1.0 Konsep Persekitaran Pembelajaran
Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran guru. Iklim bilik darjah yang baik ini dapat menyumbang kepadapembelajaran yang berkesan, kawalan kelas yang terjamin, perhubungan guru-murid yang aktif, danmenjamin keseronokan untuk belajar. Menurut
Evertsin,
Emner,
&
Worsham
(2003),
antara prinsip -prinsip
persekitaran fizikal bilik darjah ialah, lalu -lintas didalam kelas, persekitaran yang mudah untuk guru memantau, bahan pengajaran dan pembelajaran yang disusun secara
rapi
serta
memastikan
murid
dapat
memerhati
persembahan
atau
demonstrasi dengan mudah. Penyusunan alatan dan perabot didalam bilik darjah hendaklah menepati keperluan bagi warga yang berada didalamnya. Oleh itu terdapat beberapa faktor yang memerlukan guru dalam menyusun menyusun atur susunan bilik darjah yang mana mana ia mementingkan elemen yang ditunjukkan.dalam membina satu suasana yang mempamerkan autoriti, stail pengajaran dan dapat men imbulkan rasa kesepunyaan antara murid dan guru. 1.1 Faktor ±faktor yang memberikan kesan kepada bilik darjah. 1.1.1 Susunan Perabot
Susunan meja dan kerusi amat penting kerana ia merupakan salah satu faktor yang memberi kesan besar kepada bilik darjah. Ia melibatkan kekreatifan guru kelas dalam membina suasana bilik darjah yang tersusun rapi dan selesa untuk belajar. Susunan dalam bilik darjah juga seharusnya memberi kemudahan kepada muridmurid untuk mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.
Susunan yang baik memudahkan pergerakan pergerakan dan lalu lalu -lintas murid
serta guru semasa didalam kelas. Kebersihan kelas juga dapat dijaga dan dipantau sekiranya ruang susunan meja memudahkan pemantauan guru kepada kebersihan kelas tersebut.
1
Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan guru. Ini merupakan salah satu bukti sesebuah bilik darjah yang rapi dan dapat menimbulkan menimbulkan kesepunyaan antara murid dan guru. Malah, sebagai tambahan murid dapat berinteraksi berinteraksi sesama mereka dengan lebih baik serta selesa.Fred Steele(1973) merumuskan ³ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure´. Kenyataan
ini disokong oleh
Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara murid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Guru juga dapat menggunakan kuasa autoriti mereka melalui cara mengubah susunan tempat duduk seperti susunan auditorium yang memberikan peluang kepada guru untuk memantau dan melihat murid. Ia juga memudahkan guru untuk berinteraksi,bergerak dan melihat aktiviti yang murid -murid lakukan dengan lebih jelas.Selain itu, murid dapat melihat guru dengan lebih jelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. 1.1.2 Peralatan
Peralatan juga faktor yang penting bagi memastikan kelancaran perjalanan bilik darjah bagi sesi pengajaran dan pembel ajaran. Alatan asas seperti kapur, pembaris, marker pen, pemadam dan sebagainya adalah satu bentuk keperluan yang wajib tersedia didalam kelas. Contohnya, guru masuk untuk mengajar, ketika itu kapur tulis tiada. Sesi pengajaran dan pembelajaran pembelajaran terbantut dan menyebabkan murid terpaksa menunggu guru mencari kapur bagi menulis di papan hitam. Alatan yang dinyatakan juga merangkumi
Alat Bantu Mengajar.
Menurut
Atan Long ( 1981) beliau membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat -alat pandangan dan alat pandang -dengar. Contohnya
bagi
matapelajaran Sains, alatan seperti radas dan spesimen penting bagi menyampaikan penjelasan kepada murid dengan lebih jela s melalui ujukaji. Jika tiada alatan yang mencukupi dan sempurna, sukar pada guru untuk menceritakan kepada murid akan konsep-konsep tertentu dalam Sains.
2
Faktorstail pengajaran yang direncanakan oleh guru tidak kesampaian kerana kekurangan alatan dan kemudahan yang diperlukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Contohnya, bagi mengaplikasikan pengajaran secara berkumpulan dalam ruang lingkung kawasan kelas yang kecil dan sempit menyebabkan stail pengajaran yang diharapkan tidak berlaku. Begitu juga al atan audio seperti radio atau televisyen bagi melakukan sesi pembelajaran dengan bantuan alat eletronik tidak dapat dijalankan kerana ketiadaan alatan atau alatan tidak berfungsi dengan baik. Tidak dapat dinafikan jika sekolah yang terletak di pedalaman da n luar bandar tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi dan sepatutnya. Namun, ia bukan menjadi alasan untuk guru mencari jalan menggunakan kelebihan dan kekurangan yang ada untuk mencapai objektif pengajaran. 1.1.3 Pengudaraan dan Pencahayaan
Apakah kepentingan udara ? Mengapa pengudaraan penting bagi sesebuah bilik darjah ?. Sebelum anda menjawab pertanyaan ini, cuba tahan nafas anda. Selesakah anda sekiranya berada dalam keadaan yang lemas dan sukar bernafas? Tentu sukar bukan. Begitu juga situasinya semasa s emasa berada didalam kelas. Jika kelas tersebut tidak mempunyai laluan pengudaraan yang baik maka suasana didalam kelas akan menjadi panas. Lebih malang lagi apabila tiba musim panas yang kering. Bayangkan kita duduk didalam kelas yang sesak dan pengudara an yang tidak baik. Berapa lama kita dapat bertahan untuk belajar didalamnya. Malah sebagai seorang guru, berapa lama anda bertahan untuk terus mengajar dalam keadaan sebegitu. Tentu tidak. Oleh sebab itu, pentingnya tingkap -tingkap berfungsi dan pintu yang mencukupi bagi memastikan pengaliran udara kedalam kelas dapat berlaku dengan baik. Keadaan bilik darjah yang selesa mampu menaikkan semangat murid untuk belajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Cahaya penting sebagai salah satu f aktor untuk menjadikan bilik darjah kondusif selain daripada keperluan pengaliran udara. Bayangkan kita berada didalam sebuah bilik yang malap dan suram. Minat dan semangat untuk belajar akan jadi suram kerana ketiadaan cahaya yang mencukupi menyebabkan kita mudah rasa mengantuk. Jika guru juga akan berasa rimas jika berada dalam situasi sebegini 3
apatah lagi murid-murid. murid- murid. Inilah salah salah satu bentuk faktor yang menyumbang kepada rasa
kesepunyaan
antara
murid-murid
dan
guru.
Kelas
yang
mempunyai
pengudaraan dan pengcahayaan yang baik memberikan keselesaan kepada bukan sahaja murid, namun guru yang sedang mengajar. Secara teorinya Saintis Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham Al -Haitham (965-c.1040), juga dikenali sebagai Alhazen, mengasaskan teori umum yang menjelaskan tentang penglihatan, menggunakan geometri dan anatomi, yang menyatakan bahawa setiap titik pada kawasan yang disinari atau objek, memancarkan sinaran cahaya ke semua arah, tetapi hanya satu sinaran dari setiap titik, yang mengenai mata pada sudut tepat, dapat dilihat. Ini membuktikan bahawa penglihatan manusia memerlukan cahaya sebagai medium untuk melihat. Mata manusia merupakan organ organ yang paling sensitif. Sekiranya kita hendak membaca, di sarankan membaca di kawasan yang terang kerana ia membantu membantu mata untuk berungsi dengan baik. Namun , jika kita membaca di dalam gelap, mata kita akan mudah rosak. 1.1.4 Ruang Ruang
untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan
tolong menolong menolong antara murid murid dari pelbagai latarbelak ang dan budaya.
Tugasan
yang diberikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; d i mana secara tidak langsung Abu,
Raju
serta Mei Chun Chun dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan jawapan a tau fakta
untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau ³work space´ ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa ³ the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture´. Ruang
bilik darjah yang cukup memudahkan murid bergerak dengan selamat
dan selesa kepada murid-murid. Mereka tidak perlu berasak-asak dan mereka dapat menjalankan aktiviti berkumpulan atau permainan dengan lebih berkesan. Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid -murid. Stail pengajaran dan autoriti guru dapat dilaksanakan dengan baik. Guru boleh merancang pelbagai aktiviti
dengan
cara
melakukan
sesi
pengajaran 4
secara
berkelompok
dan
berpasangan. Secara tidak langsung guru boleh menajamkan kemahiran mengajar dengan lebih baik. Contohnya di sudut budaya ini Abu dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Muthu dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan dapat memahami sensitiviti sesuatu etnik.Berdasarkan faktor ini, rasa kesepunyaan dalam kalangan murid dapat dipupuk. Malah, hubungan baik sesama murid yang berbilang kaum juga akan bertambah baik. Ruang
dan guru.
yang diselenggara dengan baik memberikan manfaat kepada murid murid
Contohnya,
guru menyediakan ruangan murid untuk membaca buku
cerita dan bahan bacaan pada satu ruang. Jika ruang ini diperbaiki dengan menyediakan bahan bacaan yang sesuai serta menarik ia akan menggalakkan menggalakkan minat murid untuk membaca.
Secara tidak langsung ia ia membantu membantu tugas guru sedikit
sebanyak.Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian ³k eep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge´. knowledge´. 1.1.5 Teknologi
Projek Jaringan Pendidikan (JP) di bawah kelolaan makmal Teknologi Komputer, Kementerian Pendidikan dan MIMOS merupakan satu usaha penting yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada kepada murid dan guru. Projek ini merupakan salah satu aktiviti dalam program Komputer Dalam Pendidikan olehKementerian Pendidikan. Matlamat
utama
kewujudan
projek
ini
adalah
untuk
mewujudkan
perkongsianmaklumat serta sekolah yang kaya dengan maklumat dan seterusnya meningkatkan mutu pendidikan bertarafdunia. Menerusi projek ini, guru boleh memasukkan aktiviti-aktiviti kreatif dan inovatif yang berasaskanteknologi maklumat. Penglibatan secara aktif oleh murid dalam mengakseskan bahan-bahan yang diperlukan
dalam
Internet
berupaya
memupuk
dan
memperkembangkan
kemahiranberfikir dan kreativiti di kalangan pelajar ( Rashidi dan Abdul
Razak
1997).Secara tidak langsung, tugas guru untuk menerapkan segala nilai dan ilmu
5
dapat dibantu dengan adanya teknologi. Stail pengajaran juga turut akan berubah dengan bantuan teknologi ini.
Mungkin pada suatu suatu masa masa nanti guru boleh
menjalankan kelas interaktif maya sekiranya pada masa itu teknologi tersebut dibangunkan dengan baik. Malah,tidak hairanlah jika pada masa kini jika ada muridmurid tahun 1 yang boleh mengendalikan komputer dengan lebih baik berbanding orang dewasa. Guru juga harus memantau sekiranya mengarahkan murid melakukan pencarian maklumat di internet. Autoriti seorang guru penting bagi memastikan murid mudah dipantau dan dilihat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Jangan biarkan murid mengakses maklumat sendrii tanpa guru memantau dan mengawal mereka. Dikhuatiri mereka masuk ke laman-laman web yang tidak sepatutnya. Jika tidak, objektif pengajaran dan pembelajaran akan tidak kesampaian.
6