Kegiatan lumba haram semakin serius sejak kebelakangan ini. Kebanyakan golongan remaja yang berfikiran cetek tanpa berfikiran panjang mudah terjebak d...
disini telah dijelaskan berbagai macam dalil tentang siapa-siapa saja yang dilarang untuk dinikahiFull description
Deskripsi lengkap
Pada percobaan ini dilakukan pengamatan terhadap gejala transien yang terjadi pada rangkaian yang memiliki komponen penyimpanan energi seperti induktor dan kapasitor. Kemudian dilakukan perb…Full description
Gejala transien merupakan gejala yang terjadi pada sebuah komponen penyimpan energi yang dikarenakan komponmen tersebut tidak bisa langsung menerima energi namun hanya bisa secara perlahan.
materi ipa fisika sma kelas xii semester ganjil Gelombang
GEJALA VANDALISMEGEJALA VANDALISME
modernisasi
Deskripsi lengkap
LANGKAH- LANGKAH UNTUK MENGATASI KEGIATAN LUMBA HARAM
Sejak kebelakangan ini kita sering melihat di akhbarakhbar dan televisyen tentang kegiatan lumba haram yang semakin hangat diperkatakan. Majoriti yang terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat ini terdiri daripada golongan remaja. Lumba haram boleh ditakrifkan sebagai perlumbaan kenderaan bermotor yang dilakukan di jalan raya awam tanpa kebenaran pihak berkuasa. Ganjaran yang diperoleh ialah pengiktirafan daripada kumpulan-kumpulan yang bertanding dan wang tunai. Malah, ada yang menggunakan wanita sebagai pertaruhan. Kebanyakan yang terlibat menerima akibat yang negatif, iaitu sama ada ditangkap polis atau cedera parah akibat kemalangan. Tindakan tegas pihak berkuasa seperti polis amat diperlukan untuk menangani masalah ini. Rondaan yang kerap mesti dilaksanakan Hal ini bertujuan untuk memastikan jalan raya awam tidak digunakan sebagai medan perlumbaan haram oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Pihak polis juga boleh mengadakan sekatan jalan raya untuk membuat pemeriksaan terhadap
kenderaan yang disyaki digunakan untuk perlumbaan haram. Kenderaan yang terlibat biasanya telah diubah suai untuk mencapai tahap kelajuan yang luar biasa. Dengan ini, kadar perlumbaan haram dapat dikurangkan. Selain tindakan daripada pihak berkuasa, kempenkempen kesedaran juga boleh dilakukan. Melalui kempen, ia mungkin dapat memberi pengajaran dan maklumat mengenai keburukan dan akibat daripada lumba haram. Akhbar, televisyen, radio, serta segala bentuk media massa juga boleh digunakan untuk menyampaikan mesej yang boleh memberi kesedaran kepada semua ahli masyarakat. Ceramah-ceramah bergerak wajar dilaksanakan di seluruh negara bagi membuka mata mereka yang terlibat. Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk memastikan gejala sosial ini tidak berterusan dan diamalkan oleh anak-anak muda. Anak-anak muda mestilah diberi perhatian sepenuhnya oleh para ibu bapa agar tidak mudah terjerumus dalam kegiatan ini. Ibu bapa sepatutnya tidak membenarkan anak-anak mereka menggunakan kenderaan bermotor sekirannya mereka tidak mempunyai lesen yang sah. Ganjaran berupa kenderaan tidak wajar diberikan kepada anak-anak yang
belum matang walaupun tindakan itu dibat untuk membuktikan kasih saying ibu bapa terhadap anak-anak. Ibu bapa juga harus mengawal kebebasan anak-anak mereka agar tidak bergaul dengan rakan-rakan yang terlibat dalam aktiviti yang sememangnya kurang sihat ini kerana pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu faktor anak-anak mudah terjerumus dalam lumba haram. Kesimpulannya, masalah lumba haram dapat diatasi sekiranya mendapat perhatian orang ramai dan harus dicrgah sebelum parah. Pihak berkuasa serta ibu bapa harus mencari kaedah yang berkesan agar gejala ini dapat dibanteraskan. Kita mestilah seperti aur dengan tebing dalam usaha membanteras gejala ini dan bukannya seperti enau dalam belukar. Adalah diharapkan langkah-langkah yang dilaksanakan akan menghindarkan para remaja dan masyarakat daripada melibatkan diri dalam gejala yang terang-terangan merupakan gejala yg tidak sihat seta memudaratkan ini.