UCAPAN PERASMIAN MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG 2010 OLEH PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG DI DEWAN KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG PADA 8 NOVEMBER 2010
Yang dihormati (Pengerusi Prasekolah Daerah Pasir Gudang) Yang berusaha, guru besar-guru besar sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang, Guru-guru prasekolah, Pembantu-pembantu Pengurusan Murid, Murid-murid yang diraikan pada hari ini, Ibu bapa, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati dan dikasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam 1Malaysia.
Pertama sekali, mari kita sama-sama memanjatkan sepenuh kesyuku kesyukuran ran kerana kerana dengan dengan izin-Ny izin-Nya, a, dapat dapat kita kita bersam bersamaasama berkumpul di dalam dewan yang indah ini untuk satu tujuan
yang
murni,
iaitu
bagi
meraikan
murid-murid
prasekolah sesi persekolahan 2010 yang telah berjaya menamatkan persekolahan prasekolah mereka.
Jika tuan-tuan dan puan-puan dapat lihat sendiri, dewan ini dipenuhi dengan guru-guru dan pembantu pengurusan murid. Mereka ini telah berganding bahu dan berusaha keras bagi memastikan majlis yang mulia ini dapat berlangsung dengan sempurna demi menjadikan ia satu hari yang penuh kenangan kepada murid-murid ini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Untuk pengetahuan kita bersama, Majlis Konvokesyen ini merupakan program tahunan yang kita adakan dengan penuh gilang-gemilang. Ia salah satu acara penting yang mewarnai takwim aktiviti prasekolah selain aktiviti-aktiviti kejohanan sukan dan olahraga, kebudayaan, bahasa dan sebagainya. Majlis ini juga sebagai penutup tirai kepada semua aktiviti prasekolah.
Maka, molek benarlah majlis ini turut menjadi tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan guru-guru, PPM dan tidak lupa juga semua ibu, bapa dan penjaga yang sama-sama mengasuh dan mendidik anak-anak kecil ini sebagai
persediaan
mereka
untuk
menghadapi
alam
persekolahan yang lebih mencabar pada tahun hadapan.
Jika sebelum ini, mungkin ada di antara anak-anak ini yang bersifat introvert dan kurang keyakinan diri, kini, setelah setahun berlalu, tuan-tuan dan puan-puan sendiri dapat melihat perubahan sikap yang sangat ketara dan positif. Murid-murid ini telah menyertai pelbagai jenis pertandingan seperti olahraga, tarian, nyanyian, bercerita dan sebagainya. Ada yang bakal kita saksikan bakatnya untuk menghiburkan kita pada pagi ini. Semua pertandingan dan aktiviti ini bukan sahaja bertujuan untuk mencari pemenangnya semata-mata, tetapi lebih berorientasikan pembinaan
self-esteem
berhadapan
dengan
atau
situasi
keyakinan yang
diri
sewaktu
mendebarkan
atau
terpaksa berhadapan di hadapan khalayak. Di kalangan kita sendiri pun ada yang masih terketar-ketar untuk bercakap di hadapan umum, tetapi murid-murid ini berjaya menampilkan persembahan
yang
menarik
dan
bersahaja
walaupun
bertubuh kecil molek. Pelbagai pencapaian telah digapai dan dicipta, sama ada pada peringkat sekolah, zon, daerah, negeri,
hatta
ada
di
antara
mereka
yang
telah
mengharumkan nama negeri Johor di peringkat kebangsaan. Namun, itu semua tidak datang bergolek.
Hadirin yang dihormati,
Semangat kerjasama di kalangan mereka turut dipupuk semenjak
mereka
melangkah
ke
dalam
kelas-kelas
prasekolah. Pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dirancang bagi memastikan mereka menyelesaikan sesuatu tugasan itu bersama-sama. Tidak kiralah di dalam aktiviti membaca, mengira, beriadah dan sebagainya.
Adalah amat penting agar anak-anak ini belajar untuk bekerja dalam satu pasukan tanpa mengira warna kulit dan agama sewaktu mereka masih mentah lagi. Ini supaya amalan ini menjadi kebiasaan sehinggalah mereka dewasa kelak. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Interaksi
interpersonal
yang
diterapkan
sewaktu
mereka belajar, bukan sahaja di antara murid dengan guru, atau murid dengan bahan pembelajaran, tetapi yang lebih penting, interaksi sesama mereka sendiri. Adab dan tatacara sewaktu
berinteraksi
dan
berkomunikasi
turut
sama
diutamakan dan mereka dididik agar dapat berhubung sesama manusia dalam suasana yang aman, beradab dan berkemanusiaan.
Semua ini adalah sejajar dengan semangat 1Malaysia yang menjadi tunggak kepada keamanan dan setiakawan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama. Kita mahu anak-anak
ini
berkawan
dengan
sesiapa
sahaja,
dan
menghapuskan syak wasangka yang sentiasa bermain di benak orang-orang dewasa seperti kita.
Kita
sama-sama
berharap
agar
semua
ini
tidak
terkandas di tengah jalan. Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tugas dan tanggung jawab tuan-tuan dan puan-puan semua agar apa yang telah disemai di dalam jiwa anak-anak ini terus dibaja, disiram dan dijaga, agar ia terus subur sehinggalah mereka cukup matang. Janganlah kita menjadi racun, yang membunuh benih-benih ini, atau pun menjadi sabit, yang ‘menebas’ dedaun yang menghijau apabila ia cukup subur. Jika tidak, sia-sialah apa sahaja usaha mereka sepanjang berada di bangku prasekolah ini.
Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan, Terima kasih setulus hati, Budimu tuan jadi sanjungan
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua guru dan PPM yang tanpa mengenal lelah dan penat, mendidik murid-murid ini dengan penuh kasih sayang. Bayangkan
kesusahan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam melayan karenah anak-anak ini yang masih kecil. Tanpa kesabaran dan tekad, tidak mungkin kita dapat berjumpa pada pagi ini untuk melihat kejayaan murid-murid ini. Kita kadangkala tidak sedar dan mengambil ringan akan usaha yang ditunjukkan guru-guru dan PPM, dan mereka pun bukanlah golongan yang suka mendabik dada terhadap jasa yang telah dicurahkan. Mereka tidak pernah mengeluh di hadapan kita, apatah lagi berputus harap. Terima kasih cikgu, kerana cikgu mendidik anak kami.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua murid prasekolah daerah Pasir Gudang kerana anda semua telah berjaya mengharungi alam pendidikan selama setahun. Diharapkan murid-murid semua dapat menggunakan dan mengamalkan apa sahaja yang telah dipelajari sebagai bekalan untuk ke Tahun 1 pada tahun hadapan. Marilah sama-sama berdoa agar anda semua mencapai kejayaan yang
lebih
gemilang
pada
tahun
hadapan.
Tunjukkan
keyakinan diri ada yang tinggi ketika menerima sijil di atas pentas ini nanti. Kami bangga dengan anda semua.
Tidak lupa juga kepada semua pihak, sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung, daripada jawatankuasa penyediaan makanan, sehinggalah jawatankuasa teknikal, bagi memastikan majlis yang penuh bermakna ini menjadi
lebih bermakna. Jasa tuan-tuan dan puan-puan semua hanya Allah yang dapat membalasnya.
Hadirin sekalian, Dengan kata-kata akhir itu tadi, saya dengan sukacitanya dan dengan lafaz yang mulia Bismillahirrahmanirrahim, merasmikan Majlis Konvokesyen Prasekolah Daerah Pasir Gudang Tahun 2010.
Sekian, Wabillahitaufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.