Gejala Sosial Seperti Vandalisme Vandalisme bukanlah satu isu baru di negara ini malah ianya diperbincangkan hangat melalui
media
massa. Kamus
Oxford
Advanced
Learner’s
mentakrifkan
vandalisme
sebagai “willfully destroy or damage (public property) dan vandal sebagai‘person sebagai‘person who willfully destroys or damage works of art, public and private property, the beauties of nature,
etc’ (dalam etc’ (dalam Nurain, 2007). Gejala sosial ini menimbulkan keresahan banyak pihak di mana golongan remaja dikaitkan dengan aktiviti tidak sihat ini. Permasalahan ini berlaku di banyak tempat awam, reakreasi, sekolah, pusat membeli belah dan sebagainya.
Di Malaysia, perbuatan merosakkan harta benda di sekolah dilihat sebagai suatu tindakan yang serius. Masalah merosakkan harta benda sekolah, secara sedar atau tidak, telah menjadi
fenomena
lumrah
dalam
alam
persekitaran
sekolah.
Perbuatan
tidak
bertanggungjawab ini mendapat perhatian serius dari pihak sekolah dan juga masyarakat. Pelajar-pelajar tidak memikirkan kepentingan dan kesejahteraan orang lain. Mereka sewenangwenangnya merosakkan dan mengotori kemudahan dan persekitaran sekolah tanpa rasa bersalah langsung (Nurain, 2007). Perbuatan ini dilihat serius dan sejak 1968 lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat pekeliling yang membenarkan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan digantung sementara waktu, di bawah undangundang 1.3.5 merosak atau membinasakan membinasakan harta sekolah (Mohd Zin Sham, 1996).
Persoalannya sekarang, mengapakah golongan remaja (pelajar) begitu mudah terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat?. Bukankah perbuatan menconteng dan merosakkan harta benda awam merupakan suatu kerja yang sia-sia?. Tidakkah pelajar sedar yang perbuatan mereka tidak mendatangkan sebarang faedah? Seperti mana yang dikatakan, dunia remaja penuh dengan pergolakan untuk mencari identiti diri. Pada peringkat ini pelajar mengalami krisis psikologi dan konflik batin yang hebat. Bertepatan dengan ini pendekatan perkembangan moral kognitif adalah merupakan satu cara terbaik bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah vandalisme yang melibatkan golongan ini.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA VANDALISMA DALAM KALANGAN REMAJA.
Tingkah laku vandalisme dalam kalangan pelajar dipengaruhi oleh banyak faktor. Namun, faktor yang dipilih dalam kajian ini adalah faktor pengaruh rakan sebaya, ibu bapa dan keluarga, pengaruh media massa, dan sikap apati (tidak peduli) individualistik dan materialistik masyarakat. Oleh itu, pengaruh yang paling dominan perlu diketengahkan untuk mencari penyelesaian terhadap salah laku vandalisme. Ini kerana golongan remaja khasnya adalah harapan masyarakat dalam mewarisi kepimpinan dan pembangunan negara pada masa depan. Cohen (1968) & Bowles (1982) membahagikan perbuatan vandalisme kepada enam kategori, iaitu vandalisme berbentuk keinginan; dirancang; ideological; sifat balas dendam; suka-suka; dan bersifat merosak.
SIKAP DIRI REMAJA.
Faktor pertama ialah berpunca daripada sikap diri remaja itu sendiri. Remaja melakukan vandalisme kerana mereka tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Remaja juga tidak memikirkan masalah yang dihadapi oleh orang ramai dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan kesan daripada perbuatan vandalisme yang mereka lakukan. Antara kemudahan awam yang sering dirosakkan oleh remaja ialah telefon awam, peralatan permainan di taman permainan dan dinding perhentian bas.
PENGARUH RAKAN SEBAYA.
Sebahagian daripada permasalahan vandalisme adalah kerana pengaruh rakan. Sewajarnya remaja memilih rakan yang baik agar mereka terdorong untuk turut melakukan perkara yang baik. Jika remaja tersalah memilih kawan, pasti mereka akan terjerumus dalam kegiatan negatif seperti vandalisme. Contohnya, permainan kanak-kanak di taman permainan akan dirosakkan setelah kumpulan remaja terbabit bermain di situ. Sikap masyarakat yang tidak menegur sikap vandalism remaja memburukkan lagi permasalahan ini. . Seperti yang diketahui umum,rakan sebaya mempu mencorakkan nilai-nilai sama ada positif atau negatif dalam diri remaja. . Secara kebiasaannya,remaja yang melakukan kegiatan vandalisme merupakan golongan remaja dalam kumpulan.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul maka timbullah pelbagai idea negatif termasuklah menconteng dan merosakkan harta benda awam. . Rakan sebaya merupakan komponen penting dalam membentuk keperibadian seseorang. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku seseorang remaja tersebut, terutamanya remaja yang tercicir dan menghadapi masalah dalam institusi keluarga mereka. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme ini merupakan remaja dalam kumpulan. Ini kerana,golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap,nilai dan tingkah laku remaja,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.Kebiasaanya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja yang mempunyai kumpulan tersendiri. Mengikut Datuk Lee Lam Thye (1997) menyatakan golongan yang merosakkan harta benda merupakan golongan remaja yang ingin bebas tetapi dikongkong oleh ibu bapa. Mereka tidak mempunyai matlamat dan gemar melakukan kesalahan ini apabila berkumpul dengan rakan-rakan mereka. Pelaku akan merasa puas setelah melakukan perbuatan tersebut.
SIKAP NEGATIF DARI KELUARGA.
Sikap negatif keluarga juga turut menjadi faktor penyebab remaja melakukan vandalisme. Kebiasaannya ibu bapa tidak menegur sikap anak yang selalu merosakkan harta benda keluarga. Jika ibu bapa tidak mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menghentikan sikap negatif anak-anak yang merosakkan harta benda di rumah, pasti tabiat ini akan terbawa-bawa apabila mereka berada di luar rumah. Oleh itu, sewajarnya ibu bapa memberi pendidikan agama dan moral kepada anak-anak sejak kecil agar mereka tidak bersikap negatif. Tanpa kita sedari,ibu bapa mampu mendorong kepada sifat vandalisme dalam kalanganremaja melalui tindakan mereka sewaktu bersama anak-anak mereka. Sebagai contoh , tindakan ibubapa membuang sampah di merata-rata tempat tanpa mempedulikan keadaan sekeliling mengajar anak-anak mencontohi tindakan mereka. Menurut kajian,kebanyakan remaja yang terlibat dengangejala vandalisme lahir dalam keluarga yang bermasalah.Ibu bapa yang terlibat dengan masalah penceraian misalnya membuatkan anak mereka berasa tertekan.Tekanan yang dialami membuatkan remaja mencari medium untuk melepaskan kemarahan dan salah satu cara untuk melepaskan tekanan tersebut adalah melalui tingkah laku fizikal iaitu vandalisme. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yangmengamalkan budaya hidup negatif. Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini. Kajian Sulaiman Alias (1994) menyatakan golongan remaja yang melakukan vandalisme merosakkan harta benda tanpa ada sebarang sebab serta tidak memperolehi apa-apa keuntungan dari perbuatannya itu. Salah laku begini selalunya menunjukkan bangkangan terhadap sesuatu atau luahan kekecewaan pelaku kepada keluarga, masyarakat dan sekolah. Mereka ingin menarik perhatian orang ramai dan memperkenalkan dirinya secara negatif. Institusi keluarga kini kurang memberi perhatian dalam pembentukan sahsiah keluarga terutama terhadap anak-anak. Akibatnya konflik keluarga akan timbul dan anak-anaklah yang menjadi mangsa. Hal ini disokong oleh Galamus dan Maggs (1991) yang
menyatakan tahap konflik keluarga yang tinggi menyebabkan remaja terlibat dalam tingkah laku bermasalah, khasnya vandalisme. Alim Muntu (1988) pula menambah salah laku dalam kalangan pelajar terjadi kerana pelajar-pelajar kurang merasai kemesraan dalam keluarga. Mengikut perangkaan statisitik yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ternyata tingkah laku vandalisme dalam kalangan remaja meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 1993, seramai 2,226 pelajar terlibat dalam vandalisme. Pada tahun 1994 pula meningkat hingga 2,622 pelajar dan pada tahun 1995 terus meningkat kepada 2,736 pelajar. Walaupun bilangan kes tingkah laku vandalisme di kalangan 1.2 juta pelajar menengah jumlahnya mungkin kecil, namun perbuatan kesalahan yang dilakukan memerlukan tindakan serius dari pihak berkaitan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong peningkatan aktiviti-aktiviti vandalisme dalam kalangan pelajar di negara kita.
PENGARUH MEDIA MASSA.
Media massa juga hanyak mempengaruhi perbuatan vandalisme di kalangan remaja. Terdapat stesen televisyen yang menyiarkan program-program yang bercorak ganas dan merosakkan harta benda yang boleh mempengaruhi remaja. Sebahagian daripada remaja terdorong untuk melakukan perkara yang sama apabila menonton rancangan sebegitu. Permainan video tentang pergaduhan sememangnya secara tidak langsung boleh membentuk sikap remaja yang sengaja merosakkan harta benda awam. Pengaruh yang merujuk kepada paparan adegan negatif yang dipaparkan di dalam unsur mediamassa khususnya televisyen. Adegan-adegan ganas dan ekstrem khususnya yang diunjurkan dariBarat seringkali merosakkan minda remaja.Tidak kurang daripada itu"filem-filem daripada tempatan turut berani memaparkan adegan negatif yang mencorak ke arah kegiatan vandalisme untuk tontonan masyarakat.Remaja yang masih tidak mampu untuk membezakan perkara yang baik dan buruk sudah pasti mudah terikut dangan adegan yang dipaparkan seterusnya mempraktikkan perkara tersebut di dalam kehidupannya.Hasil daripada keadaan tersebut menyebabkan berlakunya peningkatan kegiatan vandalisme dalam kalangan remaja. . Golongan
remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya. Sikap ganas dan keterlaluan para remaja sedikit sebanyak di pengaruhi apa yang mereka baca, dengar dan tonton daripada media massa. Lantas, kesemua ini diterjemahkan melalui perlakuan devian mereka sehingga memudaratkan harta benda dan nyawa orang lain. Sebagai contoh, Akhbar Utusan Malaysia 5 April 1989 melaporkan polis menahan seorang pelajar lelaki berhubung dengan kejadian dua letupan kecil di bilik tandas Sekolah Menengah Taman Tun Dr. Ismail. Kesan letupan itu mengakibatkan tingkap-tingkap kaca pecah dan beberapa kepingan logam berselerak dalam tandas tersebut. Akhbar Metro 19 Jun 1996 melaporkan pelajar sebuah sekolah di Tampoi bertindak menconteng nama seorang guru lelaki disiplin pada dinding bangunan bilik air sekolah berkenaan dengan kata-kata lucah menggunakan penyembur cat. Malah pelajar terbabit bertindak keterlaluan menconteng katakata memalukan iaitu guru itu mempunyai hubungan sulit dan merogol seorang guru wanita. Kes lain yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 19 Jun 2000, sebuah bilik darjah Sekolah Kebangsaan Rawang telah musnah dalam satu kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat. Dalam kejadian tersebut sebuah almari berisi beratus-ratus buku rujukan, buku tamabahan serta soalan peperiksaan untuk pelajar tahun 6 telah musnah. Pihak polis telah mengesahkan terdapat unsur-unsur jenayah berdasarkan penemuan puntung-puntung mancis di kawasan berkenaan. Pihak polis tidak menolak kemungkinan besar perbuatan ini dilakukan oleh pelajar sekolah. Nampaknya gejala vandalisme dan salah laku pelajar semakin hari semakin meruncing sehingga membawa kepada perlakuan jenayah yang lebih berat lagi. Pelajar begitu berani bertindak liar dan ganas tanpa rasa perikemanusiaan langsung. Justeru, langkah-langkah drastik perlu diambil oleh pihak-pihak terbabit untuk mencegah serta membanteras tingkah laku negatif pelajar-pelajar sekolah
SIKAP TIDAK PENDULI MASYARAKAT.
Sikap
tidak
peduli
masyarakat
turut
mnyebabkan
masalah
vandalisme
semakin
meningkat.Masyarakat secara umunmya memainkan peranan penting dalam sesebuah komuniti.Setiap individu dalam sesebuah masyarakat mempunyai peranan penting dalam membentuk komuniti yang sihat.Malangnya perkara yang berlaku dewasa ini amat mendukacitakan. Sikap masyarakat yang hanya mementingkan material semata-mata menyebabkan perkara yang berlaku di sekeliling sudah tidak diambil peduli. Kerosakan hartabenda awam yang berlaku di persekitaran mereka sudah tidak lagi menjadi masalah mereka dan ini menyebabkan remaja yang melakukan kegiatan vandalisme merasakan bahawa diri mereka bebas untuk melakukan perkara tersebut.Sikap tidak ambil peduli masyarakat juga merupakan faktor berlakunya gejala vandalisme. Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang. Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Vandalisme biasanya banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam. Sikap apati atau tidak peduli, juga boleh dikatakan sebagai individualistik dan materialistik masyarakat.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak mengambil peduli terhadap isu-isu sosial menyebabkan masalah tersebut berlaku. Kajian Anidah Ithnin (1991) yang mendapati pelajar nakal memiliki konsep kendiri yang negatif, sebaliknya pelajar-pelajar tidak nakal memiliki konsep kendiri yang positif. Maka, golongan pelajar nakal banyak melakukan vandalisme di tempat-tempat awam.
KAWASAN PERSEKITARAN DAN TEMPAT KEDIAMAN YANG TIDAK KONDUSIF.
Kawasan kediaman yang sesak tidak teratur dan tidak selesa untuk pembesaran dan perkembangan diri remaja mudah menimbulkan perasaan tidak selamat. Hal ini menyebabkan segelintir remaja lebih suka menghabiskan sebahagian besar masanya di luar rumah. Tempat kediaman seperti rumah pangsa, perkampungan dan penempatan terancang seperti FELDA, didapati terdapat pembabitan remaja dalam aktiviti gangsterisme yang timbul dari pergaulan sesame sendiri.
PENCAPAIAN AKADEMIK YANG RENDAH.
Didapati bawaha pelajar yang lemah dalam bidang akademik mempunyai risiko yang tinggi untuk menyertai kumplan gangster. Sesetengah pelajar tersebut cuba untuk mendapatkan perhatian, pengiktirafan, status dan mempunyai “kuasa”. Mereka menggabung diri dengan
kumpulan gangster untuk membolehkan diri mereka berasa mempunyai identiti yang tersendiri.
AMALAN MORAL YANG KURANG BAIK.
Ajaran moral walaupun tertakluk di bawah tanggungjawab pihak sekolah tetapi ibubapa juga harus membantu hal ini.Apabila pakar-pakar mengkaji tentang vandalisme,mereka mendapati bahawa remaja-remaja ini tidak diberi ajaran yang betul dan mereka beranggapan bahawa vandalisme adalah perkara yang remeh-temeh sahaja.Sebagai cara untuk meluahkan ketidakpuasan.Mereka yang tidak berpuas hati dengan pelbagai perkara menggunakan vandalisme sebagai satu cara untuk melegakan perasaan mereka.Golongan ini akan menconteng di kemudahan awam dan dinding-dinding di jalanraya.
TEKANAN DALAM KERJAYA DAN AKADEMIK.
Seterusnya,tekanan dalam kerjaya dan akademik juga merupakan punca kelunturan patriotism dan nasionalisme.Dalam zaman yang kompetitif ini,prestasi dalam kerjaya dan gred akademik amat diitikberatkan.Golongan yang makan gaji mahupun golongan pelajar yang masih menuntut pelajaran juga menghadapi tekanan hidup yang tinggi.Mereka terpaksa bersaing hebat dan bertungkus lumut dalam mengejar kejayaan dalam hidup.Bagi mereka yang tidak mampu menangani tekanan yang begitu besar,vandalisme merupakan saluran melepaskan geram dan segala tekanan yang dihadapi.
KURANG KASIH SAYANG DAN AJARAN AGAMA DARIPADA IBU BAPA.
Remaja sekarang kurang kasih sayang dan ajaran agama daripada ibu bapa. Ibu bapa sekarang sibuk mencari nafkah seharian.Mereka telah mengabaikan anak-anak mereka yang masih kecil dan kurang matang.Kekurangan perhatian terhadap anak-anak kemungkinan besar menyebabkan mereka mengenali kawan yang jahat dan terlibat dalam jenayah.Mereka akan terikut-ikut dengan rakan-rakan sebaya dalam kegiatan vandalisme kerana tidak ingin diabaikan.Mereka juga ingin mengambil perhatian daripada ibu bapa mereka.Mereka berharap ibu bapa dapat meluangkan masa yang secukupnya dengan mereka.
PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG YANG LEMAH.
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga menjadi pendorong kepada perbuatan vandalisme. Setakat ini, tidak ramai remaja yang ditangkap kerana perbuatan vandalisme. Keadaan juga sedemikian menyebabkan para remaja tidak takut untuk melakukan vandalisme. Oleh itu, pihak berkuasa patut menambah pegawal bagi membuat rondaan dan pemantauan di tempat-tempat yang selalu berlakunya vandalisme. Selain itu, pesalah vandalisme perlu didakwa di mahkamah supaya menjadi pengajaran kepada orang lain. Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak-pihak berkenaan seperti polis. Di
bawah Akta Kerajaan Tempatan 9, Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991, sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh dikenakan denda sebanyak RM2000 atau tempoh penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan. Pelaksanaan undangundang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme harus menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat seperti didenda melakukan kerja pembersihan di kawasan awam, membersihkan tandas dan sebagainya. Kerja-kerja ini haruslah dilakukan di tempat-tempat awam seperti pusat membeli belah dan para pesalah dikhaskan untuk menggunakan pakaian seragam yang menggambarkan akan pesalah vandalisme. Tindakan yang tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi pengajaran dan teladan kepada setiap individu-individu lain agar menjauhkan diri daripada perbuatan vandalisme. Contohnya, kerajaan Negara Singapura yang menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah-pesalah vandalisme di negara tersebut.