1.0 PENGENALAN Industri elektrik & elektronik (E&E) adalah sektor utama dalam sektor perkilangan Malaysia, menyumbang sejumlah besar kepada keluaran perkilangan negara (31 peratus), eksport (48.7 peratus) dan guna tenaga ten aga (33.7 peratus). Pada 2010, keluaran kasar k asar industri ini adalah sebanyak RM166.2 bilion (AS$55.8 bilion), eksport sebanyak RM249.8 bilion (AS$83.8 bilion) dan menjana peluang-peluang pekerjaan bagi 336,408 orang. Destinasi-destinasi utama utama eksport adalah Amerika Syarikat, China dan Singapura manakala destinasi-destinasi utama import adalah Taiwan, Amerika Syarikat dan Korea Selatan. E&E Malaysia mempunyai asas yang kukuh dalam bidang semikonduktor dan elektronik perindustrian. Hampir setiap syarikat terkemuka dunia, daripada Intel hingga ke Texas Instruments, memiliki operasi semikonduktor di Malaysia. Dalam elektronik perindustrian, Agilent, sebuah syarikat peneraju global dalam bidang pengujian dan pengukuran, mengeluarkan sebahagian besar daripada peralatan pengukuran elektroniknya di Pulau Pinang. Manakala ABB pula, peneraju global dalam automasi dan transmisi serta pengedaran, mempunyai ibu pejabat serantau untuk pasaran yang semakin meluas (Timur Tengah, Asia Tenggara, Asia Selatan) di Lembah Klang. Selain itu, terdapat sektor yang semakin berkembang secara global pada tahap lebih daripada 20 % setahun, seperti teknologi solar photovoltaic (solar) dan diod pemancar cahaya (LED), di mana Malaysia telah pun mempunyai rangkaian syarikat yang mantap dan bersedia untuk menguasai pertumbuhan global dalam kapasiti perkilangan.
Meskipun demikian, sektor E&E kita menghadapi cabaran hebat dalam mempertahankan pertumbuhannya akibat persaingan dari China, Taiwan, Singapura dan negara-negara Asia lain. Selama 10 tahun kebelakangan ini, peratusan eksport E&E Malaysia telah menurun. Tambahan pula, fokus Malaysia pada E&E secara tradisinya adalah pada pemasangan, bahagian nilai tambah lebih rendah dalam industri, sementara negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan dan Singapura telah menguasai aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk dan perkilangan.
2.0 DATA NILAI PELABURAN SEKTOR INDUSTRI ELEKTRONIK 2000 HINGGA 2011. Jadual 1. : Data Nilai Pelaburan Sektor Industri Elektronik Bagi Tahun 2000 Hingga 2011 Tahun /
Pelaburan Domestik
Pelaburan Asing
Jumlah
Jenis Pelaburan
(RM Juta)
(RM Juta)
(RM Juta)
2000
1 856.5
16 796.5
18 652.9
2001
918.3
6 060.3
6 978.6
2002
1645.5
*N/A
*N/A
2003
1 347.7
3 652.3
5 000.0
2004
1 800.9
6 800.0
8 600.9
2005
2 474.8
11 318.9
13 793.7
2006
1 422.2
8 601.5
10 023.7
2007
1 374.5
13 737.1
15 111.6
2008
440.9
17 332.1
17 773.0
2009
770.0
3 975.9
4 745.9
2010
1 451.3
11 842.3
13 293.6
2011
1 357. 7
18 703.7
20 061.4
Jumlah
15 214.8
118 820.6
134 035.3
(Sumber: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, MITI)
2.1 Analisis Nilai Pelaburan Mengikut Tahun 20 ) 15 % ( s u10 t a r e P 5
0 2 000
2 00 1
20 03
2 00 4
2 0 05
2 0 0 6 20 07 Tahun
20 08
2 00 9
201 0
20 1 1
Rajah 1 : Jumlah Nilai Pelaburan Sektor Industri Elektronik Tahun 2000 hingga 2011 Rajah 1 menunjukkan jumlah nilai pelaburan sektor industri elektronik pada tahun 2000 hingga 2011. Jumlah nilai pelaburan sektor industri elektronik menunjukkan pola tidak stabil. Pada tahun 2000, pola jumlah pelaburan sektor industri elektronik ialah menurun sehingga pada tahun 2003. Kemudian, pola tersebut naik pada tahun 2004 seterusnya pada tahun 2005. Pada tahun 2006 pula, pola jumlah pelaburan sektor industri elektronik kembali menurun. Namun, polanya semakin meningkat dari tahun 2007 hingga 2008. Pada tahun 2009, pola jumlah nilai pelaburan menurun secara mendadak. Seterusnya pada tahun 2010 dan 2011, pola menunjukkan peningkatan drastik. 15 ) % 10 ( s u t a r e 5 P
0 2 000
20 01 Tahun
20 03
Rajah 2 : Jumlah Nilai Pelaburan Sektor Industri Elektronik bagi Tahun 2000, 2001 dan 2003
Rajah 2 menunjukkan jumlah nilai pelaburan sektor industri elektronik tahun 2000, 2001 dan 2003. Berdasarkan Rajah 2, jumlah pelaburan sektor industri elektronik bagi tahun 2000, 2001 dan 2003 menunjukkan pola menurun. Jumlah pelaburan pada tahun 2000 sebanyak RM 18 652.9 juta atau 13.9 peratus (%) turun kepada RM 6 978.6 juta 5.2 peratus (%) pada tahun 2001. Penurunan sebanyak RM 11 674.3 juta atau 62.6 peratus (%). Pada tahun 2003, jumlah pelaburan industri elektronik telah menurun kepada RM 5 000.0 juta atau 3.7 peratus (%). Penurunan adalah sebanyak RM 1 978.6 juta atau 28.4 peratus (%). Faktor penurunan jumlah pelaburan sektor industri elektronik ini disebabkan punca penurunan jumlah pelaburan kerana banyak pelabur memindahkan pelaburan ke negara lain yang mempunyai kos lebih rendah dalam industri. 12 10 ) % ( 8 s u 6 t a r e 4 P 2 0 2004
2005 Tahun
2006
Rajah 3: Jumlah Nilai Pelaburan Sektor Industri Elektronik bagi Tahun 2004, 2005 dan 2006 Rajah 3 menunjukkan jumlah nilai pelaburan industri elektronik tahun 2004, 2005 dan 2006. Berdasarkan rajah 3, pola jumlah nilai pelaburan industri elektronik tahun 2004, 2005 dan 2006 ialah tidak stabil iaitu peningkatan dari tahun 2004 ke 2005 kemudian berlaku penurunan pada tahun berikutnya iaitu 2006. Pada tahun 2004, jumlah pelaburan industri elektronik meningkat sebanyak RM 3 600.9 juta atau 72.0 peratus (%) menjadi RM 8 600.9 juta atau 6.4 peratus (%). Pada tahun 2005, jumlah pelaburan industri elektronik telah meningkat kepada RM 13 793.7 juta atau 10.3 peratus (%). Peningkatan adalah sebanyak RM 5 192.8 juta atau 60.4 peratus (%). Seterusnya pada tahun 2006, berlaku penurunan pada jumlah pelaburan industri elektronik iaitu sebanyak RM 3 770.0 juta atau 27.3 peratus (%) menjadi RM 10 023.7 juta atau 7.5 peratus (%).Punca penurunan pelaburan ini ialah pelabur tempatan telah mengambil alih industri itu
daripada pelabur asing. Punca pelaburan tidak stabil ini ialah pelabur asing yang berwaspada terhadap dasar kerajaan Malaysia. 14 12 ) 10 % ( s 8 u t 6 a r e P 4 2 0 2007
2008 Tahun
2009
Rajah 4 : Jumlah Nilai Pelaburan Sektor Industri Elektronik bagi Tahun 2007, 2008 dan 2009 Rajah 4 menunjukkan jumlah nilai pelaburan sektor industri elektronik bagi tahun 2007, 2008 dan 2009. Berdasarkan rajah 4, pola jumlah nilai pelaburan sektor industri elektronik juga tidak stabil. Pada tahun 2007, pola meningkat ke 2008 namun kembali menurun tetapi secara mendadak pada tahun 2009. Pada tahun 2007, jumlah pelaburan industri elektronik meningkat kepada RM 15 111.6 juta atau 11.3 peratus (%). Peningkatan adalah sebanyak RM 5 087.9 juta atau 50.8 peratus (%). Pada tahun 2008, jumlah pelaburan industri elektronik meningkat lagi sebanyak RM 2 661.4 juta atau 17.6 peratus (%) menjadi RM 17 773.0 juta atau 13.3 peratus (%). Pada tahun 2009 pula, jumlah pelaburan industri elektronik ialah RM 4 745.9 juta atau 3.5 peratus (%). Ini menunjukkan berlaku penurunan yang banyak iaitu RM 13 027.1 juta atau 73.3 peratus (%).
16 14 ) 12 % ( 10 s u 8 t a 6 r e P 4 2 0 2010
2011 Tahun
Rajah 5 : Jumlah Nilai Pelaburan Sektor Industri Elektronik bagi Tahun 2010 dan 2011 Rajah 5 menunjukkan jumlah nilai pelaburan sektor industri elektronik bagi tahun 2010 dan 2011. Berdasarkan rajah 5, pola jumlah nilai pelaburan sektor industri elektronik bagi tahun 2010 hingga 2011 ialah meningkat. Pada tahun 2010, berlaku peningkatan pada jumlah pelaburan industri elektronik iaitu sebanyak RM 8 547.7 juta atau lebih tiga kali ganda berbanding tahun 2009, menjadi RM 13 293.6 juta atau 9.9 peratus (%). Pada tahun 2011 pula, jumlah pelaburan industri elektronik ialah RM 20 061.4 juta atau 15.0 peratus (%) iaitu peningkatan sebanyak RM 6 767.8 juta atau 50.9 peratus (%).Punca peningkatan pelaburan ini kerana kerajaan Malaysia melaksanakan insentif pengecualian cukai kepada pelabur.
2.2 Analisis Nilai Pelaburan Domestik Jadual 2: Nilai Pelaburan Domestik (RM j) Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 JUMLAH
Nilai pelaburan domestik (RM j) 1856.5 918.3 1645.5 1347.7 1800.9 2474.8 1422.2 1374.5 440.9 770.0 1451.3 1357.7 16860.3
Nilai pelaburan domestik (RM j) 3000 2500 2000 a t u j 1500 M R1000
Nilai pelaburan domestik (RM j)
500 0 200020012002200320042005200620072008200920102011
Tahun
Rajah 6: Graf Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2000 Hingga 2011
Nilai Pelaburan Domestik (RM j) 2000 ) j M R1500 ( k i t s e 1000 m o d n 500 a r u b a l 0 e p i a l i N
Nilai Pelaburan Domestik (RM j)
2000
2001
Tahun
Rajah 7: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2000 Hingga 2001 Rajah menunjukkan nilai pelaburan domestik bagi sektor industri elektronik yang diluluskan untuk tahun 2000 dan tahun 2001. Jumlah pelaburan bagi kedua tahun tersebut ialah RM2774.8j. Berdasarkan data yang ditemui, nilai pelaburan domestik bagi tahun 2000 ialah RM1856.5j yang mewakili 11% daripada jumlah keseluruhan dan bagi tahun 2001 ialah RM918.3j. Setelah dianalisis, didapati nilai pelaburan domestik bagi kedua-dua tahun tersebut telah menurun sebanyak RM938.2j. Ini bermaksud, nilai ini telah berkurang sebanyak 50.5 %.
Nilai pelaburan domestik (RM j)
36% 2001 64%
2002
Jumlah Nilai Pelaburan Domestik RM2563.8j
Rajah 8: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2001 Hingga 2002 Berdasarkan rajah di atas, nilai pelaburan domestik bagi sektor industri elektronik telah meningkat dari tahun 2001 ke tahun 2002. Pada tahun 2002, nilai pelaburan yang dicatatkan
ialah RM1645.5j yang mewakili 64% daripada jumlah pelaburan bagi kedua-dua tahun tersebut berbanding tahun 2001 iaitu RM918.3j (36%). Setelah dianalisis, berlaku peningkatan sebanyak 79.2% atau RM727.2j.
Nilai pelaburan domestik (RM j) 2000 ) j M R1500 ( k i t s e 1000 m o d n 500 a r u b a 0 l e p i a l i N
Nilai pelaburan domestik (RM j)
2002
2003
Tahun
Rajah 9: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2002 Hingga 2003 Seterusnya, nilai pelaburan domestik telah menurun semula. Ini dapat dilihat seperti dalam rajah di atas. Jumlah pelaburan domestic yang diluluskan bagi kedua-dua tahun tersebut ialah RM2993.2j. Pada tahun 2002, nilai pelaburan yang diluluskan ialah RM1645.5 yang mewakili 55% dan telah menurun kepada RM1347.7 pada tahun 2003. Ini bermaksud penurunan yang dicatatkan bernilai 18.1%.
Nilai pelaburan domestik (RM j) 2000 M R ( 1500 k i t s 1000 e m o d ) 500 n j a r 0 u b a l e p i a l i
Nilai pelaburan domestik (RM j)
2003
2004
Tahun
Rajah 10: Nilai Pelaburan Domestik Bagi Tahun 2003 Hingga 2004
Walaubagaimanapun, nilai tersebut telah meningkat semula sebanyak pada tahun berikutnya iaitu tahun 2004. Berdasarkan rajah 10, nilai pelaburan yang diluluskan pada tahun tersebut ialah RM1800.9j. Ini menjadikan nilai pelaburan domestik pada tahun 2004 meningkat sebanyak RM453 berbanding tahun 2003 yang mencatatkan nilai pelaburan sebanyak RM1347.7j. Jadi ini menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 33.6%.
Nilai pelaburan domestik (RM j) 3000 k i t s e 2000 m o d ) n j 1000 a r M u R b ( a 0 l e p i a l i N
Nilai pelaburan domestik (RM j)
2004
2005
Tahun
Rajah 11: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2004 Hingga 2005 Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2005, nilai pelaburan yang dicatatkan terus meningkat. Jumlah nilai pelaburan yang diluluskan bagi tahun 2004 dan 2005 ialah RM4275.7j. Berbanding tahun 2004, nilai pelaburan domestik yang dicatatkan pada tahun 2005 ialah RM2474.8j berbanding tahun 2004 yang hanya mencatat nilai pelaburan domestik sebanyak RM1800.9j. Setelah dianalisis, nilai tersebut telah meningkat sebanyak 37%.
Nilai pelaburan domestik (RM j) 3000 ) j M2500 R ( 2000 k i t s 1500 e m o 1000 d n 500 a r u 0 b a l e p i a l i N
Nilai pelaburan domestik (RM j)
2005
2006
Tahun
Rajah 12: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2005 Hingga 2006
Walau bagaimanapun, berdasarkan data tersebut, graf tidak mengekalkan pola menaik seperti tahun 2003 hingga tahun 2005. Hal ini demikian kerana, nilai pelaburan pada tahun 2006 telah menurun sebanyak 42.5% atau RM1052.6j berbanding yang dicatatkan pada tahun 2005 iaitu sebanyak RM2474.8j. Oleh itu, hanya sebanyak RM1422.2j pelaburan yang diluluskan di Malaysia untuk sektor industri elektronik.
Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2006 dan 2007 ) 1440 a t 1420 u J M1400 R ( n 1380 a r 1360 u b a 1340 l e P i a l i N
-3.35%
nilai pelaburan domestik
2006
2007
Tahun
Rajah 13: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2006 Dan 2007 Rajah di atas menunjukkan nilai pelaburan domestik Sektor Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) di Malaysia bagi tahun 2006 dan 2007. Pada tahun 2006 jumlah nilai pelaburan domestik sektor industri E&E ialah sebanyak RM 1422.2 juta iaitu bersamaan dengan 8.4 peratus. Manakala pada tahun 2007 jumlah pelaburan domestik telah menurun kepada RM 1374.5 juta iaitu bersamaan dengan 8.2 peratus. Jumlah ini mengalami sedikit penurunan iaitu sebanyak RM 47.7 juta yang mewakili -3.35 peratus.
Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2007 Dan 2008 1500 k i t s e m 1000 o ) D a n t u 500 a r J u M b R a ( 0 l e P i a l
-
2007
2008
Rajah 14: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2007 Dan 2008
Rajah 14 menunjukkan nilai pelaburan domestik Sektor Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) di Malaysia bagi tahun 2007 dan 2008. Pada tahun 2007 jumlah nilai pelaburan domestik sektor industri E&E ialah sebanyak RM 1374.5 juta iaitu bersamaan dengan 8.3 peratus. Manakala pada tahun 2008 jumlah pelaburan domestik telah menurun kepada RM 440.9 juta iaitu bersamaan dengan 2.6 peratus. Jumlah ini mengalami penurunan yang drastik iaitu sebanyak RM 933.6 juta yang mewakili -67.9 peratus.
Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2008 dan 2009 ) a t u J M800 R ( k i 600 t s e m o 400 D n a r 200 u b a l e 0 P i a l i N
74.6% Nilai Pelaburan Domestik
2008
2009
Tahun
Rajah 15: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2008 Dan 2009 Rajah di atas menunjukkan nilai pelaburan domestik Sektor Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) di Malaysia bagi tahun 2008 dan 2009. Pada tahun 2008 jumlah nilai pelaburan domestik sektor industri E&E ialah sebanyak RM 440.9 juta iaitu bersamaan dengan 2.6 peratus. Manakala pada tahun 2009 jumlah pelaburan domestik telah meningkat kepada RM 770.0 juta iaitu bersamaan dengan 4.6 peratus. Jumlah ini mengalami peningkatan iaitu sebanyak RM 329.1 juta yang mewakili 74.6 peratus.
Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2009 dan 2010 1600 M 1400 R ( k 1200 i t s 1000 e m 800 o d ) a n t u 600 a r J 400 u b a 200 l e p 0 i a l i N
88.5% Nilai Pelaburan Domestik
2009
2010
Tahun
Rajah 16: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2009 Dan 2010 Rajah di atas menunjukkan nilai pelaburan domestik Sektor Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) di Malaysia bagi tahun 2009 dan 2010. Pada tahun 2009 jumlah nilai pelaburan domestik sektor industri E&E ialah sebanyak RM 770.0 juta iaitu bersamaan dengan 4.6 peratus. Manakala pada tahun 2010 jumlah pelaburan domestik telah meningkat kepada RM 1451.3 juta iaitu bersamaan dengan 8.6 peratus. Jumlah ini mengalami peningkatan iaitu sebanyak RM 681.3 juta yang mewakili 74.6 peratus.
1500 M R ( k 1450 i t s e m 1400 o d ) a n t u a r J1350 u b a l e 1300 p i a l i N
Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2010 dan 2011 -6.4%
Nilai Pelaburan Domestik
2010
2011
Tahun
Rajah 17: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2010 Dan 2011 Rajah di atas menunjukkan nilai pelaburan domestik Sektor Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) di Malaysia bagi tahun 2010 dan 2011. Pada tahun 2010 jumlah nilai pelaburan domestik sektor industri E&E ialah sebanyak RM 1451.3 juta iaitu bersamaan dengan 8.6 peratus.
Manakala pada tahun 2011 jumlah pelaburan domestik telah menurun kepada RM 1357.7 juta iaitu bersamaan dengan 8.0 peratus. Jumlah ini mengalami sedikit penurunan iaitu sebanyak RM 93.6 juta yang mewakili -6.4 peratus. 2.3 Analisis Nilai Pelaburan Asing Jadual 3: Nilai Pelaburan Domestik Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 JUMLAH
Nilai pelaburan asing (RM j) 16796.5 6060.3 *N/A 3652.3 6800.0 11318.9 8601.5 13737.1 17332.1 3975.9 11842.3 18703.7 118820.6
Nilai pelaburan asing (RM j) 20000 ) j M R ( g 15000 n i s a n 10000 a r u b a l e 5000 P i a l I N 0
Nilai pelaburan asing (RM j)
2000 2001 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011
Tahun
Rajah 17: Graf Nilai Pelaburan Asing Dalam Sektor Industri Eletronik Tahun 2000 hingga 2011
) a t u j M 20000 R ( g n i 15000 s a n a r 10000 u b a l e 5000 p i a l i N 0 2000
2001 Tahun
Rajah 18: Nilai Pelaburan Asing Dalam Sektor Industri Eletronik Antara Tahun 2000 Dan 2001
Berdasarkan rajah 18, nilai pelaburan asing dalam sektor industri elektronik pada tahun 2000 adalah sebanyak RM 16796.5 juta yang mewakili 14.1 peratus. Manakala pada tahun 2001, nilai pelaburan asing dalam sektor yang sama adalah sebanyak RM 6060.3 juta atau mewakili 5.1 peratus. Ini menunjukkan nilai pelaburan asing dalam sektor industri elektronik pada tahun 2000 adalah lebih tinggi berbanding dengan tahun 2001 dan begitu juga dengan peratusanya. Dengan kata lain adanya peningkatan yang berlaku dari tahun 2000 ke tahun 2001 yang mana perbezaan peningkatan nilai pelaburan asing dan peratusanya pada kedua-dua tahun tersebut adalah sebanyak RM 10736.2 juta atau 9 peratus.
g n i s a ) n a 8000 a r t u6000 u j b a M l 4000 e R p ( i a 2000 l i N 0 2001
2003 Tahun
Rajah 19: Nilai Pelaburan Asing Tahun 2001 Dan 2003 Rajah 19 menunjukkan pada tahun 2001 nilai pelaburan asing dalam sektor industri elektronik adalah tinggi nilainya iaitu sebanyak RM 6060.3 juta manakala peratusanya ialah 5.1 berbanding tahun 2003. Namun begitu, nilai tersebut telah mengalami penurunan pada tahun 2003 dimana nilai pelaburan asing pada tahun itu adalah sebanyak RM 3652.3 juta atau mewakili 3.1 peratus. Perbezaan penurunan nilai pelaburan asing tersebut berlaku sebanyak RM 2408 juta antara tahun 2001 dan 2003. Manakala perbezaan peratusanya turut mengalami keadaan yang sama iaitu menurun sebanyak 2 peratus.
M R ( g n 8000 i s a ) n a 6000 a r t u u j 4000 b a l e 2000 p i a l 0 i N
2003
2004 Tahun
Rajah 20: Nilai pelaburan asing dalam sektor industri elektronik antara tahun 2003 dan 2004
Berdasarkan rajah 20 jelas menunjukkan bahawa nilai pelaburan asing dalam sektor industri elektronik pada tahun 2003 adalah lebih rendah berbanding tahun 2004, yang mana nilai tersebut adalah sebanyak RM 3652.3 juta atau mewakili 3.1 peratus. Walaupun begitu, telah berlaku peningkatan yang mana nilai pada tahun 2004 adalah tinggi iaitu sebanyak RM 6800 juta manakala peratusnya 5.7. Ini menunjukkan berlakunya peningkatan nilai dari tahun 2003 dan 2004 yang mana perbezaan peningkatan nilai dan peratusan adalah sebanyak RM 3147.7 juta atau 2.6 peratus.
) a t u j M12000 R ( g10000 n i s a 8000 n a r 6000 u b a 4000 l e 2000 p i a 0 l i N
2004
2005 Tahun
Rajah 21: Nilai Pelaburan Asing Dalam Sektor Industri Elektronik Pada Tahun 2004 Dan 2005 Rajah 21 menunjukkan tahun 2004 adalah lebih rendah nilai pelaburan asingnya dalam sektor industri elektronik berbanding tahun 2005 iaitu sebanyak adalah RM 6800 juta manakala peratusan adalah 5.7.
Pada tahun 2005 pula, nilai pelaburan asing dalam sektor industri
elektronik adalah sebanyak RM 11318.9 juta yang mewakili 9.5 peratus.
Walaupun nilai
pelaburan asing pada tahun 2004 adalah rendah namun adanya peningkatan pada tahun 2005. Perbezaan peningkatan peratusan bagi kedua-dua tahun tersebut adalah 3.8 peratus manakala perbezaan pertambahan nilai pelaburan asingnya adalah sebanyak RM 4518.9 juta
Nilai Pelaburan Asing (RMj) 16000 14000 12000 10000 8000
Nilai Pelaburan Asing (RMj)
6000 4000 2000 0 2006
2007
Rajah 22: Nilai Pelaburan Asing Tahun 2006 Dan 2007 Rajah diatas menunjukkan nilai pelaburan asing pada tahun 2006 dan 2007. Jumlah keseluruhan nilai pelaburan asing bagi kedua-dua tahun ialah sebanyak RM 22,338.6j. Pada tahun 2006, nilai pelaburan asing dalam industri eletronik ialah sebanyak RM8601.5j yang mewakili 38.5% daripada jumlah keseluruhan. Manakala pada tahun 2007 pula, nilai pelaburan asing mencatatkan sebanyak RM13737.1j dalam sektor industri elektronik di Malaysia iaitu sebanyak 61.5% daripada jumlah keseluruhan. Tambahan pula, perbezaan kedua-dua tahun ini menunjukkan peningkatan yang agak ketara iaitu meningkat sebanyak RM5135.6j pada tahun 2007 daripada jumlah pada tahun 2006 iaitu yang mewakili 23%.
Nilai pelaburan Asing (RMj)
20000 15000 Nilai pelaburan Asing (RMj)
10000 5000 0 2007
2008
Rajah 23: Nilai Pelaburan Asing Tahun 2007 Dan 2008
Rajah 23 menunjukkan nilai pelaburan asing pada tahun 2007 dan 2008. Jumlah keseluruhan nilai pelaburan asing bagi kedua-dua tahun ialah sebanyak RM 31,069.2j. Pada tahun 2007, nilai pelaburan asing dalam industri eletronik ialah sebanyak RM13737.1j yang mewakili 44.2% daripada jumlah keseluruhan. Manakala pada tahun 2008 pula, nilai pelaburan asing mencatatkan sebanyak RM17332.1j dalam sektor industri elektronik di Malaysia iaitu sebanyak 55.8% daripada jumlah keseluruhan. Perbezaan kedua-dua tahun ini menunjukkan peningkatan iaitu meningkat sebanyak RM3595.0j pada tahun 2008 daripada jumlah pada tahun 2007 iaitu yang mewakili 11.6%.
Nilai Pelaburan Asing (RMj) 3975.9
2008 17332.1
2009
Rajah 24: Nilai Pelaburan Asing Tahun 2008 Dan 2009 Rajah diatas menunjukkan nilai pelaburan asing pada tahun 2008 dan 2009. Jumlah keseluruhan nilai pelaburan asing bagi kedua-dua tahun ialah sebanyak RM 21308.0j. Pada tahun 2008, nilai pelaburan asing dalam industri eletronik ialah sebanyak RM17332.1j yang mewakili 81.34% daripada jumlah keseluruhan. Manakala pada tahun 2009 pula, nilai pelaburan asing mencatatkan sebanyak RM3975.9j dalam sektor industri elektronik di Malaysia iaitu sebanyak 18.66% daripada jumlah keseluruhan. Perbezaan kedua-dua tahun ini menunjukkan penurunan yang agak ketara iaitu berkurang sebanyak RM13356.2j daripada 2009 daripada jumlah pada tahun 2008 iaitu yang mewakili 62.68%.
Nilai Pelaburan Asing (RMj) 14000 12000 10000 8000 Nilai Pelaburan Asing (RMj)
6000 4000 2000 0 2009
2010
Rajah 25: Nilai Pelaburan Asing Tahun 2009 Dan 2010 Rajah diatas menunjukkan nilai pelaburan asing pada tahun 2009 dan 2010. Jumlah keseluruhan nilai pelaburan asing bagi kedua-dua tahun ialah sebanyak RM 15818.2j. Pada tahun 2009, nilai pelaburan asing dalam industri eletronik ialah sebanyak RM3975.9j yang mewakili 25.13% daripada jumlah keseluruhan. Manakala pada tahun 2010 pula, nilai pelaburan asing mencatatkan sebanyak RM11842.3j dalam sektor industri elektronik di Malaysia iaitu sebanyak 74.87% daripada jumlah keseluruhan. Perbezaan kedua-dua tahun ini menunjukkan peningkatan yang baik iaitu meningkat sebanyak RM7866.4j daripada 2010 daripada jumlah pada tahun 2009 iaitu yang mewakili 49.74%.
Nilai Pelaburan Asing (RMj)
11842.3 18703.7
2010 2011
Rajah 26: Nilai Pelaburan Asing Tahun 2010 Dan 2011
Rajah 26 menunjukkan nilai pelaburan asing pada tahun 2011 dan 2011. Jumlah keseluruhan nilai pelaburan asing bagi kedua-dua tahun ialah sebanyak RM 30546.0j. Pada tahun 2010, nilai pelaburan asing dalam industri eletronik ialah sebanyak RM11842.3j yang mewakili 38.77% daripada jumlah keseluruhan. Manakala pada tahun 2011 pula, nilai pelaburan asing mencatatkan sebanyak RM18703.7j dalam sektor industri elektronik di Malaysia iaitu sebanyak 61.23% daripada jumlah keseluruhan. Perbezaan kedua-dua tahun ini menunjukkan peningkatan iaitu meningkat sebanyak RM6861.4j pada tahun 2011 daripada jumlah pada tahun 2010 iaitu yang mewakili 49.74%. 3.0 FAKTOR DAN KESAN KETIDAKSTABILAN NILAI PELABURAN INDUSTRI ELEKTRONIK
3.1 Fasa Pertama (2000-2005) Merujuk kepada fasa satu iaitu antara tahun 2000 hingga 2005, menerusi Rancangan Malaysia ke-9, sumbangan industri Elektrik dan Elektronik (E&E) adalah sebanyak 28.0% daripada jumlah keseluruhan sumbangan industri bukan berasaskan sumber iaitu sebanyak 54.2%. Walaupun mengalami kadar pertumbuhan yang negatif pada kadar 24.8% pada tahun 2001, namun industri ini mencatat pertumbuhan pada kadar purata 3.0% setahun. Pencapaian tersebut terutamanya adalah berikutan permintaan yang berterusan terhadap barangan semikonduktor dan komponen elektrik yang lain khususnya daripada negara Amerika Syarikat dan negara Asia Pasifik. Dalam tempoh rancangan ini, beberapa langkah dasar dan insentif telah diperkenalkan untuk meningkatkan iklim perniagaan dan pelaburan. Langkah ini termasuk kelonggaran syarat ekuiti dalam sektor pembuatan dengan syarikat asing dibenarkan memegang 100% ekuiti dalam projek baru serta untuk pembesaran dan pelbagaian projek. Kerajaan juga meliberalisasikan dasar ke atas pengambilan pegawai dagang dan memperkenal insentif prapakej yang khusus untuk menarik projek berkualiti dalam bidang yang strategik. Peningkatan dalam pelaburan juga telah mewujudkan perkembangan yang pesat dalam sektor E&E negara. Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada kejayaan lokasi perindustrian dalam menarik pelaburan dan seterusnya perkembangan sektor industri terutamanya bagi industri E&E. Antaranya ialah Malaysia mempunyai tapak pengeluaran yang berdaya saing daripada segi kemudahan infrastruktur yang baik, tenaga buruh yang terlatih dan
berpendidikan, insentif fiskal yang menarik, kestabilan politik dan ekonomi serta dasar kerajaan yang pro pelaburan asing. Kerajaan juga telah berjaya mengenal pasti dan bertindak membantu pengusaha tempatan untuk mengambil peluang yang diwujudkan oleh syarikat multinasional di lokasi – lokasi perindustrian yang wujud di negara ini. Kehadiran syarikat multinasional yang banyak di negara ini adalah kerana penawaran tapak pengeluaran yang sangat strategik yang dipengaruhi oleh kesediaadaan tapak kilang yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang baik dan mencukupi, kedudukan lokasi yang sesuai iaitu hampir dengan kemudahan jalan pengangkutan sama ada jalan udara, keretapi mahupun jalan laut. Selain itu, kesediaadaan sumber buruh yang mencukupi dan terlatih terutamanya dalam industri E&E dan dasar kerajaan yang menggalakkan pelaburan asing dengan menyediakan pelbagai insentif pelaburan yang menarik dan kompetitif. Di samping peningkatan yang positif dalam pelaburan terhadap industri E&E negara, pelaburan dalam bidang ini juga turut mengalami kemerosotan. Masalah kekurangan sumber buruh dan kenaikan upah telah menghakis kelebihan bandingan sesetengah pusat perindustrian sebagai lokasi industri E&E. Dalam persekitaran pelaburan yang semakin perlahan dan persaingan yang sengit, usaha perlu ditingkatkan dari segi perundangan, infrastruktur dan juga sumber manusia untuk menarik pelaburan yang diingini dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi tempatan. Masalah kekurangan buruh boleh menyebabkan kejatuhan produktiviti buruh. Keadaan ini juga memberi kesan terhadap usaha meningkatkan gred industri sektor E&E dalam rantaian nilai pengeluaran. Pelaburan dalam industri E&E ini juga telah mewujudkan kesan terhadap positif mahupun negatif terhadap negara. Kehadiran syarikat – syarikat multinasinal ini telah membuka peluang kepada negara untuk membangunkan keupayaan bertaraf dunia kerana amalan ini penting untuk syarikat – syarikat ini terus berdaya saing dalam pasaran global. Hal ini membolehkan mereka terus mencapai tahap kelas dunia dari segi kos, kualiti dan masa pengeluaran, walaupun kurang terlibat dalam aktiviti pembangunan produk baru atau inovasi (Nooriah, 2006). Ia juga penting bagi mengukuhkan kedudukan negara dalam persaingan global terutamanya dalam sektor E&E.
3.2 Fasa Kedua (2006 – 2010) Bagi fasa kedua iaitu tahun 2006 hingga 2010, terdapat peningkatan sebanyak RM 3269.9 juta bagi jumlah keseluruhan pelaburan bagi sektor E&E negara kita. Terdapat beberapa faktor yang menjadi tunggak kepada peningkatan dan kemerosotan pelaburan bagi sektor ini. Dalam usaha untuk mengembangkan pelbagai keluaran dan perkakasan baru dalam industri, penekanan yang lebih diberikan kepada penggunaan dan aplikasi bahan baru dan termaju. Penyelidikan tempatan serta keupayaan dan kemampuan reka bentuk akan terus diperluas dengan tujuan untuk membangun komponen baru dan menambah baik komponen dalam nanoelektrik dan nanobahanuntuk peranti mikroelektrik dan pelbagai aplikasi industri lain. Satu bidang yang mempunyai prospek pertumbuhan yang memberangsangkan ialah industri pembuatan dan perkhidmatan berkaitan ICT yang bertumpu kepada kreativiti dan pembangunan kandungan digital. Bidang tersebut termasuk animasi komputer, permainan digital, aplikasi dan perkhidmatan mudah alih, televisyen interaktif dan pengarkiban digital. Sehubungan ini, pelbagai insentif akan dipertimbang bagi merangsang dan mempelbagai reka bentuk, kegunaan serta pengeluaran penyelesaian dan aplikasi talian tetap dan mudah alih yang berkesan dari segi kos untuk pasaran tempatan dan global. Tumpuan kerajaan dalam menggalakkan perbelanjaan tempatan telah meningkatkan penggunaan domestik yang menyumbang kepada aliran tunai yang lebih baik. Pemulihan terhadap persekitaran ekonomi global telah memberi impak yang positif kepada sektor pembuatan di Malaysia memandangkan ekonomi Malaysia adalah berorientasikan eksport. Nilai eksport bagi subsektor Elektrik dan Elektronik (E&E) meningkat sebanyak 8.6% sejajar dengan permintaan untuk peralatan semikonduktor, audio visual dan peralatan komunikasi serta jentera elektrik. Peningkatan perbelanjaan global ke atas peralatan elektronik, khususnya produk – produk terkini seperti telefon pintar, computer tablet dan aplikasi automotif telah menyumbang kepada pertumbuhan 17.9% dalam sub-sektor peralatan semikonduktor. Peralatan penjimatan tenaga seperti diod pemancar cahaya (LED) dan suria fotovolton menyumbang kepada prestasi kukuh industry semikonduktor. Peningkatan nilai eksport sebanyak RM4.9 bilion mencerminkan jualan kukuh semikonduktor global. Jualan global melonjak 31.8% dengan pemulihan menyeluruh dalam permintaan kebanyakan kategori produk semikonduktor.
Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) bagi E&E telah menyenaraikan lima subsektor yang berpotensi menjana penambahan RM50 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan menyediakan 157 000 peluang poekerjaan menjelang 2020. NKEA bagi E&E memberi tumpuan kepada seb-sektor semikonduktor, solar, LED, elektronik perindustrian dan perkakasan elektrik rumah. Liberalisasi menyeluruh pasaran automotif ASEAN yang telah dilaksanakan bermula 1 Januari 2010 telah memberi peluang kepada Malaysia untuk muncul sebagai hab industri automotif serantau dengan memberi fokus kepada bidang – bidang khusus. Dengan bantuan MAI, pengeluar komponen dan alat ganti automotif tempatan akan berupaya menembusi pasaran eksport baru. Kestabilan guna tenaga dan impak marginal akibat kenaikan kadar faedah akan membantu perkembangan pasaran automotif Malaysia pada 2011. Selain itu, pelaksanaan kenderaan hibrid dan elektrik turut meningkatkan pelaburan dalam bidang E&E negara. Hal ini adalah melalui pengecualian sepenuhnya ke atas duti import dan duti eksais dilanjutkan sehingga 31 Disember 2012 bagi kereta hibrid dan motosikal hibrid. Hal ini akan menggalakkan pelaburan dalam elektrik dan elektronik bagi bidang automotif. Kejayaan Malaysia untuk terus menarik sejumlah besar pelabur asing juga adalah disebabkan oleh beberapa faktor penting iaitu polisi pelaburan yang liberal, berdaya saing dari segi kos sebagai lokasi pelaburan, kemajuan dalam infrastruktur, industri sokongan yang kukuh, tenaga kerja produktif dan kemudahan sedia ada seperti sektor perbankan dan insurans yang kukuh, efisien dan tidak luntur. Kerajaan juga melaksanakan langkah – langkah proaktif lain dengan membuat penambahbaikan yang berterusan dalam sistem penyampaian negara. Hal ini turut menjadi faktor positif yang menjadikan Malaysia sebagai lokasi pelab uran pilihan. Pelaburan ini juga telah mendatangkan kesan kepada ekonomi dan pembangunan negara. Antara kesan dalam peningkatan kadar pelaburan ialah : i.
Wujudnya projek baru Walaupun terdapat persaingan global yang sengit terhadap pelaburan asing, Malaysia terus menjadi lokasi yang kompetitif dari segi kos bagi pelaburan baru. Daripada 919 projek yang diluluskan, 548 merupakan projek baru yang melibatkan pelaburan sebanyak RM42.0 bilion atau 70.0 peratus daripada jumlah
pelaburan. Pelaburan asing dalam projek-projek ini adalah sebanyak RM34.2 bilion atau 54.5 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan.
ii.
Pembesaran dan Pelbagaian Seterusnya, syarikat asing wujud juga terus menunjukkan keyakinan mereka terhadap Malaysia sebagai lokasi pesisir pantai bagi pelaburan mereka dengan melakukan pelaburan semula menerusi aktiviti pembesaran dan pelbagaian. Pelaburan asing dalam aktiviti ini berjumlah RM11.9 bilion. Syarikat tempatan juga telah banyak melaksanakan aktiviti pembesaran dan pelbagaian terutamanya dalam industri logam asas yang menarik pelaburan berjumlah RM4.0 bilion.
iii.
Peluang pekerjaan Pelaksanaan sepenuhnya projek ini pada tahun 2008 akan mewujudkan peluang pekerjaan bagi 101,173 pekerjaan mahir seperti jurutera elektronik, jurutera kimia, jurutera mekanikal, ahli bioteknologi, ahli mikrobiologi, ahli farmasi dan jurutera perisian. Impak projek ini bukan sahaja akan memudahkan pertumbuhan dan pembangunan keseluruhan sumber manusia Malaysia, ia juga akan mewujudkan lebih banyak faedah sampingan dalam negara. Pelaburan dalam bidang ini juga telah mewujudkan peralihan tenaga kerja dalam sektor pembuatan dengan peningkatan kadar guna tenaga bagi pekerjaan berkemahiran tinggi. Projek – projek pelaburan yang telah diluluskan dijangka menjana sebanyak 97 319 peluang pekerjaan, di mana 72 221 (74.2%) adalah dari kategori pengurusan, teknikal, penyeliaan dan tenaga kerja mahir.
iv.
Subsektor utama Industri elektronik dan elektrik menarik pelaburan sebanyak RM17.8 bilion. Projek utama yang diluluskan adalah bagi rekabentuk, pembangunan dan pengilangan wafer photovoltaic silikon, sel dan ingot, pemacu cakera keras dan komponen, sel dan modul solar, papan litar bercetak dan wafer fabrikasi bagi light emitting diodes (LED).
Pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pula merupakan agenda ekonomi kerajaan sebagai menyahut cabaran – cabaran persekitaran global yang semakin berkembang. Pelaburan dan peluang perniagaan yang banyak telah diwujudkan dan akan menyumbang kea rah pembentukan ekonomi berasaskan perkhidmatan dengan meningkatkan pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan. Projek – projek yang wujud daripada pelaburan tersebut juga akan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kepada masyarakat dan akan menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) berjumlah RM1.63 trilion menjelang 2020. 4.0 DASAR DAN STRATEGI UNTUK MEMPROMOSI E&E DI MALAYSIA
Pada tahun 1960an, dasar perindustrian negara lebih berciri pandang ke dalam, dengan memberi tumpuan kepada penggantian import dan industri berintensif buruh bagi menangani kadar pengangguran yang tinggi. Di samping itu, projek perindustrian juga digalakkan untuk ditempatkan di kawasan kurang membangun bagi mengatasi ketidakseimbangan pembangunan wilayah. Ini dipermudah dengan Ordinan Industri Perintis (Pelepasan Cukai Pendapatan), 1958 dan Akta Penggalakan Pelaburan, 1968 yang menyediakan pelepasan cukai atau taraf perintis kepada pelabur. Bagaimanapun, pembangunan perindustrian dibatasi oleh pasaran domestik yang kecil dan modal yang terhad serta kadar pengangguran yang kekal tinggi. Dengan mengenal pasti batasan yang ada pada dasar pandang ke dalam, proses perindustrian telah beranjak secara strategik ke arah industri berorientasi eksport pada tahun 1970an. Anjakan ini telah menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan melalui industri berintensif buruh dan eksport seperti elektrik dan tekstil. Menyedari usaha penempatan semula syarikat multinasional (MNC) untuk mengurangkan kos operasi, pelbagai insentif dan kemudahan telah disediakan bagi menarik syarikat tersebut ke Malaysia. Ini termasuk pembangunan estet perindustrian, zon perdagangan bebas dan gudang pembuatan tempatan. Antara insentif cukai yang disediakan ialah pelepasan cukai import bahan mentah dan Elaun Pelaburan Semula. Hasilnya, terdapat pengaliran masuk ketara pelaburan langsung asing (FDI), terutamanya dalam industri E&E dengan pembinaan kilang semikonduktor yang pertama di Pulau Pinang pada tahun 1972. Industri E&E semakin berkembang dengan pembentukan kluster di Pulau Pinang dan Lembah Klang, seterusnya ke Melaka, Kulim dan Johor Bahru. Pada penghujung 2006, lebih daripada 1,600 syarikat telah beroperasi dan menyediakan pekerjaan kepada lebih daripada 433,800 orang.
Rancangan M alaysia K esembil an
Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) Industri E&E, khususnya elektronik, telah disasarkan sebagai salah satu industri utama untuk meningkat ke arah penerimaan teknologi dan menghasilkan output bernilai tambah yang lebih tinggi. Sehubungan itu, kluster E&E di Wilayah Ekonomi Koridor Utara merangkumi Pulau Pinang dan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) akan terus dibangunkan. Satu hab elektronik berteknologi tinggi yang diterajui oleh sektor swasta diwujudkan untuk melengkapi KHTP. Kehadiran MNC dalam industri ini akan kekal signifikan. Bagaimanapun, pengeluar tempatan telah membangunkan kepakaran dan kemahiran bagi menyokong keperluan MNC untuk peralatan dan komponen. Pengeluar tempatan digalak bergerak ke arah rantaian nilai lebih tinggi melalui peningkatan keupayaan reka bentuk dan pembangunan produk tempatan untuk memenuhi permintaan produk bernilai tinggi dan canggih. Dalam persekitaran antarabangsa yang kompetitif, pengeluar tempatan juga perlu menjalin permuafakatan antara sesama mereka, institusi penyelidikan dan MNC bagi meningkatkan keupayaan inovasi untuk bergerak ke aktiviti bernilai tinggi dalam rantaian nilai E&E.
Pelan I nduk Peri ndustri an Ketiga
Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) menyediakan pelan tindakan yang jelas bagi menggerakkan industri E&E ke rantaian nilai yang lebih tinggi. Antara strateginya adalah:
Memperkukuh dan memperdalam subsegmen semikonduktor Memperdalam dan memperluas pembangunan rantaian nilai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta reka bentuk Mempromosi dan mengaplikasikan teknologi baru muncul Mengintegrasikan syarikat tempatan ke dalam rantaian bekalan serantau dan dunia Menyediakan sumber tenaga mahir
Pelaburan Dalam Industri E& E
Malaysia merupakan salah satu daripada negara pengeluar utama dalam pasaran E&E yang berkembang pesat di rantau Asia Pasifik. Selama tiga dekad, Malaysia telah berjaya menarik beberapa syarikat elektronik terkemuka dunia. Sumbangan FDI kepada industri E&E (Jadual 3) telah meningkat kukuh daripada 46.0% pada tahun 1985 kepada 85.8% pada tahun 2006. Pertumbuhan FDI yang mantap, terutamanya dalam industri E&E, mencerminkan keyakinan pelabur berikutan persekitaran pelaburan yang menarik; infrastruktur, kerangka perundangan dan peraturan yang baik; serta tenaga kerja mahir yang mampu menguasai pelbagai bahasa.
Industri E&E terus mengembang dan melabur semula untuk beralih kepada rantaian nilai yang lebih tinggi dengan membawa masuk proses dan teknologi baru. Ini dicerminkan oleh jumlah pelaburan yang diluluskan dan peningkatan kadar pelaburan modal bagi setiap pekerja (CIPE). IMP3 mensasarkan industri ini tumbuh pada kadar 7.2% atau RM5.5 bilion setahun, dengan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM82.4 bilion pada tahun 2020. Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran IMP3, berdasarkan jumlah pelaburan yang diluluskan bagi industri ini telah mencecah RM8.5 bilion dalam tempoh separuh pertama 2007. Pertumbuhan pelaburan yang pesat meningkatkan lagi import barangan modal yang menyumbang 13.2% (RM31.5 bilion) kepada jumlah import, manakala barangan pengantara menyumbang 71.5% (RM171.2 bilion). Bahagian import barangan pengantara yang tinggi menunjukkan terdapat potensi besar bagi pengeluar tempatan untuk menambah baik dan menghasilkan produk bernilai tambah tinggi bagi memenuhi permintaan barangan pengantara tempatan. Industri E&E di Malaysia boleh dikategorikan kepada empat subsektor: a) Barang- Barang Elektronik Pengguna
Subsektor ini termasuk pengilangan penerima televisyen LED, produk-produk dengar pandang seperti pemain/rekoder cakera blue-ray, sistem panggung rumah digital, cakera mini, konsol permainan elektronik dan kamera digital. Sektor ini diwakili oleh banyak syarikat-syarikat terkemuka Jepun dan Korea yang telah menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan rancak sektor ini. Syarikat-syarikat utama kini menjalankan aktiviti-aktiviti
R&D di negara ini bagi menyokong pasaran-pasaran global dan Asia mereka. Eksport produk-produk elektronik pengguna pada 2010 berjumlah RM25.8 bilion (AS$8.7 bilion). b) Komponen Elektronik
Produk-produk/aktiviti-aktiviti yang tergolong dalam subsektor ini termasuk peranti semikonduktor, komponen pasif, litar bercetak dan komponen lain seperti media, substrat, dan penyambung.
Komponen-komponen elektronik adalah subsektor terpenting dan
menyumbang sebanyak 44.6 peratus kepada jumlah pelaburan diluluskan dalam sektor ini pada 2010. Subsektor
ini
kebanyakannya
dikuasai
oleh
penggiat-penggiat
semikonduktor
terutamanya syarikat-syarikat multinasional, yang sebahagian besarnya menjalankan aktiviti-aktiviti pemasangan dan ujian. Bagaimanapun, pembangunan kluster semikonduktor menunjukkan peningkatan beransur-ansur sepanjang beberapa tahun lalu. Lebih banyak syarikat mengembangkan aktiviti-aktiviti penyelidikan, reka cipta dan pembangunan dalam operasi-operasi mereka dan mengurangkan tumpuan terhadap pengilangan produk-produk bawahan. Permintaan yang bertambah bagi peranti-peranti yang lebih kecil dan berprestasi tinggi bagi aplikasi-aplikasi mudah alih, automotif dan hijau, telah merangsangkan lagi perkembangan aktiviti penyumberan luar dalam industri semikonduktor. Produk-produk semikonduktor menghasilkan nilai eksport sebanyak RM97,856.5 juta (AS$32,837.75 juta). Ia menyumbang 92.7 peratus kepada jumlah eksport komponenkomponen elektronik atau 43.6 peratus kepada jumlah eksport barang-barang elektronik pada 2010. c) Barang-Barang Elektronik Industri
Subsektor ini terdiri daripada produk-produk teknologi maklumat seperti komputer, perisian komputer, produk telekomunikasi dan kelengkapan pejabat. Subsektor barang-barang elektronik industri ini mewakili 24 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan dalam sektor elektronik pada 2010. Pada 2010, kebanyakan daripada pelaburan diluluskan yang berjumlah RM2.6 bilion adalah daripada syarikat-syarikat Perkhidmatan Pengilangan
Elektronik (EMS) yang mengeluarkan produk-produk campuran tinggi bilangan kecil bagi berbagai aplikasi seperti perubatan, aeroangkasa, minyak dan gas dan telekomunikasi. d) Barang-Barang Elektrik
Produk-produk elektrik utama yang dikeluarkan di negara ini adalah peralatan-peralatan isi rumah seperti penghawa dingin, peti sejuk, mesin pembasuh, pembersih hampagas dan peralatan-peralatan elektrik lain. Pada masa ini terdapat lebih 381 syarikat yang mengeluarkan berbagai-bagai jenis produk seperti peralatan-peralatan elektrik isi rumah, wayar dan kabel dan kelengkapan industri elektrik. Kebanyakannya adalah syarikat-syarikat tempatan seperti Pensonic, Leader Cable dan Tenaga Switchgear. Aktiviti-aktiviti pengilangan dalam industri elektrik ini telah berkembang daripada hanya pemasangan kepada reka cipta dan pemasaran jenama-jenama tempatan untuk pasaran pasaran serantau dan global. Pelaburan modal dalam subsektor ini berjumlah RM13.2 bilion (AS$4.4 bilion) bagi tahun 2010.
5.0 KESIMPULAN
Pembangunan perindustrian di Malaysia telah lama bergantung kepada industri E&E. Namun begitu, sebahagian besar pengeluar tempatan masih terlibat dalam segmen yang bernilai tambah rendah. Memandangkan sektor E&E menyumbang ketara dalam sektor pembuatan, manfaat lebih besar akan dapat dicapai sekiranya industri maju ke segmen nilai tinggi. Ke arah ini, inisiatif strategik Kerajaan yang menumpu kepada kluster semikonduktor; peningkatan dalam ICT; peningkatan kapasiti dan keupayaan R&D; pembangunan sumber manusia dan pewujudan Pusat Kecemerlangan akan dapat memainkan peranan yang penting dalam memperkukuh industri E&E tempatan dan memastikan pengeluar tempatan beralih dalam rantaian nilai. Pada peringkat negara, manfaat yang ketara akan diperoleh dengan mengukuh dan meningkatkan sumbangan industri E&E. Peningkatan pendapatan yang tinggi akan dinikmati dengan industri bergerak ke peringkat rantaian nilai yang lebih tinggi. Di samping itu, bil import bagi produk pengantara dijangka dapat dikurangkan melalui lebih tumpuan kepada elemen reka
bentuk dan pembangunan produk dalam rantaian nilai. Tambahan lagi, usaha meningkatkan rantaian nilai akan memberi peluang dan meningkatkan potensi untuk mewujudkan hubungan secara mendatar dan menegak di kalangan industri E&E dan industri lain. Dalam jangka masa panjang, penglibatan dalam aktiviti nilai tambah lebih tinggi dalam rantaian nilai industri E&E. Usaha-usaha ini akan membolehkan Malaysia mencipta jenama antarabangsa dan dapat dihubungkan dengan rantaian bekalan dunia.