SBLM 1053 : BAHASA MELAYU PENGURUSAN
1
OMBAK RINDU : ANTARA DUA MEDIUM Kali pertama peminat novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari, dikhabarkan tentang naskah itu yang akan akan diangkat ke layar perak, perak, pelbagai reaksi yang timbul. Teruja dan obses dengan penayangan filem yang diadaptasi dari hasil karya Fauziah Ashari, membuatkan ramai pembaca pembaca dan peminat peminat naskah itu ke pawagam. pawagam. Mengimbau kembali beberapa beberapa plot layar perak filem Ombak Rindu yang ditonton pada Disember tahun lepas, ramai akui, kedua – dua terjemahan Ombak Rindu sama ada melalui medium penulisan mahupun visual, memberikan impak yang sangat mendalam mendalam dan berjaya meruntun jiwa mereka. mereka.
Namun
adakah di antara kedua – kedua – dua dua medium ini, memberikan tahap kepuasan yang berbeza? Ceritera Ombak Rindu bermula dengan Izzah, seorang gadis yatim piatu yang kematian orang orang tua akibat kemalangan kemalangan jalan raya.
Justeru itu, ayah saudaranya, saudaranya, Taha
mengambil tugas tugas memelihara Izzah. Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan dengan kehadiran Izzah Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga. Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa terpaksa mengikut kehendak kehendak ayah saudaranya saudaranya walaupun hatinya tidak rela. Di situlah dia dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan pelanggan bernama Hariz. Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya akhirnya Hariz berkahwin dengan dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya semuanya mesti dirahsiakan. dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada 1
Hariz.
Novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari ini telah diterbitkan oleh Alaf 21, anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf pada tahun 2002. 2002. Novel Ombak Rindu sebelum ini sudah tercetak sebanyak sebanyak 23 kali dan pada ketika ketika filem ini ditayangkan, novel ini dicetak dicetak buat
1
(Fauziah Ashari, 2002)
NURAFIFAH KAMARUDIN
216300
SBLM 1053 : BAHASA MELAYU PENGURUSAN
2
kali ke – 24 dengan jumlah pengeluaran mencecah 40 ribu buah buku. Novel ini merupakan novel kedua beliau selepas novel Pergilah Sepi pada tahun 2001. Selama tujuh bulan menulis dan beberapa bulan di tangan penerbit, pada tahun 2002 ia akhirnya berada di pasaran. Idea timbul adalah gabungan dari tontonan drama bersiri Hong Kong ketika zaman persekolahan beliau iaitu tahun 1980-an dan pembacaan kisah benar di majalah mengenai perempuan yang jatuh cinta pada perogolnya pada akhir 1980-an. Seorang perempuan yang meminta pandangan daripada pembaca bagaimana untuk melepaskan diri kerana dia sendiri merelakan diri untuk terus menjadi perempuan simpanan lelaki yang sudah berkahwin dan berlainan agama. Fauziah Ashari bagaimanapun menyatakan dalam temuramahnya dengan wartawan RAP, Ridzuan Rahman, beliau sendiri tidak tahu kesudahan kisah perempuan itu, tapi asas itu yang beliau ambil iaitu jatuh cinta pada perogolnya dan drama Hong Kong itu pula, seorang penjahat yang jatuh cinta pada pegawai polis. Prinsip pelakon jahat itu yang dalam ingatan beliau ialah hanya ada dua perkara yang benar dalam hidupnya iaitu cintanya pada pegawai polis itu dan keduanya kerana wang. Kerana itu beliau bina watak Hariz yang punya prinsip begitu. Kerana cinta dia ‘simpan’ Izzah dalam rahsia. Kerana wang dia teruskan perkahwinannya dengan Mila walaupun dia tidak cinta. Beliau juga membina watak Izzah yang jatuh cinta pada Hariz walaupun Hariz menganiayanya dan di dalam novel, perlu ada sebab yang kuat untuk cinta itu datang. Kelogikan itu perlu untuk membawa mood pembaca. Di situlah Fauziah Ashari bina perwatakan lain seperti kekuatan Izzah dalam agama, prinsip Hariz yang tidak kaki minum, kaki perempuan dan kaki judi. Biar siapapun Hariz, perempuan dalam hidupnya hanya Izzah.
2
Filem Ombak Rindu pula merupakan filem arahan Osman Ali yang diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures.
2
Kumpulan Media Karangkraf telah
(Ridzuan Rahman)
NURAFIFAH KAMARUDIN
216300
SBLM 1053 : BAHASA MELAYU PENGURUSAN
3
menjual hakciptanya untuk diangkat menjadi filem pada tahun 2009 iaitu selepas tujuh tahun novel tersebut berada di pasaran. Bagi Osman Ali yang juga antara pembaca naskah tulisan Fauziah Ashari itu, mengakui tawaran mengangkat karya sarat emosi itu ke medium lebih luas sebagai cabaran besar untuknya menterjemah pengorbanan cinta wanita dari sisi berbeza. Sebagai pengkarya, lamaran Astro Shaw dan Tarantella Pictures untuk mengemudi adapatasi daripada novel ke layar perak sememangnya satu peluang yang sudah diidam sekian lama. “Umpama ora ng mengantuk di sorongkan bantal, penulis menyahut
cabaran Sharad Sharan selaku penerbit untuk menggarap novel yang diikuti ramai peminat. Di dalam novel banyak plot serta ramai watak sampingan namun untuk filem kita menumpukan kepada watak penting.
Kisahnya masih menjurus kepada pergolakan hidup Izzah,
kemelut dalam diri Hariz, yang mula merasai cinta isterinya itu selain tersepit antara permintaan keluarga dan kemahuan diri. Begitupun, kronologi kisah masih tiada perubahan, cuma ia lebih sarat dengan emosi," katanya pada satu sesi sidang media Ombak Rindu.
3
Filem yang mengambil lokasi sekitar Kuala Lumpur, Langkawi, Kedah dan Danok (Thailand) itu dibarisi Maya Karin sebagai Izzah, Aaron Aziz (Hariz), Lisa Surihani (Mila), Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa dan Kamarul Yusof. Akui Osman, antara cabaran sudah pasti 'meMelayukan' aktres berdarah kacukan, Maya Karin yang menunjangi filem ini baik dari segi karektor, penampilan mahu pun lenggok percakapannya malah dalam kisah ini Izzah dizahirkan bertudung selain pandai mengaji. Pengarah ini menggunakan kepakaran Ellie Suriati sebagai pembimbing barisan pelakon untuk membentuk Maya sebagai Izzah serta 'melarikan' Lisa Surihani dengan
3
(Hassan Mohd Noor, 2011)
NURAFIFAH KAMARUDIN
216300
SBLM 1053 : BAHASA MELAYU PENGURUSAN
4
karektor gadis agresif dan ia tidak sesukar disangka, malahan menakjubkan apabila masingmasing cukup menyerlah.
Beliau sengaja meletakkan Maya sebagai gadis kampung
manakala Lisa menjadi agresif untuk mencari kelainan kerana sebelum ini belum pernah mereka mendapat watak yang sangat kontra. Karektor berlawanan ini antara warna yang menyerlahkan lagi perjalanan Ombak Rindu. "Selain watak, keutamaan penulis adalah syot cantik namun bagi penulis antara babak yang cukup mencabar adalah penggambaran di
tengah laut di Langkawi di mana satu kren besar di pasang semata mata mahu mengambil sudut terbaik babak dalam kapal layar," katanya mengenai filem yang mengambil masa 45 hari untuk disempurnakan itu. Osman yang mengakui cukup teruja dengan pembikinan Ombak Rindu menyatakan Izzah sebagai simbolik nasib kaum wanita yang sering menjadi mangsa keadaan, ingin dicintai
namun
perasaan
itu
kadang-kadang
menuntut
pengorbanan
yang
tidak
4
berpenghujung.
Jika dilihat, kedua-dua medium ini mempunyai kelompok peminat yang tersendiri dan pastinya berbeza pendapat. Ada yang menyatakan novel lebih memberi kepuasan manakala satu golongan lagi menyatakan, impak dari filem lebih menyentuh dan meruntun jiwa. Ini kerana yang pertamanya adalah dari aspek penterjemahan dan olahan idea. Di dalam novel penceritaannya agak meleret namun mampu memberi sebab musabab yang logik untuk setiap peralihan cerita serta peralihan plotnya tidak tergantung. Contohnya di dalam novel, Fauziah Ashari bijak menggambarkan bagaimana watak Hariz menerima Izzah sebagai suri hatinya. Sementara di dalam filem pula, perjalanan plotnya yang agak terburu-terburu dan terlalu sarat membuatkan penonton tidak dapat menangkap alasan yang kukuh mengapa watak Hariz dapat menerima Izzah dan ini membuatkan penonton merasakan peralihan antara plot seperti
4
(Yusof, 2011)
NURAFIFAH KAMARUDIN
216300
SBLM 1053 : BAHASA MELAYU PENGURUSAN
5
tergantung. Jika penonton itu tidak membaca novel asal, pasti penonton akan kabur dengan perjalanan cerita. Sisi perbezaan keduanya adalah dari aspek batasan imaginasi. pembaca bebas membayangkan bagaimana rupa watak-watak tersebut.
Di dalam novel, Sebagai contoh,
watak Taha dalam imaginasi penulis adalah seorang yang sangat bengis hinggakan melihat wajahnya sahaja mampu membuat tubuh Izzah menggigil. Sementara di dalam filem, watak Taha yang dilakonkan oleh Kamarul Yusuf hanya mampu menggambarkan kekejaman namun gagal menonjolkan sisi bengis. Begitu juga dengan watak Izzah yang mana di dalam novel menggambarkan Izzah sebagai gadis yang polos dan mempunyai ciri-ciri kemelayuan namun malangnya, Maya Karin kurang berjaya memberi impak seperti yang berada dalam kotak imaginasi kelompok penonton yang telah membaca novel ini. Malah penulis percaya, imaginasi latar belakang pembaca juga adakalanya melampaui batasan fikiran dan berbeza-beza, namun di dalam filem, penonton harus menerima segala latar belakang babak sama ada suka atau tidak, mempunyai persamaan atau perbezaan di dalam novel. Jika di ikutkan di dalam novel, gambaran tempat Hariz ‘menyimpan’ Izzah adalah pangsapuri kos tinggi sementara di dalam filem, kita disajikan oleh Osman Ali dengan rumah kampung tepi laut yang agak mewah. Walau bagaimanapun, ada juga beberapa babak yang penulis fikir tiada di dalam novel tetapi menarik bila ditonjolkan di dalam filem. Contohnya, babak pemberian jam tangan milik Hariz kepada Izzah sebagai hantaran dan sebaliknya sebaik saja selesai urusan akad nikah mereka. Babak tersebut sangat menarik dan menyentuh emosi penulis dan penulis percaya penonton yang lain juga turut terkesan dengan simboliknya babak tersebut. Perbandingan yang ketiga di antara dua medium penyampaian naskah Ombak Rindu ialah mainan emosi pembaca dan penonton. Sebagai pembaca, penulis yakin emosi dan jiwa bagai diruntun-runtun dengan liku-liku kehidupan Izzah dan juga cabaran serta perubahan
NURAFIFAH KAMARUDIN
216300
SBLM 1053 : BAHASA MELAYU PENGURUSAN
6
sikap Hariz, di samping pengorbanan Pak Dollah. Malah ada ketikanya, pembaca akan tertawa sendirian ketika membaca plot cerita di mana Mak Jah merajuk dengan Pak Dollah gara-gara cemburu melihat Pak Dollah menghantar Izzah ke klinik. Sementara melalui naskah filem Ombak Rindu, walaupun diruntun kesedihan, namun dalam masa yang sama akan timbul persoalan mengenai kelogikan sesuatu babak dan adakah perlu sesuatu babak itu perlu dilakonkan sedemikian rupa? Contohnya ketika Hariz baru tersedar dari koma dan Datuk Suffiyah memeluk Hariz, penonton ikut merasa lega dan gembira tetapi tertanya-tanya mengapa perlu Datuk Suffiyah menanggalkan topeng oksigen tanpa memanggil jururawat ataupun doktor? Malah babak ketika Hariz ditunjukkan foto mesra antara Izzah dan Mail oleh Datuk Suffiyah, penonton berasa amat geram dengan tindakan Datuk Suffiyah tetapi tertanya-tanya, bagaimana watak Izzah yang digambarkan sebagai wanita yang patuh pada agama, membiarkan Mail membelai manja tudungnya? Namun begitu, tidak dinafikan yang getaran emosi penulis baik ketika membaca atau menonton naskah Ombak Rindu hasil air tangan Fauziah Ashari dan Osman Ali, adalah sama. Walau apa pun medium yang digunakan untuk menterjemahkan karya Ombak Rindu ini, penulis tetap mengalirkan air mata dan tenggelam dalam perjalanan ceritanya.
Secara
peribadi Ombak Rindu adalah naskhah pembacaan yang bagus dan hebat. Begitu juga selepas ia diterjemahkan dan di interpretasikan ke dalam bentuk filem.
Bukan mudah untuk
menghasilkan naskhah sebegini hebat, tetapi jangan lupa, bukan mudah juga untuk menjadikan naskhah itu ke dalam bentuk lakon layar dan skrip. Malah, bukan mudah untuk menterjemah lapisan-lapisan skrip ke dalam bentuk perasaaan untuk dilakonkan. Sungguhpun penterjemahan dan penerimaan hasil olahan dua medium yang berbeza, namun impak dan nilai karyanya adalah sama. Perbezaan itu perlu kerana secara logiknya juga melihat dan menonton adalah berbeza dengan membaca dan membayangkan. Secara peribadi, penulis merasakan medium penulisan adalah lebih dekat dengan jiwa peminat
NURAFIFAH KAMARUDIN
216300
SBLM 1053 : BAHASA MELAYU PENGURUSAN
7
naskah Ombak Rindu meskipun olahan visualilasi tidak kurang hebatnya namun masih kurang menyengat. Justeru itu, diharap pada masa-masa akan datang, jika ada mana-mana karya yang bakal diangkat ke layar perak, sewajarnya penulis naskah tersebut turut berada dalam senarai penulis skrip bagi memastikan kepincangan babak tidak berlaku serta momentum yang terbaik dapat ditonjolkan dalam skrin lebar supaya impak dan getaran emosi ketika menonton hampir menyamai ketika membaca.
NURAFIFAH KAMARUDIN
216300
SBLM 1053 : BAHASA MELAYU PENGURUSAN
8
RUJUKAN
Fauziah Ashari. (2002). Ombak Rindu. Shah Alam: Alaf 21. Hassan Mohd Noor. (2011). Wanita dalam 'Unforgiven' dan Ombak Rindu. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Berhad. Sharad Sharan (Penerbit), & Osman Ali (Pengarah). (2011). Ombak Rindu [Motion Picture]. Malaysia. Ridzuan Rahman. (n.d.). Interaksi : Memang tak berbaloi. Dicapai pada Mac 20, 2012, daripada MyMetro: www.hmetro.com.my Yusof. (2011, Disember 10). Ulasan Ombak Rindu. Dicapai pada Mac 19, 2012, daripada Review-filem blogspot: www.review-filem.blogspot.com
NURAFIFAH KAMARUDIN
216300
SBLM 1053 : BAHASA MELAYU PENGURUSAN
9
LAMAN SESAWANG 1 : www.hmetro.com.my
LAMAN SESAWANG 2 : www.review-filem.blogspot.com
NURAFIFAH KAMARUDIN
216300
SBLM 1053 : BAHASA MELAYU PENGURUSAN
10
Poster filem Ombak Rindu
Novel Ombak Rindu
NURAFIFAH KAMARUDIN
216300