube dalam aktiviti pembelajaran Bahasa Arab B2. Saya suka menggunakan aplikasi Youtube dalam aktiviti pembelajaran Bahasa Arab B3. Penggunaan Youtube ini mampu menambahkan kosa kata Bahasa Arab saya B4. Saya selalu menggunakan aplikasi Youtube dalam membantu pembelajaran Bahasa Arab saya B5. Saya menggunakan aplikasi Youtube bersama rakan ketika belajar Bahasa Arab. B6. Saya tidak menggunakan aplikasi youtube dalam pembelajaran Bahasa Arab kerana ianya membosankan B7. Aplikasi Youtube ini kurang membantu pembelajaran Bahasa Arab saya. B8. Aplikasi Youtube ini kurang bahan-bahan di dalamnya yang berkaitan dengan Bahasa Arab B9. Guru menggalakkan saya dan rakan menggunakan Youtube dalam pembelajaran Bahasa Arab B10. Guru menggunakan video Youtube dalam P&P Bahasa Arab Min keseluruhan= 3.21
1
2
3
4
5
Min
0%
16.7%
16.7%
53.3%
0%
6.7%
33.3%
46.7%
13.3%
3.67
0%
10.0%
20.0%
46.7%
23.3%
3.83
0%
13.3%
36.7%
40.0%
10.0%
3.47
3.3%
20.0%
53.3%
20.0%
3.3%
3.00
10.0%
43.3%
40.0%
6.7%
0%
2.43
6.7%
43.3%
36.7%
13.3%
0%
2.57
0%
23.3%
53.3%
20.0%
3.3%
3.03
3.3
10.0
36.7
36.7
13.3
3.47
10.0
26.7
23.3
33.3
6.7
3.00
13.3%
3.63
Manakala taburan peratusan bagi item 7 dan 8 ialah sebanyak 43.3% tidak bersetuju dan 53.3% kurang bersetuju. Bagi kedua item ini menunjukkan ramai responden pelajar tidak bersetuju dan kurang bersetuju bahawa aplikasi Youtube ini kurang membantu pembelajaran Bahasa Arab mereka dan kurang bahan-bahan berkaitan Bahasa Arab di dalamnya. Sekaligus dapatan ini menunjukkan bahawa aplikasi Youtube ini banyak memberi bantuan dalam proses pembelajaran dan secara tidak langsung mampu meningkatkan kemahiran mendengar Bahasa Arab pelajar.
233
ISBN 978-967-14229-0-8
Jadual 2 Taburan peratusan dan keputusan min penggunaan aplikasi youtube dapat menarik minat Pelajar dalam Bahasa Arab.
C1.
C2.
C3.
C4.
C5. C6. C7.
C. Penggunaan Aplikasi Youtube Dapat Menarik Minat Pelajar Dalam Bahasa Arab. Saya suka menghadiri kelas yang diajar dengan berbantukan video Youtube kerana ianya menarik Saya lebih suka mempelajari Bahasa Arab dengan berbantukan aplikasi Youtube berbanding menggunakan buku teks sahaja Saya mencadangkan kepada rakan agar menggunakan aplikasi Youtube dalam mempelajari Bahasa Arab Penggunaan Youtube dalam pembelajaran Bahasa Arab menjadikan sesi pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab lebih menarik berbanding penggunaan buku teks sahaja. Saya lebih suka mempelajari Bahasa Arab dengan bantuan aplikasi Youtube. Aplikasi Youtube ini membantu menambah minat saya terhadap Bahasa Arab Pembelajaran Bahasa Arab menggunakan Youtube menggalakkan saya belajar Bahasa Arab lebih mendalam Min keseluruhan = 3.83
1
2
3
4
5
Min
0%
13.3%
13.3%
53.3%
20.0%
3.8
3.3%
3.3%
26.7%
43.3%
23.3%
3.8
3.3%
10.0%
33.3%
43.3%
10.0%
3.47
2.2%
0%
10.0%
50.0%
36.7%
4.17
0%
6.7%
16.7%
60.0%
16.7%
3.87
0%
3.3%
13.3%
63.3%
20.0%
4.00
0%
6.7%
30.0%
50.0%
13.3%
3.7
Dapatan soal selidik bagi penggunaan aplikasi youtube dapat menarik minat Pelajar dalam Bahasa Arab ditunjukkan dalam Jadual 2. Berdasarkan keputusan min keseluruhan, penggunaan aplikasi Youtube dapat menambah minat pelajar terhadap Bahasa Arab berada pada tahap yang tinggi min = 3.83, (antara 2.68- min = 5.00). Secara terperinci, dapatan menunjukkan ketujuh-tujuh item berada pada tahap yang tinggi. Taburan peratusan bagi item C6, menunjukkan bahawa lebih ramai responden pelajar yang bersetuju (63.3%) bahawa membantu menambah minat mereka terhadap Bahasa Arab, berbanding yang tidak bersetuju bahawa youtube tidak membantu menambah minat mereka terhadap Bahasa Arab sebanyak 3.3% sahaja. Bagi item lain juga menunjukkan bahawa kebanyakan reponden bersetuju terhadap aplikasi Youtube ini dapat menggalakkan diri dan minat mereka terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Jelas bahawa aplikasi youtube ini boleh menjadi salah satu medium dan bahan pembelajaran bagi para pelajar dan orang umum untuk mempelajari dan mendalami Bahasa Arab. KESIMPULAN Dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran, ilmu mahupun sesuatu bahasa, pelajar perlu kepada kaedah yang kreatif dan efisin mengikut kesesuaian cara pembelajaran seseorang individu. Tambahan dengan perkembangan teknologi pendidikan dari semasa ke semasa, menjadikan kaedah pembelajaran dan pengajaran semakin meluas dan menarik. Justeru pelajar perlu memanfaatkan apa jua peralatan teknologi pendidikan, dalam menambahbaik proses pembelajaran pelajar itu sendiri. Pembelajaran yang berasaskan teknologi pendidikan, baik yang berupa audio atau visual, dapat memaksimumkan kefokusan dan minat pelajar terhadap ilmu yang dipelajar. Tambahan itu, proses pembelajaran yang pelbagai dan menarik dapat mengelak pelajar daripada cepat merasa bosan sekaligus menambah minat pelajar terhadap ilmu itu 234
Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM
sendiri. Selain itu, guru yang bertindak sebagai pendidik perlu memberi galakan dan saling bertukar idea bersama pelajar dalam penggunaan teknologi pendidikan serta menambahbaik teknik dan kaedah pengajaran agar pelajar lebih cenderung mendalami suatu pelajaran. Guru dan pelajar juga digalakkan untuk menambah koleksi dan bahan dalam aplikasi youtube bagi pembelajaran Bahasa Arab serta mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. RUJUKAN
Aisah Hasmam. 2011. Teks Bahasa Arab untuk Pembelajaran Kemahiran Mendengar Peringkat Permulaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Muslim Mustapa & Zamri Arifin. 2012. Pengajaran dan pembelajaran bahasa arab: satu tinjauan literatur di Negeri Sembilan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012, p15-33. Habibah Elias & Zaidatol Akmaliah. 2001. A study on listening skills among university students: Implication for university teaching. Kertas kerja Persidangan Antarabangsa: Cabaran dan prospek Pendidikan Guru. Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. 16-17 Julai. Ibtisam Abdullah & Zamri Ahmad. 2012. Pengajaran kemahiran mendengar bahasa arab sebagai bahasa kedua. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012, p. 75-81.
Izyan Safwani Ismail, Melor Md Yunus & Maslawati Mohamad. 2015. Using Web TV Program On Youtube To Enhance Medical Students’ Communication Skills. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5. Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi. Jamaludin Badusah & Hashimah Haji Hashim. 2005. Persepsi pelajar sekolah menengah terhadap penggunaan Internet dalam penulisan karangan. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti, 1-11 Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2011. Kajian kes penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajran guru cemerlang Pendidikan Islam sekolah Bandar dan luar Bandar: satu kajian perbandingan. Jurnal Teknologi (Sains Sosial), Sept.2011:179-198. Kamarul Shukri Mat The. Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan PelajarSekolah Menengah Agama . Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamaruzzaman Ismail. 2001. Penggunaan computer dalam kalangan pengajar dan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi teknikal. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi. Khalid Johari. 2003. “Penyelidikan dalam Pendidikan (Konsep dan Prosedur)”. Malaysia : Prentice Hall. Mahzan Arshad. 2007. Memperkasa proeses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di Malaysia. Masalah Pendidikan, Jilid 30(1): 79-87 Md Yusoff Daud, Mazalah Ahmad, Maimun Aqsha Lubis. 2006. Penggunaan internet dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Wacana Pendidikan Islam (siri 235
ISBN 978-967-14229-0-8
5) Pendidikan Islam & Bahasa Arab Pemangkin Peradapan Ummah. Fakulti Pendidikan UKM, hlm. 129-136. Mohamed Amin Embi. 2011. Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran & Pembelajaran. Pusat Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia. (Atas talian) http://ml.scribd.com/doc/65576530/Aplikasi-Web-2-0-Dalam-Pengajaran Dan Pembelajaran diakses pada 22/11/2012 Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2005. Penilaian Kemahiran Mendengar dalam Kurikulum Bahasa Arab Komunikasi di Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Selangor. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Nik Mohd Rahimi & Kamarulzaman Abd. Ghani. 2006. Teknik Pembelajaran Kemahiran Mendengar: Pencapaian Kemahiran Mendengar Bahasa Arab. ISLAMIYYAT 28: 109-124 Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Kamarulzaman Ab. Ghani. 2008. Penggunaan Alat Bantu Mengajar dan Hubungannya dengan Pencapaian Kemahiran Mendengar Bahasa Arab. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Zamri Mahamod & Kamarulzaman Ab. Ghani. 2008. Motivasi Pembelajaran Kemahiran Mendengar Bahasa Arab dan Hubungannya dengan Pencapaian Pelajar. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Nur Fadzilah Binti Othman. 2010. Kajian Tahap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam Di Malaysia. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Skudai. Rosni Samah. 2012. Pembinaan Ayat Bahasa Arab Dalam Kalangan Lepasan Sekolah Menengah Agama. Fakulti Pengajian Bahasa. Universiti Sains Islam Malaysia. Rudzi Munap. 2003. Penilaian Program Diploma Kesetiausahaan Eksekutif di Universiti Teknologi MARA. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Tan Choon Keong & Carol Binti Abu. 2013. Pengaplikasian Video Youtube : Bahan Bant Mengajar (BBM) Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Sosial. Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial. Universiti Malaysia Sabah Wan Hazenah wan Ismail . 2014. Aplikasi Google dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan. UKM. Bangi Zamri Mahamod &Mohamed Amin Embi. 2008. Teknologi maklumat dan komnikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Teori dan praktis. Shah Alam.: Karisma Publications Sdn. Bhd. Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohd Ala-Uddin Othman. 2011. Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Di SMKA Di Malaysia. GEMA Online™ Journal of Language Studies 67. Volume 11(2).
236