CONTOH MINIT MESYUARAT PK07 PANITIA PENDIDIKAN KHASFull description
mmrmt
Descripción completa
HU
need
minit mesyuarat
contoh minit mesyuarat
MWSYUARAT
MINIT
lllllllllllllllllllllFull description
MINIT MESYUARAT PANITIA PJK KALI KE 4
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI – 1/2017 SJKT LADANG PADANG MEIHA 09400 PADANG SERAI KEDAH Tarikh : 20.02.2017 Masa : 12.50 Tengah hari Tempat : Pusat Sumber Sekolah Kehadiran: 1.Semua guru AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN 1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Kali -1 bagi sesi 2017 1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. AGENDA 2 : RANCANGAN MENGAJAR 2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis dengan berpandukan Standard Pelajaran (SP) dan Dokumen Standard Kurikulum Pelajaran (DSKP) yang terkini dan mengikut Surat Pekeliling . 2.2 DSKP dan SP diserahkan kepada semua guru. 2.3 Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah disiapkan. Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menyediakan RPT 2017. RPT Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan dibuat dalam bentuk Hard Copy dan Soft Copy. 2.4 Pengerusi menerangkan format penulisan Buku Rancangan Harian sekurang-kurangnya perlu ada tunjang, tajuk, sub tajuk, objektif, aktiviti, BBM dan catatan. AGENDA 3 : AKTIVITI TAHUNAN 3.1 Aktiviti Kuiz Pendidikan Jasmani dan Kesihatanberbentuk pengetahuan am akan diadakan pada bulan Pendidikan Jasmani. 3.2 Memaklumkan bahawa buku tulis mesti ada untuk pendidikan kesihatan. Wajib ada aktiviti dalam buku tulis sebagai bukti kita menjalankan sesi pendidikan kesihatan. 3.3 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan 3 untuk penggal pertama dan bulan 8 untuk penggal ke 2. Ujian tersebut perlu direkodkan didalam kad rekod ujian SEGAK dan di masukkan ke dalam aplikasi yang telah di sediakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Kedah. AGENDA 4: ANGGARAN PERBELANJAAN 4.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai peralatan PJK yang diperlukan untuk tahun ini dan diserahkan kepadanya untuk atau boleh meminta peralatan tersebut melalui nota minta yang boleh didapati di pejabat.
4.2 En. Subbarao mencadangkan supaya membeli lebih banyak bola memandangkan kita kekurangan bola di stor PJ. 4.4 Pn.Indra Mencadangkan supaya menambah bilangan pundi kacang dan juga sebuah bangku gimnastik memandangkan ia perlu bagi memenuhi keperluan pengajaran dalam KSSR. Beliau juga mencadangkan supaya membeli peralatan lain yang bersesuaian untuk murid tahap 1. AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN 5.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan memastikan peralatan tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga segala peminjaman peralatan dicatatkan dalam buku catatan peminjaman peralatan. 5.2 Pastikan buku latihan Pendidikan Kesihatan ditanda dan digunakan sebaik mungkin bagi mengelakkan aduan dari ibu bapa penggunaan buku tulis PJK yang terlalu sedikit untuk setahun. 5.3 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar yang segera untuk proses membuat tempahan barang. AGENDA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN 6.1 Mesyuarat disudahi dengan ucapan terima kasih. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.20 petang. Disediakan oleh : ……………………………………… ( Pn.Jayabarathy ) Setiausaha Panitia PJK SJKT LADANG PADANG MEIHA