Pendahuluan
Maksud Masyarakat Majmuk
Menurut kamus dewan edisi ke-4,masyarakat majmuk bermaksud masyarakat yg terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.
Menurut J. S. Furnivall dalam bukunya Natherlands India, masyarakat majmuk merupakan suatu masyarakat yang mengandungi pelbagai komuniti yang tinggal bersebelahan tetapi berasingan dalam unit politik yang sa ma.
Secara jelasnya,masyarakat majmuk adalah sekumpulan manusia yang berlainan budaya dan identiti hidup bersama dalam sesebuah kawasan.Walaupun berada di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka berasingan.
Sebagai contoh,masyarakat majmuk di Malaysia, walaupun berada di bawah satu sistem pentadbiran yang sa ma,masyarakat melayu,india,cina dan bumiputera Sabah Sarawak masingmasing memiliki kehidupan yang berbeza. Kesemua kaum ini masih mengekalkan identiti masing-masing dan mengamalkan tradisi tersendiri.
Dalil
Semua agama di dunia menyeru kepada kehamonian dan kerukunan dalam perhubungan sesama manusia.Begitu juga dengan Islam, sebagai sebuah agama yang syumul, islam sangat menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia, meskipun anutan agama mereka berbeza daripada Islam. Firman Allah bermaksud: ³Wahai orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali -kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah.sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.´ (Surah al-Maidah, ayat 8)
Islam juga mengiktiraf kewujudan masyarakat majmuk sebagai satu perhubungan sosial di kalangan manusia yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Pengiktirafan ini adalah selari dengan pengertian Islam sebagai sebuah agama µperdamaian¶ yang menegakkan kerukunan hidup sesama
manusia.
Firman
Allah
S.W.T.
yang
bermaksud:
³Wahai manusia, sesunggunya Kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu terdiri daripada berbagai bangsa dan puak supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah di antara kamu ialah yang paling bertaqwa kepada
Allah´
(Surah al-Hujarat:13) Jelaslah disini bahawa Allah menuntut manusia supaya saling berkenalan,hormatmenghormati dan hidup dengan aman damai sesama manusia.
Masyarakat Majmuk Dalam
Sejarah Awal Tamadun Islam
Islam telah menganjurkan konsep persaudaraan sejagat tanpa membataskan bangsa dan keturunan, warna kulit,agama, kedudukan sosial seseorang malah melampaui batas sempadan geografi.
Oleh itu,dalam mengasaskan negara islam di madinah,Nabi Muhamad S.A.W telah mengambil kira kehadiran masyarakat bukan islam seperti yahudi dan kristian dalam penggubalan Piagam Madinah.
Piagam Madinah yang didraf oleh Rasulullah s.a.w selaku pengasas dan ketua kerajaan Islam Madinah ini mengandungi 47 fasal yang menggambarkan bahawa satu bangsa yang bersatu bukan sahaja berkongsi negara malah mereka juga perlu berkongsi usaha untuk memajukan negara berkenaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Sebagai contoh, Fasal 2 piagam itu dapat diterjemahkan sebagai penekanan oleh Nabi Muhammad s.a.w terhadap unsur perpaduan bagi memastikan masyarakat majmuk dapat menikmati kehidupan yang aman dan harmoni di dalam sebuah negara.
Dalam piagam madinah,telah termaktub hak-hak yang diberikan terhadap masyarakat bukan islam.Mereka ini mendapat perlindungan dan layanan yang baik,bebas mengamalkan agama masing-masing serta mempunyai hak yang sama dengan masyarakat islam dalam pengadilan undang-undang.fasal 15 dan 16 sebagai contoh,telah menjelaskan mengenai jaminan keselamatan terhadap semua penduduk madinah selagi mereka masih mematuhi isi kandungan piagam.manakala fasal 17 pula menyentuh mengenai hak kebebasan dalam beragama.dan fasal 47 menerangkan bahawa tiada keistimewaan atau perlindungan akan
diberikan kepada mana-mana penduduk madinah yang melakukan kesalahan.Kita dapat lihat di sini betapa adilnya Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan pentadbiran masyarakat majmuk di madinah.
Masyarakat majmuk di antara masyarakat islam dan bukan islam pada masa itu terbina atas dasar toleransi,keadilan,kebajikan dan bertimbangrasa yang juga merupakan pertama kalinya berlaku dalam sejarah manusia sebelum kedatangan islam.
Nilai-nilai
Islam dalam masyarakat majmuk
K esimpulan
R ujukan/Bibliografi
http://pakcikchu.blogspot.com/2009/10/islam-dan-masyarakat-majmuk.html
http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/nilai-islamasas-bentuk-masyarakat-majmuk-harmoni/
http://sukosenseistpm2.blogspot.com/2009/03/bincangkan-faktor-faktor-yang-membawa.html
http://www.1malaysia.com.my/zh/news/1malaysia-menyingkap-sejarah-piagam-madinah-danpenyatuan-masyarakat-majmuk/