SEJARAH PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU
SEJARAH PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU
Orang Melayu tempatan pra sejarah sudah mempunyai kemahiran membuat pakaian daripada kulit kayu melalui bukti batu penerap yang ditemui. Dipercayai, Dipercayai, batu penerap itu digunakan sebagai penumbuk kulit kayu supaya menjadi lembut dan nipis. Sebelum kedatangan Islam, pengaruh Hindu-Buddha masih kuat ke atas masyarakat Melayu. Melayu. Masyarakat tempatan tempatan pada masa itu, memakai memakai pakaian yang amat ringkas. Mereka hanya menutup di bahagian tertentu tubuh. Kaum lelaki hanya menggunakan 2 helai kain iaitu kain di kepala yang diikat ringkas dan kain sarung dikilas atau kain kain sarung dijadikan cawat. Pakaian sebegini sesuai dan dan selesa dipakai dalam cuaca panas kawasan tropika. tropika. Kaum wanita pula hanya hanya menggunakan 3 helai kain; iaitu kain sarung, kain kemban dan kain selendang. Perbezaan golongan wanita bangsawan dengan rakyat adalah golongan bangsawan menggunakan kain daripada daripada jenis yang mahal dan indah serta memakai perhiasan keemasan. Dapat dilihat jurang sosial yang wujud dari cara berpakaian masyarakat, semenjak sebelum kedatangan Islam. Pengaruh Islam sekitar abad ketujuh yang antaranya dibawa oleh pedagangpedagang Arab melalui kegiatan perdagangan, secara tidak langsung mempengaruhi mempengaruhi reka bentuk pakaian tradisional masyarakat Melayu secara berperingkat-peringkat. Dari abad ketujuh hingga ke-13, adalah satu tempoh transisi dan penyesuaian penyesuaian yang panjang. panjang. Walaupun agama Islam Islam telah tersebar tersebar di alam Melayu, namun pengaruh Hindu-Buddha masih kuat.. Dari segi pakaian, masyarakat tempatan mula berpakaian secara sopan dengan menutup badan mereka dengan baju. Kaum wanita dan lelaki memakai baju berbentuk tunik pendek berkain kapas hijau dengan bahagian bawah dililitkan dengan kain sari sutera. Baju tunik adalah baju yang ditebuk di bahagian leher supaya memudahkan pemakainya menyarungkan baju ini melalui leher, seperti ketika memakai baju kurung. Selain baju tunik, seperti yang telah disebutkan di atas, ada juga baju yang berlengan pendek, berleher tunik juga dan berkancing sebutir butang emas. Baju ini dinamakan baju alang. Baju alang ini dipakai oleh raja-raja sebagai baju basahan. Selepas abad yang ke-13 baharulah pengaruh Islam menampakkan kesannya. Agama Islam mula dihayati oleh masyarakat tempatan. Pakaian masyarakat tempatan mula dipengaruhi pakaian orang Arab seperti pemakaian jubah. Proses evolusi pakaian Melayu mencapai tahap tertinggi pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Bermula dari istana-istana raja, bangsa Melayu mencapai zaman
kegemilangannya kegemilangannya dan sehingga sekarang warisan budayanya masih menjadi sumber inspirasi kepada bangsa Melayu. Seperti yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu, ada menceritakan bahawa Tun Hassan (yang hidup semasa pemerintahan pemerintahan Sultan Mahmud Shah) adalah orang yang pertama yang mengubah bentuk baju Melayu asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai sekarang. Tun Hassan telah melabuhkan baju Melayu serta membesarkan dan memanjangkan memanjangkan pangkal tangan baju Melayu. Baju itu dinamakan baju kurung. Dengan melabuhkan baju tersebut, bentuk rupa pakaian Melayu serupa dengan bentuk rupa jubah, pakaian orang Arab. Sekiranya kaum lelaki memakai baju kurung dengan seluar panjang dan kain sarung yang diikat di pinggang hingga ke paras lutut, kaum wanita pula memakai baju kurung dengan kain sarung. Kaum wanita juga telah mula memakai kelubung untuk menutup kepala yang terdedah semasa keluar rumah. Pada waktu itu, wanita - wanita yang berkelubung terdiri daripada golongan istana, bangsawan, anak-anak yang keluarganya ialah guru-guru mengaji. REVOLUSI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU
Proses evolusi pakaian tradisional Melayu turut berlaku pada zaman penjajahan Barat di Asia Tenggara. Pereka pakaian Melayu mulai menyerapkan ciri-ciri Barat yang dianggap sesuai ke pakaian tradisional tradisional Melayu. Pakaian bagi kaum lelaki, pada zaman penjajahan British adalah, seperti pakaian baju labuh berkolar dengan kain sarung atau pakaian kot, vest, seluar panjang serta kain samping. Bagi golongan raja-raja pula, pakaian kot berbutang emas atau logam berbaris yang mengancing baju yang terbuka di bahagian hadapan, seluar panjang berfesyen Inggeris serta memakai memakai pedang. Ada juga yang memakai hiasan jam berantai. Bagi kaum wanita pula, terutama sekali golongan bangsawan, baju kurungnya masih dikekalkan dalam bentuk labuh dan longgar. Baju kurung ini dikenakan dengan kain ikatan ‘ombak mengalun’. Selain baju kurung, ada juga ‘baju labuh’ yang berbelah di hadapan. Bagi golongan istana atau golongan bangsawan, penggunaan aksesori seperti kerongsang sering dipadankan dengan pakaian mereka. Terdapat pelbagai jenis baju tradisional Melayu yang telah melalui evolusi.Fesyen baju tradisional ini telah dipakai oleh golongan istana atau golongan bangsawan dan kemudian menjadi ikutan rakyat biasa. Akhirnya, reka bentuk pakaian tradisional Melayu antara golongan istana dengan rakyat hampir serupa, hanya jenis kain serta serta aksesori yang digunakan digunakan berbeza. Dahulu, anugerah raja kepada rakyat yang telah berjasa adalah berupa bahan pakaian. Ada diriwayatkan diriwayatkan dalam sejarah Melayu, Melayu, seorang hamba raja menerima anugerah sepersalinan pakaian. Sepersalinan pakaian itu sebenarnya merupakan bekas pakaian yang pernah dipakai dipakai raja. Anugerah sepersalinan sepersalinan pakaian dianggap tinggi kerana nilai sosial yang ada pada masyarakat menganggap apa sahaja yang menjadi budaya diraja, sebagai suatu yang mulia. Sebenarnya anugerah sebegini
dapat memperkukuhkan kedudukan raja kerana raja tidak akan memakai atau mengambil sesuatu yang pernah menjadi bekas rakyat tetapi sebaliknya, rakyat boleh mengambil sesuatu yang menjadi bekas raja melalui anugerah raja. Rakyat zaman dahulu juga tidak dibenarkan memakai kain berwarna kuning dan tidak boleh memakai perhiasan diri serta kain sutera berwarna kuning dan sutera putih. Tercermin pengaruh Hindu yang menganggap warna kuning sebagai warna keramat yang khusus untuk golongan bangsawan. Bagi orang Melayu, pakaian memainkan peranan penting sebagai suatu yang amat berharga dan disanjung tinggi. Justeru banyaklah ungkapan yang menggunakan istilah ‘kain dipakai’ untuk menerangkan nilai yang ada pada seseorang. Sebagai contoh, ungkapan ‘jika buruk kain dipakai, buruklah sifat seseorang itu’. Namun ungkapan ini bukan bermaksud menghina golongan yang tidak berkemampuan memakai pakaian cantik. Apa yang dimaksudkan dengan buruk kain dipakai adalah cara seseorang itu mengikat kain. Jika tidak teliti dan mahir, kain akan kelihatan berkedut dan tidak rapi. Simboliknya, memaparkan nilai yang ada pada si pemakai sebagai seseorang yang tidak tahu mengurus diri dengan baik, tidak sabar dan kurang teliti. JENIS PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU
Citra pakaian tradisional Melayu begitu penting sehinggakan sebarang perubahan, penyesuaian dan gubahan yang dilakukan terhadap pakaian tradisional tidak boleh lari dari citra asalnya. Buktinya, baju Melayu tetap memantulkan keperibadian Melayu dan terus dipakai hingga kini. Baju Kurung Teluk Belanga Menurut Dato’ Haji Muhammad Said Haji Sulaiman, dalam bukunya Pakaian Patut Melayu, pakaian baju kurung yang dipakai sehingga sekarang berasal dari negeri Johor. Menurut beliau, pakaian tradisional ini dipakai di negeri Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar; iaitu pada tahun 1800 di Teluk Belanga, Singapura.
Pada masa itu Teluk Belanga di bawah pemerintahan negeri Johor. Orang Johor telah mengubah suai pakaian Melayu di bahagian leher dengan menjahit “tulang belut” dan “sembat halus” pada seluruh baju kurung itu; supaya kelihatan lebih kemas dan menarik. Baju kurung Teluk Belanga mempunyai leher berbentuk bulat dan belahan di hadapan. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu ‘rumah kancing’ dengan menggunakan jahitan benang. Rumah kancing dibuat dengan jahitan ‘insang pari’. Baju kurung Teluk Belanga memerlukan bahagian lehernya dikancing dengan sebutir butang yang berwarna emas atau perak. Bagi kaum lelaki, baju ini dipadankan dengan seluar serta kain samping dagang. Ciri-ciri ini telah
memperlihatkan keunikan identiti baju kurung orang Johor. Bagi kaum wanita, mereka biasanya memakai butang berbatu berlian atau batu lain yang bernilai. Kini, kaum wanita gemar menggunakan keronsang kecil sebagai pengganti butang baju kurung. Baju kurung ini dipakai dengan kain sarung ikatan ‘ombak mengalun’. Baju Kurung Cekak Musang Baju kurung telah mengalami pelbagai perubahan sejak dari mula baju ini dicipta. Baju kurung yang ditambah dengan leher berdiri; dinamakan baju kurung cekak musang atau baju wan. Baju ini telah dipengaruhi oleh baju gamis atau kamis (jubah jemaah haji yang pulang dari Makkah). Jubah ini telah dipendekkan ke paras punggung supaya selesa dipakai. Poketnya dijahit serupa dengan baju kurung Teluk Belanga. Bahagian leher baju kurung cekak musang ini dikancing dengan tiga, lima, tujuh atau sembilan butir butang. Bahagian leher ini tidak dijahit tulang belut halus. Bagi kaum lelaki, baju ini dipadankan dengan seluar potong Melayu dengan kain samping dagang luar. Bagi kaum wanita pula, baju kurung cekak musang juga dipakai dengan kain sarung ikatan ‘ombak mengalun’. Seluar Pakaian seluar diperkenalkan oleh saudagar Arab, Parsi dan India Muslim. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah, seluar menjadi popular di kalangan pembesar dan orang istana. Ini kerana pembuatan seluar pada masa itu memerlukan kepakaran penjahit dan kain yang banyak. Hanya golongan berada yang mampu memakainya. Golongan bangsawan memakai seluar potongan Acheh, manakala rakyat biasa menggunakan dua jenis potongan seluar iaitu seluar ‘gunting Melayu’ dan seluar ‘gunting Cina’. Seluar potongan gunting Melayu mempunyai potongan yang paling ringkas dan memudahkan pergerakan lasak. Kain Sarung Pada masa dahulu, terdapat satu lagi kain sarung yang dinamakan ‘kain dagang’.Kain ini dipakai oleh kaum wanita sebagai kain tudung. Kain dagang ini digunakan untuk melindungi diri daripada cahaya matahari dan daripada pandangan lelaki. Apabila sampai di rumah, kain ini diikat pada pinggang sahaja. Dahulu, kain sarung wanita ini boleh juga menjadi senjata kaum wanita jika diserang.
Baju Kurung Moden Baju kurung moden mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan baju kurung tradisional. Baju kurung moden digubah supaya kelihatan kemas dan menarik. Ia tidak gelobor seperti baju kurung tradisional. Ini kerana baju kurung moden mempunyai jahitan kekek dan pesak pada bahagian sisi baju. Namun, ciri-ciri utama masih dipelihara. Sebagai contoh, pakaian ini masih berlengan panjang dan masih digunakan dengan kain sarung.
Baju Kebaya
Baju belah telah melalui evolusi kerana telah terpengaruh dengan pakaian wanita Barat. Baju belah yang asalnya gelobor dan labuh kini mulai berubah dengan bentuk yang lebih kemas. Potongan baju menjadi ramping di pinggang serta labuh baju disingkatkan sedikit. Nama yang sesuai telah mengiringi perubahan baju belah ini menjadi baju kebaya. Baju kebaya mempunyai dua versi iaitu baju kebaya labuh dan baju kebaya pendek. Baju kebaya labuh dikecilkan sedikit untuk mengikut bentuk badan si pemakai. Kain sarung diikat secara ikatan kuncup, iaitu kepala kainnya dilingkup ke bahagian hadapan. Baju kebaya ini dipakai dengan kancing berbunga atau kerongsang yang beransingan atau yang berantai. Baju kebaya pendek pula, telah diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik dengan mengadakan sulaman berbiku di bahagian hujung lengan, dan di tepi bahagian belahan serta di bucu baju. Baju kebaya moden telah mula dipakai orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Walaupun dinamakan baju kebaya moden, namun ciri-ciri kemelayuannya masih ada kerana baju itu dipakai dengan kain. Baju kebaya moden ini adalah baju kebaya pendek yang ketat dan dipadankan dengan kain ikatan secara wiron. Baju ini mendedahkan bahagian leher dan dada serta berzip di sebelah belakang badan. Kain yang biasa digunakan adalah kain batik lepas yang dililit mengikut bentuk badan. Hujung punca kain di bahagian hadapan diikat seperti kipas. Pada tahun 1960an, baju kebaya moden dipadankan dengan kain yang ketat dan dibahagian hadapan kain dibuat satu belahan hingga ke paras lutut untuk memudahkan pergerakan. Apabila pemakainya mengatur langkah, betisnya akan kelihatan. Pada akhir tahun 1970an, baju kebaya moden tidak digemari. Fesyen pakaian itu berubah kepada bentuk lebih longgar dan manis dilihat. Kebaya ini masih dipadankan dengan kain yang berbelah, tetapi selisih kain di bahagian belahan dilebarkan supaya betis tidak kelihatan. Dewasa ini, baju kebaya turut dipadankan dengan seluar. Seluar itu akan dikecilkan sedikit pada bahagian buku lali. Ini bagi membolehkan si pemakai bergerak bebas.
Pakaian Tradisional Melayu
BAJU KURUNG
Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban sahaja. Setelah kedatangan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang sopan. Baju kurung lazimnya diketahui sebagai jenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju tersebut meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja, dilihat sebagai mematuhi peraturan pakaian Islam. Baju kurung boleh dipadankan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Digandingkan dengan kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian. BAJU MELAYU
Pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu ialah baju Melayu. Baju Melayu merupakan kameja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan bersongkok. Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan baju Melayu potongan cekak musang. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Baju Melayu Teluk Belanga biasanya terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya dijahit secara sulaman. Cara memakai baju Melayu Teluk Belanga biasanya samping dipakai di sebelah dalam baju. Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah samping di sebelah luar baju.
BAJU MELAYU
BAJU KURUNG
KEBAYA
KEBAYA NYONYA
ASAL USUL BAJU MELAYU FALSAFAH BAJU MELAYU (TRADISIONAL) Setiap sesuatu bermula dengan langkah pertama. Berbaju Melayu misalnya dimulakan sekitar 700 tahun dulu dan dipercayai diperkenalkan pada zaman empayar Melaka oleh Sultan Muhammad Syah serta kaya dengan falsafah dalam berbusana. Sultan Muhammad Syah ketika itu mahukan orang Melayu berbaju khusus bagi menampilkan mereka sebagai bangsa yang mempunyai jati diri sekalipun alam berpakaian, bukannya berbaju 'atas angin' seperti pakaian pedagang Arab atau India zaman itu. Timbalan Dekan Pengajian Siswazah, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin ketika dihubungi menjelaskan, baju Melayu pada zaman Melaka awalnya dipakai singkat dan sendat seperti baju pesilat. Bagaimanapun, rekaan baju Melayu ini mengalami evolusi dan diubahsuai atas persetujuan sultan. Dari berbaju sendat dan seluar singkat, bajunya menjadi sedikit longgar dan labuh. Seperti kehendak Sultan Muhammad, pemakaian baju Melayu oleh orang lelaki bukan sekadar menutup aurat, tetapi lambang identiti bangsa. Cara penggayaan baju Melayu juga sebenarnya mengandungi falsafah tersendiri. Orang Melayu sangat berhemah apabila bertutur kata dan perlakuan mereka, malahan pemakaian membawa makna tersendiri. Secara tidak langsung orang Melayu mendidik generasi muda melalui pemakaian. Baju Melayu ada dua rekaan iaitu cekak musang dan baju teluk belanga. Baju Melayu cekak musang butangnya lima, teluk belanga pula butangnya satu dan membawa falsafahnya sendiri. Berbutang lima merujuk kepada lima rukun Islam dengan dua butang diatas bermaksud, mengucap dua kalimah syahadah dan sembahyang lima waktu. Baju Melayu Cekak Musang Selebihnya diwakili tiga butang di bawah. Jika kita buang dua butang dan hanya pakai tiga, falsafah di sebalik menegakkan rukun Islam itu tidak tercapai. Malah, ada teromba mengenai pentingnya pamakaian lima butang baju ini; "cekak musang berbutang lima lima rukun di dalamnya lima petua dibawanya lima tiang ditegakkan." Pemakaian satu butang untuk teluk belanga bermaksud Tuhan Yang Esa seperti dinyatakan dalam teromba yang berbunyi; "teluk belanga berbutang tunggal tunggal satu tuhan yang disembah tunggal tidak dapat dianjak alih tunggal tidak dapat dibelah." Tiga kocek pula merujuk kepada Iman, Ihsan, Islam. Baju Melayu Teluk Belanga Sungguh pun demikian, ada juga pandangan lain mengatakan, butang baju Melayu sebenarnya ada tujuh dan jenis ini dipakai oleh golongan
aristokrat, manakala pemakaian kurang daripada tujuh hanya dikhususkan kepada orang kebanyakan. Butang tujuh ini merujuk kepada 7 lapis langit dan bumi, dan tujuh tingkat syurga dan neraka, bertujuan mengingatkan bangsawan akan Allah Yang Maha Mulia. Jika memakai baju Melayu ia mesti dilengkapi samping dan tanpanya pemakaian menjadi janggal kerana ia juga membawa maksud tersirat sama ada si pemakai sudah berkahwin atau sebaliknya. Apabila mengenakan samping, lelaki yang sudah berkahwin mesti di bawah lutut, namun kalau orang yang bujang, sampingnya mesti di atas lutu. Kalau orang sudah berkahwin memakai samping singkat, itu tandanya dia hendak menambah isteri. Ada teromba klasik berhubung pemakaian samping berbunyi; "Adat memakai samping kok sudah beranak bini atau orang yang patut-patut kain samping bawah lutut sama setentang paras betis ikat bergulung lurus lurus jika ikat atas lutut itu tandanya nak cari lagi harus tahu keadaan ini." "Kok anak muda muda kain labuh di atas lutut bagai dubalang masuk gelanggang bagai ayam mencari lawan." Cara pakai sampin pun ada makna atau menunjukkan status masyarakat. Contohnya kerabat mengikat kepala sampin di sebelah kanan. Bangsawan di sebelah kiri. Rakyat biasa di tengah tengah. Ilmu dan falsafah di sebalik pemakaian baju Melayu perlu dihebahkan supaya lebih ramai yang tahu dan mempraktikkan apalagi dengan kepantasan dan kecanggihan teknologi komunikasi hari ini. Orang muda tidak buat sebab dia tidak tahu. Kalau tahu tentu dia buat. Sebab ini adalah adat kita orang Melayu. Kalau kita tidak sebarkan ilmu ini dampai bila-bila pun ia tidak dapat dikongsi dengan masyarakat. Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
corrects IE6 width calculation Selasa, 3 Mac 2015 PENGAJIAN MALAYSIA
PENGENALAN Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk d an warna. Dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu hinggalah kain songket diraja yang antik. Pada zaman dahulupenduduk ribumi memakai pakaian yamg diperbuat dari pada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama kain tenunan dan bat ik melayu oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Tidak ketinggalan pula, pakaian dari pedagang asing seperti sutera cina, pelikat dan jubah arab telah diperkenalkan di negar a ini. Kini pakaian tradisional seperti kebaya Melayu, sari India, c heongsam Cina masih d igunakan dengan meluas di Malaysia. Budaya pemakaian tradisional semakin dilupakan. Oleh itu, memakai pakaian tradisiona l seharusnya dikekalkan supaya tidak lapuk dek hujan, tidak lekang d ek panas. Jika dilih at, kebanyakkan remaja Melayu di zaman era globalisasi ini lebih menyukai pakaian alaala barat. Mereka tidak sedar dengan perbuatan yang sebegitu sebenarnya sedikit seban yak menghakis budaya dan tradisi pemakaian pakaian tradisional sesebuah kaum sendir i. Dalam erti kata lain, berbanggalah dengan pakaian tradisional kita sendiri kerana itu d apat melambangkan identiti sesebuah masyarakat itu sendiri.
Asal Usul Pakaian Tradisional Melayu Siapakah yang mulamula membuat Baju Kurung? Asal usul pakaian tradisional melayu sebelum kurun ke20 ialah Baju Kurung. Baju kurung merupakan Baju tradisional Melayu yang bolehlah ditafsirkan sebagai baju longgar atau tertutup. Ini bersesuaian dengan konsep islam yan g mengkehendaki Wanita menutup aurat mereka. Baju Kurung adalah baju yang selesa d an longgar, labuh atau panjang. Pakaian ini juga adalah pakaian rasmi Di Malaysia dan ju ga di Brunei. Suatu masa dahulu, pakaian orang Melayu seharian hanyalah gaun sederhana kerana ket ika itu kain sangat mahal dan agak sukar didapati. Kebanyakan orang hanya menutup pa kaian di bawah tubuh. Lelaki hanya bercelana panjang dan perempuan biasanya hanya b erkemban sehingga ke paras dada. Jika anda ada melihat Filem Melayu lama, Sultan bias anya menghadiahkan Sepersalinan Pakaian kepada hulubalang yang berjasa dengannya. Namun, kedatangan pedagang yang berhenti rehat di perairan sekitar Selat Melaka pada ketika itu membantu kepada perubahan Fesyen di tanah Melayu. Pedagang tidak hanya membawa barangan mereka ke Tanah Melayu, malahan fesyen yang pelbagai. Pada ketik a itu, pedagang dari China, India, Timur Tengah (Arab) dan negaranegara Eropah berkumpul di Tanah Melayu untuk melakukan aktiviti jualbeli dan sistem barter. Mereka membawa bersama mereka barangbarang dan juga cara berpakaian mereka yang unik kepada orang Melayu. Pelbagai jenis kain mudah didapati pada ketika itu.
Ketika Empayar Melaka sedang pada puncaknya pada abad ke15, dengan Islam sebagai agama utama, Pakaian tradisional Melayu, Baju Melayu mula di reka. Ini jelas dinaytakan di dalam buku "Sejarah Melayu" atau "Sulalatus Salatin". Baju Kurung ketika itu merujuk kepada baju yang digunapakai oleh lelaki dan perempuan m elayu. Baju kurung ini berkeadaan ketat dan singkat. Tun Hassan menjadi pelopor apabil a beliau mengubahsuai bentuk baju kurung asal kepada bentuk baju melayu yang dipakai kini. Pada ketika itu, telah wujud protokol untuk berbaju kurung ketika mengadap Sulta n. Ada juga yang mengatakan baju kurung mula popular di akhir abad ke19 oleh Sultan Abu Bakar dari Johor. Ianya dikatakan direka oleh HRH Sultan Abu Bakar pada tahun 1866. Beliau memperkenalkan Baju Kurung Teluk Belanga sempena ibu neg eri Johor dahulu di Teluk Belanga (sekarang ini di Singapura) sebelum ibu negeri Johor bertukar kepada Johor Bahru. Pada ketika itu, nama Baju kurung Teluk Belanga adala h untuk lelaki dan wanita. Apabila tanah melayu semakin berkembang pesat, Nama "Baj u Melayu" digunapakai untuk baju kurung yang digunakan oleh lelaki dan nama baju ku rung kekal digunakan oleh wanita.
Simbolik pakaian tradisional kaum Melayu Baju Kurung ialah baju pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju Kurung terbahagi kepada dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju Kurung Perempuan. Baju Kurung Lelaki ju ga dikenali sebagai Baju Melayu. Ia juga menjadi pakaian rasmi untuk negara Malaysia d an Brunei. Baju Melayu juga boleh didapati di Indonesia, Singapura dan Thailand. Terda pat dua jenis Baju Melayu iaitu Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Mus ang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak kira usia. Baju Kurung ju ga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis rasmi dan majlis agama. Sela in itu, mereka juga akan memakai baju ini apabila menghadiri kendurikendara ataupun menunaikan solat Jumaat. Kewajiban baju ini adalah pada hari Raya.Pe makai baju melayu akan kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan bersama sampin g dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kendurikendara ataupun sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat ataupun kain ten un sutera. Baju Kurung Cekak Musang merupakan adat Negeri Sembilan dari songket jal ur berdiri. Pakaian ini diperlengkap dengan samping bunga penuh dan tengkolok ikatan Dendam Tak Sudah. Manakala, Baju Kurung Teluk Belanga dilengkapi dengan tenunan s utera dan songket sarat ikatan pembesar.
Di Malaysia, secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai baju tra disi. Hal ini dapat dilihat apabila baju kurung menjadi pakaian rasmi di sekolah rendah d an sekolah menengah. Tetapi reka bentuk baju tersebut berbeza bagi setiap negeri. Selar as dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diteri ma oleh masyarakat melayu zaman sekarang. Sunguhpun pada umumnya kita telah men erima pengaruh moden dalam pakaian harian, namun baju kurung telah menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan. Bezanya rekaan baju kurung sekarang lebih kontemparoritetapi masih mengekalkan ciri ciri keasliannya. Selain itu, terdapat perubahan pada potongan dan bentuknya. Untuk m enghasilkan rekaan yang berkualiti, kreatif dan lebih moden, baju kurung tersebut boleh dihiasi dengan manik, labuci ataupun sulaman dan kerawang. Materials untuk menghas ilkan baju kurung juga turut berubah. Kini terdapat pelbagai pilihan materials antaranya satin, organza, chiffon, sutera, batik dan banyak lagi. Perubahan ini dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa ataupun majlis yan g perlu dihadiri. Selain itu, ia juga boleh meniru potongan asing untuk kelihatan lebih ca ntik dan anggun. Kini terdapat juga variasi baju kurung dan ia dikenali sebagai Baju Kur ung Moden. Walaupun baju kurung telah mengalami evolusi selaras dengan perubahan s emasa dan citarasa pakaian. Namun, rekaannya masih sama. Ia tetap selesa dan manis p akai oleh gadis-
gadis zaman sekarang dan menambahkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan buda ya Melayu.
HURAIAN SETIAP PAKAIAN Pada zaman yang serba moden dan membangun ini, pelbagai jenis dan reka bentuk paka ian telah terhasil dengan begitu menarik dan elegan sesuai dengan keperluan si pemakai nya. Namun dalam kepesatan industri tekstil di negara ini pakaian tradisional yang ’ever green’ tidak diketepikan dan telah diadaptasikan dengan memasukkan elemenelemen yang baru sesuai dengan citarasa moden. Pakaian tradisional tidak dilihat sebag ai sesuatu yang ketinggalan zaman malah menunjukkan identiti sesuatu bangsa atau kau m. Di Malaysia kita mempunyai pelbagai kaum yang majoritinya terbahagi kepada 3 rum pun yang besar iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap kaum ini mempunyai adat resam, bu daya dan pakaian tradisi yang tersendiri. ’Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas’ menjadi simpulan bahasa yang sesuai dengan kegemilangan pakaian tradisional ini khu susnya di Malaysia. Pakaian Tradisional Melayu kaya dengan motif bunga, daun dan alam, seperti Baju Kuru ng Teluk Belanga dan Baju Kurung Johor yang menunjukkan keunikan tersendiri. Kesem ua adat resam dan pemakaian pakaian tradisional ini terangkum dalam skop peradaban yang unik dan gemilang. Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang Melayu, terutamanya baju Melayu dan baju kurung. Selain itu, i a juga termasuk baju keb aya, celana, kain sarung, samping dan selendang.
Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaia n wanita yang masih popular termasuklah Baju Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju Keba ya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang di anggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baj u Minangkabau Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengenalpasti identiti kita dan juga i dentiti bangsa lain supaya kita dapat mengekalkannya untuk manfaat generasi yang aka n datang. Semoga kita dapat hidup dengan aman dan harmoni di dalam sebuah negara y ang maju, seperti kata Perdana Menteri Malaysia iaitu ’’1 Malaysia’’.
BAJU MELAYU Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kep ada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju M elayu Teluk Belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Ce kak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada c ara jahitan pada leher baju tersebut. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadanka n seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya. Baju ini biasanya dipakai semasa men ghadiri majlis-majlis perkahwinan, kendurikendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai di pakai pada Hari Raya dan juga majlismajlis rasmi. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan sampi ng dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kendurikendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun suter a.
BAJU MELAYU TELUK BELANGA Baju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri k has Johor khususnya pada abad ke19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belang a di Singapura ke Johor Bahru. Walaubagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri kha s masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya 'Baju Melayu'.
CIRI CIRI BAJU MELAYU TELUK BELANGA Baju ini merupakan baju yang longgar dan selesa dipakai oleh golongan dewasa. Pada za man pemerintahan Sultan Abu Bakar, baju ini telah dihasilkan dalam bentuk yang longg ar dan agak labuh hingga ke tengah betis. Selain itu, ia mempunyai pesak yang kembang di kiri dan kanan badan. Penggunaan kekek gantung di bahagian ketiak dengan lengan b aju yang longgar dan lebar anggaran sejengkal. Berdasarkan ciriciri baju ini ia mementingkan keselesaan si pemakainya. Baju Melayu dijahit dalam dua c ara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Ci na. Di mana lengan b aju tersebut disambungkan kepada badan baju. Iaitu secara di sambung terus atau di jah itkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek. BAJU MELAYU CEKAK MUSANG Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk 'cekak' tinggi a tau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk l eher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh
lingkaran bulat yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika Pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.
CIRI CIRI BAJU MELAYU CEKAK MUSANG Baju Kurung Cekak Musang adalah sama dengan Baju Kurung Teluk Belanga kecuali pad a bahagian lehernya. Leher baju kurung cekak musang ada kolar. Kolar tersebut hanya s elebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. Biasanya ada satu kancing pada kolar dan dua atau t iga lagi ka ncing pada bukaannya. Butang emas atau emas berbatu permata digunakan sebagai pen gancingnya. Kancing yang paling terkenal ialah kancing emas yang dipanggil garam sebu ku dan kancing berbatu permata yang dikenali sebagai kunang-kunang sekebun. BAJU KURUNG Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya ter letak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mem punyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara t idak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini m enepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam sehinggalah istilah ‘kuru ng’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagaibagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama nam un baju kurung telah menampilkan ciriciri yang tersendiri. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlismajlis perkahwinan, kendurikendara, selain itu, ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlismajlis rasmi.
Baju kurung adalah berasal dari negeri Johor. Pakaian ini merupakan pakaian tradisiona l kaum wanita Melayu. Menurut sejarah kewujudan pakaian ini, baju kurung dikatakan wujud dua ratus tahun yang lampau. Baju kurung dikatakan hasil kreatif Sultan Abu Bak ar iaitu sultan Johor pada tahun 1866. Selain itu, ada juga cerita yang menyatakan baha wa baju kurung telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Baju kurung di kenakan oleh wanita-wanita di Melaka pada ketika itu Pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar, baju kurung adalah menjadi pakaian rasmi bagi wanita. Zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar pada ketika itu dikatakan telah maj u. Oleh sebab itu, pemakaian pakaian rasmi di istana dan pejabatpejabat kerajaan diperkenalkan. Hal ini termasuklah acaraacara rasmi dan protokol di istana. Pada masa kini, baju kurung ditambah dari segi perhiasannya bagi menambah keanggun annya. Kebanyakan baju kurung diperbuat daripada kain sutera yang halus dan lembut. Baju kurung masa kini ditambah dengan manic dan disulam d engan benang berwarna e
mas bagi perhiasan baju kurung tersebut. Selain itu, bebagai motif warna juga digunaka n bagi membuat corak pada pakaian baju kurung. Baju kurung kini dijadikan sebagai pakaian rasmi kerajaan Malaysia yang dipakai o leh k akitangan di jabatanjabatan kerajaan dan juga kakitangan swasta. Baju kurung dijadikan sebagai pakaian ke bangsaan di Malaysia. Semua etnik di Malaysia dilihat memakai baju kurung ini walaupu n dimana sahaja berada.
BAJU KEBAYA Baju kebaya biasanya dipakai oleh wanita Melayu dan Indonesia. Pakaian tradisional baj u kebaya ini dikatakan berasal daripada kaum Cina yang datang ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Lama kelamaan baju kebaya diterima oleh masyarakat tempatan di Kepul auan Melayu. Di pulau Jawa, baju kebaya adalah d ipakai oleh golongangolongan bangsawan dan kerabatkerabat pemerintah. Seterusnya, baju kebaya kemudiannya dijadikan pakaian rasmi pad a zaman penjajahan Belanda. Wanitawanita Eropah memakai baju kebaya sehingga kini dan mengubahsuainya kepadafesyen mengikut peredaran masa. Selain baju kebaya biasa, terdapat juga baju kebaya yang dikenali sebagai baju belah keb aya panjang. Baju belah kebaya panjang ini ada berasal dari Johor. Pada asalnya, masyar akat di Johor adalah mewarisi baju belah kebaya panjang ini daripada kerajaan JohorRiau pada suatu ketika dahulu. Baju belah kebaya panjang adalah sama dengan baju keb aya biasa cuma terdapat perbezaan sedikit daripada ciri-cirinya. Baju belah kebaya panjang adalah keseluruhannya menutupi anggota badan sehingga m encecah buku lali. Bahagian hadapan baju belah kebaya panjang adalah keseluruhannya menutupi anggota badan sehingga mencecah buku lali. Bahagian hadapan baju ini adala h terdedah dan ditutup dengan kerongsang. Pakaian ini juga dipakai dalam acaraacara rasmi ataupun dipakai pada majlis majlis keramaian.
KESIMPULAN Pada umumnya, adat resam budaya yang kita bina sejak berabad lama perlu dikekalkan dan dipelihara untuk kesinambungan generasi akan datang. Masyarakat Melayu menitik beratkan keperibadian luhur dan murni, serta dibekalkan dengan pakaian tradisi untuk melindungi anggota badan. Justeru itu, perkara ini perlu diteruskan sebagai satu usaha memelihara pakaian tradisional masyarakat Melayu agar terus dikenali sejajar dengan p erkembangan dunia fesyen tanah air. Kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia telah menjadikan negara kita kaya dengan den gan pelbagai jenis pakaian mengikut kaum. Kepelbagaian ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Namun, pengaruh pemakaian barat mula menghakis adat paka
ian tradisional kita. Oleh itu, sebagai seorang rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab pe nuh untuk mempertahankan keunikan adat pakaian di negara kita yang telah diwarisi se jak turun temurun lagi. Sebenarnya, pakaian tradisional mempunyai makna tersirat positif yang ingin disampai kan oleh nenek moyang kita. Namun begitu, jajahan budaya barat telah mengancam trad isitradisi ini. Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Budaya tradisional juga dapat memu puk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. R akyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersam asama. Oleh sedemikian, generasi muda zaman ini haruslah sedar terhadap kepentingan budaya dan adat. Bagaikan kacang jangan lupakan kulit.
Walaupun persaingan dunia peragaan dan busana telah berkembang pesat, tetapi permi ntaan terhadap pakaian tradisional Melayu masih mendapat tempat di hati masyarakat kita. Ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi ’Tak lekang dek panas dan Tak lapok dek hujan’. Semoga kegemilangan pakaian tradisional Melayu akan terus terp elihara dan berterusan dari satu generasi ke generasi akan datang.
Baju Melayu Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari Untuk kegunaan lain, sila lihat Baju tradisional Melayu.
Baju Melayu cekak musang dipakai lengkap bersama sampin dan songkok. ) ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Baju Melayu (bahasa Arab: Melayu. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dan songkok . Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Baju M elayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian adat. Baju Melayu biasanya dipakai di Brunei, Malaysia dan Singapura oleh orang-orang Melayu, walaupun penggunaannya di Singapura biasanya terhad kepada hari Jumaat di masjid, dan Aidilfitri. Lelaki Brunei dan Malaysia biasanya memakai baju untuk majlismajlis keagamaan yang umum, seperti melawat masjid atau untuk perhimpunan agama. Walaupun begitu, di Malaysia dan Brunei, ia biasanya dipakai di acara-acara formal, seperti perayaan dan perkahwinan. Sesetengah syarikat membenarkan pekerja lelaki mereka untuk memakai baju Melayu pada hari Jumaat, sedangkan yang lain telah ia sebagai satu dasar.[ perlu rujukan] Pada keseluruhan Singapura sering merujuk kepada sebagai sebuah baju Kurung, walaupun istilah ini di Malaysia biasanya hanya merujuk kepada pakaian yang sama bagi wanita. Di Indonesia, kedua-dua Baju Melayu dalam kedua-dua gaya kolar (dan lain-lain pakaian Melayu seperti baju Kurung) adalah popular di wilayah besar dengan penduduk Melayu seperti Riau, Kepulauan Riau, Kalimantan Barat dan wilayah beberapa yang lain. Baru-baru ini, baju Melayu telah menjadi lebih popular dan dipakai bukan sahaja di acara-acara tradisional, tetapi juga di majlis-majlis rasmi. [ perlu rujukan] Pegawai kerajaan yang memakai baju Melayu dengan bangganya semasa acara-acara rasmi (acara kebangsaan). Ia juga dipakai sebagai pakaian seragam dalam Silat, seni mempertahankan diri tradisional Melayu. Baju Melayu bewarna hitam dengan kain songket hitam bersulam dengan benang emas dianggap satu bentuk pakaian rasmi, dan pakaian rasmi diperlukan semasa acara-acara rasmi negara, terutama orang-orang yang sangat formal seperti sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong rasmi. Duta Malaysia membentangkan kelayakan mereka kepada ketua negeri asing juga dikehendaki untuk memakai hitam Baju Melayu. Baju Melayu berwarna putih dipakai oleh kerabat diraja Malaysia apabila berkabung lulus dari ahli keluarga diraja. Isi kandungan [sorokkan]
Pautan luar Sejarah[sunting | sunting sumber] Pemakaian Baju Melayu telah berkuat kuasa sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Shah, Melaka (1424-1444) sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara atas angin (Arab, India & Eropah) serta cara bawah angin (China & Khmer).[ perlu rujukan] Pada hari jumaat juga semua lelaki Melayu dikehendaki pergi ke masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja. Baju Melayu, baju Sikap atau baju Layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang dibuat tidak berlengan. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher ‘teluk belanga’ dan gaya leher ‘cekak musang’ hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja.[ perlu rujukan] Seluar juga adalah pendek paras betis kaki semasa zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil atau Sultan Abdul Jalil IV diangkat menjadi Sultan Johor. Setelah mangkatnya Sultan Mahmud Shah II (mangkat dijulang) pada tahun 1699, beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar). [ perlu rujukan] Semua buatan baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan berpesak . Kebiasaannya, baju Melayu dijahit menggunakan fabrik kapas atau campuran yang selesa dipakai. Pakaian[sunting | sunting sumber] Baju Melayu Teluk Belanga[sunting | sunting sumber]
Pemakaian lengkap baju Melayu Teluk Belanga. Baju Melayu Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar tatkala Almarhum bersemanyam di Teluk Belanga Singapura dan berpindah ke Tanjung Puteri pada tahun 1866 (kini dikenali Johor Bahru). Almarhum menetapkan supaya baju lelaki labuhnya sehingga kebawah punggung dengan leher yang berlapik lebar dan berkocek dua manakala baju perempuan pula labuhnya hingga bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak berkocek. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan pada bahagian leher seperti mata lalat, tulang belut dan insang pari. Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pakaian tersebut telah diubah mengikut cadangan Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor Pertama, kocek pada baju lelaki ditambah menjadi tiga dan alas lehernya halus seperti baju perempuan dan diadakan satu kocek pada baju perempuan. Seluar yang dipakai disebut 'seluar kabul' yang bertongkah atau bertakak seperti seluar Cina dan kakinya lebih luas dari seluar yang dipakai dengan pakaian barat. Pada masa itu terdapat beberapa jenis seluar yang dipakai oleh orang lelaki iaitu; • seluar sampak ( paras peha ) • seluar katok ( paras lutut ) • seluar Acheh ( paras betis )
• seluar panjang iaitu seluar pakaian orang barat. Bagi menseragamkan pakaian, seluar Cina telah ditetapkan yang mana ianya bertongkah atau bertakak iaitu terdapat sambungan kain dibahagian atas seluar bagi membolehkan diikat tanpa menggunakan tali pinggang. Pakaian tersebut dilengkapkan dengan kain Samping yang dipakai secara dagang dalam samada dari kain pelikat , kain Bugis, kain mastuli atau kain sutera. Kepala kain diletak dibelakang dan kain dipakai selabuh paras lutut atau kebawah lutut. Kain dagang luar hanya dipakai oleh anak-anak Raja dan Tuan Sayed. Almarhum Sultan Abu Bakar juga menetapkan supaya songkok dipakai bersama Pakaian Melayu. Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Jaafar bin Haji Muhammad menetapkan supaya songkok dijadikan pakaian Melayu Johor. Sepatu seperti yang dipakai dengan pakaian barat atau selipar yang bertekat dengan manik atau kelingan atau benang sutera dipakai bersama pakaian Melayu. Baju Sikap atau Baju Layang[sunting | sunting sumber] Baju sikap atau baju layang pula hanya boleh dipakai o leh golongan bangsawan yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi gelaran seperti Datuk, Tun dan sebagainya. Hiasan Kepala[sunting | sunting sumber] Pemakaian tanjak, destar, ikat kepala juga telah ditetapkan mengikut darjat dan pangkat masing-masing dari jenis kain yang digunakan sehingga cara ikatan dan lipatan. Puncak tanjak yang dipanggil ‘daun’ pula dihalakan ke sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan (atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan bangsawan dan DiRaja.[ perlu rujukan] Manakala ekor tanjak yang disebut ‘pucuk’ pula perlu disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata melainkan 2 golongan sahaja iaitu Raja (termasuk ahli keluarga) dan Laksamana. Pucuk ini adalah lambang kuasa yang ada pada s eseorang. Begitu juga dengan lapisan ‘tingkat’ lipatan, makin besar darjat dan pangkat seseorang, makin tinggi lipatan tanjaknya. Seluar[sunting | sunting sumber] Seluar pula, terdapat pelbagai rekaan dalam alam Melayu. Golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar mengenakan seluar dari gaya ‘gunting Aceh’ yang mempunyai buatan kekek yang amat besar (kelihatan seperti kain sarung), manakala bagi orangorang lain termasuk Sultan, mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya ‘gunting Cina’ yang mempunyai buatan kekek yang kecil. [ perlu rujukan] Samping[sunting | sunting sumber] Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana. Di luar istana pula adalah pilihan. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan samping dengan cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam gaya Orang Johor sekarang dan baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan samping cara ‘Berdagang Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu dan baju di selit ke dalam kain).[ perlu rujukan] Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala d engan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat. Cara mengikat samping juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iai tu: • Ikatan pancung (Raja, Sultan dan kerabat sahaja) • Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar) • Ikatan lingkup (orang kebanyakkan) Kancing[sunting | sunting sumber]
Rekaan kancing baju Melayu. Baju Melayu cekak musang berhias lima butir kancing atau tig a butang mengikut tempat. Bagi rekaan lima butir kancing, dua butir bertindih d i cekak leher, dan diikuti dengan tiga butir di bahagian bawah (belahan). • Menurut teori seorang bekas budayawan dari UKM, dari segi entnografi sosiobudaya kancing itulah lambang keharmonian rumah t angga masyarakat
melayu. Dua butir bertindih di bahagian atas ibarat kerukunan di antara pasangan suami isteri iaitu ayah dan ibu. Tiga butir di bawahnya melambangkan tiga orang anak mereka iaitu sulung, tengah dan bungsu. • Teori ini kemudiannya disangkal oleh Azah Aziz (Mak Ungku) kerana beliau menyatakan bahawa kalangan bangsawan atau raja di istana menggunakan tujuh butir pada baju Melayu mereka. [ perlu rujukan] • Dalam hal ini ia juga harus merujuk kepada sistem nombor, yang juga wujud dalam rekabentuk keris iaitu berlok 3 – 11. Lok 11 ialah milik sultan iaitu pemerintah termasuk permaisuri, lok 9 (Cik Siti Wan Kembang), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja. Begitu juga tangga rumah Melayu dikira berurutan 3-9 mata. • Bumbung perabung Masjid Kampung Laut 3-5 tingkat. Kajian seni rupa Melayu harus lagi merujuk kepada falsafah Nakula. Galeri[sunting | sunting sumber] • • Leher baju Melayu teluk belanga. • Leher baju Melayu teluk belanga. • Leher baju Melayu cekak musang. • Leher baju Melayu cekak musang. • Leher baju Melayu cekak musang. • Leher baju Melayu cekak musang. Butang baju Melayu cekak musang, teluk belanga dan baju kurung.