SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TAJUK: KEMAHIRAN RAGBI
Nama: Nurul Dania Binti Helmee No. KP: 000210-14-1152 000210-14-1152 Tingkatan: 5 Sains 2 Nama Guru Penilai: Pn. Hjh Salmah Binti Hj. Husin
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN BIL
TAJUK
1.0
Penghargaan
2.0
Pengenalan
3.0
Definisi
M/S
3 4-5 6
4.0
Aspek permainan ragbi
7-8
5.0
Kemahiran dalam permainan ragbi
9-12
6.0
Info permainan
13
7.0
Undang-undang dan peraturan
14
8.0
Aspek-aspek keselamatan
15
9.0
Rumusan
16
10.0
Lampiran
17-19
11.0
Rujukan
20
2
1.0 PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana saya telah dapat menyiapkan folio pendidikan jasmani ini pada masa yang telah ditetapkan olah guru pendidikan jasmani saya. Seterusnya, ucapan penghargaan saya ditujukan kepada guru matapelajaran pendidikan jasmani saya iaitu Pn. Hjh Salmah Binti Hj. Husin kerana telah memberikan tunjuk ajar kepada saya sehingga siapnya folio ini. Tidak lupa juga ucapan penghargaan ini saya tujukan khas kepada kedua bonda serta ayahanda saya yang telah memberikan sokongan dan bantuan dari segi kewangan, maklumat dan sebagainya untuk saya menyelesaikan folio ini. Akhir sekali, saya ingin tujukan ucapan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah memberikan dorongan kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Juga kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa saya menyiapkan folio pendidikan jasmani ini.
3
2.0 PENGENALAN Pasukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil "the try-line". Jika anda berjaya membawa bola melepasi garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan memungut 5 mata. Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula "conversion". Seorang pemain yang diberi gelaran "fly half" adalah mahir menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepa si palang gol (pemain lain juga boleh mengambil tendangan "conversion") 2.1 SEJARAH RAGBI
Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England tahun 1823, William Webb Ellis mengambil bola dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu, bermulanya perlawanan ragbi.sukan ini dicipta berdasarkan sejarah yang berlaku secara spontan. Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasmi ragbi. Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian. Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League) telah ditubuhkan dengan 13 permainan bersama dengan peraturan yang lebih profesional. Ragbi mula berkembang ke seluruh dunia dan perlawanan antara negara diadakan.Pelbagai perubahan telah diad akan. Tahun 1880 scrum telah diubahsuai scrum bermaksud perbuatan atau kaedah memulakan semula permainan selepas suatu pelanggaran apabila kedua-dua lawan pek kumpulan ke h adapan bersama-sama dengan kepala ke bawah dan saling dan tekan untuk mendapatkan tan ah manakala scrumhalf melemparkan bola dan pemain tengah (hooker)cuba untuk rebut bola untuk pasukan mereka sendiri.pemain biasanya dipanggil oleh pengadil (set banyak orang) tetapi boleh dibentuk secara spontan (longgar banyak orang. Pada tahun 1905 perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah mencetuskan pergaduhan. Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan bagi mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi. 1906 akibat daripada perubahan pada permainan ragbi, muncullah American Football di Amerika Syarikat. Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great Britain, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan. Bilangan kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964 hingga 1980. 1975 dibentuk Kelab Bola Sepak Ragbi di Amerika Syarikat(The United States of America Rugby Football Union (USARFU). Kini permainan ragbi berkembang sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia. 4
Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia di lihat melalui mata kasar namun jika betul cara bermain pemain tidak akan tercedera. Sebaliknya, ragbi adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang malah memerlukan disiplin yang tinggi. Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau permainan yang dianggap lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Semasa perlawanan, seseorang yang menjadi pemain ragbi akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai musuh ketat yang perlu di kasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat yang baik. 2.2 PERMULAAN
Bagaimana permainan ragbi ini bermula? Ia bermula pada tahun 1823 di England, pada waktu itu William Webb Ellis sedang bermain bola sepak di sekolah Rugby. Dia secara tidak sengaja telah mengambil dan membawa lari bola tersebut. Maka tercetuslah suatu permainan baru. Selepas itu Universiti Cambridge pula telah melakukan aktiviti tersebut, melalui universiti ini ragbi telah diperkembangkan sehingga ia menarik minat ramai orang. Universiti Cambridge juga telah membuat beberapa peraturan untuk permainan ragbi ini. Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh dunia dan disertai oleh banyak negara. Pada mulanya sistem permainan tidak teratur disebabkan undang-undang permainan selalu berubah. Selain itu cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk mengikutinya Ini boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba merebut bola. Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi pe rmainannya, ramai orang mula menyertainya. Ia tidak seganas dahulu. Permainan ini mudah dan tidak perlu mengeluarkan banyak kos perbelanjaan. Apa yang penting dalam permainan ragbi ini ialah ; bolanya tidak boleh dibaling ke hadapan. Sebaliknya, ia harus dilontar ke belakang. Selain itu, permainan ini membenarkan pemain menarik pemain dan boleh juga menjatuhkan pemain tetapi tidak dibenarkan sama sekali menyepak pemain.
5
3.0 DEFINISI Ragbi merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diistiharkan menang bagi perlawanan ini.
6
4.0 ASPEK PERMAINAN RAGBI Dalam permainan raghbi terdapat beberapa perkara asas yang perlu dikuasai oleh pemain. Antaranya ialah padang permainan, bola raghbi, pakaian pemain dan posisi pemain. 4.1 PAKAIAN
Baju dan seluar pemain ragbi diperbuat daripada kain yang tahan lasak dan tidak mudah koyak. Pemain dibenarkan memakai alat keselamatan seperti padding pada bahu, alat pelindung gigi, kepala dan shoulder guard . But pemain ragbi mempunyai stud yang diperbuat daripada getah atau logam. Pengadil berhak menyuruh pemain menanggalkan alatan yang dianggap berbahaya dan boleh mencederakan pemain lain seperti seluar berzip, cincin dan jam tangan. 4.2 PADANG PERMAINAN
Padang permainan ragbi berukuran tidak melebihi 100 meter panjang dan 70 meter lebar. Kawasan gol berada pada hujung padang tiap-tiap kawasan yang berukuran tidak melebihi 22 meter dari garisan gol. Pada jarak 5 meter dari garisan gol kedua-dua bahagian padang terdapat garisan putus-putus yang dipanggil garisan 5 meter. Bola ragbi berukuran 280-300 mm panjang, 760-790 mm ukur lilit dan 400-440 gm berat.
7
4.3 POSISI PEMAIN
Suatu pasukan ragbi mengandungi 15 orang pemain dan beberapa orang pemain gantian. Posisi pemain boleh dibahagikan kepada dua bahagian ia itu bahagian hadapan dan bahagian belakang. Pemain Hadapan (F orwards) 1. Hooker 2. Prop 3. Prop 4. Lock 5. Lock 6. Planker 7. Planker 8. Anchor Pemain Belakang (Three QS/Back ) 9. Skrum Half (SH) 10. Fly Half (FH) 11. Inside Centre (IC) 12. Outside Centre (OC) 13. Wing 14. Wing 15. Full Back (FB)
8
5.0 KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN RAGBI Permainan ragbi memerlukan pemain menguasai kemahiran individu, unit dan pasukan. Dalam topik ini kita akan membincangkan beberapa kemahiran utama iaitu menghantar dan menerima, menendang, menangkap, berlari, tackle dan skrum. Menghantar dan menerima bola adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pemain ragbi. 5.1 MENGHANTAR
Menghantar boleh dibuat melalui hantaran sisi jauh, hantaran sisi dekat, hantaran bawah dan hantaran pendek searas. Hantaran sisi adalah hantaran asas dalam ragbi. 5.1.1 Teknik hantaran sisi a) Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan. b) Tangan dibengkokkan dengan menarik bola ke b elakang. c) Bahu menghadap penerima bola. d) Mata pandang ke arah penerima. e) Ayun bola ke sisi badan dan ke belakang sedikit daripada arah penerima. f) Luruskan tangan semasa menghantar bola. Hantar di antara aras dada dan pusat penerima. 5.2 MENERIMA
Kemahiran menerima bola mesti dikuasai pemain bagi mem astikan bola yang dihantar dapat ditangkap dengan kemas untuk memudahkan pergerakan seterusnya. 5.2.1 Teknik menerima bola hantaran a) Penerima berada di belakang penghantar bola. b) Tumpukan perhatian kepada pergerakan bola yang hendak ditangkap. c) Berlari dengan tangan terbuka semasa hendak menerima bola. d) Terima bola dengan kedua-dua belah tangan. e) Serap daya dengan membawa bola ke arah badan.
9
5.3 MENENDANG 5.3.1.1 Tendangan setempat
Dilakukan ketika: - Memulakan permainan. - Memulakan permainan selepas pasukan lawan mendapat jaringan jaringan penalti. Teknik: a) Letak bola secara menegak. b) Undur untuk mendapatkan jarak atau sudut larian yang sesuai. c) Mata tumpu ke arah bola. d) Bergerak ke arah bola. Gerakan jangan terlampau laju. e) Kaki yang tidak menendang berada di belakang atau sisi bola. f) Tendang bola dengan kaki dominan. g) Ikut lajak dengan mengayun kaki tinggi.
5.3.2.1 Tendangan lantun
Dilakukan ketika: - Memulakan semula permainan di atas garisan 22 meter atau conversion try berhampiran garisan gol. - Tendangan drop goal. - Memulakan permainan setelah gagal melakukakn conversion. Teknik: a) Pegang bola. Bucu bola dicondongkan sedikit menghala ke badan. b) Lepaskan bola di hadapan kaki yang tidak menendang. c) Tendang bola sebaik sahaja bola tersentuh tanah.
5.3.3.1 Tendangan grubber
Dilakukan ketika: - Menghantar bola ke kawasan pihak lawan semasa menyerang dan bertahan. Teknik: a) Pegang bola bawah sedikit dari aras pinggang. Bucu bola menghala ke bawah/atas. b) Lepaskan bola berhampiran kaki. c) Tendang bola ketika bola hampir menyentuh tanah dan arah ke tanah.
10
5.3.4.1 Tendangan punt
Dilakukan ketika: - Melakukan tendangan hantaran tinggi atau jarak jauh. Teknik: a) Pegang bola pada aras pinggang. Bucu bola menghala ke hadapan/belakang. b) Lepaskan bola. c) Tendang bola sebaik bola berada pada aras lutut. d) Tendang dengan menggunakan bahagian luar kaki. e) Ikut lajak dengan mengayun kaki tinggi.
5.4 TACKLE
Tackle berlaku apabila pemain yang membawa bola dijatuhkan ke tanah oleh seorang atau lebih pemain lawan. Tujuan melakukan tackle adalah untuk mematahkan serangan lawan. Terdapat beberapa jenis tackle yang boleh boleh dilakukan oleh pemain, antaranya ialah: a) Tackle sisi b) Tackle belakang c) Tackle hadapan Teknik melakukan tackle dari sisi
a) b) c) d)
Terkam pada bahagian paha pembawa bola. Gunakan bahu untuk mengenakan daya sambil merangkul paha pembawa bola. Peluk kedua-dua belah peha pembawa bola dengan kemas untuk menjatuhkannya. Kepala berada di sebelah atau di atas punggung lawan.
Kesalahan semasa melakukan tackle
a) Membuat tackle yang berbahaya seperti menarik leher atau kolar baju pemain lain. b) Membuat tackle terhadap pemain yang tidak membawa bola.
11
5.4 SKRUM
Skrum dibentuk oleh kelapan-lapan orang forwards daripada setiap pasukan. Setiap pasukan membuat binding dalam 3 barisan. Kedua-dua pasukan berhadapan secara bahu-membahu antara satu sama lain hingga membentuk seolah-olah satu terowong atau laluan untuk skrum half memasukkan bola. Skrum dibentuk untuk memulakan semula permainan setelah diberhentikan disebabkan oleh beberapa kesalahan. Barisan hadapan terdiri daripada 2 prop dan hooker . Barisan kedua terdiri daripada 2 locks atau second row dan 2 flanker atau wing forward. Barisan akhir dipanggil anchor atau number 8. Binding dilakukan dengan keseluruhan bahagian tangan merangkul kemas bahu atau pinggang rakan. Hal ini penting untuk mendapatkan kesepaduan daya tolakan. Kegagalan membuat binding membolehkan pihak lawan memperoleh penalty kick. Apabila bola dimasukkan ke belakang, hooker akan menguis dan pemain lain akan menolak skrum ke hadapan. Kesalahan semasa melakukan skrum a) Melengah-lengahkan pembentukan skrum. b) Menjatuhkan skrum dengan sengaja. c) Memegang bola semasa dalam skrum.
12
6.0 INFO PERMAINAN 6.1 MATA PEMARKAHAN
Ada beberapa cara menentukan mata pemarkahan dalam permainan ini:
Nilai 5 mata- Penalty try Jika pemain memiliki score, tetapi ada pelanggaran dari lawan, berlaku tendangan o pinalti.
Nilai 2 mata- Conversion goal Ketika score pemain tercipta hanya dalam sekali tendangan saja, ini juga berlaku o dalam penalty try. Tendangan jauh ini disebut conversion kick. Conversion kick dapat juga berupa tempat menendang atau menjatuhkan tendangan.
Nilai 7 mata- Goal
Nilai 3 mata- Penalty goal Jika nilai penalty goal seorang pemain tercipta yang merupakan tendangan gol dari o tendangan penalti.
Nilai 3 mata- Dropped goal Jika score pemain ditentukan dari jatuhnya gol oleh karena tendangan gol dari sebuah o tendangan jatuhan, sehingga satu tim mendapatkan sebuah tendangan bebas. Ini pun baru tercipta score setelah bola mati, atau setelah bola direbut pihak lawan, dapat juga bola direbut setelah dipantulkan atau posisi maul. Barulah free kick mendapat poin.
6.2 OTOT UTAMA YANG TERLIBAT DALAM RAGBI
Biceps brachii
Triceps brachii
Brachialis
Deltoid
Teres major
Pectoralis major
Rectus abdominis
Gluteal
Sartorius
Gastrocnemius
Harmstring
6.3 LINE OUT Bertujuan untuk memulakan semula permainan setelah bola keluar dari kawasan permainan. Bola akan dilontar ke dalam di antara dua barisan pemain. Kedua-dua pasukan akan cuba mendapatkan bola tersebut.
13
7.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN a) Pemain tidak boleh melempar atau memukul bola dengan tangan ke hadapan semasa membuat hantaran. b) Pemain yang ditackle ‘mati’ (tidak boleh menghantar bola) apabila salah satu lututnya tersentuh tanah. c) Pemain yang ditackle tidak boleh berbaring bersama bola dengan sengaja. d) Pemain tidak boleh melakukan tackle terhadap pemain yang tidak membawa bola. e) Bola dikira keluar jika kaki pemain telah menyentuh garisan tepi. f) Sekurang-kurangnya dua orang pemain daripada satu pasukan diperlukan untuk membentuk line-out. g) Pemain yang off-side tidak dibenarkan memainkan bola selagi belum berada dalam posisi on-side.
14
8.0 ASPEK-ASPEK KESELAMATAN
Memastikan peralatan yang digunakan semasa latihan seperti scrum-machine dan tiang gol tidak terdapat sebarang kerosakan.
Membalut tiang gol ragbi dengan foam atau pelapik yang sesuai.
Memastikan padang ragbi berumput, rata dan tiada batu atau benda-benda tajam seperti kaca.
Menghentikan permainan jika cuaca buruk.
Apabila pengadil meniup wisel penamat, kedua-dua pasukan yang bertandingakan membentuk 2 barisan di tepi padang. Biasanya, pasukan yang menangakan berbaris dahulu dan pasukan yang kalah akan berjalan melalui barisanpasukan yang menang sambil bersalaman. Selepas itu, pasukan yang kalah akanterus membuat barisan dan pasukan yang menang pula akan melalui pasukanyang kalah dan bersalaman. Perlakuan ini menunjukkan keunikan p ermainanragbi dalam membentuk keharmonian dan semangat kesukanan yang tinggi dikalangan pemain-pemainnya.
15
9.0 RUMUSAN Pemain ragbi perlu mempunyai kecergasan fizikal dan mental kerana ragbi adalah permainan
yang lasak. Pemain ragbi perlu menguasai kemahiran individu, berunit dan berpasukan. Antara kemahiran tersebut ialah menghantar bola, menerima, menendang, tackle, skrum dan line out. Empat cara tendangan dalam permainan ragbi ialah tendangan setempat, tendangan lantun, tendangan grubber dan tendangan punt. Pembentukan skrum terdiri daripada tiga barisan utama. Pembentukan dan keupayaan sesuatu skrum bergantung pada binding dan kesepaduan daya tolakan. Line out ialah lontaran bola ke dalam di antara dua pasukan untuk memulakan permainan setelah bola keluar dari padang. aspek keselamatan perlu diberi penekanan bagi menghindarkan risiko kecederaan .
16
10.0 LAMPIRAN
Pakaian ragbi
Gol ragbi
Dimensi bola ragbi
17
Ukuran padang permainan ragbi
Posisi pemain ragbi
Aksi pemain ragbi melakukan hantaran sisi 18
Aksi pemain ragbi melakukan tendangan punt
Tackle hadapan- kepala penyerang berada di sisi pembawa bola
Aksi skrum
19
11.0 RUJUKAN Buku teks pendidikan jasmani dan kesihatan tingkatan 5. Internet http://wisbenbae.blogspot.com/2013/04/aturan-dan-cara-bermain-rugby.html http://www.academia.edu/6083739/Pendidikan_Jasmani_dan_Sukan_untuk_Sekolah-
sekolah_Malaysia_Pendidikan_Jasmani_dan_Sukan_untuk_Sekolah-sekolah_Malaysia https://olahraga2u.wordpress.com/2015/09/15/ragbi/
20