MEMORANDUM BANTAHAN PEMBINAAN 1 BLOK SERVIS APRTMENT 19 TINGKAT & 1 BLOK PEJABAT 10 TINGKAT DIATAS PT1, JALAN TERATAI PJU 6A, MUKIM PEKAN KAYU ARA, DAERAH PETALING SELANGOR DARUL EHSAN Kepada
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya Dato’ Hj Mohammad Roslan Bin Sakiman Daripada JAWATANKUASA BERTINDAK BANTAHAN PEMBINAAN PEMBINAAN 1 BLOK SERVIS APRTMENT 19 TINGKAT & 1 BLOK PEJABAT 10 TINGKAT DIATAS PT1, JALAN TERATAI PJU 6A, MUKIM PEKAN KAYU ARA, DAERAH PETALING SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh 19hb OGOS 2010 “Ke Arah Keselamatan, Ketenteraman dan Kesejahteraan Seluruh Penduduk Kampung Sg Kayu Ara”
Kami, sebagai ahli-ahli Jawatankuasa Bertindak, ingin menyampaikan bantahan kami terhadap cadangan pembinaan 1 blok service apartment 19 tingkat dan blok pejabat 10 tingkat yang ingin dimajukan oleh GLOMAC KRISTAL SDN BHD di kawasan penempatan kami iaitu di Kampung Sg Kayu Ara Damansara kepada Yang Berbahagia Dato’- Datuk Bandar Petaling Jaya. Pada hemat kami pembangunan mega dan kormesial di persekitaran kediaman kami akan mengundang pelbagai risiko dan kesan-kesan negetif samada sebelum, semasa dan selepas pembangunan tersebut dilaksanakan.
17 Ogos 2010 Kepada : Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya Dato’ Hj Mohammad Roslan Bin Sakiman Tingkat 2 Ibu Pejabat MBPJ Jalan Yong Shook Lin 46675 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Yang Berbahagia Datuk
PENYERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP CADANGAN PEMBANGUNAN GLOMAC KRISTAL SDN BHD DIATAS PT1, H.S(D) 13596, JALAN TERATAI PJU6A, MUKIM PEKAN KAYU ARA, KG SG KAYU ARA, DAERAH PETALING, SELANGOR D.E (No. Rujukan : MBPJ/040100/T/P23/ PJU 6A 5796/2010) Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk : Dimaklumkan bahawa kami, ahli-ahli Jawatankuasa Bertindak bantahan projek diatas mewakili seluruh penduduk Kampung Sg Kayu Ara, ingin menyerahkan satu memorandum bantahan terhadap projek tersebut kepada Yang Berbahagia Dato’ – Datuk Bandar Petaling Jaya. Jawatankuasa Bertindak kami terdiri daripada wakil-wakil dari semua agensi dan pertubuhan yang sedia ada di Kampung Sg Kayu Ara antaranya JKKK Kg Sg Kayu Ara, Jawatankuasa Masjid Al-Makmuriah, JKKKP Kg Sg Kayu Ara, Persatuan Penduduk Kg Sg Kayu Ara, Persatuan Penduduk Puncak Ara, Persatuan Penduduk Pelangi Ara, PIBG SRA Kg Sg Kayu Ara, wakil-wakil pertubuhan politik dan individu serta orang perseorangan yang berjiran dengan kawasan yang bakal dimajukan. Kami sedar dan peka bahawa pembangunan tidak boleh dihalang, namun kami berharap Yang Berbahagia Dato’ sedia mendengar suara-suara hati penduduk setempat sebelum sesuatu pembangunan hendak dilaksanakan. Sekian, terima kasih. “RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Yang Benar,
…………………………………………… (RAMLI BIN HJ DAUD)
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan
s.k
-
Tan Sri Datuk Abdul Khalid bin Ibrahim Dato’ Menteri Besar Merangkap Exco Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan
Ekonomi, Belia dan Sukan -
Tuan Iskandar bin Abdul Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan
-
R Sivarasa Ahli Parlimen Subang
-
Cik Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan Merangkap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
-
Tuan Hj Syed Abdul Malek Bin Syed Abd Hamid Al Jefree Ahli Majlis MBPJ Zon 2
-
Dato’ Zulkepli Bin Ahmad Pegawai Daerah Petaling
-
Encik Sharip Bin Penghulu Mukim Sg Buloh II
-
Pengarah Biro Pengaduan Awam, Peti Surat 9000, Kuala Lumpur
MEMORANDUM BANTAHAN PEMBINAAN 1 BLOK SERVIS APARTMENT 19 TINGKAT & 1 BLOK PEJABAT 10 TINGKAT DIATAS PT1, JALAN TERATAI PJU 6A, MUKIM PEKAN KAYU ARA, DAERAH PETALING SELANGOR DARUL EHSAN
Kepada
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya Dato’ Hj Mohammad Roslan Bin Sakiman
Disediakan oleh : JAWATANKUASA BERTINDAK BANTAHAN PEMBINAAN PEMBINAAN 1 BLOK SERVIS APRTMENT 19 TINGKAT & 1 BLOK PEJABAT 10 TINGKAT DIATAS PT1, JALAN TERATAI PJU 6A, MUKIM PEKAN KAYU ARA, DAERAH PETALING SELANGOR DARUL EHSAN Tarikh 19hb OGOS 2010
“Ke Arah Keselamatan, Ketenteraman dan Kesejahteraan Seluruh Penduduk Kampung Sg Kayu Ara”
Yang Berbahagia Datuk
BANTAHAN TERHADAP CADANGAN PEMBANGUNAN GLOMAC KRISTAL SDN BHD DIATAS PT1, H.S(D) 13596, JALAN TERATAI PJU6A, MUKIM PEKAN KAYU ARA, KG SG KAYU ARA, DAERAH PETALING, SELANGOR D.E ( No. Rujukan : MBPJ/040100/T/P23/ PJU 6A 5796/2010 ) -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara diatas dan di sini kami senaraikan kronologi Bantahan terhadap cadangan 19 Tingkat “Service Apartment” dan Ruang Pejabat seperti berikut : 1)
Kg Sg Kayu Ara pada peringkat awalnya adalah sebuah kampong melayu tradisional yang aman damai. Pada tahun 1979, pihak kerajaan telah
memberikan geran tanah sementara pada 372 pemilik-pemilik tanah berkenaan. 2)
Walaubagaimanapun masih terdapat sebahagian tanah milikan kerajaan negeri di mana tanah berkaitan telah sedikit demi sedikit dimajukan oleh pemaju. Contohnya Motif Bakti Sdn Bhd telah mendirikan rumah kos murah dan serdahana dan beberapa unit rumah-kedai.
3)
Dengan adanya pembangunan di kampung ini, ada pihak yang ingin menukarkan status Kampung tetapi mendapat bantahan dari Penduduk tempatan yang ingin mengekalkan status kampung.
4)
Pada satu ketika pihak pemaju Puncak Dana Development telah mendapat kelulusan daripada pihak MBPJ untuk mendirikan projek pembangunan di tapak yang dicadangkan akan tetapi projek berkenaan telah terbengkalai selama 5 tahun mengakibatkan tapak tersebut menjadi hutan belantara (mini zoo), tempat pembiakan nyamuk denggi serta kawasan di cerobohi oleh pendatang asing.
5)
Pada 11hb Ogos 2010, pihak kami telah menerima Notis Cadangan membina 1 Blok Servis Apartment 19 Tingkat (Blok A) Dan 1 Blok Pejabat 10 Tingkat (Blok B) di atas 2 Tingkat Podium Ruang Perniagaan Berserta 2 Aras Basement Tempat Letak Kereta diatas PT 1, Jalan Teratai PJU 6A, Mukim Pekan Kayu Ara, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan yang akan di majukan oleh Glomac Kristal Sdn Bhd.
6)
Pihak kami telah mengadakan perjumpaan secara “adhoc” pada 13hb Ogos 2010 bersama-sama seluruh lapisan masyarakat setempat dan dengan sebulat suara ingin mengemukakan BANTAHAN terhadap cadangan pembangunan diats tapak berkaitan.
7)
Diantara alasan-alasan yang ingin di kemukakan :a)
Penduduk tempatan tidak selesa dengan adanya “Service Apartment” dan Blok Pejabat. Tapak cadangan berada ditengahtengah kawasan yang disekelilingi oleh Masjid, Sekolah Rendah Agama serta tanah lot-lot milikan persendirian.
b)
“Service Apartment” bukanlah kediaman yang tetap hanya sebagai tempat kediaman persinggahan sementara dengan kelengkapan perabut dan dapur. Ini akan mengakibatkan kebanjiran pendatang asing yang tidak terkawal di kawasan kampung tradisional kami.
c)
Begitu juga dengan Blok Pejabat yang akan mengundang kesesakan lalulintas yang tersangat kritikal. Keadaan lalulintas pada masa kini pun dah terlalu sesak. Malahan semua tepi jalan telah dijadikan
tempat letak kereta, menambahkan kesulitan pada semua pemandu2 kereta. Jalan dua hala telah menjadi satu hala sahaja. d)
Keadaan lalulintas sekarang pun dah menjadi igauan kepada penduduk setempat dan juga pada jemaah yang ingin beribadah di Masjid serta anak-anak yang bersekolah di Sekolah Rendah Agama dimana bahaya kemalangan sentiasa menanti mereka. Apatah lagi dengan bertambahnya cadangan pembangunan ini, maka bertambah-tambah lah kebimbangan keselamatan dan igauan mereka.
e)
Disamping itu, jalan akan menjadi terlalu sempit, kotor, berdebu dengan deretan lori-lori yang keluar masuk ketapak pembinaan. Ketidak keselesaan bunyi bising dan habuk semasa projek dijalankan akan menganggu ketenteraman penduduk di sekitar kawasan tapak termasuk jemaah dimasjid dan akan menyebabkan proses pembelajran murid-murid sekolah rendah agama terbantut.
8)
Penduduk tempatan memerlukan tempat beriadah / kawasan lapang dan pihak kami juga ingin menuntut janji bina Dewan Serbaguna yang memuatkan dua buah badminton court untuk kegunaan orang ramai.
9)
Kami juga meminta agar pihak pemaju menyediakan rumah “mampu milik” bagi orang-orang tempatan Kayu Ara.
10)
Mengadakan jalan-jalan alternative bagi mengelakkan bertambahnya kesesakan lalulintas dan melebarkan jalan yang sediaada.
11)
Menyediakan tambahan tempat letak kereta bukan hanya mengikut quota yang diperuntukan bagi projek berkenaan.
11)
Dicadangan Servis Apartment 19 tingkat di kurangkan menjadi 10 tingkat sahaja.
Pihak kami memohon jasa baik YB Datuk untuk membantu kami mendapatkan laporan penuh projek yang dimaksudkan termasuk kajian laluan trafik, pelan susunatur atau “blue print” dan status tanah dari PTD Petaling. Kami pendudukKg Sg Kayu Ara amatlah mengharapkan agar YB Datuk serta para delegasi turun padang bagi melihat dan menyelesaikan masalah berbangkit. Kebajikan penduduk sering terabai apabila tiada kemudahan yang lebih selesa disediakan oleh pihak kerajaan negeri saperti dewan orang ramai, klinik kesihatan, balai komuniti, kawasan beriadah. Segala perhatian dan perihatin serta sokongan YB Datuk didalam mengatasi masalah ini amat di hargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
“Berkhidmat Untuk Agama, Bangsa Dan Negara” Yang Benar
RAMLI BIN HJ DAUD Pengerusi Jawatankuasa Bertindak merangkap Pengerusi JKKK / Ketua Kampung Kg Sg Kayu Ara
Senarai Jawatankuasa Bertindak yang telah terpilih bagi mewakili seluruh penduduk Kampung Sungai Kayu Ara bagi menyatakan bantahan terhadap projek Pembangunan Glomac Kristal Sdn Bhd Diatas Pt1, H.S(D) 13596, Jalan Teratai PJU6A, Mukim Pekan Kayu Ara, Kg Sg Kayu Ara
Tandatangan Pengerusi Encik Ramli Bin Hj Daud No. Kad Pengenalan 580611-04-5403 Alamat Lot 868, Lorong Masjid, KSKA ………................................ Pen. Pengerusi Tuan Haji Suhaimi Bin Samiun No. kad Pengenalan 610824-10-5779 Alamat Lorong Melur KSKA …………………………………….. Setiausaha Muhammad Suhaini Bin Ahmad No. Kad Pengenalan 700815-08-5699 Alamat Lot 904, Jalan Mawar KSKA ……………………………………..
AJK (1) Encik Sivam No. Kad Pengenalan 770611-10-5217 Alamat Kelab Belia India Malaysia ……………………………………... AJK (2) Ustaz Hamzah Bin Abu Seman No. Kad Pengenalan 700310-08-5909 Alamat Pangsapuri Pelangi Ara KSKA ……………………………………..
AJK (3) Encik Nur Saawaludin Bin Mohd Nor No. kad Pengenalan 580504-08-5583 Alamat Lot 866, KSKA …………………………………….. AJK (4) Tuan Haji Osman bin Bidin No. kad Pengenalan 650701-10-7797 Alamat Lot. 879, KSKA …………………………………….. AJK (5) Encik Theah Choon Eng No. Kad Pengenalan 381111-07-6380 Alamat Pangsapuri Pelangi Ara …………………………………….. AJK (6) Encik Md Jaafar bin Bahaman No. Kad Pengenalan 740723-04-5119 Alamat B-5-16, Rumah Pangsa Kayu ……………………………………. AJK (7) Puan Zaharah Binti Ismail No. Kad Pengenalan 461024-08-5742 Alamat Lot 866, KSKA ……………………………………. AJK (8) Encik Md johari Bin Shahrani No. Kad Pengenalan 560915-08-6865 Alamat G-09, Pangsapuri Sri Ara, KSKA ……………………………………. AJK (9) Encik Veeramohan No. kad Pengenalan 64 Alamat Lot. 1074, Jalan Jenjarom KSKA ……………………………………. AJK (10) Tuan Hj Zulkifli Bin ahmad No. kad Pengenalan Alamat Pangsapuri Pelangi Ara KSKA …………………………………….
Ara,
KSKA