ISI PENTING 73 TEMA/BIDANG/TAJUK UNTUK PENULISAN KARANGAN TAJUK 1 - 10 1. PERINDUSTRIAN KEBAIKAN · Mengurangkan import · Meninggikan taraf hidup rakyat · Memajukan Negara · Menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat · Meningkatkan penggunaan bahan mentah tempatan KEBURUKAN · Meningkatkan penerokaan hutan · Meningkatkan kadar pencemaran alam sekitar · Menyebabkan peningkatan masalah sosial · Meninggalkan/membiarkan bidang pertanian PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN · Memudahkan kerja atau tugas · Lebih praktikal dan sesuai · Kos pengeluaran lebih murah, jimat masa dan bahan · Tetapi menyebabkan pengangguran · Tetapi menyebabkan pengantungan kepada mesin atau robot 2. INDUSTRI DESA TUJUAN MEMAJUKAN · Meninggikan taraf hidup masyarakat desa · Boleh menjadi sumber rezeki terutamanya kepada sektor pelancongan · Mengajar masyaraka desa kemahiran hidup SAMBUTAN TERHADAP HASIL DESA · Tidak baik kerana masyarakat memandang rendah mutu kerja rakyat tempatan. · Tidak baik kerana tiada usaha yang meluas untuk memperkenalkan hasil kerja mereka · Tidak baik kerana pasaran agak terhad, iaitu hanya dalam industri pelancongan domestik. · Baik kerana harga pasaran yang berpatutan dan kualiti yang baik. · Baik kerana banyak pusat Industri desa seperti kraf tangan telah ditubuhkan · Baik kerana kerajaan menggalakkan industri pelancongan. AGENSI KERAJAAN · KEMAS, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Karyaneka dll. 3. ISU PEMBALAKAN KESAN PEMBALAKAN · Hutan Negara semakin pupus terutamanya jenis yang berharga · Pencemaran alam semakin meluas · Kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan hakisan sering berlaku · Kehidupan haiwan liar dan Orang Asli terjejas USAHA-USAHA MENGEKALKAN HUTAN · Mewariskan kawasan hutan sebagai Taman Negara · Menggalakkan penanaman semula hutan yang telah ditebang · Kempen kesedaran terutamanya di kalangan pelajar · Penggubalan undang-undang yang ketat ISU PEMBALAKAN HARAM · Sukar dikesan kerana kawasan hutan negara yang luas, kekurangan anggota renjer hutan untuk mengawasi.
4. TEMPAT REKREASI
1
FUNGSI DAN PERANAN · Tempat berkumpul dan mengeratkan hubungan masyarakat · Kawasan kanak-kanak bermain · Tempat megadakan majlis seperti perkahwinan, pesta dan keramaian lain · Menghilangkan penat setelah bekerja · Menghijaukan kawasan udara yang segar dan nyaman SAMBUTAN MASYARAKAT · Mengecewakan kerana banyak tempat rekreasi dirosakkan (vandalisme) · Mengecewakan kerana kebersihan tidak dijaga dengan baik · Mengecewakan kerana hanya mengunjungi kawasan ini ketika cuti sahaja PENYEDIAAN KEMUDAHAN DI TAMAN REKREASI · Perlu menggunakan bahan yang tidak mudah rosak, berkarat dan tidak berbahaya · Perlu diperbanyak kawasan khas seperti ini. 5. PENSWASTAAN MAKSUD · Menyerahkan sebahagian besar perkhidmatan kerajaan untuk rakyat kepada pihak swasta yang berkemampuan. FAEDAH-FAEDAH · Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan peruntukan kerajaan boleh digunakan untuk projek lain yang lebih penting · Tahap perkhidmatan dapat ditingkatkan kerana berorientasikan keuntungan. · Menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna · Pelbagai peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan tahap kemahiran pekerja semakin tinggi · Meningkatkan daya saing yang tinggi dalam negara · Imej negara turut meningkat kerana keupayaan perkhidmatan kepada rakyat bergerak secara cekap dan efektif. PERKEMBANGAN PENSWASTAAN DI MALAYSIA · Dimulakan dengan era pemerintahan Tun Dr.Mahathir Mohamad (PM ke-4) dan antara kementerian dan jabatan kerajaan yang telah diswastakan ialah TELEKOM, TNB, POS MALAYSIA dan INDAH WATER. · Selain Malaysia, Britain merupakan negara yang turut giat menjalankan dasar penswastaan. 6. INDUSTRI PERIKANAN MASALAH · Hasil tangkapan yang kurang kerana teknologi penangkapan lama seperti kapal yang kecil, pukat dan tidak menggunakan teknologi untuk mengesan ikan (sonar) · Pendapatan rendah ekoran musim tengkujuh dan kewujudan peraih yang mengaut keuntungan besar. PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN · Agak terhad · Penggunaan teknologi mampu mengubah hasil nelayan · Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. SUMBANGAN INDUSTRI PERIKANAN · Membekalkan keperluan ikan aegara AGENSI KERAJAAN · Kementerian Pertanian dan Jabatan Perikanan 7. AGENSI KERAJAAN JENIS · Berkanun dan tidak berkanun PERANAN · Membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat · Memberi penerangan dan bantuan teknikal kepada rakyat seperti baja, benih dan kemahiran. · Memastikan semua program kerajaan berjalan lancar KEBERKESANAN · Berjaya memajukan rakyat · Tetapi memerlukan tahap kerjasama rakyat yang tinggi dan kos yang tinggi.
2
ANTARA AGENSI KERAJAAN · KEMAS, MARDI, RRIM, KADA, PELADANG dll. 8. KEMPEN TUJUAN · Menyedarkan masyarakat mengenai sesuatu perkara · Memberitahu masyarakat tentang projek kerajaan dan sebagainya. · Meminta kerjasama masyarakat untuk menjayakan sesuatu program · Meningkatkan taraf kehidupan rakyat KEBERKESANAN · Berkesan seperti acara-acara Sukan, dasar kerajaan (contoh: 1Malaysia) dan Pilihan raya. · Tidak berkesan seperti Kempen Kemalangan Jalan Raya, Kempen Kebersihan, Kempen Cintai Sungai Kita. 9. INDUSTRI PELANCONGAN USAHA DAN CARA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN · Memberi diskaun insentif kepada industri pelancongan negara · Mengadakan hari melancong atau tahun melancong/tahun melawat · Memperbanyak kawasan/destinasi pelancongan negara · Meningkatkan industri kraftangan negara · Meningkatkan kadar kebersihan dan kecekapan sistem pengangkutan negara KESAN INDUSTRI PELANCONGAN · POSITIF Ø Menggalakan pertumbuhan ekonomi negara Ø Memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Ø Memperkenalkan nama dan budaya negara kepada orang luar · NEGATIF Ø Menularnya budaya tidak sihat daripada negara lain Ø Peningkatan harga barangan terutamanya di destinasi pelancongan yang boleh menjejaskan orang tempatan. 10. PERUMAHAN MASALAH PERUMAHAN KINI · Rumah kos rendah terlalu kecil bilangannya dan harganya agak mahal · Kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan mengikut jadual · Kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank dan pihak tertentu untuk membeli rumah · Mutu rumah yang masih dipertikaikan. USAHA-USAHA MENGATASI MASALAH · Kerajaan perlu mengenakan tidakan tegas kepada pemaju yang gagal menyiapkan projek mereka · Pembinaan rumah kos rendah perlu diperbanyak dan diberi insentif AGENSI TERBABIT · Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
11. LEBUH RAYA PERKEMBANGAN LEBUH RAYA · Terdapat banyak lebuh raya di Negara ini seperti Lebuh raya Utara – Selatan, Lebuh raya Timur – Barat, Lebuh raya KL – Seremban, Lebuh raya Damansara, Lebuh raya Sprint, Lebuh raya Cheras – Hulu Kelang, lebuh raya Pantai Timur dll. FUNGSI LEBUH RAYA · Memudahkan perjalanan antara sesuatu tempat · Mengurangkan kadar kemalangan jalan raya · Meningkatkan lagi kepesatan ekonomi terutamanya di kawasan bandar baru di sepanjang lebuh raya · Merapatkan hubungan antara negeri-negeri ISU BERKAITAN LEBUH RAYA
3
· Kenaikan kadar tol yang dianggap keterlaluan · Pembinaan beberapa lebuh raya yang dianggap mengancam kehidupan masyarakat seperti terlalu hampir dengan kawasan kediaman dan bunyi bising. 12. PENGIKLANAN ISU-ISU PENGIKLANAN · Mempergunakan wanita seksi, wajah cantik dan tampan sahaja · Memperdayakan pengguna membeli barangan yang kurang diperlukan atau membazir sahaja · Meninggikan harga barangan kerana kos iklan PENGARUH IKLAN · POSITIF Ø Memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan barangan yang terbaik. Ø Menjadikan persaingan lebih sihat antara pengeluar barangan · NEGATIF Ø Pengguna membeli semua barangan yang difikirkan menarik Ø Harga barangan terlalu mahal Ø Mewujudkan pengguna yang mementingkan jenama barangan sahaja 13. SUKAN FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN · Menyihatkan badan dan mengurangkan risiko penyakit · Meningkatkan lagi keyakinan diri dan keupayaan melakukan sesuatu · Mengelakkan pembabitan dalam aktiviti yang kurang sihat seperti dadah dan lepak · Dapat bertemu dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat USAHA-USAHA MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA · Melantik jurulatih asing untuk meningkatkan kemampuan ahli sukan Negara · Mendirikan pelbagai kemudahan sukan bertaraf antarabangsa · Menawarkan diri menjadi tuan rumah kejohanan sukan bertaraf dunia. · Memberi pelbagai insentif kepada ahli sukan yang berjaya · Mengadakan pelbagai program sukan di peringkat bawah (muda) dalam kalangan masyarakat dan di sekolah. ACARA SUKAN · Kejohanan Piala Thomas dan Bola Sepak Piala Dunia · SUKMA 14. ISU KEPENDUDUKAN ISU RAKYAT TERMISKIN · Masih ada tetapi jumlahnya semakin kurang · Garis kemiskinan ialah RM750 sebulan (perkapita 2007) · Pendapatan isi rumah bawah RM3000.00 sebulan (2011) · Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dilancarkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini. MIGRASI DAN PERPINDAHAN PENDUDUK · Migrasi penduduk lebih tinggi di kawasan Pantai Barat dan tertumpu di kawasan Bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, dan Ipoh. · Migrasi berkait rapat dengan peluang pekerjaan ISU KEPADATAN PENDUDUK · Kerajaan pernah bercadang untuk mempunyai 70 juta penduduk menjelang 2020 · Tempat tinggal yang sempurna · Kawasan negara masih lagi luas berbanding dengan negara-negara jiran lain · Kepadatan penduduk yang tinggi membolehkan negara mempunyai tenaga buruh yang ramai · Pasaran tempatan yang luas untuk keluaran kilang · Keupayaan untuk mempertahankan negara daripada sebarang ancaman luar AGENSI KERAJAAN · Lembaga Perancangan Kependudukan Negara (LPPKN) 15. BADAN KEBAJIKAN/SUKARELA (NGO)
4
SUMBANGAN · Memberi bantuan makanan, pakaian dan keperluan lain ketika kecemasan seperti banjir, kebakaran dan sebagainya. · Mengadakan jualan amal, makan amal untuk mengutip derma bagi kumpulan-kumpulan sosial tertentu seperti untuk orang pekak dan bisu dan cacat. MASALAH-MASALAH · Kekurangan sambutan masyarakat untuk menganggotai pertubuhan ini · Kekurangan sokongan kewangan dan peralatan · Sering dipandang rendah kerana bersifat kebajikan CONTOH · PERKIM, MERCY, Kelab ROTARY dan Kelab Lions · PEMADAM dll. 16. PENCEMARAN ALAM PUNCA-PUNCA · Pembalakkan yang tidak terancang dan haram · Pembuangan sisa toksik ke dalam saliran, sungai dan laut · Bunyi bising pembinaan dan kenderaan · Ketidakpekaan masyarakat terhadap alam sekitar · Kekurangan peruntukan undang-undang untuk mengawal merebaknya gejala ini · Kegunaan pengangkutan yang tinggi – tumpahan minyak kapal USAHA-USAHA MENGATASI · Mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang bersalah mencemar · Mengadakan kempen menyeluruh terutama kepada golongan muda · Mengadakan usaha menanam semula kawasan hutan yang telah ditebang · Mengadakan penyelidikan menyeluruh terhadap pencemaran alam. KESAN-KESAN PENCEMARAN ALAM · Peningkatan kes-kes penyakit seperti lelah, masalah pendengaran dan sebagainya. · Bencana alam seperti banjir/tanah runtuh dan lain-lain · Menghasilkan generasi yang tidak sihat atau terdedah kepada pencemaran · Menyebabkan kos perubatan individu semakin meningkat malah mengorbankan nyawa. 17. GOTONG ROYONG/KERJASAMA KEBAIKAN · Mewujudkan semangat positif dan memudahkan sesuatu tugas dilaksanakan · Mengurangkan kos dan tenaga ketika menjalankan sesuatu majlis · Meningkatkan lagi semangat perpaduan dan harmoni dalam kalangan kaum · Memastikan negara terus dalam keadaan aman. CARA-CARA GALAKAN · Mengadakan kempen dalam kalangan golongan muda · Menjadikan aktiviti ini satu aktiviti wajib dalam kalangan masyarakat setempat 18. SAMBUTAN HARI PERAYAAN/KEBESARAN KESAN-KESAN BAIK · Meningkatkan hubungan dan interaksi antara kaum dan seterusnya perpaduan kaum · Meningkatkan pengetahuan satu sama lain mengenai budaya kaum lain terutamanya dalam kalangan golongan muda · Meninggikan lagi imej negara sebagai sebuah negara yang aman dan berbilang kaum JENIS PERAYAAN · Perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas dan Deepavali. 19. ADAT RESAM/ISTIADAT FUNGSI DAN PERANAN · Menonjolkan budaya sesuatu kaum · Satu cara atau tanda menghormati generasi tua daripada generasi muda · Menonjolkan nilai-nilai murni dan hormat-menghormati · Memastikan kesinambungan budaya sesuatu kaum diteruskan generasi ke generasi · Memastikan peraturan dan saling bergantungan anggota masyarakat di amalkan AMALAN ADAT RESAM KINI
5
· Masih lagi diamalkan terutamanya dalam majlis perkahwinan dan sebagainya · Namun semakin lama semakin hilang terutamanya dalam kalangan generasi muda yang mementingkan hubungan secara teknologi. 20. ISU PENGANGGURAN PUNCA-PUNCA · Masalah ekonomi negara/dunia yang mengalami kemelesetan · Sikap masyarakat yang terlalu memilih kerja · Kekurangan kemahiran dan pendidikan yang sesuai dengan pekerjaan semasa · Sikap malas dan mengharapkan bantuan kerajaan USAHA–USAHA MENGATASI · Mengadakan kursus dan bengkel untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang lain kepada penganggur · Membuka lebih banyak kawasan perindustrian untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan · Memberi bantuan kewangan kepada belia yang ingin berniaga · Menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menggalakkan pelaburan asing dalam negara. KESANNYA · Meningkatnya pembabitan dalam kegiatan jenayah · Menimbulkan masalah keluarga terutama kepada anak dan isteri · Merugikan dan menjejaskan keupayaan negara untuk membangun · Memberi imej buruk kepada negara terhadap dunia luar ...tajuk seterusnya akan disambung dari semasa ke semasa
6