GAH 602 FUNGSI PENYELIAAN
M2K8: Mengurus MesyuaratPage 7
GAH 602 FUNGSI PENYELIAAN
M1K1: MENJALANKAN TAKLIMAT KESELAMATAN
MAKSUD TAKLIMAT KESELAMATAN
Maksud taklimat ialah penerangan ringkas berkenaan hal keselamatan
TUJUAN TAKLIMAT KESELAMATAN
Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.
Mendedahkan dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial, emosi dan teknikal
Meningkatkan kefahaman terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti dalam organisasi
Mewujudkan persekitaran organisasi yang sihat dan selamat
Mewujudkan kesedaran tentang bahaya dan kemalangan yang mungkin dihadapi di tempat kerja.
Mewujudkan sifat sentiasa beringat dan berhati-hati dalam setiap individu di tempat kerja.
FORMAT DAN KANDUNGAN TAKLIMAT
Format taklimat secara umumnya adalah seperti berikut:
a) Tajuk
b) Salam, sapaan biasa atau sapaan berprotokol
c) Kata-kata aluan
d) Pengenalan diri pemberi taklimat
e) Kandungan taklimat
f) Penutup
g) Sesi soal jawab
Kandungan taklimat ada dua iaitu:
Perkara yang hendak dimaklumkan atau disampaikan:
Ini adalah perkara asas dalam mana-mana taklimat kerana apa yang ingin dimaklumkan adalah intipati sesuatu taklimat. Malah tujuan taklimat itu sendiri adalah untuk memaklumkan sesuatu.
Perkara yang khalayak ingin tahu
Terdapat taklimat tertentu yang bukan sahaja bertujuan untuk memberi maklumat secara sehala tetapi juga bertujuan untuk mendapatkan soalan-soalan dari khalayak.
BORANG SENARAI SEMAK KESELAMATAN
Borang senarai semak keselamatan diedarkan untuk memastikan segala aspek keselamatan telah diambil kira.
Penyelia perlu memastikan keselamatan kerja:
Jenis bahaya:
Kebakaran
Kemalangan
Kerosakan mesin dan peralatan
Kerosakan bangunan
Susun atur yang tidak mengikut standard
Tumpahan bahan kimia
Renjatan elektrik
Gangguan kesihatan
Jenis langkah-langkah pencegahan
Pencegahan kebakaran
Pencegahan kemalangan
Keperluan dan peralatan keselamatan
Peti kecemasan
Alat pemadam api
Sarung tangan
Keadaan tempat kerja
Selamat dan bersih
Lengkap dengan peralatan keselamatan
Keperluan dan peruntukan tenaga kerja
Tenaga kerja mahir
Cekap mengendalikan peralatan
Beban tugas yang sekata dan bersesuaian dengan kemahiran
Contoh borang senarai semak keselamatan:
SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN KESELAMATAN
UNIT / KAWASAN :
TARIKH :
PEGAWAI BERTUGAS :
Bil
Indikator
Ya
Tidak
Tindakan
Penambahbaikan
Pegawai Bertanggungjawab
Catatan
1.
Keselamatan bangunan/struktur
Lantai
Pengudaraan
Pencahayaan
Pintu & tingkap
Laluan kecemasan
2.
Keadaan mesin dan peralatan
Penyelenggaraan ikut jadual
Susun atur
Buku log penggunaan
Manual mesin
Laporan kerosakan
3.
Keselamatan kebakaran
Lokasi pemadam api
Sistem penggera berfungsi
Zon berkumpul dikenalpasti
Pelan evakuasi
4.
Kawasan kerja
Kemudahan keselamatan
Tanda amaran
Peraturan/SOP
Disediakan oleh, Disemak oleh,
-------------------------------- ----------------------------
( ) ( )
M2K2: Menyediakan Cadangan Kenaikan Pangkat
MAKSUD KENAIKAN PANGKAT
Kenaikan pangkat ialah peningkatan secara hierarki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi di dalam perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.
SYARAT – SYARAT UMUM
Syarat-syarat umum untuk kenaikan pangkat:
Mencapai prestasi yang telah ditetapkan
Bebas daripada hukuman tatatertib pada masa permohonan
Telah mengisytiharkan harta
Telah mempamerkan ciri-ciri kepimpinan yang terserlah
Mempunyai pengalaman bekerja berpasukan
Diperakukan oleh panel penilai
Tanggungjawab panel penilai:
Memberi ulasan mengenai pencapaian pemohon untuk tujuan kenaikan pangkat.
Memberi perakuan dan sokongan kepada permohonan pemohon.
Merahsiakan semua maklumat pemohon.
Cara-cara mengemukakan kenaikan pangkat:
Semakan maklumat permohonan secara online
Semakan kelengkapan dokumen yang dihantar
Hantar ke Pejabat Pendaftar
M2K4: Mengkoordinasi Pembangunan Staf
MAKSUD PEMBANGUNAN STAF
Pembangunan staf ialah satu proses rekabentuk yang terancang untuk meningkatkan kebolehan dan kemampuan staf untuk melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat organisasi.
TUJUAN PELAKSANAAN
Tujuan pelaksanaan program pembangunan staf:
Menyediakan warga kerja yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi
Mencapai hasil kerja yang berkualiti dan bermutu tinggi
Meningkatkan kompetensi dan produktiviti
Membentuk nilai-nilai murni dan bersikap positif
Mewujudkan nilai cipta dan nilai tambah dalam kalangan staf
Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya
CARTA ALIR PENGURUSAN PEMBANGUNAN STAF
Tamat Lulus? TidakYa Mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan Membentangkan laporan dalam mesyuarat kajian semula Menyediakan laporan pelaksanaan program pembangunan staf Melaksanakan program pembangunan staf mengikut bajetMulaMemohon kelulusan dan bajetMerancang program pembangunan stafMengumpul maklumat keperluan latihan staf
Tamat
Lulus?
Tidak
Ya
Mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan
Membentangkan laporan dalam mesyuarat kajian semula
Menyediakan laporan pelaksanaan program pembangunan staf
Melaksanakan program pembangunan staf mengikut bajet
Mula
Memohon kelulusan dan bajet
Merancang program pembangunan staf
Mengumpul maklumat keperluan latihan staf
M2K6: Menjalankan On-job-training (OJT) / Latihan Industri (LI)
OBJEKTIF OJT / LI
Mendedahkan pelatih kepada alam pekerjaan yang sebenar.
Meluaskan dan menambahkan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelatih.
Mengenali diri sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap bakal majikan.
Menilai kebolehan dan keupayaan diri pelatih di dalam pekerjaan untuk persediaan menghadapi alam pekejaan selepas tamat pengajian.
Memupuk semangat kerja dan perhubungan baik antara majikan dan pekerja.
Mengaitkan teori yang dipelajari semasa pengajian dengan apa yang dipraktikan di tempat latihan.
Membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran.
Menanamkan sikap amanah dan bertanggungjawab terhadap kerja yang dilakukan.
FORMAT LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
ISI KANDUNGAN
Penghargaan
Isi Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah
Senarai Lampiran
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
i. Pendahuluan
ii. Objektif Latihan Industri
iii. Objektif Laporan Latihan Industri
iv. Kepentingan Latihan Industri
LATAR BELAKANG ORGANISASI
Pengenalan Organisasi
Latar Belakang Penubuhan Organisasi
Aktiviti Organisasi
Halatuju Organisasi
Carta Organisasi
RINGKASAN AKTVITI LATIHAN INDUSTRI
Pengenalan
Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
KESIMPULAN
KOMEN DAN CADANGAN
BIBLIOGARFI / RUJUKAN
LAMPIRAN
TUJUAN LAPORAN OJT
Menguji kemampuan pelatih mendokumentasi aktiviti kerja harian sepanjang tempoh latihan industri secara teratur dan lengkap.
Membiasakan diri pelatih untuk menyediakan laporan supaya lebih bersedia apabila mengharungi ke peringkat yang lebih tinggi.
Membantu para pelatih dengan memberanikan diri untuk berkomunikasi dan berinterasi dengan majikan bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan laporan industri.
Mendisplinkan para pelatih untuk belajar menguruskan masa dengan bijak dan teratur. menjadi satu bukti yang ditauliahkan dan sebagai bahan rujukan pada masa hadapan.
M2K7: Menyediakan Jadual Kerja
Tujuan Pembinaan Jadual Kerja
Jadual kerja dapat memastikan projek dapat dijalankan dengan teratur dan sistematik
Memastikan setiap aktiviti disiapkan mengikut tempoh yang dirancang.
Sebagai tool atau alat kawalan memantau kemajuan sesuatu projek dari mula hingga tamat.
Mengawal masa penggunaan sumber.
Memastikan setiap aktiviti sesuatu projek dilakukan mengikut turutan supaya tidak menjejaskan perjalanan aktiviti yang lain.
CONTOH JADUAL KERJA
NAMA PROJEK : _______________________________________________________
TEMPOH PROJEK : _______________________________________________________
PEGAWAI PENYELIA : _______________________________________________________
HARI/TARIKH
AKTIVITI
1
2
3
4
5
6
7
CATATAN
Penyediaan Bahan Herba
Penyediaan Peralatan
Penggredan
Pembersihan
Pengeringan
Pemotongan
Proses pengekstrakan
Formulasi
Pembungkusan
Penyimpanan
Penyediaan Dokumentasi
CADANGAN: _________________________________________________________________
Disediakan oleh, Disemak oleh,
.................................. ..................................
( ) ( )
M2K8: MENGURUS MESYUARAT
MAKSUD MESYUARAT
Mesyuarat bermaksud mengadakan satu perhimpunan dengan tujuan untuk mengumpulkan idea atau penyatuan fikiran bagi mendapat keputusan.
TUJUAN MESYUARAT
Tujuan mesyuarat diadakan:
Menyelesaikan banyak tugas dan masalah berkaitan dengan organisasi dan organisasi
Mewujudkan perhubungan dan perbincangan dalam kumpulan untuk mendapat kata sepakat dan kerjasama
Mengawal aktiviti dan kewangan organisasi atau organisasi dari semasa ke semasa
Menyelaras dan membincangkan bidang tugas jawatankuasa atau pegawai dan kegiatan organisasi atau organisasi.
Menyebarkan maklumat dan rancangan baharu kepada masyarakat atau ahli secara khususnya
Mengetahui sokongan, kerjasama, tindak balas dan sambutan terhadap sesuatu isu atau persoalan dan aktiviti
Membuat sesuatu keputusan atau mandat penting yang berkaitan dengan organisasi atau organisasi
Merancang sesuatu strategi dan program atau mendapatkan idea-idea baharu bagi melaksanakan aktiviti organisasi atau organisasi.
JENIS – JENIS MESYUARAT
Jenis-Jenis Mesyuarat:
Mesyuarat Agung Tahunan
Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Tergempar
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Mesyuarat Jawatankuasa Kecil/Biro
Mesyuarat Jawatankuasa Sementara (Ad Hoc)
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
Tujuan diadakan untuk membincangkan mengenai organisasi secara menyeluruh dan melaksanakan pemilihan ahli Jawatankuasa Kerja yang baharu.
Organisasi yang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya dua tahun sekali dikenali Mesyuarat Agung Dwitahunan.
Agenda semasa Mesyuarat Agung Tahunan atau Dwitahunan:
Ucapan Pengerusi
Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas
Membentang dan menerima penyata tahunan tahun lalu
Membentang dan mengesahkan penyata kewangan tahun lalu
Memilih Jawatankuasa Kerja yang baharu
Membincang dan meluluskan usul atau cadangan
Ucapan penangguhan
Notis Mesyuarat Agung Tahunan atau dwitahunan perlu diedarkan dalam masa 14 hari dan perlu ditandatangani oleh setiausaha
Terdapat dua cara bagi kebanyakan organisasi menetapkan korum sesuatu mesyuarat iaitu:
Berpandukan pecahan atau peraturan keahlian seperti 1/4 atau 1/2 daripada kesemua ahli atau;
Menetapkan bilangan seperti sekurang- kurangnya 40 orang, 20 orang
dan sebagainya.
MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA
Turut dikenali Mesyuarat Agung Tergempar atau Mesyuarat Agung Khas.
Mesyuarat Agung Luar Biasa perlu diadakan apabila:
Pengerusi memikirkannya perlu diadakan
Permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada 8 orang ahli Jawatankuasa Kerja
Permintaan secara bertulis oleh atau 60 orang ahli atau mana yang kurang 2 3 agar mesyuarat itu diadakan
Notis untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa bergantung kepada organisasi, misalnya 14 hari
Agenda yang dibincangkan ialah:
Penerangan atau taklimat ketua atau setiausaha mengenai latar belakang isu yang dibincangkan.
Perbincangan mengenai isu berkenaan dan membuat keputusan.
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA
Merupakan mesyuarat yang biasa diadakan oleh sesebuah organisasi bagi menggerakkan organisasi berkenaan.
Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Kerja:
Ucapan pengerusi
Mengesahkan minit mesyuarat yang lepas
Perkara-perkara yang berbangkit
Agenda-agenda yang ingin dibincangkan atau laporan daripada Ketua Biro atau Pengerusi Jawatankuasa Kecil
Hal-hal lain.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AJK MESYUARAT
PENGERUSI
Merupakan orang yang paling penting bagi memastikan kelancaran sesuatu mesyuarat
Harus mempunyai sifat:
daya usaha
kepimpinan,
adil
tidak beremosi
berpakaian kemas
sentiasa tenang
mendapat kepercayaan ahli
berpengetahuan yang cukup tentang agenda mesyuarat
Peranan pengerusi:
Memulakan mesyuarat setelah korum mencukupi dan pada waktu yang ditetapkan
Perkara yang perlu disentuh pada permulaan mesyuarat ialah memperkenalkan tetamu jemputan sekiranya ada dan menjelaskan tujuan mesyuarat
Semua perbincangan mengikut urutan agenda yang telah ditetapkan
Pengerusi menutup mesyuarat dengan segera sekiranya perbincangan telah tamat
Memastikan setiausaha menaip minit mesyuarat dan mengedarkan kepada semua ahli.
SETIAUSAHA
Setiausaha perlu bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus organisasi
Perlu mempunyai sifat:
Dedikasi
Cekap
Berdisiplin
Membuat kerja dengan kemas dan teratur
Boleh bekerjasama dengan pengerusi (sangat penting)
Mementingkan fakta yang terperinci
Peranan Setiausaha dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu:
Sebelum mesyuarat:
Berbincang dengan pengerusi untuk menyediakan agenda mesyuarat
Menghantar surat jemputan atau notis mesyuarat lebih awal
Memastikan tempat mesyuarat termasuk sistem siar raya berfungsi
Menyediakan peralatan yang berkaitan seperti kertas, pen dan sebagainya(jika perlu
Menyediakan minit mesyuarat yang lepas.
Semasa mesyuarat:
Datang lebih awal ke tempat mesyuarat untuk memastikan semua persiapan tidak tergendala dan diatur dengan sempurna
Mencatat perkara yang dibincang dalam mesyuarat dengan ringkas, tepat dan padat
Mengedar kertas borang kehadiran mesyuarat kepada semua ahli yang hadir.
Selepas mesyuarat:
Menyiapkan minit mesyuarat dengan seberapa segera
Mengedarkan minit mesyuarat berkenaan secepat mungkin untuk tindakan mereka yang terbabit
AGENDA MESYUARAT
Agenda ialah senarai perkara yang dikemukakan untuk perbincangan dalam mesyuarat
Lazimnya agenda mesyuarat sekurang-kurangnya terdiri daripada:
Ucapan alu-aluan pengerusi
Pengesahan minit mesyuarat yang lepas
Perkara-perkara berbangkit
Hal-hal lain
PENGENDALIAN MESYUARAT
TINDAKAN PRA-MESYUARAT
Menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat bersama Pengerusi jawatankuasa
Membuat tempahan bilik mesyuarat:
Tempahan secara bertulis dengan menyatakan nama jawatankuasa, pengerusi, setiausaha, tarikh, masa, bilangan pegawai, peralatan dan minuman ringan (jika ada).
Menyediakan kertas kerja untuk perbincangan:
Kertas kerja diterima 15 hari sebelum mesyuarat
Tentukan bilangan salinan kertas kerja
Keperluan menyediakan ringkasan eksekutif sekiranya melebihi 15 muka surat
Menghantar surat jemputan mesyuarat:
Edarkan 10 hari sebelum mesyuarat
Nyatakan nama jawatankuasa, tarikh, tempat, masa, agenda, nama Pengerusi dan jenis pakaian.
Lampiran A : Contoh surat panggillan mesyuarat
Lampiran B : Contoh memo panggilan mesyuarat
Memastikan persediaan kemudahan bilik mesyuarat:
Bilik bersih dan kemas
Tempat duduk mencukupi
Kelengkapan peralatan seperti alat tulis, OHP dan pembesar suara tersedia
Menentukan kehadiran:
Urusetia perlu menentukan senarai ahli yang akan hadir
Senarai ini disediakan 2 hari sebelum mesyuarat
Perbincangan pra mesyuarat
Berbincang dengan pengerusi tentang tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah
Memberitahu ahli-ahli mesyuarat tentang etika mesyuarat:
Cara-cara beri penghormatan kepada Pengerusi
Tepati masa
Minta izin untuk tinggalkan mesyuarat
TINDAKAN SEMASA MESYUARAT
Catatan minit mesyuarat:
Senarai kehadiran mesyuarat
Perkara penting yang dibincang dalam mesyuarat
Keputusan yang dibuat
Tindakan susulan yang perlu diambil
TINDAKAN SELEPAS MESYUARAT
Penyediaan Minit:
Minit yang telah diluluskan oleh pengerusi diedarkan kepada ahli mesyuarat
Tidak melebihi 2 minggu selepas tarikh mesyuarat
Format Minit Mesyuarat:
Susunan Nama Ahli-ahli Mesyuarat disusun mengikut kekananan ahli- ahli yang hadir
Catatan perbincangan diikuti dengan nota yang padat, tepat dan jelas menunjukkan samada tindakan lanjut diperlukan atau untuk makluman sahaja
Pengesanan Maklumbalas
Pelaksanaan Keputusan Mesyuarat
Bilangan
Rujukan minit
Perkara
Tarikh hantar
Kementerian atau jabatan
Tarikh maklumbalas patut diterima oleh urusetia
Tarikh maklumbalas diterima oleh urusetia
Tarikh maklumbalas dibentangkan
Status
Laporan Maklumbalas Oleh Urusetia
Ringkasan dan ulasan urusetia
Maklumbalas dari kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan
Senarai kementerian atau jabatan yang belum memberi maklumbalas
Menentukan Format Maklumbalas Dari Kementerian/Jabatan
Masalah Peringkat pelaksanaan
Pencapaian/ kedudukan masa kini
Cadangan penyelesaian masalah
Penyediaan Laporan Maklumbalas Oleh Kementerian/Jabatan Bertanggungjawab
Keputusan mesyuarat memerlukan maklumbalas mengenai pelaksanaan program-program yang melibatkan seluruh agensi-agensi perkhidmatan awam
Tanggungjawab penyediaan laporan maklumbalas hendaklah diberi kepada agensi yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan program.
TATACARA MESYUARAT
Secara umumnya tatacara mesyuarat boleh dibahagi kepada dua peringkat:
Peringkat pra-mesyuarat
Perancangan:
Pengerusi merupakan orang yang merancang mesyuarat.
Beliau akan menentukan apa yang harus dibincangkan dalam mesyuarat, tarikh, masa dan tempat mesyuarat diadakan.
Pengumuman:
Selepas perancangan mesyuarat telah siap maka pengumuman akan disiarkan kepada mereka yang terlibat.
Pada lazimnya, pengumuman ini akan dilakukan melalui notis yang mengandungi butiran mengenai, tempat, masa dan tarikh mesyuarat, serta agenda mesyuarat (perkara yang akan dibincangkan)
Persediaan:
Selepas menerima notis, ahli terlibat harus bersedia untuk mesyuarat.
Mereka harus menyediakan semua dokumen yang diperlukan.
Selain itu memikirkan apa yang harus dikemukan dalam mesyuarat.
Peringkat dalam mesyuarat
Permulaan:
Mesyuarat boleh bermula sekiranya masa yang ditetapkan sudah sampai dan kehadiran ahli sudah mencapai bilangan yang ditetapkan oleh peraturan yang ditetapkan dalam sebuah institusi (biasanya 2/3 daripada jumlah ahli).
Sekiranya, ahli yang hadir tidak cukup semasa waktu mesyuarat sudah sampai, pengerusi boleh menangguhkan mesyuarat untuk setengah jam.
Sekirannya masih tidak sampai, maka mesyuarat terpaksa dibatalkan.
Pembukaan:
Mesyuarat akan dimulakan oleh pengucapan pengerusi.
Pengerusi akan mengenalkan tujuan mesyuarat kepada ahlinya.
Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas:
Minit mengenai mesyuarat yang ditulis oleh setiausaha harus disemak dan disahkan oleh ahli sebelum ahli mesyuarat membincangkan perkara lain.
Ini adalah kerana minit mesyuarat ini mewakili apa yang dibincangkan oleh ahli pada mesyuarat yang lepas dan ini adalah tanggung jawab mereka untuk mengesahkan kebenaran minit mesyuarat ini.
Perbincangan menurut Agenda:
Agenda merupakan tajuk yang menjadi topik perbincangan dalam sesuatu mesyuarat.
Ahli mesyuarat harus berbincang dengan menuruti agenda yang ditentukan oleh pengerusi.
Pada peringkat ini, pengundian akan dilakukan sekiranya keputusan perlu dibuat dalam sesuatu pertubuhan.
Pembangkitan Perkara Berbangkit:
Perkara berbangkit ialah tajuk perbincangan di luar agenda yang dibangkitkan semasa mesyuarat dijalankan.
Ahli mesyuarat akan diberi peluang untuk membangkitkan perkara berbangkit selepas melalui ke semua agenda.
Perkara berbangkit ini akan diterima sekiranya tidak menerima bantahan daripada pengerusi dan juga ahli- ahli yang lain.
Penutup:
Mesyuarat boleh ditamatkan oleh pengerusi sekirannya kesemua perkara harus dibincangan telah dibincangkan, ataupun apabila pengerusi berasa bahawa meneruskan mesyuarat itu tidak akan mendatangkan hasil.
Bagi menutup mesyuarat itu, pengerusi mungkin berkata, "Dengan ini, saya menangguhkan mesyuarat dengan rasminya"
MINIT MESYUARAT
Tanggungjawab menulis minit mesyuarat begitu penting dilakukan kerana minit mesyuarat akan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan.
Minit disediakan oleh setiausaha dan disahkan oleh pengerusi mesyuarat.
Berhubung dengan format minit mesyuarat, sebenarnya tidak ada keseragaman dalam menulisnya.
Penyediaan minit mesyuarat perlulah mengambil kira hal- hal yang berikut:
Butiran tentang mesyuarat
Nama mesyuarat
Bilangan kali diadakan
Tarikh
Masa
Tempat
Senarai kehadiran
Senarai lengkap ahli yang hadir sangat perlu untuk pengesahan minit pada masa akan datang dan memerlukan pandangan mereka sama ada sah atau sebaliknya minit tersebut.
Isi minit mesyuarat
Kehadiran ditulis mengikut susunan seperti yang berikut:
Hadir:
Senarai nama ahli mesyuarat yang hadir dengan mencatatkan jawatan mereka.
Tidak hadir:
Senarai nama ahli yang tidak hadir (sama ada bersebab ataupun tidak).
Kata alu-aluan daripada pengerusi mesyuarat.
Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
Perkara-perkara berbangkit.
Agenda-agenda yang ditetapkan.
Hal-hal lain.
Ucapan penutup oleh pengerusi.
Lampiran C: Contoh Minit Mesyuarat
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
[Type the document title]