Mesyuarat Jawatankuasa LINUS 2.0 Sekolah BIL 1/2017
Tarikh
: 14 Februari 2017
Hari
: Selasa
Tempat
: Makmal Komputer
Jam
:1220-1350
Kehadiran
1. Guru Besar, Tn. Hj. Bujang b. Hj. Lee 2. PK Pentadbiran,Pn. Fatimah bt. Hj. Bili 3. Penyelaras LINUS, Pn. Rosnani bt Bujang 4. En. Anuar b. Kapok 5. Pn. Nona bt Sulong 6. Pn. Jamaah bt Abg Seruji 7. Pn. Khadziah bt Bujang 8. Pn. Rosmawati bt Samaon 9. Pn. Zubaidah bt Wan Syukran 10. En. Zharif Asyraf b. Khozali 11. Pn. Patimah bt. Pon 12. En. Dennis ak Bakar 13. En. Chipriano ak Dolik 14. En. Muhammad Asraf b. Mohd. Isa 15. Pn. Hasnah bt Lee 1.0 Ucapan Aluan Guru Besar – Haji Bujang Haji Lee Guru Besar mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua guru dalam mensyuarat Program Linus BIL 1/2017. Beliau juga menyatakan fokus tujuan mensyuarat LINUS pada kali ini ialah menetapkan hala tuju sekolah tentang Program LINUS berdasarkan Pendidikan abad ke-21. Beliau juga turut menekankan pengantarabangsaan sistem pendidikan negara kita agar setanding dengan negara maju yang lain. Beliau turut mengingatkan bahawa program LINUS dibawah NKRA adalah sama taraf dengan kelas aliran arus perdana, dan PRASEKOLAH. Beliau turut menyatakan di SKAL ini ada Guru Pemulihan LINUS
iaitu Pn. Hasanah bt Lee dibawah kuota oleh PPD Saratok. Terdapat beberapa kategori LINUS iaitu LINUS biasa, dan LINUS Tegar. Guru Besar turut mengingatkan bahawa faktor keturunan bukan masalah utama LINUS. Penetapan KPI LBI, LBM, dan NUMERASI di peringkat SEKOLAH mesti 100% sebelum Tahun 4 kecuali KPI LBI sahaja 90% kerana terdapat Saringan Khas Tahun 4 bagi LBI. Pelaksanaan dan pelaporan LINUS perlu dibuat secara telus bagi mengelakkan pihak pentadbir sekolah dipanggil ketika data LINUS dipaaparkan melalui DASHBOARD ketika dialog prestasi di peringkat PPD, ataupun JPN. Beliau turut membangkitkan beberapa isu tentang LINUS seperti:
Tiada pembetulan dibuat ketika pemeriksaan kertas saringan LINUS.
Markah ada, tetapi saringan tidak dilaksanakan.
Pendokumentasian LINUS perlu dibuat dengan baik, dan teratur
Murid perlu menguasai Konstruk 3 sehingga Konstruk 12, manakala murid yang tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2 dianggap sebagai LINUS Tegar.
Semua guru LINUS perlu pastikan perekodan, dan pelaporan LINUS betul dan tepat.
Pendokumentasian perlu 3 TAHUN kebelakang (2014,2015, dan 2016)
2.0 Pengesahan minit Mesyuarat LINUS 2016. Minit mesyuarat LINUS 2016 telah disokong oleh Pn Nona bt Sulong, dan disahkan oleh En. Anuar b. Kapok
3.0 Ucapan Penyelaras LINUS, Pn. Rosnani bt Bujang Pn. Rosnani menyatakan fokus utama 2017 oleh Unit LINUS PPD Saratok ialah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP LINUS), dan aktiviti Intervensi LINUS. Beliau turt mengingatkan semua guru LINUS mesti mempunyai senarai nama murid LINUS. Beliau turut memfokuskan tentang sesi penulisan Rancangan Pengajaran Harian LINUS 2.0 dari segi objektif, aktiviti, dan refleksi. Semua guru LINUS boleh menggunakan Modul LINUS 2.0 yang dibekalkan oleh KPM sebagai aktiviti pengayaan.
4.0 Pelantikan Jawatankuasa Organisasi LINUS 2.0 2017 Jawatankuasa Organisasi Linus 2.0 Sekolah Kebangsaan Abang Leman adalah seperti berikut:-
Pengerusi
: Tn. Hj Bujang b. Hj. Lee (Guru Besar)
N. Pengerusi 1
: Pn. Fatimah bt Hj. Bili (GPK Pentadbiran)
N. Pengerusi 2
: En. Opandi b. Dris (GPK Hal Ehwal Murid)
N. Pengerusi 3
: En. Yusuf b. Sanyut (GPK Kokurikulum)
Penyelaras
: Pn. Rosnani bt Bujang
Pen. Penyelaras
: En. Zharif Asyraf bin Khozali
Setiausaha LBI
: Amalina bt Hasbi
Setiausaha LBM
: Pn. Hasnah bt Lee
Setiausaha Numerasi : Pn. Puspaliza bt. Sekeli Bendahari
: Pn. Khadziah bt Bujang
Ahli-ahli
: Semua Guru LINUS Guru Kaunseling Guru Pendidikan Khas/LINUS Ketua Panitia BM, BI, dan Matematik
5.0 Pemulihan LINUS oleh Guru Pemulihan Khas, Pn. Hasnah bt Lee Beliau menyatakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran Linus bagi Bahasa Melayu adalah 6 waktu dan Matematik 10 waktu. Antara contoh Program Pemulihan LINUS yang telah dijalankan seperti Anakku Membaca.
6.0 KPI Linus 2.0 Antara perkara yang disentuh – 1) Penghantaran maklumat LINUS- sebelum portal dibuka, saringan mesti disiapkan. 2) Pelaporan Program Intervensi 3) Pengisian Saringan (Portal LINUS) 4) Penghantaran Tapak Analisis5) Sifar kesalahan pada penandaan instrumen saringan dan BPPI.
7.0 Takwim LINUS 2.0 2017 (rujuk lampiran)
8.0 Pelan Tindakan LINUS 2.0 2017 (rujuk lampiran)
9.0 Program Intervensi 2017 Penyelaras LINUS, Pn. Rosnani bt Bujang menyatakan pelaksanaan program intervensi adalah fleksibel. Ia bergantung kepada guru itu sendiri sama ada hendak dilaksanakan diawal, ketika, atau diakhir sesi PdP. Guru perlu mengenalpasti masalah dalam kalangan murid dan memikirkan intervensi yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Maka, semua guru LINUS telah dikehendaki mengisi Borang Program Intervensi (rujuk Lampiran) sebagai maklumat kepada Penyelaras LINUS.
10.0
Lain-lain Perkara.
1) Penyelaras LINUS memaklumkan Hari Pelancaran Program LINUS dijangka dalam bulan April. 2) Penyelaras LINUS juga turut menyentuh tentang pengurusan biilik LINUS seperti penyusunan fail, modul, dan keceriaan bilik. 3) Penyelaras LINUS mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, dan semua guru yang hadir dalam mensyuarat pada kali ini.
Mesyuarat ditangguhkan jam 1350.
Dicadangkan
: En. Anuar b. Kapok
Disokong
: Pn. Nona bt Sulong
Disediakan oleh:
Disahkan oleh:
……………………………………..
…………………………............
(ZHARIF ASYRAF B. KHOZALI)
(FATIMAH BT BILI)
Pen. Penyelaras LINUS
GPK Pentadbiran