Topik 7 X Kawalan
Sosial dan
Devians HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
X
1.
Mendefinisikan devians;
2.
Menerangkan punca devians;
3.
Menghuraikan teori-teori tentang devians;
4.
Menjelaskan maksud jenayah;
5.
Menerangkan jenis-jenis jenayah;
6.
Membezakan kawalan sosial formal dan tidak formal; dan
7.
Menghuraikan sistem pencegahan jenayah.
PENGENALAN
Baru-baru ini, kadar jenayah di Malaysia semakin meningkat dan menjadi-jadi. Sering terpampang di muka akhbar berita tentang kes ragut, penculikan kanakkanak, penderaan pembantu rumah dan sebagainya. Sebagai manusia, sudah tentu kita akan tergamam memikirkan kerenah manusia yang sanggup menyalahi undang-undang dan melanggar peraturan masyarakat. Sebagai ahli sosiologi, sudah tentu pandangan kita tentang jenayah dan devians akan berbeza. Ahli sosiologi tidak bertindakbalas secara emosional terhadap jenayah dan devians, tetapi melihatnya sebagai fenomena sosial yang seharusnya dikaji dan diterangkan secara objektif dan saintifik.
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
7.1
W
121
DEVIANS
Kebanyakan manusia yang diasuh secara normal akan menjadi ahli masyarakat yang berguna dan mempunyai kesedaran sivik. Akan tetapi, segelintir manusia mungkin terjebak ke dalam kancah jenayah atau memperlihatkan tingkahlaku devians. Sebarang perbuatan atau tingkahlaku yang menyimpang daripada norma sosial yang diterima umum boleh dianggap sebagai devians. Bahagian ini akan mengupas maksud devians, memberikan penjelasan tentang devians daripada pelbagai sudut, serta mengutarakan beberapa teori popular tentang devians.
7.1.1
Takrif Devians
Mengikut ahli sosiologi, devians merujuk kepada: Sebarang tingkahlaku yang bercanggah dengan norma, tidak kira sama ada perbuatannya kecil seperti melanggar had kelajuan memandu atau kepada yang lebih berat seperti membunuh. Howard S. Becker (1966) mengatakan bahawa „bukan tingkahlaku tetapi reaksi kepada tingkahlaku itu yang membuat sesuatu itu dipanggil devians.‰ Ada tingkahlaku yang diterima sebagai devians dalam satu masyarakat dan tidak pula dalam masyarakat lain. Contohnya, tidak ada masyarakat yang boleh terima tingkahlaku seperti membunuh dan mencuri. Sebaliknya, minum minuman alkohol dianggap devians dalam masyarakat Islam tetapi tidak dalam masyarakat barat. Walaupun terdapat norma yang berbeza daripada satu masyarakat kepada masyarakat lain tetapi semua masyarakat ada norma dan semua masyarakat akan menerima hukuman mereka yang mencabuli norma yang penting. Namun demikian dalam semua masyarakat ada ahlinya yang akan melakukan devians yang berat. Mengapa?
SEMAK KENDIRI 7.1 Berikan definisi devians serta berikan dua contoh.
122 X
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
7.1.2
Punca Devians
Mengapakah manusia melibatkan diri dalam tingkahlaku yang bercanggah dengan norma? Bagaimanakah kita menerangkan tingkahlaku devians? Mengikut penjelasan secara fisiologi atau biologi, tingkahlaku devians berpunca daripada sejenis fizikal yang pincang tugas atau pelik atau diwarisi dan berada dalam gen. Manakala penerangan secara psikologi pula mengatakan bahawa tingkahlaku devians adalah luahan masalah psikologi atau sifat sahsiah yang luar biasa. Masalah atau sifat tersebut dikatakan berpunca daripada pengalaman individu bersama ahli keluarganya dan mereka yang berada dalam kedudukan yang boleh mempengaruhi perkembangan psikologi individu tersebut. Daripada sudut psiko-sosial pula, mereka melihat bagaimana individu dipengaruhi oleh pemikiran dan tingkahlaku orang disekelilingnya. Mereka ini adalah orang yang sering kita bertemu di sekolah, tempat kerja dan jiran tetangga. Sudut psikologi melihat tingkahlaku devians sebagai terdapat kekurangan dalam sahsiah seseorang tetapi aspek psiko-sosial pula menekankan bahawa tingkahlaku devians dipengaruhi oleh rakan sebaya. Akhir sekali sudut sosiologi pula mengkaji cara bagaimana sebuah masyarakat dibentuk dan desakan yang diletakkan ke atas ahlinya. Penjelasan ini menggambarkan bahawa faktor yang menyumbang kepada tingkahlaku devians ini sebenarnya terletak di luar kawalan seseorang individu atau kumpulan yang melakukannya. Dalam erti kata lain mereka yang melakukan devians ini boleh dianggap sebagai mangsa keadaan.
7.1.3
Penjelasan Secara Fisiologi
Seorang devians dikatakan mempunyai sesuatu tingkahlaku yang berlainan daripada orang lain. Mengapakah ini berlaku? Ada yang mengatakan bahawa terdapat hubungan di antara fisiologi dan tingkahlaku devians dalam beberapa aspek. Contohnya, kerosakan kepada otak manusia yang berpunca daripada lanjut usia atau penderaan secara alkohol juga boleh mengakibatkan manusia bertindak luar biasa. Ini ternyata pada mereka yang mengidap penyakit Alzheimer dan alcoholic psychosis. Terdapat petunjuk bahawa sesetengah manusia mewarisi ketagihan alkohol. Namun begitu penjelasan dari aspek fisiologi terhadap kebanyakan tingkahlaku devians masih tidak kukuh. Ahli sosiologi dan sosial sains yang lain masih tidak berapa setuju tentang penjelasan fisiologi. Mereka beranggapan bahawa penjelasan tentang tingkahlaku devians perlu mengambil kira proses pemikiran manusia. Manusia mempunyai rakan, sahabat handai, dan kenalan di mana tingkahlaku mereka
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
W
123
boleh juga mempengaruhi seseorang. Sekiranya faktor fisiologi ada sedikit sebanyak menyumbang kepada tingkahlaku devians, maka berkemungkinan juga faktor-faktor lain yang bukan fisiologi juga memainkan peranan dalam membentuk tingkahlaku devians seseorang.
SEMAK KENDIRI 7.2 Huraikan penjelasan devians secara fisiologi dan berikan satu contoh.
7.1.4
Penjelasan Secara Psikologi
Bagaimanakah psikologi mempengaruhi tingkahlaku devians? Sigmund Freud banyak menerangkan tentang pengaruh psikologi keatas tingkahlaku devians seseorang. Mengikut Freud, sakit mental berpunca daripada konflik dalaman yang kemudiannya mempengaruhi individu untuk bertindak melawan norma sosial. Ramai pengkaji psikologi mengikut pemikiran Freud dan mereka cuba mengenalpasti sifat-sifat orang yang devians dan yang bukan devians. Contohnya, ada pengkaji yang mengatakan bahawa alkoholisme adalah sejenis penyakit, berkemungkinan diwarisi dan ini menyokong penjelasan secara fisiologi. Manakala ada yang mengatakan bahawa alkoholisme adalah sejenis „sifat alkoholik‰ yang tersendiri. Mereka juga telah membuat kesimpulan tentang wujudnya sifat-sifat ini. Walau bagaimanapun sifat-sifat ini ada juga terdapat pada mereka yang bukan alkoholik. Penjelasan secara psikologi ini dikatakan tidak membezakan individu yang devians dengan individu yang bukan devians. Contohnya, pesakit mental telah ternyata wujud dikalangan penjenayah dan dikalangan yang bukan penjenayah. Penjelasan secara psikologi untuk tingkahlaku devians adalah terhad kepada rujukan yang mengatakan bahawa ia berlaku dalam pemikiran individu sahaja. Penjelasan ini tidak mencukupi disebabkan ia tidak mengambil kira kepentingan pengaruh sosial keatas tingkahlaku devians.
124 X
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
SEMAK KENDIRI 7.3 Huraikan penjelasan devians secara psikologi dan berikan satu contoh.
7.1.5
Penjelasan Secara Psikososial
Bagaimanakah ahli psiko-sosial menerangkan tentang tingkahlaku devians? Individu sering dikelilingi oleh manusia dan manusia ini juga peka terhadap tingkahlaku individu tersebut. Penjelasan secara psiko-sosial mengambil kira kepekaan individu terhadap persekitaran sosialnya. Penjelasan ini mencadangkan bahawa orang lain menolong membentuk tingkahlaku individu yang didefinisikan sebagai devians. Ahli sosiologi yang berminat mengkaji tentang jenayah dan juvenile delinquency sering fokus kepada mereka yang terlibat dengan tingkahlaku devians. Mengikut teori differential association, individu yang melibatkan diri dengan tingkahlaku devians sudah biasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan individu lain yang sudah bertingkahlaku demikian contohnya, penggunaan dadah marijuana. Howard S. Becker (1963) dalam kajiannya melaporkan bahawa tingkahlaku devians tidak semestinya memerlukan penggerak psikologi untuk melibatkan diri dalam tingkahlaku tersebut. Beliau mengatakan bahawa sebaliknya juga boleh berlaku. Seorang individu mungkin berkeinginan untuk melakukan sesuatu tingkahlaku dan kemudiannya ini menjadi penggerak untuk beliau lakukanya lagi. Individu digalakkan untuk mengambil marijuana setelah berkenalan dengan penagih yang berpengalaman. Individu tersebut mungkin setuju untuk mencuba atas sifat ingin tahu. Seseorang yang tidak pernah mengambil dadah mesti terlebih dahulu diajar cara mengambilnya; diambil dalam keadaan yang paling sesuai, dan keadaan sensasi yang akan dirasai. Pengambil dadah yang baru ini perlu diajar menginterpretasikan sensasi yang akan dirasai sebagai kenikmatan. Seorang individu mungkin perlu mencuba beberapa kali bersama penagih dadah yang berpengalaman sebelum mempelajari kesan kenikmatannya. Selepas jangkamasa percubaan ini, individu itu akan terus berhubung dengan pembekal dan juga penagih yang lain. Ini dilakukan secara berselindung memandangkan perbuatan ini adalah menyalahi undang-undang. Seseorang yang ada hubungan dengan penagih marijuana atau seseorang yang berhubung dengan mereka yang mengutuk tingkahlaku tersebut, berkemungkinan tidak akan mencuba
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
W
125
mengambil marijuana. Kajian Becker telah menonjolkan kepentingan peranan kumpulan dalam menggalakkan tingkahlaku devians. Penjelasan yang memfokus sahaja kepada ciri-ciri psikologi pengambil marijuana akan terlepas pandang faktor penting ini. Teori containment pula cuba menjawab soalan ini: Mengapakah banyak tingkahlaku devians berlaku dalam masyarakat? Mengikut teori containment manusia dikawal oleh faktor dalaman dan luaran kepada keinginan melakukan tindakan devians. Kawalan luaran seperti peraturan masyarakat terhadap tingkahlaku dan institusi yang menguruskan kawalan tersebut. Kawalan dalaman pula berada dalam diri individu itu sendiri. Ini adalah hasil daripada pengalaman sosialisasi yang dilalui bersama keluarga, pendidikan dan agama dan kesemua ini melengkapkan individu itu dengan keupayaan mengawal diri sendiri. Individu yang melibatkan diri dengan tingkahlaku devians dikatakan mempunyai kelemahan mengawal diri sendiri atau ketiadaan peraturan masyarakat yang jelas dan tekanan sosial untuk mengawal tingkahlaku tersebut. Teori pengawalan (Control theory) juga menekankan bahawa tingkahlaku devians berlaku disebabkan ketiadaan pengawalan sosial atau kekangan yang lain terhadap tingkahlaku tersebut. Teori ini menganggap bahawa terdapat kelemahan dalam sifat manusia yang akan membawanya untuk bertindak dalam cara yang kurang „baik‰ dan adalah perlu untuk dikawal cara yang kurang „baik‰ ini sekiranya masyarakat ingin berfungsi. Ahli sains sosial yang menyokong teori ini mempunyai anggapan yang berlainan tentang dari mana wujudnya sumber pengawalan penting ini. Ada juga penjelasan psiko-sosial yang mencadangkan bahawa tingkahlaku devians adalah hasil daripada pengukuhan sosial. Mengikut pengukuhan sosial, manusia merupakan spesies yang bermotivasi secara psikologi untuk mencari keseronokan dan mengelakkan daripada kesakitan. Namun begitu, tingkahlaku mereka dibentuk oleh pengalaman silam. Sekiranya individu merasa bahawa ganjaran daripada tingkahlaku devians adalah lebih baik daripada hukuman yang akan diterimanya maka ada kemungkinan individu tersebut akan melibatkan diri dalam tingkahlaku tersebut. Individu yang melakukan jenayah, melibatkan diri dalam penggunaan dadah, atau membunuh diri melakukan tindakan-tindakan ini kerana tindakan tersebut telah diperkukuhkan dalam mindanya sebagai satu keinginan untuk melakukannya, setelah mengira hukuman dan ganjaran yang bakal diterimanya. Penjenayah atau penagih dadah mungkin mendapati bahawa tingkahlaku devians lebih menguntungkan sehingga mereka sanggup memulakan atau mengulanginya. Penjelasan psiko-sosial mengambil kira tingkahlaku manusia dalam persekitaran sosialnya dan kepentingan pengaruh sosial tersebut. Namun demikian,
126 X
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
penjelasan psiko-sosial ada kelemahannya. Terdapat pelbagai bentuk devian di mana penjelasan tersebut tidak dapat diaplikasikan. Contohnya, dalam kes pembunuhan, seorang individu telah membunuh kawannya dengan tidak sengaja. Pembunuh selalunya tidak pernah mempunyai hubungan dengan pembunuh lain dan ia juga tidak pernah melakukan pembunuhan. Begitu juga dengan penjelesan teori containment yang menekankan kepada „mengikut gerak hati‰. Misalnya, seorang perniaga yang berumur pertengahan tahun, berjaya dalam hidup, mempunyai keluarga yang dihormati oleh ahli masyarakat diatas penglibatannya dalam kerja-kerja amal dengan tiba-tiba membunuh isterinya dan kemudian membunuh dirinya. Bagaimanakah kita menjelaskan tindakan yang mengejutkan ini walhal perniaga tadi merupakan orang yang sangat dihormati? Teori tingkahlaku devians yang menekankan kepentingan pengukuhan (ganjaran dan hukuman) tidak mempunyai sokongan empirikal. Teori ini berkemungkinan digunakan setelah ă „Dia melakukan perkara tersebut disebabkan ganjaran.‰ Maka teori sedemikian tidak boleh digunakan untuk meramalkan siapakah yang akan melibatkan diri dalam tingkahlaku devians, memandangkan manusia berbeza pandangan tentang apa yang mereka anggap sebagai ganjaran. Namun demikian, penjelasan psiko-sosial adalah lebih luas dan merangkumi lebih banyak faktor mengenai tingkahlaku devians daripada penerangan yang hanya menjelaskan aspek psikologi sahaja. Namun begitu, ahli sosiologi mengatakan bahawa penjelasan psiko-sosial masih tidak mampu menjelaskan dengan baik. Mereka mencadangkan bahawa ciri-ciri sesebuah masyarakat itu sendiri berkemungkinan membuatkan tingkahlaku devians „normalÊ. Penjelasan sosiologi yang akan mengemukakan ciri-ciri masyarakat tersebut.
SEMAK KENDIRI 7.4 Huraikan penjelasan devians secara psiko-sosial dan berikan satu contoh.
7.1.6
Penjelasan Secara Sosiologi
Apakah pandangan ahli sosiologi mengenai devians? Penjelasan sosiologi yang paling tepat tentang tingkahlaku devians adalah teori yang dikemukakan oleh Robert Merton (1957) iaitu teori opportunity structure. Ia mengatakan masyarakat Amerika meletakkan penekanan yang lebih kepada kebendaan.
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
W
127
Beliau melihat kejayaan adalah sebagai matlamat budaya yang diterima oleh masyarakat umum. Jarang kita mendengar individu yang tidak mempunyai minat untuk menikmati ekonomi yang lebih baik atau individu yang berstatus tidak berminat menjaga kedudukan ekonominya. Merton menerangkan bahawa bersama dengan matlamat budaya kejayaan kebendaan, ada terdapat cara bagaimana hendak mengejar matlamat ini. Ini termasuklah cara bekerja, menabung dan melabur. Kebanyakan manusia mendapat peluang ke atas cara-cara ini dan menggunakan peluang ini untuk meraih kejayaan kebendaan. Tetapi apa akan berlaku sekiranya cara dan matlamatnya tidak sepadan? Mengikut pandangan Merton, ini akan membuka ruang untuk individu melibatkan diri dengan menyesuaikan cara (mode of adaptation) yang boleh membawa kepada tingkahlaku devians. Contohnya, manusia boleh memilih „cara penyesuaian‰ (mode of adaptation) yang dipanggil inovasi ă misalnya, mencetak wang palsu. Maka sebuah masyarakat yang budayanya mementingkan kejayaan kebendaan tetapi hanya memberi sebahagian daripada ahli masyarakatnya peluang untuk menikmatinya maka kita boleh menjangka dalam masyarakat tersebut tingkahlaku devians seperti mencuri, menyamun, melacur dan berbagai jenis jenayah akan wujud. Ada juga manusia apabila berdepan dengan situasi dimana mereka tidak dapat menikmati kejayaan kebendaan disebabkan tidak diberi peluang untuk memilikinya, mereka akan menjadi putus asa lalu menolak kedua-duanya. Cara ini dipanggil retreatism. Seterusnya mereka akan mengubah gaya hidup mereka kepada bergelandangan (vagrant), dan ini dilakukan melalui pengambilan dadah atau membunuh diri. Retreatism membuat seseorang itu melarikan diri daripada kehidupan sebenar yang dilihatnya sebagai tiada jalan penyelesaian kepada masalahnya. Kontras kepada retreatism ialah „cara menyesuaian‰ yang disebut oleh Merton sebagai pemberontakkan (rebellion). Ini melibatkan penciptaan matlamat dan cara baru untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat ini berkemungkinan berlainan atau bertentangan dengan cara yang diterima oleh masyarakat umum. Manusia yang menumpukan kehidupan mereka kepada merevolusikan organisasi atau mengubah pergerakan masyarakat, mereka ini dikatakan melakukannya melalui pemberontakan. Akhir sekali, Merton mengatakan bahawa terdapat satu lagi „cara penyesuaian‰ yang dipanggil ritualisme. Seorang individu berpandangan bahawa matlamat untuk mencapai kejayaan kebendaan sebagai sesuatu usaha yang tidak mungkin tercapai. Namun begitu, beliau tidak akan berputus asa. Beliau akan cuba
128 X
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
menghadapinya dengan berusaha setiap hari dengan memberi rational bahawa usahanya akan berbaloi. Tetapi terdapat sesetengah pekerjaan yang tidak membayar gaji yang tinggi dan tiada ganjaran apa-apa. Sekiranya beliau ingin juga terus berusaha maka usahanya adalah juga tidak berbaloi. Merton juga mengatakan bahawa memandangkan setengah manusia tidak mampu untuk menggunakan cara yang diterima oleh masyarakat untuk mencapai kejayaan kebendaan maka mereka tidak mempunyai sebarang sebab untuk melibatkan diri dalam tingkahlaku devians. Manakala ada setengah manusia pula, laluan untuk mendapatkan kejayaan kebendaan merupakan satu masalah. Keadaan ini telah menimbulkan tekanan kepada mereka sehingga meletakkan mereka dalam keadaan „cara penyesuaian‰ yang mungkin bertentangan dengan norma sosial masyarakat. Kebanyakan tingkahlaku devians berpunca daripada hilang kawalan dalaman dalam diri manusia sendiri. Puncanya juga berada dalam ciri-ciri masyarakat tersebut. Sekiranya kita ingin mengurangkan tingkahlaku devians maka masyarakat perlu melalui satu perubahan. Analisis Merton sungguh menarik. Ia memperlihatkan konteks yang lebih luas untuk memahami peranan faktor psiko-sosial yang menimbulkan tingkahlaku devians. Namun begitu kritik mengatakan bahawa penjelasannya tidak memberitahu kita mengapa setengah manusia memilih sesuatu „cara menyesuaian.‰ Mengapakah di Amerika terdapat ramai pencuri dan sedikit pemimpin revolusi? Mengapakah ada setengah manusia yang berpengaruh, mempunyai peluang untuk mendapatkan cara mencapai kejayaan kebendaan masih melakukan jenayah kewangan? Dan bagaimanakah kita boleh memperjelaskan tingkahlaku jenayah dikalangan eksekutif korporat? Teori Merton nampaknya mempunyai kecenderungan terhadap tingkahlaku devians yang ditonjolkan dengan cara individu diketepikan dan ditindas. Teorinya juga lebih sesuai dalam keadaan sosial dan budaya di Amerika. Namun demikian, Merton telah banyak menyumbang kepada pengkayaan pemikiran sosiologi tentang asal usul tingkahlaku devians.
SEMAK KENDIRI 7.5 Huraikan secara ringkas 4 penjelasan tentang tingkahlaku devians.
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
7.1.7
W
129
Teori Tentang Devians
Devians boleh mempunyai kesan positif dan negatif terhadap fungsi dan keupayaan manusia untuk terus hidup. Kita bertanya mengapakah ada manusia yang melanggar peraturan sosial? Mengapakah ada tingkahlaku yang didefinisikan sebagai devians? Dan mengapakah kejadian devians berbeza daripada satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain dan satu masyarakat kepada satu masyarakat yang lain? Soalan-soalan beginilah yang menarik perhatian ahli sosiologi. Kita perlu memikir bahawa untuk memahami tingkahlaku manusia, termasuk tingkahlaku devians, kita perlu memasukkan faktor-faktor biologikal dan sosiologikal bersama faktor-faktor sosial. Contohnya, kedua-dua faktor biologi dan psikologi banyak menyumbang kepada pemahaman kita tentang schizophrenia, sejenis penyakit mental yang menyerang satu peratus populasi di Amerika. Kajian telah menunjukkan bahawa di antara kembar siam (yang berkongsi 100% gen), sekiranya seorang kembar berpenyakit schizophrenia, terdapat 50% kemungkinan kembar seorang lagi akan mengidap penyakit yang sama. Namun begitu pemahaman terhadap faktor-faktor biologikal dan psikologikal tentang schizophrenia tidak akan memberi kita gambaran sepenuhnya tentang penyakit tersebut. Kita perlu mengambil kira faktor-faktor sosiologikal. Cuba kita perhatikan contoh ini, seorang lelaki yang tinggal di Ozark Mountain di Amerika mendapat bayangan di mana Tuhan sedang bercakap denganya dan dia pun mula berdakwah kepada jiran dan saudara maranya. Ada orang yang mengatakan dia menerima wahyu. Reputasinya sebagai nabi dan dukun mula merebak luas tetapi apabila dia memasuki bandar St Louis dan cuba mengadakan perjumpaan dan menyebabkan kesesakan lalulintas dalam bandar tersebut dan kemudian dia ditangkap. Apabila lelaki itu menerangkan kepada pegawai polis tentang perbualannya dengan Tuhan, mereka membawa lelaki tersebut ke hospital sakit jiwa di mana pakar psikiatri mengatakan lelaki tersebut mengidap penyakit schizophrenia dan dia dimasukkan kedalam wad. Peristiwa ini mengingatkan kita bahawa devians bukanlah tingkahlaku yang diwarisi tetapi ia adalah tingkahlaku yang diberikan oleh definisi sosial. Seterusnya kita akan membincangkan 5 teori spesifik tentang devians yang muncul daripada beberapa perspektif iaitu anomie, budaya transmisi, konflik, label, dan teori pengawasan (control theory). (a)
Teori Anomie Mengikut Emile Dukheim, devians boleh dijadikan fungsi dalam sebuah masyarakat, tetapi pada masa yang sama devians juga boleh membuat sebuah masyarakat kurang berfungsi. Beliau mengemukakan anomie iaitu
130 X
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
sebuah situasi sosial di mana manusia mendapati sukar untuk menyesuaikan tingkahlaku mereka dengan norma yang mereka anggap lemah, tidak jelas, atau bercanggah. Durkheim menegaskan bahawa anomie berlaku apabila jangkaan individu tentang ganjaran dan penghargaan tidak sama dengan apa yang mereka terima. Contohnya, semasa kerubut emas (gold rush), ramai yang percaya bahawa mereka boleh menjadi kaya serta merta. Norma yang mengikat manusia kepada kehidupan yang konvensional menjadi lemah dan ini mengakibatkan setengah daripada mereka meninggalkan keluarga dan pekerjaan, merantau jauh dalam mencari kekayaan. Mereka mula membina sebuah komuniti yang bukan tradisional, yang menggalakkan jenayah, keganasan, pelacuran, dan gangguan awam. Begitu juga dengan keadaan apabila sebuah ekonomi runtuh dan hanya terdapat sedikit peluang pekerjaan dan ganjaran yang biasa diterima tetapi tidak lagi dinikmati. Maka norma yang mengawal pekerjaan dan kehidupan manusia mula lemah dan devians termasuk jenayah mungkin akan terjadi.
SEMAK KENDIRI 7.6 Huraikan teori anomie dan berikan satu contoh.
(b)
Teori Structural Strain Robert K. Merton mengutarakan teori Structural Strain yang diadaptasi daripada teori anomie dan mengaitkannya kepada kehidupan rakyat di Amerika. Beliau mengatakan bahawa kebanyakan rakyat Amerika memandang kekayaan duniawi sebagai matlamat budaya mereka. Walau bagaimanapun hanya beberapa cara sahaja yang boleh diterima pakai untuk mencapai matlamat ini, lazimnya melalui pendidikan yang tinggi dan mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan merupakan cara yang paling diterima. Ini tidak menjadi masalah sekiranya kesemua rakyat Amerika mendapat peluang untuk memasuki institusi pendidikan dalam mencari kejayaan kebendaan tetapi ini bukanlah keadaan yang sebenar. Mereka yang tergolong dalam kumpulan miskin dan minoriti mendapati diri mereka tidak berkesempatan untuk menerima pendidikan formal dan mengecapi sumber ekonomi. Mereka yang memegang matlamat kejayaan kebendaan ini tetapi tidak mendapat peluang untuk memperolehinya akan didorong oleh Structural Strain untuk menggunakan cara yang tidak konvensional. Mereka mendapati kesukaran untuk menggunakan cara yang konvensional dalam
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
W
131
memburu matlamat kehidupan mereka. Satu cara dalam mengatasi dilemma ini ialah dengan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya termasuk cara haram dan jenayah. Merton menekankan bahawa kekurangan peluang dan keinginan yang tinggi untuk kebendaan tidak mencukupi untuk menghasilkan tarikan kepada perbuatan devians. Sebuah masyarakat yang mempunyai sistem kelas yang tegar, atau struktur caste mungkin mengalami kekurangan peluang dan pada masa yang sama menyanjung kemewahan seperti dalam sistem feudal. Apabila wujud sebuah masyarakat yang menyanjung kemewahan sebagai tanda kejayaan dan pada masa yang sama menyekat peluang ramai rakyat daripada mendapat kemudahan mencapai kejayaan tersebut maka ini akan membawa kepada kemungkinan wujudnya tingkahlaku yang antisosial. Merton mengenalpasti lima respon kepada dilemma tingkahlaku devians, empat daripadanya menjurus kepada cara penyesuaian anomie (sila lihat Jadual 7.1): Jadual 7.1: Lima Respon kepada Dilema Tingkahlaku Devians 1
Keakuran
(conformity)
2
Inovasi
(innovation)
3
Ritualisme
(ritualism)
Keakuran terdapat dalam masyarakat di mana ahlinya menerima kejayaan kebendaan sebagai matlamat budaya dan juga wujud cara untuk mencapai matlamat tersebut. Tingkahlaku sedemikian merupakan asas yang kukuh kepada fungsi masyarakat yang maju. Inovasi merujuk kepada ahli masyarakat yang memegang kukuh budaya yang menekankan kepada kejayaan matlamat. Akan tetapi, disebabkan cara untuk mencapainya tidak ada, maka mereka berusaha mencapai matlamat mereka dengan cara inovatif. Mereka akan melibatkan diri dalam pelacuran, mengedar dadah, menipu, merompak atau mengugut untuk mendapatkan wang dan memperolehi simbol kejayaan. Dalam ritualisme, individu menolak matlamat kejayaan tetapi mengekalkan cara untuk mencapainya. Manusia melalui pengalaman ini tanpa mempercayai prosesnya. Contohnya, seorang birokrat yang menjalankan tugas sehariannya dan pada masa yang sama menolak idea kenaikan pangkat. Begitu juga, seorang pelajar universiti percaya bahawa kehidupan di universiti adalah tidak bermakna, pengalamannya mendukacitakan, matlamat untuk mencapai kejayaan ekonomi juga tidak akan terlaksana. Namun demikian, disebabkan oleh kehendak keluarga atau tidak ada jalan lain, maka dia terpaksa melalui kehidupan di universiti sehingga tamat pengajiannya.
132 X
4
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
Retreatisme
(retreatism)
5
Memberontak
(rebellion)
Retreatisme merupakan respon di mana kedua-dua cara dan matlamat yang ingin dicapai ditolak tanpa mencuba norma baru. Contohnya, penagih dadah dan gelandangan yang dibiarkan tercicir daripada masyarakat. Terdapat individu yang menolak matlamat budaya dan juga cara mencapainya dan menggantikannya dengan norma baru. Individu tersebut mengalih kesetiaannya daripada kumpulan sosialnya dan memindahkannya kepada kumpulan baru dengan ideologi baru. Contoh yang tepat mengenai cara penyesuaian ini ialah pergerakan militia dan sosialisme radikal.
Ahli sosiologi mengaplikasikan teori Structural Strain dalam banyak masalah. Contohnya, Albert Cohen (1955) mendapati kanak-kanak lelaki daripada kelas bawahan gagal dalam persekitaran sekolah yang sederhana, yang memberi ganjaran kepada kemahiran bertutur, kemas dan keupayaan untuk mengelak daripada melakukan perkara yang tidak diingini. Kanak-kanak lelaki ini akan berkumpul bersama dan menubuh geng juvenile di mana mereka akan tonjolkan diri mereka sebagai „macho,‰ „street smart,‰ dan „troublemaking‰ ă cara yang menunjukan kejayaan mereka. Ahli sosiologi lain pula menambah bahawa devians menjadi lebih ketara apabila ekonomi menjadi institusi utama sesuatu masyarakat dan juga status sosial seseorang itu bergantung kepada pencapaiannya dalam peranan ekonomi. Tahap jenayah adalah lebih tinggi terutamanya dalam masyarakat di mana ahlinya bergantung kepada bekerja sebagai sumber hidup mereka. Sebaliknya dalam masyarakat yang menjanjikan pendapatan yang sederhana, tidak kira sama ada ahlinya bekerja atau tidak, maka tahap jenayahnya adalah kurang.
SEMAK KENDIRI 7.7 Huraikan teori structural strain dan berikan satu contoh.
(c)
Teori Budaya Transmisi (Cultural Transmission Theory) Teori ini menerangkan bahawa tingkahlaku devians boleh dipindahkan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Ahli sosiologi mendapati tingkahlaku delinkuen dan jenayah adalah sebahagian daripada hasil keadaan ekonomi dan boleh dipindahkan daripada satu generasi juvana kepada generasi lain. Apabila sekumpulan etnik berpindah ke dalam
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
W
133
sebuah kawasan baru maka anak-anak mereka akan mempelajari corak delinkuen daripada kanak-kanak yang terdapat di kawasan tersebut. Ahli sosiologi, James Orcutt, mendapati bahawa berkawan dengan rakan yang menghisap marijuana dan mempunyai sikap penerimaan yang positif terhadap marijuana adalah peramal yang kukuh terhadap pengambilan marijuana. Ini menyokong cadangan teori Sutherland. Kajian oleh Haynie (2001) pula menunjukkan bahawa impak daripada pengaruh rakan yang delinkuen adalah lebih kuat ke atas individu berbanding sekiranya individu itu popular dan menjadi perhatian kumpulannya dan di mana tahap hubungan individu dan rakan dalam kumpulannya adalah tinggi. (d)
Teori Differential Association Mengikut Edwin H. Sutherland, teori differential association menekankan peranan interaksi sosial dalam mencorakkan tingkahlaku dan sikap manusia. Beliau mengatakan bahawa individu belajar devians dalam kumpulan devians yang mereka sertai. Mereka bukan sahaja belajar menjadi devians, contohnya bagaimana memukul orang dan bagaimana mengambil marijuana tetapi juga tentang sikap yang bersesuaian dengan
devians. Apabila keluarga berpindah ke kawasan baru untuk mengelak anak mereka daripada terpengaruh oleh unsur-unsur negatif dalam kawasan asal mereka, keluarga ini sedang mengaplikasikan teori differential
association. (e)
Teori Konflik Apakah yang ingin disampaikan oleh teori konflik? Teori ini mengutarakan soalan yang penting, „Kumpulan manakah yang mampu menukarkan nilai-nilainya kepada peraturan dalam sesebuah masyarakat dan memastikan peraturan ini kekal?‰ Mengikut pemikiran aliran Marxisme, kelas kapitalis mengeksploitasi dan mengambil hak rakyat jelata tetapi terhindar daripada hukuman jenayah yang dilakukannya. Individu yang menjadi mangsa daripada perbuatan ini akan didorong oleh pergelutan untuk terus hidup akan bertindak dan tindakan ini dilihat oleh kelas kapitalis sebagai tindakan jenayah. Marxist berpandangan bahawa perbuatan devians seperti alkoholisme, penyalahgunaan dadah, sakit mental, keganasan rumahtangga, perbuatan seksual yang tidak bermoral dan pelacuran sebagai hasil daripada keruntuhan dan perpecahan yang berpunca daripada penindasan dan eksploitasi ke atas kaum miskin, wanita dan Afrika Amerika atau kaum minoriti.
134 X
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
Mengikut Richard Quinney, seorang ahli sosiologi, beliau mengatakan bahawa sistem perundangan Amerika mencerminkan minat dan ideologi kelas kapitalis. Perundangan membuat sesetengah daripada perbuatan yang dilakukan oleh kaum berpengaruh sebagai perbuatan haram dan ini menggugat harta benda dan kedudukan mereka. Seterusnya, Quinney mengatakan bahawa sekiranya kita ingin memahami jenayah maka kita perlu memahami perkembangan ekonomi masyarakat kapitalis. Memandangkan kerajaan melayani kehendak kelas kapitalis maka jenayah merupakan perbuatan yang bersifat politik yang tertanam dalam perancangan sosial kapitalis. Untuk mengekalkan sistem yang sedia ada maka sesetengah daripada perundangan kapitalis perlu ditentangi. Di antara jenayah yang ditentangi adalah yang dilakukan oleh korporat, bermula daripada meletak harga tetap atas barangan sehinggalah kepada pencemaran udara ke atas persekitaran dan juga jenayah yang dilakukan oleh pegawai kerajaan kapitalis seperti Watergate Scandal. Namun begitu, terdapat juga jenayah yang dilakukan oleh rakyat biasa seperti jenayah predatory seperti mencuri, merompak, menjual dadah, yang dilakukan disebabkan ingin terus hidup dalam dunia sosial kapitalis. Manakala jenayah peribadi adalah seperti menggugut dan merogol dan ini dilakukan oleh mereka yang telah mengalami pengalaman pahit dalam sistem kapitalis. Ada juga terdapat jenayah resistance di mana pekerja melakukan kerja mereka secara sambil lewa dan pekerja mensabotaj majikan.
SEMAK KENDIRI 7.8 Huraikan teori konflik dan berikan satu contoh.
(f)
Teori Labeling Apakah yang dimaksudkan dengan teori labeling? Ahli teori Labeling berminat dalam proses dimana sesetengah individu dilabel sebagai „devians,‰ mula memikirkan diri mereka sebagai devians, dan masuk dalam pekerjaan devians. Tiga ahli sosiologi yang mengemukakan teori Labeling ialah Edwin M. Lemert, Howard S. Becker dan Kai Erikson. Mereka sepakat tentang beberapa perkara seperti berikut:
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
W
135
(i)
Pertama, mereka mengatakan bahawa tidak ada tindakan yang bersifat jenayah atau bukan jenayah. Sesuatu tindakan itu dikatakan sebagai „jahat‰ bukan berpunca daripada niat yang intrinsik tetapi daripada cara manusia mendefinisikannya dan tindakbalas kepadanya. Devians adalah definisi sosial. Mengikut teori labeling, individu akan bertingkahlaku devians sekiranya individu tersebut dilabelkan sedemikian.
(ii)
Kedua, manusia melibatkan diri dalam tingkahlaku devians dengan melanggar sesetengah norma. Ahli sosiologi menolak pandangan yang mengatakan manusia boleh dibahagikan kepada mereka yang normal dan yang kurang normal. Contohnya, ada manusia yang melanggar had laju, mencuba kokain, meniru tugasan, melakukan vandalisme atau merempuh kawasan larangan. Ahli teori Labeling menamakan tingkahlaku ini primary devians iaitu tingkahlaku yang melanggar norma sosial tetapi selalunya tingkahlaku ini dilepas pandang oleh agen pengawal sosial.
(iii) Ketiga, ahli teori Labeling mengatakan, sama ada tindakan manusia itu dilihat sebagai devians ia bergantung kepada apa yang mereka lakukan dan apa yang orang lain lakukan ke atas tindakan mereka. Ini bermaksud, devians bergantung kepada peraturan yang manakah masyarakat akan pilih untuk dilaksanakan, dalam situasi apa dan untuk siapa. Bukan semua individu yang melanggar had laju, mencuba kokain, meniru tugasan, melakukan vandalisme atau merempuh kawasan larangan akan ditahan. Orang Afrika Amerika mungkin ditegah melakukan sesuatu yang orang kulit putih dibenarkan melakukannya. Begitu juga, kaum wanita tidak dibenarkan melakukan apa yang dibenarkan kepada kaum lelaki. Ada sesetengah individu dilarang melakukan sesuatu yang dilakukan oleh kawan mereka dan ada yang akan dilabel sebagai devians walaupun mereka tidak melanggar sebarang norma tetapi disebabkan mereka tergolong dalam kumpulan tertentu seperti homoseksual. (iv) Keempat, melabelkan individu sebagai devians akan ada kesannya. Kemungkinan akan wujud keadaan yang kondusif kepada secondary devians, di mana individu devians tadi akan mengamalkan reaksi individu lain terhadapnya. Seorang individu dikenalpasti di khalayak ramai sebagai „delinkuen,‰ „perogol,‰ „penagih dadah,‰ „penjenayah.‰ Label tersebut meletakkan individu tersebut sebagai status luar. Individu yang melanggar peraturan mula menerima
136 X
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
status yang diberikan kepada mereka sebagai satu bentuk devians dan akan membina kehidupan mereka di sekeliling status tersebut. (v)
Kelima, individu yang dilabel sebagai devians mendapati dirinya disisih dan disingkir oleh ahli masyarakat yang patuh kepada perundangan. Rakan dan saudara mara juga akan menghindar diri daripada individu tersebut. Dalam setengah kes, individu ini boleh dimasukkan ke dalam penjara atau hospital sakit mental. Seterusnya, penyisihan dan pengasingan akan menjurus individu tersebut kedalam kumpulan devians bersama individu-individu lain yang berkongsi nasib yang sama. Melibatkan diri dalam sub-budaya ini merupakan cara mereka mengatasi keadaan yang mengecewakan, cara mendapat sokongan emosi dan cara penerimaan terhadap situasi hidup mereka. Individu yang mengikuti kumpulan devians akan mengukuhkan lagi imejnya sebagai devians, merangsang gaya hidup devians dan melemahkan hubungannya dengan komuniti yang akur kepada perundangan.
Teori ini menolong kita memahami sama ada sesuatu tindakan itu boleh atau tidak dianggap sebagai perbuatan devians, terpulang kepada situasi dan ciri-ciri individu yang terlibat. Ahli sosiologi William J. Chambliss (1973) menggunakan teori ini untuk menerangkan perbezaan persepsi dan definisi oleh ahli komuniti terhadap tingkahlaku dua kumpulan geng remaja. Chambliss memerhati pelajar di Sekolah Menengah Hanibal, sekumpulan geng, Saints, yang terdiri daripada 8 orang remaja lelaki kulit putih kelas atasan dan sekumpulan lagi, Roughnecks, yang terdiri daripada 8 orang remaja lelaki kulit putih kelas bawahan. Kedua-dua kumpulan geng ini terlibat dalam banyak tingkahlaku devians tetapi kumpulan Roughnecks yang sering „bermasalah‰ dan dianggap sebagai delinkuen. Manakala kumpulan Saints pula dianggap oleh pihak komuniti, sekolah dan polis sebagai baik dan remaja yang mempunyai masa depan cerah. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perbezaan layanan ke atas kedua-dua kumpulan geng tersebut. •
Kumpulan Saints mempunyai dua kenderaan dan menggunakannya untuk melarikan diri sama ada memasuki atau keluar dari bandar yang tidak mudah dilihat oleh masyarakat Hanibal berbanding dengan cara yang digunakan oleh kumpulan Roughnecks.
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
W
137
•
Apabila kumpulan Saints dihampiri oleh pegawai polis mereka akan memohon maaf dan menyesal atas tingkahlaku mereka. Manakala kumpulan Roughnecks pula akan bertindak kasar dan agresif.
•
Pegawai polis tahu bahawa ibu bapa yang berpengaruh daripada kelas pertengahan dan atas akan datang menolong anak mereka manakala ibu bapa daripada kelas bawahan akan mengakur kepada undangundang terhadap tingkahlaku anak mereka.
•
Apabila persepsi komunis terhadap Roughnecks adalah sebagai kumpulan yang bermasalah, ini mengukuhkan lagi corak tingkahlaku devians mereka. Apabila persepsi kendiri mereka sebagai devians menjadi lebih mantap mereka mula mencuba tindakan baru dan lebih ketara lagi. Pengisihan mereka membuat mereka makin tidak dihormati, seterusnya meningkatkan sikap negatif komuniti terhadap mereka.
SEMAK KENDIRI 7.9 Huraikan teori labeling dan berikan satu contoh.
(g)
Teori Pengawalan (Control Theory) Kesemua teori yang diutarakan di atas membincangkan mengapa manusia melakukan tingkahlaku devians. Teori pengawalan pula adalah sebaliknya, menyoal mengapa ada manusia yang tidak melakukan tingkahlaku devians. Kita juga ingin tahu mengapa ramai manusia yang tidak melibatkan diri dalam devians. Ini adalah disebabkan ramai antara kita yang akur kepada pengawalan. Manusia akur disebabkan mereka bersepadu dalam institusi arus perdana. Masyarakat yang mempunyai institusi yang berfungsi baik akan ada tahap devians yang rendah. Kajian yang dijalankan oleh ahli sosiologi, Travis Hirschi (1969), terhadap pesalah juvana di California akan memberi gambaran tentang teori ini. Hirschi mengatakan bahawa orang muda mempunyai kecenderungan untuk akur sekiranya mereka mempunyai hubungan yang kukuh dengan masyarakat. Hubungan ini mempunyai empat bahagian iaitu hubungan rapat, penglibatan, komitmen dan kepercayaan (sila lihat Jadual 7.2):
138 X
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
Jadual 7.2: Dimensi hubungan dengan masyarakat menurut Hirschi 1
Hubungan rapat
Hubungan rapat adalah proses hubungan sosial dengan orang lain. Semua hubungan sosial memerlukan satu tahap pengawalan oleh semua pihak yang terlibat. Pengawalan akan berlaku sekiranya hubungan psikologi dan emosi di antara ahli kumpulan adalah tinggi dan ahli mengambil kisah tentang pandangan ahli lain. Melibatkan diri dalam keluarga, mempunyai kawan dalam komuniti dan menjadi ahli dalam kelab adalah diantara contoh hubungan rapat yang boleh mengurangkan peluang untuk devians berlaku.
2
Penglibatan
Penglibatan menurut Hirschi bermaksud melibatkan diri dalam aktiviti konvensional. Salah satu cara untuk menghindarkan manusia daripada tingkahlaku devians ialah dengan memastikan mereka meluangkan masa untuk aktiviti. Misalnya pasukan pengakap, persatuan pandu puteri, rakan remaja, pancaragam dan sukan adalah di antara aktiviti yang ibu bapa, sekolah, organisasi kerajaan dan persatuan tubuhkan untuk kanak-kanak dan remaja. Aktiviti-aktiviti ini juga bertujuan menarik perhatian kumpulan ini daripada terlibat dengan dadah, alkohol, aktiviti seks bebas dan jenayah.
3
Komitmen
Komitmen merujuk kepada penumpuan yang diberikan dalam hubungan dan pertalian sosial. Mereka yang mempunyai komitmen yang kukuh dalam kehidupan sosial mereka berkemungkinan tidak akan terlibat dalam tingkahlaku devians sebab takut akan kehilangan kehormatan dan kepercayaan masyarakat terhadap mereka. Seorang pelajar yang bercita-cita untuk menjadi doktor dan mendapat kepercayaan dan kehormatan pihak sekolah dan masyarakat berkemungkinan tidak akan menjadi penagih dadah. Ini adalah disebabkan pelajar tersebut akan kehilangan kesemua usaha dan pelaburan yang dilakukan untuk mencapai cita-citanya.
4
Kepercayaan
Hubungan rapat dengan masyarakat dikukuhkan lagi dengan kepercayaan tentang nilai dan idea bersabit dengan moral. Semakin kurang kepercayaan masyarakat terhadap nilai semakin tinggi kemungkinan devians akan berlaku.
Memandangkan devians akan berkurangan sekiranya ahli masyarakat terlibat dalam institusi perdana maka kajian tentang devians telah berfokus kepada tiga institusi sosial iaitu keagamaan, keluarga dan pendidikan. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa keagamaan tidak ada impak ke atas tingkahlaku devians. Ini bukan bermakna keagamaan tidak berkesan sebagai pengawalan sosial tetapi keagamaan adalah hanya salah satu daripada institusi sosial yang terlibat dalam pengawalan tingkahlaku menyebabkan sukar dilihat impaknya. Ia mudah dilihat dimana terdapat tahap yang rendah tentang persetujuan tingkahlaku devians; dimana semua orang bersetuju bahawa
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
W
139
membunuh adalah salah tetapi tidak seramai itu yang akan bersetuju yang menghisap marijuana adalah salah. Agama tidak mengawal tingkahlaku
devians. Kebanyakan kajian ke atas keluarga dan tingkahlaku devians lebih menumpukan kepada kaum muda. Kajian menunjukan bahawa hubungan keluarga yang rapat dan baik akan mengurangkan kemungkinan berlakunya devians di kalangan orang muda. Faktor yang penting di sini bukanlah struktur keluarga sama ada bersama atau bercerai tetapi cara ibu bapa berkomunikasi dengan anak mereka. Penglibatan dalam sekolah akan mengawal tingkahlaku devians dan ini bukan sahaja disebabkan keluarga meluangkan masa dengan penglibatan tersebut tetapi disebabkan penglibatan meningkatkan hubungan rapat, komitmen dan kepercayaan. Hirschi mendapati hubungan rapat dengan sekolah dan mempunyai hubungan positif dengan guru mengurangkan kemungkinan berlaku delinkuen. Pandangan ini disokong juga dengan kajian oleh Cernkovich dan Giordano (1992), mereka dapati hubungan rapat dan komitmen dengan sekolah mengurangkan delinkuen. Seterusnya Zingraff (1994) mendapati sekolah adalah pencegah yang penting kepada delinkuen walau pun hubungan keluarga rendah atau terdapat penderaan.
SEMAK KENDIRI 7.10 Huraikan secara ringkas LIMA teori devians.
7.2
JENAYAH
Setelah memahami konsep devians, sudah tiba masanya kita mengupas konsep jenayah pula. Sebenarnya, jenayah ini tidaklah begitu berbeza berbanding dengan devians, cuma jenayah selalunya melibatkan elemen hukuman keras (hukuman penjara atau hukuman gantung sampai mati) yang dijatuhkan oleh institusi-institusi sosial seperti polis atau sistem mahkamah.
7.2.1
Takrif Jenayah
Jenayah boleh ditakrifkan sebagai:
140 X
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
Satu tindakan devians yang ditegah oleh undang-undang. Ada juga yang mentakrifkannya sebagai tindakan yang dianggap haram oleh setengah pihak, misalnya kerajaan. Pihak ini akan menganggap tindakan yang mengganggu ketenteraman awam dan tidak boleh dikawal sebagai jenayah.
7.2.2
Jenis Jenayah
The Federal Bureau of Investigation di Amerika melaporkan lapan jenis jenayah yang lazimnya berlaku di Amerika. Jenayah-jenayah ini disebut sebagai index crimes dan terdiri daripada empat kategori keganasan jenayah terhadap manusia ă pembunuhan, merogol, merompak dan serangan, tiga kategori jenayah terhadap harta benda ă menyamun, mencuri kereta, dan membakar. (a)
Jenayah Juvana Di Amerika, terdapat anggapan bahawa orang muda berkemungkinan untuk menjadi mangsa jenayah. Mereka juga adalah golongan yang berkemungkinan melakukan jenayah. Walaupun mereka yang dalam lingkungan umur 15 hingga 19 tahun mewakili hanya 7.1% daripada populasi di Amerika, namun begitu mereka terdiri daripada 21.3% yang ditangkap kerana jenayah (Pastore & Maguire, 2005). Bilangan penjenayah berkurangan dengan peningkatan umur seseorang. Sekiranya kita boleh mengelakkan jenayah dilakukan oleh individu yang berumur bawah daripada 25 tahun maka banyak daripada jenayah konvensional boleh dihapuskan daripada berlaku dalam masyarakat kita. Namun demikian, kita masih tidak dapat mengurangkan berlakunya jenayah jenis kolar putih, korporat, kerajaan dan yang membunuh diri. Pada tahun pertengahan 1990an terdapat 1 di antara 10 pelajar yang dilaporkan mangsa jenayah dalam sekolah di Amerika. Pada tahun 2001 angka ini menurun daripada 10 peratus kepada 6 peratus. Kanak-kanak didapati dua kali ganda berkemungkinan menjadi mangsa jenayah di luar sekolah (DeVoe et al., 2003). Masalah tingkahlaku yang lain seperti buli telah meningkat di Amerika. Misalnya pada tahun 2001: •
12% pelajar di sekolah menengah melaporkan perkataan yang berunsur kebencian telah digunakan terhadap mereka,
•
20% pelajar melaporkan adanya geng dalam sekolah mereka,
•
5% pelajar sekolah menengah melaporkan mabuk daripada minum alkohol dalam perkarangan sekolah,
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
•
W
141
Hampir 30% mengatakan ada individu yang cuba menjual atau memberi mereka dadah dalam sekolah (DeVoe et al., 2003).
Ternyata sistem pencegahan jenayah juvenil telah gagal dalam usaha menghalang anak-anak muda daripada melakukan jenayah atau memulihkan mereka. Bagaimanakah anak muda di Amerika dipulihkan daripada melakukan jenayah? Dalam tahun 1972, separuh daripada juvenil yang ditangkap oleh polis dibawa ke mahkamah, hampir setengah daripada mereka dibebaskan. Hanya 1.3 peratus sahaja dirujuk kepada mahkamah jenayah atau mahkamah untuk orang dewasa. Pada tahun 2001 pula, angka ini menurun kepada 18 peratus dan tiga suku daripada mereka dirujuk kepada mahkamah juvenil. Walaupun penjenayah juvenil ini dibawa ke pusat tahanan, mereka tidak terlepas daripada hukuman berat termasuk hukuman mati. Pada tahun 2001, umur minima untuk hukuman berat adalah 14 tahun untuk 3 negeri, 16 tahun untuk 7 negeri, 17 tahun untuk 5 negeri, dan 18 tahun untuk 16 negeri dan sistem federal. Hampir tiga per lima daripada kajian tinjauan melaporkan bahawa juvenil sepatutnya dikendalikan seperti orang dewasa (Pastore & Maguire, 2005). (b)
Jenayah Terancang Jenayah terancang ini merujuk kepada organisasi birokratik besar yang menyediakan barangan dan perkhidmatan yang haram kepada permintaan orang awam. Jenayah begini terdapat sekiranya ada negeri di mana masyarakatnya memerlukan dan berupaya membayar untuk mendapatkan aktiviti-aktiviti seperti pelacuran, dadah, pornografi, perjudian, dan peminjam lintah darat. Pedagang senjata dan dadah haram merupakan organisasi jenayah yang terbesar di dunia dan menyumbang sebanyak $700 bilion dan $1 trilion setahun (Adler, Mueller, & Laufer, 2004). Organisasi jenayah yang terkenal adalah sindikat Itali-Amerika dikenali sebagai Mafia atau Cosa Nostra. Namun begitu jenayah organisasi ini bukan dimonopoli orang Itali sahaja, terdapat juga geng Cina, Colombia, dan Cuba.
(c)
Jenayah Kolar Putih Salah satu jenis jenayah yang menjadi tarikan kepada ahli sosiologi ialah jenayah kolar putih yang berlaku di kalangan ahli masyarakat yang berpengaruh terutamanya semasa menjalankan urusniaga mereka. Jenayah korporat, penipuan, penggelapan wang, rasuah, penyogokan, penipuan
142 X
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
cukai, manipulasi saham, perdagangan orang dalam dan pelanggaran hak cipta. Pada masa kini terdapat kajian yang fokus tentang salah laku di tempat kerja seperti minum atau mengambil dadah semasa bekerja, merosakkan atau mencuri harta benda pelanggan dan menipu waktu perakam kerja (Wright & Cullen, 2000). Kita berkemungkinan menjadi mangsa jenayah korporat berbanding dengan jenayah di jalan raya. Mengelak daripada membayar cukai merupakan jenayah kolar putih yang paling mahal di Amerika. Ini diikuti oleh jenayah penipuan dan kecurian oleh pekerja, kecurian barang kedai, dan kesilapan perkeranian. Korporat juga tidak ketinggalan dalam kes jenayah seperti meletak harga lebih tinggi ke atas kontrak kerajaan, pencemaran persekitaran, memberi pertukaran wang yang salah kepada pelanggan, mengganggu ketenteraman pekerja, melanggar undang-undang pembuangan sisa buangan dan melakukan kesilapan pengiraan dalam akaun. Bilangan jenayah kolar putih adalah sedikit dan mereka jarang dihukum berbanding jenis jenayah yang lain. Seorang penjenayah yang mencuri $100 berkemungkinan dibawa ke penjara manakala seorang eksekutif yang melesapkan $1 juta berkemungkinan menerima hukuman penangguhan dan denda yang sedikit. (d)
Jenayah Yang Dilakukan Oleh Kerajaan Nazi di German merupakan contoh yang jelas untuk menerangkan tentang jenayah kerajaan. Semasa pemerintahan Hitler lebih daripada 6 juta orang Yahudi terbunuh. Kini terdapat jenayah penghapusan etnik yang mangsanya adalah mereka yang dikatakan sebagai „salah‰ agama atau latarbelakang. Kerajaan Amerika melakukan pembunuhan ke atas penduduk asli Amerika semasa penaklukkan negara tersebut. Pada zaman moden pula terdapat kes skandal Iran kontra semasa pemerintahan Presiden Reagan di mana berlaku operasi penjualan senjata api ke Nicaragua, pita rakaman Oval Office semasa Presiden Richard Nixon yang menyalahguna kuasanya secara haram dan hubungan skandal Presiden Clinton dengan pekerja di White House.
(e)
Jenayah dan Teknologi Di zaman teknologi canggih ini jenayah menjadi lebih mudah dilakukan misalnya jenayah yang menggunakan teknologi adalah seperti pornografi kanak-kanak, penipuan kad kredit, cetak rompak perisian, pengintipan pengindustrian dan pencerobohan rangkaian komputer. Dianggarkan seramai 7 juta mangsa jenayah ini pada setiap tahun. Penggunaan internet di kalangan pelajar telah memberi mereka ruang untuk menyalin secara
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
W
143
haram lagu daripada internet untuk pendengaran mereka. Ini telah menjejas industri muzik sebanyak 10 peratus daripada keuntungan mereka. Perbuatan ini berleluasa di seluruh dunia dan ini mencerminkan ketiadaan undang-undang yang kukuh untuk melindungi hak pencipta atau perbuatan ini tidak dilihat sebagai satu jenayah.
SEMAK KENDIRI 7.11 1.
Berikan definisi jenayah.
2.
Jelaskan jenis-jenis jenayah dan kesannya kepada masyarakat.
3.
Nyatakan jenis-jenis jenayah yang terdapat di Malaysia.
7.3
KAWALAN SOSIAL
Apakah usaha untuk menghalang devians dan jenayah? Kawalan sosial adalah kesemua usaha bersama untuk memastikan ahli masyarakat akur kepada norma masyarakat.
7.3.1
Keakuran dan Konformiti
Cara yang paling kerap digunakan untuk kawalan sosial ialah interaksi bersemuka. Individu akan cuba akur untuk mengelak daripada melukakan hati orang di sekelilingnya. Melanggar norma di hadapan orang lain akan memalukan diri seseorang dan ini menunjukkan tindakbalas terhadap pengawalan sosialnya. Walaupun kita berada bersendirian kita akan cuba mengurangkan tindakan devians, kita takut orang lain mungkin mengetahuinya. Namun begitu, bukan semua orang mempunyai tindakbalas yang sama terhadap pengawalan sosial. Kita juga kenal siapakah yang tergolong sebagai „sampah masyarakat.‰ Istilah seperti ini merujuk kepada individu yang kurang mendapat sokongan daripada ahli masyarakat disekelilingnya. Walaupun terdapat label seperti ini namun ia tidak menghalang manusia melakukan tingkahlaku devians. Budaya di mana kita bersosial banyak mencorak tingkahlaku kita. Contohnya, jika kita dibesarkan dalam masyarakat Arapesh, kemungkinan kita akan menjadi seorang yang lemah lembut. Sekiranya kita dilahirkan dalam masyarakat Mundugumor, kemungkinan kita akan menjadi pemburu ganas. Melalui sosialisasi, kita belajar apakah jangkaan orang lain kepada kita, iaitu akur kepada norma masyarakat di sekelilingnya.
144 X
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
7.3.2
Kawalan Sosial Tidak Formal
Bagaimanakah kawalan sosial tidak formal berlaku? Semasa kita masih kecil kita memerlukan tunjuk ajar agar kita mematuhi tetapi semakin kita dewasa dan matang kita belajar mengambilalih peranan daripada orang lain dan melihat diri sendiri sebagaimana orang lain melihat kita. Kita mampu menilai tindakan kita daripada kacamata orang lain. Ramai daripada kita telah lama didedahkan kepada norma-norma masyarakat secara konsisten atau secara pengawalan sosial yang informal dan ini telah mewujudkan pengawalan dalaman yang kukuh terhadap tingkahlaku kita. Norma-norma ini telah menjadi sebati dalam diri kita. Ia menjadi sebahagian daripada kepercayaan kita tentang bagaimana kita sepatutnya bertindak. Kadangkala norma ini telah kukuh dalam diri kita sehingga kita tidak perlu kehadiran orang lain memberi tindakbalas kepada kita. Contohnya, pegawai kerajaan Inggeris yang bertugas di zaman penjajahan Inggeris di Malaya dahulu, mereka akan berpakaian rasmi pada masa makan malam walaupun orang Melayu pada zaman itu tidak memahami norma budaya Inggeris. Cara berpakaian rasmi telah menjadi sebahagian daripada norma tingkahlaku orang Inggeris kelas atasan. (a)
Tekanan Kumpulan (Group Pressure) Individu mungkin dipengaruhi oleh jangkaan dan reaksi kumpulan manusia disekelilingnya yang dianggap sebagai kumpulan tekanan. Contoh kumpulan tekanan dapat dilihat dalam kajian yang dijalankan oleh Solomon Asch (1952, 1955) keatas sekumpulan pelajar kolej. Dalam kajian tersebut, beliau mengarah semua responden melihat sebuah gambar yang yang dilukis dan tiga garisan tegak yang tidak sama. Gambar ini dipantulkan ke atas skrin. Beliau kemudiannya meminta responden padankan salah satu daripada tiga garisan dengan garisan tegak yang ke empat. Tugasan itu mudah dan mereka semua boleh lakukannya. Asch kemudiannya meletakkan setiap responden dalam setiap kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang pelajar. Setiap responden tersebut tidak tahu bahawa tujuh orang pelajar dalam kumpulan mereka bukan responden sebenar tetapi hanya „berlakon.‰ Asch menunjuk garisan yang sama dan setiap daripada mereka perlu menjawab dengan bersuara kuat. Ketujuh-tujuh pelajar diarah oleh Asch supaya memberi jawapan betul yang sama dan seterusnya. Kemudian beliau mengarahkan menjawab dengan satu kesalahan pula. Apabila ini berlaku setiap responden menjadi minoriti sebab menjawab kesemuanya betul. Asch mengulang beberapa kali kajian ini dan mendapati 1/3 daripada responden keseluruhannya
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
W
145
mula mengubah jawapan mereka agar menjadi sama dengan tujuh orang pelajar yang dalam kumpulan masing-masing walaupun jawapan yang diberi itu salah. Setelah kajian itu berakhir Asch menemubual setiap responden dan mendapati kebanyakan mereka sebenarnya tahu bahawa jawapan kumpulan adalah salah dan jawapan mereka adalah betul. Mengapakah responden mengikut jawapan kumpulan? Responden menyatakan bahawa mereka menurut jawapan kumpulan sebab mereka tidak mahu kelihatan sebagai devians walaupun akur bermakna memberi jawapan yang salah. (b)
Perpaduan Kumpulan (Cohesiveness) Asch mendapati bahawa pengaruh kumpulan ke atas keakuran tidak bergantung kepada saiz kumpulan. Individu akan akur walaupun hanya tiga atau empat orang ahli dalam kumpulan. Keakuran dipengaruhi oleh tahap di mana ahli kumpulan bersatu adalah tinggi. Apabila seorang sahaja pelajar diarah memberi jawapan yang benar keakuran berkurangan.
(c)
Respon Kumpulan Kepada Devians Bagaimanakah kumpulan respond kepada ahli yang engkar? Stanley Schachter (1951) cuba menjawab soalan ini dengan menggunakan cara yang berlainan daripada apa yang dilakukan oleh Asch. Schachter mendapati seorang responden sahaja yang akan akur dalam satu kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan diminta membaca sebuah cerita mengenai seorang anak muda yang mengalami kehidupan susah semasa tinggal dalam kawasan yang bermasalah dan kini sedang menunggu hari penggantungannya. Setiap kumpulan diarah untuk membincang kes ini. Selepas itu setiap ahli akan memberi pandangan masing-masing tentang apakah yang harus dilakukan ke atas pemuda tersebut di mana pandangan ini akan dinilai. Keputusan kumpulan bermula daripada kasih sayang sehingga hukuman. Keputusan kumpulan lebih kepada kasih sayang manakala responden pula mengambil hukuman sebagai tindakan ke atas pemuda tersebut. Akhir sekali setiap ahli kumpulan diminta menyatakan secara bertulis sejauhmana dia suka atau tidak kepada ahli kumpulan yang lain. Dapatan kajian tersebut menunjukkan dua corak yang jelas. Pertama, sejurus selepas responden memberi pandangannya kepada kumpulan, responden tersebut menjadi pusat perhatian ahli kumpulan. Lebih banyak teguran dilemparkan kepada responden berbanding dengan ahli kumpulan
146 X
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
yang lain. Kedua, apabila responden memegang kepada pandangannya, dia mula mendapat kurang perhatian. Di akhir kajian, makin kurang teguran diterimanya. Apabila dinilai keputusan yang diberikan oleh ahli kumpulan lain ternyata responden tidak disukai ramai manakala ahli lain menunjukkan sikap positif di antara mereka. Rumusan dapatan kajian ialah pada mulanya kesemua ahli kumpulan cuba mempengaruhi responden agar menukar pandangannya tetapi apabila mereka dapati responden tidak mahu akur mereka mula menyisih dan tidak bercakap langsung dengannya. Kajian Schachter ini menonjolkan kepentingan integrasi sosial ke atas pengakuran. Beliau berjaya membezakan kumpulan mengikut sejauh mana ahli kumpulan menunjukkan suka diantara satu sama lain. Dalam kumpulan yang purata skornya tinggi, ini mencerminkan terdapat tahap integrasi lebih tinggi di antara ahli kumpulan dan sikap tidak suka yang tinggi kepada responden (devians). Manakala dalam kumpulan di mana ahlinya kurang integrasi di antara satu sama lain, sikap tidak suka kepada responden adalah kurang ketara. Ini menunjukkan mengapa pada umumnya kebanyakan manusia rela mengikut peraturan.
7.3.3
Kawalan Sosial Formal
Apakah yang dimaksudkan dengan kawalan sosial formal? Anda telah menjemput rakan sepejabat ke rumah anda untuk makan malam. Semasa makan mereka akan sapu mulut dengan kain napkin bukan dengan kain meja, dan mereka tidak akan melempar pinggan ke dinding. Apabila mereka pulang mereka tidak akan membawa barang perhiasan anda pulang. Rakan anda tidak akan melakukan perkara-perkara ini sebab mereka adalah rakan kamu, mereka didesak untuk akur kepada kawalan informal. Tetapi bukan semua orang akan akur sedemikian. Apabila manusia tidak akur kita akan merujuk agensi kawalan sosial formal untuk mengambil tindakan. Pihak polis tidak akan ambil tindakan hanya disebabkan rakan anda mengesat mulutnya dengan kain meja. Tetapi mungkin mereka akan bertindak sekiranya rakan anda melemparkan pinggan ke dinding dan mengganggu jiran dan pasti polis akan bertindak sekiranya rakan anda pulang dengan perhiasan rumah anda. Kawalan formal hanya digunakan apabila tingkahlaku itu bersifat devians, haram atau memerlukan tindakan intervensi.
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
W
147
Kawalan sosial formal dirujuk untuk tiga perkara: (i)
mencegah tingkahlaku devians dengan menyingkirkan peluang daripada berlaku atau menghindar penyebabnya.
(ii)
menghalang devians dengan ugutan hukuman agar manusia takut melakukannya atau mengulanginya.
(iii) mereformasi atau mensosialisasi manusia agar mereka menjauhi daripada tingkahlaku devians.
SEMAK KENDIRI 7.12 1.
Berikan satu contoh kawalan sosial formal dan tidak formal.
2.
Jelaskan bagaimana Malaysia.
7.3.4
pencegahan
jenayah
dilaksanakan
di
Pencegahan Devians
Adakah pencegahan dapat mengelakkan berlakunya devians? Seseorang yang melakukan tingkahlaku devians bermakna dia telah mendapat peluang untuk melakukannya. Maka kebanyakan pendekatan terhadap pengawalan sosial berupa pencegahan atau percubaan untuk mengurangkan peluang melakukannya. Kempen mengalakkan orang mengunci kereta mereka adalah bertujuan untuk mengurangkan kesempatan untuk pencuri mencuri kereta. Kebanyakan program pencegahan berpandukan kepada pendekatan baru kepada tingkahlaku devians yang disebut sebagai teori kesempatan (opportunity theory). Lawrence Cohen dan Marcus Felson (1979) berpandangan bahawa untuk jenayah berlaku, individu perlu ada niat untuk melakukannya beserta dengan kesesuaian sasaran (harta benda atau mangsa) dan ketiadaan kawalan yang berkesan. Teori kesempatan menjejak peningkatan jenayah pecah rumah yang kerap berlaku sekarang adalah disebabkan peningkatan pekerja wanita. Peningkatan ini bermakna bertambahnya harta benda dalam rumah yang boleh dibeli dan dicuri. Apabila ramai wanita bekerja maka kemungkinan rumah akan kekosongan manusia semasa siang hari. Rumah yang tiada penghuni memberi kesempatan untuk dimasuki pencuri. Selain daripada itu, teori kesempatan juga menunjukan bahawa rumah zaman sekarang dibina jauh daripada kawasan berjiran agar penghuninya menikmati kesunyian. Ini mengurangkan peluang untuk jiran tetangga mengawasi pergerakan orang yang tidak dikenali dan melindungi satu sama lain.
148 X
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
Ada kajian yang menunjukkan bahawa sekiranya terdapat ramai golongan remaja dalam sesuatu kawasan, maka ada kemungkinan berlakunya jenayah. Maka kawasan yang mempunyai sekolah menengah mempunyai kes jenayah yang lebih tinggi berbanding dengan kawasan yang jauh daripada sekolah menegah (Roncek & Lobosco, 1983). Kes jenayah juga berkurangan di kawasan yang berjauhan daripada restauran makanan segera. (Brantingham & Brantingham, 1982). Pakar kaji jenayah telah membuat cadangan kepada perubahan cara mereka bandar agar mengurangkan kejadian jenayah. Marcus Felson (1987) memperlihatkan bagaimana pasar raya dan pusat membeli belah telah direka agar mengurangkan tahap jenayah berbanding dengan kedai runcit yang terdapat di sepanjang jalan. Begitu juga dengan kawalan yang ketat ke atas orang yang tidak dikenali dan menyediakan tempat letak kereta yang selamat, kondominium menyediakan kemudahan keselamatan yang lebih baik berbanding dengan rumah jenis seleret atau banglo. Namun begitu, usaha yang gigih dalam mencegah jenayah dan devians adalah tertumpu kepada menyingkir penyebab berlakunya jenayah. Maka tumpuan seharusnya kepada proses mensosialisasikan kanak-kanak. Tingkahlaku devians di kalangan orang dewasa bermula daripada awal lagi iaitu daripada usia remaja lagi. Soalannya ialah, bilakah masa yang paling sesuai untuk melakukan pencegahan? Bagaimanakah kita boleh memastikan kanak-kanak berada di landasan yang betul sebelum terlambat?
AKTIVITI 7.1 1.
Berikan satu contoh kawalan sosial formal dan tidak formal.
2.
Jelaskan bagaimana Malaysia.
7.3.5
pencegahan
jenayah
dilaksanakan
di
Undang-undang dan Masyarakat
Sekiranya anda ingin menjadikan jenayah sebagai kerjaya anda maka terdapat tiga perkara penting yang perlu diambil kira. (i)
Kemungkinan anda tidak akan dihukum atas jenayah yang anda lakukan.
(ii)
Sekiranya anda dihukum kemungkinan hukuman itu dijalankan beberapa tahun selepas kejadian tersebut.
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
W
149
(iii) Kemungkinan hukuman itu tidak berat sangat, terutamanya pada beberapa kali yang awal anda ditangkap. Untuk mengetahui mengapakah perkara-perkara ini boleh berlaku kita mesti mengkaji sistem perundangan dan pihak polis.
Rajah 7.1: Pihak polis
Sejauh manakah berkesannya perkhidmatan polis (sila lihat Rajah 7.1) dalam mencegah jenayah? Pihak polis di negara Kanada dan Amerika menghabiskan sedikit masa sahaja mencari mereka yang melanggar undang-undang. Sebaliknya, mereka akan bertindak untuk menyelesaikan masalah kes jenayah sekiranya ada laporan yang diterima. Kemungkinan besar penjenayah tidak ditangkap adalah disebabkan terdapat bilangan tinggi jenayah yang tidak dilaporkan. Setiap beberapa tahun, pihak polis di Amerika akan menemubual 60,000 penduduk daripada anggota rumah untuk bertanya tentang kejadian jenayah. Soalan yang diutarakan ialah, „Adakah kejadian jenayah tersebut dilaporkan?‰ Separuh daripada jawapannya ialah tidak. Kejadian kecurian merupakan yang paling sedikit (25%) manakala kecurian kereta yang paling banyak dilaporkan (73%). Kecurian kereta dilaporkan disebabkan individu tidak boleh mendapatkan tuntutan insurans sekiranya tiada laporan polis dan beliau juga menganggap pihak polis akan menjumpai keretanya. Ada juga individu yang enggan melaporkan kejadian jenayah disebabkan kurang yakin dengan perkhidmatan polis. Mengikut statistik (World Values Survey, 1981-1983) rakyat Kanada mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap perkhidmatan polisnya (89%) manakala rakyat Mexico mempunyai keyakinan yang paling rendah (31%). Apabila kejadian jenayah tidak dilaporkan maka tidak mungkin polis boleh bertindak. Maka kemungkinan besar penjenayah dapat melarikan diri disebabkan mangsa tidak melaporkannya.
150 X
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
Walaupun kejadian jenayah dilaporkan masih terdapat kesukaran untuk pihak polis mencari penjenayah tersebut. Mengikut statistik (Interpol, 1992) di Amerika 67.2% kes pembunuhan dapat diselesaikan manakala di Sepanyol adalah lebih tinggi iaitu 89.3%. penyelesaian kes pembunuhan dapat diselesaikan. Ini adalah disebabkan sering kali pembunuhan dilakukan mengikut tindakan emosi oleh rakan atau saudara mara mangsa. Selalunya pembunuh dapat ditangkap ditempat kejadian manakala yang lainnya disebabkan ada motif. Begitu juga dengan kes merogol dan serangan Pihak polis mendapat pertolongan mangsa yang terlibat. Polis di Kanada mempunyai rekod terbaik dalam jenayah mencuri (21%) dimana satu di antara lima kes dapat diselesaikan. Jelas bahawa wujudnya penjara tidak akan menghindar jenayah daripada berlaku sebab penjenayah tidak nampak kemungkinan akan dihukum. Bagaimana pula dengan mereka yang ditangkap atas kejadian jenayah? Di 7.2 ramai yang ditangkap kerana melakukan jenayah tetapi KanadaAKTIVITI dan Amerika tidak dihukum. Pertama, pihak pendakwa tidak menjatuhkan tuduhan disebabkan prosedur penangkapan yang tidak lengkap ă pegawai tidak mengikut peraturan dengan teliti atau fail tidak lengkap. Maka tuduhan tidak dapat dikemukakan sebab kurang bukti; saksi tidak hadir di mahkamah. Kebanyakan daripada kes ini diringankan hukumannya. Ini mengurangkan kos pembelanjaan prosedur mahkamah (sila lihat Rajah 7.2) dan pada masa yang sama mengurangkan tahap hukuman. Ramai penjenayah yang tidak dimasukkan dalam penjara tetapi diletakkan di bawah percubaan. Di samping itu, bilangan hari dalam penjara dan di luar adalah beza. Tiga hari dalam penjara sama dengan empat hari di dunia luar.
Rajah 7.2: Sistem mahkamah
Zeisel (1982) meringkaskan sistem perundangan jenayah di Amerika dalam setiap 1,000 kejadian jenayah;
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
W
151
•
540 yang dilaporkan,
•
65 ditangkap,
•
daripada 65 yang ditangkap, 36 dihukum dan kebanyakannya adalah kes juvenil,
•
daripada 36 yang dihukum, 17 dipenjarakan,
•
daripada 17 yang dipenjarakan, 3 dihukum penjara lebih daripada setahun.
Maka boleh dikatakan bahawa kejadian jenayah tidak sangat dihalang dan mereka yang melakukannya pula berkemungkinan akan mengulanginya.
AKTIVITI 7.2 Sejauh manakah keyakinan anda terhadap perkhidmatan polis di Malaysia? Bincangkan.
•
Kawalan sosial penting dalam sesebuah masyarakat sebagai usaha untuk memastikan ahli masyarakat akur kepada norma masyarakat.
•
Kawalan sosial boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kawalan sosial tidak formal dan kawalan sosial yang formal.
•
Kawalan sosial yang tidak formal adalah seperti kawalan yang terdapat dalam kumpulan tekanan dan kumpulan yang padu di mana ahli dalam kumpulan akan mempengaruhi keakuran dan konformiti ahlinya.
•
Kawalan sosial yang formal melibatkan pencegahan yang merangkumi aspek perundangan.
•
Tingkahlaku devians berpunca daripada keadaan fisiologi, psikologi, psikososial dan sosiologi.
•
Terdapat teori-teori yang menjelaskan tingkahlaku devians seperti teori anomie, structural strain, budaya transmisi, differential association, konflik, labeling, dan pengawalan. Teori-teori ini memberi gambaran yang jelas tentang sebab dan akibat wujudnya masalah devians dalam masyarakat.
152 X
TOPIK 7 KAWALAN SOSIAL DAN DEVIANS
Devians
Penjelasan psiko-sosial
Jenayah
Penjelasan sosiologi
Jenayah juvana
Perpaduan kumpulan (cohesiveness)
Jenayah kolar putih
Polis
Jenayah terancang
Punca devians
Jenayah yang dilakukan oleh kerajaan
Tekanan kumpulan (group pressure)
Kawalan sosial
Teknologi
Kawalan sosial formal
Teori anomie
Kawalan sosial tidak formal
Teori budaya
Keakuran
Teori differential association
Konformiti
Teori konflik
Mahkamah
Teori labeling
Pencegahan
Teori pengawasan
Penjelasan fisiologi
Teori structural strain
Penjelasan psikologi
Teori transmisi
Gelles, J. G., & Levine, A. (1995). Sociology: An introduction. New York: McGraw-Hill. Hughes, M., & Kroehler, C. J. (2008). Sociology: The core. Boston: McGraw-Hill. Schaefer, T. R., & Lamm, R. P. (1992). Sociology. New York: McGraw-Hill. www.mhhe.com/hughes8 http://www.fbi.gov/