1.0 PENGENALAN Minggu Penghayatan Islam dan moral IPGKDA merupakan program untuk menggabungkan semua aktiviti pelajar samada yang terkandung di dalam proforma atau sebaliknya dalam usaha untuk memantapkan jati diri dan kemahiran insaniah. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar IPGKDA untuk mempamerkan hasil kreativiti dan inovasi dalam menyampaikan mesej nasihat kepada seluruh masyarakat umum serta mencungkil sebanyak mungkin bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan masyarakat dan pelajar selaras dengan bidang keberhasilan utama KPM yang ke-dua (KRA-2), iaitu untuk mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran dan sahsiah.
Aktiviti sepanjang Minggu Penghayatan Islam dan moral IPGKDA akan menggembelingkan semua jabatan dan unit di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) di samping penglibatan agensi luar dan institusi pendidikan berdekatan termasuk sekolah. Selain daripada itu, beberapa aktiviti untuk memberi kefahaman kepada semua warga IPGKDA serta tetamu jemputan tentang penghayatan yang jitu terhadap agama islam juga turut dirancang.
Adalah diharapkan melalui aktviti sepanjang minggu Minggu Penghayatan Islam dan moral IPGKDA ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua warga IPGKDA dalam memacu kecemerlangan pendidikan guru selaras dengan VISI IPGM dan hasrat KPM di dalam PPPM. 2.0 RASIONAL Program Minggu Penghayatan Islam dan moral dapat memberi pendedahan kepada pelajar dalam asas-asas dalam beragama yang perlu disemak seterusnya mendekatan para pelatih guru kepada penghayatan islam yang sebenar. Pelajar juga berpeluang untuk mempamerkan hasil kreativiti dan inovasi dalam mempelbagai cara penyampaian mesej nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia selaras dengan visi IPG sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru.
3.0 MATLAMAT Penganjuran Minggu Penghayatan Islam dan moral ini bermatlamat untuk menyatukan semua warga IPGKDA untuk sama-sama mempunyai satu kesedaran bahawa asas kepada pendidikan berkualiti adalah guru yang mempunyai kesedaran moral dan penghayatan agama yang jitu. Justeru, bakal guru perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti di luar proforma yang terarah
1
kepada pembentukan sahsiah serta pemantapan pengetahuan dan jati diri yang jitu sebagai seorang guru.
4.0 NAMA PROGRAM Minggu Penghayatan Islam IPGKDA 5.0 OBJEKTIF 5.1
Memberi pengisian rohani kepada seluruh warga IPGKDA serta tetamu yang turut serta.
5.2
Membina pengetahuan dan kemahiran praktikal selaras dengan aktiviti yang dilaksanakan.
5.3
Memperkenal dan menjelaskan kepada semua warga masyarakat tentang agama islam yang merupakan agama rasmi Malaysia.
5.4
Meningkatkan perpaduan, toleransi dan kesefahaman antara berlainan bangsa, agama dan kaum.
5.5
Mengenal pasti kewangan, tenaga manusia, bahan dan peralatan untuk melaksanakan aktiviti
6.0 TARIKH PELAKSANAAN Tarikh : 10 Julai hinggam 14 Julai 2016 Hari
: Ahad hingga Khamis
7.0 TEMPAT Bil. 1.
Aktiviti Ceramah Kesedaran Sosial: Masalah Sosial dalam Kalangan Mahasiswa
Tempat Dewan Besar IPGKDA
2.
Pertandingan Seni Kaligrafi
Sekitar IPGKDA
3.
Majlis Perasmian Pembukaan
Dewan Besar IPGKDA
4.
Malam Kesenian Rohani
Dewan Besar IPGKDA
5.
Malam Karya Pendidik
Dewan Besar IPGKDA
6.
Malam Apreasiasi Rohani
Dewan Besar IPGKDA
7.
Pertandingan Pementasan Karya Pendidik
Sekitar IPGKDA
2
9.0 KANDUNGAN PROGRAM Rujuk Lampiran A 10.0 PENDEKATAN PROGRAM Rujuk Lampiran B 11.0 KUMPULAN SASARAN Semua warga IPGKDA, Warga IPG Zon Utara, Penuntut IPTA/IPTS sekitar Jitra dan Alor Setar serta masyarakat sekitar Jitra serta warga institusi pendidikan berhampiran termasuk pelajar dan guru sekolah 10.0 JAWATANKUASA PROGRAM Rujuk Lampiran C
11.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran D
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Rujuk Lampiran C 12.0 PENUTUP Adalah diharapkan dengan kerjasama dan komitmen daripada semua warga IPGKDA, program Hari Terbuka PISMP ini akan berjalan dengan lancar dan dapat memberi menafaat kepada banyak pihak terutamanya pelajar PISMP dalam memastikan kecemerlangan pendidikan guru di IPGKDA berterusan dan semakin mantap.
3
Disediakan oleh, ……………………………….... (MUAWIYAH AL MURTADHO BIN FAJAR NINA PURNAMA ALAM) Exco Kerohanian dan Moral , Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.
Disemak Oleh, ………………………………....... (PN. HAJJAH CHE NAZRAH BINTI YUSOFF) Pensyarah Penasihat, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.