• Buku yang dikaji ialah Buku Katan P.Bm.P.B. Diraja Johor ialah sebuah kamus yang diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor pada tahun 1936 yang dicetak di Singapura. • Buku ini merupakan jilid yang pertama iaitu merangkumi daftar daripada abjad alif sehingga abjad ta.
• Sistem ejaan jawi yang digunakan dalam buku ini berdasarkan peraturan ejaan yang dibuat oleh persatuan ini sendiri yang terkandung dalam Peredar Angka 2 P.Bm.P.B Diraja Johor. • Dalam buku Katan ini jelas kelihatan sistem ejaannya begitu tekal dan selaras. • Perkataan yang dieja tanpa abjad vokal pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup terhad kepada perkataan yang sudah lazim dan secara tradisi dieja demikian.
• Perkataan-perkataan yang lain dieja dengan penggunaan abjad vokal sepenuhnya pada posisi yang demikian untuk mengelakkan ketaksaan dan kekaburan dalam penyebutannya. • Contoh sistem ejaan yang demikian adalah seperti yang berikut: IMG_20160105_0001.pdf
• Berikut adalah salinan foto beberapa halaman daripada Buku Katan P.Bm.P.B. Diraja Johor yang diterbitkan pada tahun 1936 dan dicetak oleh Matba’ah al Ahmadiah,Singapura.