PENGHARGAAN
Saya, Nurul Arifah Nabilah Binti Rosli berasa sangat gembira dan syukur kerana dapat menyelesaikan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan. Oleh yang demikian, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang telah membantu saya secara tulus t ulus ikhlas. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggitinggi terima kasih kepada pensyarah subjek pengantar sejarah, Dr. Segahran a/l Appoo kerana beliau telah memberi didikan dan galakan kepada saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pusat sumber, Pusat Sumber Puteri mengizinkan saya untuk mencari pelbagai bahan dan maklumat yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Selanjutnya, ucapan terima kasih juga ditunjukkan kepada rakan-rakan sekalian yang memberi banyak nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Dengan bantuan rakan dan usaha sendiri, saya dapat mencari dan mengumpul maklumat dengan lancar. Walaupun kerja kursus ini mungkin tidak secanggih seperti rakan saya yang lain, tetapi saya yakin bahawa projek ini dapat memberi manfaat kepada saya dalam kehidupan seharian dan dapat mengetahuikepentingan belajar. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sesiapa yang telah membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Moga segala maklumat yang saya perolehi dapat digunakan sebaik-baik mungkin sama ada untuk tujuan peperiksaan atau selepas saya menjadi guru.
1
KEOBJEKTIFAN SEJARAH BERDASARKAN HUJAHAN CARR
1.0 PENGENALAN
Kepesatan teknologi pada abad ini berkembang begitu pesat sehingga setiap peristiwa yang berlaku sama ada kecil atau besar mudah tersebar ke laman sosial seperti Facebook, Whatsapp dan lain-lain. Rogers (1994) mengatakan bahawa teknologi merupakan suatu rancangan dari langkah permulaan untuk memperkecil keraguan mengenai hubungan sebab dan akibat dalam mencapai hasil yang diharapkan. Jaringan sesawang tanpa sempadan mengakibatkan
ketepatan
dan
kesahihan
sesuatu
fakta
sejarah
diragui
kerana
berkemungkinan ada individu yang tidak bertanggungjawab telah melakukan penambahan atau pertukaran maklumat sejarah. Menurut Leopold Van Ranke, kebenaran penulisan karya para sejarawan ditulis seperti mana sesuatu peristiwa itu benar-benar berlaku. Karya yang asli serta berdasarkan fakta yang sebenar bebas dari sebarang prasangka politik dan agama sezaman atau lebih dikenali sebagai prasangka sejarah. Namun begitu, pandangan ini ditentang oleh Carl Becker yang menganggap bahawa kebenaran sejarah bukanlah sesuatu yang mutlak tetapi relatif. Hal ini diperkukuhkan oleh beliau bahawa pemilihan fakta sejarah dibuat oleh akal fikiran sendiri. Kedua-dua aliran yang menyuarakan ideologi yang berbeza ini akan menghasilkan suatu karya sejarah yang lengkap serta bersesuaian dengan peredaran zaman sesuatu masyarakat sekiranya aliran ini saling melengkapi antara satu sama lain. Oleh itu, Carr telah membenuk suatu ideologi yang menggabungkan kedua-dua aliran tersebut kerana beliau menganggap bahawa aliran objektif dan aliran subjektif saling berkait antara satu sama lain dan tiada pemisah. E.H.Carr atau nama sebenar beliau adalah Edward Hallet Carr merupakan ahli sejarah British dan beliau dilahirkan di Highgate, London pada tahun 1892. Carr telah mendapat pendidikan di Trinity College, Cambridge. Dari tahun 1916 hingga 1936, beliau bekerja di Pejabat Luar Negara dan beliau telah dinaikkan pangkat memegang jawatan sebagai Setiausaha Pertama. Carr mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang diplomatik lalu beliau telah menukar laluan perbidangannya kepada bidang akademik. Beliau telah menjadi Profesor Wilson dalam bidang politik antarabangsa di University College of Wales, Aberystwyth. Antara karya-karya beliau yang terkenal adalah The Romantic Exiles, The Twenty Year’s Crisis 1919-1939, Conditions of Peace, The Soviet Impact on the Western World, The New Society (1951), What Is History? (1961). Hujahan Carr telah memberikan banyak sumbangan terhadap penyelidikan serta penulisan sejarah agar kajian sejarah tersebut lebih berkualiti serta mampu memberikan 2
pengajaran kepada masyarakat. Pandangan Carr dalam hujahan ini dilihat dapat membuka minda para pembaca dan masyarakat dalam mengukur keobjektifan sejarah dengan tidak bergantung semata-mata dengan ketepatan fakta tetapi bagaimana para sejarawan menafsir sendiri sesuatu kajian sejarah. Justeru, suatu pengkajian khusus telah dijalankan untuk mengkaji hubungan antara Carr dan pemikiran beliau dalam keobjektifan sejarah.
2.0 CARR DAN PEMIKIRAN
Pada asasnya, kajian sejarah mempunyai hubungan yang tidak dapat dipisahkan antara perkara yang dikaji dengan ahli-ahli sejarah. Hal ini dapat dilihat daripada taksiran sejarah menurut E.H Carr sendiri iaitu dialog yang tidak pernah selesai antara masa sekarang dan masa lampau, suatu proses interaksi yang berkesinambungan antara sejarawan dan faktafakta yang dimilikinya. Carr telah meluahkan persoalan beliau yang berbunyi patutkah keobjektifan sejarah dipandang dari perspektif sains semulajadi? Lalu, beliau mengemukakan jawapan bagi persoalannya itu dengan mengatakan bahawa pendirian para sejarawan bermula dari keraguan untuk menggunakan lunas-lunas yang diambil dari sains semulajadi untuk mengukur soal keobjektifan sejarah. Pemikiran Carr yang pertama adalah keobjektifan sejarah bergantung kepada tafsiran ahli Sejarah itu sendiri dan bukan hanya ditentukan melalui kesahihan fakta. Keobjektifan dalam kajian sejarah berkait rapat dengan hubungan di antara fakta-fakta sejarah dan hasil pandangan ahli sejarah tersebut. Selain itu, Carr berpendapat bahawa intrepretasi terhadap kajian Sejarah mampu mengangkat subjek ini ke peringkat yang lebih tinggi di samping menjaga kualiti kebolehan ahli Sejarah untuk menghasilkan karya yang berkualiti. Walaupun kebenaran mutlak tidak wujud dalam tafsiran fakta-fakta Sejarah namun intrepretasi terhadap sesuatu kajian sejarah tersebut adalah benar serta tepat mengikut masa dan tempat peristiwa tersebut berlaku. Menurut perspektif Carr sendiri, adalah tidak sesuai untuk menentukan soal keobjektifan sejarah yang bersandarkan kepada pemisahan mutlak antara objek dan subjek semata-mata kerana tidak menggambarkan hubungan sebenar yang wujud di antara ahli sejarah dan perkara yang dikaji. Sesuatu kajian sejarah yang dihasilkan pula begitu terperinci sehingga ahli sejarah terpaksa memfokuskan kepada tumpuan sejarah iaitu tindakan awam manusia yang didorong oleh pemikiran. Justeru, para sejarawan akan melibatkan pemikiran mereka dalam mengkaji pemikiran pelaku Sejarah serta sesuatu kejadian sejarah tersebut. Seterusnya, Carr menyatakan bahawa tafsiran yang berbeza dalam kalangan pemikiran ahli sejarah menjadi unsur yang penting dalam menghasikan penulisan yang berkualiti. 3
Andaian-andaian yang diutarakan oleh ahli-ahli Sejarah telah melahirkan rumusan-rumusan yang berbeza dalam kalangan ahli-ahli sejarah lain. Sebagai contoh, sesetengah ahli sejarah menafsirkan bahawa campur tangan pihak British di Negeri- negeri Melayu Tidak Bersekutu adalah disebabkan faktor politik. Namun begitu, terdapat pandangan sesetengah ahli sejarah lain yang menyatakan campur tangan pihak British disebabkan faktor ekonomi dan sosiol. Bukan itu sahaja, Professor Carr menyatakan pemilihan pelaku sejarah dalam sesuatu peristiwa Sejarah tidak semestinya melibatkan prasangka ahli-ahli sejarah itu sendiri. Pemilihan pelaku sejarah adalah berdasarkan kepada andaian - andaian yang melibatkan soal akademik. Ringkasnya, emosi dan prasangka wujud akibat kelemahan ahli-ahli Sejarah yang cenderung kepada ideologi, bangsa, agama ataupun kelas dalam sesebuah negara. Akhirnya, Hujahan Carr menjelaskan bahawa intrepretasi yang baik dan tidak hanya menurunkan fakta-fakta yang benar dalam penulisan sejarah. Tambahan pula, beliau menyatakan tugas utama ahli-ahli sejarah adalah untuk mengkaji tindakan manusia dan hubungannya dengan masyrakat dan negara. Oleh yang demikian, ahli-ahli sejarah disarankan untuk mengumpul bukti-bukti yang konkrit berdasarkan sumber yang sedia ada ketika menjalankan interpretasi.
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, walaupun terdapat sesetengah sejarawan yang menolak Hujahan Carr dalam pensejarahan namun melalui pengkajian khusus saya, saya dapat menyimpulkan bahawa pendapat yang dibicarakan oleh Carr mengenai keobjektifan sejarah adalah lebih berwawasan serta bersesuaian dengan norma-norma masyarakat setiap peredaran zaman. Keobjektifan sejarah yang ditekankan oleh Carr adalah membuat intrepretasi dan bukan semata-mata mencatatkan fakta-fakta yang benar sahaja. Pendapat Carr tentang tafsiran para sejarawan berikut dapat mencerminkan matlamat seseorang ahli sejarah tersebut. Perbezaan ideologi yang dilahirkan oleh para sejarawan bukanlah suatu penghalang untuk menghasilkan karya yang bermutu tetapi menjadi asas kepada penghasilan penulisan Sejarah yang lebih berkualiti untuk dijadikan kajian serta bahan bacaan generasi akan datang. Aliran objektif dan aliran relatif yang menyuarakan kelainan idea bukanlah satu tiket untuk para sejarawan terus bertikam lidah kerana sesungguhnya wujud suatu ideologi yang mengaitkan kedua-duanya membentuk hujahan Carr. Oleh itu, aspek Hujahan Carr ini sangat penting dalam mengukur keobjektifan sejarah yang sebenar.
4
4.0 LAMPIRAN
5
5.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Haji Ismail (peny). 2007. Malaysia : Apakah Sejarah ?. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.
Barbara B.Seels, University of Pittsburgh. Rita C. Richey, Wayne State University, USA. 1994 :
Instructional Technology : The Definition of Domains of the Field . Information Age Publishing
Carr E.H. 1984 . Malaysia : Apakah Sejarah?. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka .
Krieger, Leonard.1977, Ranke : The Meaning of History , London : The University Of Chicago Press. Lisa Yip Shukye PhD. (2013). Pengantar Sejarah. Freemind Horizons Sdn.Bhd.
Mohd Yusof Ibrahim. (1986). Pengertian Sejarah; Beberapa perbahasan mengenai tokoh dan kaedah. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.
R. Suntharalingam. 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Merican. Kuala Lumpur : Dewan Masyarakat. 6
P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi. 2013. Pengantar Sejarah .Kuala Lumpur : Siri Pengajian Sosial. Penerbitan Multimedia .
7