Pengenalan Keselamatan Industri Konsep Keselamatan: -
Mengutamakan keselamatan di tempat kerja
-
Perbuatan semasa mengendalikan pekerjaan
-
Keadaan persekitaran yang sihat.
Sejarah Keselamatan Industri Di Malaysia. •
Terdapat pelbagai perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan antara nya akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan, akta kilang dan jentera, akta bekalan elektrik dan sebagainya. sebagainya.
•
Sejarah aktiviti memastikan keselamatan dalam pekerjaan bermula pada 1878 dengan perlantikan seorang pemeriksa dandang untuk memastikan keselamatan di tempat kerja.
•
Undang-undang pertama adalah berkaitan dengan keselamatan penggunaan dandang stim yang dipercayai di gubal pada 1892 – 1892 – Selangor Steam Boiler Enactment dan Perak boiler Enactment 1903.
•
Pada 1908, keempat-empat Negeri Melayu Bersekutu (Selangor, Perak, N. Sembilan dan Pahang) menguatkuasakan enakmen masing-masing.
•
Bidang kuasa dan tugas pemeriksa dandang diperluaskan lagi dengan penguatkuasaan “Machinery Enactment 1913”.
•
-
pemeriksaan semua tempat kerja, jentera dan dandang.
-
Pemeriksa dandang ditukarkan kepada pemeriksa jentera.
Sehingga 1952; pemerisa jentera di bawah cawangan jentera, jabatan galian.
•
Cawangan jentera di pisahkan dari jabatan galian dengan nama Jabatan Kejenteraan.
•
Pada tahun 1953 ordinan kejenteraan telah memansuhkan enakmen atau perundangan-perundangan berasingan yang dikuatkuasakan di negerinegeri masing-masing kecuali negeri bersekutu yang masih terpakai.
•
Ordinan kejenteraan 1953 masih tidak mencukupi yang terhad kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang mempunyai jentera di kilang sahaja.
•
Pada 1967, Akta Kilang Dan Jentera di kuatkuasakan yang meliputi pekerjaan yang menggunakan jentera di kilang dan disamping aspek kesihatan industri.
•
Pada tahun 1970 Jabatan Kejenteraan dikenali sebagai Jabatan Kilang Dan Jentera. Matlamat jabatan ini ialah mewujud budaya kerja selamat dan sihat.
•
Untuk mencapai tujuan ini JKJ menguatkuasakan Akta kilang dan jentera serta 15 peratuaran di bawahnya antaranya:
•
-
Peraturan-peraturan kilang dan jentera (Timah hitam, 1984)
-
Peraturan-peraturan kilang dan jentera (Proses Asbestos, 1986)
-
Peraturan-peraturan kilang dan jentera (Pendedahan Bising, 1989)
-
Peraturan-peraturan kilang dan jentera (Habuk galian, 1989)
Peraturan-peraturan ini bertujuan melindungi pekerja daripada mengidap penyakit-penyakit perusahaan seperti penyakit paru-paru (silicosis, asbestosis dan lain-lain)
•
Pada tahun 1985, bahagian keselamatan petroleum ditubuhkan di JKJ.
•
Pada tahun 1991, bahagian major hazard ditubuhkan di JKJ untuk bertanggungjawab mencegah berlakunya kemalangan besar industri.
•
Bagi kesihatan industri, unit kesihatan ditubuhkan pada 1968 yang dibubarkan pad 1971 dan unit mencegah pencemaran ditubuhkan yang kemudian dibubarkan apabila Jabatan Alam Sekitar ditubuh.
•
Unit industrial Hygiene telah ditubuhkan pada 1975 yang kemudian menjadi satu bahagian pada 1980 untuk kerja-kerja pengawasan biologikal, program perlindungan pendengaran, dan pengawasan kontamina.
•
Skop Akta kilang dan jentera 1967 terhad kepada pekerja yang bekerja di tempat-tempat kerja yang ditakrifkan sebagai kilang iaitu lombonglombong, industri pembuatan dan tapak pembinaan bangunan
•
Sektor perladangan, pembalakan, pengangkutan dan perkhidmatan tidak diliputi akta kilang dan jentera.
•
Oleh yang demikian satu lagi akta yang lebih komprehensif dikenali sebagai Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dilulu skan pada 24 Feb. 1994.
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA, 1994). " Suatu akta untuk membuat peruntukan lanjut bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, bagi melindungi orang lain terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti orang-orang yang sedang bekerja, untuk menubuhkan majlis negara bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya." •
Tarikh lulus pada 24 Feb. 1994
•
Tarikh berkuatkuasa 25 Feb 1994
•
Tujuan utama adalah untuk: o mempertingkatkan kesedaran dan memupuk budaya keselamatan dan kesihatan di kalangan pekerja di Malaysia. o Memastikan semua pihak yang terlibat terutama majikan, pekerja dan perekabentuk, pembekal dan pengilang supaya lebih bertanggungjawab di atas kewajipan masing-masing dalam menyedia dan mengekalkan tempat kerja yang selamat dan sihat.
•
Antara Peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang di buat oleh menteri mengikut kuasa yang diberikan oleh seksyen dan seksyen 66 Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 adalah; o Kawalan terhadap bahaya kemalangan besar dalam perindustrian,1996. o Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya,1997. o Pegawai keselamatan dan kesihatan, 1997. o Larangan penggunaan bahan, 1999. o Penggunaan dan standard pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, 2000.
Apakah kewajipan Majikan -
memastikan keselamatan dan kesihatan dan kebajikan semua pekerja.
-
mengada dan menyelenggara logi dan sistem kerja yang selamat dan menjamin kesihatan.
-
Dikehendaki mengadakan maklumat, arahan latihan serta penyeliaan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja yang sedang bekerja.
-
Membentuk dasar atau polisi keselamatan dan kesihatan bagi organisasi, yang hendaklah disemak dari masa ke semasa
-
Membuat laporan kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan yang telah berlaku atau yang dijangka berlaku kepada pihak jabatan dan keselamatan pekerjaan.
Apakah kewajipan perekabentuk, pembekal dan pengilang -
rekabentuk serta pemasangan hendaklah selamat dan tiada risiko kepada kesihatan dan keselamatan pekerja atau pengguna.
-
memastikan perlaksanaan penggunaan yang betul dengan mengadakan ujian dan pemeriksaan yang sesuai.
-
Menyediakan maklumat mengenai kegunaan logi atau bahan tersebut supaya selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan keselamatan apabila digunakan.
-
Menjalankan penyelidikan yang perlu untuk menghapus atau mengurangkan apa-apa risiko terhadap keselamatan atau kesihatan yang mungkin ditimbulkan oleh logi atau bahan.
Apakah kewajipan Pekerja -
Dikehendaki memberi perhatian yang sewajarnya terhadap keselamatan dan kesihatan dirinya serta juga orang lain.
-
Memberikan kerjasama kepada majikan dan pihak berkuasa bagi memastikan matlamat keselamatan dan kesihatan terjamin kejayaannya.
-
Memakai apa-apa kelengkapan atau pakaian yang disediakan oleh majikan bagi mencegah risiko kepada keselamatan dan kesihatan diri.
-
Mematuhi semua arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikan atau mengikut akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
•
Peruntukan OSHA 1994 adlah „self -regulatory‟ iaitu tanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak kepada mereka yang mewujudkan risiko dalam pekerjaan dan mereka yang terlibat dengan risiko tersebut.
•
Konsep ini menggalakkan perundingan dan kerjasama antara semua yang terlibat dalam usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
6