1.1 Konsep
Rasm Uthmani dan Sejarahnya
1.1.1 Pengertian Rasm Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf hijaiyah atau gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan. Ia juga boleh diertikan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat. 1.1.2 Pengertian Rasm Uthmani Rasm Uthmani ialah suatu ilmu yang membicarakan kaedah pe nulisan kalimah-kalimah ayat Al-Quran yang digunakan dan telah dipersetujui oleh Saidina Uthman ketiha penyalinan dan penulisan Al-Quran. Ia juga dikenali sebagai Rasm Mushaf yang dikirim kepada berbagai daerah dan bandar di bawah taklukannya. Formasi atau bentuk penulisan Al-Quran dalam mushaf-mushaf Uthmani terdapat beberapa kelainan daripada bentuk-bentuk penulisan Bahasa Arab secara konvensional atau sebagaimana kebiasaannya. 1.1.3 Hukum mempelajari Rasm Uthmani Hukum mempelajari Rasm Uthmani adala fardhu Kifayah. 1.1.4 Keistimewaan Rasm Uthmani 1. Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi Bukan Taufiqi Ia adalah Rasm bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung oleh Rasulullah S.A.W. Lebih meyakinkan kita setiap apa yang dikhabarkan kepada rasul, sudah tentu datang daripada Allah. Penulisan Al-Quran seperti itu juga berterusan pada zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman sehinggalah pada zaman selepas itu.
2. Rasm Uthmani Menjadi Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran Pembacaan Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan akan mendapat ganjaran kepada pembacanya yang menepati rukun. Pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz atau ditolak. 3. Meliputi Tujuh Huruf Tujuh huruf Al-Quran ini menjadi factor utama dan dasar sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan bertepatan dengan wajah qiraat yang diajarkan oleh Rasulullah kepadqa sahabat-sahabatnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh cara bacaan yang meliputi unsure-unsur seperti kata nama, perselisihan pada ikrab, cara tasrif, perselisihan mendahului atau mentakhir sesuatu huruf atau kalimah, ibdal, menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan juga perselisihan pada lahjah sama s ama ada tebal atau nipis, imalah, isymam dan sebagainya. 4. Rasm yang Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir. Melalui sirah, nabi melakukan semakan terakhir bacaan Al-Quran de ngan malaikat Jibril a.s dan Zaid bin Tsabit, seorang sahabat yang rapat dengannya turut berada be rsama dengannya. Oleh sebab demikian, Zaid telah dipertanggungjawabkan untuk menulis dan mengumpul Al-Quran oleh dua orang khalifah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman untuk menulis berdasarkan pembentangan tersebut. Dengan kajian konsep ilmu Rasm Uthmani ini, ianya dapat memelihara dari kesalahan dalam penulisan Al-Quran. Penulisan yang betul dan tepat adalah perkara yang penting untuk kesahihan dalam sebutan sesuatu kalimah.
KELEBIHAN RASM UTHMANI 1.mengikut sunnah Rasulullah s.a.w 2.mengikut tulisan Al-Quran yang asal 2.boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar 3.memudahkan bacaan dengan wajah qiraat ( jenis jenis bacaan ) 4.sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasih 5.dipersetujui oleh lebih 12000 orang sahabat 6.salah satu daripada mukjizat Al-Quran 7.bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir 8.berdasarkan kepada dalil dalil yang kuat dengan hujah yang jelas 9.ditulis mengikut bacaan Rawi ( periwayat ) 10.mengandungi rahsia dari segi mengekal dan mengugurkan huruf
contoh Al-Quran zaman dahulu sebelum di ubah dari tahap ke tahap oleh ulamak nahu dan qura' AlQuran
TAHAP PENULISAN ALQURAN penulisan Al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap tahap seperti berikut : TAHAP PERTAMA : belum diletakkan sebarang tanda TAHAP KEDUA : ditandakan titik yang dipelopori oleh Abu Aswad Ad Duali ( wafat pada tahun 69 hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin Al-Hakam ) merupakan tokoh @ pengasas ilmu nahu TAHAP KETIGA : mula ditandakan dengan titik yang dipelopori oleh Yahya bin Ya'mar dan Nasyr bin
'Asim al-Laisy dengan pemerintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi. TAHAP KEEMPAT : mula diletakkan dengan tanda tanda baris ( harakah ) yang dipelopori oleh Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan, juge merupakan tokoh nahu, beliau ialah guru kepada sibawaih ( ulamak nahu ) TAHAP KELIMA : ditambah dengan tanda tanda waqaf dan lain lain tanda lagi
PENULISAN AL QURAN ( ILMU RASM ) ilmu rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf hurufnya dari segi lafaz, huruf huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf, penulisan ( rasm ) Al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara ijma'( sepakat ) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w, yang di mmaksudkan dengan tauqifiyyah ialah satu ketetapan dari Rasulullah s.a.w yang tidak boleh menyalahinya
PEMBAHAGIAN RASM rasm Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 1 rasm Qiasi / imla'i = iaitu penulisan menurut pengucapan @ pertuturan 2 rasm Istilahi / Uthmani = iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan hamzah kebanyakan mushaf ditulis mengikut kaedah kaedah ini, oleh itu, penulisan mushaf Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat tuqifiyyah, maka penggunaan tulisan Imla'i atau qiasi tidaklah di haruskan..
antare jenis Al-Quran mushaf uthmani yang ade zaman skang
Sejarah Al-Quran 1. Tulisan Arab Nabi Muhammad s.a.w. telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta huruf (tidak boleh membaca dan menulis), tidak boleh b oleh mengira bahkan hampir tidak boleh mengenal sesuatu bentuk tulisan. Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, a l-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Mu'awiyah bin Abi Sufian, Abban bin Said dan al-'Ala' bin al-Hadrami. Semuanya dari kalangan penduduk Mekah al-Mukarramah manakala dari kalangan penduduk Madinah pula i alah Amru bin Said, Ubai bin Ka' ab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin Amru. Setelah Rasululah s.a.w. berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan penulisan dan mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap orang t awanan Perang Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah terlebih dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di Madinah. Melalui usaha ini, Baginda mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan ma syarakat Islam. Akhimya Rasulullah s.a.w. mempunyai lebih daripada 40 orang penulis (kebanyakannya penulis wahyu) sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.
2. Tulisan dan Penulisan AI-Quran Menurut Bahasa Arab, perkataan khat ( )طخbererti garis memanjang pada sesuatu perkara dan juga cara yang paling mudah untuk menulis, dengan menggunakan peralatan seperti pen, qalam dan sebagainya. Terdapat perbezaan di antara khat atau tulisan dan rasm. Khat adalah berhubung dengan pembentukan huruf manakala ras m adalah mengenai pembentukan perkataan menerusi huruf-huruf Hijaiyyah. Khat yang dipelajari oleh Harb bin Umayyah dan mengajarkannya kepada orang-orang Quraisy ialah khat al-Anbari al-Hairi. Apabila khat ini diperkenalkan ke Hijaz, ia dinamakan dengan khat al-Hijazi.
Bentuk khat inilah yang telah digunakan oleh para penulis surat, syair dan lain-lainnya. Sehinggalah kedatangan Islam, bentuk khat tersebut telah digunakan dalam penulisan wahyu hinggalah ia digunakan pada Suhuf Abu Bakar al-Siddiq dan digunakan juga pada pa da penulisan Mushaf Uthmaniah. Apabila Islam telah t elah tersebar di serata pelusuk dunia, maka terdapat sekumpulan dari penulis-penulis Kufah yang telah mengelak dan mencantikkan lagi khat al-Hijazi. Setelah berlaku proses tersebut, khat a l-Hijazi itu dinamakan dengan khat al-Kufi. 3. Penulisan dan Pengumpulan AI-Quran pada Zaman Rasulullah S.A.W. Menurut Ahli Sejarah, penulisan al-Quran bermula dari zaman Nab i Muhammad s.a.w. di mana sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. menerima wahyu, Baginda m engarahkan penulispenulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang diterimanya. Antara penulis wahyu Baginda Rasulullah s.a.w. ialah Khulafa' al-Rasyidin yang empat iaitu Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq, Saiyidina Umar bin al-Khattab, Saiyidina Uthman bin Affan dan Saiyidina Ali bin Abi Talib r.a. serta sahabat Baginda yang lain seperti Saiyidina Zaid bin Thabit, Ubai bin Ka'ab, Thabit bin Qais r.a. dan lain-lain. Oleh kerana pada masa itu ketiadaan kertas, maka para penulis wahyu telah mencatatkan ayat-ayat al-Quran tersebut pada pelepahpelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lainlain bahan tulisan. Catatan tersebut disalin semula oleh sebahagian sahabat walaupun kebanyakan mereka lebih mengutamakan hafazan. 4. Penulisan AI-Quran pada Zaman Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq R.A. Selepas Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat telah melantik Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq R.A. menjadi khalifah yang pertama. Pada zamannya telah berlaku beberapa peperangan antaranya ialah peperangan al-Yamamah yang berlaku pada tahun 11 Hijrah. Dalam peperangan tersebut ramai tentera Islam yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid. Sejarah mencatatkan sehingga 700 orang yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid dalam peperangan tersebut." Peristiwa berkenaan telah mendorong Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. beberapa kali mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. supaya diadakan usaha
pengumpulan al-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan terhapus dengan sebab ramai Qurra' yang gugur syahid. Akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain. Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran suhuf. Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah disimpan di rumah Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. dan apabila Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. wafat, lembaran suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummul Mukminin Saiyidatina Hafsah binti Umar al-Khattab r.a.
5. Penulisan Al-Quran pada Zaman Saiyidina Uthman b in Affan R.A.
Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lai n-lain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur ma syhur antaranya: Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit dan Saiyidina Umar bin al- Khattab r.a. Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saiyidina Uthman bin Affan dan Abu Darda' r.a. Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saiyidina Umar bin al-Khattab, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa al-Asha' ari r.a. Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud, Saiyidina Ali bin Abi Talib, Saiyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit r.a. Pada tahun 25 Hijrah, satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin mengenai
perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan alQuran.Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah disampaikan oleh seorang sahabat yang bemama Huzaifah bin al- Yaman kepada Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan. Huzaifah telah mencadangkan supaya Khalifah Saiyidina Uthman r.a. mencari jalan untuk menyatukan kaum muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tersebut. Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu oleh beberapa orang anggota yang lain yang terdiri dari Abdullah bin Zubair, Said bin al-' As dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a. Lembaran-lembaran suhuf al-Quran yang diambil dari simpanan Saiyidatina Hafsah binti Umar r.a. untuk dijadikan mushaf. Ketika ahli-ahli Jawatankuasa ini menjalankan tugas, Saiyidina Uthman bin Affan memberi nasihat dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan al-Quran ini hendaklah berdasarkan bacaan para Qurra'. Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy kerana al- Quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy. Menurut pendapat yang muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak enam mushaf al-Quran. Sebuah mushaf untuk kegunaan Saiyidina Uthman bin Affan r.a. sendiri yang dinamakan "Mushaf al-Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan di kirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah. Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayah- wilayah berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam (qari) yang adil dan mutqin" di dalam da lam bacaan al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka terdiri daripada: i. Abdullah bin al-Saaib r.a. ke Mekah. ii. AI-Mughirah bin Abi Syahab r.a. ke Syam. iii. Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah. iv. Amru bin Qais r.a. ke Basrah. v. Zaid bin Thabit r.a. di Madinah.
Selepas itu, Saiyidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua lembaran alQuran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk di bakar atau dilupuskan. Walau bagaimanapun, perbezaan bacaan (ءارقل هججو )تyang ada hingga sekarang ini tidaklah ti daklah berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan itu telah diterima dari Baginda Rasulullah s.a.w. secara mutawatir. Usaha-usaha pengumpulan al-Quran yang dilakukan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi: i. Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan. p erpecahan. ii. Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al-Quran. iii. Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan. iv. Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf. v. Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang ada sekarang ini.
6. Kelebihan Rasm Uthmani AI-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan, antaranya: i. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. ii. Mengikut tulisan al-Quran yang asal. iii. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar. iv. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis-jenis bacaan). v. Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang fasih. vi. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat.
vii. Salah satu dari mukjizat al-Quran. viii.Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir. ix. Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim. x. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas. xi. Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat). xii. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf
7. Tahap Penulisan AI-Quran Penulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap berikut: i. Tahap Pertama: Belum diletakkan sebarang tanda. ii. Tahap Kedua: Ditandakan titik (نرعل ةط )بyang dipelopori oleh/Abu al-Aswad al-Duali (meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin al-Hakam).
)مyang dipelopori oleh Yahya bin iii.Tahap Ketiga: Mula ditandakan dengan titik (نل ةطم Ya'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan perintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi, iv. Tahap Keempat: Mula diletakkan dengan tanda-tanda t anda-tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan. v. Tahap Kelima: Ditambah dengan tanda-tanda waqaf dan lain-lain tanda lagi. Tulisan al-Quran dengan menggunakan Khat Nasakh mula di cetak buat pertama kalinya di Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negaranegara Islam yang lain sehingga ke hari ini. i ni. 8. Cara Bacaan AI-Quran yang Diamalkan Masa Kini Terdapat beberapa cara bacaan yang diamalkan pada masa kini iaitu:
i. Bacaan mengikut riwayat Hafs dari Imam 'Asim adalah paling banyak diamalkan di negara-negara Islam. ii. Bacaan mengikut riwayat Warsy dari Imam Nafi' adalah banyak diamalkan di negara Afrika. iii. Bacaan mengikut riwayat Qalun dari Imam Nafi' Naf i' adalah banyak diamalkan di negara Asia Tengah. iv. Bacaan mengikut riwayat al-Duri dari Imam Abu Amru al-Basri adalah banyak diamalkan di Sudan.
9. Penulisan AI-Quran (Ilmu Rasm) Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafazlafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf.
Penulisan (rasm) al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang diikuti secara ijma' (sepakat) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana t ulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.
10. Pembahagian Rasm
Rasm al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu: i. Rasm Qiasi/Imla'i. - Iaitu penulisan menurut kelaziman pengucapan/ pertuturan. ii. Rasm Istilahi/ Uthmani. - Iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan Hamzah.
Kebanyakan mushaf ditulis mengikut kaedah-kaedah ini. Oleh itu, penulisan mushaf Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat tauqifiyyah (penetapan/penentuan Nabi), maka penggunaan tulisan Imla'i atau Qiasi tidaklah diharuskan.
Disusun Oleh : Ustaz Md Abdu Bin Sahak B.A (Hons) Al Quran & Qiraat Universiti Al Azhar Mesir.
Imam Qiraat. Nama sebenarnya ialah Imam ‘Asim bin Abi al-Najud al-Kufi. al-Kufi . Ayahnya bernama Abdullah dan keturunannya ialah Abu al-Najud manakala ibunya pula bernama Bahdalah. Ada juga yang mengatakan nama sebenar ‘Asim ialah ‘Asim ibnu Bahdalah.
Imam ‘Asim bin Abi al-Najud al-Kufi juga digelar sebagai Abu
Bakar kerana
beliau
berketurunan Arab asli daripada kabilah Bani Asad di Kufah dan salah seorang daripada alQurra’ al-Sab’ah. Beliau telah mangambil ilmu qiraat daripada dua orang sahabat iaitu Ani Ramthah Rifa’ah al-Tamimi dan al-Harith bin Hassan al-Bakri. Imam ‘Asim maenjadi tabi’in kerana Abi Ramthah telah mengambil riwayat daripada al-Imam Ahmad bin Hanbal manakala al-Harith pula mengambil riwayat daripada Abi Ubaid al-Qasim bin Salam.
Guru kepada Imam ‘Asim ialah Abi Abdul Rahman Abdullah bin Habib bin Rabi’ah alSulami al-Dharirr, Abi Maryam Zarrin bin Hubaisy bin Habsyah al-Asadi dan Abi Amru Sa’dun bin Ilyas al-Syaibani . Mereka bertiga pula mengambil riwayat daripada Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa al-Sulami mengambil riwayat daripada Ubai bin Ka’ab dan Zaid bin Thabit. Ibnu Mas’ud, Ali, Ubai dan Zaid mengambil riwayat daripada Rasulullah s.a.w.
Imam ‘Asim adalah Imam yang pertama dalam bidang Qiraat di Kufah selepas Abi Abdul Rahman al-Sulami dan menjadi tumpuan serta tempat rujukan semua manusia dari segenap pelusuk dunia. Beliau dianugerahkan suara yang merdu, pandai membaca al-Quran al-Karim dengan bertajwid serta mempunyai sebutan dan lahjah yang jelas. Abu Bakar ibnu ‘Iyash (Syu’bah) Syu’bah ) berkata : “ Tidak pernah aku melihat seorang manusia yang pandai membaca alQuran al-Karim melainkan ‘Asim bin Abi al-Najud al-Kufi yang begitu mahir dalam bidang ilmu bahasa, nahu dan pakar dalam bidang feqah ”.
Berkata Yahya bin Adam dari Hassan bin Soleh : “ Aku melihat tidak ada seorangpun yang lebih fasih bercakap melainkan Imam ‘Asim bin al-Najud al-Kufi”. al-Kufi ”. Abu Bakar bin ‘Iyash berkata : “ Imam ‘Asim pernah jatuh sakit selama dua tahun tanpa membaca al-Quran dan membuat sebarang kerja. Apabila beliau sembuh dari penyakitnya, beliau dapat membaca al-Quran tanpa melakukan sebarang kesalahan”.
Imam ‘Asim mempunyai beberapa orang anak murid. Di antaranya Hafs bin Sulaiman, Abu Bakar Syu’bah bin ‘Iyash, ( kedua-duanya ialah perawi yang masyhur ), Abaan bin Taghlab, Hamad bin Mihran al-A’masyh, Abu al-Munzir Salam bin Sulaiman, Sahl bin Syu’aib, Syaiban bin Muawiyah dan lain-lain lagi. Imam ‘Asim juga pernah mengambil riwayat daripada Abu Amru bin al-A’la, Khalil bin Ahmad dan Hamzah bin al-Ziyat.
Beliau wafat pada akhir tahun 127 Hijrah di Kufah.