Kuliah 1 Hubungan Etnik di Malaysia Secara Umum dari ChangkatNingkeBTP ChangkatNingkeBTP Kepada para pelajar, sila baca terlebih dahulu nota ini sebelum kuliah minggu hadapan. Bagi mereka yang inginkan nota ini ini dalam bentuk pdf, pdf, sila email ke
[email protected] [email protected] Saya akan menggunakan nota-nota yang dimuatkan di blog ini bagi perbincangan di dalam kuliah mingguan.
Pengenalan - Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara mundur kpd negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju (cita-cita dlm Wawasan 2020). - Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13 Mei 1969) Daripada pengalaman pengalaman pahit tsb, tsb, pengajaran penting yg diperoleh diperoleh ialah: 1. Kemajuan ekonomi ekonomi shj tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. 2. Kestabilan politik shj tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yg seimbang. seimbang. 3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dgn lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan menimbulkan konflik. Keseimbangan : melibatkan agihan habuan ekonomi yg saksama & perkongsian kuasa pemerintahan yg matang. Persoalannya 1. Apakah faktor faktor yg yg boleh membawa keseimbangan? 2. Apakah perkara yg perlu dipertahankan dipertahankan atau dipelihara dipelihara untuk menjamin keseimbangan keseimbangan secara berterusan? Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yg harmonis
KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK 1. Malaysia merupakan merupakan sebuah sebuah negara berbilang kaum yg pernah menghadapi menghadapi konflik etnik. 2. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial. 3. Hubungan etnik mencerminkan mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sosioekonomi sesebuah negara. 4. Hubungan Hubungan etnik mencerminkan mencerminkan darjah darjah dan sumber ketegangan sosial dlm sesebuah masyarakat. 5. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat. 6. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian di sesebuah negara (kesan pengindustrian dan perubahan sosial). 7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial sosial dan perancangan perancangan sosial sosial sesebuah sesebuah negara.
Usaha-usaha Ke Arah Memupuk Perpaduan Nasional - Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (kini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional /JPNIN). - Pengenalan Rukun Negara (ideologi kebangsaan). - DEB, Dsr Pendidikan Kebangsaan, Dsr Dsr Kebudayaan Kebangsaan. - Gabungan parti-parti politik (Cth: Barisan Nasional) -Integrasi antara wilayah wilayah (antara bandar dgn luar bandar) dan dan antara Semenanjung Semenanjung Malaysia dgn Sabah & Sarawak. - Usaha kerajaan (top-down) shj shj tidak memadai tetapi mesti mesti digenapkan dgn usaha usaha yg berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama & sumbangan drp sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik. -Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kpd keadaan berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yg berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan menengah/golongan yg kaya drp pelbagai kumpulan) - HE merupakan merupakan satu ciri penting yg mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat Malaysia sbg negara yg berjaya mewujudkan HE yg yg harmoni. harmoni.
KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK 1. Malaysia merupakan merupakan sebuah sebuah negara berbilang kaum yg pernah menghadapi menghadapi konflik etnik. 2. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial. 3. Hubungan etnik mencerminkan mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sosioekonomi sesebuah negara. 4. Hubungan Hubungan etnik mencerminkan mencerminkan darjah darjah dan sumber ketegangan sosial dlm sesebuah masyarakat. 5. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat. 6. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian di sesebuah negara (kesan pengindustrian dan perubahan sosial). 7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial sosial dan perancangan perancangan sosial sosial sesebuah sesebuah negara.
Usaha-usaha Ke Arah Memupuk Perpaduan Nasional - Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (kini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional /JPNIN). - Pengenalan Rukun Negara (ideologi kebangsaan). - DEB, Dsr Pendidikan Kebangsaan, Dsr Dsr Kebudayaan Kebangsaan. - Gabungan parti-parti politik (Cth: Barisan Nasional) -Integrasi antara wilayah wilayah (antara bandar dgn luar bandar) dan dan antara Semenanjung Semenanjung Malaysia dgn Sabah & Sarawak. - Usaha kerajaan (top-down) shj shj tidak memadai tetapi mesti mesti digenapkan dgn usaha usaha yg berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama & sumbangan drp sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik. -Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kpd keadaan berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yg berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan menengah/golongan yg kaya drp pelbagai kumpulan) - HE merupakan merupakan satu ciri penting yg mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat Malaysia sbg negara yg berjaya mewujudkan HE yg yg harmoni. harmoni.
Kuliah 2 Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik dari ChangkatNingkeBTP ChangkatNingkeBTP Tiga konsep penting yg ditumpukan ialah: Masyarakat, Budaya, dan Perpaduan Masyarakat - Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat - sebagai “satu kumpulan manusia” yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama selama berabad- abad. - Satu kumpulan / kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.
Ciri-ciri utama masyarakat: a) berkelompok; b) berbudaya; c) mengalami perubahan; d) berinteraksi (dalaman (dalaman & dgn dgn pihak luar) e) mempunyai mempunyai kepimpinan; kepimpinan; dan f) mempunyai mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, lapis, kelas, status dan kasta) kasta)
Konsep Etnik / Kaum -Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sa ma. Etnik boleh didefinisikan sbg sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg h ampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi. -Konsep „kelompok etnik‟ digunakan untuk merujuk kepada golongan yg berbeza dari segi kebudayaan. -Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, & hiburan.
Konsep Suku - kelompok masyarakat yg membentuk rumpun bangsa (cth: dalam rumpun Kadazandusun terdapat sub etnik seperti Tatana, Bisaya, Bisaya, Lotud, Kimaragang, dll)
Konsep Bangsa / Nasion - Mempunyai maksud maksud yg lebih lebih luas dan dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yg sedia ada - Menurut John Stuart Mill : Bangsa - Rumpun manusia yg yg terikat terikat oleh rasa taksub taksub bersama bersama & lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yg lain. Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan kesatuan wilayah, budaya, sejarah & agama. agama.
sbg “bangsa idaman” idaman” yg kita kehendaki. kehendaki. Pembentukan Pembentukan bangsa Malaysia - Bangsa Malaysia sbg berteraskan hubungan etnik yg harmonis. Konsep Masyarakat Majmuk. - Menurut J.S.Furnivall: Masyarakat majmuk majmuk terdiri drp pelbagai kaum yg mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yg tersendiri. Walaupun mereka (pelbagai kaum) kaum) berganding bahu di bawah sistem politik yg sama, tetapi kehidupan mereka adalah berasingan; interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras. - Asas sosial sesuatu sesuatu masyarakat masyarakat majmuk majmuk ialah campuran pelbagai pelbagai kelompok manusia. Dari Dari segi politik pula masyarakat masyarakat majmuk majmuk timbul timbul akibat dominasi penjajah. - Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan / kelemahan azam sosial bersama (common social social will) yg merupakan merupakan satu set nilai yg dipersetujui dipersetujui anggota masyarakat masyarakat bagi mengawal mengawal dan memberi memberi panduan kepada tingkah laku sosial. Konsep Kelas Sosial -Konsep ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan seharihari, segolongan individu yg mempunyai kedudukan yg sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Cth: Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada dua golongan: 1.Bourgeoisie : yg memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. 2.Proletariat : yg tidak memiliki perkara di atas hanya tenaga kerja sahaja
Konsep Institusi Sosial - Sebagai konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yg telah menjadi kebiasaan atau suatu pola hubungan sosial yg mempunyai suatu matlamat sosial yg tertentu. Cth: Institusi sosial yg utama: Institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dll. Konsep Jarak Sosial - Satu perasaan pemisahan / pemisahan sosial yg benar-benar wujud di antara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok. Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok atau di antara kelompok. -Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan persefahaman antara kelompok. Semakin besar jarak sosial di antara dua kelompok, maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan persefahaman antara kedua-duanya. Konsep Mobiliti Sosial -Merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yg lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. -Dalam sistem yg lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yg bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku. - Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme Etnisiti : merujuk kpd rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yg jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yg sama. Etnosenterisme: - Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. -Sesuatu kelompok dikatakan „etnosentrik‟ apabila mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yg lebih rendah. -Etnosentrisme membayangkan keengganan / ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yg lain. -Selagi manusia menjadi „etnosentrik‟, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yg sedia ada (biasanya yg bersifat negatif)
- Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan di antara anggota sesuatu kelompok masyarakat. Cth: Ketaatan kepada budaya dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti – dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok masyarakat. Konsep Ras dan Rasisme Ras: Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal (warna kulit dll). Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi cth: Mongoloid, Negroid dan Austroloid. - Pd dasarnya, ras boleh dikatakan sbg kelompok sosial yg mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yg nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dsbnya. Ciri yg paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. - Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yg menganggap diri dan / atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza drp kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yg tidak dpt diubah dan sifat2 ini berkaitan dgn sifat2 atau kebolehan moral & intelek mereka. Rasisme - Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata yg dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan. - Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya. - Fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yg paling unggul. - Rasisme wujud pd 2 tahap: 1. Tahap Individu – kepercayaan & sikap individu 2. Tahap Institusi – melibatkan dasar & pelaksanaanyg bersifat diskriminasi
Konsep Prejudis dan Stereotaip Prejudis - Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yg tersemat dlm hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yg jelas, tepat atau mencukupi. - Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kpd generasi yg lain. Kesannya semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yg terhad sama ada dlm aspek politik, ekonomi atau sosial. - Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip. Stereotaip - merupakan kenyataan-kenyataan umum yg negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti “semua orang X bersifat kasar” dsbnya. - Stereotaip ialah gambaran yg berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yg ditujukan kpd sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yg lain. Hal ini terhasil drp pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. - Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yg negatif dlm kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia kerana fahaman ini mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik yg lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yg menebal. Konsep Diskriminasi - Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yg mempengaruhi perilaku pihak yg berpandangan negatif. - Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. - Merupakan manifestasi prasangka yg wujud dlm kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis & stereotaip dlm sesebuah masyarakat. - Diskriminasi berlaku dlm banyak bentuk (individu atau kumpulan etnik) dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.
Konsep Perpaduan & Integrasi Perpaduan - sbg satu proses yg menyatupadukan seluruh masyarakat & negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air. Integrasi - Satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua kelompok etnik dlm negara. Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dlm kalangan kumpulan yg terpisah dari segi kebudayaan, sosial & lokasi dlm sesebuah unit politik. Unsur-unsur integrasi: 1. Integrasi wilayah – mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi & sosial antara wilayah 2. Integrasi ekonomi – mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik 3. Integrasi kebudayaan – pembentukan satu kebudayaan kebangsaan 4. Integrasi sosial – usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial (sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dll) 5. Integrasi pendidikan – mewujudkan sistem pendidikan yg bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani & sosial 6. Integrasi politik – kerjasama & pembahagian kuasa politik Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yg mudah dan integrasi ialah satu proses yg amat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dgn hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan yg berbentuk sebati iaitu amalgamasi
Konsep Segregasi - merupakan pemisahan & pengasingan antara satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yg lain dlm sesebuah negara. Pemisahan berlaku dlm beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan & kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya.
Konsep Akomodasi - merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Formula: A + B + C = A + B + C A, B & C merujuk kepada budaya - Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau untuk selama-lamanya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yg berasingan. -Pd peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dlm bidang ekonomi & pendidikan & mereka saling bergantung. -Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama & kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik). -Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik. -Kejayaan atau berkesannya „penyesuaian‟ sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan. Konsep Asimilasi -Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di antara kelompok / individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yg sama. Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu / kelompok ke dalam kelompok lain. -Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti Formula: A + B + C = A A mewakili golongan dominan, B & C mewakili kumpulan etnik minoriti. - Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yg erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi suatu tempoh yg lama. - Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting: 1. Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka. 2. Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain. 3. Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik.
-Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi. -Umumnya - kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya besar. Minoriti yg mempunyai kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan. -Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami proses asimilasi yg menyebabkan nama, bahasa, cara hidup (kecuali agama) disatukan dgn amalan & cara hidup org Thai. - Di Malaysia – proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba & Nyonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba & Nyonya berlaku dlm konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Konsep Amalgamasi -Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi. -Formula: A + B + C = D. A,B dan C mewakili kumpulan etnik yg berlainan dan D mewakili kumpulan baharu yg terhasil drp penyatuan A, B dan C. -Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku). •Kehadiran sifat-sifat Nasion itu boleh melahirkan Nasionalisme.
-Menurut Hans Kohn: Nasionalisme adalah suatu keadaan fikiran yg menyerap masuk ke dlm jiwa sebahagian besar rakyat. Ia juga adalah idea yg bertenaga yg berpunca drp perasaan cintakan tempat asal, adat resam dan merupakan fahaman yg matang serta berupaya mengiktiraf kedaulatan rakyat yg melihat negara bangsa sebagai organisasi politik yg unggul & sah. • Pengaruh nasionalisme menyebabkan adanya usaha atau kegiatan yg tersusun utk mewujudkan negara berdaulat.
Kuliah 3 Model Pembentukkan Negara Bangsa dari ChangkatNingkeBTP APAKAH MODEL YANG SESUAI BAGI NEGARA MALAYSIA ?- Malaysia - penduduknya terdiri drp pelbagai kaum. Sebelum merdeka, org Melayu, Cina & India tidak berkongsi „satu pengalaman penderitaan & kegembiraan yg sama pd masa lampau‟.- Kesan dasar „pecah dan perintah‟ oleh British, sistem ekonomi duaan & pengasingan pendidikan menyukarkan perpaduan kaum dicapai. Cth: Model Asimilasi, Model Integrasi, Model Akomodasi Politik / penyelesaian politik, Model Amalgamasi dll. - Pembentukan nasion Malaysia tidak melalui proses asimilasi tetapi mengekalkan identiti kepelbagaian yg dibentuk melalui pelbagai dasar seperti dasar pendidikan & bahasa kebangsaan. Menurut Tun Abdul Razak (PM ke-2)
„Dasar kerajaan mengenai perpaduan negara bukanlah melalui proses asimilasi tetapi melalui integrasi iaitu melalui penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua bangsa dlm negara‟. 1. Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. -Pindaan perlembagaan - cth: menghalang rapat-rapat umum & perbincangan isu-isu sensitif pelbagai kaum (kewarganegaraan, bahasa, dasar pendidikan kebangsaan, hak istimewa Melayu, Agama) - 1970 - Parlimen meluluskan Akta Hasutan, Rukun Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Bahasa Kebangsaan, DEB) 2. Kerjasama & perkongsian ekonomi. - DEB sbg asas baru kerjasama ekonomi peringkat kaum. Pencapaiannya mencetuskan peluang kerjasama yg lebih luas & perkongsian hasil yg saksama di kalangan penduduk. - DEB berjaya menurunkan kadar kemiskinan mutlak drp 49.3% (1970) kepada 15% (1990). - Perbezaan pendapatan berkurangan antara penduduk bandar & luar bandar & antara kumpulan etnik. - Peningkatan penyertaan bumiputera dlm kegiatan ekonomi moden, pemilikan harta & melahirkan lebih ramai usahawan. - Adanya program sokongan utk meningkatkan penyertaaan bumiputera dlm sektor ekonomi moden.
3. Keadilan sosial. - Kesan drp kerjasama politik & ekonomi - pengagihan yg adil & memerangi pemusatan kekayaan segelintir manusia melalui program pembangunan luar bandar.
4. Sistem pendidikan & bahasa kebangsaan. - dibentuk untuk memupuk perpaduan & rasa kekitaan serta jati diri sbg bangsa Malaysia. 5. Kebudayaan Kebangsaan. - keupayaan menerima kepelbagaian unsur hidup & budaya bersama. 6. Pembangunan kerohanian yg berteraskan nilai-nilai agama, etika & moral. Teras, Model dan usaha membentuk negara bangsa Malaysia berbeza dgn negara lain kerana sejarah, sistem politik, ekonomi & sosial berbeza dgn negara luar.
Kuliah 4 Hubungan Etnik Pra & Pasca Merdeka dari ChangkatNingkeBTP Sejarah Hubungan Etnik di Malaysia Hubungan Etnik di Era Penjajahan Hubungan Etnik di Ambang dan Pasca Merdeka Objektif Pengajaran 1. Membincangkan Hubungan Etnik di zaman Penjajahan 2. Membincangkan Hubungan Etnik di ambang dan pasca kemerdekaan Hubungan Etnik di Era Penjajahan -Sekitar abad ke 17 ( tahun-tahun 1960 an), Tanah Melayu dijajah oleh kuasa barat. -Setiap etnik membawa haluan masing-masing -Penjajahan Portugis dan Belanda tidak banyak mempengaruhi hubungan etnik bagaimanapun agak renggang. Perubahan ketara semasa penjajahan British -Pendudukan Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), Melaka (1824), campur tangan di negeri-negeri Melayu (1874) bermula perubahan ketara. -Pengenalan dasar-dasar pembangunan ekonomi, galakan kemasukan buruh asing terutama dari China dan India mengubah komposisi kaum di TM. -Sehingga bermula Perang Dunia Ke-2, hubungan etnik terpisah dari segi budaya, e konomi, politik, sosial dan tempat tinggal -Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri tertentu DEFINISI MASYARAKAT MAJMUK J.S FURNIVAL, 1948
„Terdiri daripada berbagai kaum/etnik yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri meskipun berada di bawah sistem politik yang sama.‟ KAMARUDDIN JAAFAR,
„Kaum bercampur tetapi kehidupan berasingan, interaksi terbatas, penuh prasangka serta „bersama‟ tetapi tidak bersatu.‟
CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK POLITIK; 1.Setiap etnik ada stail/tingkahlaku tersendiri dalam pendirian politik. 2.Parti politik dominan berasaskan kaum; politik perkauman. 3.Parti politik berasaskan agama kerana kepercayaan yang berbeza. EKONOMI; 1.Setiap etnik mempunyai pekerjaan berbeza. 2.Pekerjaan berbeza menyebabkan kediaman juga ber beza; lokasi, kemudahan, mutu hidup, survival dll. 3.Pemilikan ekonomi juga berbeza; mutu dan taraf hidup berbeza. SOSIAL; 1. Interaksi lebih dalam dunia sosial masing-masing.
2. Keadaan azam sosial atau „social will‟ yang sama. 3. Kehidupan masyarakat penuh dengan prasangka, konflik dan pertentangan; dalaman dan luaran. Hubungan Etnik di Pra Merdeka -Semasa Perang Dunia ke-2, terdapat 2 bentuk hubungan ; 1.Hubungan kerjasama antara kaum menentang penjajah Jepun (MPAJA) 2.Hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina ekoran dasar pilih kasih / diskriminasi terhadap etnik Cina -Semasa PKM memerintah, hubungan etnik tegang, etnik Cina pendokong PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah balas dendam. -Kedatangan Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum. Semasa Darurat, hubungan etnik bertambah baik mewujudkan kerjasama menentang komunis Hubungan Etnik di Ambang dan Pasca Merdeka -Menjelang kemerdekaan, kaum bekerjasama sehingga terbentuknya Perikatan, AMCJA dengan PUTERA. -Kerjasama erat berlaku selepas merdeka sebelum dan selepas penubuhan Malaysia.
-Ancaman luar, konfrontasi Indonesia dengan slogan “Ganyang Malaysia” mengeratkan -perpaduan kaum. -Beberapa dasar digubal oleh kerajaan digubal bagi merapatkan hubungan etnik Cth. Akta Hasutan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
RUMUSAN -Perlaksanaan pelbagai dasar oleh penjajah semasa penjajahan memberi impak terhadap hubungan etnik selepasnya. “Umpama api dalam sekam”. -Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan di awal kemerdekaan untuk meningkatkan perpaduan. -Walaupun wujud kerjasama di peringkat kebangsaan namun wujud konflik di peringkat tempatan, Pulau Pinang (1956) dan Pulau Pangkor (1960). -Wujud konflik dalam masyarakat kesan penjajahan
PELUANG & HARAPAN -Menerusi pembentukan NEGARA BANGSA Implikasi: Kehidupan masyarakat bersatu padu, berkongsi pegangan & ideologi politik serta memiliki keyakinan terhadap pemerintahan.
APAKAH YANG DIPERLUKAN BAGI MENGGALAKKAN PERPADUAN? LATIHAN PENGUKUHAN:
1. Adakah masyarakat Malaysia pada hari ini boleh dikategorikan sebagai masyarakat majmuk ? Bincangkan.
2. Apakah pendekatan yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan kaum
Kuliah 5 Kerajaan Melayu Tradisional dari ChangkatNingkeBTP
Ini hanyalan ringkasan formal untuk memudahkan pemahaman. Para pelajar adalah digalak untuk membuat kajian lebih lanjut berkenaan topik ini terutama mereka yang ditugaskan untuk menyiapkan topik ini.
Selain itu buku menarik penulisan Dr. Farish A. Noor, What Your Teacher Didn’t Tell You, (2009) terbitan, Matahari Books boleh dirujuk untuk melihat dengan lebih mendalam berkenaan era Malaysia waktu itu terutama dalam topik-topik seperti ‘Pity The Poor Keris’, ‘Hang Tuah the Pacifist’ dan ‘From Pigafetta to Panji’. Perbincangan : Istilah kerajaan Melayu Tradisional adalah merujuk kepada kerajaan-kerajaan Melayu terawal yang dianggap sebagai asas kepada kewujudan kerajaan Malaysia moden yang wujud pada hari ini.
KERAJAAN AWAL Kerajaan-kerajaan berikut boleh disifatkan sebagai Kerajaan Melayu Tradisional: 1. Kerajaan Kedah Tua 2. Kerajaan Langkasuka 3. Kerajaan Funan 4. Kerajaan Srivijaya 5. Kerajaan Majapahit 6. Kerajaan Melayu Melaka
Kerajaan Kedah Tua Kedah menjadi tumpuan pedagang India yang menyeberangi Teluk Benggala untuk berdagang di persekitaran gugusan Kepulauan Melayu. Kedah menjadi tempat persinggahan kapal dari Barat yang belayar ke Timur sewaktu angin barat daya. Puncak Gunung Jerai berfungsi sebagai pusat tanda arah bagi kapal yang berlabuh di pelabuhan Kedah.
Pada awal kurun ke-2 Masihi, Kedah telah menjadi sebuah kawasan yang terpenting di Tanah Melayu. Pelabuhannya yang terletak di muara Sungai Merbuk memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan barangan untuk pasaran Funan dan seterusnya dibaw a ke negeri China. Menjelang awal abad ke-9, Kedah telah diserang oleh kerajaan Cola dari India Selatan dan selepas serangan tersebut,perdagangan di Kedah menjadi semakin merosot. Kerajaan Langkasuka Langkasuka terletak di timur laut Tanah Melayu, iaitu di daerah Patani. Pelabuhan Langkasuka digunakan oleh pedagang dari Barat dan Timur sebagai tempat memperoleh bahan makanan dan bekalan air sewaktu kapal mereka singgah untuk berlabuh. Dari segi ekonomi, Langkasuka menghasilkan kayu wangi, gading gajah dan sumbu badak sebagai hasil keluaran utamanya, manakala saudagar dari China akan membawa barangan dagangan mereka seperti kain sutera, kapas dan tembikar sebagai barangan tukaran. Bagi mengukuhkan kedudukannya, Langkasuka telah menjalin hubungan diplomatik dengan India dan China. Kerajaan Funan Kerajaan ini berpusat di Sungai Mekong dan dikatakan sebuah kerajaan Hindu yang pertama didirikan di Asia Tenggara. Kerajaan ini menguasai perdagangan lalu lintas di negeri sebelah Barat (India dan Mediterranean) dan China. Pada abad ketiga Masihi, kerajaan Funan di bawah pimpinan Fang-Shih Man telah memperluaskan kekuasaannya dengan menakluki bahagian Utara Tanah M elayu dan telah menguasai jalan perdagangan dan pelabuhan penting di Tanah Melayu. Pada pertengahan kurun ke-6 Masihi, kerajaan Funan telah ditewaskan oleh kerajaan Chen Ha yang kemudiannya telah mendirikan tanah jajahan baru yang dikenali sebagai kerajaan Khmer. Kerajaan Srivijaya Kerajaan ini bertapak di Sumatera pada ke-7. Pada akhir abad ke-8, kerajaan Srivijaya telah memperluaskan kekuasaan politik dengan menguasai Tanah Melayu, Selat Sunda dan Selat Melaka. Pada akhir abad ke-11, kerajaan Srivijaya telah menguasai pesisir timur Sumatera, di bahagian barat Pulau Jawa, Tanah Melayu dan sebahagian besar Pulau Kalimantan. Akibat daripada amalan perdagangan monopoli yang diamalkan oleh kerajaan ini, akhirnya kerajaan Srivijaya menghadapi saingan daripada kerajaan lain yang mengamalkan sistem perdagangan yang lebih terbuka.
Bermula pada abad ke-13, banyak pemberontakan berlaku di wilayah jajahan kerajaan Srivijaya. Kesannya kerajaan Srivijaya menjadi semakin lemah lebih-lebih lagi dengan kemunculan kerajaan Majapahit di Pulau Jawa dan kerajaan Siam. Akhirnya, kekuasaan Srivijaya semakin tenggelam. Kerajaan Majapahit Kerajaan ini berpusat di Jawa Timur dan kemunculannya semakin digeruni sewaktu berada di bawah kepimpinan Gajah Mada. Bagi mencapai cita-cita politiknya, Majapahit memperluaskan jajahan takluknya dan membentuk empayar Melayu yang besar, yang terdiri daripada kepulauan Nusantara. Gajah Mada telah menakluki Bali, Temasik, Pahang, Sumatera dan daerah Jawa Barat. Bagi menjamin pengiktirafan daripada kuasa besar yang lain, Majapahit telah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam, India dan China. Walau bagaimanapun, selepas kematian Gajah Mada pada 1364, keagungan Majapahit semakin merosot. Banyak negeri yang telah menerima ajaran Islam telah membebaskan diri daripada empayar Majapahit dan menjelang awal abad ke-15, kerajaan Majapahit telah berkubur. Kaitan kerajaan-kerajaan ini dilihat mempunyai kaitan dengan asal usul negara Malaysia kerana peranan dan penglibatannya ke atas wilayah-wilayah di Tanah Melayu yang pada hari ini adalah sebahagian daripada wilayah Malaysia. Bagaimanapun, Kerajaan Melayu Melaka dilihat mempunyai hubungkait secara langsung dengan perkembangan dan struktur politik, pentadbiran dan ekonomi kerajaan Malaysia moden. Kerajaan Melayu Melaka Kesultanan Melaka telah berkembang pesat selepas ditubuhkan oleh Parameswara pada 1395. Di bawah kepimpinan Parameswara, Melaka terus berkembang dan menjadi pusat tumpuan para pedagang dari seluruh pelusuk rantau Kepulauan Melayu, Cina dan Asia Barat. Kesultanan Melaka telah berkembang pesat selepas ditubuhkan oleh Parameswara pada 1395. Parameswara yang terlibat dalam pemberontakan menentang pemerintahan Majapahit telah melarikan diri ke Temasik setelah gagal dalam pemberontakan tersebut. Sewaktu berada di Temasik, Parameswara telah membunuh pemerintah Temasik. Tindakannya itu te lah membangkitkan kemarahan pemerintah Siam, (Temasik terletak di bawah kekuasaan Siam) yang telah menghantar tentera untuk menangkap Parameswara. Parameswara dan pengikutnya telah melarikan diri ke Muar dan seterusnya ke Melaka dan memulakan kerajaan dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Melaka. Di bawah kepimpinan Parameswara, Melaka terus berkembang dan menjadi pusat tumpuan para pedagang dari seluruh pelusuk rantau. Bagi memastikan Melaka tidak lagi menghadapi ancaman Siam, Parameswara telah bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan China. Hubungan diplomatik dengan China ini membolehkan Parameswara membina kekuatan dan mentadbir Melaka dengan berkesan. Usaha yang gigih oleh Parameswara dan kedudukan Melaka yang strategik dari sudut geografi menyebabkan Melaka telah berkembang sebagai sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan yang terkenal. Melaka seterusnya telah menikmati kemakmuran ekonomi dan berjaya memperluaskan tanah
jajahannya ke seluruh Tanah Melayu dan negeri-negeri di pesisir Sumatera Timur sehinggalah kejatuhannya pada tahun 1511 di tangan Portugis. Perkembangan Melaka Faktor Dalaman – Pentadbiran
• Sumbangan Pemerintah (Sultan) • Sumbangan Pembesar (Bendahara & Laksamana) • Perkembangan perdagangan atas faktor keselamatan dan pertahanan • Perkembangan sebagai sebuah empayar kerana wujudnya kekuatan ekonomi hasil perdagangan – Faktor alam semula jadi
• Pelabuhan semulajadi/dalam • Terlindung dari angin monsun • Terletak ditengah perjalanan antara Timur dan Barat. • Banyak sumber bekalan kayu bagi tujuan baikpulih kapal Faktor Luaran /Faktor umum
– Perlindungan Maharaja Cina – Agama Islam Kejatuhan Melaka Kelemahan pentadbiran dalaman
– Perebutan kuasa antara pembesar – Pemerintah tidak peduli soal pentadbiran negara. – Konflik perkauman – Amalan rasuah dikalangan pembesar yang akhirnya merugikan kerajaan. – Perubahan keadaan geografi
Faktor luar seperti
– Serangan Portugis – Saingan dari kerajaan lain Sistem Politik, Ekonomi dan Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
• Sistem Politik – -Sistem Pemerintahan Beraja (Raja sebagai sumber kuasa pemerintahan dan undang-undang) – -Sistem Pembesar Tradisional – Pengelasan masyarakat dalam negara (1.Masyarakat Pemerintah- Raja,Golongan Bangsawan dan Pembesar 2.Rakyat umum. 3.Golongan Hamba) Golongan hamba
• Golongan paling bawah dalam hierarki masyarakat Melayu tradisional. • 2 kategori : 1. Hamba Abdi (Hamba Tawanan, Hamba diranggah, Hamba Habshi, Hamba Hulu (pesalah) Hamba Serah (kemiskinan) 2. Hamba Hutang (Hamba Waris- isteri & a nak hamba yang berhutang, Hamba Bayar, Orang Berhutangmenjadi hamba selagi gagal bayar hutang, Anak Mas-menjadi hamba akibat berkahwin dengan hamba wanita)
Sistem Politik, Ekonomi dan Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
• Perubahan dalam Sistem Ekonomi (Ekonomi Sara Diri kepada Perdagangan)
– Pertanian, Perikanan & Mengumpul hasil hutan – Pertukangan – Perlombongan – Perdagangan
Sistem Politik, Ekonomi dan Sosial Masyarakat Melayu Tradisional • Perubahan dalam Sistem Sosial
– Perkembangan/Kemasukan Sistem Kepercayaan dan Agama baru – Islam/Kristian – Adat - Pengaruh bahasa Asing dalam bahasa Melayu – Bahasa – Pengaruh bahasa Asing dalam bahasa Melayu Sumbangan Kerajaan Melayu Melaka Terhadap Kerajaan Malaysia Moden Politik/Pentadbiran
– Pemakaian sistem pentadbiran monarki – Sistem Pembesar Tradisonal vs Sistem Pentadbiran Moden
• Bendahara vs Perdana Menteri • Temenggung vs Ketua Polis Negara • Laksamana vs Ketua Angkatan Tentera dll
Undang-undang
– Penerimaan undang-undang Islam dan undang-undang adat dalam sistem perundangan Malaysia moden Sumbangan Kerajaan Melayu Melaka Terhadap Kerajaan Malaysia Moden Sosial
– Wujudnya masyarakat majmuk (Cina, India,Serani) – Perkembangan agama dan sistem kepercayaan (Hindu/Islam/Kristian/Budhha dll) – Perkembangan bahasa Melayu – Pengaruh bahasa asing – Kepelbagaian budaya (Melayu, India, Baba Nyonya, Serani) – Percampuran elemen budaya sesuatu kaum
Rujukan Asas Andaya., Barbara Watson & Leonard Y. (2001) A History of Malaysia. Hawaii : University of Hawaii Press. INTAN (1994). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. Lotfi Ismail (1976) Sejarah Malaysia 1400-1963. KL: Penerbitan Utusan. Muhammad Yusof Hashim (1992) The Malay Sultanate of Malacca. KL: DBP.
Kuliah 6 Penjajahan dari ChangkatNingkeBTP PENDAHULUAN Negara kita sememangnya menjadi idaman kuasa-kuasa asing baik dari Barat mahupun Timur. Peluang penjajahan yang diterima oleh kuasa-kuasa asing ini ditambah dengan faktor kesilapan, kelemahan dan masalah di negeri-negeri Melayu akhirnya menyebabkan negara terjajah selama lebih kurang 446 tahun. Tempoh penjajahan ini sebenarnya boleh dipertikaikan memandangkan tempoh penjajahan selama 446 tahun itu bukanlah berlaku secara menyeluruh (meliputi seluruh Tanah Melayu) tetapi hanya melibatkan satu wilayah khusus iaitu Melaka. Penjajahan menyeluruh hakikatnya hanya berlaku selepas 1870an. Kepentingan Topik Penjajahan Kepentingan kuasa penjajah luar terutamanya Inggeris amat nyata dalam perkembangan sejarah tanah air (politik, pentadbiran, perundangan bahkan juga sosial). Ini dapat dilihat daripada keengganan pihak Inggeris untuk bertindak terhadap wilayah-wilayah Sabah dan Sarawak sehingga ke satu tarikh yang agak lama. Ini kerana Sabah diuruskan oleh Syarikat Borneo Utara manakala Sarawak ditadbir oleh keluarga Brooke. Secara ringkas, apa yang kita akan pelajari dalam subjek Pengajian Malaysia -mengikut bab-bab adalah menyentuh soal pentadbiran negara, perundangan, aspek sosio-ekonomi, sistem adat dan kepercayaan malahan juga sistem kehakiman sebenarnya mempunyai kaitan secara langsung dengan apa yang dilaksanakan oleh penjajah pada masa lampau (Semuanya dilihat sebagai kesan daripada peristiwa penjajahan). Faktor Kehadiran Penjajah Faktor 3K iaitu kekayaan, kegemilangan dan keagamaan. Faktor 3K ini juga disebut sebagai 3G iaitu Gold, Glory dan God/Gospel yang memberi maksud yang sama iaitu kekayaan, kegemilangan dan keagamaan.(Baker, 1999, p 54) Faktor ini adalah secara khusus adalah merujuk kepada faktor kedatangan Portugis ke Timur. Bagaimanapun jika dilihat dalam konteks yang lebih umum faktor-faktor ini (3K/G) adalah merupakan faktor am kehadiran (common factor) yang terpakai untuk kesemua penjajah.
Penjajahan asing di Melaka/Tanah Melayu 1. Penjajahan Portugis (1511-1641) 2. Penjajahan Belanda (1641-1824) 3. Penjajahan Jepun (1942-1945) 4. Penjajahan Inggeris (1824-1941) & (1946-1957)
Penjajahan Portugis (1511-1641) 3K/G Sebab Kedatangan Melaka sahaja Kawasan Terlibat Menguasai perdagangan rempah & memecahkan monopoli perdagangan rempah oleh saudagar Islam di Eropah Timur Menumpaskan kerajaan Islam. Buktinya Afrika ditinggalkan dalam eksplorasi penjajahan. Antara sebabnya kerajaan Preston John dipercayai ada disana.
Penjajahan Belanda (1641-1824) Sebab Kedatangan 3K/G Kawasan Terlibat Melaka sahaja Tujuan Penaklukan : Membendung perkembangan Melaka dan menaikkan pelabuhan Betawi
Perbincangan penting yang lain Perjanjian Inggeris -Belanda 1824. Kesan-kesan perjanjian terhadap Penjajahan Jepun (1942-1945)
Sebab Kedatangan 2K/G Kawasan Terlibat Seluruh TM termasuk Sabah dan Sarawak Tujuan Penaklukan :
Kegemilangan politik bagi negara Jepun. Menghalau Inggeris dari TM Sumber bahan mentah Menyelesaikan krisis kependudukan
Perbincangan penting: Sebab-sebab kemenangan mudah Jepun Kesan-kesan penjajahan Jepun (Negatif dan Positif mengikut sektor)
Penjajahan Inggeris (1824-1941) & (1946-1957) 3K/G Sebab Kedatangan Seluruh TM termasuk Sabah dan Sarawak Kawasan Terlibat Tujuan Penaklukan: Menguasai potensi ekonomi TM (rempah, bijih, getah dll) Menjaga kepentingan British (perdagangan, syarikat dan rakyat) Menjaga keamanan Permintaan pemerintah/pembesar tempatan Bimbang kuasa Eropah lain Kesan penjajahan Inggeris terhadap pelbagai aspek sektor (Asas Perbincangan ) Perbincangan Lain Pembukaan Penempatan. Cth : Pulau Pinang Perjanjian dengan pemerintah tempatan. Cth : Singapura Perjanjian & Sistem Residen. Cth: Perak, Selangor, N9, Pahang. Individu/Keluarga. Cth :Sarawak Syarikat. Cth: Sabah melalui NBCC. Perjanjian dengan pihak luar. Cth : Perjanjian Inggeris-Belanda (Melaka)
Tambahan : Penjajahan Jepun Sebab Kemenangan Mudah Jepun (I) Aspek Strategi : Menyerang dari utara sedangkan pihak Inggeris menumpukan pertahanan mereka si sebelah selatan Tanah Melayu. Menyerang Pearl Harbour terlebih dahulu bagi memutuskan bekalan dan bantuan. Pakatan dengan Siam Bergerak dengan menggunakan basikal Program pengintipan yang rapi dan menyeluruh (secret intelligence) Propaganda Jepun – membebaskan TM menyebabkan penduduk Melayu memberi bantuan kepada Jepun. (II) Kepimpinan yang baik seperti Jeneral Yamashita (Malayan Tiger). (III) Tentera Tentera yang terlatih, bersemangat, berdisiplin, tidak takut mati dan sanggup berkorban untuk negara termasuk melalui tindakan “kamikaze”. Mereka tahu berkorban untuk negara adalah sesuatu yang mulia. (IV) Kemenangan mudah Jepun juga disumbangkan oleh kesilapan dan kelemahan pentadbiran Inggeris dan penduduk Tanah Melayu. Kesilapan Inggeris menumpukan pertahanan di sebelah selatan menghala ke Singapura. Pertahanan laut yang sangat lemah sedangkan kedudukan Tanah Melayu dikelilingi oleh laut. Kelemahan pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu yang beraneka ragam dan berbeza-beza menyukarkan koordinasi pertahanan dilaksanakan. Tentera Inggeris tidak bersedia. Inggeris salah jangkaan waktu serangan. Kedegilan penduduk TM yang enggan percaya teguran orang Cina. Kesan-kesan Pendudukan Jepun Ekonomi Kemusnahan sektor ekonomi disebabkan kemusnahan semasa perang. Peningkatan inflasi (Baker, 1999, p 227) - sila rujuk nota tambahan Pemindahan teknologi pertanian. Cth: Padi Taiwan.
Sosial Kematian dan kebuluran. Tahap kesihatan yang rendah dan penularan wabak penyakit seperti beri-beri dan malaria. Trauma peperangan kesan kematian dan penyiksaan buruh paksa Landasan Keretapi Maut. Politik Proses penjepunan Hubungan yang tegang antara kaum Melayu dan Cina. Penentangan terhadap pendudukan Jepun oleh MPAJA, Force 136, Gerila Kinabalu, Askar Wataniah, dll. Bertambahnya pengaruh komunis. Pembebasab tahanan politik Inggeris seperti Ibrahim Yaacob. Kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan warga Tanah Melayu. Penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran negara Kesan Penjajahan Inggeris Politik, Pentadbiran dan Perundangan Penentangan oleh masyarakat tempatan – kesan langsung. Pengenalan sistem pentadbiran Barat dan pengabaian sistem pentadbiran tradisional. Pemakaian undang-undang Barat. Undang-undang Islam dan adat dihadkan hanya dalam soal-soal domestik. Sosio-ekonomi Kewujudan sistem ekonomi kolonial – hasil dikaut oleh penjajah. Perkembagan sistem ekonomi berasaskan eksport Perkembangan infrastruktur dan kemudahan asas Penghapusan adat-adat tempatan yang disifatkan sebagai kejam. Perkembangan pendidikan Pengenalan sumber ekonomi baru seperti getah Pengenalan dan pemindahan teknologi
KESIMPULAN Kekayaan dan kedudukan Tanah Melayu yang begitu strategik telah menyebabkan wilayah ini menjadi rebutan banyak pihak. Justeru itu, penjajah yang menguasai wilayah ini bertukar ganti. Pendudukan Jepun walaupun singkat telah menyedarkan warga Tanah Melayu tentang maruah bangsa, kebebasannya dan hak untuk mentadbir negara sendiri. Inggeris pula adalah merupakan penjajah yang paling bijak. Mereka berjaya menguasai keseluruhan Tanah Melayu melalui “usaha ketenteraan yang minima”. Justeru mereka dianggap sebagai penjajah paling berjaya terutamanya jika diteliti kepada “mendalam dan menyeluruhnya” kesan-kesan penjajahan yang ditinggalkannya disesebuah negara sepertimana yang dilakukannya di Malaysia dll. RUJUKAN Andaya., Barbara Watson & Leonard Y. (2001) A History of Malaysia. University of Hawaii Press. Baker, Jim (1999) Crossroads, A Popular History of Malaysia & Singapore. Times Books International. Lotfi Ismail (1975) Sejarah Malaysia 1400 – 1963. KL: Utusan Publications & Distributors. Zainal Abidin Abd Wahid (1991). Sejarah Malaysia. Bangi : Penerbit UKM. Zainal Abidin Abd W ahid (1971). Glimpses of Malaysian History. KL : DBP.
MPW Perlembagaan Persekutuan dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Perlembagaan merupakan undang-undang agung sesebuah negara. P erlembagaan wujud dengan tujuan hendak mengendalikan kerajaan yang memerinth dengan licin dan saksama. Menurut D.Robertson (1993), "perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat." Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan perlu ada bagi setiap negara kerana ia mengandungi undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara.
Latar Belakang Perlembagaan Malaysia Kewujudan perlembagaan negara telah melalui liku-liku sejarah dan perjuagan yang getir. Setelah Jepun mengaku kalah dan tamatnya Perang Dunia II, penjajah British kembali semula ke Tanah Melayu melalui Pentadbiran Tentera British (BMA). Ini diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946. Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya 1955 memaksa Penjajah British mengadakan satu Persidangan Perlembagaan di London. Persidangan ini telah mencadangkan supaya dilantik sebuah suruhanjaya yang bebas untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu (PTM). Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini dipengerusikan oleh Lord Reid. Perlantikan orang luar sebagai penggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu itu dibuat agar cadangan perlembagaan itu tidak berat sebelah. Suruhanjaya Reid telah meminta cadangan daripada semua penduduk Tanah Melayu, baik dari kalangan parti politik, badan awam dan orang perseorangan. Suruhanjaya Reid telah menerima sebanyak 131 cadangan dari kalangan penduduk Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru bersama dengan perlembagaan untuk negeri Melaka dan Pulau Pinang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1957, dan dengan demikian Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara berdaulat dan merdeka. Pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian Malaysia, dimana dengannya Borneo Utara, Sarawak dan Singapura akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada, dan persekutuan ini dinamakan Malaysia. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara1(1) dan Perkara(2) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diistytiharkan pada 16 September 1963.
KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA Menurut Tun Mohamed Suffian (1984), di M alaysia, Perlembagaan Persekutuan Malaysia sahaja yang tertinggi. Malah tiada siapapun yang mempunyai kuasa yang boleh mengisytiharkan bahawa semua undang-undang yang dibuatnya itu sebagai tidak sah. Malaysia ialah sebuah persekutuan yang mempunyai satu perlembagaan yang agak tegar. Parlimen Malaysia memperolehi kuasanya dari Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menentukan dengan nyata perkara -perkara yang menjadi tanggungjawab Persekutuan dan Negeri. Maka undang-undang yang dibuat di luar bidang kuasa perlembagaan adalah tidak sah. Di sini pihak mahkamah bolehlah mengisytiharkan bahawa undangundang itu sebagai tidak sah. Jika Parlimen Malaysia tidak tertinggi dan undang-undang boleh dibatalkan oleh mahkamah, maka mahkamahlah yang tertinggi? Mahkamah adalah tertinggi dalam erti kata bahawa mempunyai hak, malah kewajipan untuk membatalkan sebarang Akta dan Enakmen/Ordinan yang telah dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang di luar dari bidang kuasa ataupun bercanggah dengan apa yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jika Akta dan Enakmen/Ordinan itu dibuat selaras dengan apa yang telah diperuntukkan kepada mereka, maka mahkamah tidak ada kuasa menolaknya. Siapakah yang Tertinggi di Malaysia Yang Di-Pertuan Agong, seorang raja berperlembagaan di Malaysia. Ini jelas sepertimana yang terkandung dalam lafaz sumpah baginda yang dilakukan di hadapan Majlis Raja-Raja. Baginda tertakluk kepada halangan Perlembagaan, dan dari segi pentadbiran pula tindakan baginda mestilah di atas nasihat Jemaah Menteri(Kabinet). Menurut Tun Mohamed Suffian (1984), kerajaan juga tidak tertinggi dalam banyak hal. Ternyata bahawa terdapat banyak perkara dalam perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan. Bahawa doktrin absah yang terpakai di Malaysia bukanlah Parlimen, kerajaan atau badan-badan lain yang tertinggi, tetapi bahawasanya Perlembagaanlah yang tertinggi.
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Menurut Tun Mohamed Suffian(1990), Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut: 1. Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan. 2. Sebagai negara raja berperlembagaan 3. Sebagai negara demokrasi berparlimen. 4. Parlimen memperuntukkan Islam sebagai agama r asmi. 5. Memperuntukkan ketinggian perlembagaan 6. Memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. 7. Memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif. Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada Hari Malysia iaitu pada 16 September 1963. Perlembagaan ini mengandungi 15 Bahagian(Parts), 183 Perkara (Articles) dan 13 Jadual (Schedules). Perlembagaan Negeri Perlembagaan Malaysia merupakan satu perjanjian perkongsian yang mengatur perhubungan antara negeri-negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia. Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa tiap-tiap perlembagaan negeri hendaklah mempunyai peruntukkan perlu. Di dalam Jadual Kelapan, peruntukan-peruntukan telah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian I mengandungi peruntukan tetap dan peruntukan kewangan. Bahagian II pula mengandungi peruntukan sementaaara sebagai alternatif kepada peruntukan Bahagian I. Negeri-negeri Sabah dan Sarawak pula mendapat perlembagaan daripada perlembagaan yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963. Di bawah Perkara 71(4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, perlembagaan semua negeri dikehendaki mengandungi 'peruntukan-peruntukan perlu' seperti yang dinyatakan dalam Jadual. Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga memperuntukkan Bahagian VI (perkara 73-95E) dalam hal perrhubungan antara kerajaan Persekutuan (Pusat) dengan kerajaan-kerajaan negeri. Pindaan Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, seperti juga perlembagaan bertulis lain, boleh dipinda dengan cara yang berbeza.Perlembagaan Persekutuan Malaysia boleh dipinda menurut Perkara 159 dan 161E perlembagaan itu sendiri.
Tiga cara perlembagaan ini boleh dipinda iaitu:
1. Setengah-setengah perkara boleh dipinda hanya dengan lebih suara dua pertiga dalam tiap -tiap Dewan Parlimen. 2. Setengah-setengah perkara yang mempunyai kepentingan khas bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan lebih suara dua pertiga dalam tiap-tiap Dewan Par limen. 3. Setengah-setengah perkara boleh dipinda dengan lebih suara dua pertiga dalam tiap-tiap Dewan Parlimen tanpa berkehendakkan persetujuan sesiapa pun di luar Parlimen, seperti Perkara 159(4). Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dipinda banyak kali. Semenjak terbentuknya Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963, perlembagaan ini telah beberapa kali dipinda. KESIMPULAN Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil mempunyai sebuah perlembagaan. Sekali imbas adalah sukar untuk memikirkan mengapa peraturan perlembagaan yang serumit itu perlu dan bagaimana ia dapat dijalankan. Apabila kita melihat sejarah negara, maka tidaklah sukar untuk memahami dan menyedari mengapa perlembagaan negara kita merupakan satu dokumen yang panjang. Adalah menjadi tugas setiap warganegara mempertahankan kedaulatan perlembagaannya.
Nota Kuliah : FEDERALISME: KERAJAAN PUSAT & NEGERI dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Pembentukan Persekutuan Malaysia adalah unik kerana bukan semua negeri anggota seperti lazimnya dalam sebuah sistem persekutuan, mempunyai kuasa yang sama. Pada dasarnya, kelonggaran yang diberikan kepada Sabah, Sarawak dan Singapura merupakan syarat terbentuknya Persekutuan Malaysia. Hubungan kerajaan pusat kadangkala baik dan kadangkala dingin. Federalisme Mengikut K.C.Wheare (1953), sistem federalisme merupakan satu kaedah untuk membahagikan kuasa antara 2 peringkat kerajaan. Ciri/sifat federalisme:
Terdapat pembahagian kuasa Sebuah kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat. Pada dasarnaya, pembahagian kuasa, kebebasan dan kedaulatan sebuah kerajaan dalam sistem persekutuan adalah jelas. Latar Belakang Sistem Federalisme Sebelum Negeri-negeri Melayu Bersekutu, semua negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu, dan Negeri-negeri Selat, merupakan identiti politik yang berasingan tetapi diperintah secara tidak langsung. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Percubaan memperkenalkan sistem Federalisme boleh dikatakan bermula dengan satu usaha menyatukan negeri-negeri Melayu melalui perjanjian Persekutuan 1895.Sistem pemerintahan yang ditubuhkan pada 1896 meletakkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu di bawah naungan British. Dua peringkat kerajaan diwujudkan, iaitu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Kesatuan Malaya (Malayan Union) Kesatuan Malaya telah ditubuhkan pada 1 April 1946 sebgai satu usaha menggabungkan semua negerinegeri Melayu, iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Persekutuan Tanah Melayu
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan berikutan tentangan hebat orang-orang Melayu terhadap Kesatuan Malaya. PTM terdiri daripada 11 negeri anggota. Sistem kerajaan PTM meletakkan kuasa pentadbiran kepada kerajaan pusat. Pada peringkat PTM meletakkan kuasa pentadbiran terdiri daripada: 1. Pesuruhanjaya Tinggi British yang dilantik oleh Raja Britain; 2. Majlis Eksekutif Persekutuan; dan 3. Majlis Perundangan Persekutuan Pembentukan Persekutuan Malaysia 1963 Cadangan Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia bukan suatu cadangan baru. Antara sebab yang mendesak ketika itu adalah seperti yang berikut:
Kegiatan Komunis Imbangan penduduk Kemerdekaan Pembahagian Kuasa Antara Kerajaan Di Malaysia pembahagian kuasa anatra kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga jelas dan terkandung di dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Terdapat tiga senarai senarai dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang mengagihkan kuasa ini, iaitu: Senarai I (Persekutuan); Senarai II (Negeri) ; dan Senarai III (Bersama). Senarai Persekutuan (I)
Senarai persekutuan mengandungi 27 bidang kuasa dalam perlembagaan Malaysia. Senarai Negeri (II)
Senarai Negeri mengandungi 12 bidang kuasa dalam Perlembagaan Malaysia. Senarai Bersama (III)
Senarai bersama mengandungi 18 bidang kuasa dalam perlembagaan Malaysia.
Kuasa Residual Perkara 77, PP memperuntukkan bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas mana-mana bidang kuasa yang tidak disenaraikan dalam mana-mana senarai. Keagungan Perlembagaan (Kerajaan Persekutuan) Hubungan antara kerajaan dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem Persekutuan adalah memihak kepada kerajaan pusat. Beberapa perkara yang menyebabkan kecenderungan sedemikian. Peruntukan Perlembagaan 1. Perkara 2(b) 2. Perkara 4 (1) 3. Perkara 75 4. Perkara 73 5. Perkara 76 Bidang Kuasa Kewangan (Senarai I, Item ke 7 Jadual Kesembilan ) Bidang kuasa kewangan kerajaan pusat adalah menyeluruh kerana sebahagian besar daripada punca kewangan kerajaan negeri datangnya daripada peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan pusat. Geran kepada Negeri (Perkara 109 [1a]) Dibawah perkara 109, Perlembagaan mewajibkan kerajaan persekutuan memberi kepada setiap negeri yang dinamakan „pemberian mengikut bilangan orang‟ Pemberian Jalan Negeri (Perkara 109[1b]) Dalam perkara yang sama, kerajaan persekutuan juga dikehendaki mengadakan pemberian Jalan Negeri MASALAH /ISU DALAM HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN Ketegangan dalam hubungan antara kerajaan adalah satu perkara lazim dalam sebuah negara yang berbentuk persekutuan, beberapa peristiwa telah menyebabkan hubungan antara kerajaan pusat dan negeri. Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan Ujian terhadap keutuhan Persekutuan tercabar dengan perpisahan Singapura daripada Persekutuan pada 1965
Darurat 1966, Sarawak Darurat 1966 telah diisytiharkan dan ia berkait dengan usaha menumbangkan kepimpinan Datuk Stephen kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak (1963-66) kerana tidak sehaluan dengan Kerajaan dan Kepimpinan Persekutuan. Darurat 1977, Kelantan Darurat 1977 telah diisytiharkan dan ia berkait denga usaha menumbangkan kepimpinan dan pengaruh PAS di Kelantan Kerajaan Di bawah Kepimpinan Parti Pembangkang Pada 1980-an dan 1990-an, hubungan tegang antara kerajaan pusat dan negeri disebabakan parti pemerintah pada peringkat negeri adalah bukan parti komponen pemerintah pada peringkat nasional Sabah Ketegangan hubungan antara kerajaan bermula dengan kemenangan Parti Berastu Sabah (PBS) pada 1984. Kelantan Hubungan tegang antara kerajaan pusat dengan pemerintahan Kelantan pimpinana PAS muncul sekali lagi setelah PAS bertapak semula di negeri itu selepas pilihan raya 1990. KESIMPULAN Federalisme addalah satu rangka menyatuoadukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasinagan. Hubungan antara kerajaan dalam federalisme berpusat kepada persoalan persaingan kuasa. Dalam hal ini, pada umumnya kerajaan pusat mempunyai kelebihan seperti yang jelas dinyatakan dalam beberapa perkara dalam perlembagaan Malaysia. Perpisahan Singapura dari Persekutuan pada 1965 adalah merupakan satu daripada cara penyelesaian dalam hubungan antara kerajaan yang sudah tidak dapat dibaikpulih.
Nota Kuliah : Badan Kehakiman dari ChangkatNingkeBTP
PENGENALAN
Undang-undang merupakan pengaruh yang paling menyerap dalam kehidupan kita, melibatkan dalam hampir semua perkara yang kita lakukan. Sistem perundangan di Malaysia telah melalui satu jangka masa yang panjang, iaitu kira-kira 600 tahun lamanya. Penjajahan Inggeris telah memperkenalkan sistem kerajaan berpelembagaan dan common law. Pada hari ini, sebahagian besar daripada undang-undang negara ini datangnya daripada sumber bertulis. Diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan Dewan Perundangan Negeri. Mengenal dan mengetahui tentang sistem perundangan dan kehakiman di sesebuah negara seperti Malaysia adalah amat penting.
APA ITU PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN?
Perundangan (Legislation) Menurut Abdul Monir Yaacob (1989), perundangan adalah merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan khas yang bertanggungjawab dari segi perlembagaan. Kuasa perundangan di Malaysia telah ditetapkan melalui Perkara 44, Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Fungsi utama perundangan adalah untuk menggubal, meminda atau membatalkan undang-undang sebagai memberi kesan kepada hasrat badan perundangan. Penggubalan undang-undang dalam bentuk perundangan dijalankan oleh Parlimen Malaysia bagi peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri. Parlimen Malaysia membuat undang-undang yang terkandung dalam Senarai I, Jadual Kesembilan, sementara Senarai II dari jadual yang sama merupakan hak kerajaan negeri. Senarai III pula merupakan Senarai Bersama bagi kedua-dua badan. Kehakiman (Judiciary) Dalam sistem demokrasi liberal yang diamalkan di negara ini, kehakiman merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan memainkan peranannya dalam proses pengimbangan kuasa. Bagi melaksanakan fungsi kehakiman PP telah menyediakan peruntukan yang berkaitan yang terkandung dalam Bab 9, Perkara 121131A. Hakim mempunyai kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa (authority) yang diberikan kepada mereka. Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia terletak dalam Perkara 121 (1), Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kehakiman merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan memainkan peranannya dalam proses pengimbangan kuasa.
Dalam usaha melaksanakan tugas-tugas kehakiman di negara ini, sistem mahkamah telah diwujudkan. Badan perundangan bertugas membuat/menggubal undang-undang dan pihak mahkamah pula melaksanakan undang-undang itu, jika ianya digubal dengan betul. pihak mahkamah boleh mentafsir bahagian-bahagian tertentu undang-undang (akta, enakmen atau ordinan) sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan bidang kuasanya. Andaikan undang-undang itu digubal secara tidak sah, maka fungsi mahkamah ialah mentafsirkannya. Makna/takrifan yang dibuat terhadap undang-undang oleh hakim akan menjadi satu ikutan penghakiman (precedent).
HUBUNGAN UNDANG-UNDANG DENGAN KEHAKIMAN Tujuan undang-undang diwujudkan di sesebuah negara seperti Malaysia ialah untuk mencapai keadilan dalam masyarakat. Keadilan merupakan idea yang abstrak mengenai betul atau salah (right or wrong), keadilan dan kesamarataan (fairness and equality) Maka tujuan satu-satu undang-undang itu ialah menggalakkan ahli masyarakat melakukan sesuatu yang baik dan adil dalam mana-mana keadaan tertentu. Undang-undang bukan sahaja berkhidmat untuk masyarakat, malah ia merupakan hasil dari proses interaksi sosial. Adalah wajar undang-undang di Malaysia berlainan dengan undang-undang di negaranegara lain, jika mahukannya dapat berfungsi di negara ini. Seperti undang-undang di negara lain, undang-undang di Malaysia dibentuk/digubal berdasarkan ethos sejarah dan budaya tempatan. SEJARAH PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN Sejarah perundangan dan kehakiman di negara ini bermula dengan pemerintahan Kesultanan Melaka. Kemasukan penjajah Portugis, Belanda serta Jepun ke negara ini kurang memberi kesan dalam hal perundangan dan kehakiman, berbanding dengan penjajah Inggeris. Sistem perundangan dan kehakiman Inggeris diperkenalkan di negara ini secara berperingkat-peringkat. Dalam satu siri kehakiman yang terdapat di negara ini, ter bukti menunjukkan bahawa English Law telah diperkenalkan di Malaysia. Undang-undang yang digunakan di negeri-negeri Melayu sebelum kemasukan penjajah Inggeris adalah Adat Pepatih, yang diamalkan di Negeri Sembilan dan daerah Naning di Melaka. Sementara Adat Temenggong pula digunakan di negeri-negeri lain di Semenanjung. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) d alam tahun 1895 menandakan bermulanya pengenalan Undang-undang Inggeris di Semenanjung.
Perkembangan ini berlanjutan hinggalah negara ini mencapai kemerdekaan dan berterusan pula selepas wujudnya Malaysia dalam tahun 1963. Perkembangan berikutnya pula ialah sedikit demi sedikit perundangan dan kehakiman Malaysia tidak lagi berpandukan perundangan dan kehakiman Inggeris sepenuhnya. KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG Undang-undang boleh diklasifikasikan dalam berbaga-bagai kaedah. Salah satu kaedahnya ialah membahagikannya kepada tiga bahagian yang luas, iaitu, a) Undang-undang Awam (Public Law), b) Undang-undang Antarabangsa (International Law), dan c) Undang-undang Persendirian (Private Law). Undang-undang Awam (Public Law)
Pada dasarnya undang-undang awam mengawal perhubungan antara individu dengan negara. Undangundang awam ini juga boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu : (i) Undang-undang Perlembagaan (Constitutional Law); Menetapkan hak individu dalam negara. Ia menangani persoalan seperti ketinggian parlimen dan hak rakyat. (ii) Undang-undang Jenayah (Criminal Law). Menyusun berbagai kesalahan yang dilakukan oleh individu terhadap negara. Tujuannya untuk menghukum dan menumpaskan jenayah Undang-undang Antarabangsa (International Law) Undang-undang antarabangsa ini dikategorikan ke dalam: (i) Undang-undang Antarabangsa Awam; dan Undang-undang yang mengatasi antara dua negara (ii) Undang-undang Antarabangsa Persendirian. Juga dikenali sebagai konflik undang-undang. Undang-undang ini mengandungi peraturan yang memandu seseorang hakim di dalam kes yang banyak undang-undang negara lain terlibat Undang-undang Persendirian (Private Law) Berkaitan dengan perkara-perkara yang menjejaskan hak-hak dan tanggungjawab individu di kalangan sesama mereka. Gantirugi terhadap yang cedera, untuk membolehkan harta pesalah dirampas, mengenakan obligasi kontrak. Tiga jenis kategori undang-undang persendirian iaitu Undang-undang Kontrak, Undang-undang Tort dan Amanah Kontrak (Contract) Perjanjian dan perlaksanaan butiran perjanjian. (P ecah kontrak).
Tort Obligasi yang dikenakan oleh undang-undang. Ia merupakan satu kesalahan sivil yang melibatkan pelanggaran atau salah laku tugas am. Boleh diselesaikan melalui tindakan awam bagi kerosakan yang tidak dapat dibayar. Mana-mana orang apabila haknya dilanggar boleh menyaman pihak yang melakukan kesalahan. Tersebut. Elemen penting dalam undang-undang tort adalah mesti ada kesalahan yang dilakukan dengan sengaja atau disebabkan oleh kecuaian. Kes tort yaqng sering berlaku adalah kes fitnah (defamation) Azwan Ali vs. TV3 and Fauziah Ahmad Daud dan kecuaian (negligence) seperti dalam kes Donaghue vs Stevenson. Amanah (Trust) SUMBER UNDANG-UNDANG Undang-undang Malaysia, seperti juga undang-undang negara lain mempunyai sumber-sumber tertentu masing-masing. 1. Sumber Sejarah 2. Peraturan-peraturan yang sah yangmembentuk undang-undang 3. Tempat-tempat di mana undang-undang boleh didapati Undang-undang Malaysia adalah bersumberkan undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Tiga sumber penting, iaitu, (a) Undang-undang bertulis, (b) Undang-undang tidak bertulis, dan (c) Undang-undang Islam/Syariah.
• Undang-undang bertulis Undang-undang bertulis adalah sumber terpenting undang-undang Malaysia. Undang-undang bertulis ini adalah seperti; Perlembagaan Persekutuan dan Negeri Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen Malaysia dan Dewan Undangan Negeri. Perundangan Subsidiari (Subsidiary Legislation) yang dibuat oleh mana-mana orang atau badan. • Undang-undang tidak bertulis Undang-undang tidak bertulis ini terdapat dalam, (i) kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah (Judicial Decision), (ii) Common Law dan Rukun Ekuiti Inggeris, dan (iii) Resam Tempatan (Local Customs), iaitu: i. Keputusan hakim-hakim mahkamah atasan ii. Common Law dan Rukun Ekuiti iii. Hukum adat penduduk tempatan
• Undang-undang Islam/Syariah Undang-undang Islam ini merupakan undang-undang Tuhan dari al -Quran, Hadis Nabi Muhammad (S.A.W), serta undang-undang yang telah dipersetujui oleh ulamak fikah zaman dahulu dan sekarang. BAGAIMANA UNDANG-UNDANG DIKUATKUASAKAN? Dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang persendirian sivil adalah menjadi tanggungjawab mereka yang rugi (damages) membawa mana-mana kesnya ke mahkamah. Pihak mahkamah akan bertindak untuk menyelesaikan pertikaian antara dua pihak atau lebih. Dalam hal penguatkuasaan, undang-undang jenayah adalah berbeza dengan undang-undang sivil. Penguatkuasaan undang-undang jenayah dilaksanakan oleh badan-badan tertentu yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara. Badan-badan yang ber tanggungjawab itu ialah Polis, Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran dan Kerajaan Tempatan, dan badanbadan lain yang diberi kuasa dari semasa ke semasa. Prosedur membawa satu-satu kesalahan itu adalah berbeza-beza. Prosedur itu adalah seperti berikut: 1. Kes Saman 2. Waran Tangkap 3. Perintah Timbalan Pendakwa Raya Kes Boleh Tangkap
SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA Badan kehakiman yang dibentuk oleh kerajaan mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkaraperkara sivil dan jenayah. Ia juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri. Mahkamah Persekutuan Mahkamah Persekutuan pula terbahagi kepada: (i) Mahkamah Atasan (Superior Court) yang terdiri daripada: -Mahkamah Agung (Supreme Court) -Mahkamah Rayuan (Court of Appeal) -Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo (ii) Mahkamah Rendah (Subordinate Court) yang terdiri daripada: - Mahkamah Sesyen - Mahkamah Juvana - Mahkamah Majistret - Mahkamah Tuntutan Kecil - Mahkamah/Balai Penghulu
(iii) Mahkamah Khas (Special Court) yang terdiri daripada: - Mahkamah Tentera - Mahkamah Perusahaan - Mahkamah Buruh - Mahkamah Merinyu Kanan Galian Mahkamah Negeri Mahkamah anegeri pula terbahagi kepada: (i) Mahkamah Syariah (Semua Negeri) Mahkamah Syariah Rayuan Mahkamah Kadi Besar Mahkamah Kadi (ii) Mahkamah Adat/Mahkamah Anak Negeri (Di bawah tanggungjawab Sabah dan Sarawak) Mahkamah Adat Daerah Mahkamah Pegawai/Ketua Adat Mahkamah Penghulu Hierarki mahkamah diwujudkan berkait rapat dengan sistem rayuan. Tanpa adanya hierarki, hal-hal rayuan tidak mungkin wujud dan boleh dilaksanakan. KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN Terdapat dua ciri penting dalam badan kehakiman di Malaysia. Ciri-ciri itu ialah: (i) Tidak memihak kepada sesiapa (ii) Mempunyai kebebasannya yang tersendiri sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia. Selain itu, mahkamah juga tidak dikenakan kawalan, sama ada oleh badan perundangan ataupun oleh pihak eksekutif. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dari jawatannya dengan apa cara yang lain. Prosedur untuk memecat seseorang hakim diperuntukkan dalam Perkara 125(3), (4) dan (5), Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kelakuan seseorang hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana majlis Parlimen, kecuali atas usul yang tersendiri. Ia tidak boleh dibincangkan sama sekali dalam mana-mana Dewan Undangan Negeri. Para hakim setelah dilantik akan memegang jawatan sampai berumur 65 tahun atau sehingga satu masa kemudiannya.
KUASA MAHKAMAH Kuasa kehakiman yang diberikan kepada mahkamah ialah kuasa untuk membicara dan menentukan pertikaian. Kuasa kehakiman juga bermakna kuasa untuk menentukan sama ada seseorang telah melakukan jenayah atau tidak, dan hukuman yang wajar ke atasnya. Pembahagian bidang kuasa mahkamah-mahkamah di negara ini dibuat berdasarkan berat, penting atau jumlah wang yang terlibat di dalam sesuatu kes. Peranan/kuasa hakim sebagai seorang pengadil. Seseorang hakim tidak boleh menolong mana-mana pihak dalam mengemukakan kes masing-masing. KESIMPULAN Perundangan dan kehakiman Malaysia merupakan dua agensi kerajaan yang penting bagi mempastikan rakyat negara ini hidup dalam keadaan harmoni, rukun dan damai. Badan ini berjaya mempertahankan kedudukannya dan kekal sebagai jentera kerajaan yang aktif, progresif dan matang. Kita sebagai rakyat negara ini sepatutnya berbangga, memberi penghormatan sokongan, supaya kejayaan cemerlang ini berterusan dan memberi manfaat kepada rakyat seluruhnya.
DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Bagi rakyat, Parlimen merupakan suatu badan yang amat penting dalam sesebuah negara. Rakyat sendiri terlbat secara langsung dalam meilih ahli-ahli Parlimen/Dewan Rakyat menerusi satu pilihan raya umum. Kerajaan berparlimen di Malaysia adalah berasaskan kepada prinsip demokrasi. Apa itu Parlimen dan Pilihan Raya? Menurut D. Robertson (1993), secara amnya Parlimen merupakan s atu perhimpunan perundingan (consultive assembly). Kebanyakan Parlimen hari ini mempunyai ahli yang dipilih dengan tugas meneliti, mengawal dan adakalanya memilih kuasa eksekutif. Parlimen ini berfungsi membuat undangundang/akta, dan juga mengawasi dan mengawal perbelanjaan awam/kerajaan. Pilihanraya sebagai satu kaedah untuk memilih calon bagi jawatan /kerusi tertentu. Pilihanraya boleh dijalankan menerusi berbagai-bagai cara/kaedah. Prosedur mengundi adalah rahsia, direkod dan diterbitkan seperti dalam banyak pilihan raya yang diadakan di seluruh dunia. Pilihan raya merupakan salah satu kaedah daripada berbaga-bagai cara pemilihan, dan ia menjadi kaedah yang sangat dominan dalam abad ke-20. Dalam pilihan raya, pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang. Maka dalam satu-satu pilihan raya terdapat dua objek yang terlibat, iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya. Demokrasi Berparlimen Malaysia telah memilih pemerintahan berlandaskan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan. Perjalanan demokrasi berparlimen ini agak lambat dan membebankan kerajaan dan rakyat. Hal ini kerana kerajaan terpaksa berunding dan mempertimbangkan pendapat dari tiap-tiap lapisan masyarakat. Pemerintahan demokrasi berparlimen merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat. Kerajaan yang berlandaskan demokrasi berparlimen akan ter us kekal diterajui oleh pemimpin yang dipilih dan didukung oleh rakyat. Latar Belakang Kewujudan Parlimen dan Parlimen di Malaysia. Kerajaan berperwakilan/berparlimen telah diperkenalkan di Malaysia buat pertama kalinya dalam tahun 1909, apabila Majlis Persekutuan (Federal Council) ditubuhkan, iaitu bagi negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS). Majlis Persekutuan ini mengalami sedikit perubahan dalam tahun 1927. Bentuk asal majlis ini dikekalkan, tetapi Raja/Sultan tidak menjadi ahli lagi dan digantikan dengan lebih ramai wakil yang dilantik dari
berbagai-bagai sektor dan pegawai-pegawai pentadbir British. Pada 1 Februari 1951 pula, satu sistem baru telah diperkenalkan dan diberi nama Sistem Ahli (Member System). Sistem Ahli ini merupakan satu mini kabinet dengan ahli-ahli yang mngetuainya bersifat sebagai seorang menteri. Ini merupakan satu langkah positif dan ia merupakan satu peralihan pentadbiran yang biasa dilakukan oleh British kepada tanah jajahannya. Dalam tahun 1995, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, telah dipinda. Pindan itu dibuat bagi membolehkan pilihan raya umum bagi memilih ahli Dewan Undangan Persekutuan untuk menambah keahlian Dewan tersebut. Ahli Dewan Undangan Persekutuan tahun 1955 terdiri dari 98 orang ahli: 52 dipilih dan 46 dilantik. Parlimen sepertimana yang kita ketahui pada hari ini wujud hasil dari pilihan raya umum yang diadakan pada 19 Ogos 1959. Struktur dan Keanggotaan Parlimen. Struktur Parlimen Malaysia yang wujud pada hari ini adalah seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu dalam Bahagian 4, Perkara 44. Keanggotaan Parlimen pula adalah seperti berikut: Dewan Negara Keanggotaan Dewan Negara telah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45. 1. Anggota dari setiap negeri 2. Anggota dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 3. Anggota dari Wilayah Persekutuan Labuan 4. Anggota ahli lain yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong Tempoh perkhidmatan senator ialah tiga tahun, dan seorang yang tidak boleh memegang jawatan itu lebih dari dua penggal ( secara berterusan atau cara lain ). Seorang senator mesti berumur 30 tahun ke atas. Dewan Rakyat Keanggotaan Dewan Rakyat pula adalah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Bahagian 4, Bab 4, Perkara 46. Pilihanraya Di Malaysia. Pilihanraya di Malaysia dijalankan oleh sebuah suruhanjaya yang dilantik khas. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Suruhanjaya ini terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tiga orang ahli.
Suruhanjaya Pilihanraya pada dasarnya ditubuhkan untuk menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia (free and fair election). Perlembagaan Persekutuan Malaysia menggariskan tiga fungsi penting SPR seperti berikut : a. mempersempadankan bahagian-bahagian pilihanraya, b. menjalankan pendaftaran pemilih, dan c. menjalankan pilihanraya, samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Seseorang pemilih (pengundi) yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya telah didaftarkan dalam Daftar Pemilih. Parlimen dan sesebuah Dewan Undangan Negeri mempunyai tempoh selama lima tahun; dan dengan demikian, melainkan jika ia dibubarkan dengan lebih awal, pilihanraya diadakan tiap-tiap lima tahun. Tiap-tiap bahagian pilihanraya memilih seorang ahli (bagi ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri), dan tiap-tiap pengundi mempunyai satu undi dan dia mengundi secara undi rahsia. Di Malaysia, sebelum proses pengundian dijalankan, kempen pilihanraya boleh diadakan. Akta Pilihanraya Malaysia juga telah menetapkan mengenai petisyen pilihanraya, iaitu satu bentuk tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh seseorang calon, agen pilihanraya, atau pengundi dalam manamana pilihanraya, jika mereka tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya yang telah dijalankan.
Fungsi dan Kuasa Parlimen Antara fungsi Parlimen ialah; a. kuasa perundingan b. mengenakan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan mana-mana cuka; dan c. meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu. Prosedur Perundangan Bagaimana undang-undang di Parlimen dibuat? Mula-mula suatu rang undang-undang (undang-undang dalam bentuk draf dikemukakan di Parlimen. Rang undang-undang itu menjadi undang-undang apabila ia diluluskan oleh kedua-dua Dewan Parlimen dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Antara kedua-dua Dewan Parlimen, Dewan Rakyat lebih berkuasa daripada Dewan Negara. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamakan Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen dan di Sarawak pula ia dipanggil Ordinan
Keistimewaan Parlimen. Keabsahannya apa-apa perjalanan dalam mana-mana satu Dewan Parlimen atau dalam mana-mana Jawatankuasa, tidak boleh dipersalahkan dalam mana-mana mahkamah. Tidak seorang pun boleh didakwa bagi apa juga diucapkannya atau apa-apa undi yang diberi oleh ahli Parlimen apabila mengambil bahagian dalam apa-apa perjalanan bagi mana-mana jawatankuasanya. Satu lagi keistimewaan Parlimen ialah bahawa seseorang itu tidak boleh dibicarakan dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa juga yang diterbitkan dengan atau di bawah kuasa mana-mana satu Dewan Parlimen. KESIMPULAN Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan melalui amalan demokrasi berparlimen. Sistem ini mendapat sokongan dan penglibatan pihak pemerintah dan rakyat jelata. Sistem Parlimen dan pilihanraya di Malaysia akan terus kekal dan bertambah mantap pada masa hadapan.