P r o j e k t o r L CD CD
Projektor LCD 1. PENGENALAN Projektor LCD merupakan medium penyampaian yang sangat efektif dan sangat meluas digunakan pada masa kini. Tayangan video, gambar atau data dari komputer boleh dipancarkan pada layar khas ataupun dinding kelas. Projektor LCD merupakan projektor yang moden hasil inovasi daripada projektor sebelumnya iaitu Overhead Projector yang berfungsi dalam penyampaian data melalui penggunaan kertas lutsinar. Kebiasaannya, projektor LCD digunakan untuk menyampaikan kuliah mahupun digunakan sebagai Home Theatre di rumah. Semasa penghasilan gambar, cahaya dari lampu Logam Halide akan dihantar terus ke prisma yang mana cahaya akan tersebar kepada tiga panel polisilikon iaitu komponen warna merah, hijau dan biru untuk menghasilkan gambar. Lampu yang dihasilkan dari logam Halide ini mampu mengeluarkan warna dengan suhu dan spektrum yang luas serta kecerahan sekitar 2000 hingga 15,000 ANSI Lumen. Malaysia merupakan pengimport yang besar untuk produk ini dan terdapat pelbagai jenis dan jenama projektor di pasaran semasa dari yang besar sehinggalah yang sekecil tapak tangan.
2. SEJARAH Projektor LCD dicipta oleh Gene Dolgoff dari Amerika. Idea beliau adalah menghasilkan projektor video yang lebih jelas berbanding projektor 3CRT yang ada pada zaman tersebut. Beliau menggunakan cecair kristal untuk memodulasikan cahaya sebagai sumber lampu namun terdapat pelbagai masalah dalam talaan cahaya, kecerahan dan pecahan piksel.Usaha beliau mula membuahkan hasil pada tahun 1984 tatkala beliau menemui kaedah optik yang baru dalam penghasilan sebuah projektor yang efisien dan cerah serta tiada masalah pecahan piksel. Industri projektor LCD semakin berkembang sejajar dengan inovasi dan penyelidikan yang dibuat oleh syarikat EPSON di Jepun. Syarikat ini telah berjaya menghasilkan teknologi 3LCD dan dipatenkan pada tahun 1988 untuk kegunaan pengeluar projektor jenama lain. Sekaligus industri LCD secara berkembang dengan luas melalui penambah baikan dan inovasi daripada pelbagai jenama pengeluar.
1
P r o j e k t o r L CD
3. KO PONEN D N PEMAS NGAN LC
PROJEK OR
Set Proj ktor LCD
LC
Projektor
Kabel VGA / RGB
Kab l Audio Mini
ower Cabl
Kabel Komposit
Alat Kawalan Jauh
Beg
Manual Penggu aan 2
P r o j e k t o r L CD
4. BAHAGIAN-BAHAGIAN LCD PROJEKTOR Pandangan Hadapan
Butang Kawalan
Penutup Pelaras Lensa
Lensa
Pandangan Belakang
Audio Out Port Audio In
Composite Video Port S-Video Port VGA Port
3
P r o j e k t o r L CD
5. PEMASANGAN Bahagian ini akan menerangkan proses penyediaan projektor dan penyambungan kepada sumber-sumber audio dan video.
5.1 Penyediaan Projektor Projektor Panasonic ini mudah disedia dan digunakan. Namun demikian anda perlu melakukan tindakan seperti berikut terlebih dahulu; a. Tentukan saiz imej anda b. Sediakan skrin atau dinding paparan untuk paparan imej Pastikan kabel elektrik dan kabel-kabel lain tidak disambung ketika mengalihkan projektor. Apabila projektor tidak digunakan, simpan projektor ke dalam bag yang disediakan.
5.2 Pemilihan Lokasi Imej paparan akan menjadi lebih besar apabila projektor semakin jauh dari skrin. Saiz imej minimum adalah berkeluasan pepenjuru 25 inci apabila projektor diletakkan dalam jarak 1 meter dari skrin. Saiz paparan paling besar adalah 300 inci pepenjuru apabila projektor diletakkan dalam jarak 12 meter dari skrin paparan.
5.3 Menggunakan Meja atau Troli Mudah Alih a. Letakkan projektor di atas permukaan meja yang rata pada jarak dari skrin yang dikehendaki. Elakkan cahaya terlalu yang terang atau cahaya matahari terkena pada permukaan skrin. b. Sambungkan kabel elektrik dan tekan butang On (I/0). Jika tiada isyarat gambar, projektor akan memaparkan warna biru. c. Pastikan projektor memaparkan imej segi empat pada skrin.
4
P r o j e k t o r L CD
d. Betulkan posisi projektor ke kiri atau kanan untuk mendapatkan imej yang tepat.
e. Betulkan posisi projektor ke atas atau bawah untuk imej yang sempurna.
5
P r o j e k t o r L CD
5.4 Gambarajah Penyambungan Projektor ke Peranti Luar
a. Sambungkan projektor kepada peranti yang dikehendaki dengan menggunakan kabelkabel yang sesuai seperti rajah di atas.
b. Tekan butang On untuk menghidup atau mematikan LCD Projektor
6
P r o j e k t o r L CD
6. PANDUAN PENJAGAAN LCD PROJEKTOR
a. Biarkan sekurang-kurangnya 15 saat setelah memadamkan projektor. Kipas penyejuk akan berhenti secara automatik apabila projektor sejuk. b. Elakkan daripada membuka dan menutup suis berulang kali semasa projektor beroperasi. c. Pastikan tiada objek mudah terbakar berdekatan dengan projektor kerana projektor akan menjadi sangat panas setelah lama dibuka. d. Biarkan projektor sejuk seketika sebelum disimpan ke dalam beg. e. Jangan tempatkan projektor di dalam kawasan lembab atau berhabuk f.
Ubahkan projektor dengan cermat dan elakkan daripada terjatuh kerana komponen dalam projektor adalah mahal dan mudah pecah.
7
P r o j e k t o r L CD
7. JENAMA-JENAMA LCD PROJEKTOR DI PASARAN
Panasonic
Sony
Epson
Ben-Q
Sharp
Samsung
8
P r o j e k t o r L CD
7.1 Tips dan Peringatan Ketika Membeli LCD Projektor Terdapat pelbagai jenama dan model projektor LCD di pasaran dengan pelbagai harga yang menarik. Namun demikian terdapat beberapa petua dalam memilih projektor yang sesuai haruslah dipatuhi bagi memenuhi keperluan dan penggunaan yang optimum. Seandainya tidak dipatuhi, kebarangkalian mesej yang ingin disampaikan kepada penonton tidak mungkin tercapai dengan jaya. Terdapat juga pengguna yang menganggap sebuah projektor LCD yang mahal mampu membuatkan persembahan mereka lebih baik tetapi berakhir dengan pembaziran. Maka garis panduan dalam memilih LCD projektor bolehlah dirujuk seperti berikut;
a) Resolusi Projektor LCD SVGA (800 x 600), XGA (1024 x 768), SXGA (1280 x 1024), dan UXGA (1600 x 1200). Semakin tinggi resolusi dari sebuah projektor bermakna semakin tinggilah harganya. Jika anda bercadang mahu menggunakan projektor untuk sebuah persembahan Powerpoint, maka Resolusi SVGA sangat sesuai untuk dignakan. Sementara resolusi XGA merupakan pilihan yang terbaik untuk memaparkan data berangka. Anda hanya memerlukan resolusi yang lebih tinggi jika mahu memaparkan butiran yang sangat terperinci.
b) Kecerahan LCD Projektor Semakin tinggi ANSI Lumen semakin terang output cahaya sesebuah projektor LCD. Projektor LCD dengan Lumen di bawah paras 1000 akan kurang pencahayaan seperti projektor piko yang hanya menghasilkan 30-40 Lumen. Sebuah projektor LCD dengan 1000-2000 Lumen akan mendapat cahaya yang mencukupi untuk persembahan perniagaan ataupun di dalam bilik darjah. Manakala projektor LCD dengan Lumen 2000-3000 mampu menghasilkan cahaya yang cukup untuk menerangi persembahan tanpa cacat dalam sebuah ruangan yang besar dan luas seperti di dalam dewan. Tanpa kecerahan yang mencukupi, gambar yang terhasil akan kelihatan pucat dan halus meskipun ditayangkan di kawasan yang gelap. Ukuran ruangan, ukuran saiz skrin dan jarak antara projektor dengan skrin akan memberi pengaruh kepada anda dalam membuat keputusan pemilihan lumen sebuah projektor LCD.
9
P r o j e k t o r L CD
c) Kontras Projektor LCD Kontras projektor LCD adalah untuk menunjukan perbandingan antara cahaya paling terang dengan sebuah kawasan gambar atau objek yang paling gelap. Perhatikan sebuah projektor LCD yang mempunyai nisbah kontras 400:1 atau lebih tinggi maka paparan gambar dan tayangan video akan kelihatan. Jika mahu menayangkan banyak gambar dengan cahaya yang terang, maka pengguna disarankan untuk membeli projektor LCD yang mempunyai nisbah kontras yang lebih tinggi atau paling tinggi di pasaran. Nisbah kontras merupakan pelengkap kepada kecerahan. Nisbah kontras yang tinggi akan memaparkan warna putih yang paling putih dan warna hitam yang paling gelap. Namun jika nisbah kontras rendah, maka gambar yang terhasil akan kelihatan cacat atau tidak sempurna. Adalah disarankan nisbah kontras yang minimum adalah 1500 : 1 ataupun 2000 : 1. Tetapi nisbah kontras yang lebih tinggi akan menjadikan gambar kelihatan lebih baik dan sempurna.
d) Berat Projektor LCD Berat sesebuah projektor LCD merupakan persoalan kepada mudah alihnya. Jika pengguna mahu membawa projektor LCD ke merata tempat untuk membuat persembahan, maka pilihlah yang lebih ringan. Pada masa kini terdapat banyak projektor LCD dengan berat kurang daripada 2.5kg dengan pencahayaan yang sangat terang namun demikian, harganya akan jadi sangat mahal. Projektor LCD mudah alih juga penting ketika pemasangan dan dapat disediakan dalam masa yang pendek. Ini juga memudahkan pengguna untuk mencuba pelbagai saiz skrin dengan jarak dan ruangan yang berbeza. Pengguna juga boleh menggantung projektor LCD pada ruangan syiling dengan mudah.
e) Penyambungan Projektor LCD Ketika pengguna membeli projektor LCD, pastikan ia dapat disambung kepada komputer atau komputer riba yang ada. Namun demikian, penyambungan kepada peranti-peranti lain pada situasi yang memerlukan sepatutnya dipertimbangkan ketika pembelian dilakukan. Pengguna haruslah memeriksa dengan teliti sambungan-sambungan yang terdapat pada sebuah projektor 10
P r o j e k t o r L CD
LCD. Kebarangkalian pengguna perlu menyambungkan peranti lain seperti pemain DVD dan kamera untuk sumber-sumber persembahan adalah sesuatu yang perlu diambil kira ketika pembelian projektor LCD. Pastikan projektor LCD mempunyai beberapa input yang diperlukan seperti sambungan kabel komposit dan S Video untuk sumber analog, input DVI atau HDMI untuk sumber definisi tinggi. Sebahagian besar projektor LCD memiliki input VGA untuk komputer dan komputer riba.
f)
Jangka Hayat Lampu Projektor LCD
Faktor lain yang harus dipertimbangkan ketika membeli sebuah projektor LCD adalah jangka hayat lampu. Perkara ini adalah sangat penting kerana penggantian lampu projektor LCD adalah mahal. Sebuah projector dengan jangka hayat lampu selama 2000 jam atau lebih adalah yang terbaik. Terdapat beberapa projektor LCD yg mempunyai pilihan mod ekonomi yang mana mampu memanjangkan hayat lampu dan dapat menjimatkan kos operasi.
g) Kepadatan Piksel dan Skala Kepadatan piksel dalam ukuran inci adalah sangat penting dalam projektor LCD yang menggunakan teknologi enjin DLP.
Piksel asli yang sangat tinggi diperlukan untuk
menayangkan paparan definisi tinggi. Angka dari piksel asli 1024x 768 sangat sesuai untuk memainkan gambar video DVD, akan tetapi isyarat HDTV 720i memerlukan piksel natif 1280x720 dan HDTV 1090i memerlukan piksel asli 1920x1080 untuk mendapatkan paparan persembahan yang sangat cantik.
11
P r o j e k t o r L CD
8. KEBAIKAN
a) Penyampaian nota mudah dilakukan
Projektor LCD membolehkan guru untuk menunjukkan nota melalui
persembahan
PowerPoint atau lain-lain semasa P&P di dalam kelas. Dengan penggunaan projektor LCD di dalam kelas, pelajar boleh mendapatkan nota dengan lebih baik. Selain itu, pelajar boleh meminta guru untuk mengulangi slaid jika mereka terlepas maklumat, atau bahkan meminta bahawa guru menghantar email persembahan untuk penilaian lanjut.
b) Pengajaran yang lebih besar dan serba boleh
Projektor LCD juga boleh membantu para guru dengan mengurangkan penggunaan papan hitam dan kapur. Dengan penggunaan projektor LCD, guru kini boleh menggunakan filem, slaid, dan imej untuk mengajar pelajar mengenai pelbagai subjek. Guru-guru juga akan mendapati bahawa Internet adalah lebih berguna jika menggunakan projektor LCD kerana ia boleh memaparkan kandungan web ke seluruh kelas, dan tidak memerlukan setiap pelajar mengakses maklumat menggunakan komputer peribadi.
c) Penggunaan masa P&P yang lebih baik
Sebelum penggunaan projektor dalam bilik darjah, guru terpaksa menghabiskan masa yang banyak dengan menulis nota di papan putih, serta memadamnya untuk menulis nota yang lain. Dengan menggumakan projektor, hanya klik butang atau tetikus dan nota dapat dipaparkan dengan cepat. Dengan itu,ia dapat mengurangkan pembaziran masa semasa P&P. Dengan menggunakan projektor, guru lebih mudah boleh menyediakan semua nota sebelum ke kelas untuk pembentangan. Guru juga mungkin mendapati bahawa mereka kurang menghabiskan masa untuk mengulangi atau menulis semula maklumat.
d) Antara kebaikan yang lain adalah seperti:
•
Imej yang berwarna-warni, animasi, video clips, dan bunyi boleh dimasukkan.
•
Persembahan atau pembentangan boleh dilakukan di mana-mana sahaja selagi terdapat bekalan elektrik dan skrin mudah alih. 12
P r o j e k t o r L CD
•
Perisian yang digunakan adalah mudah dipelajari dan digunakan.
•
Boleh digunakan dalam bilik yang malap cahayanya. Ini bermaksud tidak semestinya digunakan dalam bilik yang gelap. Catatan yang “ringan” masih boleh dilakukan oleh pelajar.
9. KELEMAHAN PENGGUNAAN PROJEKTOR LCD Antara kelemahan penggunaan projektor LCD adalah seperti berikut: •
Bilik yang terlalu cerah akan menjejaskan kualiti tayangan.
•
Resolusi yang rendah menyebabkan persembahan atau pembentangan hanya terhad kepada kumpulan yang kecil atau sederhana (kira-kira 50 orang pelajar)
•
Projektor memerlukan bekalan elektrik yang berterusan untuk berfungsi.
•
Memerlukan kemahiran teknikal yang mencukupi untuk mengendalikan projektor LCD
•
Kos penyenggaraan yang tinggi
10. PENUTUP Secara kesimpulannya, penggunaan projektor LCD semakin meluas pada masa kini. Dari sudut pendidikan, segala kebaikan projector LCD ini dapat diaplikasikan dalam P&P bagi menarik minat pelajar agar ilmu pengetahuan dapat diperoleh secara optimum. Selain itu, di bawah perubahan sistem pendidikan baru, guru seharusnya dapat menggunakan teknologi ICT di dalam P&P mereka. Hal ini penting bagi menjayakan sistem pendidikan yang baru serta dapat meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan perkembangan teknologi multimedia.
13
P r o j e k t o r L CD
11. Rujukan Azizi Yahaya et. al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan . Kuala Lumpur : PTS, Professional Publishing Sdn. Bhd. Jamaludin Badusah, Muhammad Hussin & Abd. Rasid Johar. 2000. Inovasi dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran . Banting, Selangor : AJM Publishing Enterprise. Ng Ying Shya (2004). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah . Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. NEC (2001), LCD Projector VT45 User’s Manual . NEC Corporation
14