praktikum pencemaran air di sungai pasar baru, polda dan teluk kendariFull description
Full description
JurnalFull description
kliping ini berisikan bagaimana lingkungan dan airDeskripsi lengkap
Kesehatan masyarakat
Deskripsi lengkap
pencemaranFull description
LKS pencemaran airDeskripsi lengkap
lingkungan
praktikum pencemaran air di sungai pasar baru, polda dan teluk kendariDeskripsi lengkap
makalah pencemaran air lautDeskripsi lengkap
faktor penyebab pencemaran air
PUNCA BERLAKUNYA PENCEMARAN AIR Pencemaran air boleh dikatakan sebagai perubahan yang berlaku kepada sumber air dari segi kandungan, keadaan, bau dan warna air yang akan memberi kesan kepada kehidupan. Pencemaran air boleh diukur dengan mengunakan pelbagai indikator seperti melihat kandungan permintaan oksigen biological (BOD) dan perubahan warna dan air yang berlaku. Contohnya sumber air yang tercemar seperti sungai dan laut akan berubah warna dan baunya dari biasa kepada keadaan yang keruh dan berbau kurang menyenangkan. menyenangk an. Pencemaran air berlaku disebabkan pelbagai punca. Punca pertama ialah pembuangan sisa bahan buangan kilang daripada sektor perindustrian. Sisa bahan buangan kilang seperti sisa toksid dibuang ke dalam sungai oleh pihak pengilang disebabkan mereka ingin menjimatkan kos. Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata inilah yang telah membutakan hati mereka walaupun mereka menyedari perbuatan akan menjejaskan persekitaran. Sebagai contoh, kilang- kilang pengeluar produk pertanian yang menggunakan bahan kimia sbagai bahan asas untuk pengeluaran produk mereka. Punca kedua ialah pembuangan pembuangan sisa-sisa domestik. domestik. Bahan bahan sisa domestik seperti sampah sarap dan dan sisa kumbahan dari kawasan kediaman dibuang begitu sahaja ke dalam sungai. Masalah ini boleh dilihat di kawasankawasan yang kepadatan penduduknya padat seperti di bandar- bandar besar. Namun kawasan yang paling ketara ialah kawasan perumahan setinggan. Di samping itu, pembuangan sisa domestik juga berpunca daripada tindakan para peniaga gerai makanan dan minuman yang menyalurkan bahan buangan ke dalam sungai. Buktinya ialah pencemaran yang berlaku di Sg. Gombak dan Sg. Klang di Kuala Lumpur. Kedua-dua sungai ini mengalami pencemaran teruk disebabkan disebabkan tindakan sesetengah individu individu yang mengambil jalan mudah untuk membuang membuang sisasisa domestik. Faktor ketiga ialah penerokaan tanah. Penerokaan tanah berlaku bagi membuka kawasan untk menjalankan pertanian, perindustrian, penempatan penempatan dan sebagainya. sebagainya. Penerokaan tanah menyebabkan menyebabkan hakisan tanah berlaku yang berpunca disebabkan oleh tiada sokongan untuk mengukuhkan tanah. Hakisan ini seterusnya menyebabkan runtuhan tanah yang akan mengalir masuk ke sungai melalui aliran air permukaan. Kesannya berlaku mendakan yang mengubah air menjadi lebih keruh sehingga menjejaskan habitat hidupan akuatik terganggu. Faktor keempat ialah kegiatan pelancongan terutama pelancongan berasaskan sumber air. Pembangunan yang dijalankan seperti pembinan prasarana untuk kegiatan pelancongan telah mnyebabkan sumber air tercemar. Sebagai contoh sisa kumbahan dari hotel- hotel, resort dan chalet yang terletak di kawasan pinggir pantai akan menyebabkan sumber sumber air teremar. Kegiatan air yang terdapat di pantai seperti ski air boleh menjejaskan menjejaskan sumber air apabila berlakunya tumpahan minyak. Di Malaysia antara pantai yang tercemar akibat aktiviti perlancongan ialah di Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan dan Batu Feringgi, Pulau Pinang.