KONTRAK PERJANJIAN
1
KONTRAK PERJANJIAN
PAKEJ LENGKAP
KONTRAK PERJANJIAN MENYEDIAKAN KONTRAK SEMAKIN MUDAH
RISI YUSOFF
www.risiyusoff.com
2016
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE
2
KONTRAK PERJANJIAN
Hak cipta © Isir Enterprise Cetakan Pertama 2010, Cetakan Kedua 2016 Hak cipta terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis Isir Enterprise.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-penerbitan Risi Yusoff, 1981- :
Kontrak Perjanjian / Risi Yusoff 1. Motivation (Psychology). 2. Law (Contract) 3. Success. I. Judul 158.1 Penerbitan sedaya upaya memastikan buku yang diterbit ini berautoriti dari segi topik yang dibincangkan. Penerbit dan penulis buku tidak boleh menganggap memberikan khidmat perundangan, atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan berkelayakan. Diterbit / Dicetak / Isir Enterprise (002166121-K) Diedar Oleh
Mcc- 005 Jalan Pinggiran Delima, Taman Pinggiran Delima, Kajang 43100, Selangor Darul Ehsan. Phone: (6013) 210-7034 (SMS / Whatsapp Sahaja) www.risiyusoff.com
Pengurus
Siti Hajar Binti Awang @ Abi Sofian
Editor
Muhammad Adam Miqdad
Susun Atur
Sarah Nur Tasnim
Kulit / Grafik
Khaulah Nur Insyirah
Penulis
Risi Yusoff
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE
3
KONTRAK PERJANJIAN
PRAKATA Jangan bimbang tentang kontrak, Jika anda berurusan dengan orang yang tidak baik, tidak ada kontrak akan melindungi anda! – Donald Trump Kepercayaan sesama insan pada hari ini tidak lagi seperti dulu ibarat kata pepatah “hari ini kawan esok menjadi lawan” ianya disebabkan oleh cara hidup dan didikan yang sudah berubah. Rasa saling mempercayai dan syak prasangka adalah perkara biasa pada hari ini. Ini bukan saja berlaku dibandar-bandar besar malah sudah merebak di kampung-kampung.
Kisah benar yang berlaku pada saya perebutan harta pusaka antara adik beradik yang menyebabkan pertelingkahan yang menyebabkan bermasam muka dan tidak bertegur sapa. sapa. Itu adalah adik beradik yang sedarah sedarah sedaging. Inikan pula individu yang kita kenali yang tiada langsung sebarang pertalian bagaimana kita boleh menjamin integriti dan kepercayaan sekiranya kita berurusan dengan mereka.
Oleh itu mesti terdapat sesuatu yang perlu dipegang untuk menuntut hak kita sekiranya kita merasakan diri kita telah dikhianati . Maka satu- satunya “ tali” yang boleh kita bergantung harap adalah Kontrak Perjanjian.
Kontrak Perjanjian memainkan peranan penting dalam sesuatu urusan perniagaan. Tiada syarikat yang berani menanggung risiko untuk ditipu dan dikhianati apatah lagi dengan urusan perniagaan yang bernilai ratusan ribu dan jutaan ringgit yang dilaburkan. Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 4
KONTRAK PERJANJIAN
Silap haribulan anda boleh diistiharkan muflis oleh mahkamah pasti banyak insan yang akan terasa kesan bahana daripada darip ada perkara ini. Namun sebagai usahawan, kita tidak boleh menyerahkan periuk nasi kita secara bulat-bulat kepada orang lain yang mementingkan diri sendiri.
Usahawan harus pintar merebut peluang dan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk bersilat di gelanggang perniagaan. Bagaimana untuk mengelakkan anda daripada dibuli dan dikhianati ? Bagaimana untuk menyiapkan sebuah Dokumen Kontrak Perjanjian yang profesional? Semua ini akan dikupas secara terperinci didalam buku ini.
Tips-tips di dalam buku ini, adalah melalui pengalaman saya selama empat (4) tahun dalam menguruskan pelbagai kontrak kerajaan. Oh ya, dalam buku ini juga contoh-contoh kontrak yang pernah disediakan oleh saya dan telah diperakui oleh Pegawai Undang-Undang juga akan diberikan sebagi contoh bagi memudahkan anda menyediakan Kontrak Perjanjian anda sendiri mengikut kesesuaian urusan uru san perniagaan anda.
Diharapkan, kita sama-sama dapat memanfaatkan panduan-panduan di dalam buku ini untuk menyiapkan sebuah dokumen Kontrak Perjanjian bagi memantapkan lagi perniagaan kita. kita.
“Siapa yang membuat pembayaran, dia yang mengawal perjanjian” mengawal perjanjian” Yang Ikhlas, Risi Yusoff, Penulis dan Penyemak Kontrak, http://kontrakperjanjian.Blogspot.My
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 5
KONTRAK PERJANJIAN
ANDUNGAN K ANDUNGAN Kata Pengantar
4
BAB1 SEKILAS TENTANG KONTRAK PERJANJIAN 1.1
Hukum Perjanjian Kontrak
13
1.2
Syarat Sah Perjanjian Kontrak
13
1.3
Kepentingan Kontrak perjanjian
15
1.4
Kontrak Boleh Batal Dan terbatal
21
1.5
2 Salah Faham Umum Mengenai Kontrak Perjanjian
25
BAB2 PERSIAPAN MEMBUAT KONTRAK PERJANJIAN
27
2.1
Perundingan
28
2.2
Persetujuan
29
2.3
Penyediaan Maklumat Kontrak Perjanjian
30
BAB3 MEMBUAT KONTRAK PERJANJIAN
32
3.1
Pemilihan Tajuk Kontrak Perjanjian
32
3.2
Kalimah Pembuka
33
3.3
Pengenalan Pihak-Pihak Yang Terlibat
34
3.4
Persetujuan Kontrak Perjanjian
36
3.5
Isi Kontrak Perjanjian
37
3.6
Penutup
37
BAB4 PELAKSANAAN KONTRAK PERJANJIAN
39
4.1
Pelaksanaan Kontrak Perjanjian
39
4.2
Penafsiran Isi Kontrak Perjanjian
40
4.3
Skop Kerja
42
4.4
Harga Dan Nilai Kontrak Perjanjian
43
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 6
KONTRAK PERJANJIAN
4.5
Pembayaran
43
4.6
Wang Tahanan
44
4.7
Tempoh Perjanjian
45
4.8
Obligasi Bagi Pihak-Pihak
46
4.9
Permohonan Untuk Perubahan
48
4.10
Penalti/Denda
49
4.11
Set Off
50
4.12
Tanggung Rugi
50
4.13
Had Kewajipan
51
4.14
Waranti
52
4.15
Force Majeure
53
4.16
Menyelesaikan Pertelingkahan
55
4.17
Penafian
56
4.18
Pindaan Kontrak Perjanjian
57
4.19
Insurans perkhidmatan/Kerja-Kerja
57
BAB5 PENAMATAN KONTRAK PERJANJIAN
60
5.1 5.1 Pelaksanaan
61
5.2 5.2 Perjanjian
62
5.3 Kekecewaan Kekece waan
62
5.4 Kemungkiran Pembayar & Kontraktor
63
BAB6 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KONTRAK PERJANJIAN 6.1 Menandatangani Kontrak Perjanjian
69
6.2 Tempoh Menandatangani Kontrak Perjanjian
70
6.3 Pengedaran Dan Penyimpanan Kontrak Perjanjian
70
6.4 Hakmilik Dokumen-Dokumen Perjanjian
71
68
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 7
KONTRAK PERJANJIAN
BAB7 LAMPIRAN KONTRAK PERJANJIAN
72
7.1 Jadual Pelaksanaan
72
7.2 Spesifikasi Teknikal
73
7.3 Skop Kerja
73
7.4 Senarai Kuantiti
73
7.5 Jadual Pembayaran
74
7.6 Pelan-Pelan
74
7.7 Surat Setuju Terima/ Pemberitahuan Penerimaan Sebutharga/Tender 7.8 Bon Pelaksanaan
74
7.9 Polisi Insurans
77
75
7.10 Skim Keselamatan Sosial Pekerja
77
7.11 Borang Sebutharga/Tender
77
BAB8 KATEGORI KONTRAK PERJANJIAN
78
8.1 Kontrak Perkhidmatan
78
8.2 Kontrak Pembekalan
79
8.3 Kontrak Kerja-kerja
79
9.0
STAMPING DAN ZERO DUTI SETEM
81
10.0
KATA-KATA AKHIR
84
11.0
TENTANG PENULIS
86
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 8
KONTRAK PERJANJIAN
Bagaimana Membuat Kontrak Perjanjian Yang Profesional Dan Diterima Di Mahkamah
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 9
KONTRAK PERJANJIAN
BAB 1 ONTRAK SEKILAS TENTANG K ONTRAK PERJANJIAN Kita pernah mendengar istilah “ perjanjian “ atau “ kontrak” dalam kehidupan kita seharian mahupun daripada nenek moyang kita yang terdahulu tidak akan lari daripada istilah ini. Manusia telah lama memerlukan satu sistem penguatkuasaan dalam kehidupan dan urusan seharian di antara mereka.
Dengan perlakukan aktiviti-aktiviti seperti jual beli, kerjasama, gotong-royong dan sebagainya, seorang manusia perlu mendapatkan suatu kelebihan daripada manusia lain demi kepentingan dirinya, dan begitu juga manusia lain itu daripada manusia pertama.
Tiada manusia yang dapat hidup berdikari seorang diri dan manusia saling perlu-memerlukan antara diri mereka. Di mana satu manusia tiada kelebihan yang diperlukannya, tetapi mempunyai kelebihan yang dicari orang lain, apabila orang yang dijumpainya mempunyai kelebihan yang dicari, orang pertama itu akan menawarkan kelebihan yang ada pada dirinya sebagai tukaran kepada kelebihan yang dicarinya itu.
Proses
ini
dinamakan
sebagai
tawar-menawar,
atau
jual
beli
pada
kemudiannya. Namun bagaimana untuk memastikan komitmen kedua-dua belah pihak kepada persetujuan yang dicapai mereka? Satu jalan penyelesaian adalah dengan penguatkuasaan persetujuan yang dicapai oleh undang-undang, dan ini Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 1
0
KONTRAK PERJANJIAN
mewujudkan Kontrak Perjanjian. Perjanjian adalah suatu persetujuan di antara dua pihak atau lebih berkenaan sesuatu perkara. Perlulah difahami bahawa istilah kontrak adalah lebih khusus manakala istilah perjanjian adalah lebih umum. Hanya perjanjian yang mempunyai ciri-ciri kontrak sahaja yang mempunyai implikasi undang-undang. Contoh ringkas perbezaan perjanjian dengan kontrak: Seorang sahabat anda berjanji untuk membelanja anda makan malam di Saloma Restaurant & Bistro, Jalan Ampang pada pukul 8.30 malam esok. Pada pukul 8.30 malam keesokan harinya anda sudah berada di tempat letak kereta Saloma Restaurant & Bistro tetapi sahabat anda tidak muncul-muncul. Secara umumnya anda tidak boleh menyaman sahabat anda itu tadi kerana mungkir perjanjian untuk membelanja anda makan malam. Contoh Kedua : Anda selaku pembekal barangan alat tulis kepada sekolahsekolah di Lembah Klang telah memberitahu pengilang bahawa anda mahu membeli 100 unit mesin photostat daripada pengilang be rkenaan. Anda berjanji akan membayar harga 100 unit mesin photostat tersebut apabila pengilang menghantar 100 mesin photostat ke sekolah yang telah anda persetujui bersama.
Apabila barangan telah sampai ke sekolah-sekolah yang
dipersetujui
,anda telah bertukar fikiran dan tidak mahu membayar harga 100 unit mesin photostat tersebut. Secara umumnya pengilang tadi boleh menyaman anda dan kes ini boleh dibawa ke mahkamah. Maka anda bersedialah untuk mengeluar kan wang bagi mengupah firma guaman.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 1
1
KONTRAK PERJANJIAN
Kontrak di Malaysia merujuk kepada elemen-elemen serta pembentukan satu kontrak yang sah dari sisi undang-undang di negara Malaysia. Kontrak juga merujuk kepada satu persetujuan yang boleh dikuatkuasakan undang-undang. Undang-undang dan pembentukan satu kontrak di Malaysia diperintah oleh satu Akta Parlimen yang bergelar Akta Kontrak 1950 disamping beberapa provisi dalam Akta Relief Spesifik 1950. Namun demikian, Akta ini bukanlah satu sumber segala elemen kontrak yang menyeluruh. Sesetengah elemen yang perlu, seperti elemen niat mewujudkan perhubungan sah dari segi undang- undang, tidak disentuh oleh mana-mana provisi yang terkandung dalam Akta Kontrak. Dalam keadaan ini, elemen-elemen sebegini didatangkan daripada undang-undang common law dan ekuiti undang-undang Inggeris, yang beraplikasi melalui peruntukan dalam seksyen 3 dan 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956. Dalam pengertian yang lain Kontrak Perjanjian adalah kesepakatan antara dua orang atau lebih mengenai sesuatu perkara. Sama ada dibuat secara lisan atau pun secara bertulis. Pihak-pihak yang membuat Kontrak Perjanjian, masingmasing mempunyai hak dan kewajiban terhadap pihak lainnya.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 1
2
KONTRAK PERJANJIAN
1.1
HUKUM PERJANJIAN KONTRAK
Hukum Kontrak Perjanjian yang diamalkan di Malaysia dan dikebanyakan negara lain adalah bersifat terbuka dan bebas. Ianya bermaksud anda dan satu pihak lagi adalah bebas untuk membuat Kontrak perjanjian di mana isi dan kandungannya adalah ditentukan oleh anda dan pihak satu lagi, asalkan ianya tidak melanggar undang-undang yang terdapat di Malaysia iaitu undang-undang yang bertulis dan yang tidak bertulis.
Ruang lingkup asas kebebasan berkontrak meliputi hal-hal berikut :-
a) Kebebasan untuk membuat atau tidak perjanjian b) Kebebasan untuk memilih dengan siapa s iapa perjanjian ingin dibuat. c) Kebebasan untuk menentukan atau memilih klausa dari perjanjian yang ingin dibuat.
d) Kebebasan untuk menentukan tujuan perjanjian e) Kebebasan untuk menentukan bentuk suatu Kontrak Perjanjian. f) Kebebasan
untuk
menerima
dan
memilih
syarat-syarat
Kontrak
Perjanjian.
1.2
SYARAT SAH KONTRAK PERJANJIAN
Perlulah difahami bahawa ciri-ciri asas sesuatu kontrak berbeza di antara negara-negara yang mengamalkan sistem undang-undang yang berbeza. Di dalam negara-negara yang mengamalkan sistem "Common Law" seperti England, Malaysia dan India, ciri-ciri asas sesuatu Kontrak adalah seperti berikut:
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 1
3
KONTRAK PERJANJIAN
Sekiranya ciri-ciri asas itu tidak wujud, maka di negara-negara yang mengamalkan sistem "Common Law" suatu kontrak yang sah dianggap tidak wujud.
Yang
mungkin
wujud
hanyalah
perjanjian
yang
tidak
boleh
dikuatkuasakan di mahkamah
ELEMEN-ELEMEN KONTRAK
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 1
4
KONTRAK PERJANJIAN
Perjanjian Kata sepakat dalam sesuatu perkara oleh dua pihak (pencadang dan penerima cadangan)
Balasan harga, nilai atau perbuatan yang diberikan oleh satu pihak utk membalas janji pihak yang lain.
Niat Niat untuk memasuki kontrak dan mewujudkan hubungan di sisi undangundang.
Keupayaan Bukan dari golongan tidak sempurna akal atau kanak-kanak.
Ketentuan Syarat dan terma kontrak tidak samar-samar.
Kerelaan bebas Tiada unsur-unsur paksaan, khilaf, penipuan dan sebagainya .
Tujuan yang sah Tidak menyalahi undang-undang. 1.3
KEPENTINGAN KONTRAK PERJANJIAN
Raja Kurma Malaysia iaitu Yusuf Taiyoob juga tidak lari daripada ditipu oleh rakan-rakan niaga daripada Iran dalam urusan pengimportan Kurma, di mana beliau beranggapan apabila berurusan sesama Islam tidak akan berlaku sebarang penipuan. Tetapi beliau terkena juga dek kelicikan rakan-rakan niaga dari Iran dan lain-lain dari negara Asia Barat yang kadang-kala meletakkan prinsip bahawa segala-galanya atas nama Allah, Allah lebih tahu dan Allah maha melihat oleh itu Kontrak Perjanjian tidak perlu ditulis sekadar mulut sahaja dan beliau mempercayai prinsip seperti itu. Disebabkan ketiadaan Kontrak Perjanjian yang boleh digunakan sebagai bukti urusan perniagaan dijalankan beliau mengalami kerugian yang bukan sedikit.
Oleh itu anda
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 1
5
KONTRAK PERJANJIAN
hendaklah berhati-hati dengan pihak yang suka menabur janji dan bersumpah supaya anda tidak akan menyesal dikemudian hari. Berfikirlah semasakmasaknya sebelum anda membuat urusan u rusan perniagaan tanpa Kontrak Perjanjian. Pada satu masa dahulu kontrak membina rumah, terutama sekali di kawasan luar bandar, dilaksanakan hanya dengan perjanjian mulut. Perjanjian lisan mungkin berbunyi sebegini: Awang: “Roslan, awak tolong bina rumah saya. Awak carilah mana -mana juruteknik untuk buat lukisan dan tunjuk pada saya. Saya tanggung semua bayaran.” Setelah lukisan siap Roslan pun jumpa Awang yang ingin membina rumahnya dan berkata: Roslan: Roslan: “Awang, ini lukisan rumah Awak. Jika Awak setuju, Saya buat. Harganya RM40,000.00.” Awang: “Saya suka “Saya suka pelan lukisan Awak ni. Tapi boleh kurang sikit harga?” Roslan: “Paling kurang Saya boleh turun RM35,000.00” Awang: “Okay, Saya setuju. Awak uruskan semua. Saya akan bayar secara ansuran” Walau pun perbualan ini menjadi asas kontrak pembinaan kebanyakan projek ini berjaya dilaksanakan dengan memuaskan kepada kedua belah pihak. Kontrak lisan diatas berasaskan kepercayaan kerana pihak terlibat saling mengenali dan saling mempercayai terhadap integriti in tegriti masing-masing.
Ianya sebuah kontrak yang dijamin oleh maruah serta harga diri pihak yang terlibat serta kesedaran sebarang penipuan hanya memberi faedah jangka pendek tetapi kerugian masa panjang.
Pada masa sekarang, projek hanya boleh dilaksanakan setelah menandatangani Kontrak Perjanjian di antara pihak-pihak yang terlibat. Selain daripada menyata tanggungjawab dan peranan pihak yang berinteraksi, perjanjian menentukan Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 1
8
KONTRAK PERJANJIAN
pengagihan serta petempatan kuasa. Ia selalunya mengandungi berbagai-bagai syarat yang telah di tambah dari masa kesemasa berasaskan pengalaman dengan projek yang sama.
Pada umumnya syarat perjanjian cuba mengambil pertimbangan pelbagai kemungkinan
yang
mungkin
timbul
dan
menyatakan
respons
serta
mengenalpasti pihak bertanggungjawab demi melindung pihak yang membuat perjanjian tersebut. Atas sebab inilah kita akan nampak kecenderongan berbeza diantara syarat-syarat kontrak JKR ,CIDB dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
Perjanjian dengan syarat-syarat yang jelas adalah penting untuk mengenalpasti tanggungjawab dan peranan semua pihak. Ianya dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang kos yang terlibat di dalam menjalankan projek tersebut. Malangnya, sekira pengurusan projek melalui kontrak bertulis digunapakai, justeru mana-mana yang tersirat atau tidak tertulis tidak diberi pertimbangan atau diambilkira sekira timbulnya pertikaian.
Ini bermakna syarat-syarat kontrak harus mempertimbang semua kemungkinan bagi menyatakan remedi yang setimpal dan dipersetujui bersama. Jika kita banding cara
projek dijalankan pada zaman dahulu di kawasan luar bandar,
dengan cara ianya dijalankan mengikut undang-undang jelaslah undang-undang kontrak tidak mengharapkan sangat kepada daya integriti pihak yang terlibat tetapi lebih menumpu kepada apa yang dinyata secara ketara.
Lebih kuat pergantungan kepada pendekatan bersifat keundangan lebih sepi lah peranan integriti di dalam aktiviti urusniaga perniagaan.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 1
9
KONTRAK PERJANJIAN
Anda hendaklah meletakkan di dalam minda anda bahawa kes pelanggaran urusan perniagaan di Malaysia adalah wujud di mana kita boleh perhatikan sebagai contoh contoh statistik kes-kes di mahkamah tinggi Kuala Lumpur dari Januari 2007 sehingga 23 April 2008 2008 berjumlah 78 78 kes mahkamah, 12 kes
8
atau
15.4 peratus berkaitan industri pembinaan yang kebanyakan kes adalah kes di mana kontraktor telah di aniaya dan terpaksa membuat tuntutan melalui mahkamah.
Ianya menegaskan bahawa sesuatu urusniaga perniagaan mestilah mempunyai Kontrak
Perjanjian
bagi
mengelakkan
berlakunya
perlanggaran
kebolehpercayaan dan mestilah diamal oleh semua pihak dan bukan sahaja kontraktor, terutama mereka yang berada di dalam kedudukan berkuasa.
Walau pun ianya menunjuk keadaan semasa dimana kontraktor dikawal rapi oleh pelbagai syarat kontrak dan peruntukan perundangan dapat menjaminkan tindakan berintegriti daripada kedua-dua pihak, ianya juga menunjukkan anda mungkin di antara peratusan yang saya nyatakan di atas sekiranya anda tidak memperincikan urusan perniagaan per niagaan di dalam d alam Kontrak Perjanjian.
“Siapa Yang Membuat Pembayaran, Dia Yang Mengawal Kontrak Perjanjian”
Siapa yang bertanggungjawab membuat pembayaran akan mengawal kandungan Kontrak Perjanjian. Suatu ketika saya pernah dihubungi oleh seorang kontraktor daripada
Kuala
Kangsar
bertanyakan
tentang
kontrak
perjanjian
melibatkan syarikat syarikat beliau dengan pihak kilang dan juga pelanggan
yang yang
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 2
0
KONTRAK PERJANJIAN
syarikat beliau berurusan. Di mana beliau bertindak sebagai orang tengah untuk mendapatkan peralatan daripada kilang untuk dihantar kepada pelanggan. Beliau hanya memerlukan masa selama tiga (3) hari untuk menyediakan Kontrak Perjanjian tersebut.
Kontrak Perjanjian yang perlu disediakan oleh beliau adalah kepada si pengilang dan juga kepada si pelanggan. Di dalam situasi ini di antara beliau adalah pelanggan dan pengilang adalah pembekal maka beliaulah yang perlu mengawal kandungan Kontrak Perjanjian memandangkan syarikat beliau yang membuat bayaran kepada si pengilang.
Berbalik pula hubungan antara beliau dan si pelanggan , beliau akan berperanan sebagai pembekal dan si pelanggan berhak untuk mengawal Kandungan Kontrak kerana si pelanggan adalah orang yang memberi bayaran dan menerima bekalan. Oleh itu kesimpulannya “ siapa yang membuat bayaran dia yang akan mengawal me ngawal kontrak”.
Namun pun begitu, syarat-syarat Kontrak Perjanjian haruslah dipersetujui bersama sebelum Kontrak Perjanjian ditandatangani bagi mengelakkan rasa tidak puas hati kedua-dua belah pihak.
1.4
KONTRAK TERBATAL DAN BOLEH BATAL
1.4.1
KONTRAK TERBATAL
Kontrak terbatal bukanlah merupakan kontrak yang sah sama sekali. Pihakpihak yang berkenaan langsung tidak terikat dan tiada tanggungjawab yang wujud di sini. Undang-undang akan menganggap seolah-olah tiada kontrak yang Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 2
1
KONTRAK PERJANJIAN
wujud dan pihak-pihak akan dikembalikan kepada keadaan asal. Kontrak batal adalah kontrak yang dibuat tanpa mengambil kira unsur-unsur atau elemenelemen penting di dalam pembentukan kontrak. kontrak.
1.4.2
KONTRAK BOLEH BATAL
Sesuatu kontrak adalah sah sehinggalah salah satu pihak yang berkontrak itu membuat pilihan untuk membatalkannya. Pihak yang berkontrak boleh membatalkan kontrak dengan alasan terdapat sesuatu unsur yang boleh membatalkan kontrak tersebut. Harta atau barang yang telah dipindah milik sebelum pihak tersebut membuat pilihan untuk membatalkan kontrak tersebut biasanya tidak boleh dituntut semula kerana ianya sah.
Perkara-perkara yang menjadikan sesuatu kontrak itu boleh batal adalah seperti di tunjukkan tunj ukkan rajah di bawah. bawah.
Kontrak Boleh Batal
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 2
2
KONTRAK PERJANJIAN
PAKSAAN Seksyen 15 AK 1950 mendefinisikan maksud paksaan secara amnya sebagai apa saja kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan terhadap
diri
seseorang, keluarga atau harta, atas tujuan supaya seseorang itu membuat kontrak. Contoh Kes :
CHIN NAM BEE DEVELOPMENT SDN. BHD. LWN TAI KIM COO & 4 ORS (1988)2 MLJ 117 Isu sah atau tidaknya kontrak yang dibuat atas paksaan di mana perayu meminta bayaran tambahan untuk tempahan rumah tanpa kerelaan responden. Keputusan : Kontrak terbatal disebabkan terdapat unsur paksaan perayu di mana responden memasuki kontrak tanpa kerelaan.
PENGARUH TAK WAJAR Seksyen 16(1) AK 1950 mentakrifkannya sebagai , Satu pihak berada dalam kedudukan boleh menguasai pihak yang lain dan Menggunakan kedudukan itu untuk memperolehi kelebihan keleb ihan yang tidak adil. Contoh Kes:
CHAIT SINGH LWN BUDIN BIN ABDULLAH (1918) 1 FMSLR 348 Isu samada kadar faedah yang begitu tinggi yang dikenakan oleh plaintif terhadap defendan yang buta huruf dikira sebagai suatu pengaruh tak wajar. Keputusan : Plaintif gagal untuk membuktikan tiada
pengaruh tak wajar
dikenakan terhadap defendan.
FRAUD (TIPUAN) Seksyen 17 AK 1950 mendefinisikan fraud sebagai satu pihak yang membuat kontrak dengan niat memperdayakan pihak lain untuk membuat kontrak dengannya. Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 2
3
KONTRAK PERJANJIAN
Perbuatan-perbuatan itu ialah :
a.
menyarankan sesuatu fakta,
b.
menyembunyikan sesuatu fakta yang tidak benar,
c. d.
membuat janji tanpa niat menepati janji,
e.
mana-mana perbuatan atau penyembunyian yang ditetapkan oleh undang-
melakukan mana-mana perbuatan untuk memperdaya,
undang sebagai penipuan.
Contoh kes: SENANANYAKE SENANANYAKE LWN ANNIE YEO (1965 ) Isu samada kenyataan tidak benar yang diberikan oleh defendan terhadap kedudukan kewangan firma defendan yang menyebabkan plaintif mengalami kerugian setelah melabur di dalam firma defendan. Mahkamah memutuskan defendan berniat menipu plaintif dan kontrak terbatal.
SALAHNYATAAN Seksyen 18 AK 1950 menyatakan bahawa salah nyataan hendaklah berbentuk satu kenyataan fakta. Kalau sekadar pendapat peribadi sahaja, ia tidak boleh menjadi salahnyataan walaupun jika pendapat itu tidak benar. Salahnyataan boleh jadi dalam 2 bentuk iaitu salahnyataan fraud dan salahnyataan ikhlas yang mana ianya tidak mempunyai niat untuk menipu. Contoh Kes: R LWN KYLSANT (1932) Isu samada kenyataan bersifat menipu di dalam prospektus syarikat dianggap sebagai suatu salahnyataan fraud. Keputusan: Penipuan tentang fakta sebenar mengenai kedudukan kewangan syarikat adalah dianggap sebagai suatu salahnyataan fraud.
KHILAF (KESILAPAN) Seksyen 21 AK1950 menyatakan apabila terdapat kesilapan terhadap faktafakta penting yang dibuat oleh kedua-dua pihak yang berkontrak, perjanjian adalah batal. Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 2
4
KONTRAK PERJANJIAN
Contoh Kes : RAFFLES LWN WICHELHAUS (1864) Isu berkaitan dengan kesilapan mengenai 2 buah kapal yang membawa membawa muatan kapas iaitu perkara pokok di dalam kontrak itu dianggap sebagai kesilapan mengenai fakta penting di dalam kontrak yang menjadikan kontrak terbatal. Apabila khilaf berlaku disatu pihak, kontrak tidak batal. Ini diperuntukan oleh seksyen 23 AK 1950.
1.5
2 SALAH FAHAM UMUM MENGENAI MEN GENAI KONTRAK PERJANJIAN
Ada sebahagian orang awam berpendapat bahawa apa sahaja perjanjian yang mereka buat boleh dikuatkuasakan di mahkamah. Pendapat ini adalah silap kerana bukan semua perjanjian memenuhi ciri-ciri Kontrak. Jika sesuatu perjanjian itu tidak memenuhi ciri-ciri Kontrak, maka ia tidak boleh dikuatkuasakan melalui undang-undang. Contohnya jika suatu perjanjian itu tidak wujud "balasan", maka perjanjian itu bukanlah suatu kontrak yang sah sah
dan oleh itu tidak boleh dikuatkuasakan dikuatkuasakan
melalui undang-undang. Ada sebahagian ahli masyarakat juga berpendapat bahawa perjanjian yang dibuat oleh seseorang dengan seseorang lain akan mengikat pihak-pihak lain yang tidak terlibat dengan perjanjian itu (Dalam istilah undang-undang, pihakpihak yang lain itu bukan " privy privy to the contract"). contract").
Contohnya si A membuat perjanjian bertulis menjual keretanya (yang masih dalam pembiayaan bank) kepada si B. Biasanya si A telah membuat perjanjian pinjaman (atau sewa beli) lebih awal dengan suatu bank semasa dia mula membeli keretanya. Oleh itu
jika hutang dengan bank gagal dibayar, maka
bank berhak merampas kereta tersebut berdasarkan perjanjian pinjaman di antara bank dengan si A. Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 2
5
KONTRAK PERJANJIAN
Manakala si B tidak boleh menghalang bank untuk tidak merampas kereta tersebut dengan alasan kereta tersebut telah dijual kepadanya melalui suatu perjanjian bertulis. Sebab si B tidak boleh menghalang dari sudut undangundang ialah kerana bank tersebut tidak terlibat sebagai pihak kepada perjanjian penjualan kereta tersebut, maka dengan itu bank tidak terikat dengan apa-apa syarat perjanjian penjualan kereta tersebut.
Ada beberapa jenis perjanjian bertulis yang mengikat pihak lain yang tidak terlibat dengan perjanjian tersebut tetapi ia dalam situasi yang terhad. Contohnya adalah perjanjian perkongsian.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 2
6
KONTRAK PERJANJIAN
BAB 2 PERSIAPAN MEMBUAT ONTRAK PERJANJIAN K ONTRAK Sebelum kedua-dua pihak membuat kesepakatan di dalam sesuatu Kontrak Perjanjian yang jelas terperinci, biasanya kedua-dua pihak akan membuat satu dokumen kesefahaman (Memorandum of Understanding) atau dikenal dengan istilah MoU. Di dalam hal ini akan dibuat nota, resume pembicaraan, atau intisari dari hal yang telah disepakati. Kegunaan utama MoU adalah sebagai panduan dalam penyusunan Kontrak Perjanjian yang bakal dibuat.
MoU ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang akan membuat Kontrak Perjanjian sehingga dapat digunakan bagi “ mengikat” kedua -dua pihak untuk mengikuti semua kesepakatan yang telah dibincangkan. Hal-hal yang telah dipersetujui dalam MoU kemudiannya akan disempurnakan dengan pembuatan Kontrak Perjanjian yang lebih lengkap. Di dalamnya akan mencakupi keseluruhan aspek hukum dan hal-hal yang harus dimasukkan, termasuk menandatangani di depan saksi. saksi.
Di dalam MoU biasanya ditentukan tempoh waktu untuk Kontrak Perjanjian disediakan. Apabila tempoh waktu tersebut telah tamat maka kesefahaman tersebut akan terbatal dengan sendirinya.
Berlainan pula jika ia melibatkan projek yang yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan. Sekiranya anda ditawarkan projek oleh pihak kerajaan
setelah
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 2
7
KONTRAK PERJANJIAN
menang sebutharga/tender . Anda akan diberikan surat niat terlebih dahulu tetapi ianya bergantung kepada agensi. Surat niat merupakan surat yang dihantar kepada anda yang mana kandungannya meliputi kenyataan hasrat/niat untuk menerima tawaran syarikat anda, tertakluk kepada persetujuan syaratsyarat agensi yang dikehendaki dipatuhi oleh anda sama ada melalui rundingan atau cara-cara lain. Surat niat ini tidak tid ak mengikat kedua-dua pihak kepada suatu Kontrak Perjanjian.
Oleh itu sekiranya agensi bercadang untuk menerima sesuatu tawaran tetapi dengan beberapa syarat yang mesti dipatuhi oleh anda terlebih dahulu, maka Surat Niat dikeluarkan. Namun terdapat juga agensi yang terus memberikan Surat Pelantikan tanpa memberikan surat niat sekiranya perundingan di antara kedua-dua pihak adalah muktamad dan tiada pindaan lanjut. Berikut adalah tahap permulaan kepada pelengkap sesebuah Kontrak perjanjian :-
2.1
PERUNDINGAN Perundingan merupakan satu keperluan bagi pihak-pihak yang akan membuat suatu perjanjian Kontrak Perjanjian untuk mengadakan perbincangan dua hala bagi mencapai kesepakatan sebagai akibat adanya
perbezaan-perbezaan
terhadap
sesuatu
perkara
dan
dilatarbelakangi oleh kesamaan /ketidaksamaan kepentingan di antara pihak-pihak tersebut.
Dengan kata lain perundingan merupakan poses tawar menawar antara kedua-dua pihak yang akan membuat sesuatu Kontrak Perjanjian agar masing-masing
pihak
tidak
mengalami
kerugian
dan
mendapat
keuntungan dari Kontrak Perjanjian yang dibuat.
Perundingan dilakukan sebelum Kontrak Perjanjian disusun atau sebelum melakukan suatu
perhubungan bersyarat yang menimbulkan suatu
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 2
8
KONTRAK PERJANJIAN
hubungan “mengikat” kedua -dua belah pihak. Perundingan merupakan proses permulaan sebagai usaha untuk mencapai kesepakatan antara kedua-dua pihak. Ketika berunding, masing-masing pihak mengemukakan penawaran terhadap yang lain. Akhirnya mencapai sesuatu persetujuan atau kesepakatan antara kedua-dua belah pihak.
2.2
PERSETUJUAN. Pada peringkat ini kedua-dua pihak bersetuju dengan perundingan yang telah dilakukan maka pihak agensi akan mengeluarkan satu Surat Setuju Terima yang mengesahkan penerimaan sesuatu tawaran berasaskan kepada
syarat-syarat
yang
telah
ditetapkan
dalam
dokumen
sebutharga/tender, syarat yang telah dipersetujui dalam surat niat dan apa-apa
syarat
lain
yang
telah
dipersetujui
melalui
rundingan
sebelumnya. Sehubungan dengan itu, apa-apa syarat yang telah dipersetujui
sebelumnya
persetujuan
tersebut
hendaklah merupakan
dinyatakan
dengan
sebahagian
daripada
jelas
dan
Kontrak
Perjanjian. Surat Setuju Terima ialah satu surat dokumen perundangan yang sah dan merupakan sebahagian daripada Kontrak Perjanjian.
Apabila semua perkara telah diselesaikan dan tiada rundingan lanjut diperlukan, Surat Setuju Terima akan dikeluarkan kepada anda oleh agensi. Satu ikatan Kontrak Perjanjian wujud di antara kedua-dua pihak Setelah Surat setuju Terima ditandatangani dan dikembalikan oleh anda Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 2
9
KONTRAK PERJANJIAN
kepada agensi. Surat Setuju terima juga perlu ditandatangani di hadapan saksi dan saksi juga perlu menurunkan tandatangan. Surat Setuju Terima dikenali
juga
sebagai
surat
Pemberitahuan
Penerimaan
Sebutharga/Tender ianya adalah perkara per kara yang sama .
2.3
PENYEDIAAN MAKLUMAT KONTRAK PERJANJIAN
Terdapat beberapa item yang anda perlu kenalpasti sebelum anda membuat Kontrak Perjanjian. Ini kerana data yang disediakan sebelum Kontrak Perjanjian dibuat akan memudahkan ianya dilaksanakan. Itemietem tersebut adalah seperti :-
2.3.1
No.Kontrak
No Kontrak perlu diletakkan pada bahagian atas Kontrak Perjanjian. Jika anda berurusan dengan kerajaan letakkan juga nombor sebutharga pada bahagian kulit luar Kontrak Perjanjian. Tujuan anda disediakan nombor kontrak adalah bagi memudahkan urusan pengfailan dan pencarian apabila ia diperlukan kelak.
2.3.2
Nama Alamat Syarikat
Pastikan nama syarikat yang anda membuat Kontrak perjanjian adalah betul dan tepat termasuklah nama syarikat anda. Nama syarikat hendaklah mengikut nama pendaftaran syarikat yang digunakan semasa berdaftar dengan SSM. Jika menggunakan nama seseorang di dalam Kontrak perjanjian pastikan nama tersebut adalah seperti yang tercatat di dalam Kad Pengenalan. Terdapat kes di mana seorang Komposer lagu menang kes mahkamah kerana namanya yang dieja di dalam Kontrak Perjanjian adalah tidak sama seperti yang tertera di dalam Kad Pengenalan.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 3
0
KONTRAK PERJANJIAN
2.3.3
NO.PENDAFTARAN ROB/ROC/ROS
Nombor pendaftaran syarikat juga hendaklah tepat dan sama dengan nombor pendaftaran yang terdapat pada sijil Pendaftaran di SSM. Pastikan anda memeriksa dua kali nombor pendaftaran. Jika masih tidak yakin minta kerani anda memeriksa untuk anda kerana kali pertama kita tidak akan perasan mungkin orang kedua akan nampak jika terdapat kesilapan.
2.3.4
KAEDAH PEROLEHAN
Untuk Kontrak Perjanjian dengan Kerajaan terdapat tiga jenis kaedah perolehan iaitu rundingan terus, sebutharga dan Tender. Bagi Kontrak Perjanjian Perkhidmatan yang di bawah RM 50,000.00 ianya adalah Kontrak Perjanjian secara rundingan terus. Kontrak Perjanjian RM 50,000.00 hingga RM 200,000.00 ianya adalah Sebutharga dan 200,000.00 hingga ke atas adalah Tender. Itu adalah untuk Kontrak Perkhidmatan. Saya tidak akan membincangkan secara terperinci mengenai perkara ini anda boleh merujuk kepada Kaedah Perolehan Sebutharga/Tender yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
2.3.5
TEMPOH KONTRAK (BERTEMPOH/SEKALI GUS)
Tempoh Kontrak juga perlu dikenalpasti dalam menyediakan Kontrak Perjanjian anda. Tempoh Kontrak akan bermula mengikut tarikh surat
setuju terima yang anda tandatangan. Bukannya tarikh Kontrak Perjanjian ditandatangan. Kebanyakkan syarikat yang menyediakan Kontrak Perjanjian keliru dengan Tempoh Kontrak dan Tarikh Kontrak. Tempoh kontrak selalunya di buat selama 1 tahun mengikut
kebiasaan.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE e
e
KONTRAK PERJANJIAN
Malah terdapat juga Tempoh Kontrak Perjanjian yang dibuat selama 6 bulan malah 2 tahun ianya bergantung kepada jenis perkhidmatan yang anda laksanakan. Sebagai contoh Kontrak Perjanjian untuk Membekal Komputer riba selalunya adalah 2 tahun . Kadang kala tempoh Kontrak juga dikelirukan oleh Tempoh jaminan barangan. Anda perlulah jelas di antara tempoh kontrak dan tempoh jaminan barangan. Di mana tempoh jaminan merupakan jaminan terhadap barang yang dibekalkan oleh pembekal
atau
pengilang.
Jaminan
boleh
diberikan
oleh
pembuat/pengilang atau syarikat.
2.3.6
TARIKH KUATKUASA KONTRAK PERJANJIAN
Anda juga perlu memastikan tarikh kuatkuasa dan tarikh tamat kontrak sekiranya tarikh kuatkuasa kontrak adalah pada 26 Ogos 2010 makan tarikh tamat Kontrak Perjanjian untuk tempoh 1 tahun adalah 25 Ogos 2010. Semasa di dalam tarikh kuatkuasa kontrak keseluruhan isi dan syarat-syarat yang terdapat di dalam Kontrak Perjanjian Perj anjian adalah aktif dan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran di dalam Kontrak Perjanjian maka ianya boleh digunakan dan boleh di bawa ke mahkamah. Selepas tarikh tamat Kontrak Perjanjian maka Kontrak Perjanjian tersebut tidak akan terpakai lagi dan secara automatiknya anda tidak akan terikat kepada Kontrak Perjanjian tersebut.
2.3.7
NILAI KONTRAK PERJANJIAN
Nilai Kontrak perjanjian pertamanya anda perlu semak kepada surat setuju terima yang diberikan untuk tandatangan anda sebagai tanda yang anda bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan atau kerja-kerja yang ditawarkan. Pastikan jumlah yang dinyatakan adalah betul dan semak setiap titik perpuluhan yang tercatat pada surat setuju terima Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 3
0
KONTRAK PERJANJIAN
dan yang ditulis pada Kontrak Perjanjian. Terdapat satu kes di mana kontraktor terpaksa menolak Perkhidmatan Bagi Kerja-Kerja Membekal Kerusi Dan Meja untuk satu program yang di jalankan oleh agensi Kerajaan kerana kesilapan pada titik ti tik perpuluhan.
2.3.8
JADUAL PEMBAYARAN
Pastikan jadual pembayaran untuk proses pembayaran telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang membuat Kontrak Perjanjian. Terdapat 2 kaedah pembayaran yang dilakukan iaitu secara berfasa mengikut peratusan kerja yang telah siap atau dibayar sekali gus. Tetapi saya nasihatkan anda sekiranya anda sebagai pihak pembayar, kaedah yang paling baik adalah dengan membuat bayaran secara berfasa mengikut peratusan kemajuan kerja yang dilaksanakan.
Ini kerana saya pernah mengalami sendiri masalah di mana syarikat yang di
berikan
projek untuk Perkhidmatan Membina Laman Web tidak
membuat kerja dengan memuaskan. Apabila bayaran sekali gus dibuat iaitu bayaran penuh , syarikat tersebut membuat kerja sambil lewa dan memberi alasan sibuk dengan projek lain.
Oleh itu saya nasihatkan anda buatlah bayaran secara berfasa mengikut peratusan kemajuan projek kerana ianya adalah kaedah yang paling baik untuk
mengikat
dan
“memaksa“
pihak
yang
satu
lagi
dalam
melaksanakan sesuatu projek yang di amanahkan. Kuasa wang adalah pendorong yang paling berkesan dalam menyuruh seseorang membuat apa yang kita inginkan. inginkan.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 3
1
KONTRAK PERJANJIAN
BAB 3 ONTRAK MEMBUAT K ONTRAK PERJANJIAN 3.1
PEMILIHAN TAJUK
Pemilihan tajuk atau judul sesebuah Kontrak Perjanjian adalah penting dan hendaklah bersesuaian dengan perkhimatan/kerja yang akan dilaksanakan. Tajuk hendaklah mencerminkan isi Kontrak Perjanjian, hendaklah
dibuat
secara
singkat,
padat
dan
jelas
serta
tidak
menimbulkan sebarang tafsiran yang mengelirukan.
Kesilapan menulis tajuk Kontrak Perjanjian akan mengundang masalah dari segi mengkategorikan Kontrak Perjanjian, implikasi daripada tajuk yang digunakan akan menyebabkan sesuatu projek itu menjadi Kontrak Perjanjian Perkhidmatan, Bekalan atau pun Kerja-Kerja.
Di dalam Kontrak Perjanjian selain dinyatakan di kulit hadapan Kontrak Perjanjian, tajuk juga hendaklah diisytiharkan pada bahagian atas syarat-syarat Kontrak Perjanjian sebelum tarikh kontrak. Tetapi ianya tidak menjadi suatu kesalahan jika ianya tidak diletakkan di bahagian atas syarat-syarat Kontrak Perjanjian. Contoh tajuk Kontrak Perjanjian Pe rjanjian :-
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 3
2
KONTRAK PERJANJIAN
P E RJ RJ A N J I A N M E M B E K A L P E RA RA L A T A N P E J A B A T D I INSTIT INSTITUT UT PENERANGAN MA LAYSIA
……………. 2010 PERJANJIAN ini diperbuat pada ……. haribulan ……………. 2010
3.2
KALIMAH PEMBUKA Dalam kalimah pembuka suatu Kontrak Perjanjian biasanya digabungkan hari, bulan dan tahun pembuatan Kontrak Perjanjian yang berkenaan. Ini dilakukan adalah untuk memudahkan kita mengetahui waktu Kontrak Perjanjian dibuat. Tarikh Kontrak Perjanjian boleh juga diletakkan pada bahagian akhir dari Kontrak Perjanjian semasa proses menandatangani Kontrak Perjanjian oleh kedua-dua pihak. Terserahlah kepada kedua-dua pihak . Namun kaedah terbaik adalah tarikh diletakkan dibawah No.Rujukan seperti di bawah:-
No. Ruj : KPM/PM (S) 563-9 Jld.3 (
45
)
TAHUN
2010
SATU PERJANJIAN dibuat pada………..hari dibuat pada………..hari bulan.............2010 bulan.............2010
Fungsi bahagian ini adalah untuk menghubungkan segala sesuatu yang tersirat di dalam tajuk dengan kedua-dua pihak yang berkepentingan di dalam Kontrak Perjanjian tersebut.
Untuk memudahkan anda, berikut ini diberikan beberapa contoh kalimah pembuka
sesuatu
Kontrak
Perjanjian
yang
diiktiraf
oleh
pakar
perundangan:-
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 3
3
KONTRAK PERJANJIAN
(No. Ruj :KPM/PM (S) 563-9 Jld.3(
45
)
TAHUN
2010
SATU PERJANJIAN dibuat pada………..hari bulan.............2010 Di Antara KERAJAAN MALAYSIA yang diwakili oleh [Nama Kementerian] yang beralamat t..................................](kemudian daripada ini disebut sebagai “Kerajaan”) bagi satu pihak, Dan [Syarikat Kontraktor] (No. Pendaftaran Syarikat: [.......................]) sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan beralamat (atau pejabat berdaftarnya yang terletak di) [........... ............. ............ ............... ............. ............. ........],.( kemudian dari ini disebut “Kontraktor”), bagi Pihak yang satu lagi. satu lagi. Kerajaan dan Kontraktor boleh dirujuk secara persendirian sebagai “Pihak” dan bersesama sebagai “Pihak -Pihak”.
3.3
PENGENALAN PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT Pengenalan ataupun pihak yang terlibat dalam meterai kontrak perjanjian akan digabungkan selepas Kalimah pembuka. Di bahagian ini biasanya akan ditulis nama, pekerjaan, jabatan, alamat dan bertindak untuk untuk dan atas nama siapa. Untuk Kerajaan akan dinyatakan nama kementerian
dan
alamat
Kementerian.
Identiti
kedua-dua
pihak
hendaklah ditulis secara lengkap, tepat dan tiada kesilapan dari segi ejaan. Ini kerana supaya pihak-pihak yang mengikat Kontrak Perjanjian tidak lari daripada tanggungjawab terhadap pelaksanaan Kontrak Perjanjian yang dibuat dan jika terdapat kesalahan pada perisytiharan identiti kedua-dua pihak akan menyebabkan lepasnya salah satu pihak atau pihak-pihak daripada kewajipan yang harus dipenuhi. Jika orang perseorangan nama yang digunakan hendaklah menggunakan nama penuh dan jika jabatan pula perlulah ditulis secara Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE
penuh. 3
4
KONTRAK PERJANJIAN
Contohnya jika nama Muhammad jangan dipendekkan menjadi menjadi
Muhd
atau Mohd . Bagi Agensi Kerajaan untuk Kementerian atau jabatan jangan disingkatkan Kepada Kem atau Jab. Pengenalan para pihak hendaklah ditulis mengikut bukti diri yang dimiliki oleh para pihak sesuai dengan ketentuan perundangan negara Malaysia. Untuk membuat kontrak Perjanjian biasanya yang digunakan sebagai bukti pengenalan diri adalah Kad pengenalan, pasport dan maklumat yang terdapat pada sijil
Pendaftaran
SSM.
Bukti-bukti
tersebut
haruslah
bukti-bukti
pengenalan yang masih sah pada masa Kontrak Perjanjian P erjanjian dibuat.
Pengenalan
pihak-pihak
yang
meterai
Kontrak
Perjanjian
akan
dinyatakan selepas kalimah pembuka iaitu:-
UNIQRAFT WORKS ENTERPRISE (No. Pendaftaran Perniagaan:14124444-V) yang
bagi tujuan perjanjian ini sebuah perniagaan yang didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang beralamat di K5-3-06, Blok K5 Nuri Court ,Jalan Pandan Indah 6/1, Kenari Court Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur (selepas ini disebut sebagai “Kontraktor”) bagi satu pihak. satu pihak.
ASURA MANUFACTURER (M) SDN SDN BHD (No. Pendaftaran Perniagaan: 4562354-M)
sebuah perniagaan yang didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 6, 21, 22, 32-36, Medan Business Centre, Bandar Baru Kepong , 50695 Kuala Lumpur (selepas ini disebut sebagai “Pembekal”) di pihak yang satu lagi. satu lagi. Kontraktor dan Pembekal secara individu boleh dirujuk sebagai “Pihak” dan secara kolektifnya dirujuk sebagai “Pihak -Pihak” -Pihak”
Dari rumusan di atas jelas bahawa Uniqraft Woks Enterprise adalah individu yang atau organisasi yang menawarkan projek kepada Asura Manufacturer (M) SDN BHD. Manakala Asura Manucfacturer (M) SDN BHD adalah pihak yang akan melaksanakan projek yang diberikan oleh Uniqraft Works Enterprise. Contoh untuk Kontrak Kerajaan pula adalah seperti di bawah :-
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 3
5
KONTRAK PERJANJIAN
K E R A J A A N M A L A Y S IA IA yang diwakili oleh Kementerian Pelancongan Malaysia yang
beralamat di Tingkat 6, 21, 32-36, 32-36, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 45, Jalan Tun Ismail, 50695 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut sebagai “Kerajaan”) bagi satu pihak, satu pihak, Dan MIX NETWORK CONSULTANCY (M) SDN BHD (No. Pendaftaran Syarikat: 663074-E)
sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan beralamat (atau pejabat berdaftarnya yang terletak di) No. 18-4, Jalan Cahaya T U7/t, Pinggiran Subang, Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor. ( kemudian dari ini disebut “Kontraktor”), bagi Pihak yang satu lagi. satu lagi. Kerajaan dan Kontrakt or or boleh dirujuk secara persendirian sebagai “Pihak” dan bersesama sebagai “Pihak -Pihak”.
3.4
PERSETUJUAN KONTRAK
Persetujuan Kontrak Perjanjian akan dinyatakan selepas Perisytiharan kedua-kedua pihak yang memeterai Kontrak Perjanjian. Persetujuan Kontrak Perjanjian yang melibatkan kedua-dua pihak adalah bagi menyatakan peranan masing-masing di mana pihak yang berkehendakkan sesuatu perkhimatan atau kerja akan menyatakan tujuan secara jelas dibahagian ini. Manakala pihak yang akan membekal atau melaksanakan perkhidmatan atau kerja akan dinyatakan juga secara jelas pada bahagian ini.
A. Kontraktor berkehendakkan Pembekal membekal peralatan pejabat di Pejabat Uniqraft Works seperti mana dinyatakan di L a m p i r a n A Perjanjian ini. B. Pembekal bersetuju membekal peralatan pejabat di Pejabat Uniqraft Works seperti seperti mana dinyatakan di L a m p i r a n A Perjanjian ini mengikut terma-terma dan syaratsyarat di dalam Perjanjian ini.
Rumusan di atas menunjukkan persetujuan di antara kedua-dua pihak bagi Membekal Peralatan Pejabat. Ianya dinyatakan secara jelas apakah peranan yang akan dimainkan oleh pihak yang akan Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE
membekalkan 3
6
KONTRAK PERJANJIAN
barangan tersebut. Contoh di bawah pula adalah untuk Kontrak Perjanjian di antara pihak swasta dengan Kerajaan bagi Perkhidmatan Membekal, Memasang dan Menyelenggara Menyelen ggara Peralatan ICT.
(a) Kerajaan berhasrat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Kontraktor untuk Membekal, Memasang dan Menyelenggara Peralatan ICT di Institut Penerangan Malaysia, Jalan Angkasapur i , Kuala Kua la Lumpur; dan (b) Kontraktor bersetuju mengendalikan Perkhidmatan Membekal, Memasang dan Menyelenggara Peralatan ICT di institut Penerangan Malaysia, Jalan Angkasapuri , Kuala Lumpur tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini. 3.5
ISI KONTRAK PERJANJIAN Isi Kontrak Perjanjian adalah inti bagi sesebuah Kontrak Perjanjian. Pada bahagian ini akan dihuraikan secara panjang lebar isi Kontrak Perjanjian yang diinginkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Isi Kontrak Perjanjian akan meliputi objektif Kontrak Perjanjian, hak, kewajipan, kedua-dua pihak dan huraian lengkap mengenai prestasi dan syaratsyarat yang dipersetujui d ipersetujui bersama.
Sesuai dengan sistem terbuka yang diamalkan di Malaysia. Maka keduadua pihak yang meterai Kontrak perjanjian adalah bebas untuk memasukkan syarat-syarat yang dipersetujui sesuai mengikut kehendak masing-masing ke dalam Kontrak Pejanjian selagi tidak melanggar Undang-undang Kontrak Malaysia dan mengikut ciri-ciri yang perlu ada di dalam sesebuah Kontrak Perjanjian seperti yang dinyatakan pada awal bab.
3.6
PENUTUP Bahagian Penutup bagi Kontrak Perjanjian merupakan bahagian akhir dari Kontrak Perjanjian tersebut. Pada bahagian ini dikemukakan 1 Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 3
7
KONTRAK PERJANJIAN
mukasurat terakhir yang perlu di tandatangani oleh Kedua-dua pihak yang membuat memeterai Kontrak Perjanjian serta 2 orang saksi. Bagi Kontrak
Kerajaan
untuk
penjawat
awam
penandatangan
Kontrak
Perjanjian hendaklah individu yang diberikan Kuasa oleh Menteri. Contohnya adalah seperti seper ti di bawah:-
DENGAN DISAKSIKAN di bawah ini, pihak-pihak di sini telah menandatangani Perjanjian ini melalui wakil-wakil yang diberi kuasa oleh mereka pada hari, bulan dan tahun yang mula-mula ditulis di atas. Ditandatangani untuk dan bagi pihak KERAJAAN
)
Tandatangan: ............ ............. .......
)
Nama: ............ ............. .............. ......
)
Jawatan: ............. .............. ............ ..
)
No. K/P: ............ .............. ............ .....
)
Ditandatangani untuk dan bagi pihak KONTRAKTOR
)
Disaksikan oleh : ) ) ) ) ) Tandatangan: ............... ............. .. ) Nama: ............. ............. ............. ... ) Jawatan: ............. .............. ........... ) No. K/P: ........... ............. .............. .
Disaksikan oleh :
Tandatangan: ........... ........... ..........
)
Nama: ............ ............. ............... .....
)
Jawatan: ............. ............. ............. ..
)
No. K/P: ............. ............. ........... ......
)
) Tandatangan: ............... ............. .. ) Nama: ............. ............. ............. ... ) Jawatan: ............. ............. ............ ) No. K/P: ........... ............. .............. .
Cap Syarikat: .............. .............. ........
)
Cap Syarikat: ............ ............ .......
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 3
8
KONTRAK PERJANJIAN
BAB 4 ONTRAK PELAKSANAAN K ONTRAK PERJANJIAN Setelah Kontrak Perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak maka terdapat 3 perkara yang perlu diberikan perhatian oleh kedua-dua pihak tersebut iaitu pelaksanaan,
penafsiran
terhadap
Kontrak
Perjanjian
dan
penyelesaian
sengketa. 4.1
Pelaksanaan Kontrak Perjanjian Setelah menandatangani suatu Kontrak Perjanjian bermakna telah terjalin hubungan syarat-syarat antara kedua-dua pihak.
Perkara
penting yang harus diperhatikan dalam melaksanakan Kontrak Perjanjian adalah pematuhan hak dan kewajipan masing-masing. Tujuannya supaya tidak menimbulkan kerugian dari salah satu pihak terhadap pihak yang lain.
Dalam amalan biasa kelambatan dalam mematuhi kewajipan dan ketidakmampuan dalam memenuhi sebahagian atau semua kewajipan yang terdapat di dalam kontrak Perjanjian. Sekiranya perkara ini berlaku ,sangat digalakkan supaya perkara tersebut diberitahu kepada
pihak
yang satu lagi. Dengan demikian , muncul niat baik daripada pihak yang tidak mampu memenuhi kewajipannya.
Perkara ini akan sangat membantu dan boleh menjadi faktor yang menguntungkan bagi individu tersebut sekiranya timbul isu yang Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 3
9
KONTRAK PERJANJIAN
melanggari syarat-syarat Kontrak Perjanjian.
Contohnya
kes
yang
berlaku kepada diri saya bagi projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Penghawa Dingin Di Bilik Server . Di mana 3 unit pengahawa dingin telah telah pun dipasang tetapi pihak Kontrak memaklumkan bahawa Sistem Pemantauan SMS untuk projek tersebut akan dipasang lewat kerana sistem
itu
perlu
diimport
daripada
Amerika
Syarikat.
Dengan
memaklumkan lebih awal maka saya dapat bertolak ansur dengan Kontraktor dan meminta pihak Kontarktor memberikan surat secara bertulis tentang kelewatan pemasangan sistem tersebut.
4.2
Penafsiran Isi Kontrak Perjanjian Didalam setiap Kontrak Perjanjian perlulah diadakan takrif bagi setiap entiti atau badan sesuatu organisasi di mana ianya perlu untuk anda membuat pengecaman dan perisytiharan perkataan-perkataan serta ungkapan-ungkapan di dalam kontrak tanpa perlu mengulanginya banyak kali. Contoh takrif yang selalu digunapakai oleh penyedia Kontrak Perjanjian adalah :
“KERAJAAN”
(a)
ertinya Kerajaan Malaysia yang bagi tujuan ini diwakili oleh Menteri Penerangan Malaysia dan termasuklah mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri menurut Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Akta 120).
(c)
“KONTRAKTOR ”
ertinya MiX NETWORK CONSULTANCY (M) SDN BHD, No. 101, Jalan Cahaya T U7/t, Pinggiran Subang, Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor dan termasuklah wasi-wasi, pentadbir-pentadbir, pengganti dan penerima pindah milik;
(e)“PERKHIDMATAN” ertinya Membekal, Memasang d an Menyelenggara Peralatan Peralatan ICT di Pusat Penerangan Malaysia, Jalan Ang kasapuri , Kuala Lum pur.
(f) “ PREMIS ” ertinya Pusat Penerangan Malaysia yang beralamat di 549, Jalan P REMIS Angkasapuri 50400 Kuala Lumpur; T EMPOH PERJANJIAN (g) “ TEMPOH ” ertinya ertinya tempoh kuatkuasa Perjanjian ini iaitu selama satu (1) tahun mulai 1 Disember 2009 2009 hingga 30 Novem ber 2010. 2010.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 4
0
KONTRAK PERJANJIAN
4.2.1 Tafsiran Tafsiran berbeza dengan takrif di mana tafsiran bagi setiap Kontrak Perjanjian adalah lebih kepada penggunaan ayat atau perkataan berbanding dengan takrif yang lebih menfokuskan kepada perkara yang disebut di atas. Tafsiran adalah standard ini bermakna anda tidak perlu bersusah payah untuk mengantikan dengan tafsiran yang lain yang anda rasa perlu kerana tafsiran-tafsiran seperti di bawah telah diiktiraf oleh pakar perundangan. Ini kerana terdapat beberapa perkataan undang-undang yang anda tidak pernah jumpa semasa di sekolah menengah. Contohnya seperti di bawah :
Pihak-pihak kepada Perjanjian bersetuju melainkan dikehendaki sebaliknya, ayat-ayat dan ekspresi-ekspresi yang digunakan di dalam Perjanjian ini hendaklah mempunyai tafsiran berikut: (a)
klausa, lampiran, jadual dan mana-mana dokumen yang dirujuk di dalam Perjanjian ini hendaklah diterima, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian yang penting dan perlu di dalam Perjanjian ini;
(b)
rujukan kepada klausa, lampiran dan jadual hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan terhadap klausa, lampiran dan jadual Perjanjian ini, melainkan jika yang lain dikehendaki;
(c)
semua rujukan kepada mana-mana peruntukan statut adalah termasuk manamana peruntukan yang telah dipinda, diubah dan digubal semula;
(d)
mana-mana perkataan yang menunjukkan genus adalah merangkumi genus neutral;
(e)
mana-mana perkataan yang menunjukkan perkataan jamak dan begitulah sebaliknya;
(f)
mana-mana mana-mana rujukan kepada “hari bekerja” adalah merupakan rujukan kepada hari selain daripada hari Sabtu dan Ahad dan hari yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan sebagai hari cuti umum atau hari yang tidak bekerja bagi pekerja pekerja Kerajaan dan mana-mana mana-mana rujukan kepada “hari”, “minggu”, “bulan” atau “tahun” adalah merupakan rujukan kepada hari, minggu, bulan dan minggu tersebut menurut kalendar Gregory;
(g)
mana-mana mana-mana rujukan kepada “waktu bekerja” yang berkait dengan Kerajaan adalah bererti waktu-waktu: (i)
mufrad
adalah
merangkumi
di antara 7.30 pagi hingga 5.30 petang daripada hari Isnin hingga Jumaat bagi negeri-negeri yang di mana hari minggunya jatuh pada hari Sabtu dan Ahad; dan
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 4
1
KONTRAK PERJANJIAN
(ii)
4.3
di antara 7.30 pagi hingga 5.30 petang daripada hari Ahad hingga Khamis bagi negeri-negeri yang di mana hari minggunya jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu;
(h)
mana-mana mana-mana rujukan kepada “kelulusan” atau “persetujuan” adalah bererti kelulusan atau persetujuan bertulis;
(i)
mana-mana mana-mana rujukan kepada “pihak - pihak” pihak” adalah bererti pihak -pihak -pihak di dalam Perjanjian ini.
SKOP KERJA Kontrak Perjanjian juga perlu disertakan dengan Skop Kerja. Kesilapan yang biasa dilakukan oleh Penyemak Kontrak Perjanjian adalah dengan menganggap Skop Kerja dan spesifikasi Teknikal adalah perkara yang sama. Walhal ia merupakan dua dokumen yang berbeza. be rbeza. Di mana Skop merujuk perihal perkhidmatan yang dilaksanakan dan semua kerja yg terlibat dalam menyiapkan projek dan proses yang digunakan untuk mencipta projek. Ini bermakna proses daripada serahan tapak sudah dikira termasuk didalam Skop Kerja Sehinggalah proses penghantaran barangan, pemasangan produk dan pengujian projek dilakukan. Skop Kerja akan di lampirkan di bahagian belakang Kontrak Perjanjian. Pada bahagian ini anda perlu menyatakan Kuantiti barang-barang yang dihantar hendaklah tepat dan anda perlu memeriksa barang-barang yang diterima terlebih dahulu sebelum menandatangani Dokumen Pesanan. Selain itu perlu dinyatakan juga Peralatan yang dibekalkan dan dihantar oleh Kontraktor hendaklah baru, asli, belum digunakan( kecuali bagi tujuan ujian mutu di kilang), dari keluaran semasa serta sesuai dan baik untuk digunakan bagi tujuan ia diperolehi, mematuhi kehendak anda dan mempunyai keupayaan prestasi yang baik, bebas dari kecacatan, kerosakan dan kekurangan sama ada dari segi kualiti, prestasi, bahan Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 4
2
KONTRAK PERJANJIAN
yang digunakan dan mutu serta mematuhi semua syarat-syarat Kontrak Perjanjian Perjanjian.
4.4
HARGA DAN NILAI PERJANJIAN Harga dan nilai perjanjian perlu dinyatakan jelas di dalam Kontrak Perjanjian. Anda perlu perhatian betul titik perpuluhan bagi harga Kontrak Perjanjian dan sebutan harga yang dinyatakan di dalam bentuk ayat. Contoh Klausa yang selalu digunakan adalah seperti:Nilai Perjanjian ini ialah RM 141,198 141,198.30 .30 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Emp at Puluh Satu Ribu Satu Ratus Sem bilan Puluh L apan Dan Sen Tiga Puluh Sahaja) dan ia tidak boleh ditambah atau dikurangkan kecuali dengan persetujuan bersama Pihak-Pihak di dalam bentuk pindaan kepada Perjanjian ini dan ditandatangani oleh Pihak-Pihak.
4.5
PEMBAYARAN
Sebagai balasan kepada Perkhidmatan yang dibekalkan oleh Kontraktor, Kerajaan akan membuat pembayaran bagi Perkhidmatan tersebut boleh dilakukan secara berperingkat mengikut peratusan kemajuan projek atau Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 4
3
KONTRAK PERJANJIAN
pun secara 1 kali (lump ( lump sum) dan anda perlulah lampirkan di Jadual
Pembayaran. Tempoh maksimun pihak Kerajaan perlu membuat bayaran adalah dalam tempoh empat belas (14) hari selepas Kontraktor mengemukakan Inbois Perdagangan kepada Kerajaan. Sekiranya dalam tempoh tersebut pembayaran masih tidak lagi dibuat dan dokumendokumen proses pembayaran yang lengkap telah dikemukakan , anda boleh membuat aduan kepada Bahagian Perolehan, Kementerian Kewangan.
Bagi memudahkan proses bayaran dibuat anda perlulah mengemukakan dokumen-dokumen
pembayaran
yang
lengkap
kepada
Kerajaan.
Pembayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia mengikut kadar pertukaran yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tarikh pembayaran dibuat oleh Kerajaan sekiranya harga Perkhidmatan yang dipersetujui di dalam Perjanjian ini dibuat dalam matawang Negara asing. Sebarang isu yang timbul di antara Kontraktor dengan mana-mana pihak ketiga mengenai pembayaran dalam Perjanjian ini adalah di luar tanggungjawab Kerajaan. 4.6
WANG TAHANAN Wang tahanan merupakan sejumlah wang yang akan ditahan oleh pihak pembayar kepada kontraktor yang melaksanakan projek . Tujuan wang tahanan dikenakan adalah bagi mengelakkan pihak kontraktor daripada lari daripada mengjalankan kerja-kerja yang timbul projek selesai dilaksanakan. Tempoh wang tahanan adalah enam (bulan) ataupun satu
(1) tahun daripada tarikh siap projek. Wang Tahanan boleh ditahan sama ada pihak pembayar tidak membuat pembayaran penuh terhadap jumlah keseluruhan projek . Contohnya, pihak pembayar hanya membayar 95% daripada harga projek dan baginya akan dibayar selepas selesai tempoh kecacatan. Kaedah yang kedua adalah pihak kontrator Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 4
4
KONTRAK PERJANJIAN
sendiri yang memasukkan sejumlah wang yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak ke dalam Bank dan dikemukakan bukti wang tersebut telah di masukkan iaitu sebuah dokumen yang dinamakan Bon Pelaksanaan. Wang Tahanan yang dimasukkan oleh kontraktor itu tadi hanya boleh dikembalikan kepada pihak kontraktor setelah pihak bank menerima surat pelepasan wang tahanan daripada pihak pembayar. Contohnya, Kontraktor dikenakan sebanyak 5% daripada harga kontrak bagi wang tahanan iaitu berjumlah Ringgit Malaysia Tujuh Ribu Enam
Puluh (RM7,060.00) sahaja bagi harga Kontrak perjanjian yang bernilai
RM 141,198.30 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Empat Puluh Satu Ribu Satu Ratus Sembilan Puluh Lapan Dan Sen Tiga Puluh Sahaja) . Wang tahanan ini akan dikembalikan setelah tamat tempoh liability kecacatan dan segala kerja-kerja kecacatan telah diambil tindakan. 4.7
TEMPOH PERJANJIAN Tempoh perjanjian adalah jangka masa Kontrak Perjanjian berkuatkuasa dan boleh diguna pakai sekiranya terdapat sebarang isu yang timbul. Selepas tarikh tamat tempoh perjanjian Kontrak Perjanjian tidak akan sah dan tidak boleh digunakan untuk sebarang tuntutan. Contohnya , Perjanjian ini adalah berkuatkuasa untuk tempoh satu (1) tahun mulai 1
Disember 2009 hingga 30 November 2010.
Walaubagaimanapun Kontrak Perjanjian boleh dilanjutkan kepada suatu tempoh yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak secara bertulis. Permohonan bagi melanjutkan Perjanjian ini boleh dibuat oleh mana-mana pihak dengan memberi notis bertulis, sebelum tamatnya tempoh Perjanjian. Sebarang pindaan mengenai tempoh Kontrak Perjanjian hendaklah dibuat dengan cara bertulis dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 4
5
KONTRAK PERJANJIAN
4.8
OBLIGASI PIHAK-PIHAK Obligasi pihak-pihak merupakan pematuhan oleh kedua-dua pihak terhadap syarat perjanjian. Balasan daripada pematuhan yang dilaksanakan oleh Kontraktor pihak Kerajaan akan memberikan balasan berupa wang ringgit dengan syarat semua obligasi telah dipatuhi. Contoh klausa Oligasi adalah seperti di bawah:Syarikat hendaklah :(a) menjalankan dan menyempurnakan Perkhidmatan tersebut menurut terma dan syarat Per janjian ini; (b)
membekalkan Perkhidmatan tersebut mengikut peringkat-peringkat pembangunan di Jadual Pelaksanaan dan S k o p K e r j a Perjanjian ini;
(c)
sentiasa mengendalikan keseluruhan Perkhidmatan tersebut dengan tenaga pekerja yang cekap, berkelayakan dan berpengalaman bersesuaian dengan pelaksanaan perkhidmatan tersebut;
(d)
bertanggungjawab untuk keseluruhan kos dan perbelanjaan Perkhidmatan tersebut dan membuat perancangan yang wajar untuk peruntukan-peruntukan kewangan bagi menjalankan Perkhidmatan tersebut;
(c) mengupah dengan kos dan perbelanjaannya sendiri KontraktorKontraktor Pakar, para perunding dan/atau agen-agen yang diberi kuasa untuk kewajaran perlaksanaan dan prestasi perkhidmatan-perkhidmatan tersebut; (e)
menghantar dan menyerahkan Peralatan kepada Kerajaan di Premis yang telah ditetapkan oleh Kerajaan pada Waktu Hari Bekerja;
(f)
menyediakan dengan kos dan perbelanjaannya sendiri segala peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk perlaksanaan Perkhidmatan tersebut;
(g)
membekal dan menghantar Peralatan yang baru, asli, belum ( kecuali bagi tujuan ujian mutu di kilang), dari keluaran semasa serta sesuai dan baik untuk digunakan bagi tujuan ia diperoleh, dan mempunyai keupayaan prestasi yang dinyatakan di dalamnya, bebas dari kecacatan, kerosakan dan kekurangan sama ada dari segi kualiti, prestasi, bahan yang digunakan dan mutu serta mematuhi semua syarat-syarat Perjanjian ini bagi tujuan Perkhidmatan tersebut;
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 4
6
KONTRAK PERJANJIAN
(h)
Memberi latihan penggunaan peralatan tersebut kepada kakitangan Kerajaan ;
(i)
sentiasa memberi akses dan membekalkan maklumat-maklumat yang berkaitan degan Perkhidmatan tersebut pada bila-bila masa diperlukan Kerajaan. Apabila Kerajaan membuat permintaan ini, Kontraktor hendaklah patuh dan mengemukakannya dalam tempoh tiga (3) jam dari permintaan Kerajaan atau tempoh yang disetujui oleh Kerajaan sama ada secara lisan atau bertulis diterima oleh Kontraktor dan mana-mana pekerja, ejen, kontraktor k ontraktor bebas yang dilantik oleh Kontraktor atau manamana orang lain yang diberikuasa dan dilantik oleh Kontraktor bagi maksud melaksanakan Perkhidmatan tersebut;
(j)
sentiasa melindungi dan memelihara kepentingan Kerajaan berkaitan dengan Perkhidmatan tersebut dan mengambil semua langkah-langkah yang wajar dan betul untuk menghalang dan/atau mengelakkan penyalahgunaan kemudahan-kemudahan yang tidak ekonomik, jika ada yang diwujudkan oleh Kerajaan kepada Kontraktor; dan
(k)
memberitahu Kerajaan secara bertulis dengan segera berlakunya apa-apa faktor atau peristiwa yang dilihat boleh kesan kepada Perkhidmatan tersebut. Pemberitahuan hendaklah tidak ditaksirkan sebagai melepaskan apa-apa jua obligasi Kontraktor di bawah Perjanjian ini.
Kerajaan hendaklah :(a) membayar
nilai
Perjanjian
ini
sebanyak
RM
141,198.30
tentang memberi tersebut obligasi-
(Ringgit
Malaysia: Satu Satu Ratus Em pat Puluh Satu Ribu Satu Ratus Sembilan Puluh L apan Dan Sen Tiga Puluh Sahaja) tersebut satu (1) kali secara
lump sum di Jadual Pembayaran kepada Kontraktor dalam tempoh empat belas (14) hari dari invois Kontraktor diterima oleh Kerajaan selepas kerjakerja membekal, memasang dan mentauliah selesai dijalankan; (b)
membayar kesemua kos dan perbelanjaan tambahan yang ditanggung oleh Kontraktor akibat dari Variation Order dan/atau kelewatan Kerajaan;
(c)
membenarkan Kontraktor dan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Kontraktor pada setiap masa yang sesuai dan setelah notis bertulis yang munasabah diberikan kepada Kerajaan, masuk ke dalam Premis Kerajaan bagi maksud memeriksa dan menjalankan Perkhidmatan tersebut;
(d)
menyediakan segala maklumat, data dan kerjasama yang diperlukan kepada Kontraktor dalam pelaksanaan Perkhidmatan tersebut; dan
(e)
memberitahu Kontraktor tentang sebarang perubahan alamat Kerajaan atau sekiranya Perkhidmatan tersebut perlu diubah ke tempat yang diarahkan oleh Kerajaan.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 4
7
KONTRAK PERJANJIAN
4.9
PERMOHONAN UNTUK PERUBAHAN Pada klausa ini kedua-dua pihak dinyatakan bagaimana perubahan ke atas Kontrak Perjanjian boleh dilaksanakan. Semestinya perubahan sesuatu Kontrak Perjanjian adalah berdasarkan kepada persetujuan kedua-dua pihak. Maka pada klausa ini diperincikan bagaimana perubahan terhadap Kontrak perjanjian dilaksanakan. Contoh klausa ini adalah seperti di bawah:-
Kerajaan boleh, secara bertulis mencadangkan kepada Kontraktor untuk mengubah Skop Kerja seperti di dalam Jadual Skop Kerja termasuk menambah Skop Kerja pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Perjanjian. Kontraktor hendaklah dalam masa tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh penerimaan notis yang tersebut di dalam Perjanjian ini, menghantar secara bertulis kepada Kerajaan masa dan kos yang diperlukan untuk mengkaji implikasi cadangan tersebut bagi mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan. Setelah Pihak-Pihak bersetuju dengan masa dan kos yang diperlukan oleh Kontraktor bagi memastikan implikasi cadangan tersebut, Kontraktor hendaklah menjalankan kajian tersebut dan menghantar kepada Kerajaan suatu laporan bertulis bersama-sama dengan pelan pelaksanaan yang telah disemak, kos pelaksanaan Perkhidmatan tersebut berdasarkan kepada cadangan perubahan dan lain-lain maklumat atau dokumen yang berkenaan. Setelah menerima laporan dan maklumat Pihak-Pihak hendaklah merundingkan satu tambahan kepada Perjanjian sedia ada untuk pelaksanaan Perkhidmatan tersebut selaras dengan cadangan perubahan dan mana-mana perkara yang berkaitan. Setelah Pihak-Pihak bersetuju, Kerajaan akan mengeluarkan notis bertulis kepada Kontraktor supaya meneruskan pelaksanaan Perkhidmatan tersebut menurut terma-terma dan syarat-syarat yang termaktub di dalam Perjanjian ini. Sementara menunggu persetujuan kedua-dua Pihak mengenai cadangan penukaran, Kontraktor akan meneruskan pelaksanaan Perkhidmatan tersebut sepertimana jika Kerajaan tidak membuat sebarang cadangan perubahan. Jika Kerajaan menarik balik cadangan penukaran dalam sebelum pengeluaran notis, Kerajaan tidak akan dipertanggungjawabkan dengan sebarang caj berhubung dengan penarikan tersebut. Jika penarikan tersebut dibuat oleh Kerajaan selepas empat belas (14) hari bekerja dari tarikh pengeluaran notis, Kerajaan akan dipertanggungjawabkan dengan semua
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 4
8
KONTRAK PERJANJIAN
kos pemasangan dan juga semua kos berkaitan yang ditanggung oleh Kontraktor dalam melaksanakan perubahan tersebut. Kontraktor akan mengambil semua tindakan yang berpatutan untuk memastikan gangguan yang minimum terhadap Peralatan tersebut yang telah ditauliahkan pada tarikh notis dikeluarkan ketika melaksanakan penukaran tersebut.
4.10
PENALTI Penalti merupakan klausa yang mesti diletakkan di dalam Kontrak Perjanjian kerajaan kerana ia akan menjamin kesempurnaan sesuatu projek siap mengikut tempoh waktu yang dipersetujui. Sekiranya terdapat kelewatan pada jadual yang sepatutnya telah di buat penyerahan akhir dan kontraktor kontraktor tidak dapat patuhi maka klausa
di
bawah akan aktif. Terdapat beberapa cara denda yang dikenakan d ikenakan kepada kontraktor sama ada kontraktor perlu membayar sejumlah wang mengikut formula pengiraan di bawah atau pemindahan teknologi di mana Kontraktor memberikan sesuatu gajet yang terkini kepada Kerajaan mengikut nilai harga denda yang dikenakan oleh Kerajaan. Mengikut amalan biasa pihak Kerajaan dengan kata lembut tidak akan sampai hati untuk meminta anda membayar sejumlah wang kepada mereka. Oleh itu anda perlulah membuat rayuan dan cuba alternatif yang kedua iaitu pemindahan teknologi masukan sekali dengan training kepada kakitangan kerajaan dan ini akan mengurang kos mengalir keluar daripada pihak anda. Masa adalah intipati kepada Perjanjian ini. Kerajaan mempunyai hak-hak berikut, sekiranya : a) kelewatan penyiapan dan penyerahan Perkhidmatan tersebut dalam tempoh masa yang diperincikan di dalam Pelan Pelaksanaan di dalam Jadual Pelaksanaan, Perjanjian ini (i)menolak (i) menolak penyiapan dan penyerahan Perkhidmatan tersebut dan menamatkan Perjanjian ini; atau
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 4
9
KONTRAK PERJANJIAN
(ii)
(iii)
mendapatkan perolehan perkhidmatan yang dikenakan itu daripada pihak ketiga atau sumber lain dan menolak Perkhidmatan yang diberikan oleh Kontraktor. Sekiranya kos perolehan perkhidmatan daripada pihak ketiga atau sumber lain ini melebihi Nilai Perjanjian, maka Kontraktor dikehendaki membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada Kerajaan; atau mengenakan denda lewat sekiranya Kerajaan bersetuju menerima penyiapan dan penyerahan Perkhidmatan tersebut, yang mana adalah dikira seperti berikut: Formula Denda Lewat = [ V(T+D) x 5% ] / T Di mana: V
: Nilai perkhidmatan yang lewat diserahkan
T
: Tempoh penyiapan dan penyerahan yang ditetapkan
D : Bilangan hari lewat b) Sekiranya perkhidmatan yang diberikan adalah tidak diserahkan sepenuhnya oleh Kontraktor selepas persetujuan dibuat, Kerajaan boleh mengenakan tindakan tanpa menyentuh hak – – hak lain yang ada pada Kerajaan
4.11
SET OFF Kerajaan sentiasa berhak memotong apa-apa wang yang kena bayar oleh Kontraktor kepada Kerajaan di bawah Perjanjian ini atau di bawah mana-mana Perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan daripada apa-apa wang yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada Kotraktor di bawah Perjanjian ini di mana Kontraktor telah melanggar syarat-syarat perjanjian ini.
4.12
TANGGUNG RUGI Klausa tanggung rugi adalah klausa yang berupa “amaran” kepada Kontraktor bahawa bahawa jika terdapat sebarang kos yang timbul
semasa
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 5
0
KONTRAK PERJANJIAN
projek dijalankan ianya akan ditanggung oleh kontraktor. Contohnya sekiranya Kontraktor tidak dapat melaksanakan perkhidmatan atau kerja-kerja yang di berikan dan Kerajaan terpaksa melantik Kontraktor lain untuk membuat kerja tersebut maka pihak kontraktor yang awal hendaklah menanggung kos bagi perkhidmatan atau kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontrator yang baru dilantik oleh Kerajaan. Kontraktor hendaklah membayar tanggung rugi kepada Kerajaan daripada dan terhadap segala bayaran tuntutan, belanja gantirosak, tanggungan, kerugian dan kos perbicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas Kerajaan sebagai akibat yang langsung atau tidak langsung dari kelonggaran syarat-syarat Perjanjian ini oleh Kontraktor. Jika bilangan Kontraktor itu dua (2) atau lebih daripada dua (2) orang, maka tangungan bagi mereka itu dibawah Perjanjian ini hendaklah disifatkan sebagai bers ama dan masing-masing. Kontraktor hendaklah membayar gantirugi kepada Kerajaan ke atas apa-apa jua tindakan terhadap pelanggaran surat jaminan hak atau rekabentuk berdaftar kerana mengguna atau menjual mana-mana barang yang dibekalkan oleh Kontraktor dibawah Perjanjian ini dan terhadap segala belanja dan gantirosak yang dibayar dan/atau tanggung dahulu oleh Kerajaan. Kerajaan akan menuntut segala belanja dan gantirosak itu dari Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membayar segala jumlah tersebut kepada Kerajaan, dengan syarat sentiasa gantirugi itu tidak akan dikenakan terhadap apa-apa juga pelanggaran yang disebabkan oleh Kontraktor kerana menurut rekabentuk atau arahan yang diberikan oleh Kerajaan.
4.13
HAD KEWAJIPAN Klausa had kewajipan diwujudkan bagi melindungi kontraktor daripada keadaan yang mungkin berlaku bukan disebabkan oleh perkhidmatan atau kerja-kerja yang sedang dijalankan oleh kontraktor. Klausa ini juga merupakan Klausa yang standard dan anda hanya perlu letakkan ia di dalam Kontrak Perjanjian anda. Contohnya klausa yang anda boleh gunakan adalah seperti sep erti di bawah:-
Kontraktor tidak bertanggungjawab di atas segala kerugian yang timbul atau berkaitan dengan gangguan, kegagalan pengendalian, interaksi atau sambungan
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 5
1
KONTRAK PERJANJIAN
sistem, walau apa jua sebab dan apa jua tempoh samada kerugian, gangguan, kegagalan pengendalian, interaksi atau sambungan tersebut disebabkan oleh aplikasi, peralatan, servis atau rangkaian yang disediakan oleh pihak lain atau pihak ketiga atau melalui akses yang tidak dibenarkan atau kecurian dan pindaan.
Kontraktor juga tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kemusnahan aplikasi, data, program, maklumat, rangkaian atau sistem milik pihak Kerajaan atau pelanggan-pelanggan Kerajaan disebabkan kemalangan, penipuan atau kaedah-kaedah lain yang diguna oleh Kerajaan atau pelanggan pelanggan pihak Kerajaan.
Di dalam apa jua keadaan, Kontraktor tidak bertanggungjawab terhadap segala kerugian samada secara tidak langsung, sampingan, akibat, balasan, tergantung atau kerugian utama, termasuk dan tidak terhad kepada kehilangan keuntungan, anggaran simpanan, nama baik, perniagaan, hasil, pertambahan kos operasi dalam apa jua keadaan dan timbul.
4.14
WARANTI Klausa untuk waranti juga perlu diletakkan didalam Kontrak Perjanjian Bagi menjamin barangan yang diterima. Contohnya Perkhidmatan Pengawal keselamatan Tanpa Senjata Api, perlu diletakkan di letakkan klausa ini kerana ianya memberi jaminan servis yang diberikan adalah kualiti. Sekiranya Peralatan atau servis yang diberikan tidak memenuhi kehendak salah satu pihak maka contoh klausa di bawah b awah akan terpakai. Tempoh waranti yang dijamin oleh Kontraktor bagi kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Kontraktor adalah untuk tempoh selama dua b elas (12) (12) bulan selepas pentauliahan dan diakui terima oleh Kerajaan. Kontraktor menjamin bahawa Peralatan yang dibekalkan di bawah Perjanjian ini kepada Kerajaan adalah baru, asli, belum digunakan, dari keluaran semasa serta sesuai dan baik untuk digunakan bagi tujuan ia diperolehi, mematuhi kehendak Jadual Spesifikasi dan mempunyai keupayaan prestasi yang dinyatakan di dalamnya, bebas dari kecacatan, kerosakan dan kekurangan sama ada dari segi kualiti, prestasi, bahan yang digunakan dan mutu serta mematuhi semua syaratsyarat Perjanjian ini.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 5
2
KONTRAK PERJANJIAN
Sekiranya dalam tempoh waranti Kerajaan mendapati bahawa barang-barang kerja rosak bukan disebabkan kecuaian Kerajaan, Kontraktor hendaklah membaikinya dan jika perlu mengganti mana-mana bahan dengan memuaskan dalam tempoh waranti tersebut tanpa apa-apa bayaran tambahan. Laporanlaporan mengenai kerosakan itu termasuk kerja-kerja pembaikan dan penggantian hendaklah dikemukakan kepada Kerajaan. Apa-apa bahagian, komponen dan/atau pemasangan Peralatan tersebut yang diganti atau dibaiki oleh Kontraktor hendaklah diberi jaminan yang serupa untuk satu tempoh yang sama seperti ditetapkan , bermula dari tarikh Peralatan yang diganti / dibaiki itu diterima ole h Kerajaan. Kegagalan Kontraktor mengganti atau membaiki Peralatan yang tidak mematuhi kehendak di dalam tempoh yang ditetapkan adalah disifatkan sebagai kegagalan Kontraktor membekalkan Peralatan dan Kerajaan berhak melaksanakan haknya. Tanpa mengambil kira tempoh tamat Perjanjian ini, peruntukan-peruntukan mengenai jaminan ini hendaklah kekal sah dan berkuat kuasa sehingga berakhir tempoh jaminan bagi semua Peralatan yang dibekalkan.
4.15
FORCE MAJEURE Klausa Force Majeure adalah perlu diletakkan di dalam Kontrak Perjanjian untuk persediaan bagi suatu keadaan yang tidak dijangka akan berlaku contohnya seperti pemberontakan, peperangan dan rusuhan. Apabila terjadinya perkara yang saya sebutkan di atas maka kedua-dua pihak tidak akan terikat ke atas obligasi-obligasi yang terdapat
di
dalam
Kontrak
Perjanjian.
Namun
kontraktor
perlu
melaksanakan kerja-kerja yang tidak terjejas terhadap peristiwa yang dinyatakan. Contoh standard klausa yang digunakan oleh mana-mana penyedia Kontrak Perjanjian adalah seperti di bawah anda hanya perlu copy dan paste dan paste ke dalam Kontrak Perjanjian Perj anjian anda. Pihak-Pihak adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kemungkiran obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini sekiranya Pihak-Pihak tidak dapat melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini atau mana-mana bahagian daripadanya selain daripada obligasi bayaran akibat daripada
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 5
3
KONTRAK PERJANJIAN
berlakunya kejadian Force Majeure. Kejadian Force Majeure hendaklah bermaksud : (a) (b) (c)
(d) (e) (f)
peperangan (sama ada ia diisytiharkan atau tidak), pertempuran, penaklukan atau tindakan oleh musuh-musuh asing; pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atau tindakan pengganas; bencana termasuk gempa bumi, banjir, kebakaran bawah tanah,yang spontan, ombak besar (tsunami) atau apa-apa bencana alam yang secara munasabahnya, seseorang yang berpengalaman tidak dijangka dapat mengambil langkah berjaga-jaga; letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan kimia atau radiasi; tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau apa-apa peranti aerial yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik; dan rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam selain dihadkan kepada pekerja, personel atau pengkhidmat atau agen Penaja.
Jika berlaku kejadian Force Majeure yang menyebabkan mana-mana Pihak tidak dapat melaksanakan apa-apa obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau manamana bahagian daripadanya) yang terjejas akibat daripada kejadian Force Majeure tersebut, Pihak-Pihak tersebut hendaklah dengan serta-merta memaklumkan akan kejadian Force Majeure itu kepada Pihak yang satu lagi dan diikuti dengan butir-butir terperinci mengenai kejadian Force Majeure tersebut dan kesannya kepada pelaksanaan Perjanjian ini. Jika Pihak-Pihak mendapati kejadian Force Majeure telah menjadikan Perjanjian ini mustahil untuk dilaksanakan maka Pihak –Pihak –Pihak kepada Perjanjian ini bolehlah bersetuju bahawa Perjanjian ini boleh ditamatkan atas persetujuan bersama. Jika Perjanjian ini ditamatkan di bawah subklausa 19.3 di atas, semua hak dan obligasi Pihak-Pihak di bawah Perjanjian ini hendaklah terhenti dan mana-mana Pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Pihak yang satu lagi dan masing-masing tidak bertanggungan terhadap satu sama lain melainkan berkaitan dengan apa-apa hak dan liabiliti yang terakru sebelum berlakunya Force Majeure tersebut. Mana-mana Pihak tidak boleh menggunakan mana-mana peruntukan dalam Perkara ini jika Pihak-Pihak telah memutuskan secara munasabahnya bahawa suatu kejadian Force Majeure tidak berlaku. Bagi mengelakkan apa-apa keraguan, Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini hendaklah terus melaksanakan obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini yang tidak terjejas, tertangguh atau terganggu oleh kejadian Force Majeure dan obligasi berkenaan hendaklah terus berkuat kuasa sementara menunggu pelaksanaan peruntukkan Fasal 19 ini.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 5
4
KONTRAK PERJANJIAN
4.16
MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN Terdapat 2 kaedah yang anda boleh gunakan untuk menyelesaikan pertelingkahan iaitu melalui Jawatankuasa Penyelesaian pertikaian dan juga Timbang Tara . Di mana klausa yang diberikan di bawah anda boleh gunakan untuk menyediakan Kontrak Perjanjian anda. Klausa ini adalah standard dan yang perlu anda lakukan adalah edit perkataan yang tidak diingini. Untuk bahagian timbang tara pula anda perlu meyemak akta timbang tara yang baru untuk dimuatkan ke dalam Kontrak Perjanjian. Buat masa sekarang Akta timbang Tara 2005 merupakan akta yang terbaru . 4.16.1
JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN
Sebarang pertikaian di antara Pihak-Pihak mengenai Perkhidmatan tersebut hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan atau perbincangan di antara Pihak-Pihak dengan merujuk isu pertikaian kepada satu Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang terdiri daripada:(a) Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Malaysia atau wakilnya yang bertindak sebagai Pengerusi; (b) dua (2) orang wakil yang dilantik oleh Kerajaan; (c) dua (2) orang wakil yang dilantik oleh Kontraktor. Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini boleh dan bebas untuk melantik mana-mana pakar bebas yang diakui mempunyai kepakaran dalam hal yang menjadi isu atau pertikaian untuk menasihatinya dalam perkara-perkara yang memerlukan kepakaran pakar bebas tersebut dan apa-apa kos, fi dan perbelanjaan yang dikenakan oleh pakar bebas tersebut hendaklah dijelaskan secara sama rata oleh Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini; Walau bagaimanapun, perlantikan pakar bebas ini adalah tertakluk kepada keperluan kepakarannya dalam menyelesaikan pertikaian yang wujud antara Pihak-Pihak sekiranya Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian sendir i gagal untuk menyelesaikannya; Setiap ahli di dalam Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian, termasuk Pengerusi hendaklah mempunyai satu undi sahaja dan Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian tersebut bolehlah membentuk dan merangka sendiri kaedah-kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian yang dirujuk kepadanya;
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 5
5
KONTRAK PERJANJIAN
Keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini hendaklah dibuat berdasarkan kepada undian majoriti mudah dan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini hendaklah mengikat Pihak-Pihak dalam Perjanjian ini; dan Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
4.16.2
TIMBANG TARA
Jika apa-apa perkara, pertelingkahan atau tuntutan yang timbul daripada atau bersangkutan dengan Perjanjian ini atau kemungkiran atau penamatan yang tidak boleh dipersetujui atau tidak boleh diselesaikan secara persahabatan oleh kedua-dua Pihak, perkara, pertelingkahan atau tuntutan itu hendaklah dirujuk kepada seorang penimbang tara yang dipersetujui antara Pihak-Pihak dan kegagalan kepada persetujuan tersebut akan dilantik di atas permohonan salah satu Pihak oleh Ketua Pengarah Pusat Timbang tara Serantau di Kuala Lumpur dan apa-apa rujukan hendaklah disifatkan sebagai tertakluk kepada timbang tara bagi maksud Akta Timbang Tara 2005. Keputusan penimbang tara itu hendaklah muktamad dan mengikat Pihak-Pihak. Setiap timbang tara itu hendaklah didengar di Pusat Timbang tara Serantau, Kuala Lumpur dengan menggunakan kemudahan dan sistem yang didapati di pusat tersebut. Apa-apa rujukan perkara, pertelingkahan atau tuntutan kepada timbang tara mengikut Fasal ini dan/atau berterusannya prosiding ini hendaklah tidak dengan apa-apa cara berfungsi sebagai penepian kepada kewajipan-kewajipan Pihak-Pihak untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan masing-masing di bawah Kontrak Perjanjian.
4.17
PENAFIAN Kegagalan pihak Kerajaan dan/atau Kontraktor menjalankan atau menguatkuasakan mana-mana hak, remedi atau peruntukan di bawah Kontrak Perjanjian ini pada bila-bila masa, tidak akan terjumlah kepada suatu penafian hak, melainkan ianya telah dibuat secara bertulis terlebih dahulu. Sebarang penafian hak hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dirujuk dan dipersetujui dipe rsetujui oleh kedua-dua pihak. pihak.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 5
6
KONTRAK PERJANJIAN
4.18
PINDAAN PERJANJIAN Sebarang pindaan kepada Kontrak Perjanjian hendaklah dibuat dalam bentuk bertulis dipersetujui sepenuhnya serta ditandatangani bersama oleh kedua-dua pihak. Pindaan itu hendaklah diikuti dan dibaca sebagai sebahagian dari Kontrak Perjanjian.
4.19
INSURANS Kadar insuarans yang dikenakan ke atas Kontraktor adalah mengikut kadar insurans yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) seperti di dalam jadual di bawah. Di mana Kontraktor hendaklah di atas perbelanjaannya sendiri, mengambil satu atau lebih, polisi Insurans Tanggungan Awam dari mana-mana syarikat insurans berdaftar dengan suatu nilai munasabah dan dipersetujui oleh Kerajaan bagi melindungi liabiliti Kontraktor dan Kerajaan dari semua bentuk tuntutan pampasan dan/atau ganti rugi di bawah undang-undang yang dibuat oleh manamana pihak akibat kecederaan diri atau kematian atau bencana kerosakan harta tanah atau harta diri yang berbangkit dari atau dalam melaksanakan Perjanjian ini atau akibat dari apa-apa kecuaian, peninggalan, pecah kontrak atau selainnya oleh Kontraktor atau pengkhidmat atau ejen kepada Kontraktor. Kontraktor. Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 5
7
KONTRAK PERJANJIAN
Kontraktor hendaklah di atas perbelanjaannya sendiri, mengambil satu atau lebih polisi Insurans Tanggungan Pekerja atau Insurans Pampasan Pekerjaan atau apa-apa insurans yang berkaitan bagi pekerja-pekerjanya dan ejen-ejennya seperti mana yang dikehendaki oleh undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Malaysia.
Insurans yang tersebut hendaklah meliputi di sepanjang masa berkuat kuasanya Perjanjian ini dan hendaklah diperbaharui jika berlaku apa-apa perlanjutan tempoh atau pembaharuan tempoh Kontrak Perjanjian. Kontraktor hendaklah mengemukakan polisi atau polisi-polisi insurans tersebut berserta resit pembayaran premium pre mium kepada Kerajaan.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 5
8
KONTRAK PERJANJIAN
Kadar Insurans Mengikut Harga Kontrak
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 5
9
KONTRAK PERJANJIAN
BAB 5 ONTRAK PENAMATAN K ONTRAK PERJANJIAN Apakah
langkah-langkah
yang
perlu
diambil
oleh
kerajaan
sebelum
menamatkan sesuatu kontrak jika kontraktor/pembekal gagal memenuhi obligasi-obligasi kontrak?
Sebelum menamatkan kontrak, peluang yang munasabah akan diberikan kepada kontraktor yang gagal memenuhi obligasi kontrak. Ini termasuk mengadakan perjumpaan,
memberi
peringatan
bertulis,
amaran
yang
cukup
dan
mengeluarkan surat tunjuk sebab (show cause letter). Jika kontraktor tidak menjawab atau memberikan penjelasan yang tidak munasabah, maka tindakan menamatkan kontrak boleh diambil. Bagi membolehkan Kerajaan menamatkan kontrak, klausa penamatan kontrak akan dimasukkan ke dalam semua kontrak yang melibatkan Kerajaan supaya Kerajaan tidak berada dalam situasi yang menyulitkan bila pembekal atau kontraktor gagal memenuhi obligasi. Jika perlu, penamatan kontrak hendaklah dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang supaya urusan penamatan teratur dan untuk mengelakkan sebarang tindakan sivil terhadap Kerajaan. Itu adalah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan ke atas kontraktor yang tidak mematuhi syarat-syarat yang terdapat di dalam Kontrak Perjanjian. Konsep yang diimplementasikan oleh Kerajaan juga boleh diguna pakai bagi Kontrak Perjanjian untuk syarikatsyarikat swasta dalam membuat penamatan ke atas sesuatu kontrak Perjanji an. Adalah tidak sempurna sesuatu Kontrak Perjanjian sekiranya Klausa untuk penamatan tidak dimasukkan ke dalam Kontrak Perjanjian.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 6
0
KONTRAK PERJANJIAN
Kewajipan kontraktual pihak-pihak dalam sesuatu kontrak dikatakan telah dilepaskan apabila pihak-pihak berkenaan tidak lagi dikehendaki melaksanakan obligasi tersebut. Sesuatu kontrak boleh dilepaskan apabila terdapat faktorfaktor seperti yang ditunjukkan oleh Rajah di bawah :
Faktor Penamatan Kontrak
5.1
PERLAKSANAAN Bermaksud penyempurnaan lengkap atau sebenar sesuatu kewajipan menurut syarat-syarat yang telah dipersetujui dalam kontrak. Contoh kes : BOLTON LWN MAHADEWA (1972) 1 WLR 1009 Plaintif telah bersetuju memasang alat pemanas di rumah defendan. Setelah siap dipasang defendan enggan membuat bayaran kerana alat tersebut tidak berfungsi. Mahkamah memutuskan plaintif tidak berhak menuntut .
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 6
1
KONTRAK PERJANJIAN
5.2
PERJANJIAN Pihak-pihak yang berkontrak melepaskan kewajipan atau obligasi masingmasing melalui perjanjian baru. Perjanjian-perjanjian baru b aru boleh jadi dalam bentuk :
a. novasi b. pembatalan c. penggubahan d. remitan
5.2.1 Novasi Pengambilalihan tanggungan/obligasi oleh pihak lain.
5.2.3
Pembatalan
Pihak-pihak berkontrak membatalkan kontrak tersebut atas persetujuan pihak- pihak yang terlibat sebelum sesuatu pelaksanaan dalam sesuatu kontrak disempurnakan.
5.2.4
Penggubahan
Perjanjian dibuat dibu at untuk mengubah atau meminda terma terma-terma -terma kontrak.
5.2.5
Remitan
Perjanjian untuk mengurangkan men gurangkan atau meringankan atau melepaskan sama ada keseluruhan atau sebahagian dari perjanjian asal.
5.3
KEKECEWAAN Menurut Seksyen 57 AK 1950 apabila berlaku ketidak mungkinan dalam pelaksanaan sesuatu kontrak maka kontrak tersebut adalah mustahil untuk dilaksanakan. Inilah yang dikatakan suatu kontrak yang kecewa. Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 6
2
KONTRAK PERJANJIAN
Contoh kes :
SENG DJIT HIN LWN NAGURDAS PUSHOTUMDAS & CO. (1924) 14 SSLR 181 Satu perjanjian pengangkutan laut menjadi kecewa apabila kapal berkenaan diambil milik oleh kerajaan selepas sele pas peperangan meletus.
5.4
KEMUNGKIRAN Apabila pihak-pihak yang berkontrak gagal untuk melaksanakan obligasi kontraktualnya, ini memberikan hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuklah menamatkan kontrak.
Contoh klausa penamatan yang boleh dinyatakan di dalam Kontrak Perjanjian adalah seperti di bawah. Di mana saya telah membahagikan kepada 3 bahagian iaitu penamatan Kontrak Perjanjian oleh pembayar iaitu pihak yang membuat bayaran iaitu kerajaan, penamatan Kontrak Perjanjian oleh Kontraktor itu pihak yang melaksanakan Perkhidmatan atau kerja-kerja dan Penamatan Kontrak disebabkan rasuah, atau aktivti yang menyalahi undang-uandang. Bagi Penamatan yang disebabkan rasuah atau aktiviti yang menyalahi undang-undang klausa ini harus dinyatakan di dalam Kontrak Perjanjian yang berurusan denga pihak Kerajaan manakala untuk Kontrak swasta bergantung kepada anda untuk meletakkan klausa ini atau tidak. Namun tidak rugi jika anda meletakkan saja klausa ini di dalam Kontrak Perjanjian Cuma apa yang anda perlu lakukan adalah adalah menukar menukar ganti nama Kerajaan kepada kepada nama
syarikat
anda sekiranya anda berurusan dengan syarikat yang bukan agensi kerajaan.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 6
3
KONTRAK PERJANJIAN
Penamatan Perjanjian Oleh Pihak Pembayar Melainkan seperti yang diperuntukkan di bawah Perjanjian ini, sekiranya: 20.1
Kemungkiran oleh Kontraktor
20.1.1 Keadaan-keadaan yang membawa kepada kemungkiran Perjanjian, sekiranya didapati bahawa: ( a ) Kontraktor telah gagal menepati, mematuhi atau melaksanakan terhadap manamana syarat dalam Perjanjian ini; atau ( b ) Kontraktor dengan sengaja mengabaikan secara berterusan daripada menjalankan obligasi-obligasinya seperti mana yang terkandung di dalam Perjanjian ini; atau ( c ) Kontraktor memberikan representasi yang salah atau pengaruh yang tidak wajar kepada Kerajaan sebelum dan selepas termeterainya Perjanjian ini; atau ( d ) Kontraktor menyerahkan tugas dan tanggungjawabnya yang khusus di bawah Perjanjian ini untuk dilaksanakan oleh pihak ketiga yang tiada kaitan dengan Perjanjian ini tanpa persetujuan bertulis dari Kerajaan; atau ( e ) Kontraktor melakukan perbuatan yang menyebabkan Kerajaan diheret ke dalam pertikaian yang tidak munasabah; atau ( f ) Kontraktor Kontraktor mengolah atau mengabaikan secara berterusan dalam mematuhi apaapa arahan bertulis daripada Kerajaan dan yang mana telah dipersetujui akan dilakukan oleh Syarikat; atau ( g ) Kontraktor tidak jujur atau amanah atau bertanggungjawab atau cuai dalam melaksanakan Perjanjian ini. Maka Kerajaan berhak untuk mengemukakan atau mengeluarkan notis bertulis (selepas ini dirujuk sebagai “Notis Mungkir”) kepada Kontraktor dan Kontraktor perlu meremedikan kegagalan tersebut dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh notis tersebut. 20.1.2 Sekiranya Kontraktor gagal meremedikan kegagalan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari selepas Notis Mungkir dikeluarkan, Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini dengan serta- merta dengan mengemukakan notis bertulis (selepas ini dirujuk sebagai “Notis Penamatan”) kepada Kontraktor dan Perjanjian ini hendaklah ditamatkan mulai daripada tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan di dalam Notis Penamatan tersebut diberikan. 20.2
Kemungkiran Am oleh Kontraktor
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 6
4
KONTRAK PERJANJIAN
Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini (tanpa apa-apa pampasan) dengan memberi notis secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh penamatan diniatkan kepada Kontraktor jika :( a ) Kontraktor pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang atau membuat sesuatu pindah hak atau penyerah hak bagi faedah-faedah sipiutangsipiutang atau jika Syarikat adalah suatu syarikat, meluluskan suatu ketetapan, atau mahkamah membuat sesuatu perintah bahawa syarikat itu digulung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau jika seseorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah atau seseorang sipiutang melantik seorang penerima atau pengurus, atau yang memberi hak kepada mahkamah membuat perintah penggulungan; atau ( b ) Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor melakukan perbuatan jenayah atau rasuah, dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Perjanjian ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik ganti rosak dan lain-lain hak yang sedia ada; 20.3 Tanpa menjejaskan subklausa 20.1 dan 20.2, Kerajaan berhak untuk untuk menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa obligasi memberikan sebarang alasan dan pampasan kepada Kontraktor. 20.4 Tanpa menjejaskan subklausa 20.1, 20.2 dan 20.3 Perjanjian ini, Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini (tanpa memberi apa-apa pampasan) dengan memberi notis tidak kurang dari tiga puluh (30) hari dari tarikh penamatan diniatkan kepada Kontraktor (tanpa apa-apa obligasi memberikan sebarang alasan) jika Kerajaan berpendapat bahawa penamatan Perjanjian ini adalah perlu bagi kepentingan negara, demi keselamatan negara atau bagi tujuan mematuhi dasar Kerajaan Malaysia atau dasar awam. 20.5 Bagi tujuan subklausa 20.4 Perjanjian ini, apa yang dimaksudkan dengan kepentingan negara, demi keselamatan negara atau bagi tujuan mematuhi dasar Kerajaan Malaysia atau dasar awam hendaklah ditentukan dan ditafsirkan oleh Kerajaan dan penentuan dan pentafsiran ini hendaklah muktamad dan konklusif dan hendaklah tidak terbuka kepada apa-apa penentangan atau bantahan daripada Kontraktor. 20.6 Walau apa pun yang dinyatakan di subklausa di atas, Kontraktor hendaklah melaksanakan segala obligasinya yang terakru kepada Kerajaan dalam Perjanjian ini. 20.7 Dengan syarat sentiasa, Kerajaan berhak menuntut daripada Kontraktor apa-apa ganti rugi yang mungkin timbul akibat dari Penamatan Perjanjian ini, tanpa menjejaskan hak-hak lain Kerajaan yang terakru di bawah Perjanjian ini.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 6
5
KONTRAK PERJANJIAN
20.8 (a)
(b)
(c)
Setelah penamatan Perjanjian ini:Segala kuasa dan hak yang diberikan oleh dan segala tanggungjawab di dalam Perjanjian ini hendaklah ditamatkan secara serta merta.
Kontraktor hendaklah:(i) Segera menamatkan segala perkhidmatannya; (ii)
Menyerahkan kepada Kerajaan laporan-laporan terperinci mengenai segala kos perkhidmatan dan bayaran –bayaran –bayaran lain yang masih tertunggak dan terhutang oleh Kerajaan sebelum penamatan untuk pengesahan dan kelulusan oleh Kerajaan;
(iii)
Menamatkan segala Kontrak pihak ketiga yang dimasuki oleh Kontraktor berkenaan dengan perlaksanaan/pengendalian Perkhidmatan tersebut.
Kerajaan hendaklah:(i) Menuntut terhadap Kontraktor atas sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami akibat daripada penamatan Perjanjian ini; dan (ii)
berhak untuk melantik Kontraktor lain untuk melaksanakan Perkhidmatan tersebut dan Kontraktor hendaklah membayar kepada Kerajaan segala kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan dalam menyempurnakan Perkhidmatan tersebut segala perbelanjaan yang sepatutnya dibayar kepada Kontraktor lain untuk menyempurnakan Perkhidmatan tersebut sekiranya Perjanjian ini tidak ditamatkan.
DENGAN SYARAT BAHAWA penamatan tersebut hendaklah tidak menjejaskan atau memprejudiskan hak-hak mana-mana pihak sebelum tarikh penamatan Perjanjian ini dan segala tanggungjawab di bawah Perjanjian ini hendaklah berterusan walaupun selepas penamatan Perjanjian ini mengenai apa jua tindakan, perbuatan perkara atau benda yang berlaku sebelum penamatan Perjanjian ini.
21.
PENAMATAN PERJANJIAN OLEH KONTRAKTOR 21.1 Kontraktor boleh memberi notis bertulis tiga puluh ( 30 ) hari daripada tarikh 30 penamatan diniatkan kepada Kerajaan untuk menamatkan Perjanjian ini jika didapati: (a)
Kerajaan telah gagal membayar nilai Perjanjian sebagaimana yang dinyatakan dalam Klausa 3 Perjanjian ini atau bayaran lain yang telah dipersetujui oleh Pihak-Pihak untuk dibayar oleh Kerajaan selepas tiga puluh (30) hari dari tarikh ia perlu bayar; atau
(b)
Kerajaan telah gagal untuk mematuhi atau melaksanakan mana-mana terma atau syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 6
6
KONTRAK PERJANJIAN
21.2
Walau apa pun yang dinyatakan di subKlausa 21.1, Kerajaan hendaklah hendaklah melaksanakan segala obligasi Kerajaan yang masih terakru kepada Kontraktor dalam Perjanjian ini.
21.3
Setelah penamatan Perjanjian ini di bawah subklausa 21.1, Kontraktor hendaklah menerima aku janji Kerajaan berikut sebagai penyelesaian penuh dan sempurna segala tuntutan bayaran di bawah atau yang timbul daripada Perjanjian ini:(a) Kerajaan hendaklah membayar segala wang yang terhutang dan kena bayar kepada Kontraktor setakat tarikh penamatan Perjanjian ini dan manamana wang yang masih belum dibayar dengan syarat Kerajaan hendaklah berhak untuk menolak jumlah tertentu yang terhutang kepada Kerajaan oleh Kontraktor di bawah Perjanjian ini; dan (b)
22.
Kontraktor hendaklah menamatkan Perkhidmatan tersebut dengan serta merta.
PENAMATAN DISEBABKAN RASUAH ATAU AKTIVITI YANG MENYALAHI UNDANGUNDANG
22.1 Tanpa prejudis kepada apa-apa hak Kerajaan, jika Kerajaan berpuas hati bahawa Kontraktor, pengkhidmatnya, pekerjanya atau agennya terlibat dalam rasuah atau aktiviti yang menyalahi undang-undang berhubung dengan Perjanjian ini atau manamana Perjanjian lain antara Kontraktor dan Kerajaan, Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa, dengan segera memberi notis bertulis berkenaan penamatan penamatan Perjanjian ini kepada Kontraktor. 22.2 Akibat daripada penamatan yang dinyatakan di subklausa 22.1, Kerajaan hendaklah berhak kepada semua kerugian, kos, kerosakan dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan sampingan) yang terbit atau ditanggung oleh Kerajaan yang berbangkit dari penamatan tersebut.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 6
7
KONTRAK PERJANJIAN
BAB 6 PENGURUSAN DAN ONTRAK PENTADBIRAN K ONTRAK PERJANJIAN Pentadbiran dan pengawasan Kontrak Perjanjian memainkan peranan yang penting dalam perolehan Kerajaan bagi memastikan kontraktor memenuhi semua obligasinya di bawah Kontrak Perjanjian yang ditandatangani.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pegawai untuk memastikan kerajaan mendapat nilai dan faedah maksimum untuk bayaran yang akan dibuat oleh kerajaan. Ia termasuk memastikan kualiti barangan yang dibekalkan menepati spesifikasi dalam kontrak atau jika perkhidmatan yang diberikan, perkhidmatan tersebut mengikut spesifikasi/kekerapan dan mengikut mutu yang telah dipersetujui.
Bagi perolehan kerja, ianya hendaklah meliputi skop kerja yang ditetapkan dan dipersetujui dalam tawaran/kontrak. Di samping itu, bekalan hendaklah dibekalkan dalam tempoh yang telah dipersetujui dan jika kerja, maka kerja hendaklah disiapkan dalam tempoh yang telah ditawarkan atau ditetapkan dalam kontrak.
Jika kontraktor lewat membekal atau lewat menyiapkan kerja, maka tindakan hendaklah diambil untuk mengenakan denda. Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 6
8
KONTRAK PERJANJIAN
6.1
Menandatangani Kontrak Perjanjian Siapakah yang boleh menandatangani kontrak bagi pihak Kerajaan?. Daripada pihak Kerajaan Kontrak Perjanjian boleh ditandatangani oleh YB Menteri atau pegawai yang diberi kuasa oleh YB Menteri
yang
berkenaan selaras dengan peruntukan Akta Kontrak Kerajaan 1949 (Disemak 1973).
Semua Ketua Setiausaha Kementerian hendaklah mengenal pasti pegawai-pegawai yang sesuai untuk menandatangani kontrak dan memastikan penurunan kuasa dengan had-had kuasa secara bertulis telah diperolehi dengan sewajarnya daripada YB Menteri Kementerian berkaitan.
Penurunan kuasa ini hendaklah dikaji semula setiap tahun dan dikemaskinikan. Hanya pegawai yang telah diturunkan kuasa sahaja boleh menandatangani kontrak. Sekiranya ianya ditandatangani oleh individu yang tidak diberi kuasa oleh YB Menteri berkenaan Kontrak Perjanjian tersebut boleh dikatakan tidak sah kerana ditandatangani oleh mereka yang tidak layak.
Bagi pihak kontraktor pula Kontrak Perjanjian hendaklah ditandatangani oleh pemilik syarikat atau pun pemilik bersama syarikat yang diberi kuasa
untuk
menandatangani
Kontrak
Perjanjian.
Seeloknya
penandatangan adalah individu yang menandatangani surat setuju terima sebutharga/tender.
Ini
kerana
semasa
proses
penilaian
sebutharga/tender
oleh
Jawatankuasa Penilaian Teknikal terdapat satu kriteria di bawah Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 6
9
KONTRAK PERJANJIAN
kesempurnaan dokumen sebutharga/tender yang mana semakan dibuat bagi memastikan sebutharga/tender ditandatangani oleh individu yang diberi
kuasa
untuk
menurunkan
tandatangan.
Jika
tidak
sebutharga/tender tersebut tidak akan layak untuk ke peringkat seterusnya. 6.2
Tempoh menangani Kontrak Kontrak Perjanjian hendaklah ditandatangani secepat mungkin selepas semua terma dan syarat dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan selewatlewatnya empat (4) bulan dari tarikh keluarnya Surat Setuju Terima. Tarikh kuat kuasa Kontrak Perjanjian (effective ( effective date) date) hendaklah dinyatakan sebagai tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani.
Manakala tarikh Kontrak Perjanjian ialah tarikh Kontrak Perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Tetapi untuk mendapatkan bayaran awal Kontrak Perjanjian hendaklah segera disiapkan kerana proses pembayaran tidak akan lengkap jika tidak disertakan dengan Kontrak Perjanjian. Pastinya anda tidak mahu perkara ini berlaku.
6.3
Pengedaran Dan Penyimpanan Kontrak Mengikut Arahan Perbendaharaan Dokumen Kontrak boleh dilupuskan selepas tujuh (7) tahun . Namun terdapat juga agensi kerajaan yang memperuntukan selama lima (5) tahun. Tetapi yang pastinya ianya tidak akan kurang daripada tiga (3) tahun.
Oleh itu anda hendaklah membuat pemantauan ke atas Kontrak Perjanjian dengan teliti apabila terdapat perpindahan syarikat ke lokasi baru pastikan Kontrak Perjanjian dibawa bersama. Semasa situasi beginilah kebanyakan dokumen-dokumen syarikat keciciran. Ini adalah Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 7
0
KONTRAK PERJANJIAN
bagi menjaga kepentingan syarikat dan melicinkan urusan yang berhubung kait dengan pelaksanaan sesuatu projek yang dijalankan oleh syarikat anda. Selain itu bagi memastikan jika terdapat isu yang berbangkit dikemudian hari anda ada sesuatu untuk dijadikan sebagai rujukan. 6.4
Hakmilik Dokumen-Dokumen Perjanjian Dokumen Kontrak Perjanjian adalah sentiasa menjadi hak milik Kerajaan dan akan ditunjukkan apabila dan ketika diperlukan oleh Kerajaan. Anda juga akan dibekalkan oleh kerajaan satu (1) salinan Kontrak Perjanjian yang telah ditandatangani.
Satu (1) salinan Kontrak yang anda simpan adalah penting kerana jika terdapat sebarang kes mahkamah yang melibatkan Kontrak Perjanjian pihak yang satu lagi akan mengemukakan Kontrak Perjanjian yang terdapat di tangan pihak berkenaan.
Siapa yang berani jamin Kontrak tersebut tidak diubah suai. Pada masa itu anda
bolehlah kemukakan Kontrak Perjanjian yang terdapat di
dalam simpanan anda dan jika perlu anda harus ketahui di mana letaknya Kontrak Perjanjian yang selebihnya.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 7
1
KONTRAK PERJANJIAN
BAB 7 ONTRAK LAMPIRAN K ONTRAK PERJANJIAN Apa-apa lampiran atau jadual kepada Kontrak Perjanjian akan menjadi sebahagian daripada Kontrak Perjanjian dan dibaca bersama. Bagi memudahkan anda, apa yang anda perlu lakukan adalah pisahkan bahagian lampiran seperator iaitu terdapat helaian mukasurat lain yang mengasingkan antara isi kontrak dan lampiran. Anda bolehlah merujuk kepada folder seperator yang disertakan bersama ebook ini.
Sekiranya syarikat anda berurusan dengan Kerajaan maka dokumen-dokumen yang disenaraikan di atas adalah perlu dilampirkan sekiranya anda mahu proses pembayaran dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Ini kerana pihak Kerajaan tidak akan membuat bayaran selagi Kontrak Perjanjian anda tidak lengkap dan walaupun lengkap namun lampiran yang saya senaraikan di atas tidak ada maka anda perlu tunggu beberapa hari lagi sebelum bayaran boleh dibuat.
Antara perkara-perkara ataupun dokumen penting yang perlu dilampirkan bersama Kontrak Perjanjian mengikut turutan turu tan adalah:7.1
Jadual Pelaksanaan Jadual Pelaksanaan merupakan 1 dokumen yang boleh terdiri daripada format microsoft Excell, Microsoft Office atau atau
Carta Gant. Namun
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 7
2
KONTRAK PERJANJIAN
untuk memudahkan anda mana-mana format adalah diterima dan ianya tidak semestinya dibuat menggunakan carta Gant yang sudah tentu anda tidak mempunyai kemahiran untuk membuatnya dan perlu mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Visio. Tujuan jadual ini adalah untuk menunjukkan progress sesuatu projek itu dilaksanakan di mana ianya bermula daripada tarikh milik tapak hingga kepada serahan akhir projek kepada agensi.
7.2
Spesifikasi Teknikal Spesifikasi teknikal merupakan dokumen yang menerangkan kerja-kerja teknikal
yang
akan
dilaksanakan
oleh
Kontraktor.
Untuk
proses
sebutharga atau tender Spesifikasi Teknikal akan disertakan oleh Kerajaan untuk dipenuhi oleh Kontraktor sama ada bersetuju atau tidak dengan spesifikasi teknikal yang akan dilaksanakan. Spesifikasi Teknikal perlu dilampirkan ke dalam Kontrak Perjanjian dan menjadi sebahagian daripadanya.
7.3
Skop Kerja Skop kerja merupakan merupakan dokumen dokumen yang yang menerangkan kerja-kerja kerja-kerja
yang
akan dilaksanakan. Ianya bermula daripada pemilikan tapak iaitu hari pertama anda datang untuk melihat tapak projek atau tempat perkhidmatan
dilakukan
hinggalah
ke
fasa
penyerahan
akhir
perkhidmatan atau kerja-kerja yang anda lakukan. 7.4
Senarai Kuantiti Senarai Kuantiti merupakan satu dokumen senarai barangan yang terlibat di dalam sebutharga atau tender. Di mana ianya akan menyatakan kuantiti barang yang diperlukan untuk projek yang akan akan dilaksanakan. Di Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 7
3
KONTRAK PERJANJIAN
dokumen ini anda perlu meletakkan harga setiap barangan yang disenaraikan.
7.5
Jadual Pembayaran Jadual Pembayaran hendaklah dilampirkan bersama Kontrak Perjanjian. Di dalam jadual ini anda harus nyatakan bagaimana pembayaran terhadap perkhidmatan atau kerja-kerja yang anda laksanakan dibuat bayaran. Sama ada bayaran di buat secara berfasa ber fasa iaitu mengikut peratusan kemajuan projek atau pun secara pukal (Lump ( Lump sum) sum)
7.6
Pelan-Pelan Bagi kerja-kerja yang melibatkan lukisan pelan seperti pembinaan bangunan anda perlu lampirkan bersama Kontrak Perjanjian. Selain itu bagi perkhidmatan seperti Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Tanpa Senjata Api juga diperlukan pelan untuk anggota berkawal dan membuat rondaan serta lokasi post kawalan. Selain itu bagi Kontrak Perjanjian seperti
Perkhidmatan
Membekal,
Memasang
dan
Menguji
Terima
Multimedia Electronic Board juga perlukan pelan memandangkan ianya melibatkan litar-litar elektronik dan juga pendawaian elektrik di kawasan agensi. 7.7
Surat Setuju Terima/ Pemberitahuan Penerimaan Sebutharga/Tender Surat Setuju Terima ialah surat yang mengesahkan penerimaan sesuatu tawaran berasaskan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam dokumen tender, draf dokumen kontrak yang telah dikeluarkan terdahulu, syarat-syarat yang telah dipersetujui di dalam Surat Niat dan syarat-syarat
lain
yang
telah
dipersetujui.
Surat
Setuju
Terima
hendaklah dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya setelah semua rundingan
selesai dan
persetujuan dicapai. Apa-apa syarat syarat
dan
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 7
4
KONTRAK PERJANJIAN
perubahan
yang
telah
dipersetujui
dalam
rundingan
hendaklah
dinyatakan dengan jelas dalam Surat Setuju Terima. Contoh surat setuju terima anda boleh dapati di dalam folder lampiran yang disertakan bersama ebook ini. 7.7
Bon Pelaksanaan Bon Pelaksanaan ialah suatu bentuk jaminan yang perlu dikemukakan oleh kontraktor yang mendapat kontrak daripada Kerajaan, yang boleh dipegang oleh Kerajaan bagi melindungi kepentingannya dan memastikan kontraktor melaksanakan semua obligasi di bawah sesuatu kontrak. Bon pelaksanaan diperlukan untuk kontrak bernilai melebihi RM200,000.00 sahaja. Kadar bon pelaksanaan adalah 2.5% daripada nilai kontrak bagi kontrak bekalan/perkhidmatan yang bernilai RM200,000.00 hingga RM500,000.00. Manakala 5% daripada nilai kontrak bagi kontrak bekalan/perkhidmatan yang melebihi RM500,000. RM500,000.
Bagi kontrak bekalan/perkhidmatan bermasa yang berkuatkuasa bagi tempoh dua 2 tahun atau lebih, peratus dan amaun bon pelaksanaan dikira
mengikut
anggaran
nilai
kontrak
setahun
sahaja.
Walau
bagaimanapun, bon Pelaksanaan yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah meliputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa. 5% daripada nilai kontrak bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi RM200,000. RM200,000.
Tempoh sah laku bon pelaksanaan bagi Perolehan Kerja adalah Dua belas 12 bulan selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan. Manakala Perolehan Bekalan adalah 12 bulan selepas penghantaran terakhir atau tarikh tamat kontrak yang mana terkemudian. terkemudian. Bon pelaksanaan boleh terdiri daripada :
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 7
5
KONTRAK PERJANJIAN
(i) Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia; atau
(ii) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans yang berlesen di bawah Akta Insurans 1996 yang beroperasi di Malaysia; atau
(iii) Jaminan Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia; atau
(iv) Jaminan Bank yang dikeluarkan di keluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 yang beroperasi di Malaysia; atau
(v) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh pengendali takaful yang berdaftar di bawah Akta Takaful 984 yang beroperasi berope rasi di Malaysia; atau
(vi) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB); atau atau
(vii)
Wang Jaminan Pelaksanaan Pe laksanaan (untuk kerja sahaja).
Contoh surat untuk dikemukan kepada pihak bank adalah seperti yang terdapat dalam folder dalam folder lampiran. Cara-cara untuk anda membuat Bon pelaksanaan juga akan dinyatakan di dalam surat setuju terima yang akan ditandatangani oleh anda.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 7
6
KONTRAK PERJANJIAN
7.8
Polisi Insurans Polisi insurans merupakan polisi yang dikeluarkan oleh Syarikat Insurans yang diakui dan diambil di atas nama Kerajaan Malaysia di mana anda perlu lampirkan 2 jenis polisi iaitu:-
A. Polisi Liabiliti Awam (Public Liability Policy ) B. Polisi Insurans Untuk Kerja (Insurance Policy for the Work )
7.9
Skim Keselamatan Sosial Pekerja (Social Security Scheme ) Kemukakan nombor kod majikan di bawah skim PERKESO. Tiada format khusus untuk dokumen ini. Anda hanya perlu membuat surat rasmi kepada agensi dan nyatakan nombor kod majikan tersebut pada surat rasmi berkenaan.
7.10
Borang sebutharga/tender Borang
sebutharga/tender
digunakan
oleh
pihak
Kerajaan
yang
mengandungi ciri-ciri terperinci sesuatu projek yang diiklankan. Apabila anda terlibat dengan projek kerajaan. Borang sebutharga/tender yang telah anda masukkan ke dalam Peti Sebutharga/tender hendaklah dilampirkan sekali dengan Kontrak Perjanjian. Namun ianya tidak menjadi kewajipan tetapi untuk memudahkan anda membuat semakan pada masa depan anda perlu lampirkan sekali borang sebuthar ga/tender.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 7
7
KONTRAK PERJANJIAN
BAB 8 ATEGORI K ONTRAK ONTRAK K ATEGORI PERJANJIAN Pada dasarnya hanya 3 jenis kontrak sahaja yang diperakui Kementerian Kewangan iaitu Kontrak Jenis PERKHIDMATAN, BEKALAN dan KERJAKERJA.
Anda
seharusnya
dapat
membezakan
jenis-jenis
Kontrak
Perjanjian yang dinyatakan di atas .
8.1
Kontrak Perjanjian Jenis Perkhidmatan Contoh Kontrak Perjanjian jenis perkhidmatan yang paling mudah adalah Kontrak Perjanjian Perkhidmatan Menaiktaraf Laman Web ianya dikira sebagai kontrak Perjanjian Perjanji an kategori Perkhidmatan Per khidmatan kerana ianya lebih
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 7
8
KONTRAK PERJANJIAN
memberikan servis. Iaitu lebih kepada servis yang tidak boleh disentuh secara fizikal. Namun begitu terdapat juga kerja-kerja fizikal yang dikategorikan
sebagai
perkhidmatan
seperti
Perkhidmatan
Penyelenggaraan Bangunan Secara Komprehensif.
8.2
Kontrak Perjanjian Jenis Bekalan Kontrak jenis ini pula adalah lebih tertumpu kepada penghantaran barangan ke premis pejabat atau tapak bina. Anda perlu meneliti betulbetul kategori ini, kerana kadang-kadang terdapat kerja-kerja disebalik penghantaran barangan. Namun begitu apa yang anda boleh lakukan untuk memastikan ianya berada di dalam kategori yang betul adalah dengan melihat peratusan projek tersebut lebih memberat ke arah yang mana satu sama ada bekalan barangan atau pun kerja. Contoh Kontrak Perjanjian Bekalan adalah seperti Membekal Peralatan Pejabat dan Membekal Bunga Segar.
8.3
Kontrak Perjanjian Jenis Kerja-Kerja Kontrak Perjanjian ini adalah yang melibatkan tenaga buruh dan peralatan-perlatan teknikal. Kontrak Perjanjian ini adalah jelas kerana kita boleh nampak, sentuh dan rasa. Contoh Kontrak Perjanjian jenis ini seperti Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Penghawa Dingin Di Bilik Server. Walaupun terdapat bekalan peralatan seperti penghawa dingin namun ianya masih dikategorikan sebagai kerja kerana peratusan ke arah itu adalah lebih tinggi berbanding bekalan. Contoh yang lain adalah KerjaKerja Menambak Tanah dan Kerja-Kerja Pembinaan bangunan.
Julai 2010, semasa saya dan keluarga berada di AEON Ampang (Dulu di kenali sebagai Carefour ), Seorang wanita daripada Pasir Gudang Johor menelefon saya, bertanyakan sama ada ebook ini dijual di di Kedai Popular atau MPH kerana beliau ingin mendapatkan Panduan untuk Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 7
9
KONTRAK PERJANJIAN
membuat
Kontrak Perjanjian bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan
Bangunan Secara Komprehensif yang meliputi 4 bidang utama iaitu Pembersihan, M&E dan Lanskap. Saya menjawab ebook ini hanya dijual secara atas talian kerana kerana memudahkan pembaca untuk membuat pengeditan kerana contoh-contoh Kontrak Perjanjian boleh di muat turun secara langsung secara atas talian dan ini akan memudahkan lagi kerjakerja pengeditan di lakukan.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 8
0
KONTRAK PERJANJIAN
BAB 9 STAMPING & DUTI SETEM Rahsia Yang Ditunggu!!! Pembayaran stem hasil RM10 termaktub dalam Akta Setem 1949 yang memerlukan apa-apa borang rasmi undang-undang perlu dikenakan setem hasil.
Apa-apa duti setem yang kena bayar dengan Perjanjian ini akan ditanggung oleh Kontraktor. YA!! Ianya akan ditanggung oleh anda sebagai syarikat yang dilantik untuk melaksanakan projek.
Tetapi ada caranya yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan syarikat anda daripada dikenakan Duti Setem semasa stamping kontrak perjanjian syarikat anda. Di mana anda boleh menyediakan satu draf surat kepada pihak LHDN yang memaklumkan kepada pihak LHDN yang anda adalah syarikat yang dilantik oleh kerajaan.
Memandangkan LHDN adalah sebuah badan di bawah Kementerian Dalam Negeri oleh itu anda tidak akan dikenakan bayaran oleh pihak LHDN mengikut Akta Setem 1949 Pengecualian Am Seksyen (35) . Sila lihat Folder Zero Duti Setem yang disertakan bersama ebook ini sebagai contoh surat yang anda boleh gunakan untuk mengelak daripada dikenakan Duti Setem daripada pihak LHDN.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 8
1
KONTRAK PERJANJIAN
Walaupun ianya nampak mudah namun terdapat banyak syarikat yang terlepas pandang perkara ini dan semestinya pihak kerajaan tidak akan memaklumkan kepada anda perkara ini kerana ianya akan merugikan pihak kerajaan.
Terdapat beberapa syarikat yang pernah saya siapkan Kontrak Perjanjian membayar sendiri cukai Duti Setem yang dikenakan oleh LHDN walhal mereka boleh mengelak dikenakan Cukai Duti Setem . Tarikh kontrak perjanjian hendaklah sama dengan tarikh surat setuju terima. Jangan Isi Tarikh pada bahagian Atas Kontrak Perjanjian sekiranya anda sudah terlewat untuk stamping Kontrak Perjanjian ini kerana semakin jauh jarak tarikh yang diisi dengan tarikh anda stamping Kontrak Perjanjian harga stamping juga akan meningkat mengikut tarikh yang anda tulis pada bahagian atas.
Pengalaman saya adalah biarkan kosong tarikh tersebut dan isikan selepas Kontrak Perjajian anda telah di stamping. Jika tidak anda akan dikenakan denda ianya berdasarkan pengalaman saya dalam menguruskan Kontrak Perjanjian bagi Perkhidmatan Penyewaan Multimedia Display System.
Anda boleh mematikan setem di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pejabat daerah di mana setem duti boleh dimatikan. Di mana Timbalan Pemungut Duti Setem akan menurunkan catatan pengecualian setelah berpuashati bahawa pengecualian adalah terpakai berdasarkan surat yang dikemukakan oleh anda.
Oh
ya!
Surat
yang
anda
perlu
kemukakan
kepada
LHDN
hendaklah
ditandatangani oleh pegawai di agensi Kerajaan tersebut dengan menggunakan kepala surat agensi berkenaan. Apa yang anda perlu lakukan minta pegawai berkenaan berbuat demikian untuk anda dengan memberikan draft surat yang Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 8
2
KONTRAK PERJANJIAN
saya sertakan. Kadang-kadang terdapat pegawai kerjaan yang tidak mengetahui tentang pelepasan duti setem untuk Kontrak Perjanjian yang melibatkan kerajaan dengan pihak swasta. SELAMAT SELA MAT BERJAYA!!!!
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 8
3
KONTRAK PERJANJIAN
ATA-K ATA ATA AKHIR K ATA Akhir sekali selepas anda siap menyediakan kontrak perjanjian. Kontrak perjanjian
hendaklah
dibinding
seelok-eloknya
hendaklah
dibinding
menggunakan stapler berbanding menggunakan comb binding. binding.
Ini kerana apabila anda menggunakan stapler kontrak perjanjian tersebut akan sukar untuk dibuka dan diubah isi kandungannya. Kontrak perjanjian juga hendaklah dicetak minimun empat (4) set dimana setiap satu perlu diberikan kepada (simpanan syarikat Anda , Simpanan Fail, Bahagian Kewangan, simpanan pegawai incharge) incharge)
Seboleh-bolehnya anda menggunakan hard cover untuk kulit luar . Jika tidak ada pastikan kontrak anda disaluti plastic cover pada bahagian luar. Kerana kerajaan tidak akan melupuskan dokumen Kontrak Perjanjian selagi belum cukup 5 tahun dan untuk memastikan Kontrak Perjanjian anda bertahan selama 5 tahun sila lakukan apa yang saya sarankan seperti di atas.
Warna kulit luar sesebuah kontrak Perjanjian adalah terpulang kepada syarikat anda (Saya menggunakan warna kuning) jika anda tidak tahu warna apa yang perlu digunakan anda bolehlah bertanya bertanya kepada pihak yang satu lagi sekiranya mereka mempunyai warna yang spesifik untuk Kontrak Perjanjian syarikat mereka.
Akhir sekali ,Sekiranya Kontrak Perjanjian adalah di antara anda dan Kerajaan, anda tidak perlu membuat sesempurna mungkin (zero (zero defect) defect) Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 8
4
KONTRAK PERJANJIAN
Kontrak Perjanjian anda, ini kerana pihak kerajaan mempunyai Pegawai Undang-Undang
daripada
Bahagian
Kementerian. Di dalam carta
Penasihat
organisasi
Undang-Undang
Kementerian
(PUU)
Bahagian
ini
melaporkan terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan mereka adalah orang yang pakar serta berkelayakan untuk memeriksa dan mengubah semula kontrak perjanjian anda jika terdapat sebarang ralat dan terma yang tidak berkenaan.
Mereka-mereka ini digaji oleh pihak kerajaan untuk melakukan kerja ini. Oleh itu, usahlah anda memenatkan diri dengan membuat menyemak Kontak Perjanjian hingga perlu merujuk kepada Majlis Peguam. Anda perlu ingat ini hanyalah Kontrak Perjanjian yang hanya melibatkan anda dan d an Kerajaan. Kerajaan. Jika ianya melibatkan anda dan syarikat swasta situasinya adalah lebih kurang sama. Syarikat-syarikat besar mempunyai Bahagian Undang-Undang mereka sendiri yang membezakan dengan Kerajaan. Syarikat besar begitu cerewet dalam menyemak sesuatu kontrak . Saya bercakap berdasarkan fakta di mana saya pernah membuat Kontrak di antara saya dengan pihak Bank yang terkemuka di negara kita .
Sampai sekarang Kontak Perjanjian tersebut tidak dipulangkan kepada saya. Anda perlu tahu Kerajaan adalah satu organisasi yang tidak berdasarkan kepada keuntungan dan lebih kepada situasi menang-menang berbanding dengan syarikat swasta yang lebih mementingkan keuntungan. Oleh itu, mereka akan begitu terperinci apabila menyemak sesuatu terma di dalam Kontrak Perjanjian. Sebolehnya jika terdapat isu yang timbul di kemudian hari mereka tidak ingin keluar satu sen pun. Oleh itu, anda haruslah berwaspada dalam berurusan dan membuat Kontrak Perjanjian yang bijak dan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 8
5
KONTRAK PERJANJIAN
TENTANG PENULIS Biodata Penulis
Risi Yusoff Merupakan lepasan Diploma dan Sarjana Muda
Sains
Malaysia
Komputer
serta
daripada
pemegang
Sijil
Universiti Aptech
Putra
Certified
Computer Profesional (ACCP) Daripada Universiti Kolej Antarabangsa Cosmopoint Kuala Lumpur.
Pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah di
sebuah
agensi
Kerajaan
di
Kuala
Lumpur.
Pengalaman beliau selama 4 tahun sebagai Penyedia dan penyemak Kontrak Perjanjian
kini digunakan
sepenuhnya untuk membantu syarikat-syarikat kecil yang baru mula mencari tapak di dalam bidang keusahawanan.
Dengan
membantu
syarikat-
syarikat
berkenaan
dengan cara yang mudah, cepat dan betul dalam penyediaan Kontrak Perjanjian terutama Kontrak Kerajaan
ini
kerana
beliau
berpandangan
untuk
memajukan diri kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru cukuplah dengan mengambil ilmu dan contoh daripada mereka yang telah berjaya.
Hak Cipta © 2016 ISIR ENTERPRISE 8
6
KONTRAK PERJANJIAN
7 8
Sekian Terima Kasih, Sampai Hak Cipta Jumpa © 2016 lagi. ISIR ENTERPRISE