SEMESTER 2 SESI 2017/2018
KURSUS:
HSA3043 (ASIA TENGGARA ABAD KE-20)
PENSYARAH:
DR. AHMAD ZAINUDDIN BIN HUSIN
TAJUK TUGASAN :
Analisakan peranan dan perkembangan gerakan tersebut di rantau ini sehingga tamatnya Perang Dingin 1990.
KUMPULAN B BIL
NAMA
NO. MATRIK
1
CHRISTINE BINTI MITUS
D20141067560
2
ELLYSCA ESOP
D20141067578
3
JEANIFER DENIS
D20141067589
4
MELANIA DINGKIM
D20141067670
5
PHILLA LAI
D20141067562
6
SABRINA TUIL
D20141067691
SENARAI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 2.0 KAJIAN LITERATUR
HALAMAN
1 2-17
3.0 PERSIDANGAN AFRO ASIAN DAN PERKEMBANGAN PERSIDANGAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) 3.1 Persidangan Bandung 1955
17-18
3.2 Persidangan Kaherah 1957
18-20
3.3 Persidangan Belgrade 1961
20-22
3.4 Persidangan Cairo 1964
22
3.5 Persidangan Lusaka 1970
22-23
3.6 Persidangan Algiers 1973
24
3.7 Persidangan Colombo 1976
24-25
3.8 Persidangan Havana 1979
25-26
3.9 Persidangan New Delhi 1980
26-27
3.10 Persidangan Harare 1986
27-28
4.0 PERANAN PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) DALAM ASPEK POLITIK
28
4. 1 Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia 1963
28-33
4. 2 Persidangan Bandung kedua di Algeria 1965
33-35
4. 3 Menentang Kolonialisme
35-37
4.4 Menentang perlumbaan senjata dan ujian senjata nuklear
38-40
5.0 PERANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI
40
5.1 Mewujudkan keseimbangan ekonomi antara negara-negara anggota 5.2 Mewujudkan kerjasama yang erat untuk membangunkan ekonomi
41-44 44
5.2.1 Kumpulan 77
44-46
5.2.2 Kerjasama Selatan-Selatan
47-48
6.0 PERANAN PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) DALAM BIDANG SOSIAL
49
6.1 Pembangunan kerjasama budaya
49-51
6.2 Perlindungan Hak asasi manusia
51-53
7.0 RUMUSAN BIBLIOGRAFI
53
SENARAI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 2.0 KAJIAN LITERATUR
HALAMAN
1 2-17
3.0 PERSIDANGAN AFRO ASIAN DAN PERKEMBANGAN PERSIDANGAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) 3.1 Persidangan Bandung 1955
17-18
3.2 Persidangan Kaherah 1957
18-20
3.3 Persidangan Belgrade 1961
20-22
3.4 Persidangan Cairo 1964
22
3.5 Persidangan Lusaka 1970
22-23
3.6 Persidangan Algiers 1973
24
3.7 Persidangan Colombo 1976
24-25
3.8 Persidangan Havana 1979
25-26
3.9 Persidangan New Delhi 1980
26-27
3.10 Persidangan Harare 1986
27-28
4.0 PERANAN PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) DALAM ASPEK POLITIK
28
4. 1 Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia 1963
28-33
4. 2 Persidangan Bandung kedua di Algeria 1965
33-35
4. 3 Menentang Kolonialisme
35-37
4.4 Menentang perlumbaan senjata dan ujian senjata nuklear
38-40
5.0 PERANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI
40
5.1 Mewujudkan keseimbangan ekonomi antara negara-negara anggota 5.2 Mewujudkan kerjasama yang erat untuk membangunkan ekonomi
41-44 44
5.2.1 Kumpulan 77
44-46
5.2.2 Kerjasama Selatan-Selatan
47-48
6.0 PERANAN PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) DALAM BIDANG SOSIAL
49
6.1 Pembangunan kerjasama budaya
49-51
6.2 Perlindungan Hak asasi manusia
51-53
7.0 RUMUSAN BIBLIOGRAFI
53
1.0 PENGENALAN
Abad ke-20 menyaksikan pelbagai konflik telah berlaku di dalam sejarah dunia. Perang Dingin merupakan salah satu konflik yang telah menggegarkan dunia suatu ketika dahulu selain daripada Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Konflik ini melibatkan dua buah blok kuasa iaitu Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat. Hal ini berlaku kerana kedua-dua blok kuasa
ini
memperjuangkan
dua
fahaman
politik
yang
berbeza.
Kesatuan
Soviet
memperjuangkan ideologi komunis, manakala Amerika Syarikat pula memperjuangkan ideologi demokrasi.
Sehubungan dengan itu, wujud dua buah persidangan pada tempoh tempoh awal berlakunya Perang Dingin, yakni Persidangan Manila dan Persidangan Bandung. Persidangan Manila merupakan sebuah persidangan yang dianjurkan oleh kuasa-kuasa Barat bagi menyekat penyebaran pengaruh komunis di negara-negara negara -negara sekitar Asia Tenggara. Melalui persidangan ini juga telah wujud satu pertubuhan ketenteraan yang dikenali sebagai Pakatan Pertahanan Asia Tenggara atau Southeast Asia Treaty Organization (SEATO). Manakala, Persidangan Bandung Bandung pula adalah reaksi tindak balas terhadap pertubuhan SEATO. Hal ini kerana, pemimpin yang terlibat dengan Persidangan Bandung tidak bersetuju dengan perjuangan SEATO yang bersifat ketenteraan kerana mereka menegaskan bahawa penyelesaian konflik secara aman adalah penting bagi mengelakkan berlakunya Perang Dunia Ketiga. Justeru itu, Gerakan NegaraNegara Berkecuali akhirnya telah ditubuhkan untuk memperjuangkan keamanan dan keselamatan sejagat tanpa memihak kepada mana-mana pihak yang sedang berperang.
Bagi menyempurnakan tugasan kursus HSA 3043 Asia Tenggara Abad Ke-20 ini, kumpulan kami akan mengupas mengenai perkembangan Gerakan Negara-Negara Berkecuali dan peranannya terhadap rantau Asia Tenggara. Oleh yang demikian, usaha menganalisis dan membuat tafsiran terhadap beberapa kajian terdahulu telah pun dilakukan untuk melihat pandangan pengkaji-pengkaji terdahulu terhadap isu perkembangan dan peranan Gerakan Negara-Negara Berkecuali di rantau Asia Tenggara.
1
2.0 KAJIAN LITERATUR
Terdapat dua buah kajian literatur yang digunapakai di dalam penulisan ini. Yang pertama ialah sebuah penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh O.Suryanarayanan. Penulisan beliau berjudul “Bandung Conference and The Evolution of Non - Alignment” Alignment” atau “Persidangan Bandung dan Perkembangan Gerakan Berkecuali”. Manakala yang kedua pula adalah sebuah penulisan
ilmiah yang dihasilkan oleh Jayantanuja Bandyopdhyaya dengan judul “Gerakan Berkecuali dan Hubungan Antarabangsa”.
Penulisan yang dilakukan oleh O.Suryanaranan merupakan sebuah artikel yang memperincikan perkembangan Gerakan Berkecuali dari persidangan yang pertama iaitu Persidangan Kemuncak Gerakan Berkecuali Belgrade hinggalah ke persidangan yang kelapan iaitu Persidangan Kemuncak Gerakan Berkecuali di Harare. Perbincangan dimulakan dengan penghuraian secara umum mengenai Gerakan Berkecuali yang melibatkan aspek sejarah penubuhan gerakan tersebut dan tujuan penubuhannya. Beliau menyatakan bahawa gerakan tersebut diwujudkan adalah satu gerakan yang ingin membawa keamanan, kebebasan dan keadilan kepada dunia. Hal ini kerana perjuangan yang diperjuangkan oleh gerakan tersebut ialah melaksanakan genjatan senjata untuk keamanan sejagat dan membentuk kerjasama antarabangsa dalam usaha pembangunan pelbagai aspek bagi semua negara.
Penulis menyatakan akar umbi Gerakan Berkecuali ini adalah bermula dengan Persidangan Afro-Asia di Bandung pada tahun 1955 yang dihadiri oleh 29 buah negara. Hal ini kerana idea dan cadangan mengenai Gerakan Berkecuali telah mula diuar-uarkan pada persidangan tersebut.
Oleh yang demikian, mesyuarat pertama pertama Gerakan Berkecuali telah
diadakan di Belgrade pada tahun 1961. Mesyuarat Gerakan Berkecuali turut disebut sebagai Persidangan Kemuncak Gerakan Berkecuali. Persidangan kemuncak yang pertama ini dihadiri oleh beberapa orang pemimpin hebat seperti Josip Broz Tito iaitu Perdana menteri Ygoslavia, Gamel Abdul Nasser; Perdana Menteri Mesir, Soekarno; Perdana Menteri Indonesia, Jawaharlal Nehru; Perdana Menteri India dan Nkrumah; Perdana Menteri Gana serta beberapa orang pemimpin yang lain. Di dalam mesyuarat ini, Tito menyatakan bahawa organisasi
2
tersebut perlu melaksanakan usaha-usaha yang tegas dan bermatlamat agar dapat merealisasikan impian untuk menegakkan hak-hak antarabangsa denga n berjaya.
Di dalam persidangan kemuncak yang pertama ini juga, penulis menyatakan bahawa terdapat lima buah teras yang perlu dipatuhi oleh sesebuah negara untuk menjadi ahli anggota Gerakan Berkecuali telah ditetapkan. Yang pertama ialah, negara anggota wajib untuk mengamalkan “Dasar Berkecuali”. Yang kedua, negara anggota harus memberi sokongan
terhadap gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan antarabangsa. Ketiga, negara anggota seharusnya tidak menjadi ahli sekutu dengan mana-mana kuasa yang terlibat dengan konflik antarabangsa. Keempat, sekiranya negara anggota telahpun memeterai perjanjian terlebih dahulu dengan mana-mana kuasa yang terlibat dengan konflik antarabangsa, perjanjian tersebut haruslah hanya terhad kepada menjadi benteng pertahanan kawasan sahaja tanpa memberi kuasa penuh terhadap kuasa yang terlibat dengan konflik tersebut. Kelima, sekiranya negara anggota mempunyai ikatan perjanjian ketenteraan dengan mana-mana kuasa asing, perjanjian tersebut haruslah dimeterai dengan mana-mana kuasa yang tidak terlibat dengan konflik antarabangsa.
Selain itu, persidangan kemuncak yang pertama ini turut mengetengahkan fokus penubuhan gerakan tersebut adalah untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonialisme, neokolonialisme, pemisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan bangsa asing, kuasa serta kumpulan politik. Di dalam persidangan yang pertama ini, terdapat 25 buah negara berkecuali yang hadir bersama dengan
tiga buah negara lain yang berperanan sebagai pemerhati.
Menurut penulis, persidangan yang pertama ini dianggap sebagai sebuah kejayaan hebat oleh Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru. Namun, ia juga dilihat sebagai satu ancaman yang besar kepada kuasa-kuasa Barat yang cenderung dalam pengamalan imperialisme. Hal ini kerana agenda perbincangan yang diusulkan di dalam persidangan pertama ini ialah mengenai hubungan antarabangsa dan langkah-langkah untuk lebih memperkukuhkan keamanan dan keselamatan antarabangsa pada ketika itu.
3
Dengan berpandukan teras dan isu-isu yang telah diusulkan pada persidangan yang pertama, Persidangan Kemuncak Gerakan Berkecuali yang kedua pula diadakan di Kaherah pada 5-10 Oktober 1964. Persidangan kemuncak yang kedua ini menunjukkan wujud peningkatan ahli anggota daripada 25 buah negara kepada 47 buah negara dan negara pemerhati daripada 3 buah kepada 10 buah negara. Di dalam persidangan ini, isu mengenai Perang Dingin tidak berapa diketengahkan sebaliknya adalah isu-isu yang berkaitan dengan negara anggota Gerakan Berkecuali seperti konflik Arab-Israel dan peperangan di antara India dan Pakistan.
Penulis menyatakan bahawa organisasi gerakan memutuskan untuk melancarkan kempen menentang penggunaan senjata nuklear di dalam peperangan dengan cara memohon agar kuasa-kuasa yang terlibat dengan konflik membuat semakan semula terhadap peralatan perang yang digunakan oleh tentera mereka masing-masing. Organisasi juga turut menyuarakan kembali motif dan tujuan utama penubuhan gerakan tersebut, yakni membawa keamanan, keselamatan dan kebebasan kepada dunia.
Menurut penulis, usaha memperjuangkan keamanan, keadilan dan kebebasan tampak lebih jelas pada persidangan yang kedua ini berbanding pada persidangan yang pertama. Hal ini kerana selepas persidangan tersebut, negara-negara anggota mulai memberi bantuan dari segi kewangan dan bantuan ketenteraan kepada negara anggota yang lain untuk membebaskan diri daripada cengkaman kuasa kolonial dan liberal yang menjajah mereka. Sebagai contoh, jawatankuasa tertinggi organisasi Gerakan Berkecuali memutuskan bahawa dasar perkauman yang dilaksanakan di Afrika Selatan adalah melanggar deklarasi hak asasi manusia dan prinsip sama rata antara kaum.
Persidangan Kemuncak Ketiga Gerakan Berkecuali diadakan di Lusaka pada tahun 1970. Penulis menyatakan bahawa terdapat peningkatan sebanyak jumlah ahli pada persidangan ini berbanding persidangan yang sebelumnya. persidangan yang ketiga ini merupakan persidangan yang terpenting di dalam sejarah organisasi Gerakan Berkecuali. Hal ini kerana, melalui persidangan ini, organisasi Gerakan Berkecuali semakin rancak meluaskan usaha mereka dan beberapa cabang organisasi antarabangsa yang baru telah muncul. 4
Hal ini kerana, di dalam persidangan ini, terdapat tiga buah keputusan telah dilakukan oleh ahli majlis tertinggi organisasi. Menurut penulis,keputusan yang diambil itu telah membawa perubahan yang besar kepada organisasi Gerakan berkecuali dan berjaya menyelaraskan organisasi tersebut secara lebih teratur dan terancang. Keputusan yang dimaksudkan ialah; yang pertama, tempoh bagi satu persidangan adalah hanya tiga tahun. Ini bermaksud, selepas tiga
tahun,
negara-negara
anggota
perlu
menghadiri
satu
lagi
persidangan
bagi
membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan perjuangan mereka. Yang kedua, individu yang mempengerusi persidangan yang terakhir perlu diberi mandat sebagai moderator bagi mewakili setiap negara anggota untuk menyuarakan keperluan mereka. Ketiga, pengerusi persidangan perlu merancang perjumpaan seterusnya dan bertanggungjawab untuk memastikan segala urusan dapat berjalan dengan lancar.
Di dalam persidangan ini juga, penulis menyatakan bahawa jawatankuasa tertinggi Gerakan Berkecuali telah memutuskan untuk memperkukuhkan hubungan negara-negara anggota Gerakan Berkecuali dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar usaha yang lebih efektif dalam mewujudkan suasana yang aman, damai dan penuh keadilan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Persidangan kemuncak yang ketiga ini juga adalah sebuah persidangan yang memberi penekanan terhadap bahayanya jika negara anggota terus bergantung terhadap kuasa imperialisme dan memberi dorongan untuk memantapkan strategi pembangunan ekonomi agar dapat melepaskan diri daripada kuasa-kuasa tersebut.
Persidangan kemuncak yang ketiga ini turut menetapkan bahawa tahun 1970 adalah tahun bermulanya genjatan senjata di seluruh dunia selama sepuluh tahun. Selain itu, di dalam persidangan ini juga majlis tertinggi Gerakan Berkecuali telah melakukan satu tindakan berani kerana memberi teguran secara terbuka kepada pihak Amerika Syarikat, Perancis, Ital, German dan Jepun mengenai
cara mereka melaksanakan kerjasama dengan Afrika Selatan yang
sememangnya mendorong kepada isu perkauman.
5
Menurut penulis, selepas persidangan kemuncak yang ketiga ini, banyak perubahan telah berlaku kepada dunia terutamanya di dalam bidang politik antarabangsa. Misalnya pada tahun 1971, SALT ditandatangani oleh ---- dengan ----. Selain itu, India juga menandatangani a treaty comity and friendship with ussr untuk 20 tahun akibat daripada peperangan IndiaPakistan yang berlaku pada tahun 1971. Kawasan bebas diumumkan. Negara-negara Asia Selatan menggariskan Laut India sebagai kawasan yang bebas daripada segala bentuk peperangan dan konflik antara negara. ZOPFAN diperkenalkan apabila ASEAN mengiktiraf South East Asia sebagai zan aman, bebas dan neutral.
Di dalam artikel ini juga, penulis turut mengupas setiap persidangan kemuncak yang dihadiri oleh ahli anggota Gerakan Berkecuali. Sama seperti penerangan tiga persidangan di atas, penulis turut memperincikan setiap usaha yang dirancang dan dilaksanakan oleh organisasi tersebut. Secara keseluruhannya, setiap persidangan yang dilaksanakan akan ada pertambahan dari segi jumlah ahli yang hadir. Keadaan tersebut secara tidak langsung memberi gambaran bahawa dari semasa ke semasa motif perjuangan yang ditekankan oleh organisasi ini semakin diterima oleh banyak negara. Daripada organisasi ini juga terdapat banyak organisasi baru yang muncul.
Penulisan kedua pula adalah sebuah penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh Jayantanuja Bandyopdhyaya dengan judul “The Non-Aligned Movement and International Rel ations” atau “Gerakan Berkecuali dan Hubungan Antarabangsa”. Artikel ini membincangkan percanggahan
dalaman semasa Perang Dingin yang telah mendorong kepada perkembangan gerakan berkecuali. Bermula dari India, dan dengan cara yang kecil dengan beberapa ahli politik yang diilhamkan sebagai ahli falsafah dan pembentuknya, pergerakan berkecuali ini telah berkembang dengan pesat sehingga hari ini menjadi pergerakan sejagat. Pada Sidang Kemuncak Kolombia Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, yang diadakan pada bulan Ogos 1976, terdapat 86 orang peserta yang merupakan majoriti dua pertiga dari anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan majoriti penduduk dunia. Gerakan berkecuali menandakan bermulanya era baru dalam sejarah hubungan antarabangsa. Terdapat tiga subtopik utama yang dibincangkan oleh penulis di dalam artikel ini iaitu mengenai pergerakan anti-imperialis, dimensi ekonomi baru serta penginstitusian gerakan berkecuali.
6
Dalam artikel ini, percanggahan dalam Perang Dingin memberikan keazaman kepada negara-negara yang baharu merdeka untuk mengelak pakatan tentera yang dikuasai oleh dua blok kuasa yang sedang berlawan iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union. Tindakan dua blok kuasa tersebut untuk membentuk negara-negara baru ke dalam kancah peperangan dan bertindak memaksa negara-negara baru ini berada di dalam pengaruh mereka telah mendorong kepada pengukuhan keazaman negara-negara baru untuk memelihara dan menjaga kemerdekaan mereka melalui gerakan negara-negara berkecuali. Penulis menyatakan penyebab utama kemunculan gerakan berkecuali sebagai dasar luar adalah ekoran daripada proses dekolonisasi. Hal ini demikian kerana dekolonisasi berlaku pada suku ketiga abad ke-20 akibat pergerakan kebangsaan di Asia dan Afrika yang berlaku pada separuh pertama abad ke20.
Pergerakan Kebangsaan ini bertujuan untuk menentang dasar-dasar imperialis dan masalah perkauman orang putih dan kapitalis Eropah. Oleh itu, apabila bekas tanah-tanah jajahan ini mendapat kemerdekaan, keutamaan mereka adalah untuk menegaskan identiti dan hak-hak autonomi mereka lebih-lebih lagi dalam menghapuskan masalah perkauman Barat secara menyeluruh dalam kesemua manifestonya. Oleh itu, di dalam Persidangan Afro-Asia Bandung manifesto yang diisytiharkan adalah untuk menentang imperialisme. Justeru itu, gerakan berkecuali merupakan salah satu penegasan negara-negara Afro-Asia untuk tetap bebas daripada imperialis barat. Penulis menegaskan bahawa gerakan berkecuali ini merupakan salah satu pemberontakan dan salah satu deklarasi kemanusiaan Asia dan Afrika terhadap golongan imperialis dan golongan rasis, serta orang putih.
Secara dasarnya, motivasi kepada anti-imperalis oleh gerakan berkecuali ini telah ditekankan dalam persidangan-persidangan gerakan berkecuali. Sebagai contoh, ketika Persidangan di Lusaka, ia menyatakan bahawa pertumbuhan gerakan berkecuali ke dalam pergerakan antarabangsa adalah merentasi batas perkauman, dan serantau. Hasil daripada revolusi anti-kolonial dunia dan kemunculan sejumlah besar negara-negara baru telah memilih orientasi pembangunan politik bebas dan menolak untuk menerima sebarang penggantian bentuk subordinasi lama oleh orang-orang baru.
7
Persidangan Sidang Kemuncak Algiers juga memperlihatkan semakin banyak negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin menunjukkan keinginan untuk pembebasan dan kebebasan untuk menghadapi cabaran yang dikenakan oleh monopoli neo-kolonialis dan monopoli imperialis. Dalam Sidang Kemuncak di Kolombo mengatakan bahawa ini adalah kekuatan penting dalam perjuangan menentang imperialisme. Gerakan berkecuali harus menegakkan hak semua orang untuk kebebasan dan pengawalan diri serta semua negara untuk meneruskan strategi bebas demi pembangunan dan penyelesaian masalah antarabangsa.
Dalam hujah yang diutarakan oleh penulis di dalam artikel ini, perkembangan gerakan berkecuali semasa Perang Dingin lebih berfokus kepada penentangan terhadap Amerika Syarikat dan negara-negara Barat yang lain namun bukan kepada Soviet Union. Hal ini dibuktikan dengan kecenderungan dalam beberapa deklarasi dan resolusi yang diluluskan di setiap persidangan pergerakan berkecuali secara langsung ditujukan kepada Amerika Syarikat tetapi bagi Soviet Union pula tiada satu pun deklarasi atau resolusi yang menjurus kepada blok kuasa ini. Penulis membandingkan dua blok kuasa iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union semasa Perang Dingin di mana Soviet Union dalam tempoh Perang Dingin tidak pernah mencuba untuk membentuk pengaruh pakatan tentera yang melibatkan negara-negara baru di Asia dan Afrika sebaliknya Amerika Syarikat dilihat cuba untuk kembali ke Asia dan Afrika melalui SEATO, CENTO dan sebagainya.
Menurut penulis, Soviet Union dilihat mempunyai dasar yang sama dengan pergerakan berkecuali iaitu kuasa ini secara konsisten mengundi di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan menolak semua dasar dan polisi masalah perkauman atau rasis khususnya di Afrika Selatan dan juga di tempat lain. Hujah penulis ini turut dibuktikan dengan penolakan sepenuhnya ideologi Barat oleh golongan elit nasionalis dari Asia dan Afrika tetapi bagi Soviet Union dari aspek politik masih boleh dipertimbangkan. Kebanyakan pemimpin nasionalis Afro Asia percaya bahawa bukan kapitalisme sahaja yang membawa kepada ketidaksamaan dan eksploitasi, tetapi imperialisme juga adalah salah satunya yang lebih relevan berdasarkan pengalaman sejarah mereka.
8
Bagi pemimpin nasionalis Afro-Asia, mereka beranggapan bahawa prinsip-prinsip demokratik dan bentuk-bentuk politik Barat adalah palsu semata-mata. Hampir semua pemimpin Afro-Asia telah menerima secara teori aspek ekonomi sosialisme dengan serius mengenai struktur politik Soviet. Malah, pengkritik kuat sistem Soviet Union misalnya, Mahatma Gandhi juga turut menyatakan berulang kali bahawa struktur ekonomi komunisme Soviet yang melibatkan pemilikan kolektif pengeluaran dan pengedaran akan diterima sepenuhnya olehnya dengan syarat, ia ditubuhkan tanpa menggunakan keganasan dan pemerintahan diktator.
Namun begitu, meskipun negara-negara Afro-Asia ini dilihat cenderung kepada Soviet Union, namun ia tidak bermakna mereka menyokong untuk bersekutu dengan pakatan ketenteraan Soviet. Hal ini demikian kerana, golongan nasionalis anti-penjajah di Asia dan Afrika secara amnya bertempur di atas platform nasional yang luas me ngikut persetujuan politik yang mempertahankan kebebasan dan kemerdekaan mereka. Tambahan pula, gangguan secara berkala oleh Soviet Union dalam pergerakan kebebasan negara-negara Afro-Asia melalui parti Komunis tempatan, dan dalam sistem politik mereka yang baru walaupun selepas kemerdekaan, khususnya semasa zaman Stalin, membuat elit politik negara-negara Afro-Asia agak mencurigakan Soviet Union.
Berdasarkan hujah penulis, kebanyakan penentu kepada gerakan berkecuali sebagai strategi dasar luar negara-negara baru telah berakar umbi daripada sejarah penjajahan, dalam proses penjajahan dan dalam keadaan sosiologi, politik dan ekonomi negara-negara baru yang kebanyakannya adalah sebelum berlakunya Perang Dingin. Namun begitu, tercetusnya Perang Dingin telah mendorong kepada pertumbuhan pergerakan ini ekoran daripada ancaman penghapusan nuklear.
Selain itu, dalam perkembangan pesatnya sebagai pergerakan antarabangsa, pergerakan berkecuali telah mengubah corak dan kandungannya dalam aspek penting. Daripada satu strategi politik dan diikuti secara kolektif oleh negara-negara baru ia telah berubah menjadi pergerakan ekonomi kolektif negara-negara dunia ketiga memasuki konfrontasi ekonomi Utara-Selatan dan menerajui permintaan dan perjuangan untuk ekonomi antarabangsa berdasarkan kesaksamaan dan keadilan. Anti-imperialisme dan anti-perkauman 9
masih merupakan ideologi perjuangan pergerakan negara-negara berkecuali tetapi peningkatan dari segi ekonomi juga menjadi tumpuan baharu mereka. Persidangan pertama Pergerakan Negara-negara Berkecuali di Belgrade menekankan isu-isu politik secara meluas seperti antiimperialisme dan anti-perkauman, ancaman perang, masalah pencerobohan dan campur tangan, pangkalan tentera asing, penentuan nasib negara, perlucutan senjata, kedamaian sejagat dan kedamaian dunia.
Berdasarkan isu-isu yang dinyatakan dalam persidangan di Belgrade sememangnya tiada isu yang berkaitan dengan ekonomi kerana resolusi ekonomi agak kurang diutamakan dan kurang diberikan kepentingan. Justeru itu, usaha harus dilakukan untuk menghapus ketidakseimbangan ekonomi yang diwarisi daripada penjajahan dan imperialisme. Bagi memulihkan keadaan ini, cadangan yang diusulkan adalah mempercepatkan pembangunan ekonomi negara-negara baru dengan cadangan penubuhan Dana Pembangunan Modal Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Capital Development Fund). Melalui cadangan ini, mereka bersetuju untuk menuntut perdagangan bagi negara-negara yang kurang maju dari segi ekonomi sahaja dan semua negara yang sedang membangun dijemput untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan pertukaran dagangan antara satu sama lain.
Persidangan kedua Pergerakan Negara-negara Berkecuali di Kaherah pada tahun 1964 lebih kurang sama seperti persidangan di Belgrade yang lebih menekankan kepada isu politik global. Dalam persidangan di Kaherah ini terdapat sebelas isu utama yang dibincangkan namun hanya satu sahaja yang berkaitan dengan hal ekonomi. Resolusi terhadap imperialisme dan masalah perkauman serta penentangan terhadap pangkalan tentera asing semakin ditekankan dengan lebih terperinci berbanding ketika persidangan di Belgrade. Penentuan nasib negara juga diberikan penekanan serta isu-isu baharu seperti zon bebas nuklear dan mengelakkan pertambahan senjata nuklear merupakan resolusi baharu mengenai senjata. Persidangan ini menyatakan bahawa struktur ekonomi dunia dan institusi perdagangan antarabangsa dan pembangunan antarabangsa yang sedia ada telah gagal sama ada untuk mengurangkan perbezaan dalam pendapatan per kapita rakyat di negara membangun dan negara maju atau untuk menggalakkan tindakan antarabangsa untuk membetulkan ketidakseimbangan antara negara maju dan negara membangun.
10
Artikel ini menyatakan Persidangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali di Lusaka yang diadakan pada tahun 1970 merupakan persidangan terpenting yang menandakan perkembangan dalam kandungan gerakan berkecuali di mana isu berkaitan ekonomi antarabangsa dibincangkan namun, isu-isu politik yang lama juga tidak diabaikan. Dalam bidang ekonomi, jelas kelihatan ketidakseimbangan struktur antara negara maju dan negara yang sedang membangun memperlihatkan jurang yang sangat luas antara negara-negara membangun dengan negara-negara maju sekaligus ia menjadi ancaman kepada kedamaian dan keamanan antarabangsa. Persidangan di Lusaka ini lebih berfokus kepada isu-isu ekonomi dunia seperti kemerosotan perdagangan eksport dunia bagi negara-negara membangun, penurunan dan peningkatan aliran kewangan serta usaha-usaha untuk membawa perubahan yang pesat dalam sistem ekonomi dunia terutamanya dalam bidang perdagangan, kewangan dan teknologi.
Pada persidangan di Algiers, satu lagi dimensi ekonomi muncul dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali apabila “Program Tindakan Kerjasama Ekonomi” telah dipersetujui untuk meningkatkan kerjasama ekonomi. Program ini berfokus kepada pembentukan saluran komunikasi, hubungan antara negara maju dan negara membangun, sistem kewangan dan hasil negara antarabangsa, pemindahan teknologi, kepentingan produk, persekitaran dan kerjasama antara negara-negara sosialis. Tindakan kerjasama antara negara-negara sosialis ini adalah pertama kali dinyatakan di persidangan-persidangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali dengan harapan untuk membentuk kerjasama yang luas antara negara-negara berkecuali dengan negara-negara sosialis termasuk penubuhan jawatankuasa bersama bagi tujuan kerjasama dan pembangunan ekonomi bersama.
Di samping itu juga, persidangan di Algiers ini turut memberi kesedaran kepada negaranegara berkecuali untuk memelihara identiti kebudayaan. Hal ini demikian kerana, mereka sedar bahawa imperialisme bukan sahaja mempengaruhi politik dan ekonomi malah, turut bercabang ke dalam bidang kebudayaan dan sosial. Pengasingan tamadun dan budaya yang dibawa oleh imperialisme perlu ditapis dengan mewujudkan personaliti nasional dan tegas terhadap nilai sosial dan budaya mereka. Dalam persidangan di Kolumbia pada tahun 1976, ia
11
merupakan salah satu perkembangan yang terpenting bagi Pergerakan Negara-negara Berkecuali yang meliputi pelbagai aspek. Dalam persidangan ini, resolusi mengenai penggunaan kuasa veto menegaskan pemansuhan sistem veto dan pindaan Piagam PBB dengan sewajarnya. Kesemua persidangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali sebelum ini menunjukkan kesetiaan dan dedikasi kepada PBB namun, pada persidangan di Kolumbia buat pertama kalinya mereka meminta pindaan Piagam PBB bagi memastikan kesetaraan politik negara.
Isu berkaitan ekonomi antarabangsa juga dibincangkan dalam Pe rsidangan di Kolumbia. Deklarasi Ekonomi menyatakan bahawa jurang yang semakin lebar antara negara-negara maju dengan negara-negara membangun adalah salah satu punca ketegangan dan konflik. Oleh itu cadangan untuk dasar ekonomi antarabangsa yang baru hendaklah termasuk pengawalseliaan asas perdagangan antarabangsa, dengan rujukan khusus kepada terma perdagangan; penyusunan semula asas pengeluaran dunia berdasarkan pembahagian buruh antarabangsa yang baru; pengubahsuaian sepenuhnya aturan kewangan antarabangsa yang sedia ada; pemindahan sumber yang mencukupi atas dasar yang terjamin, berterusan dan boleh diramal; penyelesaian untuk masalah hutang luar negeri, khususnya negara yang paling kurang maju dan yang paling teruk terjejas; bantuan kewangan dan teknologi kepada negara-negara membangun untuk pembangunan pertanian mereka; dan akses percuma ke laut untuk negara tanah terkunci.
Usaha-usaha ini adalah untuk kepentingan dalam pembangunan ekonomi negaranegara berkecuali itu sendiri di mana persidangan ini menekankan perlunya penguasaan secara kolektif dan sikap saling bergantung dalam ekonomi global dan kesepaduan yang perlu dijadikan teladan oleh negara-negara berkecuali di UNCTAD-IV dan dalam Perhimpunan Agung PBB yang membincangkan mengenai isu ekonomi global iaitu program "Tindakan untuk Kerjasama Ekonomi" dalam kalangan negara-negara berkecuali serta negara-negara membangun yang lain.
Program tindakan ini terdiri daripada perkara utama iaitu bahan mentah, perdagangan, kerjasama kewangan, perindustrian, makanan dan pertanian, perikanan, pengangkutan, 12
telekomunikasi, insurans, perusahaan awam, kesihatan, kerjasama teknikal dan perkhidmatan perundingan, sains dan teknologi pembangunan, pekerjaan dan pembangunan sumber manusia, peranan wanita dalam pembangunan, sistem penyelidikan dan maklumat, pelancongan, syarikat transnasional, pelaburan asing swasta, tenaga nuklear, dan sukan. Setiap item ini dibahagikan kepada program tindakan yang terperinci. Sebanyak 15 kumpulan penyelarasan negara-negara berkecuali telah ditubuhkan untuk menjaga perlaksanaan kerjasama ini. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa gerakan berkecuali semakin menumpukan gerakan ekonomi untuk pembangungan dan perkembangan negara-negara berkecuali. Meskipun mereka masih menekankan dasar anti-imperialis dan anti-perkauman namun, peningkatan ekonomi global itu dianggap pengukuhan kepada politik sesebuah negara.
Peningkatan kepentingan yang diberikan kepada urusan ekonomi di mesyuarat pergerakan negara-negara berkecuali tidak menggambarkan penerimaan pandangan bahawa urusan politik antarabangsa harus ditinggalkan kepada negara-negara yang kaya dan berkuasa, sementara yang miskin dan lemah harus membahas diri mereka dengan urusan ekonomi. Pandangan itu harus dianggap sebagai sebahagian daripada strategi imperialis yang bertujuan untuk memelihara dasar antarabangsa yang menguntungkan orang kaya dan berkuasa. Adalah perlu untuk negara-negara berkecuali untuk mengambil berat te ntang aspek politik dan ekonomi hal ehwal antarabangsa. Kepentingan yang diberikan kepada urusan ekonomi tidak mengurangkan kesan yang diberikan kepada urusan politik di mesyuarat Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.
Selain perbincangan mengenai politik dan ekonomi, penulis juga mengulas mengenai penginstitusian pergerakan berkecuali. Bertitik tolak daripada Persidangan Bandung Afro-Asia pada tahun 1955 para pemimpin negara-negara Asia yang berkumpul pada persidangan itu secara umumnya menganjurkan satu dasar yang sama untuk negara mereka sendiri dan menyatakan perpaduan yang sama terhadap imperialisme dan masalah perkauman. Melalui Persidangan Bandung ini, munculnya gerakan berkecuali. Pertemuan Nehru-Nasser-Tito di Brioni pada tahun 1956 adalah persidangan pertama, walaupun hanya dihadiri oleh tiga pengasas utama pergerakan negara-negara berkecuali. Tetapi penginstitusian gerakan berkecuali sebagai gerakan antarabangsa belum lagi bermula secara rasminya sehinggalah
13
Persidangan Persiapan Kairo pada bulan Jun 1961, yang diselenggarakan oleh Nasser, Tito dan Nehru, dan dihadiri oleh 20 negara dan satu negara pemerhati iaitu Brazil.
Penginstitusian Pergerakan Negara-negara Berkecuali berkembang apabila wujudnya pelbagai jawatankuasa-jawatankuasa yang berperanan dalam setiap aspek. Jika dilihat dari aspek organisasi, pergerakan ini mempunyai organisasi yang stabil dan sistematik sehingga menjadikan ia terus berkembang. Ini dapat dibuktikan dengan persidangan-persidangan yang telah diadakan di mana ia tidak hanya berjaya menentukan keanggotaan pergerakan tersebut malah, dari segi masa, tempat, agenda dan prosedur organisasi menunjukkan bagaimana persediaan yang dilakukan dalam institusi. Tambahan pula, institusi persediaan telah memainkan peranan asas organisasi dalam perkembangan pergerakan negara-negara berkecuali.
Perkembangan pergerakan ini bukan sahaja ditonjolkan melalui Persidangan Kemuncak seperti di Belgrade, Kaherah dan Lusaka malah, juga terdapatnya perundingan tidak formal iaitu di New York pada September 1969, Mesyuarat Asia di Colombo pada Mac 1970, Persidangan Persiapan di Daressalaam pada bulan April 1970, dan dua mesyuarat Jawatankuasa Tetap di New Delhi dan Lusaka pada Jun dan Julai 1970. Antara Persidangan Sidang Kemuncak Lusaka dan Algiers juga diadakan Mesyuarat Perundingan Menteri di New York pada September 1971, dan tiga Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan di Georgetown pada Februari 1972, Kuala Lumpur pada Mei 1972 dan Georgetown pada bulan Ogos 1972 secara tetap. Persidangan Menteri Luar Negeri juga diadakan di Georgetown pada bulan Ogos 1972.
Selepas Persidangan Sidang Kemuncak Algiers, terdapat Persidangan Menteri Luar Negeri di Lima (Peru) pada bulan Ogos 1975, tiga mesyuarat Biro Penyelaras dan sebuah sidang kemuncak di New Delhi pada bulan Julai 1976 dengan agenda khusus mengenai gerakan-gerakan berkecuali. Dalam tempoh tersebut, negara-negara berkecuali telah mencuba untuk menubuhkan pusat organisasi yang tetap dalam bentuk Biro Penyelaras walaupun pergerakan tersebut belum mempunyai sekretariat tetap. 27 Konferensi Sidang Kemuncak Algiers, menerima cadangan ini untuk pertimbangan, iaitu dengan menubuhkan Biro Penyelaras, yang terdiri daripada 17 negara anggota, yang bertanggungjawab mengawasi 14
pelaksanaan keputusan persidangan sidang kemuncak, untuk menganjurkan pelbagai mesyuarat dan persidangan gerakan berkecuali, dan untuk melaksanakan kerja semasa gerakan berkecuali. Terdapat juga cadangan di Persidangan Sidang Kemuncak Algiers untuk penubuhan sebuah sekretariat tetap namun, walau bagaimanapun, ia ditangguhkan sehingga persidangan sidang kemuncak yang akan datang.
Negara-negara berkecuali juga telah berjaya menubuhkan dan membangunkan saluran komunikasi dalam kalangan mereka. Kewujudan dan perkembangan saluran komunikasi adalah prasyarat utama untuk pertumbuhan perpaduan dan kerjasama antarabangsa. Semasa fasa sejarah imperialisme, negara-negara berkecuali hari ini tetap sepenuhnya bergantung dan didominasi oleh saluran komunikasi kuasa-kuasa imperialis. Salah satu objektif pergerakan berkecuali adalah untuk mempromosikan negara-negara baru di Asia dan Afrika melalui peningkatan komunikasi antarabangsa.
Pada Persidangan Perhubungan Asia pada tahun 1947, Nehru telah berbicara tentang negara-negara Asia yang bertemu di persidangan selepas berabad-abad lamanya. Sentimen yang sama juga dinyatakan secara umum di persidangan Afro-Asia di Bandung pada tahun 1955. Sejak awal lagi dalam pelbagai persidangan berkecuali mereka mengucapkan tahniah dengan kedatangan negara-negara baru dan memutuskan untuk meningkatkan hubungan dan komunikasi dalam kalangan mereka dari segi politik, ekonomi, teknologi dan budaya.
Ketika persidangan di Algiers pada tahu 1973, dalam Program Tindakan Ekonomi, sidang tersebut menggesa penyusunan semula rangkaian komunikasi sedia ada bagi mengatasi masalah komunikasi antarabangsa dalam kalangan negara-negara berkecuali bagi mengukuhkan struktur hubungan antarabangsa. Mereka melahirkan komitmen untuk meningkatkan aliran maklumat langsung dan komunikasi pantas antara satu sama lain, dengan mempromosikan kesedaran dan pemahaman bersama mengenai tujuan politik dan ekonomi mereka yang sama dan juga meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan dalam bidang sosial dan budaya. Mereka menegaskan bahawa dekolonisasi maklumat adalah penting untuk tujuan-tujuan ini dan penubuhan suatu Perintah Maklumat Antarabangsa yang baru harus dilaksanakan sebagai Perintah Ekonomi Antarabangsa Baru. Hasil yang paling ketara dalam 15
persidangan ini ialah pelancaran The Non-Aligned News Agencies Pool (NANAP) (lebih dikenali sebagai 'kolam berita'), lengkap dengan perlembagaan dan Jawatankuasa Penyelaras.
Persidangan ini juga memutuskan untuk membangunkan sistem komunikasi domestik bagi negara-negara anggota serta infrastruktur komunikasi dan tarif komunikasi yang saling menguntungkan. Tetapi persidangan itu juga turut meminta untuk perkembangan komunikasi umum dalam pelbagai dimensi seperti politik, ekonomi, budaya, pendidikan, bidang saintifik dan teknologi melalui pengumpulan maklumat, pertukaran lawatan, persidangan, seminar, majalah, program penyelidikan komuter, dan sebagainya. Di samping itu, ia turut menganjurkan penggubalan pendekatan komuter dengan tujuan untuk mengembangkan kod antarabangsa mengenai pemfungsian dan penggunaan komunikasi satelit, agensi akhbar transnasional dan kod mengenai penyebaran langsung serta aliran maklumat secara bebas dalam kalangan pelbagai negara.
Di samping bermula dengan infrastruktur organisasi yang kemudian memainkan peranan dalam pembangunan pergerakan berkecuali, pergerakan ini juga berkembang di seluruh dunia secara spontan dan beransur-ansur menubuhkan institusinya mengikut keperluan demi kestabilan dan kemajuan gerakan tersebut. Perkembangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali menunjukkan kejayaan mereka dalam menjalankan hubungan antarabangsa pada abad ke-20 dengan mencabar kuasa-kuasa besar dan menentukan kepentingan nasional mereka dari segi komunikasi dan kerjasama. Malah dari awal lagi, Pergerakan Negara-negara Berkecuali ini adalah berdasarkan prinsip komunikasi melalui pertukaran idea dan maklumat serta pengucapan mereka.
Penulis mengakui bahawa Pergerakan Negara-negara Berkecuali ini bukan hanya berlandaskan dasar politik sahaja. Jika dilihat dari mula pergerakan ini matlamat utamanya ialah perpaduan politik dalam kalangan negara-negara baru dan negara membangun yang bersedia untuk mengikuti dasar luar negeri yang bebas. Pergerakan ini secara beransur-ansur menjadi perlindungan yang bukan sahaja memberikan tempat perlindungan dan hak negara-negara baru, tetapi juga membolehkan mereka untuk mengikuti dasar asing yang bebas. Negaranegara Berkecuali secara individu dan secara berkumpulan menyatakan mereka bukan sahaja 16
menentang realiti politik imperialisme global, neo-imperialisme dan perkauman, tetapi juga mengenai pelbagai isu khusus dan politik umum yang mempengaruhi diri mereka dan negaranegara lain. Mereka telah menggunakan persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan forum antarabangsa yang lain dengan berkesan untuk meneruskan objektif politik mereka.
Oleh itu, penulis percaya bahawa walaupun Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ini bermula dan masih mengekalkan sifat anti-imperialis dan anti-Barat, tetapi ia telah berjaya membuktikan bahawa negara-negara baru dapat berdiri sendiri, mempunyai masa depan dan berpotensi untuk menjadi model perhubungan antarabangsa dan komunikasi sejagat. Batasan kuasa seperti pencegahan kuasa nuklear telah membawa kepada penemuan teori dan dimensi baru bagi amalan perhubungan antarabangsa yang membuktikan sumbangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali. Ini membuktikan perkembangan pergerakan ini dari segi politik dan ekonomi demi kesepaduan dan kedamaian sejagat.
Berdasarkan kedua-dua artikel tersebut, dapat dilihat bahawa tempoh masa topik perbincangan yang dilakukan oleh penulis adalah sama iaitu merangkumi Persidangan Kemuncak Gerakan Berkecuali yang pertama hingga kelapan sahaja. Namun, corak penghuraian yang disampaikan adalah berbeza kerana penulisan yang pertama secara keseluruhannya hanya membincangkan perkembangan dari satu persidangan ke satu persidangan sahaja. Manakala pada penulisan kedua pula penulis turut membuat penghuraian mengenai konflik-konflik dalaman yang berlaku pada tempoh Perang Dingin.
3.0 PERSIDANGAN AFRO ASIAN DAN PERKEMBANGAN PERSIDANGAN NEGARANEGARA BERKECUALI (NAM)
Perkembangan persidangan Afro Asian ini dimulakan oleh beberapa persidangan yang membawa kepada penubuhan pergerakan negera-negara berkecuali (NAM). Persidangan yang pertama ialah di Bandung(1955), diikuti Persidangan Kaherah (1957) dan Persidangan Belgarde (1961). Persidangan ini disertai oleh negara-negara Komunis dan anti-Komunis yang 17
bertujuan untuk mewujudkan sebuah kesatuan dalam kalangan negara-negara berkecuali dalam menentang usaha penjajahan Barat. Manakala lanjutan daripada persidangan Afro-Asian ini membawa kepada perkembangan persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ini telah berlangsungnya beberapa persidangan iaitu Belgrade (1961), Cairo (1964), Lusaka (1970), Algiers (1973), Colombo (1975) Havana (1979), New Delhi (1980), Hrare (1986) dan kembali semula ke Belgrade (1989).
3.1 Persidangan Bandung 1955
Persidangan Afro-Asian dimulakan di Bandung (1955) yang membawa kepada penubuhan pergerakan negara-negara berkecuali (NAM). Persidangan ini disertai negara-negara Komunis dan anti-Komunis yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah kesatuan dalam kalangan negaranegara berkecuali dalam menentang usaha penjajahan Barat selepas Perang Dunia Kedua. Persidangan Bandung ini adalah reaksi daripada negara -negara India, Indonesia, Burma dan Sri Lanka kepada Persidangan Manila yang membawa kepada penubuhan Southeast Asia Treaty Organization (SEATO) pada 8 September 1954. Maka dengan itu, pada 25 September 1954, satu kenyataan bersama Nehru dengan Sastroamidjojo mencadangkan penganjuran Persidangan Negara-negara Asian Afrika. Perkara ini bertujuan menyeru kepada ‘kesatuan dan keamanan’ . 1
Perkara ini jelas terbukti apabila terdapat satu rayuan dibuat rombongan Afro-Asia untuk mengabaikan masalah pertengkaran yang wujud pada masa ini. Rayuan oleh pengerusi persidangan Afro Asia yang pertama di Bandung iaitu Sastroamidjojo. Memetik ucapan oleh Sastroamidjojoto pada ulang tahun keenam persidangan Bandung.
He said that since the Bandung conference the balance of power in international politics had changed. Before 1955, world events bad been determined by the Eastern and Western blocs,but since then the U.N had witnessed tho growth of a 1
Ahmad Zainudin. REAKSI ANGGOTA AFRO-ASIAN TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA 1961-1965:ISU DAN PENYELESAIAN DALAM HUBUNGAN LUAR MALAYSIA. Jurnal Perspektif, 6 (3). pp. 111-121. ISSN 1985 - 496X (2014).
18
new force the Afro Asian group which had let their influence be felt. A second Afro Asian conference is urgent as the time is ripe for such a conference, Mr Sastroamidjojo said;that dispures always would occur between nations. Therefore if we wait until there is no dispute there will never be a second Afro-Asian conference.
Melalui pernyataan diatas, Sastroamidjojo berkata persidangan Bandung ini membawa kepada keseimbangan kuasa dalam politik antarabangsa telah berubah. Sebelum peristiwa Persidangan Bandung 1955, keadaan dunia telah ditentukan oleh blok Timur dan Barat. Maka dengan itu, sejak pertumbuhan pasukan baru iaitu kumpulan Afro-Asia telah membawa kepada pengaruhnya di mata dunia agar negara-negara yang berada dalam kumpulan ini dapat menjaga keamanan dan mempertahankan kemerdekaan.2
Persidangan Bandung bertujuan untuk merapatkan hubungan antara negara-negara Asia dan Afrika yang baru merdeka selain daripada mengesyorkan negara-negara yang masih bergelut
menentang
penjajahan
untuk
mendapatkan
kemerdekaan
masing-masing.
Persidangan Bandung pada 1955 ini diilhamkan oleh Republik Indonesia, sebuah negara baru yang pada ketika itu mencapai kemerdekaan hanya beberapa tahun sebelum itu. Persidangan ini dihadiri oleh 29 buah negara daripada Asia, Afrika, Afghanistan, Cambodia, China, Mesir, Ethiopia, Ghana, Iran, Iraq, Jepun, Jordon, Laos, Lebanon, Liberia, Nepal, Filipina, Arab Saudi, Sudan, Syria, Thailand, Turki, Democratic Republic of Vietnam, Vietnam Selatan dan Yaman. Agenda persidangan akan ditentukan semasa persidangan. Tujuan persidangan yang dinyatakan itu adalah untuk menggalakkan perasaan muhibah, kerjasama dan kebaikan bersama untuk membincangkan masalah-masalah ekonomi, sosial dan kebudayaan, untuk membincangkan masalah-masalah khusus di Asia dan Afrika seperti perkauman, penjajahan dan kemerdekaan serta sumbangan Asia dan Afrika dalam menggalakkan keamanan dan kerjasama sejagat.3
2
The Canberra Times (ACT 1926-1995). APPEAL FOR AFRO-ASIAN CONFERENCE. Tuesday 25 April. 1961. Hlm 3. Diakses menggunakan laman web https://trove.nla.gov.au/newspaper/result?q=Bandung+conference+1955. Tarikh 5/52018. 3 Richard Maison.Persidangan Manila 1954 dan Persidangan Bandung 1955: Amerika Syarikat, Perang Dingun dan Cabaran berkecualian. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 4;1(2012)65-72 hlm 68.
19
Persidangan Bandung adalah untuk pertahanan hak asasi manusia dan asas hak negara yang ditindas terhadap diskriminasi dan pengasingan kaum. Disamping itu juga, menuntut hak penentuan nasib negara sendiri dan pemisahan tanpa syarat diperhatikan. Persidangan ini juga mengecam amalan penyerahan negara kepada penguasaan asing dan eksploitasi. Persidangan Bandung ini memperlihatkan cara yang berbeza dengan isu manusia dan cara yang berbeza untuk mengubah
tindakan politik melalui prinsip-prinsip antarabangsa, kerjasama global
sejagat, keperluan untuk ekonomi dan kebergantungan budaya, keinginan untuk keamanan dan keselamatan umum. Kemajuan sosioekonomi negara-negara Afro-Asia, boleh bersatu dengan platform perjuangan umum untuk keamanan antarabangsa. Persidangan Bandung menand akan permulaan negara-negara Afro-Asia yang bekerja secara bekerjasama sebagai satu kumpulan dalam satu organisasi mengenai isu antarabangsa yang b erbeza. Oleh itu, selepas persidangan Bandung ini disambung juga dengan persidangan-persidangan lain untuk menuju ke arah negara-negara berkecuali.
3.2 Persidangan Kaherah 1957
Persidangan Kaherah 1957. Melalui persidangan ini telah dibuat lima kriteria perkara untuk masuk, dalam persidangan Ketua-ketua Negara atau kerajaan Negara-negara tetapi yang tidak menjadi sasaran ialah Malaysia yang akan diadakan pada September 1961. Lima kriteria perkara adalah negara harus mengadopsi dasar bebas berdasarkan kewujudan bersama negeri-negeri dengan sistem politik dan sosial yang berbeza dan bukannya penjajaran atau harus menunjukkan cara yang memihak kepada dasar sedemikian. Kriteria yang kedua ialah negara yang berkenaan mestilah secara konsisten menyokong pergerakan kebebasan negara. Seterusnya perkara yang ketiga ialah negara tidak sepatutnya menjadi ahli anggota ketenteraan berbilang sisi yang disimpulkan dalam konflik kuasa besar. Seterusnya, yang keempat ialah suatu negara mempunyai perjanjian tentera dua hala dengan negara-negara kuasa besar, adalah anggota pakatan pertahanan serantau. Disamping itu, persetujuan perjanjian harusdilaksanakan dalam konteks negara-negara kuasa besar. Manakala yang kelima ialah
20
diakui pangkalan tentera untuk kuasa asing. Kemudian kriteria ini menjadi definisi yang diterima oleh Negara-Negara Berkecuali.4
3.3 Persidangan Belgrade 1961
Persidangan sidang kemuncak pertama negara-negara yang berkecuali diadakan di Belgrade September 1961. Pengisytiharan sebulat suara bahawa perjuangan untuk keamanan, terhadap penjajahan dan perkauman adalah orientasi asas kepada negara-negara berkecuali. Persidangan ini menglibatkan 25 negeri dan terdapat tiga negara yang menjadi pemerhati. Persidangan ini merupakan kejayaan sebahagian besarnya hasil kerja India dan Perdana Menteri iaitu Jawaharlal Nehru. Persidangan ini menyebabkan dilihat perasaan tidak puas hati oleh kuasa-kuasa Barat. Perkara penting yang akan dibincangkan pada sidang kemuncak pertama Negara-Negara Berkecuali ialah keadaan hubungan antarabangsa dan penubuhan pengukuhan keamanan sejahtera dan keamanan antarabangsa. Sidang kemuncak pertama negara-negara yang tidak sejajar telah diadakan di Belgrade pada September 1961.5 Sebagai contohnya, melalui keratan akbar The Canberra Times telah menyatakan Timbalan Menteri Luar India, Encik Dinesh Singh, memulakan perbincangan di sini semalam dengan pegawai Kementerian Luar Yugoslav sebagai persiapan untuk pertemuan puncak pemimpin kedua negara yang tidak menyelaraskan. Rundingan itu juga membahas persoalan mengenai hubungan antarabangsa dan saling perbincangan, kata perwakilan resmi Yugoslav menurut kata Tan-jug. Sidang kemuncak pertama negara-negara yang berkecuali telah diadakan di Belgrade pada September 1961.6
4
O. Suryanarayanan. Role of The non-aligned nations in U.N.O for peace and disarmanent 1960-1987 . Thesis Department of History University Calicut. 2002. hlm 105. 5 Ibid Hlm 104. 6 The Canberra Times(ACT 1926-1995). Second Summit Talks Planned. 1954. hlm 5. Diakses menggunakan laman webhttps://trove.nla.gov.au/newspaper/article/131742101?searchTerm=Belgrade. Tarikh 5/5/2018 .
21
3.4 Persidangan Cairo 1964
Persidangan negara-negara berkecuali kedua diadakan di Cairo pada 5 hingga 10 Oktober 1964. Persidangan ini disertai oleh 47 negara dan sepuluh negara pemerhati yang mengambil bahagian. Selepas Persidangan pertama negara-negara berkecuali di Belgrade, terdapat peningkatan besar dalam keanggotaan NAM daripada benua Afrika. Inisiatif untuk persidangan sidang kemuncak kedua Negara-Negara Berkecuali diambil oleh Yugoslavia, Mesir dan Ceylon. Persidangan ini dibuat disebabkan dunia telah melalui krisis peluru berpandu.7 Buktinya ialah perselisihan faham diantara Indonesia dan Malaysia. Disebabkan Hartono akan mengatakan bahawa Indonesia mungkin meletupkan senjata atom pertamanya tahun depan. Indonesia mempunyai keinginan untuk memiliki senjata nuklear.8 Selain itu, Indonesia ingin menggunakan sokongan daripada Komunis China dan Rusia kerana dua-dua negara bersaing untuk mempengaruhi Indonesia. Penyataan ini disebabkan Presiden Sukarno komited dalam menghancurkan Malaysia. 9 Oleh itu, melalui persidangan ini seperti Australia, Indonesia menandatangani Perjanjian Ban Uji Nuklear Separa. Perkara ini menyebabkannegara-negara berkecuali di Cairo melanggan sentimen umum terhadap pengambilalihan senjata nuklear.
3.5 Persidangan Lusaka 1970
Sidang kemuncak ketiga Negara-negara Berkecuali berlangsung di Lusaka iaitu pada 8 hingga 10 September mengenai mengabadikan bahaya pergantungan terhadap imperialisme, perjuangan baru neokolonialisme dan perlunya strategi membangun serta komprehensif untuk menjalankan perjuangan. Sebelas ahli telah ditambah ke senarai Negara-Negara Berkecuali dan kekuatannya meningkat kepada 54. Sembilan negara Amerika Latin dan Selatan Vietnam adalah pemerhati dan dua negara Eropah Australia dan Finland tetamu untuk persidangan.10
7
O. Suryanarayanan. Role of The non-aligned nations in U.N.O for peace and disarmanent 1960-1987 . Thesis Department of History University Calicut. 2002. hlm 110. 8
The Canberra Times (ACT : 1926 - 1995). Indonesia Atomic Ambitions. Monday 16 November 1964. hlm 2, Diakses menggunakan laman https://trove.nla.gov.au/newspaper/result?q=Cairo+conference+1964. Tarikh 5/5/2018. 9
The Canberra Times (ACT 1928-1995). Malaysia Gains A Little Time. Monday 21 September 1984. hlm 2. Diakses
menggunakan laman https://trove.nla.gov.au/newspaper/result?q=Cairo+conference+1964. Tarikh 5/5/2018. 10
O. Suryanarayanan. Role of The non-aligned nations in U.N.O for peace and disarmanent 1960-1987 . Thesis Department of History University Calicut. 2002. hlm 116.
22
Oleh itu, kemuncak ketiga Negara-Negara Berkecuali menyatakan keyakinannya bahawa keamanan sejagat dan keselamatan hanya dapat dijamin oleh pelucutan senjata umum dan lengkap. Perisytiharan mengenai perlucutan senjata mengisytiharkan pada tahun 1970 sebagai tahun perlucutan senjata dan memberikan cadangan terperinci untuk mengurangkan senjata nuklear dan konvensional untuk mengambil langkah-langkah membina keyakinan untuk menggunakan kuasa nuklear untuk tujuan keamanan dan untuk meneroka serta menggunakan ruang luar untuk tujuan damai. Ahli-ahli Negara-Negara Berkecuali mengatakan bahawa konvensyen Perlucutan Senjata Dunia harus diadakan. Maka dengan itu, persidangan Lusaka membicarakan bahawa negara-negara yang berkecuali secara terbuka mengkritik buat kali pertama Amerika Syarikat, Perancis, Jerman Barat, Itali dan Jepun untuk kerjasama politik, ekonomi dan tentera mereka dengan Afrika Selatan, yang menggalakkan rejim perkauman untuk membawa mengenai Dasar Apartheid.11
Persidangan Lusaka adalah yang pertama sebagai wakil tetamu pergerakan kebebasan nasional, pembebasan Mozambique, pergerakan rakyat untuk membebaskan Angola, Zimbabwe, Kesatuan Rakyat Afrika, Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe, Afrika Kongres, Kebangsaan Afrika Selatan, Pergerakan Kebangsaan untuk membebaskan Pulau Comoro, yang merupakan pembebasan pantai Somalia dan Pertubuhan Pembebasan Palestin. Persidangan itu diisytiharkan untuk meneruskan dasar keamanan dunia dan aman kewujudan bersama dengan mengukuhkan peranan negara-negara yang berkecuali dalam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya menjadi halangan yang lebih berkesan terhadap segala bentuk tindakan agresif dan ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap kebebasan, kedaulatan dan integriti wilayah mana-mana negara. Perjuangan menentang penjajahan dan perkauman yang merupakan penolakan kesetaraan dan maruah manusia, penyelesaian pertikaian, dan menamatkan perlumbaan senjata. 12
11
O. Suryanarayanan. Role of The non-aligned nations in U.N.O for peace and disarmanent 1960-1987 . Thesis Department of History University Calicut. 2002.hlm 117. 12 Ibid hlm 119.
23
3.6 Persidangan Algiers 1973
Sidang kemuncak keempat Negara-Negara Berkecuali di Algiers pada 6 hingga 9 September 1973. Persidangan ini dihadiri 75 negara ahli. Persidangan ini mempunyai lapan pemerhati dan tiga negara tetamu serta wakil beberapa Pergerakan Pembebasan. Persidangan Ini terdiri lebih daripada separuh daripada negara ahli komuniti antarabangsa dan mewakili majoriti penduduk dunia. Persidangan Algiers menekankan kepada semua isu yang terdiri daripada dekolonisasi, perlucutan dan pembangunan serta memberi pergerakan kepada semakin yang dinamik dan berpandangan ke hadapan.13 itSidang kemuncak keempat membincangkan keadaan ekonomi yang berlaku di Malaysia dunia membangun. Persidangan itu mengambil perhatian terhadap keadaan ekonomi yang semakin merosot di negara-negara membangun kecuali ahli OPEC (Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak). Daerah maju umumnya pengeluar barang modal dan harga yang ditetapkan oleh mereka, ketika mereka menjualnya, sangat tinggi. Sidang kemuncak Algiers adalah penting untuk membangunkan dimensi ekonomi Negara-Negara Berkecuali dengan mengikuti konsep kebergantungan kolektif di negara-negara membangun dan keperluan untuk mewujudkan Perintah Ekonomi Baru Baru. Resolusi ekonomi yang diterima pakai di Algiers menggesa negara-negara sosialis meningkatkan hubungan ekonomi mereka dengan negara-negara membangun. 14
3.7 Persidangan Colombo 1976
Persidangan kelima Negara-Negara Berkecuali diadakan pada 16 hingga 19 Ogos tahun 1976 di Colombo dengan keanggotaan yang meningkat sebanyak 86 negara. Persidangan Colombo disertai oleh dua negara tetamu iaitu Portugal dan Romania. Sejarah pertama dalam persidangan Negara-Negara Berkecuali iaitu anggota pakatan tentera seperti pakatan NATO dan Warsaw telah diterima sebagai tetamu. 15Persidangan ini menggunakan 33 penyelesaian politik dan 32 penyelesaian ekonomi. Ia telah memutuskan untuk mewujudkan Kolam Agensi Berita yang Tidak Bersenarai untuk mengukuhkan media massa nasional dalam usaha untuk 13
O. Suryanarayanan. Role of The non-aligned nations in U.N.O for peace and disarmanent 1960-1987 . Thesis Department of History University Calicut. 2002. Ibid hlm 122. 14 Ibid hlm 124. 15 Ibid hlm 127.
24
memeriksa dan menyekat penyebaran maklumat palsu oleh sistem maklumat barat monopoli di negara-negara membangun. Para pemimpin Negara-Negara Berkecuali bertekad untuk memperkuat kegiatan mereka untuk memperkuatkan peranan dan pengaruh Bangsa-Bangsa Bersatu dalam rundingan dan mencapai penyelesaian masalah pelucutan senjata. Konferensi menekankan bahwa pengeluaran persenjataan harus dihentikan dan sebahagian besar sumber yang dibebaskan oleh langkah-langkah dalam bidang Perlucutan senjata oleh kuasa ketenteraan dunia utama dapat digunakan untuk mempromosikan pembangunan ekonomi negara berkembang. Masalah-masalah Afrika dan Amerika Latin menguasai di persidangan ini. Pada tahun 1976 persidangan Colombo memanggil semua negara untuk memberi semua sokongan dan sokongan tentera, moral dan semulajadi kepada negara-negara Arab dan Pertubuhan Pembebasan Palestin, dalam perjuangan untuk menamatkan pencerobohan Israel.16
3.9 Persidangan Havana 1979
Sidang kemuncak Negara-Negara Berkecuali keenam telah diadakan di Havana pada 3 hingga 9 September, 1979 dihadiri oleh 93 negara yang membentuk dua pertiga daripada masyarakat dunia dan mewakili lebih daripada separuh penduduk dunia. Persidangan Havana, terdapat banyak belahan yang telah berkembang selama lebih satu dekad dalam blok Negara-Negara Berkecuali makna ke arah tertakluk kepada pendedahan yang jelas. Pada persidangan ini Negara-Negara Berkecuali dihadapkan kepada bahagian. Ahli radikal termasuk Cuba, Vietnam dan sebagainya menegaskan pandangan mereka tentang semangat 'detente' dan kerjasama yang berlaku di antara kedua blok tersebut. Pergerakan itu tidak mampu untuk menyebutkan pertikaian antara dua blok dan mesti bersekutu dalam blok
Sosialis
yang
komited
kepada prinsip-prinsip anti imperialisme dan antikolonialisme. Negara-negara seperti Singapura dan Zaire menegaskan bahawa negara berkecuali harus bergerak lebih dekat ke blok barat. Disebabkan barat serta sumber daya dan keunggulan teknikalnya yang banyak dapat membantu negara-negara yang sedang membangun untuk mencapai pembangunan ekonomi dan merealisasikan aspirasinya. Dalam sidang kemuncak Havana terdapat perbincangan yang hangat mengenai aspek berikut. Aspek tersebut ialah Kesatuan Soviet (atau blok sosialis) 16
O. Suryanarayanan. Role of The non-aligned nations in U.N.O for peace and disarmanent 1960-1987 . Thesis Department of History University Calicut. 2002. hlm 129.
25
adalah "sekutu semula jadi" pergerakan itu.
17
Persidangan Havana juga mengadopsi
pengisytiharan kemanusian melalui Hak rakyat. Perjuangan negara-negara membangun untuk ekonomi mereka kebebasan dipuji oleh persidangan itu. Masalah hutang pembangunan negaranegara Asia, Afica, dan Amerika Latin membimbangkan juga dibicarakan dalam persidangan ini.18
3.10 Persidangan New Delhi 1980
Sidang kemuncak Negara-Negara Berkecuali yang ketujuh ialah berlangsung di New Delhi. Persidangan Delhi dinyatakan dalam perisytiharan ekonomi yang bermula dengan 1980. Persidangan tidak selaras ketujuh yang diadakan di Delhi dari 7 hingga 12 Mac 1983 telah dihadiri oleh perwakilan 10 negara, 15 pemerhati dan 26 tetamu. Perbincangan dalam persidangan ini ialah pertumbuhan ekonomi 36 negara paling kurang maju. Selain itu, penurunan dalam produk per kapita domestik kasar telah didaftarkan banyak negeri baru buat kali pertama sejak Perang Dunia Kedua. Deklarasi New Delhi mengambil pandangan global mengenai krisis ekonomi antarabangsa. 19 Terdapat lima perkara yang dititikberatkan iaitu Decolonization, Development, Disarmament, Detente and Democratization.
Lima perkara ini menjadi pegangan kepada gerakan Negara-Negara Berkecuali. Persidangan Delhi tertumpu pada rundingan global yang berpusat pada empat mata program untuk memulihan ekonomi dunia, makanan, tenaga, perdagangan, dan kewangan. Pada persidangan ketujuh ketika berurusan dengan dasar dasar Negara-Negara Berkecuali dalam pernyataan politik menyatakan Negara-Negara Berkecuali adalah perjuangan menentang imperialisme, kolonialisme, neo-kolonialisme, apartheid, perkauman termasuk Zionisme dan semua bentuk pencerobohan luaran, pendudukan, gangguan penguasaan, dan juga terhadap dasar kuasa besar yang cenderung untuk mengekalkan pembahagian dunia menjadi blok. Perkara ini menolak semua bentuk tunjangan seperti pertahananan dan campur tangan. Persidangan itu mengesahkan komitmen mereka yang kekal dan mematuhi prinsip dan prinsip 17
Ibid hlm 132. Ibid hlm 133. 19 O. Suryanarayanan. Role of The non-aligned nations in U.N.O for peace and disarmanent 1960-1987 . Thesis Department of History University Calicut. 2002. hlm 136. 18
26
yang ketat objektif di Belgrade, Kairo, Lusaka, Algiers, Colombo dan Havana. Pelanggaran prinsip-prinsip ini oleh mana-mana negara adalah tidak wajar dalam keadaan apa pun dan tidak dapat diterima sepenuhnya.20
3.11 Persidangan Harare 1986
Persidangan Negara-Negara Berkecuali kelapan diadakan di Harare iaitu ibu negara Zimbabwe pada 1 hingga 7 September 1986. Ketika Negara-Negara Berkecuali bergerak ke Harare, dunia menyaksikan pergerakan yang matang dan perbincangan persidangan semakin terhormat. Isu utama yang menjadi perhatian dan minat kepada membangunkan sidang kemuncak Harare, Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi menyampaikan laporan pencapaian Negara-Negara Berkecuali dalam tempoh dari tahun 1983 hingga ke 1986. Kemuncak persidangan Harare membantu menyatukan dan menegaskan dasar Negara-Negara Berkecuali untuk meningkatkan kehadiran pergerakan dalam mencari penyelesaian adil kepada masalah membebankan dunia. Persidangan kelapan membincangkan mengenai apartheid, isu kemerdekaan Namibia dan percubaan Mika Selatan. Dan inilah yang hasil awal daripada aktiviti pergerakan negara-negara berkecuali..21
Terdapat empat masalah yang global dan serantau telah diberi perhatian oleh sidang kemuncak kelapan. Iaitu yang pertama persoalan keamanan dan keselamatan dalam konteks ini memeriksa senjata perlumbaan dan memulakan proses perlucutan senjata yang dipaparkan dengan jelas dalam karya persidangan itu. Seterusnya, yang kedua ialah deklarasi ekonomi memperkenalkan kaedah baru untuk meningkatkan kuasa tawar dari negara-negara yang berkecuali. Masalah yang ketiga ialah dalam penyelesaian di persidangan Harare Rejim rasis di Afrika Selatan telah dibincangkan dengan sepenuhnya pentingnya. Sokongan masyarakat antarabangsa yang lebih luas diperlukan untuk membanteras rejim perkauman dari seluruh peringkat dunia. Akhir sekali perbincangan masalah yang keekmapt dalam Persidangan Delhi ialah memohon agar Iran dan Iraq berhenti berperang. Selain itu, membincangkan masalah 20
Ibid hlm 138. O. Suryanarayanan. Role of The non-aligned nations in U.N.O for peace and disarmanent 1960-1987 . Thesis Department of History University Calicut. 2002. hlm 144. 21
27
seperti Timur Tengah, Palestin, Amerika Tengah dan Caribbean terutamanya keadaan di Nicaragua, Afghanistan dan Isu Kampuchea. 22 Akhir sekali sebelum memasuki dekad yang seterusnya, kemuncak Negara-Negara Berkecuali yang ke sembilan ialah di Belgrade pada tahun1989.
4.0 PERANAN PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) DALAM ASPEK POLITIK
Persidangan Bandung yang dikendalikan oleh Burma, India, Indonesia dan Pakistan pada 18 hingga 24 April 1955 menjadi ruang kepada pembinaan kesatuan dalam kalangan negaranegara berkecuali rantau Asia dengan Afrika iaitu tidak memihak kepada mana-mana blok Perang Dingin. Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan sebaik sahaja 25 buah Negara-negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan pertama iaitu Persidangan Ketua-ketua Negara atau negara-negara Berkecuali (NAM) di Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1 hingga 6 September 1961. Tujuan penubuhan NAM setelah
diisytiharkan
dalam
Pengisytiharan
Havana
1979
ialah
untuk
memastikan
kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam memerangi imperialisme dan kolonalisme. Salah satu tujuan penubuhan NAM ialah mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi. Terdapat beberapa isu politik yang NAM terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
4. 1 Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia 1963
Pembentukan Malaysia pada 1963 yang diistiyarkan oleh Tunku Abdul Rahman yang menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada anggota Afro-Asian. Reaksi sesetengah negara anggota telah mengatasi tujuan dan matlamat Persidangan Bandung. Hal ini terjadi kerana, salah satu anggotanya iaitu Indonesia telah menentang keras terhadap pembentukan ini. Melalui akhbar Canberra Times, 22
Ibid. hlm 147.
28
Indonesians To Fight Federation yang diterbitkan pada 13 Julai 1963, menunjukkan sikap
Indonesia yang tidak bersetuju dengan pembentukan ini.
President Soekarno announced tonight renewal of Indonesia’s former “confrontation” policy against the planned Malaysia Federation. 23
Berdasarkan petikan kenyataan tersebut menunjukkan Presiden Indonesia iaitu Sokarno tidak bersetuju dengan cadangan Tunku Abdul Rahman yang ingin menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Dalam akhbar tersebut ada ucapan yang disampaikan oleh Sokarno iaitu :-
The armed forces must realise absolutely that we live in an atmosphere of confrontation. You must develop your experiences of past rebellions. Our revolution is a confrontation to destroy the old and build a new order in Indonesia and elsewhere. 24
Berdasarkan ucapan tersebut, Sokarno telah memulakan kofrontasi dan melibatkan tentera bersenjata. Meminta mereka mengenang semula tentang keadaan negara mereka dijajah pada masa dahulu. Revolusi ini ialah kofrontasi untuk memusnahkan Old Order dan membina New Order di Indonesia. Selain itu, keadaan ini berlarutan sehingga membawa kepada persidangan Afro-Asian kedua di Algeria pada tahun 1965. Indonesia membantah kehadiran Malaysia ekoran Penubuhan Malaysia yang mengandungi Sabah dan Sarawak yang dianggap sebagai imperialisme Britsh.
Keadaan ini berlarutan sehingga pihak Indonesia mula menggunakan kekuatan tenteranya untuk menunjukkan penentangannya terhadap Malaysia. Hal ini ada dinyatakan dalam akhbar Canberra Times, The Greater Confrontatation yang diterbitkan pada 21 April 1964,
23
The Canberra Times (ACT: 1926-1995), Indonesia To Fight Federation, Saturday 13 July 1963, page 5. The Canberra Times (ACT: 1926-1995), Indonesians To Fight Federation, Saturday 13 July 1963, page 5.
24
29
When Malaysia became an independent State, Indonesia declared a policy of confrontation. Indonesian forces have since been active within Malaysian territory. Al most every week Dr. Sukarno bellow afresh “Crush Malaysia”. British naval forces have been patrolling Malaysian water to prevent the landing of arms by Indonesia . During all this time, Australia and New Zealand have been committed to defend the integrity of Malaysia against attack, in the last week this guarantee, which was made before Indonesia violated Malaysia territory, has been translated into military support. Australian armed forces are moving into Borneo. The immediate reaction by Indonesia has been to declare that Australia is an enemy, but Australia had warned Indonesia that it would be compelled to give armed support to Malaysia it if were attacked. 25
Sejak Sukarno melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia, tenteranya mula aktif memasuki wilayah Malaysia. Hal ini menyebabkan Pasukan Tentera Laut British melakukan rondaan dikawasan perairan Malaysia untuk mengelakkan pendaratan senjata oleh Indonesia. Selain itu, Australia dan New Zealand yang komited untuk mempertahankan integriti Malaysia terhadap serangan yang dibuat oleh Indonesia telah diterjemahkan dalam bentuk sokongan ketenteraan. Tentera Australia telah dihantar ke Borneo. Tetapi tindakan Australia ini telah menyebabkan Indonesia mengisytiharkan mereka sebagai musuh. Australia juga memberi amaran bahawa ia terpaksa untuk memberikan sokongan bersenjata ke Malaysia jika diserang oleh Indonesia. Berdasarkan kedua akhbar itu menunjukan Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia kerana menyatakan penubuhan itu merupakan satu agenda Barat yang bertujuan untuk mengepung Indonesia.
Soekarno was convinced that the formation of Malaysia was a neo-coloniast plot that would allow the British imperialists to maintain economic, political and military influence and was thus a threat to Indonesia’ s sovereignty.26
Maksud neokolononialisme adalah perluasan pengaruh politik oleh sesebuah kuasa besar ke atas negara lain yang baru merdeka terutamanya melalui tekanan ekonomi. Indonesia 25
The Canbbera Times (ACT:1926-1995), The Greater Confrontation, Tuesday 21 April 1964, page 2. Farram, Steven (2014). Ganyang! Indonesian Popular Songs from the Confrontation Era, 1963-1966. Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde,170(1):1-24. 26
30
akhirnya mengistiyarkan konfrontasi ke atas Malaysia pada 20 Januari 1963 sebagai tanda menunjukkan penentangan mereka terhadap penubuhan tersebut. Kemudian pencorobohan pertama Indonesia ke atas wilayah Malaysia dilakukan di balai polis Tebedu, Sarawak pada 12 April 1963 dan menyebabkan seorang terbunuh.27 Kemudian, serangan di semenanjung telah berlaku di Pontian , Johor iaitu di Pantai Kukup dan Benut pada 17 Ogos 1964. Serangan ini dijalankan oleh pasukan regular dan paratroopers yang terdiri daripada rakyat Indonesia.28 Pasukan irregular Malaysia yang dilatih di Pair Panjang, Pulau Karimon, Indonesia manakala pasukan paratroopers yang terjun di Johor telah berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan Malaysia dan penduduk tempatan.29
Selepas itu, hubungan diplomatik telah diputuskan oleh Indonesia terhadap Malaysia pada 16 September 1963 iaitu semasa tarikh penubuhan Malaysia. Sokarno juga telah melancarkan slogan Ganyang Malaysia. Tindakan drastik pihak Indonesia inilah menyebabkan British, Australia dan New Zealand memberi bantuan ketenteraan untuk melindungi perairan dan wilayah-wilayah di Malaysia.30 Keadaan ini berterusan dari tahun 1963 sehinggalah 1966 yang mana Indonesia terus-terusan menentang Malaysia kerana hasrat Sokarno untuk menubuhkan Indonesia Raya telah terbantut. Tindakan Indonesia ini juga menimbulkan reaksi daripada anggota Afro-Asian yang lain. Oleh itu, konflik Indonesia dan Malaysia kelihatan sebagai satu pertikaian persempanan dan ideological yang sering dihadapi negara yang baru merdeka.
Konfrontasi Indonesia dan Malaysia ini telah menimbulkan pelbagai kesan terhadap politik kedua-dua buah negara tersebut. Keadaan ini juga menimbulkan pelbagai reaksi daripada anggota Afro-Asian itu sendiri. Sikap mereka juga dapat dilihat semasa peyertaan Malaysia dalam persidangan Peringkat Tertinggi Afro-Asian
27
Kedua yang dikenali sebagai
Rohani Haji Abdul Ghani, and Zulhilmi Paidi. 2010. "Malaysia-Indonesia: pengalaman hubungan dua negara serumpun". Hlm 14. 28 Nurliana Suhaimi & Khairunnisa Abdul Karim. Konfrotasi Malaysia dan Indonesia: Penyelesaian Melalui Pendekatan Malaysia . Malaysian, Journal of Social Science, Jilid 1 2016 . Hlm 74-94. 29 Ibid. hlm. 80 30 The Greater Confrontation, Canbbera Times (ACT:1926-1995), Tuesday 21 April 1964, page 2.
31
Persidangan Bandung Kedua pada tahun 1965. 31
Hal ini kerana, kehadiran Malaysia ke
persidangan tersebut telah dibantah oleh Indonesia kerana penubuhan Malaysia dianggapnya sebagai imperialis British. Namun begitu, tindakan Indonesia yang melancarkan konfrontasi dan mengkritik
penglibatan
ketenteraan
telah
menerima
tentangan
sebahagian
anggota
Persidangan Afro-Asian khususnya dari Afrika. Di samping itu, negara-negara ini juga menyokong
draf
resolusi
Norway
yang
menggesa
Indonesia
menghentikan
aktiviti
ketenteraanya ke atas Malaysia.32
Seterusnya, Indonesia telah mengambil langkah untuk keluar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu pada 7 Januari 1965. Tindakan Indonesia ini telah mendapat kritikan daripada anggota Afro-Asian. Keadaan ini telah menyebabkan Indonesia mulai mengalami kelumpuhan ekonomi dan keterasingan politik. Salah satu faktornya ialah Malaysia telah menyekat penghantaran semua jenis barang melalui pengangkutan udara dan laut ke Indonesia. 33 Tindakan Sokarno ini sebenarnya telah menyebabkan Indonesia ke ambang kebuluran dan kehancuran ekonomi. Ini ditambah lagi sikapnya Sokarno yang lebih kepada pro komunis.
The summit of Dr. Sukarno’s rule has been to bring his country to verge of starvation and economic ruin. The confrontation that now has developed is with destiny, for Dr. Sokarno is approaching the end of his rule. The people of Indonesia cannot must longer endure the economic poverty which extravagance in arms and shortage of food have brought. 34
Pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh kedua-dua negara. Salah satunya ialah penubuhan Suruhanjaya Damai Afro-Asia ( Afro-Asian Concillation Commission) yang dicadangkan oleh Presiden Macapgal di dalam persidangan
peringkat Menteri Luar di Tokyo, Jepun. 35 Namun, tiada kata sepakat yang dicapai ekoran 31
Husin, Ahmad Zainudin (2014) REAKSI ANGGOTA AFRO-ASIAN TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA 19611965:ISU DAN PENYELESAIAN DALAM HUBUNGAN LUAR M ALAYSIA. Jurnal Perspektif, 6 (3). pp. 111-121. ISSN 1985 - 496X 32 Ibid . hlm. 116 33 Ibid. hlm. 236 34 The Canbbera Times (ACT:1926-1995), The Greater Confrontation, Tuesday 21 April 1964, page 2. 35 Ibid . hlm. 84
32
Indonesia menolak cadangan Malaysia agar mengundurkan tenteranya dari wilayah Malaysia dan Sokarno juga mendesak Tunku Abdul Rahman supaya persetujuan di Manila dipatuhi dan menegaskan pengunduran hanya dapat dilakukan mengikut tahap kemajuan penyelesaian diplomatik. Selepas itu, persidangan di Tokyo telah menyebabkan Indonesia dan Malaysia menandatangi
cadangan
perdamaian
yang
dikenali
sebagai Afro-
Asia
Concillation
Commission. 36 Namun selepas kejatuhan Sokarno, Jenaral Suharto telah mengambil alih
pemerintahan Indonesia dan menyemak semula segala dasar luar Indonesia dan berusaha untuk menamatkan konfrontasi. Akhirnya, pada tahun 1966 Indonesia secara rasmi telah menamatkan konfrontasi terhadap Malaysia.
4. 2 Persidangan Bandung kedua di Algeria 1965
Usaha untuk mengadakan persidangan peringkat tertinggi Afro-asian diputuskan oleh pemimpin negara anggota dalam mesyuarat di Kaherah Mesir pada Julai 1964. Persidangan ini juga dikenali sebagai “ Bandung Kedua” ditetapkan pada 10 Mac 1965 dan Algeria menjadi tuan rumah. Namun terdapat isu yang timbul ekoran dengan persidangan ini ialah jemputan keatas Kesatuan Soviet, Singapore dan Malaysia.
The main point to emerge from last night’s preparatory meeting was India’s suggestion that the Soviet Union, Malaysia and Singapore participate in Afro Asian conference. This received the support of 25 countries the sources said. China has staled it will definitely not attend if the Soviet union is represented. 37
Bantahan China terhadap kehadiran Kesatuan Soviet ke persidangan ini atas alasan ia adalah negara Eropah dan bukanya negara Asia. China juga menyatakan bahawa peraturan perlu dipatuhi, Kesatuan Soviet adalah negara Eropah dan persidangan Asro-Asia ini hanyalah untuk negara Asia dan Afrika sahaja. China akan mempertahankan dan memperjuangkan
36
Ibid . hlm. 85 The Canberra Times (ACT: 1926-1995), Afro-Asian Crisis, Showdown on Summit, Monday 1 November 1965, page 5 37
33
prinsip dan peraturan yang telah ditetapkan pada persidangan bandung 1955. Hal ini ada dinyatakan dalam akhbar Canberra Times, Afro-Asian Conference, Monday 1 June 1964,
The Chinese Government last night issued a sharp 2000 word statement reiterating bitter opposition to Soviet participation in the second Afro-Asian conference in Africa next March. The statement replying to a Soviet declaration of April 30, was handed to the heads of all diplomatic missions in Peking who had been kept standing by for its release for nearly four hours. The statement said, ‘The Asian – African conference is a conference of heads of Asian and African countries. Since the Soviet Union is a European country it should not take part. This is a matter principle and we abide by 38 principle.
Seterusnya, bantahan Indonesia terhadap kehadiran Malaysia ke Persidangan Kedua Bandung. Hal ini kerana, Indonesia mendakwa bahawa Sabah dan Sarawak merupakan satu bentuk egen imperialisme British yang akan mempengaruhinya. Sokarno juga menyatakan bahawa Malaysia tidak boleh diterima sebagai salah satu negara Asia kerana ditubuhkan untuk mengekalkan imperialisme.
President Sukarno said, “Malaysia canno t be accepted as an Asian country because it was established to preserve the lifeline of imperialism from Gibraltar to Singapore”. 39
Indonesia juga telah melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia. Namun begitu, reaksi anggota Afro-Asian mengkritik tindakan Indonesia yang menggunakan ketenteraan sebagai bentuk penentangan terhadap Pembentukan Malaysia. Tambahan pula, terdapat anggota Afro Asian yang menyokong kehadiran Malaysia ke persidangan di Algeria. India dan Jepun telah menyatakan sokongan mereka terhadap kehadiran Malaysia ke persidangan. Begitu juga beberapa negara timur tengah dan negara-negara Afrika cuba mengekalkan hubungan diplomatic dengan Malaysia.
38
The Canberra Times(ACT: 1926-1955), Afro-A sian Conference, Monday1 June 1964, page 6. The Canberra Times (ACT: 1926-1995), Algiers Conference: Many Afro – Asian nations want Malaysia at talks, Tuesday 25 May 1965, page 6. 39
34
India and Japan have already announced their support for Malaysia. A number of Middle Eastern countries and moderate African states maintain diplomatic with Malaysia. 40
Berdasarkan kedua-dua akhbar tersebut menunjukkan sikap anggota Afro Asian terhadap usaha Persidangan Bandung kedua pada tahun 1965. Hal ini kerana, terdapat beberapa negara tidak bersetuju dengan cadangan India untuk menjemput Soviet Union dan Malaysia ke persidangan tersebut. Tindakan China dan Indonesia yang menentang penyertaan kedua-dua negara negara ini telah menyebabkan persidangan ini mengalami pelabagi halangan dan cabaran. Antara halangannya ialah terdapat pendapat persidangan di Algeria tidak berhasil disebabkan pertikaian antara Indonesia dan China yang mungkin memecah-belahkan negaranegara Afro-Asia.41
4. 3 Menentang Kolonialisme
Persidangan Bandung ataupun Persidangan Afro-Asia merupakan satu gerakan yang dianjurkan oleh negara-negara berkecuali pada tahun 1955. Hasil daripada persidangan ini telah menggariskan sepuluh prinsip yang membawa maksud menentang imperialisme dan kolonialisme, berjuang demi mempertahankan kemerdekaan negara serta keamana dunia dan mewujudkan persahabatan dalam kalangan manusia. 42 Oleh itu, terdapat beberapa negara telah mula bangkit untuk menetang kolonialisme.
Hal ini dapat dilihat dalam akhbar Tribune, Arab pact against colonialism yang diterbitkan pada 1965. Pakatan perpaduan Arab yang baru ditandatangi oleh ketua negara dan pemerintah di Casablanca meletakkan dasar yang baru dan lebih kuat untuk perjuangan bersatu melawan penjajahan di Afrika dan Timur Tengah. Kemudian, pemimpin Arab juga berkerjasama dengan kerajaan Algerian untuk mengandakan Persidangan Afro-Asian Kedua. Perjanjian ini juga menandakan hubungan yang erat antara Arab dan Afrika untuk menentang penjajahan. 40
The Canberra Times (ACT: 1926-1995), Algiers Conference: Many Afro – Asian nations want Malaysia at talks, Tuesday 25 May 1965, page 6. 41 Berita Harian, Afro-Asia yang kedua di sokong, 28 November 1959, page 3. 42 Ibid . hlm. 112
35
The Arab Solidarity Pact just signed by the heads of Arab states and government at Casablanca laid a new and more powerful basis for united struggle against colonialism in Africa and the Middle East. The council of Arab kings and presidents saw Afro-Asian co-operation as the foundation of Arab policy and agreed to co-operate with the Algerian Government in calling the second Afro Asian conference on November 5. Agreement on this conference signals a closer link up between the Arab nations and Black Africa to expel the colonialists.43
Seterusnya, penentangan terhadap penjajahan ini juga ada dinyatakan dalam akhbar Tribune, Afro-Asian solidarity council determenined to end colonialism yang diterbitkan pada 15 April 1964. Dalam akhbar ini ada menyatakan sidang kemuncak Afro-Asia yang telah diadakan di Algeria menunjukan penentuan militant untuk meneruskan kemenangan untuk menyelesaikan perjuangan untuk membebaskan semua negara dari cengkaman imperialisme dan menolak diskriminasi cina. Dalam persidangan ini juga mengesahkan semula prinsip-prinsip dimana organisasai itu ditubuhkan Sembilan tahun yang lalu di Bandung, Indonesia. Antara prinsipprinsip tersebut ialah: 1. It reaffirmed that the struggle for national liberation was the main task of the movement. 2. It declared solidarity with the Afro-Asian peoples to be a substantial factor for true world peace. 3. It condemned the aggression in Vietnam, the provocation against Cuba and the conspiracy against Cyprus. 4. It noted the threat involved in military bases and neocolonialist policies of armed repressions, political control, economic and cultural infiltration and brutal racial discrimination. 5. It called upon the people of Africa, Asia and Latin America to unite with all anti-imperialist forces of the world to wage a resolute struggle for complete independence, economic and social emancipation and the final liquidation of colonialism, imperialism and neo-colonialisme from the world. 6. It called on all anti-coloniast. 44
43
The Tribune (Syney, NSW: 1939-1976), Arab pact against colonialism. Wednesday 22 September 1965, page 4 The Tribune (Syney, NSW: 1939-1976), Afro-Asian solidarity council determined to end colonialism (Chinese Disruptors Rebuffed), Wednesday 15 April 1964, page 4 44
36
Seterusnya, dalam akhbar ini juga ada menyatakan tentang penentangan China terhadap degelasi dari Kesatuan Soviet dan sering mengatakan bahawa negara itu tiada hak untuk meyertai persidangan ini. Cara mereka adalah perkauman, berbahaya kerena bertujuan untuk menyebarkan caouvinisme dan nasinalisme hanya terhadap negara Amerika dan Eropah. Selain itu, China juga menyerang dasar Kesatuan Soviet dalam menyelesian damai pertikaian wilayah. Namun tindakan China ini menghadapi kegagalan kerana mereka tidak membuat satu cadangan yang konkrit untuk membantu memerangi kolonialisme. Mereka hanya menentang Kesatuan Soviet tetapi tidak menyatakan tentang kolonialisme Perancis, Portugis dan Jepun. Mungkin keadaan ini telah dipengaruhi oleh hubungan China dan Kesatuan Soviet terhadap isu Vietnam. Sikap China juga dilihat seperti pilih kasih kerana hanya menyerang Kesatuan Soviet tetapi tidak terhadap negara barat lain.
When their failure was clear they took matter off the agenda but told the press the Soviet delegation had made discussion impossible. The Chinese did not make one concrete proposal to assist the people fighting against colonialism. They attacked the United States but did not mention French, Portuguese and Japanese colonialism and reserved their most bitter persistent attacks for the Soviet Union. When the session condemning the armed French overthrow of the Gabon Government, the Chinese did not speak and even abstained from voting. 45
Berdasarkan kedua-dua akhbar tersebut memperlihatkan anggota Afro-Asia ini berjuang menentang kolonialisme. Hal ini kerana, kebanyakan anggota-angota negara Afro-Asia ini kebanyakannya baru mendapat kemerdekaan dan bebas daripada penjajah. Selain itu, mereka juga mengamalkan dasar berkecuali dengan tidak memihak mana-mana blok Perang Dingin. Sebagai reaksi terhadap kolonialisme, imperialisme dan neokoonialisme negara Afro-Asia bersatu untuk menentang penjajah. Namun begitu, terdapat juga negara yang terlalu ekstrem bagi memenuhi polisi negara dan demi mencapai hasrat serta di pengaruhi dengan isu-isu yang lepas.
45
The Tribune (Syney, NSW: 1939-1976), Afro-Asian solidarity council determined to end colonialism (Chinese Disruptors Rebuffed), Wednesday 15 April 1964, page 4
37
4.4 Menentang perlumbaan senjata dan ujian senjata nuklear
Dalam Persidangan Afro-Asia di Kaherah lebih dari 325 orang wakil dari 35 negara telah hadir ke persidangan ini. Persidangan berpendapat bahawa perlucutan senjata dan larangan pengeluaran, eksperimen dan penggunaan senjata nuklear dan thermo-nuklir perang adalah penting untuk menyelamatkan manusia dan tamadun dari ketakutan dan prospek kemusnahan. Ia menganggap bahawa negara-negara Asia dan Afrika yang berkumpul di sini mempunyai tugas ke arah kemanusiaan dan tamadun untuk menyatakan sokongan mereka untuk perlucutan senjata dan untuk larangan senjata-senjata ini dan untuk merayu kepada negaranegara yang sangat prihatin dan pendapat dunia untuk menyokong perlucutan senjata dan larangan ujian senjata nuklear.46
Persidangan itu menganggap bahawa kawalan antarabangsa yang berkesan perlu diwujudkan dan diselenggarakan untuk melaksanakan pelucutan senjata dan larangan penggunaan senjata nuklear dan usaha yang cepat dan harus dilakukan untuk tujuan ini. Oleh itu, persidangan ini merayu kepada semua kuasa yang berkenaan untuk mencapai persetujuan untuk melucutkan eksperimen senjata yang sedemikian. Persidangan ini juga mengisytiharkan bahawa pelucutan senjata sejagat adalah keperluan mutlak untuk memelihara keamanan dan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk meneruskan usahanya dan merayu kepada semua yang terlibat untuk membuat peraturan, batasan, kawalan dan pengurangan angkatan bersenjata dan persenjataan, termasuk larangan terhadap pengeluaran, percubaan dan penggunaan jenis senjata pemusnah besar-besaran dan mewujudkan kawalan antarabangsa yang berkesan.47
Dalam keratan akhbar yang diterbitkan oleh Berita Harian menjelaskan tentang persidangan ini yang telah mengkritik penaklukan dan penjajahan serta mendesak supaya menghentikan perlumbaan senjata dan ujian-ujian nuclear yang boleh mengancam keamanan dunia jika tidak dicegah. Wakil dari Jepun iaitu Tuan Kaouru Yasui telah mendesak persidangan itu menerima usul untuk mengadakan rundingan perlucutan senjata dunia dalam bulan Ogos 46
The Ministry of Foreign Affairs et.al. (1955). Asia-Africa speak from Bandung. Djakarta. Hlm 8 The Ministry of Foreign Affairs et.al. (1955). Asia-Africa speak from Bandung. Djakarta. Hlm 8
47
38
dan ujian-ujian senjata nuklear dibatalkan dengan serta-merta.48 Hal ini demikian kerana beliau telah membayangkan keburukan perang nuklear yang memberikan kesan yang mengerikan terhadap kesannya dalam perang dunia kedua di Jepun. Tuan Kaouru Yasui menyatakan bahawa:
“Amerika Syarikat di Jepun sedang dilengkapkan kerana peperangan atom”49
Tindakan Amerika Syarikat ini telah menimbulkan Kebimbangan Tuan Kaouru Yasui ini dan menyuarakannya dalam persidangan ini. Dr. Anup Singh dari India juga turut menyatakan kebimbangannya terhadap percubaan baru untuk masuk campur dalam perkara negara-negara bebas. Beliau menyifatkan perkara ini sebagai suatu bentuk penjajahan baru yang boleh meruntuhkan keutuhan dan kebebasan negara di Afrika dan Asia. Pakatan tentera dan penubuhan pengkalan tentera, penempatan tentera-tentera asing menunjukkan pengawalan terhadap sesuatu kawasan yang mewujudkan pertengkaran dan pergaduhan. Selain itu, wakil Indonesia, Serag El Din Abbas merayu sokongan Afro-Asian dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula Irian Barat. 50 Beliau menyifatkan bahawa perpaduan dan kerjasama merupakan senjata yang kuat untuk menghapuskan penjajahan. Oleh itu, beliau menggunakan persidangan ini senagai saluran untuk mendapatkan sokongan daripada negara-negara anggota persidangan. Jelaslah bahawa persidangan ini sememangnya menjadi wadah bagi pesertapeserta persidangan untuk menyuarakan masalah dan menyelesaikan sesuatu masalah tersebut.
Sebagai kesimpulannya, Persidangan Afro-Asia 1955 di Bandung telah membawa kepada pergerakan negara-negara berkecuali. Demi menjaga kemerdekaan yang baru dikecapi kebanyakkan anggotanya mengambil langkah untuk bersikap berkecuali dan menjaga hubungan diplomatik antara negara. Oleh itu, Persidangan Afro-Asia ini telah memainkan peranan dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan politik. Pembentukan Malaysia telah menimbulkan pelbagai rekasi daripada anggota Afro-Asian terutamanya daripada Indonesia. 48
Berita Harian, 28 December 1957. Ibid 50 Berita Harian, 28 December 1957. 49
39
Indonesia yang menentang kerang pembentukan itu telah melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia. Melihat kepada keadaan ini, Indonesia mungkin masih terasa trauma penjajahan Belanda dan menganggap Sabah dan Sarawak itu sebagai ejen imperialisme.
Seterusnya, Persidangan Afro-Asia Kedua juga menghadapi beberapa halangan ekoran daripada cadangan India untuk menjemput Kesatuan Soviet dan Malaysia untuk menyertai persidangan tersebut. Hal ini menyebabkan China dan Indonesia membantah kehadiran keduaduab buah negara ini. Selain itu, Persidangan Afro-Asian yang mengariskan untuk menentang imperialisme dan kolonialisme telah menyebabkan beberapa negara cuba bangkit untuk menentang penjajahan. Oleh itu, peristiwa pembentukan SEATO telah membawa kepada Persidangan Bandung dan membuka peluang kepada penubuhan negara-negara berkecuali yang memainkan banyak peranan demi menjaga kepentingan anggotanya.
5.0 PERANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI
Pembangunan ekonomi merupakan antara deklarasi yang digariskan bermula dengan Persidangan Afro-Asian pada 1955 di Bandung sehinggalah wujudnya NAM. Persidangan ini bertujuan untuk memulihkan hubungan ekonomi dan budaya di Selatan, terputus akibat penjajahan, sambil mengukuhkan lagi hubungan antara Utara dan Selatan. Selain itu, antara tujuan utama persidangan Afro-Asian ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan perasaan muhibah, kerjasama dan kebaikan bersama untuk membincangkan masalah-masalah ekonomi. 51 Di samping itu, aspek pembangunan ekonomi sangat ditekankan dalam setiap Persidangan NAM yang dilaksanakan. Peranan NAM dalam pembangunan ekonomi dapat dilihat dengan lebih jelas dalam mewujudkan keseimbangan ekonomi antara negara-negara anggota dan mewujudkan kerjasama yang erat bagi merialisasikan pembangunan ekonomi negara-negara anggota.
51
Richard Mason. Persidangan Manila 1954 dan Persidangan Bandung 1955: Amerika Syarikat, Perang Dingin dan Cabaran dari Keberkecualian. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 4:1 (2012) 65 – 72. Hlm. 69.
40
5.1 Mewujudkan keseimbangan ekonomi antara negara-negara anggota
Di awal Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, masalah ketidakseimbangan ekonomi antara negara-negara anggota merupakan antara perbincangan yang ditekankan. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ingin menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi yang berlaku dan telah diwarisi sejak zaman penjajahan lagi. Hal ini demikian kerana, jurang ekonomi dilihat semakin luas antara negara-negara maju dengan negara-negara yang kurang maju. Perkara ini turut diperkatakan oleh O. Suryanarayanan melalui tesis yang dihasilkan beliau yang bertajuk Role of the non-aligned nations in U.N.O. for peace and disarmament 1960 – 1987 . Negara-negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali berpendapat bahawa mereka harus berusaha lagi dalam menghapus ketidakseimbangan ekonomi yang diwarisi dari zaman penjajahan
dan
imperialisme.
Mereka
menganggap
perlu
untuk
menghapuskan
ketidakseimbangan ini melalui pembangunan ekonomi, perindustrian dan pertanian yang pesat. Tambahan pula, terdapat jurang yang semakin meluas dalam taraf hidup antara beberapa negara maju. Selain itu, negara-negara kurang maju dari segi ekonomi, di dalam persidangan tersebut mencadangkan penubuhan United Nations Capital Development Fund .52
Di samping itu, mereka juga bersetuju untuk membantu meningkatkan perdagangan negara-negara anggota yang kurang maju dalam aspek ekonomi. Usaha yang dilakukan ialah untuk menghapuskan turun naik yang berlebihan dalam perdagangan komuditi utama. Langkah dan amalan yang ketat ini bagi mengelakkan perdagangan dan pendapatan negara yang baru membangun terjejas. Di samping itu, mereka jugan menuntut agar resolusi saintifik dan teknologi diterapkan dalam semua bidang pembangunan ekonomi untuk mempercepatkan pencapaian sosial antarabangsa. Meskipun demikian, negara-negara anggota ini diberikan kebebasan untuk menentukan penggunaan bantuan ekonomi dan teknikal yang mereka terima untuk merancang sendiri dan menetapkan kesesuaian dengan keperluan mereka dalam membangunankan
ekonomi
negara
masing-masing.
Terdapat
juga
cadangan
untuk
mengadakan persidangan antarabangsa bagi membincangkan masalah umum dan cara kerjasama antara negara-negara dunia ketiga supaya membolehkan mereka menentang tekanan ekonomi negara-negara perindustrian barat. Oleh yang demikian, negara-negara 52
O. Suryanarayanan “Role of the non -aligned nations in U.N.O. for peace and disarmament 1960 - 1987 ” Thesis. Department of History, University of Calicut, 2002. Hlm. 106.
41
membangun dicadangkan untuk mengadakan Persidangan Antarabangsa di Kaherah dan kemudian mendirikan Group 77 .53
Bermula di dalam persidangan Belgrade pada tahun 1961, Pergerakan Negara-Negara berkecuali ini dilihat mula menumpukan keperluan-keperluan pembangunan ekonomi. Jika sebelum ini Pergerakan Negara-Negara Berkecuali lebih mengutamakan aspek politik namun selepas melihat jurang besar dalam pembangunan ekonomi antara negara yang maju dengan negara yang kurang maju maka Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ini melihat keperluan untuk menghapuskan ketidakseimbangan tersebut. Hal ini demikian kerana, jurang yang besar ini akan menyebabkan negara yang kurang maju ini akan mengalami masalah ekonomi di masa akan datang kelak sekiranya terus dibiarkan. Namun demikian, masalah ketidakseimbangan ini dilihat tidak mencapai matlamatnya memandangkan sehingga tahun 1980 masalah ini masih berlaku. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ini dilihat terus memperkatakan masalah ketidakseimbangan ini di persidangan-persidangan yang telah dilaksanakan di beberapa buah negara selepas di Belgrade pada tahun 1961 sehinggalah persidangan yang turut dilaksanakan di Belgrade pada tahun 1989.
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali mula mengambil soal masalah buat pertama kali di sidang kemuncak ketiga yang diadakan di Lusaka pada tahun 1970. Melalui persidangan ini Pergerakan Negara-Negara Berkecuali menyerukan "langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi beban hutang negara-negara membangun".54 Namun demikian, masalah hutang bagi negara-negara membangun ini tidak menemui jalan penyelesaian sehingga penghujung abad ke-20 memandangkan masalah ini masih dibicarakan pada sidang kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ke sembilan yang diadakan Belgrade pada tahun 1989. Malahan, masalah ini dilihat semakin teruk dari tahun ke tahun dan tidak menemui jalan penyelesaian yang dapat mengurangkan bebanan hutang negara-negara membangun.
53
Ibid. Hlm. 107. O. Suryanarayanan “Role of the non -aligned nations in U.N.O. for peace and disarmament 1960 - 1987 ” Thesis. Department of History, University of Calicut, 2002. Hlm. 121. 54
42
Di dalam akhbar Berita Harian pada 7 September 1989 telah membicarakan perihal beban hutang terhadap negara-negara anggota;
Diperkirakan Dunia Ketiga berhutang AS$1.3 trilion atau S$2.5 trilion. Angka ini mungkin lebih besar kerana ia belum termasuk hutang yang tidak diisytiharkan. Sebanyak 37 buah negara iaitu kebanyakannya di Afrika, di perkira tidak mampu langsung membayar hutang. 55
Negara-negara anggota yang masih dilanda kemiskinan telah menghadapi masalah bebanan hutang yang sangat banyak sehinggakan tidak mampu untuk dibayar. Kebanyakan negara anggota yang menghadapi masalah ini adalah dalam kalangan negara-negara Afrika. Krisis kewangan antarabangsa semakin memburuk apabila terdapat negara-negara dari Amerika Latin yang tergolongan dalam negara yang sedang membangun seperti Brazil dan Mexico yang juga mempunyai hutang tetapi enggan membayar hutang. 56 Memandangkan kebanyakan negara di Afrika mengalami kemiskinan sehinggakan tidak mampu membayar hutang maka, mereka
juga
enggan
membayar
hutang,
meskipun
negara-negara
ini
sebenarnya
berkemampuan untuk membayar hutang tersebut. Justeru, bagi mengurangkan masalah kewangan negara yang dihadapi terutamanya dalam negara-negara anggota NAM maka keseimbangan ekonomi perlu diterapkan dengan lebih berkesan.
Masalah hutang ini turut diperkatakan Menteri Ehwal Luar Singapura iaitu Encik Wong Kan Seng di dalam Berita Harian pada 8 september 1989. NAM perlu menumpuhkan perhatian terhadap isu-isu baru yang wujud dalam agenda antarabangsa seperti masalah hutang negaranegara membangun. Beliau mengatakan;
Negara-Negara Berkecuali harus melibatkan diri dalam perdebatan antarabangsa mengenai isu-isu tersebut untuk menjelaskan kepentingan dan
55
Berita Harian. 7 September 1989. Ke mana haluan NAM?. Diperoleh daripada http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Page/beritaharian19890907-1.1.4. Hlm. 4. 56 Ibid.
43
tanggungjawab kita di samping bekerjasama dengan negara-negara lain seberapa yang boleh 57
Memandangkan masalah hutang ini menjadi masalah untama di peringkat antarabangsa maka NAM perlu melibatkan diri dalam perbincangan ini sebagai salah satu tanggungjawab yang seharusnya dilaksanakan oleh NAM bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi. Tambahan pula, masalah hutang negara membangun ini telah menjadi penghalang kepada negara-negara anggota NAM untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi bagi keseluruhan dekad 1980an. Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan bahawa jumlah hutang negara-negara membanguntelah meningkat 10 kali daripada $130 bilion kepada $1,300 bilion dari 1973 hingga 1989. 58 Keadaan tersebut telah menyebabkan kebanyakkan negara-negara anggota amat sukar untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi.
Melalui akhbar Berita Harian pada 9 September 1989 negara-negara anggota NAM yang maju diseru untuk memperkecilkan jurang ekonomi bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi. Persidangan ini diadakan di Belgrade yang juga merupakan persidangan kali kesembilan NAM.
Para pemimpin Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mengakhiri sidang puncak empat hari semalam dengan satu pengisytiharan yang melembutkan anti nada anti-Barat dan gesaan agar negara-negara maju membantu mengecilkan jurang ekonomi Utara-Selatan.59
Kestabilan ekonomi penting bagi mengurangkan jurang ekonomi yang berlaku, dalam mengurangkan jurang ekonomi ini semestinya negara-negara yang membangun ini perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengurangkan jurang yang berlaku dengan membantu negara-negara yang masih mengalami kesukaran untuk membangun.
57
Berita Harian. 8 sepetember 1989. Wong: Jadikan NAM releven. Diperoleh daripada http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19890908-1 .2.2. Hlm. 1 58 Ibid. Hlm. 1 59 Berita Harian. 9 September 1989. Negara maju diseru memperkecil jurang ekonomi. Diperoleh daripada http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Page/beritaharian19890909-1.1.1. Hlm. 1.
44
Kesimbangan ekonomi ini telah diperkenalkan bermula dengan Persidangan Afro-Asian diadakan di Bandung 1955 sehinggalah Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ditubuhkan. Namun demikian, sehinggalah perang dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet Unian hampir berakhir keseimbangan ekonomi antara negara-negara ini masih kurang berjaya disebabkan masalah kurang percaya bagi negara-negara yang sedang membangun ini. Kerjasama yang diberikan negara-negara membangun untuk memperkecilkan jurang pembangunan ekonomi terhadap negara-negara yang masih belum membangun ini amat mengecewakan. Mereka bukan sahaja mengendahkan pembangunan negara-negara yang mengalami kemunduran dalam ekonomi ini malahan mereka juga turut mengendahkan pembayaran hutang. Krisis hutang ini juga secara tidak langsung menyebabkan negara-negara yang masih mengalami kemunduran dalam bidang ekonomi mengalami kelewatan untuk mencapai pembangunan ekonomi.
5.2 Mewujudkan kerjasama yang erat untuk membangunkan ekonomi
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali telah membentuk beberapa kerjasama yang erat dalam kalang anggota negara dan negara-negara yang bukan dalam kalangan Pergerakan NegaraNegara Berkecuali. Antara kerjasama yang berjaya diwujudkan untuk membangunkan ekonomi ialah Kumpulan 77 dan Kerjasama Selatan-Selatan.
5.2.1 Kumpulan 77
Pembangunan ekonomi yang ditekankan dalam persidangan-persidangan Pergerakan NegaraNegara Berkecuali ini menghasilkan beberapa usaha kerjasama erat antara negara-negara anggota dan bukan negara-negara anggota bagi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ini. Di dalam tesis yang dihasilkan oleh O. Suryanarayanan yang bertajuk Role of the non-aligned nations in U.N.O. for peace and disarmament 1960 – 1987. Terdapat beberapa kerjasama yang
diwujudkan bagi membangunkan ekonomi negara-negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. Melalui Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali di Belgrade pada tahun 1961 terdapat cadangan untuk mengadakan persidangan antarabangsa bagi membincangkan 45
masalah umum dan cara kerjasama antara negara-negara dunia ketiga supaya membolehkan mereka menentang tekanan ekonomi negara-negara perindustrian barat. Oleh yang demikian, negara-negara membangun dicadangkan untuk mengadakan Persidangan Antarabangsa di Kaherah dan kemudian mendirikan Kumpulan 77.60
Kumpulan 77 telah ditubuhkan pada 15 Jun 1964 pada Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan. Asas penubuhan kumpulan ini adalah hasil daripada persepsi kolektif di bahagian negara-negara membangun di mana kumpulan ini paling banyak memberikan pendapat. Di dalam persatuan ini masalah umum dan pengiktirafan terhadap keperluan tindakan bersama sentiasa dibincangkan selaras dengan prinsip dan objektif Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dalam menghadapi corak hubungan ekonomi antarabangsa yang tidak adil. Group 77 adalah satu penciptaan berasakan kepada 'perpaduan di dalam kepelbagaian'. Ia bukan kumpulan homogen dengan masalah ekonomi, persekitaran sosial, keperluan dan kapasiti; namun hampir semua ahli mempunyai satu perkara yang sama. Mereka adalah negara-negara yang tertakluk kepada penjajahan dalam satu cara atau yang lain dan baru muncul sebagai negara-negara merdeka yang memerlukan pembangunan.61
Melalui buku yang dihasilkan Chris Alden, Sally Morphet dan Marco Antonio Vieira yang bertajuk The South in World Politics . Mereka melihat agenda politik diperluaskan terutamanya di Selatan melalui proses Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) manakala, agenda ekonomi didorong terutamanya melalui proses memperluaskan anggota Kumpulan 77 (G77) dan organisasi perdagangan yang baru diwujudkan, iaitu United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD). Menjelang tahun 1973, kedua-dua proses ini bersatu dengan
panggilan New International Economic Order (NIEO) pada sidang kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali yang diadakan di Algiers.62 Proses perkembangan agenda politik iaitu Pergerakan Negara-Negara Berkecuali dan proses perkembangan agenda ekonomi melalui Kumpulan 77 dilihat sangat memberi impak yang besar bukan sahaja kepada negaranegara di Asia Tenggara malahan di bahagaian Selatan.
60
O. Suryanarayanan “Role of the non-aligned nations in U.N.O. for peace and disarmament 1960 - 1987 ” Thesis. Department of History, University of Calicut, 2002. Hlm. 108. 61 Ibid. Hlm. 108. 62 Chris Alden, Sally Morphet, & Marco Antonio Vieira. The South in World Politics . 2010. Hlm. 59.
46
5.2.2 Kerjasama Selatan-Selatan
Sidang kemuncak Lusaka dikatakan sebagai permulaan dimensi ekonomi yang lebih jelas. Melihat kepada peningkatan keupayaan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali maka pada persidangan tersebut telah diisytiharkan terdapat peningkatan keupayaan anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali untuk merancang, dan mengurus pembangunan ekonomi mereka sendiri secara individu dan dalam gerakan koperasi multinasional. Ini dilihat melalui kemajuan yang dicapai mereka semenjak tahun enam puluhan, maka persidangan merasakan bahawa dekad kedua pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa memberikan peluang untuk membawa perubahan struktur dalam sistem ekonomi dunia untuk memenuhi keperluan negara-negara miskin bagi mengukuhkan kemerdekaan mereka dan menyediakan perkembangan ekonomi dunia yang lebih cepat dan lebih seimbang.63
Selain itu, di dalam persidangan juga dinyatakan "kemiskinan negara-negara membangun dan ketergantungan ekonomi telah membentuk kelemahan struktur dalam susunan ekonomi dunia sekarang" dan "sistem ekonomi dunia yang tidak adil yang diwarisi dari kolonial merupakan kesulitan yang tidak dapat diatasi dalam memecahkan perhambaan kemiskinan". Bagi mengatasi masalah ini Kerjasama Selatan-Selatan telah dicadangkan. kerjasama ini merupakan Kerjasama Ekonomi antara Negara Membangun (ECDC). Sejak melalui sistem ekonomi dunia masalah dari segi jurang pendapatan per kapita, teknologi, faedah dari perdagangan dan sebagainya, semakin meningkat, perubahan struktur dan perkembangan pesat di negara-negara membangun telah menjadi berlebihan.64
Karya Chamil Wariya yang bertajuk Dasar luar era Mahathir telah memperlihatkan munculnya idea baru daripada Dr. Mahathir selaku perdana menteri Malaysia untuk memperkukuhkan kewujudan Kerajaan Selatan-Selatan. Dr. Mahathir mencadangkan supaya ditubuhkan satu jawatankuasa sebagai pemandu Kerjasama Selatan-Selatan. 65 Beliau telah membawa cadangan tersebut di dalam sidang kemuncak kali ke lapan Pergerakan Negara63
Ibid . Hlm.119. Chris Alden, Sally Morphet, & Marco Antonio Vieira. The South in World Politics . (2010). Hlm. 120. 65 Chamil Wariya. Dasar luar era Mahathir. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 1989. Hlm. 79. 64
47
Negara Berkecuali yang didadakan di Harare pada tahun 1986, lalu cadangan beliau diterima. Jawatankuasa ini kemudiannya mengusahakan penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan dengan kerjasama Yayasan Selatan yang beribu pejabat di London. Suruhanjaya SelatanSelatan ini berperanan dalam mengalakkan lagi perkembangan dan kemajuan ekonomi di Selatan supaya meningkatkan kerjasama ekonomi yang lebih gigih dalam usaha mewujudkan struktur pembangunan yang dapat menyumbangkan kepada kepentingan bersama.
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) terus digesa supaya memberikan keutamaan terhadap isu pembangunan ekonomi demi mengukuhkan ekonomi masing-masing. Isu ini turut disuarakan Menteri Ehwal Luar Singapura iaitu Encik Wong Kan Seng di dalam Berita Harian 19 Mei 1989, yang mengatakan;
“Kita telah melewati zaman selepas penjajahan yang memerlukan perubahan
pada pendirian, dasar serta tindakan untuk memadankan pada persekitaran. Kita juga telah melewati zaman di mana kita boleh menuduh bekas kuasa penjajah kerana keadaan ekonomi dan politik yang dialami kini. Kita semakin membina keupayaan institusi politik dan ekonomi dan harus menghadapi perkembangan di dunia mengikut keadaanya, bukan mengikut apa yang kita mahu.” 66
Bagi mewujudkan NAM yang mampu menyaingi kemunculan negara baru maka NAM harus mampunyai kuasa ekonomi yang kukuh dan teknologi yang lebih baik. Hal ini demikian kerana, NAM dijangkakan tidak akan mempunyai kuasa untuk mempengaruhi negara-negara lain sekiranya kuasa ekonomi ini tidak dapat dicapai. Jika dahulunya NAM lebih mengutamakan kuasa politik namun kali ini NAM perlu menumpuhkan kuasa ekonomi pula memandangkan zaman penjajahan seperti mana yang diperkatakan oleh Menteri Ehwal Luar Singapura telah pun berakhir. Oleh yang demikian, mengukuhkan kuasa ekonomi adalah lebih penting jika melihat keperluan persekitaran yang memerlukan kuasa ekonomi perlu dalam mengukuhkan NAM. Selain itu, NAM juga perlu mencapai tujuan ekonomi dan berusaha menjalinkan hubungan dialog dengan seberapa banyak negara yang bukan NAM.67
66
Berita Harian 19 Mei 1989. Negara-Negara Berkecuali (NAM) diseru tumpu pada ekonomi. http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19890519-1.2.27.4. Hlm. 1 0. 67 Berita Harian 19 Mei 1989. Negara-Negara Berkecuali (NAM) diseru tumpu pada ekonomi. http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19890519-1 .2.27.4. Hlm. 1 0.
48
6.0 PERANAN PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) DALAM BIDANG SOSIAL
Persidangan Afro-Asian yang bermula di Bandung pada tahun 1955 sehinggalah pada persidangan kesembilan iaitu persidangan Belgrade pada tahun 1989 banyak membincangkan mengenai pembangunan sosial. 68 Salah satu peranan utama dalam persidangan ini adalah membincangkan isu-isu perdamaian dunia, keamanan Afro-Asia dan untuk membebaskan Asia dan Afrika dari cengkaman penjajahan dan diskriminasi perkauman. Dalam persidangan ini, negara-negara anggota sangat sukar untuk mencapai matlamat persidangan kerana masingmasing mempunyai idea dan pendapat yang berbeza. Namun begitu, demi keamanan dan perpaduan Afio-Asia, mereka berusaha untuk menjayakan persidangan ini. Antara isu yang diketengahkan dalam persidangan Afro-Asia di Bandung pada tahun 1955 sehinggalah dalam persidangan Belgrade pada tahun 1989 ialah Pembangunan kerjasama budaya dan hak asasi manusia.
6.1 Pembangunan kerjasama budaya
Dalam
persidangan
Afro-Asia,
negara-negara
anggota
membincangkan
mengenai
pembangunan kerjasama budaya. Anggota Persidangan Asia dan Afrika yakin bahawa cara yang paling berkesan untuk mempromosikan persefahaman dalam kalangan negara-negara adalah melalui pembangunan kerjasama budaya. Asia dan Afrika adalah tempat bermulanya agama dan tamadun yang hebat yang telah memperkaya budaya dan tamadun lain yang didasarkan pada asas rohani dan sejagat. Malangnya hubungan dalam kalangan negaranegara Asia dan Afrika telah terganggu sejak abad yang lalu. Oleh itu, orang-orang Asia dan Afrika kini dihidupkan oleh keinginan untuk memperbaharui kembali hubungan kebudayaan lama mereka dan membangunkan kembali budaya dalam konteks dunia moden. Kesemua
68
Ahmad Zainuddin Husin. Reaksi Anggota Afro-Asian Terhadap Pe mbentukan Malaysia 1961-1965: Isu dan Penyelesaian dalam Hubungan Luar Malaysia. Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil. 3 (111-121) ISSN 1985 - 496X. Hlm. 111112
49
negara yang mengambil bahagian dalam Persidangan ini menyatakan tekad mereka untuk berusaha menjayakan kerjasama budaya ini.69
Anggota persidangan yakin bahwa kewujudan kolonialisme di kawasan Asia dan Afrika dalam apa jua bentuk bukan hanya menghalang kerjasama budaya tetapi juga menindas budaya kebangsaan rakyat. Hal ini kerana sesetengah kuasa kolonial telah menafikan hak-hak asas rakyat yang bergantung kepada mereka dalam bidang pendidikan dan kebudayaan. Selain itu, kuasa kolonial ini turut menghalang perkembangan diri mereka dan juga menghalang hubungan budaya dengan orang Asia dan Afrika yang lain. Hal ini dapat dibuktikan melalui kes yang berlaku di Tunisia, Algeria dan Morocco, yang mana hak asas rakyat untuk mempelajari bahasa dan budaya mereka sendiri telah dinafikan.70
Diskriminasi yang sama juga telah diamalkan bagi menindas orang Afrika di beberapa bahagian Benua Afrika. Persidangan ini merasakan bahawa dasar-dasar tersebut menafikan hak asas manusia, menghalang kemajuan budaya di rantau ini dan juga menghalang kerjasama budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih luas. 71 Oleh itu, persidangan di Bandung mengutuk penafian hak asas dalam bidang pendidikan dan budaya yang sebahagiannya belaku di Asia dan Afrika dan bentuk-bentuk penindasan budaya lain. Namun begitu, dalam persidangan ini, isu diskriminasi kaum ini tidak ketara kerana tumpuan utama dalam persidangan ini adalah untuk menggalakkan perasaan muhibah, kerjasama dan kebaikan bersama untuk membincangkan masalah-masalah ekonomi, sosial dan kebudayaan, membincangkan masalah-masalah khusus di Asia dan Afrika seperti perkauman, penjajahan dan kemerdekaan serta sumbangan Asia dan Afrika dalam menggalakkan keamanan dan kerjasama sejagat.72 Secara khususnya, Persidangan ini juga menentang diskriminasi perkauman yang dijadikan sebagai alat penindasan budaya. Anggota persidangan mahu melihat perkembangan kerjasama budaya dalam kalangan negara-negara Asia dan Afrika. Sejajar dengan tradisi 69
The Ministry of Foreign Affairs et.al. (1955). Asia-Africa speak from Bandung. Djakarta. Hlm 4 Ibid. Hlm 4. 71 The Ministry of Foreign Affairs et.al. (1955). Asia-Africa speak from Bandung. Djakarta. Hlm 5 72 Richard Mason. (2012). Persidangan Manila 1954 dan Persidangan Bandung 1955: Amerika Syarikat, Perang Dingin dan Cabaran dari Keberkecualian. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 4:1 (2012) 65 – 72. Hlm. 69. 70
50
toleransi dan universaliti yang lama. Justeru, anggota persidangan percaya bahawa kerjasama budaya Asia dan Afrika perlu dikembangkan dalam konteks kerjasama dunia yang lebih besar. Sebaliknya dengan pembangunan kerjasama budaya Asia-Afrika, negara-negara Asia dan Afrika akan berminat untuk membangun hubungan budaya dengan orang lain. Ini akan memperkaya budaya mereka sendiri sekaligus membantu dalam mempromosikan keamanan dan pemahaman dunia.
6.2 Perlindungan Hak asasi manusia
Persidangan Asia-Afrika juga telah mengisytiharkan sokongan penuh terhadap prinsip-prinsip asas Hak Asasi Manusia seperti yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mengambil serius terhadap Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat sebagai standard pencapaian bagi semua bangsa dan negara. Persidangan ini mengisytiharkan sokongan penuh prinsip pendirian penentuan nasib sendiri bangsa dan negara seperti yang dinyatakan dalam Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan mengambil perhatian mengenai resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hak-hak rakyat dan negara-negara untuk penentuan diri yang merupakan kebebsasan terhadap Hak Asasi Manusia.
Persidangan yang kedua iaitu persidangan Kaherah 1957 juga mengulangi prinsip dan matlamat pergerakan seperti yang dirumuskan dalam pengisytiharan persidangan pertama. Ketua-ketua Negara Kerajaan telah mengisytiharkan bahawa diskriminasi kaum dan dasar apartheid adalah pelanggaran terhadap Universal deklarasi Hak Asasi Manusia dan prinsip persamaan masyarakat. Anggota Persidangan menyatakan sokongan mereka terhadap resolusi U.N terhadap sekatan terhadap Selatan Afrika, dan buat kali pertama menyeru semua negara untuk memutuskan hubungan diplomatik dan hubungan lain dengan kaum rasis di Afrika Selatan. 73 Persidangan ini meraih simpati dan sokongan terhadap pendirian yang dilakukan oleh para korban diskriminasi kaum, terutama oleh orang-orang Afrika dan India dan Pakistan di Afrika Selatan. Keadaan yang tidak menentu di Afrika Utara dan penolakan berterusan kepada orang-orang Afrika Utara hak mereka untuk penentuan nasib sendiri, Persidangan Afro-Asia 73
O. Suryanarayanan. Bandung Conference and The Evolution Of Non-Alignment . Thesis. Department of History, University of Calicut (2002). Hlm 40
51
mengisytiharkan sokongan terhadap hak-hak rakyat Algeria, Maghribi dan Tunisia kepada diri sendiri. Disamping itu, persidangan ini mendesak pemerintah Perancis membuat penyelesaian secara aman mengenai isu itu tanpa berlengah-lengah.
Selain itu, peranan Malaysia dalam menentang dasar aparteid apabila menyokong peranan persidangan tersebut dalam memperjuangkan anti penjajahan, penyakit, kelaparan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh kedua-dua benua tersebut. Hal ini demikian kerana melalui persidangan ini negara-negara Asia dan Afrika juga boleh bersatu dalam menyuarakan tuntutan
mereka
terhadap
Pertubuhan
Bangsa-Bangsa
Bersatu
bagi
menghapuskan
diskriminasi agama dan kaum serta eksploitasi manusia. Sejak awal kemerdekaan lagi Malaysia telah melaksanakan dasar-dasar yang dianggap selari dengan perjuangan Afro-Asian yang mana peranan Malaysia dapat dilihat dalam menyuarakan protes terhadap dasar apartheid dari mula lagi. Isu ini mendapat perhatian dalam persidangan NAM yang kelapan yang mana salah satu isu yang dibincangkan adalah mengenai dasar apartheid iaitu satu sistem yang mengamalkan fahaman perkauman. Di Afrika Selatan mempunyai majoriti penduduk kulit hitam tetapi negara Afrika Selatan dikuasai oleh rakyat kulit putih yang penduduknya adalah minoriti.74 Walaupun Rakyat kulit hitam ini adalah golongan majoriti namun mereka tidak dapat menentang rejim Afrika Selatan yang diperintah oleh kerajaan kulit putih. Oleh itu, mereka memerlukan bantuan dan sokongan daripada negara luar. Belenggu aparteid ini mahu dibebaskan kerana rakyat kulit hitam semakin hari semakin ditindas dan rejim Afrika Selatan bertindak lebih ganas bagi menakutkan dan terus mengekalkan dasar aparteidnya. Sistem aparteid yang mahu dipertahankan oleh rejim Afrika Selatan adalah merupakan satu penghinaan kepada rakyat kulit hitam yang ditindas dan diperlakukan sebagai hamba kepada rakyat kulit putih Afrika Selatan. 75 Oleh itu, dalam persidangan NAM, negara-negara yang terlibat mengecam dasar ini supaya dihapuskan kerana ia merupakan perbuatan yang tidak berentangan dengan hak asasi manusia. Hal ini kerana salah satu tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk menentang sentiment perkauman seperti yang dinyatakan dalam keratan akhbar Age pada 31 Disember 1954 yang menyatakan:
74
Mohd Afendi Daud et al. (2016). Mahathir dan berakhirnya Dasar Aparteid di Afrika Selatan. Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 8 (123 - 134). Hlm 2. 75 Ibid . Hlm. 2.
52
“the purposes of the Afro -Asian conference would be to consider such problems of special interest to Asian and African peoples as those affecting "national sovereignty and or racialism and colonialism." 76
Oleh itu, melalui persidangan ini negara-negara anggota dapat bersatu untuk menentang dasar diskriminasi yang bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia. Melalui persidangan ini juga negara-negara anggota dapat membincangkan cara untuk mengatasi masalah tersebut dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
7.0 Rumusan
Kesimpulannya, Gerakan Negara-Negara Berkecuali ini sememangnya memainkan peranan yang sangat penting terhadap perkembangan yang berlaku di seluruh dunia terutama sekali bagi negara-negara di Asia Tenggara. Meskipun pada mulanya pergerakan ini hanya dianggotai oleh 25 buah negara sahaja dan turut mendapat tentangan daripada negara-negara Barat amnya, namun pada hari ia telah berjaya menjadi sebuah organisasi yang sangat kukuh dan diterima oleh semua pihak. Dalam erti kata lain, pergerakan berkecuali ini telah menjadi sebuah pergerakan yang turut menjadi perjuangan sejagat dalam memastikan keamanan dunia terus dikekalkan di samping bagi mengelakkan berlakunya perang dunia ketiga.
76
Age (Melbourne, Vic.: 1854 - 1954), Friday 31 December 1954. Hlm. 4
53
Bibliografi
Ahmad Zainuddin. Reaksi Anggota Afro-Asian Terhadap Pembentukkan Malaysia 196-1965;Isu Dan Penyelesaian Dalam Hubungan Luar Malaysia. Jurnal Perspektif , 6(3).pp 111-121. (2014) Berita Harian. 19 Mei 1989. Negara-Negara Berkecuali (NAM) diseru tumpu pada ekonomi. Diperolehdaripadadarihttp://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritahar ian19890519-1.2.27.4. Berita
Harian. 7 September 1989. Ke mana haluan NAM?. Diperoleh daripada http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Page/beritaharian19890907-1.1.4.
Berita Harian. 8 sepetember 1989. Wong: Jadikan NAM releven. Diperoleh daripada http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19890908-1.2.2. Berita Harian, Afro-Asia yang kedua disokong, 28 November 1959, page 3. Chris Alden, Sally Morphet, & Marco Antonio Vieira. The South in World Politics. (2010). Chamil Wariya. Dasar luar era Mahathir . Kuala Lumpur: Fajar Bakti. (1989). Jayantanuja Bandyopadhaya. “The Non - Aligned Movement and International Relations”, A Journal of International Affairs, Vol. 33. Issue 2, 1977: 137-164.
Mohd Afendi Daud et al. (2016). Mahathir dan berakhirnya Dasar Aparteid di Afrika Selatan. Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 8 (123 - 134) O. Suryanarayanan. Bandung Conference and The Evolution of Non-Alignment. India: University of Calicut. (2002). Richard Mason. Persidangan Manila 1954 dan Persidangan Bandung 1955: Amerika Syarikat, Perang Dingin dan Cabaran dari Keberkecualian. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 4:1 (2012) 65 – 72. Rohani Haji Abdul Ghani, and Zulhilmi Paidi. "Malaysia-Indonesia: pengalaman hubungan dua negara serumpun". (2010). The Ministry of Foreign Affairs et.al. 1955. Asia-Africa speak from Bandung. Djakarta The Canberra Times(ACT 1926-1995). Appeal For Afro-Asian Conference. Tuesday 25 April. (1961) The Canberra Times(ACT 1926-1995). Second Summit Talks Planned (1954) The Canberra Times(ACT 1926-1995). Indonesia Atomic Ambitions. Monday 16 November (1964).
The Canberra Times (ACT 1928-1995).Malaysia Gains A Little Time. Monday 21 September (1964). The Canberra Times (ACT: 1926-1995), Indonesia To Fight Federation, Saturday 13 July (1963) The Canbbera Times (ACT:1926-1995), The Greater Confrontation, Tuesday 21 April 1964
Farram, Steven 2014. Ganyang! Indonesian Popular Songs from the Confrontation Era, 1963-1966. Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde ,170(1):1-24. Nurliana Suhaimi & Khairunnisa Abdul Karim. Konfrotasi Malaysia dan Indonesia: Penyelesaian Melalui Pendekatan Malaysia. Malaysian, Journal of Social Science, Jilid 1 2016 . Hlm 74-94. The Canberra Times (ACT: 1926-1995), Afro-Asian Crisis, Showdown on Summit Monday 1 November 1965, page 5 The Canberra Times(ACT: 1926-1955), Afro-Asian Conference ,Monday1 June 1964, page 6. The Canberra Times (ACT: 1926-1995), Algiers Conference: Many Afro – Asian nations want Malaysia at talks. Tuesday 25 May 1965, page 6. The Tribune (Syney, NSW: 1939-1976), Arab pact against colonialism Wednesday 22 September 1965, page 4 The Tribune (Syney, NSW: 1939-1976), Afro-Asian solidarity council determined to end colonialism (Chinese Disruptors Rebuffed), Wednesday 15 April 1964, page 4