Faedah Mengadakan Rumah Terbuka Pada Hari Perayaan Sudah terang lagi bersuluh, hari perayaan merupakan sambutan rasmi yang lazim dilakukan di negara Malaysia. Setiap perayaan di negara kita berbeza-beza mengikut bangsa masing-masing. Tamsilnya, bangsa Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri, bangsa Cina menyambut Tahun Baru Cina dan bangsa India menyambut Deepavali. Sehubungan dengan itu, rumah terbuka sering kali diadakan semasa menyambut perayaan-perayaan ini. Majlis rumah terbuka sudah menjadi amalan masyarakat Malaysia. Kerajaan juga menggalakkan rakyat mengadakan rumah terbuka supaya penduduk yang berbilang kaum dapat mengenali antara satu sama lain. Secara tidak langsung, hal ini dapat mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara ini. Terdapat banyak kepentingan mengadakan rumah terbuka pada hari perayaan. Salah satu kepentingan menganjurkan rumah terbuka ialah majlis ini mendorong masyarakat mengeratkan silaturahim tanpa mengira kaum dan agama. Dalam majlis yang diadakan, semua tetamu yang menghadiri majlis rumah terbuka itu dapat bertanyakan khabar dan berkenalan antara satu sama lain sambil menikmati makanan yang disajikan. Dengan itu, hubungan silaturahim dapat dipereratkan dan secara tidak langsung perpaduan dapat dicapai. Perpaduan yang terjalin terj alin sekaligus dapat memudahkan pencapaian misi dan visi negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Jadi, setiap kaum di Malaysia boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang halangan yang perlu dibimbangkan. Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka. Di samping sa mping mengeratkan silaturahim, amalan amala n rumah terbuka ini juga dapat membantu masyarakat mengenali budaya sesuatu kaum. Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersamasama walaupun mereka me reka berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. a gama. Amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain, memahami antara satu sama lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang dalam kalangan rakan-rakan mereka sendiri. Sebagai contoh, orang-orang India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya merayakan sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Hal ini ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain serta budaya yang sihat juga dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Pendek kata, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini. Selain itu, amalan rumah terbuka dapat melahirkan perasaan hormat dan bermaaf-maafan. Hal ini wujud apabila kita menghadiri rumah terbuka yang tuan rumahnya lebih berusia, tetamu yang muda akan berasa hormat dan menyalamnya. Bukan itu sahaja, amalan bermaaf-maafan juga menjadi tradisi apabila datangnya hari perayaan. Di samping itu, amalan rumah terbuka dapat mengurangkan perasaan rendah diri akibat perbezaan taraf hidup. Hal ini kerana apabila majlis rumah terbuka dianjurkan, semua tetamu dijemput hadir tanpa mengira miskin atau kaya. Tuan rumah akan melayan semua tetamu yang hadir dengan layanan yang sama rata. Dengan itu, mereka yang miskin akan berasa dihargai dan gembira dengan layanan yang diberikan diberikan oleh tuan rumah. Bayangan yang samar kian jelas bahawa amalan rumah terbuka lebih banyak membawa kepentingan serta kebaikan kepada negara dan masyarakat. Oleh itu, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan ini akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap baru pahat berbunyi apabila menganjurkan rumah terbuka. Jika amalan murni ini dibudayakan sudah pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan Satu Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di dalam peta dunia namun usaha untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan kepada mata dunia.