SEKOLAH KEBANGSAAN RUNGKUP 36200 SELEKOH, PERAK
KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2013 SK RUNGKUP PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2013 Anjuran Tarikh Masa
: Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR dengan kerjasama Unit Kurikulum, Unit Perkembangan Staf dan PIBG SK Rungkup, 36200 Selekoh, Perak. : 07 Februari 2013 : 2.00 – 5.00 petang
PENDAHULUAN Program Kecemerlangan UPSR Sepanjang Tahun 2013 ini merupakan suatu program yang saban tahun diadakan dengan pelbagai pengisian yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah dengan tujuan untuk pengukuhan dan pengkayaan serta pembelajaran secara tidak langsung kepada para calon UPSR. Melalui program ini, murid-murid dapat dibantu untuk memahami dan menghayati asas-asas kemahiran belajar, pengurusan masa, dan strategi belajar yang berkesan supaya dapat memberikan keyakinan diri dalam meneruskan usaha-usaha mencapai kecemerlangan dalam diri mereka. RASIONAL Pemimipin silih berganti, oleh itu pelapis kepimpinan Negara mestilah dilantik dari bangku sekolah lagi. Bakat dan potensi diri murid-murid harus digembleng bagi melahirkan kepimpinan murid yang berwawasan. Memandangkan murid-murid bakal mengambil alih kepimpinan generasi akan datang, persediaan yang rapi dan tersusun amat perlu bagi menjamin kecapaian yang cemerlang. Muridmurid mestilah bersedia dari aspek pengurusan masa, kemahiran belajar, dan keyakinan diri untuk menghadapi masa akan datang. Oleh itu, program ini dirancang dan dilaksanakan untuk memberi input-input yang berguna kepada murid-murid tersebut bagi mencapai tahap kecemerlangan yang diharapkan.
OBJEKTIF DAN MATLAMAT Memberikan panduan dan bimbingan kepada ibu bapa tentang persediaan yang perlu
dilakukan untuk membantu dan memberikan dorongan kepada anak-anak mereka bagi meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah diri.
Menyediakan ruang kepada para guru dan ibu bapa untuk berbincang dan berinteraksi tentang dasar pendidikan, program peningkatan akademik dan masalah pembelajaran anak-anak.
TEMA “ Ke Arah Kecemerlangan Peperiksaan UPSR 2013 dan Menjadikan SK Rungkup Pemangkin Insan Yang Berkualiti”
2
KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2013 SK RUNGKUP SASARAN Calon-calon UPSR seramai 17 orang, murid-murid Tahun 5 seramai 11 orang, Tahun 4 seramai 6 orang dan Tahun 3 seramai 4 orang bersama-sama ibubapa dan semua guru-guru.
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2013 SK RUNGKUP Penaung
: En. Zainal Abiddin Bin Osman (Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak)
Penasihat
: En. Abdul Rahman Bin Saari (Timbalan PPD Sekolah Rendah) : Pn. Hjh. Hamidah Nor Binti Mat@Ahmad (Guru Besar SK Rungkup)
Pengerusi
: Tn. Hj. Mohd Bajuri Bin Hj. Ghazali (Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Rungkup )
Naib Pengerusi 1
: Pn. Normala Binti Ismail (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Rungkup )
Naib Pengerusi 2
: Pn. Nor Aishah bin Mohd Nizar (Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Rungkup )
Penyelaras Program
: En. Mohd Khuzaimi Bin Mat Shah
Setiausaha 1
: Pn. Suhaila binti Mohd Muslim
Setiausaha 2
: En. Ahmad Athori bin Abdullah
Ahli Jawatankuasa Pendaftaran
: Pn.Badariah Binti Rahmat Pn.Nurhuda Binti Kamarudin Cik Cathrin A/P Peter Francis Pn. Zubaidah Binti Zubir
Pengacara Majlis Bacaan Doa Brosur Persiapan Tempat
: En. Mohd Khuzaimi Bin Mat Shah : En. Sofian Bin Abdullah : Pn. Suhaila Binti Mohd Muslim : En.Mohd Shahir Bin Ibrahim En. Mohd Khizam Bin Abu Hassan Pn. Siti Saniah Binti Bangi : En. Adib Fadli Bin Nurul Azmi : En. Hairuzi Bin Yusop : Cik Izzah Hayati Binti Tarmizi Cik Shahrizatuazuin Binti Mokhjar : Cik Nor Izzati Binti Mahamad Basar Pn. Rozaimah Binti Sulaiman Engku Nur Amalina Binti Tuan Rafiee
Siaraya Jurukamera Sijil & Cenderahati Jamuan
TENTATIF PROGRAM
3
KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2013 SK RUNGKUP 2.00 ptg
: Pendaftaran murid dan Ibubapa / penjaga
2.15 ptg
: Kata alu-aluan Pengerusi Majlis Bacaan Doa
2.30 ptg
: Ceramah Motivasi Oleh Hj. Redzuan Bin Hamzah
5.00 ptg
: Ucapan Guru Besar Penyampaian Sijil dan Cenderahati Jamuan Ringan Majlis Bersurai
ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PROGRAM Perkara 1. 2. 3. 4.
Roti sardin Air mineral Saguhati penceramah Fotostat Modul
Kuantiti
Jumlah(RM)
100 keping 3 kotak
80.00 28.00 150.00 50.00
Jumlah Besar
308.00
SUMBER KEWANGAN Bil 1. 2.
Perkara
Kuantiti
Jumlah (RM)
PIBG
308.00 Jumlah Besar
308.00
PENUTUP Program Motivasi Keibubapaan ini adalah salah satu program yang telah dirangka dan cukup penting bagi memperkasa kecemerlangan akademik dan sahsiah murid-murid SK Rungkup. Di samping itu, ia juga dapat mengukuhkan lagi semangat setiakawan dan kerjasama antara ibu bapa dan guru serta murid-murid di sekolah Selain itu, program ini juga membolehkan murid-murid, ibu bapa dan guru menyemai semangat yang positif, sikap proaktif dan berdaya usaha dalam melancarkan setiap aktiviti yang telah dan akan dirancang oleh pihak sekolah sepanjang masa. Justeru itu, program ini juga membolehkan murid-murid menyemai semangat berdikari dalam melaksanakan setiap aktiviti yang telah dirancang dengan lebih teratur, cekap dan sistematik. Oleh itu, melalui program ini juga, diharapkan murid-murid dapat mempraktikkan kemahiran yang sedia ada bagi mencapai objektif yang telah digariskan dengan jayanya demi mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah SK. Rungkup bagi Tahun 2013 Insyaallah.
4
KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2013 SK RUNGKUP Disediakan Oleh,
Disahkan Oleh,
-------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------
(AHMAD ATHORI BIN ABDULLAH)
(HJH.HAMIDAH NOR BT. MAT@AHMAD)
Setiausaha 2,
Guru Besar,
Program Kecemerlangan UPSR Tahun 2013
SK. Rungkup, 36200 Selekoh, Perak.
SK. Rungkup, 36200 Selekoh, Perak.
Disemak Oleh,
_____________________________ (SUHAILA BINTI MOHD MUSLIM) Setiausaha 1, Program Kecemerlangan UPSR Tahun 2013 SK Rungkup, 36200 Selekoh, Perak.
5