Teks juruacara Majlis Penutupan Perkhemahan Puteri Islam Daerah Seremban 2014
Teks
teks ucapanFull description
ceramah
ucapan
ucapanFull description
mcFull description
TEKS PENGERUSI MAJLIS
PERASMIAN PEMBUKAAN
PERKARA
TEKS
QUE
Pengumuman
*Mohon perhatian
Bagi memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, para hadirin diminta agar memastikan telefon bimbit berada dalam mod pengaturcaraan senyap.
Apabila diumumkan ketibaan YANG BERBAHAGIA PROF. EMERETUS DR. ABDULLAH HASSAN, diiringi DIF-DIF JEMPUTAN,
Para hadirin diminta untuk berdiri.
Kerjasama hadirin amat dihargai.
Ketibaan VIP
Mengumumkan ketibaan YANG BERBAHAGIA PROF. EMERETUS DR. ABDULLAH HASSAN diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam majlis. Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu Kandung Suluh Budiman.
****************************************************************************************
Para hadirin dipersilakan duduk.
Kata Aluan
Bacaan doa
Pembentangan resolusi
UCAPAN PERASMIAN
CENDERAMATA
MINUM PETANG
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring ditepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga direstui restu Illahi.
Bismillah…
* SALUTASI
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, kita dapat sama-sama berkumpul dalam MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU KETIGA. Justeru pada kesempatan ini, pihak majlis merakamkan sekalung penghargaan kepada YANG BERBAHAGIA PROF. EMERETUS DR. ABDULLAH HASSAN kerana sudi meluangkan masa demi merealisasikan matlamat program pada hari ini.
Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh al Fadhil ustaz Azizi Hussien. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.
Amin-amin, ya Rabbal Alamin. Terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Sebagai pembuka tirai, majlis akan dimulakan dengan pembentangan resolusi oleh YANG BERUSAHA PROF MADYA DR SANAT MOHD NASIR, tampil membentangkan resolusi persidangan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan di atas pembentangan resolusi itu sebentar tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan penghargaan oleh YANG MULIA PROF MADYA DR. RAJA NUR SAFINAS RAJA HARUN, DEKAN FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis dengan penuh takzimnya menjemput YANG BERBAHAGIA PROF. EMERITUS DR. ABDULLAH HASSAN bagi sesi pembentangan ucap utama yang akan dipengerusikan oleh YANG BERUSAHA PROF MADYA DR. SITI SANIAH BINTI ABU BAKAR. Majlis mempersilakan.
Demikianlah tadi, sesi ucap utama yang telah disampaikan oleh PROF. EMERITUS DR ABDULLAH HASSAN. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Hadirin sekalian,
Sekarang tibalah masanya untuk sesi penyampaian cenderamata. Untuk itu, majlis menjemput PROF MADYA DR. RAJA NOR SAFINAS RAJA HARUN DEKAN FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI bagi menyampaikan cederamata kepada YANG BERBAHAGIA PROF. EMERETUS DR. ABDULLAH HASSAN.
Terima kasih diucapkan di atas penyampaian itu tadi.
Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin kerana sudi hadir ke majlis ini. Para hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.