1.
Obesiti merupakan sejenis penyakit nutrisi.
2.
Terdapat empat punca obesiti iaitu genetik / keturunan, pemakanan
(makanan yang diproses mempunyai kandungan gula yang tinggi), kurang aktiviti atau senaman dan pengambilan ubat-ubatan. 3.
Di Malaysia , 4 daripada 10 orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun
samada mengalami kegemukan atau berbihan berat badan. 4.
Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini
meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006. 5.
Kajian oleh Kementerian Kesihatan pada 2006 menunjukkan sebanyak 14
peratus penduduk negara inimengalami masalah obesiti dan ia menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.
Statistik Obesiti di Malaysia (2006-2011) Posted on July 17, 2012
Entri kali ini, SS ingin berkongsi trivia statistik terkini berkenaan obesiti di Malaysia. Tapi sayangnya SS tak pandai nak buat sebuah info-grafik yang cantik, padat dan berinformasi macam yang orang lain selalu buat tu (kalau ada yang nak tolong buat, amat dialu-alukan). Apa-apa pun buat masa ini kalau di susun dalam bentuk entri begini pun kira OK juga kan? Statistik obesiti mengikut negeri
1 – Kelaziman di sini bermaksud kebarangkalian untuk satu-satu kes itu berlaku dalam populasi tersebut. Semakin tinggi nilai peratus kelaziman, semakin cenderung (tinggi kebarangkalian) sesuatu kes itu berlaku. 2 – Adalah amat mengejutkan apabila negeri yang kecil seperti Perlismempunyai kelaziman obesiti paling tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia (21.7%). Ini mungkin disebabkan budaya hidup masyarakat di sana yang memandang ringan aspek beriadah, juga gaya hidup yang kurang aktif. Tidak menolak kemungkinan juga budaya seringmenggunakan gula ketika memasak turut menjadi penyebab utama. 3 – Negeri lain yang terkenal dengan masakan dan makanan yang manis,Kelantan, menduduki tempat ke-4 kelaziman obesiti paling tinggi (16.2%), di belakang Selangor dan Melaka yang masing-masing sekitar 17% kelaziman obesitinya. 4 – Kelaziman obesiti bagi negeri-negeri lain berada di tahap sederhana (13% – 16%), namun tak mustahil untuk meningkat sekiranya tidak dibendung. 5 – Berdasarkan data ini, Sabah adalah negeri yang paling sihat dengan kelaziman obesiti hanyalah sebanyak 10.6%, iaitu separuh dari kelaziman obesiti negeri Perlis (ironinya Sabah jauh lebih besar saiz populasinya berbanding Perlis). Jantina yang Berisiko? Pada tahun 2006, sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia mendapati perempuan lebih cenderung untuk obese (kelaziman 17.4%) berbanding lelaki
(kelaziman 10.0%). Hasil kajian ini masih kekal relevan sehingga tahun 2011 (disokong oleh WN Mohamud et. al, 2011). Kaum yang berisiko? Hasil kajian pada tahun 2006 menunjukkan kaum Melayu dan India lebih cenderung untuk memiliki berat badan obese (masing-masing kelaziman sebanyak 13.6% dan 13.5%) berbanding kaum Cina (kelaziman 8.5%). Namun setelah 5 tahun berlalu (2011), angka ini terus bertambah sehingga lebih 23% untuk kaum India dan Melayu, sedangkan kaum Cina terus kekal rendah dengan kelaziman hanya 8.2% sahaja. Ini mungkin menjelaskan mengapa negeri tinggi populasi kaum Cina seperti Pulau Pinang mempunyai kelaziman obesiti kedua terendah selepas Sabah (12.8%). Adakah ini menunjukkan kaum Melayu dan kaum India kurang peka dalam menjaga kesihatan dan mengamalkan senaman sebagai sebahagian dari gaya hidup, berbanding kaum Cina?
Umur yang berisiko? Hasil kajian yang sama juga menunjukkan mereka yang berumur 40 tahun ke atas lebih cenderung untuk obese berbanding mereka yang tergolong dalam usia „belia‟. Hal ini bukan saja boleh dilihat di Malaysia, bahkan di negara-negara lain. Antara faktor yang menjurus kepada hal ini adalah disebabkan penurunan kadar metabolisma apabila usia meningkat (umur sebahagian dari variable pengiraan BMR, apabila umur bertambah, BMR akan menurun). Di samping itu, diet dan gaya hidup juga memainkan peranan yang besar. Kanak-kanak juga berisiko? Hasil kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi kajian bertajuk “Prevalence of obesity among children” pada tahun 2008 menunjukkan peningkatan kadar obesiti sehingga 30% di kalangan kanak-kanak berusia 6-12 tahun, berbanding tahun-tahun sebelumnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kitajuaradiabetes_obesiti/Article/index_html Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed Kajian Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti tahun lalu mendapati jumlah penghidap kencing manis di Malaysia meningkat daripada 2.6 juta tahun lalu berdasarkan trend peningkatan 15 peratus setahun membabitkan individu berumur 30 tahun ke atas. Ini menyebabkan Malaysia kemungkinan besar memiliki penghidap diabetes paling tinggi di Asia Tenggara dalam tempoh empat tahun apabila 3.6 juta rakyatnya menghidap penyakit kronik itu. Perkara ini kelihatan tidak mustahil untuk berlaku kerana Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan tahun lalu menunjukkan satu daripada lima orang dewasa di negara ini menghidap kencing manis. Hakikatnya statistik yang begitu merisaukan ini meletakkan Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tambahan pula mengikut Presiden Majlis Pencegahan Obesiti, Jong Koi Chong, Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dengan kedudukan keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti. Berisiko buta Hasil kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan tiga universiti tempatan terhadap 53,000 penghidap kencing manis di seluruh negara pula sepatutnya lebih merisaukan kita. Kajian ini menunjukkan lebih 70 peratus penghidap kencing manis menghadapi risiko buta, strok, kegagalan jantung dan buah pinggang serta kudung kerana gagal mengawal paras gula dalam badan. Kajian ini juga mendapati hanya 22.5 peratus responden lulus ujian HbA1c dengan mempunyai paras kawalan gula dalam darah kurang 6.5 peratus seperti ditetapkan WHO. Sebanyak 77.5 peratus responden yang diuji mempunyai paras kandungan gula melebihi tahap ditetapkan, sekali gus meningkatkan risiko komplikasi akibat penyakit kronik terbabit. Apa yang jelas pendedahan pelbagai laporan dan statistik ini menunjukkan rakyat kita berhadapan dengan ancaman penyakit kronik yang cukup merisaukan. Jika tidak dicegah dengan segera maka boleh membawa kepada pelbagai komplikasi berbahaya kepada diri penghidapnya. Pilih cara hidup sihat Ternyata gaya hidup rakyat kita menjadi punca utama kepada peningkatan statistik penghidap penyakit ini. Misalnya menurut pakar, kebutaan, kegagalan buah pinggang, gangren yang membawa kepada amputasi dan sakit jantung adalah komplikasi yang boleh dicegah dengan membuat pilihan lebih baik dan dengan amalan pemakanan seimbang. Justeru, sudah tiba masanya untuk rakyat kita memikirkan secara serius hasil dapatan semua kajian dan pendedahan statistik yang menakutkan dan membimbangkan ini.
Perubahan bermula daripada diri setiap individu itu sendiri. Hal ini penting kerana pihak kerajaan dilihat sudah pun melakukan pelbagai inisiatif melalui kempen kesedaran dan gaya hidup sihat demi menyedarkan rakyat. Maka pilihan sekarang di tangan kita sendiri. Adakah kita mampu berubah dan melakukan sedikit anjakan paradigma dalam gaya hidup kita ataupun terus menyumbang dan menjadi sebahagian daripada statistik yang dibentangkan itu? Hakikatnya kita perlu sedar bahawa sedikit perubahan dalam gaya hidup kita akan membawa perbezaan yang cukup besar dan signifikan kepada tahap kesihatan kita untuk tempoh masa panjang. Misalnya, kita patut lebih banyak berjalan, guna tangga daripada lif dan elakkan makanan berlemak terutamanya pada waktu malam. Dalam hal ini kita juga wajar melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengesan sebarang perubahan dalam tahap kesihatan kita sepanjang masa. Hal ini penting kerana masih ramai tidak tahu yang mereka sebenarnya menghidap penyakit kronik ini kerana tidak melakukan pemeriksaan kesihatan. Akibatnya keadaan menjadi lebih kritikal dan membahayakan diri jika penyakit ini dikesan pada tahap sukar lagi untuk dicegah. Penyakit ini andai dapat dikesan pada peringkat yang awal pasti kita dapat mengambil langkah pencegahan sewajarnya. Ringkasnya pilihan tetap di tangan kita. Perubahan gaya hidup meliputi kehidupan seharian serta amalan pemakanan yang seimbang boleh membantu kita menjauhi penyakit kronik ini. Paling tidak pun mampu membantu kita mengawalnya dengan segera. Justeru, tiada salahnya andai kita mengurangkan sedikit jumlah pengambilan gula dalam makanan mahupun minuman seharian kita. Tiada salahnya andai kita rajin bersenam dan berjalan kaki serta tiada salahnya juga andai kita dapat memilih untuk naik tangga daripada menggunakan lif. Semoga kita dapat ambil iktibar daripada pendedahan statistik ini. Penulis Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Serdang http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2011/julai-2011/788-statistik/990-obesiti-kanakkanak Obesiti Kanakkanak Ditulis oleh Arinah Binti Zaidan Selasa, 18 Oktober 2011 00:35
Pembangunan perindustrian dan perkambungan yang semakin pesat sejak kebelakangan ini dengan secara langsung atau tidak langsungnya telah juga membawa perubahan kepada gaya hidup rakyat Malaysia. Salah satu perubahan yang dapat kelihatan adalah perubahan dari segi tabiat diet. Oleh itu, ia juga menyebabkan peningkatan obesiti di kalangan masyarakat di seluruh negara tidak kira tua atau muda. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), 2000, obesiti merupakan faktor yang paling banyak menyebabkan penyakit-penyakit yang serius seperti kencing manis dan sakit jantung. Kebelakangan ini pula, isu obesiti telah menjadi masalah utama di kalangan kanakkanak sedunia. Kanak- kanak di Malaysia juga mempunyai masalah yang sama dan ia semakin diambil perhatian terutamanya di sekolah dan masyarakat. Menurut Nutrition Research Priorities in Malaysia - For 10th Malaysia Plan (2011-2015), satu kajian yang telah dijalankan oleh Ismail, 2009 pada 11,500 orang kanak-kanak berumur 6-12 tahun di semenanjung Malaysia telah mendapati 10% daripadanya adalah dalam kategori lebih berat dan 6% dalam kategori obesiti. Satu lagi kajian yang dilakukan oleh Ruzita, 2009 pada pelajar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah mendapati 12.6% daripadanya dalam kategori lebih berat dan 13.5% dalam kategori obesiti.
Kajian
Responden
Ruzita, 2009
Pelajar Sekolah Rendah
Tempat
Peratus kategori Peratus Lebih Berat kategori Obesiti 12.6% 13.5%
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak Ismail, 2009 11,500 kanak- Semanjung 10% kanak berumur Malaysia 6-12 tahun Tee, 2002 5,995 kanak- Kuala Lumpur 9.7% lelaki kanak berumur 7.1% perempuan 7-10 Khor & Tee, 3,000 kanak- Kurang dari 2% 1997 kanak luar bandar http://moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/nutri/7Nutrition_Research_Priorities_Area_5.pdf
6%
-
-
Jadual di atas menunjukkan beberapa kajian yang telah dilakukan terhadap kanakkanak di Malaysia tentang isu obesit dari tahun 1997 hingga 2009. Peningkatan masalah lebih berat dan obesiti di kalangan kanak-kanak dapat dilihat dari tahun-tahun tersebut dan isu ini amat membimbangkan. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2015, lebih kurang 2.3 billion orang di dunia akan mengalami masalah lebih berat badan dan daripanya kira-kira 700 juta orang pula akan mengalami masalah obesiti. Jadi, orang ramai terutamanya ibu bapa dan guru-guru seharusnya mengawasi tabiat diet kanak-kanak dan cuba berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat bagi mengurangkan masalah obestiti ini. http://www.slideshare.net/mfr1505/obesiti-presentation http://www.scribd.com/doc/36579071/stastik