TEKS PENGACARAAN MAJLIS SEBELUM Pengumuman: Pengumuman: 1) Kepada hadirin, anda diminta untuk memastikan telefon mudah alih anda dimatikan atau menetapkannya dalam mod senyap. 2) Hadirin juga diminta untuk memberikan kerjasama dengan memberi tepukan gemuruh dalam beberapa keadaan yang sesuai. 3) Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
SEMASA Pohon meranti tumbuh sebatang, Ditebang orang tiga pemuda, Orang dinanti sudah pun datang, Mari mulakan agenda kita.
Y ang B erba erbahag hag ia; Tuan Haji Ibrahim bin Bakar, Ketua Jabatan Pengajian Melayu
Y ang B erusaha erusaha; Puan Mazura binti Sulaiman, Timbalan Ketua Jabatan Pengajian Melayu
Y ang B erusaha erusaha; Encik Suhemi bin Abdul, Penyelaras Pembentangan Lisan Penyelidikan Tindakan PISMP Pengajian Melayu (P8C) Ambilan Januari 2013
Y ang Di horma hormatti; Para Pensyarah yang Berwibawa s erta er ta;; Mahasiswa pendidik Pengajian Melayu (P8C) Ambilan Januari 2013, selaku pengkaji penyelidikan penyelidikan tindakan.
P1: Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama pada pagi yang berbahagia ini dalam majlis perasmian Pembentangan Lisan Penyelidikan Tindakan 2016. P1: Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat Angkat tangan jemari sepuluh Doa di pohon biar selamat P1: Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, mempersilakan saudara Mohd Nurfikri bin Maseri untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. P1: Amin, amin ya rabbal a’lamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara pemimpin doa atas bacaan doa sebentar tadi.
Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam. Sidang hadirin warga intelektual sekalian, majlis seterusnya mempersilakan Encik Suhemi bin Abdul, Penyelaras Pembentangan Lisan Penyelidikan Tindakan PISMP Pengajian Melayu (P8C) Ambilan Januari 2013untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Ucapan Alu-aluan~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.
Sekarang, tibalah masanya untuk kita mendengar amanat dan ucapan perasmian. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Ibrahim bin Bakar, Ketua Jabatan Pengajian Melayu bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Pembentangan Lisan Penyelidikan Tindakan 2016. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Ucapan Perasmian~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Terima kasih diucapkan atas ucapan perasmian sebentar tadi. Majlis seterusnya mempersilakan Puan Mazura binti Sulaiman untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Haji Ibrahim bin Bakar bagi menyempurnakan gimik perasmian. Bermalam beramai hendak ke mana Jalan berlapan menuju ke pekan Gimik perasmian sudah sempurna, Amanat tuan kami sematkan Terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Ibrahim bin Bakar atas kesudian menyempurnakan gimik perasmian. Para hadirin yang dimuliakan sekalian, Lebat rumbia di Sungai Kedah, Sayang senduduk di tepi muara, Penganan mulia terletak sudah, Samalah duduk menjamu selera
Majlis sudah sampai ke penghujung, sebelum kita berhenti untuk menjamu selera, sekali lagi diingatkan Sesi Pembentangan akan bermula tepat jam 11.00 pagi. Hadirin diminta untuk masuk semula ke dewan pada pukul 11.00 pagi. Kerjasama daripada semua didahulukan dengan ucapan terima kasih. Saya mewakili seluruh jawatankuasa Majlis Pembentangan Lisan Penyelidikan Tindakan 2016 mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan memohon maaf atas segala kekhilafan yang wujud sepanjang pelaksanaan majlis perasmian Majlis Pembentangan Lisan Penyelidikan Tindakan 2016 sebentar tadi.
S ekian, wabillahhitaufi kwalhidayah, was s alammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...