Format Surat Kiriman Tidak Rasmi Nama penulis................. ( Alamat )...................... ...................................... ...................................... Tarikh : (Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat) Menemui sahabatku ……………yang kini berada di………………….. Semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Saudara/ saudari, (atau panggilan yang lain) (Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan) ..................................................................................................................... ..................................................................................................................... ..................................................................................................................... ..................................................................................................................... ..................................................................................................................... .........................................................................................................
Yang benar, ................. ( Nama Huruf Besar )
SOALAN : Anda akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Tulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR tersebut.
No 1,Lorong 12, Taman Tambun Jaya, 14120 Simpang Empat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. 06 Jun 2017 Menemui sahabatku Syamimi yang kini berada di Alor Setar, Kedah. Semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Sahabatku, Apa khabar saudari sekarang? Saya harap saudari dan keluarga dalam keadaan sihat. Sudah agak lama kita tidak berjumpa. Surat saudari telah saya terima seminggu yang lalu. Terima kasih kerana saudari masih mengingati saya di sini. Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada bertanyakan tentang persediaan saya menghadapi peperiksaan UPSR. Untuk pengetahuan saudari, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Langkah pertama saya ialah dengan mengubahsuai jadual waktu belajar. Saya akan menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran dari pukul 9.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari. Selain mengikuti kelas tambahan di sekolah, saya juga ada mengikuti kelas tambahan di Pusat Tuisyen. Ibu bapa saya telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak tiga kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya. Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Saya akan segera bertanya guru sekiranya saya tidak faham supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya dengan berkesan. Program gerak gempur yang diadakan di sekolah amat membantu saya. Hampir setiap hari, saya dan rakan-rakan di kelas akan menjawab soalan latih tubi yang disediakan oleh guru-guru. Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Simpang Empat untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Simpang Empat pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota. Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudari kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudari serta keluarga. Sahabatmu, …………………………. (Afiqah binti Aiman)
Soalan :
Kamu baru sahaja menerima surat dari kawan kamu. Dalam surat yang kamu terima, kawan kamu itu ingin tahu tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu. Tulis surat kepada rakan kamu untuk menceritakan tentang sambutan Hari Guru tersebut. Rangka karangan. Pendahuluan Kata-kata aluan Idea 3)Acara sukaneka di padang. -Guru dan murid mengambil bahagian. -Contoh acara tersebut.
1)Menghargai surat yang lalu. -Hari guru begitu meriah. -Perbagai acara diadakan. 2)Acara bermula pada jam 8.00 pagi. -Dimulai dengan majlis ucapan. -Guru-guru menyanyi.
4)Persembahan kebudayaan di dewan. -Guru menunjukkan bakat. -Bagitu bangga. Penutup
Serba sedikit sambutan Hari Guru. -Ada kesempatan menulis lagi. -Ucapan terima kasih.
Soalan : Kamu baru sahaja menerima surat dari kawan kamu. Dalam surat yang kamu terima, kawan kamu itu ingin tahu tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu. Tulis surat kepada rakan kamu untuk menceritakan tentang sambutan Hari Guru tersebut. Rangka karangan. Pendahuluan Kata-kata aluan
1)Menghargai surat yang lalu. -Hari guru begitu meriah. -Perbagai acara diadakan. -Contoh acara tersebut. 2)Acara bermula pada jam 8.00 pagi. -Dimulai dengan majlis ucapan. -Guru-guru menyanyi.
Idea 3)Acara sukaneka di padang. -Guru dan murid mengambil bahagian. -Contoh acara tersebut. 4)Persembahan kebudayaan di dewan. -Guru menunjukkan bakat. -Begitu bangga. Penutup
Serba sedikit sambutan Hari Guru. -Ada kesempatan menulis lagi. -Ucapan terima kasih. No 39, Jalan Jenjarum 1, Seksyen BS 2, 48300 Rawang, Selangor Darul Eksan.
30 Mei 2013. Menemui sahabatku, Natasha Ali yang berada di Batu Berendam, Melaka. Ketika saya menulis surat ini saya berada dalam keadaan sihat. Diharapkan saudari dan keluarga lebih-lebih lagi. Saudari, Apa khabar saudari sekarang? Saya harap saudari dan keluarga dalam keadaan sihat. Sudah agak lama kita tidak berjumpa. Surat saudari telah saya terima seminggu yang lalu. Terima kasih kerana saudari masih mengingati saya di sini. Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada bertanyakan tentang sambutan Hari Guru di sekolah saya. Pada tahun ini, sambutannya sungguh meriah. Pelbagai acara diadakan, baik persembahan di dewan mahupun aktiviti sekaneka di padang. Acara dimulakan pada jam 8.00 pagi di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Murid, diikuti oleh ucapan Tuan Guru Besar, dan pembacaan ikrar oleh guruguru. Kemudian, guru-guru menyanyikan lagu “Guru Malaysia” dan lagu tema Hari Guru. Natasha yang dirindui, Kira-kira sejam kemudian, diadakan acara sukaneka di padang sekolah. Guru-guru dan beberapa orang murid mengambil bahagian. Diantara acara yang diadakan termasuklah permainan lari di dalam guni, berjalan menggunakan terompah gergasi, permainan bola sepak tujuh sebelah. Kira-kira jam 11.30 pagi, acara diteruskan dengan persembahan kebudayaan di dewan sekolah. Guru-guru menunjukkan bakat dengan menyanyi, menari, dan bermain silap mata. Kami merasa besar hati dengan persembahan guru-guru. Demikian serba sedikit tentang persembahan Hari Guru di sekolah saya. Jika ada kelapangan saya akan menulis surat lagi kepada saudari. Saya akhiri surat ini dengan ucapan terima kasih. Sahabat mu,
(Nur Illya Maisara)