E4120/UNIT 1/ 1
SENGGARAAN
UNIT 1 1.1
DEFINISI SENGGARAAN
Mengikut kamus teknikal senggaraan atau “maintenance” bermaksud :
Kombinasi
di
antara
semua
proses
teknikal
dan
hal
yang
menghubungkan pergerakan sistem penyenggaraan (peralatan atau mesin) yang bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam sebuah sistem tersebut berfungsi mengikut perancangan
Definisi/Istilah dari kamus elektronik, senggaraan bermaksud :
Melihat
dan
menyemak
bagi
mengesan
dan
menghapuskan
(mencegah) segala proses yang salah atau kegagalan berfungsi di dalam sebuah peralatan elektronik.
Secara mudah senggaraan bermaksud mengesan, membaiki atau mencegah kerosakan yang berlaku ke atas sesuatu peralatan supaya ianya dapat berfungsi dengan sempurna.
1.1.1 Contoh aktiviti-aktiviti aktiviti-aktivi ti senggaraan.
Contoh
aktiviti
senggaraan
yang
biasa
dilakukan
pada
peralatan
elektrik/elektronik. •
Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang telah dirancangkan dan diteliti.
•
Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan membetulkan dan menyemak segala kesalahan mengikut penentuan yang telah
E4120/UNIT 1/ 2
SENGGARAAN
dirancangkan supaya senang untuk disenggarakan dengan betul dan sempurna. •
Rutin senggaraan motor dilengkapi dengan senarai seperti pemeriksaan berus karbon, bering, komutator dan suhu kendalian
•
Melaraskan regulators mengikut prestasi yang tepat.
•
Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing untuk setiap peralatan.
•
Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya.
•
Merekodkan data mengenai kendalian sesuatu sistem seperti kelajuan, ketegangan bacaan arus, voltan dan sebagainya.
1.2
OBJEKTIF SENGGARAAN
Objektif senggaraan adalah seperti berikut;
Dapat mengemaskini sistem sesuatu peralatan atau mesin seperti sediakala.
Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang disenggarakan.
Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum.
Mempertingkatkan
ketahanan
dan
kelasakan
peralatan
yang
disenggarakan.
Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang disenggarakan.
Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah peralatan yang disenggarakan.
Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan.
E4120/UNIT 1/ 3
SENGGARAAN
1.3
KOS SENGGARAAN YANG MINIMUM Untuk meminimumkan kos penyenggaraan: 1) Setiap proses senggaraan peralatan perlulah dirancang dengan teliti. 2) Setiap perancangan tersebut perlulah merangkumi
perancangan
senggaraan pencegahan, senggaraan pembaikian, senggaraan kecamasan, jadual senggaraan dan ada syarat & dasar sebggaraan.
Rajah 1.0 menunjukkan satu contoh carta rancangan senggaraan bagi mengurangkan kos. Senggaraaan
Senarai Perancangan Senggaraan
Perancangan Senggaraan Pencegahan
Jadual Senggaraan
Tiada Perancangan Senggaraan
Senggaraan Pembaikan (Senggaraan Kecemasan)
Senggaraan Pembaikan (Senggaraan Kecemasan)
Syarat dan Dasar Senggaraan
Rajah 1.0 : Perancangan Senggaraan
1.3.1 Perancangan Senggaraan
Perancangan senggaraan merupakan tempat mengatur/merancang proses senggaraan dan membawa keluar maklumat perancangan masa depan. Ianya juga merupakan tempat kawalan dan menyimpan data-data penentuan sebuah perancangan yang hendak dilakukan.
E4120/UNIT 1/ 4
SENGGARAAN
1.3.2 Tiada Perancangan Senggaraan
Merupakan
senggaraan
yang
tidak
mempunyai
penentuan
dalam
perancangan untuk menyelenggarakan sesuatu peralatan atau mesin.
1.3.3 Senggaraan Pencegahan
Bermaksud
sesuatu
senggaraan
yang
dibuat
adalah
mengikut
perancangan, pemerhatian atau menggunakan kriteria yang ada bersuaian dengan tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan/kerosakan dalam sesuatu sistem .
1.3.4 Senggaraan Pembaikan
Merupakan
senggaraan
yang
dilakukan
selepas
terjadinya
sesuatu
kerosakan di dalam sesuatu peralatan atau mesin.
1.3.5 Senggaraan Kecemasan
Senggaraan ini bermaksud membaiki sesuatu mesin atau peralatan dengan kadar segera untuk mengelakkan daripada menerima akibat yang lebih buruk. Senggaraan ini memakan masa yang agak lama iaitu lebih daripada sehari, biasanya akibat daripada terjadinya senggaran ini adalah berpunca daripada persekitaran seperti diakibatkan oleh angin, banjir, kilat dan lain-lain.
1.3.6 Syarat dan Dasar Senggaraan
Merupakan perancangan senggaraan yang bersifat kepada pencegahan yang bermula daripada keputusan perbincangan dengan syarat semua item mestilah berulang (routine ) atau proses monitoring.
E4120/UNIT 1/ 5
SENGGARAAN
1.3.7 Jadual Senggaraan
Merupakan satu sistem jadual yang lengkap yang lebih menumpukan kepada cara-cara pencegahan yang meliputi penentuan masa, hari, nombor pengeoperasian, proses yang disenggarakan, teknik, kawalan teknikal, dan lainlain. Dengan adanya sistem perancangan yang dibuat seperti di atas maka kadar kos minimum dapat ditentukan dan digunakan sebagai peruntukan untuk menyenggara satu peralatan atau mesin elektronik. Rajah
1.1
menerangkan
perhubungan
kos
dengan
masa
bagi
penyenggaraan berperancangan dan tanpa perancangan.
Kos RM
Senggaraan tanpa perancangan Senggaraan berperancangan
Masa (tahun)
Rajah 1.1: Hubungan di Antara Kos Minima dan Sistem Berperancangan & Tiada Perancangan
SENGGARAAN
Rajah 1.2
adalah menerangkan
E4120/UNIT 1/ 6
‘The breakdown of total costs’ yang
melibatkan kepada skop tentang aliran kos. Dimana jumlah kos senggaraan adalah juga melibatkan kos perkhimatan operasi dan pembersihan.
Jumlah Kos (Waktu Senggaran}
Kos Permulaan
Kos Pengguna
Kos Tanah Kos Pembinaan Bayaran Profesional
Aliran Kos
Tukaran Penempatan
Penyenggaraan Khidmat operasi (Operasi & Pembersihan
Kadar (rates) Insuran
Rajah 1.2 : Breakdown of total costs.
1.4
Memastikan Tempoh Hayat Mesin
Jangka hayat bagi setiap mesin biasanya tidak tetap dimana bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti: a) Jenis mesin/peralatan b) Tempat penggunaan c) Cara penggunaan d) Perubahan suhu e) Tahap kelembapan f) Persekitaran yang berkimia
SENGGARAAN
E4120/UNIT 1/ 7
Seharusnya satu sistem senggaraan berjadual perlu diwujudkan bagi memastikan setiap peralatan sentiasa disenggarakan . Kebiasanya cara dan jenis senggaraan pencegahan yang, dilakukan ke atas mesin tersebut yang mana perlu mengikut cara yang betul, contohnya sengaraan yang tidak sewajarnya dilakukan ke atas motor elektrik dan penjana akan menyebabkan kewujudan habuk dan kotoran melekat padanya yang boleh menyebabkan berlakunya hakisan pada bearing .
SENGGARAAN
E4120/UNIT 1/ 8
AKTIVITI 1
Soalan 1
Terangkan definisi senggaraan.
Soalan 2
Nyatakan syarat operasi di bawah takat normal dan lingkungan kawalan senggaraan.
Soalan 3
Huraikan matlamat objektif senggaraan.
Soalan 4
Anda dikehendaki merujuk kepada Rajah 1.1 pada modul ini, cuba terangkan apakah yang hendak di sampaikan oleh rajah tersebut.
SENGGARAAN
E4120/UNIT 1/ 9
MAKLUMBALAS 1
Soalan 1
Senggaraan atau “maintenance”
adalah kombinasi di antara semua proses
teknikal dan hal yang menghubungkan pergerakan system penyenggaraan (peralatan atau mesin) yang bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam sebuah system agar berfungsi mengikut perlaksanaan perancangan yang diperlukan.
Soalan 2
Syarat-syarat operasi di bawah takat normal dan linkungan kawalan senggaraan adalah:-
•
Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang telah dirancangkan dan diteliti.
•
Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan membetulkan dan menyemak segala kesalahan mengikut penentuan yang telah dirancangkan supaya senang untuk disengarakan dengan betul dan sempurna.
•
Routine senggaraan motor dilengkapi dengan senarai: pemeriksaan brushes, bearing, commutator dan suhu kendalian
•
Melaraskan regulators mengikut performance yang tepat.
•
Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing untuk setiap peralatan.
•
Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya.
SENGGARAAN
E4120/UNIT 1/ 10
MAKLUMBALAS 1
•
Merekodkan parameter system ( Speed, tension, amperes , voltan etc ) meliputi oscilloscope traces dan carta rakaman.
Soalan 3
Matlamat objektif senggaraan adalah :-
•
Dapat mengemaskini sistem peralatan atau mesin elektronik.
•
Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang disenggarakan.
•
Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum.
•
Mempertingkatkan
ketahanan
dan
kelasakan
peralatan
yang
disenggarakan. •
Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang disenggarakan.
•
Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah peralatan yang disenggarakan.
•
Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan.
Soalan 4
Adakan perbincangan dengan pensyarah anda di dalam kelas.
E4120/UNIT 1/ 11
SENGGARAAN
PENILAIAN KENDIRI 1A
Soalan 1 Apakah yang dimaksudkan dengan pencegahan bagi mengurangkan kerosakan dalam senggaraan.?
Soalan 2 Terangkan dengan ringkas bagaimana kos senggaraan dapat diminimakan.
Soalan 3 Apakah factor yang memendekkan menggunakan komponen elektronik.?
tempoh
hayat
sesebuah
mesin
yang
SENGGARAAN
E4120/UNIT 1/ 12
MAKLUMBALAS KENDIRI 1A
Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika “YA”, sila semak jawapan anda Jawapan 1 Pencegahan bagi mengurangkan kerosakkan dalam senggaraan Senggaraan ini membawa maksud
sesuatu penentuan yang dibuat adalah mengikut kepada
sesuatu pemerhatian atau menggunakan kriteria yang ada bersuaian dengan tujuan untuk pengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang hendak dibuat.
Jawapan 2
Untuk meminimakan kos senggaraan, setiap kerja-kerja senggaraan perlulah dirancang dengan teliti dan setiap perancangan senggaraan mesti pempunyai bahagian-bahahian
seperti
senggaraan
pencegahan,
pembaikan,
jadual
senggaraan dan syarat-syarat dan dasar senggaraan.
Jawapan 3 Faktor yang memendekkan tempuh hayat sesebuah mesin yang menggunakan komponen elektronik adalah faktor perubahan suhu, tahap kelembapan, keadaaan persekitaran yang berkimia turut memendekkan tempoh hayat mesin terutama peralatan elektronik yang mudah rosak seperti Pemacu Elektronik dan PLC yang
SENGGARAAN
E4120/UNIT 1/ 13
banyak digunakan di dalam industri. Cara penggunaan juga banyak mempengaruhi tempoh hayat mesin terutama kepada peralatan yang melibatkan penggunaan di dalam rumah seperti radio, televisyen dan komputer peribadi. Kebanyakkan peralatan ini
kurang diselenggarakan oleh penggunanya dan mungkin terdapat
kesalahan cara penggunaan.
PENILAIAN KENDIRI 1B
(case study )
Anda dikehendaki membuat kajian/tinjauan di sebuah kedai komputer.
Anda
dikehendaki mendapatkan maklumat tentang kos senggaraan bagi sebuah komputer
dan
tentukan
faktor-faktor
yang
menyebakan
peningkatan
kos
senggaraan. Cadangkan langkah-langkah yang diambil untuk meminimakan kos senggaraan.
SENGGARAAN
E4120/UNIT 1/ 14
MAKLUMBALAS KENDIRI 1B
Anda seharusnya membuat tinjauan ke atas syarikatsyarikat tersebut. Bincanglah jawapan anda dengan pensyarah anda.