3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization
PENULISAN ILMIAH BERKAITAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA: SUATU TINJAUAN AWAL Sumayyah Ali @ Awang Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia
[email protected] Dr. Abdul Hafiz Abdullah Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia
[email protected] ABSTRAK Masyarakat Malaysia menganggap ilmu qiraat satu ilmu yang agak asing bagi mereka, kerana kurangnya pendedahan terhadap ilmu ini. Para pelajar yang mengambil pengkhususan dalam ilmu qiraat juga kurang menguasainya dengan baik. Penyelidik ingin merungkai permasalahan ini melalui kajian kepustakaan dengan menyoroti kajian-kajian ilmiah yang lepas berkaitan ilmu qiraat dari sumber jurnal, tesis, kertas kerja dan buku. Kertas kerja ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kekurangan yang berlaku dalam bidang kajian berkaitan ilmu ini. Hasil kajian dapat membantu bakal penyelidik untuk melakukan penambahbaikan dalam bidang kajian bagi membantu masyarakat mengenali ilmu qiraat dengan lebih jelas. Justeru itu, para pelajar juga dapat menguasainya dengan lebih kukuh. Dapatan menunjukkan bahawa kajian ilmiah dan pembukuan ilmu qiraat ke dalam bahasa Melayu agak sedikit dan kurang membantu dalam perkembangan ilmu qiraat. Kajian-kajian ilmiah yang lalu terutamanya di IPTA berbentuk penguasaan terhadap ilmu qiraat, menunjukkan para pelajar (yang menjadi responden kajian) masih lemah dalam menguasainya. Apatah lagi masyarakat yang tidak mempelajari sejarah ilmu qiraat, sudah tentu ilmu ini agak asing bagi mereka. Para penyelidik dan penulis ilmiah perlu lebih banyak menterjemahkan ilmu qiraat ke dalam bahasa Melayu, supaya penguasaan terhadap ilmu qiraat semakin mantap bagi para pelajar khususnya dan semakin jelas pemahaman bagi masyarakat secara amnya. Kata kunci:
ilmu qiraat, permasalahan, kajian ilmiah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Pengenalan
Al-Quran adalah Kalam Allah S.W.T. yang dinukilkan dalam bahasa Arab dan ia merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan Malaikat Jibril A.S. bermula dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah al- Nās. Nuruddīn ‘Atar (1993: 10), menyatakan al-Quran al-Karim disampaikan kepada kita secara mutawatir (tidak diragukan lagi kesahihannya) yang mana menjadi satu ibadah i badah apabila membacanya dan mendapat ganjaran pahala. Salah satu ilmu yang terdapat di dalam al-Quran ialah ilmu Qiraat. Ilmu ini merupakan satu cabang ilmu pengajian Islam yang penting dan berkait rapat dengan pelbagai disiplin ilmu terutamanya
rd
e-Proceeding of the 3 International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net http://WorldConferences.net 217
dalam pentafsiran al-Quran. Ilmu Qiraat berkembang dengan meluasnya pada zaman Rasullullah S.A.W. dan selepas kewafatan baginda. Namun ia dianggap asing pada awal kemunculannya oleh lapisan masyarakat Islam di Malaysia (Sedek, 2008: 118). Hakikatnya, ilmu ini bukanlah suatu ilmu yang asing bagi mereka kerana al-Quran yang dibaca sekarang merupakan sebahagian daripada ilmu Qiraat itu sendiri (Murshidi, 2010: 1).
2. Definisi Ilmu Qiraat
Terjemahan dari sudut bahasa menurut al- Mu‘jam al-‘Arabīy al-Asāsīy (1988: 974) bahawa kalimah ( yang merupakan masdar iaitu kata nama al-Qirā’āt adalah kata jamak bagi perkataan qirā’ah ) terbitan bermaksud bacaan. Fayrūz Abādī menerangkan dalam Al- Qāmūs al-Muhīt (1998: 49) kalimah qirā’ah ) ( ini diambil daripada kata kerja qarā’a ( ) yang bererti membaca juga menunjukkan kepada perbuatan masa lalu dan yaqra’u ) ) perbuatan masa kini. Menurut istilah pula, Imam Ibn al-Jazari (1999: 9) qiraat ialah suatu ilmu yang membicarakan tentang pelaksanaan (bacaan) atau cara menyebut kalimah-kalimah al-Quran dan perbezaannya (qiraat tersebut) disandarkan kepada orang yang menaqalkannya (imam-imam qiraat). Abd al- Fattāh al-Qādī (1995: 5) pula mendefinisikan qiraat sebagai suatu ilmu yang membahaskan tentang cara menyebut kalimah-kalimah al-Quran dan jalan menunaikannya dari segi persamaan dan perselisihan serta menyandarkan setiap bentuk bacaan kepada perawinya. Mengikut sudut pandangan Muhammad Salim Muhaisin (1998: 16), qiraat merupakan satu ilmu tentang cara untuk menyebut kalimahkalimah al-Quran beserta dengan kepelbagaian padanya yang disandarkan kepada periwayatannya. Manakala Al-Dumyāṭī (1998: 6) mendefinisikan ilmu qirā’āt sebagai ilmu yang diketahui daripadanya kesepakatan orang-orang yang menaqalkan kitab Allah dan juga perbezaan mereka pada ḥadhaf, ithbāt, taḥrīk, taskīn, al -faṣl, al-waṣl dan sebagainya dari segi keadaan, menyebut, pertukaran dan pendengaran. Definisi oleh Imam Ibn al-Jazari, Abd al- Fattāh al-Qādī dan Muhammad Salim Muhaisin mempunyai persamaan namun bagi Al-Dimyāṭī sedikit berbeza hanya dari sudut penerangannya sahaja. Penyelidik menyimpulkan bahawa qiraat adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab dan merujuk kepada cara bacaan al-Quran yang berbeza sebutannya di antara satu perawi dengan perawi yang lain.
3. Permasalahan Kajian
Sejarah mencatatkan ilmu qiraat kelihatan agak asing pada awal kemunculannya di Malaysia. Pengetahuan berkaitan ilmu ini kurang mendapat perhatian bahkan masyarakat merasa satu kelainan dan janggal apabila mendengar istilah-istilah dalam ilmu qiraat. Sebilangan dari mereka juga tidak tahu bahawa al-Quran yang mereka bacakan itu merupakan sebahagian daripada ilmu qiraat iaitu menurut Riwayat Ḥaf ṣ ‘An ‘Āṣim (Abdullah, 2008: 9). Masyarakat tidak mendapat pendedahan dan motivasi mengenai ilmu ini sehingga sesiapa yang membaca qiraat ketika itu dianggap salah (Ahmad Najib dan Nor Hazrul, 2014: 223). Mereka tidak biasa mendengar dan kurang pendedahan terhadap riwayat-riwayat yang lain. Skop bacaan al-Quran disempitkan kepada satu riwayat sahaja sekiranya diteliti melalui majlis-majlis dan program-program al-Quran (Murshidi, 2010: 2). Kini pengajian ilmu qiraat di Malaysia bukan lagi suatu yang asing. Muhammad Hafiz et al . (2011: 1) menyatakan pengajian ilmu ini menunjukkan kepada perkembangan yang positif sejak beberapa rd
e-Proceeding of the 3 International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 218
dekad yang lalu. Hal ini dapat dilihat melalui pertumbuhan maahad tahfiz di setiap negeri yang menjadikan ilmu qiraat sebagai subjek wajib bagi para pelajar yang menghafaz al-Quran. Subjek qiraat juga diterapkan kepada para pelajar sekolah di peringkat menengah melalui Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ). Tidak kurang juga, hampir setiap institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan pengajian ilmu qiraat di peringkat ijazah sarjana muda kepada mahasiswa dan mahasiswi mereka (Muhammad Hafiz et al ., 2011: 3). Selain itu, ilmu qiraat mula disiarkan melalui perantaraan media elektronik yang mengenengahkan bacaan-bacaan qiraat dan pertandingan akademi al-Quran bagi menyebarluaskan lagi ilmu ini (Abdullah, 2008: 10). Pendedahan terhadap ilmu qiraat bukan sahaja mendapat perhatian di kalangan para pelajar yang menuntut dalam bidang pengajian Islam. Bahkan masyarakat awam yang terdiri dari golongan muda dan golongan tua mula menunjukkan minat mereka terhadap ilmu ini melalui penyertaan yang memberangsangkan pada program-program al-Quran atau kelas-kelas pengajian al-Quran yang dianjurkan (Murshidi, 2010: 4). Tidak dapat disangkal bahawa fenomena ini menggambarkan perkembangan yang positif. Namun begitu, penguasaan terhadap ilmu ini masih berada di peringkat pengukuhan berdasarkan dapatandapatan kajian yang lalu kerana objektif pembelajaran masih belum tercapai. Melalui kajian kepustakaan ini penyelidik membuat sorotan dan tinjauan pada kajian-kajian ilmiah berkaitan bidang ini untuk mengesan kekurangan yang berlaku dalam bidang penyelidikan.
4. Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini ialah: a) Mengumpul antara kajian-kajian ilmiah berkaitan ilmu qiraat dari sumber jurnal, tesis, kertas kerja dan buku. b) Menyorot antara kajian-kajian ilmiah berkaitan ilmu qiraat dari sumber jurnal, tesis, kertas kerja dan buku. c) Mengenalpasti kekurangan yang berlaku dalam bidang kajian berkaitan ilmu qiraat.
5. Skop Kajian
Penyelidik mengumpul dan menyorot kajian-kajian ilmiah yang lalu berkaitan dengan bidang ilmu qiraat. Bagi memfokuskan kajian ini dengan lebih jelas, penyelidik membataskan sorotan ke atas kajian-kajian ilmiah berkaitan bidang ilmu ini bermula dari tahun 2001 hingga ke tahun 2015. Abdul Fatah dan Mohd Majid (1993: 161) menjelaskan batasan kajian ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang situasi masalah bagi memudahkan sesuatu kajian dibuat dengan skop yang lebih kecil tetapi bersifat in-depth.
6. Metodologi Kajian
Penyelidik menggunakan kaedah kajian kualitatif yang melibatkan metode penentuan subjek, metode pengumpulan data dan metode pengkajian perpustakaan bagi mencapai objektif kajian.
rd
e-Proceeding of the 3 International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 219
6.1 Metode Penentuan Subjek
Peringkat pertama kajian ini dimulakan dengan metode penentuan subjek. Penyelidik menentukan subjek iaitu fokus bagi tahun kajian-kajian ilmiah yang lalu untuk membuat sorotan. Setelah ditentukan, penyelidik memilih kajian-kajian ilmiah berkaitan dangan bidang ilmu qiraat bermula dari tahun 2001 hingga ke tahun 2015. 6.2 Metode Pengumpulan Data
Seterusnya penyelidik menggunakan metode pengumpulan data dengan mengumpulkan kajiankajian ilmiah berkaitan ilmu qiraat. Penyelidik membahagikan kajian-kajian ilmiah yang telah dikumpulkan mengikut jenis seperti jurnal, tesis, kertas kerja dan buku. Hasil dapatan dari pengumpulan data yang dilakukan, penyelidik senaraikan dalam bentuk jadual pada fasal tujuh agar mudah untuk dirujuk. 6.3 Metode Pengkajian Perpustakaan
Melalui metode pengkajian perpustakaan pula penyelidik membuat sorotan kajian dan tinjauan untuk mengenalpasti kekurangan dan kelemahan yang berlaku dalam bidang ilmu qiraat. Hasil dari sorotan yang dilakukan dapat membantu bidang penyelidikan ilmu ini dan para pengkaji di masa hadapan supaya penguasaan ilmu qiraat berada ditahap yang lebih kukuh.
7. Kajian-kajian Ilmiah 7.1 Jurnal Bil 1
Tajuk Pendidikan Qirā’at : Satu Sorotan Sejarah
Tahun 2015
Universiti KUIS
2
Ketokohan Al-Tabari Dalam Ilmu Qiraat Dan Pandangan Beliau Terhadap Al-Ahruf Al-
2015
UNISZA
2015
UPSI
2015
KUIS
2014
KUIS
2013
UNISZA
2012
IPG (JB)
2012
UM
Sab’ah 3
4
5
6
Hubungan Antara Tahap Kemahiran AlQuran Guru Dan Pencapaian Tajwid AlQuran Pelajar KKQ Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pembelajaran Kurikulum Qiraat: Satu Kajian Terhadap Persepsi Pelajar Syukbah Qiraat Di DQ Dan MTQN Keberkesanan Kurikulum Qiraat Di Kalangan Pelajar Darul Quran: Satu Tinjauan Awal Metodologi Qiraat Ibn Kathīr Dalam Juz
‘Amma 7
8
Pemahaman Guru Tentang Konsep Asas Ilmu Qiraat, Qiraat Imam Asim Dan Qiraat Imam Hamzah Ikhtilaf Qiraat Kitab Turjuman Al-Mustafid rd
Terbitan E – Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi. Jilid II, Isu I Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari. Bil. 10 Tinta Artikulasi Membina Ummah. 1(1)
The E-Journal Of Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Vol 2: Bil 1 E – Journal Of Arabic Studies And Islamic Civilization Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari. Jilid 6 (7) Journal Of Islamic And Arabic Education. 3 (2) International Journal On
e-Proceeding of the 3 International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 220
9
10
Oleh Syeikh Abd Rauf Al-Fansuri: Satu Sorotan Perbezaan Qiraat Mutawatirah Dan Aplikasinya Dalam Ayat-Ayat Munakahat Pelaksanaan Kelas Kemahiran Al-Quran Di Malaysia: Satu Analisis
2011
UNISZA
2011
UKM
Quranic Research. Vol.(2), No.2 Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari. Jilid 4 (7) Journal Of Islamic And Arabic Education. 3 (1)
7.2 Tesis Bil 1
2
Tajuk Penguasaan Pengajian Qiraat Secara Dalam Talian: Kajian Di Madinah International Islamic University (MEDIIU) Shah Alam Al-Qiraat Al-Mutawatirah Dan Kesannya Terhadap Pentafsiran Al-Quran: Kajian
Jenis Sarjana
Tahun 2014
Universiti UM
Sarjana
2013
UM
Sarjana
2012
UM
Terhadap Kitab Marah Labid Li Kashf Ma‘Na
3
Al-Quran Al-Majid Karangan Nawawi AlBantani Tumpuan Terhadap Surah AlBaqarah Kesalahan Huraian Ilmu Qiraat: Kajian Terhadap Karya Ilmu Qira’ah Al -Quran Pelajaran Qiraat Al-Sab‘Ah (Qiraat Tujuh) Susunan Drs. Abdul Malik Yamint
4
Sumbangan Muḥammad Sālim Muḥaysin Dalam Ilmu Qirā’āt : Kajian Terhadap Kitab Al-Hādī
Doktor Falsafah
2011
UM
5
Sarjana
2010
UM
Sarjana
2010
UM
7
Riwayat Hafs Bin Sulayman Al-Kufi: Kajian Perbandingan Antara Tariq Al-Shatibiyyah Dengan Tariq Al-Jazariyyah Surah Yasin: Kajian Perbandingan Antara Qiraat Nafi‘ Dan Qiraat ‘Āsim Riwayat Hafs Perbezaan Qiraat Tujuh Dalam Surah Al-
2009
UM
8
An‘Ām: Satu Kajian Dari Segi Morfologi Bacaan Qiraat ‘Āsim: Kajian Terhadap Guru-
Doktor Falsafah Sarjana
2008
UM
Sarjana
2008
UM
Sarjana
2007
UM
6
9 10
Guru Al-Quran Di Daerah Melaka Tengah Kaedah Bacaan Qiraat Hamzah: Kajian Di Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor Pengajian Al-Qirā’āt Di Maahad Tahfiz AlQuran Majlis Agama Islam Kelantan: Suatu Kajian Terhadap Riwayat Syu ‘Bah ‘An ‘Āsim
7.3 Kertas Kerja Bil 1
Tajuk Tahap Kesedaran Dan Mutu Bacaan Umat Islam Di Malaysia Sekarang Dalam Kalangan
rd
Tahun 2015
Seminar Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan Kolej Islam
e-Proceeding of the 3 International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 221
Masyarakat Awam Dan Guru-Guru Al-Quran 2
Kemahiran Al-Quran Di Kalangan Masyarakat: Pengalaman PQM Bersama LUTH Dan Kolej Komuniti
2015
3
Metod Imam Syatibiy Dalam Qiraat Tujuh
2015
4
Pengaruh Dan Kesan Qiraat Terhadap Makna Ayat
2015
5
Sumbangan Dato’ Hj. Mohamad Nor Bin
2015
Ibrahim Terhadap Qiraat: Tinjauan Khusus Terhadap Buku Suluhan Dar al-Naim 6
7 8 9
10
Persepsi Pensyarah Terhadap Konsep Pendidikan Qiraat: Satu Kajian Di DQ Dan MTQN Kajian Komperatif Antara Qiraat Asim Dan Nafi, Implikasi Pada Hukum Fiqh Qiraat: Pengenalan, Perkembangan Dan Cabaran Penyelewengan Dalam Ilmu Qiraat : Kajian Terhadap Karya Ilmu Qiraah Al-Quran Pelajaran Qiraat Al-Sab’ah (Qiraat Tujuh) Susunan Drs. Abdul Malik Yamint Keberkesanan Mempelajari Ilmu Qiraat: Antara Harapan, Cabaran Dan Penyelesaian Masalah
2014
2012
Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS International Conference on Postgraduate Research (ICPR) The 2nd Annual International
Qur’anic Conference 2012 2011
2011
Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3 Seminar Wahyu Asas Tamadun Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
7.4 Buku Bil
Tajuk
Penulis
Penerbit
1
Pengenalan Ilmu Qiraat
2
Manhaj Qiraat 10 Beserta Dalil Matan Imam As-Syatibi Dan Matan Ad-Durrah
Mohd Rahim Bin Jusoh Mohd Nazri Bin Abdullah
Mahsuri Timur Sdn. Bhd. Pustaka Salam Sdn. Bhd.
3
Kaidah Qirāāt Tujuh menurut Ṭarīq Syāṭibiyyah
Ahmad Fathoni
4
Qiraat Sepuluh Surah Al-Fātiḥah & Aḍ-Ḍuḥā Hingga An-Nās dari Ṭarīq Asy-Syāṭibiy dan Ad-Durrah
Mohd Rahim Bin Jusoh & Mohd Lazim Abu Bakar
Institut PTIQ & Institut Ilmu AlQuran (IIQ) Jakarta Pustaka Khodim AlMushaf
rd
Tahun Penerbitan 2001
2010
2009
2013
e-Proceeding of the 3 International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 222
5
Usul Al-Qirā’āt Ibnu Kathīr (Al-Bazzī & qunbul) Dan Abu ‘Amrū (Ad-Dūrī & As-Sūsī) Dari Ṭarīq Syāṭibiyyah
Mohd Rahim Bin Jusoh
Pustaka Khodim AlMushaf
2009
6
Riwayat Syu‘bah Bin ‘Ayyāsy Usul & Farasy Qirā’āt ‘Āṣim Bin Abī AnNajjud Al-Kūfi Dari Ṭarīq Asy Syāṭibi & Al-Jazari
Mohd Rahim Bin Jusoh
Pustaka Khodim AlMushafm
2012
Mohd Rahim Bin Jusoh
Pustaka Haji Abdul Majid Darul Fikir Sdn. Bhd.
2007
7 8
) 1(
Nik Ja‘far Bin Nik
2012
Ismail
8. Dapatan Kajian
Melalui kajian-kajian ilmiah yang lalu, penyelidik mendapati bahawa kajian ilmiah dan pembukuan ilmu qiraat ke dalam bahasa Melayu agak sedikit dan kurang membantu dalam perkembangan ilmu qiraat. Kajian-kajian ilmiah di IPTA yang berbentuk penguasaan terhadap ilmu qiraat, menunjukkan para pelajar (yang menjadi responden kajian) masih lemah dalam menguasainya. Dapatan kajian ini disokong dengan hasil kajian oleh Zainora dan Mustafa (2014) iaitu kajian keberkesanan kurikulum qiraat di kalangan pelajar Darul Quran (JAKIM) mendapati tahap penguasaan ilmu qiraat adalah (3.3%) berada di tahap yang sangat baik, (10%) baik, (50%) di tahap sederhana, (26.7) di tahap yang lemah dan (6.7%) adalah sangat lemah. Para pelajar menghadapi masalah kurang memahami asas
kaedah Qiraat Sab’ah, kurang mahir membezakan bacaan Usul Qiraat dengan Farshy Huruf, kurang menguasai istilah-istilah penting dalam pengajian qiraat, kurang mahir membaca ayat-ayat al-Quran mengikut Qiraat Tujuh, kurang mampu menerangkan kaedah-kaedah bacaan qiraat tujuh kepada masyarakat dan kurang mampu membaca al- Qur’an dengan pelbagai kaedah bacaan qiraat. Hal ini menunjukkan keberkesanan dan penguasaan ilmu qiraat dikalangan para pelajar berada di tahap sederhana. Sedek Arrifin (2008) turut menyokong tahap penguasaan yang sederhana dikalangan para pelajar kerana 60% kurang mampu menerangkan kaedah-kaedah bacaan qiraat Hamzah dalam hasil kajiannya. Antara punca yang menyebabkan penguasaan ilmu ini berada di tahap yang sederhana ialah kekurangan bahan-bahan rujukan dalam bahasa Melayu. Menurut Muhammad Hafiz et al . (2011: 1) antara cabaran yang dihadapi oleh pelajar untuk menguasai ilmu qiraat adalah jumlah rujukan dalam bahasa Melayu yang amat terhad. Hana Pizi (2007) turut menyatakan bahawa kajian, penulisan dan penterjemahan dalam bidang ilmu qiraat masih sangat berkurangan. Faktor ini juga merupakan salah satu punca terhadap pelajar jabatan tahfiz di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kurang mampu untuk mengamalkan qiraat dalam hasil kajian Abd Rahman Abd Ghani et al. (2012) selain dari masa yang tidak mencukupi, penggunaan bahasa Arab melalui medium pengajaran dan pembelajaran serta kesukaran subjek qiraat itu sendiri.
9. Kesimpulan Dan Cadangan
Mempelajari al-Quran merupakan tuntutan yang begitu besar ke atas umat Islam. Al-Qabisi (1955), meletakkan kemahiran al-Quran sebagai aspek pertama yang perlu diajar kepada kanak-kanak sebelum mengajarkan pengetahuan yang lain. Menurut Wan Bakar Wan Dagang (1994), kemahiran al-Quran juga merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh orang Islam. Ini menunjukkan
rd
e-Proceeding of the 3 International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 223
penguasaan terhadap kemahiran ini berkait rapat dengan keupayaan seseorang dalam menjalankan kehidupan sebagai Muslim. Semua pihak perlu mengambil inisiatif dan peranan agar ilmu al-Quran dan qiraat berkembang dan mencapai kepada tahap keberkesanan yang baik agar objektif pembelajarannya tercapai. Berikut adalah saranan dan cadangan dari penyelidik bagi memperkasakan lagi bidang ilmu qiraat dari segi penyelidikan dan pembelajaran: a) Memperkenalkan asas pengenalan ilmu qiraat sebagai modul atau subjek matapelajaran kepada pelajar-pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) oleh pihak kementerian. b) Memperbanyakkan kajian ke atas kitab-kitab turath yang berkaitan kajian kualitatif oleh pengkaji dan penulis tempatan kerana dapatan kajian kuantitatif banyak menunjukkan tahap penguasaan ilmu qiraat masih lemah di kalangan masyarakat. c) Memfokuskan kajian yang berupa terjemahan ilmu qiraat ke dalam bahasa Melayu oleh para pengkaji agar dapat melengkapkan lagi rujukan bagi pelajar jurusan ilmu ini khususnya dan masyarakat secara amnya. Cadangan ini turut disokong oleh Mohd Nadzri (2006) kerana mendapati kekurangan bahan-bahan rujukan tentang qiraat dalam bahasa Melayu menjadi punca kecetekan pengetahuan di kalangan masyarakat Islam Malaysia.
Rujukan
‘Atar, Nuruddin (1993). ‘Ulum al -Quran al-Karim. Cetakan pertama. Damshīq: Dār al -Ṣobah. Abd Rahman Abd Ghani dan Zainora et al. (2012). Kurikulum Pengajian dan Permasalahan Qiraat di KUIS: Kajian di Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat. Jurnal Pengajian Islam, Unit Pembangunan dan Penyelidikan, Akademi Islam KUIS. Abdul Fatah Abdul Malik dan Mohd Majid Konting (1993). Memahami Penyelidikan Pendidikan: Satu Pengenalan. Serdang: Fakulti Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia.
Abdullah Hashim (2008). Bacaan Qiraat ‘Āṣim: Kajian Terhadap Guru-Guru Al-Quran Di Daerah Melaka Tengah. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Falsafah. Ahmad Najib Abdullah dan Nor Hazrul Mohd. Salleh (2014). Perkembangan Kajian Berkaitan Qiraat al-Quran di Malaysia: Satu Tinjauan. Jurnal al-Basirah. Bil. (4): 222-234. Al-Dumyāṭī, Shihāb al-Dīn Aḥmad bin Muḥammad bin Aḥmad bin ‘Abd al -Ghanī (1998). Ittiḥāf Fuḍalā’ al-Bashar bī al-Qirā’āt al-Arba‘ah ‘Ashr. Bayrūt: Dār al-Kutub al-‘ilmiyyah. Al-Fayrūz Abādī, Abu Ṭāhir Muḥammad (1998). Al-Qāmūs al-Muḥīt. Bayrūt: Mu’assasah al -Risālah. Al-Qābisi, Abū al-Ḥasan ‘Ali Muḥammad Khalaf (1955). Al-Risālah al-Mufaṣṣolah li ahwāl almuta‘alimīn wa ahkām al-mu’allimīn wa al- muta‘alimīn. Qāherah: Dār Iḥyā’ al-Kutub al-
‘Arabiyyah. Al-Qādī, Abd al-Fattāḥ (1995). Al-Budūr al-Zāhirah fī al-Qirā’āt al-‘Ashr al-Mutawātirah min ṭarīq alShātibīyyah wa al-Durrah. Qāherah: Maktabah ‘Īsā al-Bāb al-Halabī. rd
e-Proceeding of the 3 International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 224
Ibn al-Jazarī, Shams al-Dīn Abī al-Khayr Muḥammad (1999). Munjid al-Muqri’in. Lubnān: Dār al-Kutub al-‘ilmiyyah.
Jamā‘at Min Kibār al-Lughawiyyīn al-‘Arab (t.t), al-Mu‘jam al-‘Arabīy al-Asāsīy, Jāmi‘ah al -Duwal al‘Arabiyyah: al-Munazzamah al-‘Arabiyyat li al-Tarbiyyat wa al- Thaqāfah wa al-‘Ulūm. Mohd Nadzri Mohd Khir @ Mt Akhir (2006). Qiraat Nāfi‘ Riwayat Qālūn: Satu Kajian Fonetik. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Falsafah. Muhaisin, Muḥammad Sālim (1998). Al-Qirā’āt wa Atharuhā fī ‘Ulūm al-‘Arabiyyah. Bayrūt: Dār alJayl. Muhammad Hafiz Saleh, Abd Muhaimin Ahmad dan Norazman Alias. (2011). Keberkesanan Mempelajari Ilmu Qiraat: Antara Harapan, Cabaran dan Penyelesaian Masalah. Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan. 19-20 November. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. Muhammad Hana Pizi Abdullah (2007). Pengajian Al- Qirā’āt Di Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Kelantan: Suatu Kajian Terhadap Riwayat Shu‘Bah ‘An ‘Āṣ im. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Falsafah.
Murshidi Abdul Hamid (2010). Surah Yasīn: Kajian Perbandingan Antara Qiraat Nāfi‘ Dan Qiraat ‘Āṣ im Riwayat Ḥaf ṣ. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Falsafah. Sedek Ariffin (2008). Kaedah Bacaan Qiraat Hamzah: Kajian Di Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Falsafah. Wan Bakar Wan Dagang. (1994). Generasi al-Quran: Perancangan dan Pelaksanaannya. Seminar Pendidikan al-Quran. Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri dan Maktab Perguruan Islam, Bangi. Zainora Daud dan Mustaffa Abdullah (2014). Keberkesanan Kurikulum Qiraat di Kalangan Pelajar Darul Quran: Satu Tinjauan Awal. E - Journal of Arabic Studies And Islamic Civilization. 169180.
rd
e-Proceeding of the 3 International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 225