Tugas Mata Kuliah Bahasa Indonesia Semester 1 Jurusan Ilmu Pemerintahan , Fisip URDeskripsi lengkap
karangan
Descripción: Metodologi penelitian
keganasan rumah tanggaFull description
Full description
Full description
KERTAS KERJA YANG DIRANCANG UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS SK ALAI MELIHAT DENGAN LEBIH DEKAT PEMBUATAN COKLAT DAN MINUMAN KESIHATAN
Kertas Kerja Lawatan Ke Pesta Buku 2018Full description
1234asjdhkjhadfDeskripsi lengkap
Full description
karangan
-Full description
Jenis Karangan: Keperihalan / Ceritakan pengalaman
Kamu menyertai program lawatan sambal belajar ke rumah anak yatim. Selaku peserta program tersebut, kamu dikehendaki menulis satu karangan yang bertajuk “Lawatan
ke Rumah Kanak-kanak Taman Bakti, Kepala Batas”.
Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah menyertai lawatan ke Rumah Kanakkanak Taman Bakti, Kepala Batas yang dianjukan oleh pihak sekolah. Rumah kanakkanak itu terletak di Kepala Batas, Seberang Perai. Sebanyak 40 orang murid dan 4 orang guru pengiring telah mengambil bahagian. Lawatan tersebut bertujuan untuk menyemai sikap keprihatinan dalam kalangan murid. Selain itu, lawatan sedemikian juga dapat menanam sikap kasih saying dan mengeratkan silaturahim.
Pada jam 7.30 pagi, saya dan rkan-rakan
berkumpul di pekarangan sekolah. Kami dating dengan membawa pakaian, makanann dan minuman yang akan disumbangkan kepada kanak-kanak. Ketua guru pengiring, Cikgu Tan Beng Hui telah mengambil kedatangan. Selepas semua peserta sampai, beliau pun memberikan taklimat ringkas. Beliau telah mengingatkan kami agar menjaga disiplin diri dan mematuhi arahan guru pengiring. Bas yang kami sewa telah tiba pada masa yang dijadualkan. Kami beratur dengan tertib untuk menaiki bas. Perjalanan ke sana lebih kurang 1 jam. Rombongan kami tiba di destinasi kira-kira jam 10 pagi. Ketibaan kami telah disambut mesra oleh pengurus rumah kanak-kanak itu.
Beliau bernama Kee Khar Kiang.
Puan Kee
mengalu-alukan kedatangan kami. Beliau telah membawa kami masuk ke dalam itu,rumah kanak-kanak itu. Puan Kee telah menerangkan latar belakang penubuhan rumah kanak-kanak itu kepada kami. Kami difahamkan bahawa kebanyakan kanakkanak yang tinggal di situ ialah anak yatim atau anak yatim piatu. Kami telah disajikan dua buah tarian yang telah dipersembahkan oleh kanakkanak rumah itu.
Saya dan rakan-rakan bertepuk tangan sebaik-baik sahaja
persembahan itu bermula. Tarian pertama ialah Tarian Joget. Pergerakan para penari sungguh lemah-lembut. Kemudian, diikuti pula dengan Tarian Kipas. Selepas itu, giiliran kami pula untuk membuat persembahan. Saya dan dua orang sahabat akrab iaitu Ravi dan Darren telah mempersembahankan silap mata yang memukau
pandangan. Kanak-kanak rumah itu begitu teruja. Mata mereka terbeliak dan mulut mereka terlopong apabila kami bersembah. Saya berasa seronok sekali. Kami telah menerima tepukan gemurah daripada mereka. Kudapan telah disediakan oleh Puan Kee dan kakitangannya. Setelah berjamu selera, kami pun berehat sambil bersembang dengan kanak-kanak rumah itu. Kami berbual mesra sambil bergurau senda. Pada jam 4 petang, kami mengadakan acara sukaneka di padang.Antara acara yang dipentingkan termaksuklah lari dalam guni,kerusi muzik, meniup belon, tarik tali dan sebagainya.Suasana di padang sungguh meriah dan ceriah.Kami telah bersorak-sorai untuk memberikan sokongan kepada para peserta. Mereka yang menang telah menerima hadiah yang disediakan oleh guru pengiring. Wajah kanak-kanak yang menerima hadiah begitu jernih sekali. Sebelum pulang, Cikgu Tan telah menyerahkan sumbangan yang kami berikan kepada Puan Kee. Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kami. Kami telah bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan. Pengalaman melawat ke rumah kanak-kanak sungguh bermakna.
Saya
berharap agar berpeluang untuk berkunjung ke sana lagi pada masa-masa akan datang.