UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Penulisan Akademik 1 (GB6012) TUGASAN INDIVIDU: KERTAS KONSEP
NAMA PELAJAR
: Aziz bin Polai
NO. KAD MATRIKS
: GP05566
FAKULTI
: PENDIDIKAN
PROGRAM PENGAJIAN
: Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa Melayu)
NAMA PENSYARAH
: Prof. Dr. Zamri mahamod
Meng ilham Harapan, Harapan, Menci Menc i pta Masa Mas a D epan
PENGARUH BAHASA IBUNDA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI PEDALAMAN SARAWAK
Aziz bin Polai Polai Pendidikan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
Abstrak Bahasa ibunda merujuk kepada bahasa pertama yang dipelajari oleh seseorang bermula saat dari dilahirkan sehinggalah pandai berkata- kata. Dengan kata lain bahasa yang dipelajari dari ibu bapa atau orang yang memelihara yang digunakan dalam komunikasi seharian. Terdapat pelbagai bahasa ibunda yang boleh dikenalpasti di negara ini secara amnya, dan juga di negeri Sarawak khasnya. Pelbagai idea dan pendapat dihasilkan oleh pengkaji bahasa mengenai pengaruh bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam pendidikan. Ramai yang mengatakan bahawa mutu pencapaian dan penerimaan pelajar yang diajar dengan menggunakan bahasa ibunda lebih baik berbanding dengan pendidikan yang dibuat menggunakan bahasa lain. Kertas konsep ini akan membicarakan tentang pengaruh bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di pedalaman Sarawak. Kata kunci: bahasa ibunda, bahasa Melayu, pendidikan, pedalaman Sarawak.
PENGENALAN Pencapaian pelajar akan bertambah baik jika pendidikan di sekolah dilakukan dalam bahasa ibunda. Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan BangsaBangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova, secara prinsipnya UNESCO menggalakkan pihak sekolah mengajar dalam bahasa ibunda terutama bagi murid di peringkat sekolah rendah. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan serta dijadikan sebagai bahasa pengantar pendidikan semenjak kemerdekaan. Merujuk kepada penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 tercatat bahawa dalam sistem pendidikan di Malaysia terbentuk dalam satu sistem yang dikenali sebagai sistem pendidikan kebangsaan. Matlamat utamanya adalah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Artikel 152, Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, menjelaskan “Bahasa kebangsaan negara ini ialah Bahasa Melayu…”. Menurut Nik Safiah Karim (1996), bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar utama dan merupakan subjek teras yang wajib dipelajari di peringkat sekolah rendah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek yang wajib lulus dan dipelajari oleh murid- murid pada setiap peringkat persekolahan. Menurut Dayang Sufilkawany dan Wan Muna Ruzanna (2016), bahasa Melayu mempunyai kesukaran untuk dikuasai oleh murid- murid bukan penutur jati bahasa tersebut terutamanya bagi murid- murid di pedalaman yang mendorong mereka untuk menguasai bahasa tersebut. Di Malaysia, murid- murid secara amnya telah terdedah dengan pelbagai jenis bahasa. Kepelbagaian bahasa yang dituturkan oleh etnik- etnik yang berbeza membuktikan bahawa bahasa Melayu bukanlah satu- satunya bahasa ibunda di negara ini. Perkara ini bertepatan dengan kepelbagaian budaya, bahasa, adat resam dan kepercayaan yang diamalkan oleh etnik dan kaum di Malaysia.
Bahasa Melayu berkemungkinan berkemungki nan menjadi
bahasa kedua atau bahasa ketiga bagi golongan masyarakat yang bukan berbangsa Melayu (Khairul Nizam dan Wan Muna Ruzanna, 2016). Sehubungan itu, sejak pelaksanaan Dasar Bahasa Melayu telah meningkat menjadi bahasa yang penting dan perlu dikuasai oleh semua golongan terutama murid di sekolah. Pengajaran bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kemudian melalui zaman Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KSSM). Mulai 2017, banyak perubahan yang penting diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kamarudin Hj Kachar (1989) menyatakan bahawa konsep pendidikan dengan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Pendidikan memerlukan masyarakat untuk dijadikan asas falsafah, matlamat dan tujuan. Masyarakat pula memerlukan pendidikan sebagai alat
terpenting menyediakan individu- individu individu untuk menjadi masyarakat masyarakat terlatih, terpelajar dan berbudi bahasa. Mohd Amin Arshad pula menyatakan istilah bahasa Melayu tinggi itu memang mendukung pengertian sosial yang tertentu yang dapat dibezakan dengan bahasa rendah. Dalam kalangan budayawan, budaya tinggi ditafsirkan sebagai budaya ilmu, pemikiran dan teknologi. Dengan kata lain, bahasa Melayu tinggi adalah ragam bahasa yang digunakan sebagai pengantar ilmu, bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, bahasa baku dan bahasa standard. Penguasaan sesuatu bahasa sangat penting dalam kehidupan rutin seseorang individu. Bahasa berperanan untuk memperoleh serta menyampaikan pelbagai maklumat semasa interaksi sesama manusia. Dasar pendidikan pula menyatakan bahawa bahasa membolehkan masyarakat menguasai ilmu dan kemahiran serta nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi (Akta Pendidikan, 1996). Penguasaan lebih daripada satu bahasa dapat meningkatkan manusia ke satu tahap yang tinggi dari sudut ilmu dan pengetahuan.
Selain itu, seseorang individu itu akan mudah bertutur dan berkomunikasi berkomunik asi
dalam pelbagai situasi dengan masyarakat sekeliling. Pembelajaran bahasa kedua memerlukan seseorang menguasai bahasa asing dengan melalui proses mempelajari sesuatu bahasa baharu. Menurut Zamri (2016), penguasaan bahasa kedua diperoleh melalui pengajaran dan pemudah cara (PdPc) secara formal. Akan tetapi, individu tersebut belum tentu dapat bertutur dengan baik walaupun telah mempelajari sesuatu bahasa kedua secara formal untuk beberapa tahun (Zulkifley Hamid, 2005).
Untuk menguasai bahasa
kedua, seseorang perlulah menguasai dan memiliki asas yang kukuh dalam bahasa pertama. Apabila bahasa pertama sudah kukuh, barulah proses penerimaan bahasa kedua dapat dipelajari dengan lebih mudah dan berkesan. Nur Hayati (2002), menyatakan bahawa pembelajaran bahasa kedua berlaku lebih terkemudian dengan andaian bahawa bahasa pertama telah kukuh dikuasai oleh kanakkanak- kanak. Justeru itu, penguasaan penguasaan bahasa kedua hanya boleh berlaku sekiranya bahasa pertama yang diperoleh sudah mencapai tahap penguasaan yang baik atau hampir sempurna.
Penggunaan Bahasa Pertama dan Bahasa Kedua Penguasaaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan kanak- kanak berusia antara tujuh hingga 10 tahun merupakan satu cabaran kepada para pendidik. Walaupun kanak- kanak dapat menguasai pelbagai bahasa dengan mudah dalam usia muda namun pandangan ini tidaklah semudah yang disangkakan (DeKeyser dan Larson- Hal, 2005). Sememangnya, kanak- kanak dapat menguasai bahasa kedua dengan lebih mudah dibandingkan dengan golongan dewasa. Kanak- kanak lebih superior berbanding golongan remaja dalam menguasai bahasa kedua disebabkan otak mereka lebih fleksibel. Hal ini adalah disebabkan golongan dewasa bergantung pada pembelajaran yang bersifat eksplisit berbanding kanak- kanak yang terdorong oleh kematangan (DeKeyser & Larson- Hal, 2005). Kajian tentang pemerolehan bahasa kedua (Jarvis & Pavlenko, 2007) ,menunjukkan bahawa terdapat salah faham tentang cara kanak- kanak mempelajari bahasa. Pemerolehan bahasa kedua mengambil masa yang lama, lebih susah dan mencabar. Proses penguasaan bahasa kedua ini juga dipengaruhi oleh beberapa faktor. Pengaruh ini termasuk kepelbagaian budaya dan bahasa di sekolah. Kepelbagaian ini dianggap sebagai satu cabaran
besar
dalam
sistem
pendidikan.
Perkara
yang
unik
dalam
penyelidikan
pembelajaran bahasa kedua adalah hubungan antara dua bahasa dalam fikiran yang sama. Proses pemindahan bahasa yang luas akan berlaku sama ada dari bahasa pertama ke bahasa kedua, bahasa kedua ke bahasa pertama (pemindahan balik) atau bahasa kedua ke bahasa lain (pemindahan sisi) (Jarvis & Pavlenko, 2007). Menurut Brown (2007), kebanyakan kajian tentang pembelajaran bahasa kedua berkisar pada pembelajaran aktif, pembelajaran kolaborasi, pelbagai keupayaan kumpulan murid, pengajaran holistik dan kesahihan penilaian yang ditujukan kepada kanak- kanak daripada budaya dan bahasa pelbagai latar belakang. Cabaran dalam menguasai pelbagai bahasa dipermudah dengan inovasi pendidikan dan strategi pengajaran yang berkesan (Cook, 2007). Dari perspektif yang lain pula, cabaran mendidik pelbagai kelompok murid dengan berkesan menggalakkan pembaharuan dalam sistem pendidikan. Pengajaran bahasa yang bersifat praktikal adalah mustahil tanpa dipermudah (Cook, 2008). Hal ini adalah disebabkan penguasaan bahasa kedua terdorong oleh kuasa kematangan transformative yang bersifat intrinsic dan tidak sama dengan kanak- kanak monolingual (Jarvis & Pavlenko, 2008). Oleh itu, usaha penerapan bahasa kedua yang dianggap sebagai satu cabaran yang memerlukan pendekatan afdal.
Bahasa pertama merupakan aset terbesar dalam pembelajaran bahasa asing dan menyediakan Sistem Sokongan Pemerolehan Bahasa. Namun begitu golongan ortodoks ekabahasa menganggap bahasa pertama hanyalah gangguan yang berterusan dalam pembelajaran bahasa kedua (Wolfgang, 2007). Salah satu perdebatan yang berpanjagnan dalam kalangan guru bahasa adalah tentang kewajaran menggunakan bahasa pertama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua. Kumpulan pertama berpendapat bahasa
bahasa
pertama
tidak
harus
digunakan
semasa
aktiviti
pengajaran
dan
pembelajaran bahasa kedua. Aliran konvensional ini berpegang pada pendirian bahawa penggunaan ekabahasa adalah penghalang proses pengajaran bahasa yang berkesan. Aliran konvensional ini tidak bersetuju dengan idea pembelajaran pembelajaran bahasa kedua dilakukan dengan sokongan bahasa pertama. Idean penutur jati merupakan salah satu idea yang bersifat kompleks dalam pengajaran bahasa kedua. Hal ini adalah kerana konsep ini tidak dapat dijelaskan dengan baik dan sasaran untuk mewujudkan ke arah penutur jati monolingual merupakan sesuatu yang tidak realistic (Georgia & Joannis, 2009). Namun begitu, bagi penyokong idea pengajaran bahasa kedua tanpa pengaruh bahasa pertama menyuarakan masalah dalam pembelajaran bahasa yang sering diperlihatkan oleh murid dari segi f onologi, kosa kata dan tatabahasa
adalah
berpunca
daripada
kebiasaan
penggunaan
bahasa
pertama
(Beardsome, 1982). Kumpulan kedua pula menyokong dan menggalakkan penggunaan bahasa pertama dalam proses pembelajaran bahasa kedua. Keupayaan untuk bertutur dalam bahasa pertama murid dianggap sebagai satu kelebihan yang sangat berharga. Malah guru yang dapat bertutur dalam bahasa pertama dikatakan dapat menjadi guru yang baik (Wolfgang, 2007). Persoalan sama ada wajar menggunakan bahasa pertama dalam pengajaran dan pembelajaran atau sebaliknya ditentukan oleh pelbagai faktor. Antara faktor ini termasuklah norma sosial dan budaya, matlamat dan motivasi murid, umur dan kemahiran asas murid dan penggunaan bahas kedua di luar persekitaran sekolah. Dalam pada itu, faktor- faktor yang sama ini boleh menghasilkan pendekatan dan hasil yang berbeza bagi setiap guru. Pelaksanaan kaedah dan amalan yang berbeza mengikut keadaan dan kesediaan murid dapat membuahkan hasil yang baik. Menurut Jarvis dan Pavlenko (2007), terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa pemindahan bahasa merupakan fenomena yang perlu dipertimbangkan dalam proses penguasaan bahasa kedua. Kajian telah membuktikan bahawa banyak kemahiran yang dikuasai semasa mempelajari bahasa pertama dapat dipindahkan pada bahasa kedua (Kasper & Omori, 2010). Antaranya ialah kemahiran analitik yang membolehkan kanak-
kanak mempelajari bahasa kedua dengan mudah. Dengan menggunakan bahasa pertama, seseorang murid dapat berfikir, berkomunikasi dan memperoleh pemahaman intuitif tatabahasa. Bahasa pertama bukan sahaja dapat memantapkan penguasaan tatabahasa, tetapi juga membuka ruang untuk menguasai tatabahasa lain kerana bahasa pertama dianggap kunci utama untuk penguasaan bahasa asing dengan lebih pantas, tepat dan secara menyeluruh. Walaupun tanggapan ini dianggap bersifat radikal, namun peranan bahasa pertama dalam pembelajaran bahasa kedua tidak dapat dinafikan. Namun begitu, penggunaan bahasa pertama perlulah berhati- hati dan tidak secara rawak. Penerapan pengetahuan bahasa pertama dalam proses pembelajaran bahasa kedua adalah satu ciri penting pembelajaran bahasa. Proses ini akan membentuk satu pengetahuan baharu yang bersifat umum (Kasper &Omori, 2010). Hubungan bahasa pertama dan bahasa kedua dari segi persamaan dan perbezaan perlu dipertimbangkan. Isu gangguan dan kesan pengaruh bahasa pertama dan bahasa kedua sudah banyak diperdebatkan. Menurut Lightbown dan Spada (1999), salah satu faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran bahasa kedua ialah pengaruh pemindahan negatif bahasa pertama. Krashen (1982) mendefinisikan ini sebagai pemindahan secara langsung disebabkan kebiasaan menggunakan struktur asas bahasa pertama bagi menggantikan struktur bahasa sasaran. Hal ini juga dikenali sebagai corak penggunaan bahasa negatif atau peraturan yang mendorong pada kesalahan bahasa. Sementara itu, persamaan antara bahasa pertama dan bahasa kedua akan memperlihatkan lebih banyak gangguan dibandingkan dengan keadaan perbezaan yang nyata antara kedua- dua bahasa ini. Gangguan bahasa adalah kurang apabila kedua- dua bahasa ini memperlihatkan ciri bahasa yang berbeza. Namun begitu, hal ini akan menyebabkan pemahaman bahasa menjadi lebih sukar. Semua murid yang bertutur bahasa kedua bermula dengan andaian bahawa setiap perkataan dalam bahasa pertama ada terjemahan yang sama maksud dalam bahasa kedua. Maka, satu- satunya cara memulakan komunikasi dalam bahasa kedua adalah dengan terjemahan perkataan demi perkataan atau berfikir dalam bahasa pertama. Menurut Kasper (2010), pembelajaran yang berjaya adalah apabila bahasa kedua yang dituturkan dapat dibezakan dengan jelas. Dalam situasi ini, walaupun penguasaan bahasa kedua dipengaruhi oleh struktur bahasa pertama namun keupayaan untuk membezakan struktur kedua- dua bahasa ini memperlihatkan penguasaan yang sebenarnya. Dalam pada itu, Cook (2007) berpendapat bahawa seseorang yang menguasai dua bahasa merupakan individu yang berbeza dengan penutur monolingual kerana pendedahannya pada pelbagai kecekapan atau kemahiran.
Dalam erti kata lain, pelbagai kecekapan ini mewakili keadaan dua sistem tatabahasa
dalam
minda.
Malahan
individu
yang
menguasai
pelbagai
bahasa
memperlihatkan nilai yang berbeza daripada individu yang hanya tahu menuturkan dalam satu bahasa. Dari sudut yang lain pula, murid multilingual atau pelbagai bahasa menunjukkan proses kognitif yang berbeza daripada murid monolingual (Cook, 2005). Perkara yang perlu disedari tentang pengajaran bahasa ialah setiap murid mempunyai pemikiran dan kehendak yang berbeza. Mereka memainkan peranan dengan pelbagai cara dalam konteks yang berbeza jika berbanding murid monolingual. Cook dan Newson (2007) berpendapat cara minda memperoleh bahasa haruslah bebas daripada pengaruh tahap perkembangan. Walaupun mungkin terdapat urutan semula jadi dalam perkembangan perkembangan menguasai bahasa namun terdapat pelbagai faktor yang turut mempengaruhinya. Antara faktor ini termasuklah kesan kekerapan input bahasa dan perkembangan ingatan kanak- kanak. Dalam pembelajaran bahasa kedua yang melibatkan penggunaan bahasa pertama, murid akan memperlihatkan latar belakang budaya yang berbeza dan tingkah laku yang berbeza terhadap pembelajaran bahasa kedua yang berperanan sebagai medium pemahaman umum (Alptekin, 2002).
Fungsi Bahasa Melayu a. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan telah termaktub dalam dasar pendidikan negara Malaysia. Dasar pendidikan negara telah menggariskan bahawa pendidikan formal peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah dan pengajian tinggi (selain daripada kursus bahasa asing dan bahasa Inggeris) harus diajar menggunakan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan telah dicatat dan dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1961. Selain itu, peranan dan status bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan terutamanya di institusi- institusi pendidikan tinggi swasta mengalami pengubahsuaian atau penambahbaikan apabilan pihak Parlimen Malaysia meluluskan Akta Pendidikan 1996. Seksyen 2 dalam Akta Pendidikan 1996 jelas menyatakan bahawa bahasa kebangsaan dapat dijadikan bahasa pengantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Namun demikian, Seksyen 17 (1) telah memberi satu kelonggaran dengan memberi kuasa kepada asas penubuhan universiti swasta tersebut. b. Bahasa Melayu bahasa perpaduan. Asmah Omar (2008) menyatakan bahawa bahasa Melayu telah t elah dipilih sebagai bahasa kebangsaan atas peranan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa pemersatu. Bahasa pemersatu di sini bermaksud bahasa yang digunakan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Semua sekolah yang terdiri daripada sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular di Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, malah institusi- institusi pengajian tinggi juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, dalam Penyata Razak 1957 dinyatakan bahawa bahasa Melayu harus dijadikan asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum. Fungsi simbolik sesuatu bahasa standard ialah fungsi penyatuan, bahasa juga boleh menjadi alat yang menghubungkan semua dialek dengan satu bahasa yang sama. Bahasa pengantar utama yang sama di sekolah- sekolah juga akan merealisasikan hasrat negara Malaysia yang ingin mewujudkan satu bangsa yang dinamakan bangsa Malaysia.
Seperti
mana
yang
dilancarkan
oleh
kerajaan
Malaysia
dengan
memperkenalkan
konsep
1Malaysia
untuk
kesejahteraan
rakyat
dan
negar.
Kesefahaman di dalam politik dan agama sahaja tidak memadai untuk menyatupadukan rakyat. Bahasa adalah alat yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat kerana bahasa merupakan alat untuk melahirkan pendapat dan fikiran. Hasrat kerajaan untuk melihat rakyat bersatu padu, terutama dalam pelaksanaan konsep 1Malaysia memerlukan satu bahasa yang sedia ada iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi antara setiap golongan masyarakat, tidak kira tua atau muda, yang berpangkat mahupun tidak. c. Bahasa Melayu bahasa ilmu. Sejak dari zaman dahulu lagi bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perhubungan dan menjadi lingua franca. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa ilmu sejak Tanah Melayu mula kenal ilmu pengetahuan, bermula dengan bahasa kuno, menjadi bahasa
klasik
sehinggalah
bahasa
Melayu
diangkat
menjadi
bahasa
moden.
Sungguhpun nilai dan taraf bahasa Melayu dilihat mengalami kemerosotan pada zaman pemerintahana British, akibat daripada pengaruh kolonialisme, namun setelah Malaysia mencapai kemerdekaan bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan dan seterusnya sebagai bahasa ilmu yang dituturkan oleh cerdik pandai bermula dari sekolah kebangsaan, sekolah menengah serta institusi- institusi pengajian tinggi. Dasar bahasa Kebangsaan menjadikan bahasa sebagai bahasa pengantar utama bagi semua sekolah bermula dari peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah dan pengajian tinggi telah meningkatkan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. d. Bahasa Melayu bahasa komunikasi Bahasa merupakan alat perhubungan bagi manusia menyampaikan perasaan atau permikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat. Negara Malaysia yang mempunyai berbilang bangsa dapat disatukan dengan menggunakan bahasa komunikasi yang dapat difahami oleh semua masyarakat. Bahasa komunikasi yang dapat difahami oleh semua masyarakat amat penting bagi mengutarakan sesuatu idea. Setiap idea perlu disampaikan dalam bentuk yang gramatis serta berkualiti untuk diterima dan diguna pakai di dalam masyarakat. Jelaslah, bahasa komunikasi yang satu amat penting dan akan dapat mempertimbangkan hubungan dan menambah kualiti komunikasi antara satu sama lain. e. Lingua franca Bahasa Melayu ialah lingua- franca di rantau Melayu dan Indonesia. Sejarah Melayu menceritakan bahawa para pedagang berusaha untuk mempelajari serta menguasai
bahasa Melayu bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pemimpin dan masyarakat di Tanah Melayu untuk berdagang. Berdasarkan penelitian dan kajian yang terperinci, bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua- franca atau bahasa komunikasi utama sejak lima abad yang lalu iaitu zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatic.
Melakan
telah
berperanan
sebagai
pusat
perkembangan
bahasa,
kebudayaan dan kesusasteraan. Tiada bahasa lain yang dapat menandingi taraf bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang luas di rantau ini. Pada ketika itu, bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk penjajah British, Portugis dan Belanda (Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin, 2007). Surat- surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi. Dokumen- dokumen berkenaan boleh kita temui dalam undang- undang tubuh bagi negeri- negeri Melayu juga menggunakan bahasa Melayu dan ditulis menggunakan tulisan jawi. f. Bahasa Melayu sebagai Simbol Permuafakatan Antara Etnik. Bahasa Melayu yang telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan perbualan harian, sebagai bahasa komunikasi dan bahasa persuratan maka telah dipersetujui dan disepakati oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Permuafakatan pelbagai kaum ini dirakam dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara seperti yang termaktub dalam Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka.
Pernyataan Pernyataan Masalah Peningkatan
kecekapan
berbahasa
disebabkan
oleh
pemahaman
input,
manakala
pemahaman output langsung tidak memberi sebarang kesan. Pendapat ini disokong oleh Krashen (1994), yang menyatakan kecekapan linguistik hanya maju apabila bahasa kecekapan linguistik hanya maju apabila bahasa diperolehi separa sedar, dan pembelajaran sedar tidak boleh digunakan sebagai sumber hasilan bahasa yang spontan. Bahasa pertama amat penting untuk dikuasai bagi memudahkan seseorang individu berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Pembelajaran untuk menguasai bahasa kedua pula memberikan kesukaran kepada penutur jati bahasa pertama kerana motivasi yang tinggi perlu wujud dalam diri murid tersebut. Bahasa pertama sememangnya memberikan pengaruh yang besar kepada murid untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik. Penguasaan bahasa Melayu merangkumi murid perlu menguasai kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis dengan baik. Menurut Kamiliah dan Zamri (2015), individu yang dapat menuturkan bahasa dengan baik tidak semestinya dapat menulis dengan baik kerana bentuk dan corak yang berbeza, malah gaya penyampaiannya juga agak berbeza. Proses pengajaran dan pembelajaran secara
formal
di
sekolah
merupakan
asas
utama
seseorang
murid
untuk
memperkembangkan penguasaan bahasanya ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut kajian Mohammed (2010), membuktikan penggunaan bahasa Melayu Sarawak dalam situasi formal membantu murid Iban dalam meningkatkan prestasi penulisan karangan, namun kenyataan ini disangkal oleh Ilangko, Noorfulafiza dan Siti (2014), yang menyatakan situasi ini berbeza di kawasan pedalaman khususnya dalam kalangan murid sekolah rendah. Selain itu, di kawasan pedalaman Sarawak penggunaan bahasa Melayu Sarawak tidak digunakan secara meluas oleh penduduk setempat. Hal ini kerana, penduduk lebih gemar menggunakan bahasa ibunda untuk bertutur dalam kehidupan seharian berbanding penggunaan bahasa Melayu Sarawak yang memerlukan mereka mengambil masa untuk mempelajarinya. mempelajarinya. Murid- murid etnik Iban bersikap positif dan bermotivasi tinggi terhadap pembelajaran bahasa Melayu (Jerie & Zamri, 2011). Berdasarkan kajian ini, murid- murid Iban memiliki kesungguhan yang tinggi dalam menguasai pembelajaran bahasa Melayu. Namun kajian ini disangkal oleh Ilangko, Noorulafiza dan Siti (2013) yang menyatakan bahawa penguasaan bahasa dipengaruhi oleh pelbagai faktor khususnya, keberkesanan pengajaran guru di bilik darjah. Pengaruh persekitaran linguistik juga turut memberikan pengaruh seperti tempat tinggal, penggunaan bahasa di rumah, latar belakang rakan dan jiran sememangnya mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Di daerah Dalat, Sarawak, majoriti penduduk di sini merupakan masyarakat Melanau yang menggunakan bahasa Melanau sebagai bahasa komunikasi harian mereka. Walaupun, penduduk di sini menggunakan bahasa Melanau sebagai bahasa pertama, namun dialek yang dituturkan berbeza mengikut kampung atau kawasan- kawasan tertentu. Perkara ini menyebabkan murid- murid yang berada pada peringkat awal persekolahan memiliki kesukaran untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kegagalan menguasai bahasa Melayu dengan baik akan menyebabkan prestasi akademik berada pada tahap yang kurang memuaskan. Alat- alat artikulasi murid sudah terbiasa menyebut perkataan dalam bahasa ibunda, dan ini mengganggu nada dan intonasi murid untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Menurut Chew, 2016 bagi murid yang bukan penutur jati, mempelajari bahasa kedua, iaitu bahasa Melayu merupakan satu proses mempelajari lakuan baharu. Pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah di pedalaman Sarawak dilihat memberikan impak yang negatif dalam penguasaan kemahiran kerana dipengaruhi oleh penggunaan bahasa komunikasi harian murid. Sebelum ini beberapa kajian telah dijalankan tentang faktor sikap dan motivasi dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Roslind (2003) telah menjalankan kajian di Sri Aman, Sarawak terhadap pelajar tingkatan 2 dan 5 dalam pembelajaran bahasa Melayu. Abdullah (2004) telah mengkaji sikap dan motivasi murid- murid Dusun terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian terhadap sikap murid Cina terhadap pembelajaran bahasa Melayu pula telah dijalankan oleh Zamri dan Zarina (2001).
Ulasan kepustakaan Pelbagai kajian dan penyelidikan mengenai penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan telah dijalankan oleh pelbagai agensi sama ada bersifat kerajaan mahupun bukan kerajaan. Norshahimah Jalaludin (2003) yang mengkaji penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik mendapati bahawa terdapat masalah dalam kalangan guru yang mengajar dan juga minat pelajar untuk mempelajari subjek tersebut menurun. Shaharir Mohd Zain (2005) mengatakan terdapat kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pelajar terutamanya peringkat sekolah rendah akan dapat menerima pelajaran dan pengetahuan dengan lebih mudah dengan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar juga telah banyak dikaji oleh pengkaji- pengkaji tempatan. Isahak Haron (2007) yang telah membuat kajian terhadap dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah rendah dan menengah telah mendapati bahawa pertukaran dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris telah menyukarkan pelajar mempelajari dua mata pelajaran tersebut. Prestasi pelajar bagi kedua- dua mata pelajaran tersebut merosot dan penguasaan bahasa Inggeris mereka juga meningkat. Datok Abdul Raof Hussin yang mengetuai penyelidik UPSI juga turut melaporkan bahawa dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris hanya mampu meningkatkan sebanyak 4 peratus sahaja penguasaan bahasa Inggeris, tetapi minat terhadap memahami mata pelajaran Sains dan Matematik merosot. Kajian turut merumuskan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris untuk pemerolehan ilmu telah melunturkan semangat, minat dan keinginan murid- murid terhadap subjek Sains dan Matematik sejak dari sekolah rendah lagi. Dalam kajian yang dilakukan oleh Habibah Elias, Abdul Rashid Jamian dan Yahnya Othman (Ambigapathy Pandian, 2003:152) masalah sikap telah dikenal pasti dalam kalangan pelajar bukan Melayu yang hanya belajar bahasa Melayu kerana bahasa Melayu adalah mata pelajaran yang wajib dipelajari. Mereka dikatakan tidak mahu menggunakan bahasa Melayu dan beranggapan bahawa bahasa Melayu amat mengelirukan dan sukar untuk dipelajari. Kajian ini turut menunjukkan bahawa faktor sekolah mempunyai pengaruh yang tidak siginifikan terhadap sikap dan minat pelajar- pelajar bukan Melayu dalam proses pembelajaran bahasa Melayu. Zamri Mahamod (2007) menyatakan bahawa aspek psikolinguistik mempengaruhi pembelajaran- pembelajaran pelajar ketika belajar bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Pelajar yang bersikap negatif terhadap bahasa Melayu tidak bersetuju untuk mempelajari bahasa Melayu, lantas kurang pendedahan terhadap bahasa Melayu. Pendedahan terhadap
bahasa kedua adalah amat penting kerana pelajar yang banyak terdedah kepada bahasa kedua adalah lebih cekap berbahasa. Menurut Zulkifley Hamid (2005) dalam dapatan kajiannya, pengetahuan bahasa kedua boleh diperoleh melalui dua cara iaitu bersifat informal dan formal. Dalam konteks ini, informal merujuk kepada usaha individu itu sendiri dan formal merujuk kepada pemerolehan maklumat
yang
diterima
daripada
mereka
yang
arif
tentang
bahasa
itu.
Walau
bagaimanapun, Zulfkifley Hamid berpendapat bahawa pengetahuan tentang sesuatu bahasa kedua yang diperoleh dengan berguru secara f ormal adalah bersifat menyeluruh. Ini kerana pengetahuan tentang nahu atau rumus- rumus tatabahasa sesuatu bahasa kedua seperti bahasa Melayu mungkin boleh dikuasai pada tahap tertentu, tetap aspek kecekapan berbahasa mungkin sukar dikuasai jika tiada persekitaran yang sesuai. Dalam kajian yang dijalankan oleh Ilangko dan Noorulafiza (2013) menunjukkan bahawa murid Tahun 1 dapat mencapai objektif mata pelajaran bahasa Melayu iaitu dapat memahami petikan dengan baik dan dapat menjawab soalan pemahaman dengan lebih tepat apabila bahasa pertama digunakan untuk mengukuhkan pemahaman murid. Dalam memastikan penguasaan bahasa kedua berada pada tahap yang baik, guru perlulah berhati- hati agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dilakukan sepenuhnya dalam bahasa pertama. Kajian yang dijalankan oleh Dayang Sufilkawany dan Wan Muna Ruzanna (2016) menjelaskan bahawa faktor sosial dominan yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ialah faktor motivasi, sikap dan persekitaran. Justeru, guru bahasa Melayu perlu mengambil kira aspek sosial, motivasi, sikap dan persekitaran dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, selain faktor sosial rakan sebaya dan keluarga, terutamanya yang mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua kepada muridmurid bukan Melayu. Sikap positif dalam kalangan murid membuatkan mereka lebih mudah untuk menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hal ini menunjukkan secara keselurahannya aspek intrinsik iaitu faktor dalam diri sendiri merupakan faktor utama yang mendorong kepada kejayaan dalam penguasaan bahasa kedua. Dalam kajian yang dilakukan oleh Khairul Nizam dan Wan Muna Ruzanna (2016) pula menjelaskan bahawa murid- murid Bajau sekolah rendah mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Dapatan kajian mereka turut menunjukkan bahawa terdapat perbezaan sikap dan motivasi antara murid lelaki dan perempuan yang mempelajari bahasa Melayu. Dapatan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Jerie dan Zamri (2010) yang turut memperoleh keputusan yang positif serta motivasi yang tinggi bagi murid Iban dalam mempelajaran bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua. Menurut kajian Abdul Rashid (2010) terhadap murid berbangsa Cina juga menunjukkan keputusan yang positif terhadap sikap dan bermotivasi bermotivasi tinggi untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan. Hal ini juga turut digambarkan oleh Kajian Jumiya (2014), di mana murid berbangsa Kensiu turut menunjukkan sikap yang positif serta motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Namun begitu, hasil kajian yang dijalankan oleh Siti Saniah (2013) mendapati sikap dan motivasi pelajar warga asing dalam pelbagai latar belakang kewarganegaraan menunjukkan keputusan yang negatif serta tahap motivasi yang rendah semasa mempelajari bahasa Melayu. Kajian yang dilakukan oleh Suthantradevi (2003) menjelaskan bahawa strategi berdasarkan bahasa ibunda iaitu strategi terjemahan literal dan penukaran kod dalam kalangan murid India paling kerap digunakan apabila bertutur dalam bahasa Melayu. Pelajar India berfikir dalam bahasa Tamil, terjemahan pemikiran itu dalam pertuturan bahasa Melayu. Kajian terhadap pelajar India turut dijalankan oleh Mahendrand an Kartheges (2014) terdapat beberapa pengaruh bahasa ibunda dalam kalangan pelajar sekolah Tamil, terutamanya dalam domain sintaks dan perbendaharaan kata. Pengaruh ini diklasifikasikan sebagai pengaruh negatif, yakni penggunaan bahasa ibunda mengganggu dalam pembelajaran bahasa kedua.
Halangan dan Langkah Penyelesaian Sungguhpun telah jelas bahawa untuk meningkatkan penguasaan berbahasa murid- murid dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah dilaksanakan dengan menggunakan bahasa ibunda, namun terdapat juga kekangan yang terpaksa dihadapi disebabkan oleh faktorfaktor tertentu, antaranya ialah: a. Pengaruh Bahasa Inggeris Permodenan telah membawa pengaruh globalisasi secara menyeluruh ke seluruh dunia. Dasar bahasa tidak berubah tetapi orientasi terhadap bahasa Inggeris sebagai wadah kemajuan globalisasi atau sebagai alat untuk mencapai matlamat itu mula mengaburi mata masyarakat dan penggubal dasar. Peranan bahasa Melayu dalam agenda pembangunan negara dan pendidikan juga turut terkena bahang globalisasi. Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu diseru supaya menguasai bahasa Inggeris jika mereka hendak menjadi bangsa yang maju. Proses globalisasi digunakan sebagai alasan bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia mesti mengetahui bahasa Inggeris. Pada hal sudah ada dasar sejak tahun 1957 yang diperakukan oleh Laporan Razak sendiri bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa kedua yang wajib diajarkan di sekolah. Kelemahan pelajar Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris mula menjadi isu negara seolah- olah bahasa Inggeris itu merupakan bahasa pengantar utama di sekolah mahupun di university manakala kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Melayu dipandang sepi. Tiada tindakan mahupun usaha untuk memantapkan bahasa Melayu. Hakikatnya, penguasaan pelajar terhadap bahasa Inggeris tidak meningkat dan pemahaman mereka terhadap bahasa Melayu pula semakin merosot. Cabaran paling serius terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Di IPT berlaku apabila 600 lesen diluluskan kepada pihak swasta untuk menubuhkan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Walaupun Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 menyatakan bahawa semua IPTS di negara ini hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, namun dalam akta yang sama juga telah memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk membenarkan IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi bukanlah jalan penyelesaian kepada pelajar dalam menguasai ilmu. Satu kaedah yang mungkin boleh diaplikasikan dalam hal ini ialah memperkenalkan sistem bahasa ibunda berasaskan dwibahasa yang dibincangkan oleh Carol Benson (2005). Melalui kaedah ini pengajaran dan pembelajarn dilaksanakan dengan menggunakan dwibahasa. Pada hari ini penggunaan dwibahasa sebagai bahasa pertuturan di rumah bukanlah perkara yang baru.
Namun, untuk melaksanakan langkah ini memerlukan satu kajian dan penyelidikan yang teliti sebelum diimplementasikan. ii. Kegagalan menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi Satu lagi masalah yang menyebabkan penggunaan bahasa Melayu adalah kegagalan pelajar dan pengajar untuk menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. Terdapat ramai pelajar terutama pelajar bukan Melayu yang lulus dengan agregat A+ atau A bagi mata pelajaran bahasa Melayu gagal berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu. Mereka memperoleh gred yang tinggi kerana mereka fokus terhadap subjek tersebut dan hanya belajar untuk peperiksaan. Kekangan yang jelas ketara untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam pendidikan ialah kurangnya tenaga pengajar yang mahir dan tidak menguasai bahasa Melayu dengan sebaiknya. Abdul Hamid Mahmood (1993) menyatakan bahasa Melayu itu tidak dapat dimartabatkan jika guru- guru yang mengajarkan mata pelajaran bahasa Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Menurut kajian beliau, ramai guru masih menggunakan dialek setempat semasa mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dan bukannya menggunakan bahasa standard. Budaya berbahasa yang sebenarnya tidak dapat diterapkan oleh golongan pengajar dan tenaga pengajar tersebut. Ini menyebabkan golongan pelajar akan mendapat input yang salah dan bercelaru. Hal ini demikian, menyebabkan golongan pelajar khususnya pelajar Melayu tidak dapat mempelajari bahasa Melayu dengan betul. Selain itu, masalah penggunaan dialek bahasa Melayu di bilik darjah masih ada hingga hari ini. Tambahan pula, tidak semua pelajar dianggap sebagai orang Melayu adalah orang Melayu. Contohnya, kaum Melanau dan menggunakan bahasa Melanau di rumah. Bahasa Melayu ialah bahasa kedua dan bahasa Inggeris ialah bahasa ketiga bagi mereka. Bagi kebanyakan pelajar sebegini, bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda mereka dan mereka terpaksa mempelajarinya. Menurut Sufean Hussin (1996), mengatakan bahawa di sekolah murid- murid akan diajarkan aspek tatabahasa dengan betul. Tujuan pengajaran tatabahasa dijalankan di sekolah adalah untuk membolehkan murid- murid dapat memahami dengan lebih jelas pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisis kedudukannya. Selain itu, dapat membantu murid- murid bertutur dengan lancar, terang dan mudah difahami oleh orang lain serta murid dapat menggunakan frasa dengan jelas dan tepat. Pengajaran tatabahasa ini sangat mencabar bagi seseorang guru bahasa. Gruuguru perlu melengkapkan diri dengan ilmu tentang tatabahasa itu sendiri. Guru- guru tidak boleh dengan sewenang- wenangnya mengajarkan tatabahasa kepada murid- murid tanpa membuat sebarang rujukan berkaitan kandungan dalam tatabahasa itu sendiri. Ini
bersesuaian dengan zaman sekarang di mana murid- murid perlu menguasai tatabahasa untuk diaplikasikan dalam menjawab soalan peperiksaan. Bagi mengatasi masalah ini, antara langkah yang dimasukkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan (2012) adalah mempertingkat kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka melalui: i.memperbanyak i.memperbanyak istilah Matematik, Sains dan Teknologi ii. meningkatkan aktiviti sokongan bahasa seperti pertandingan/ kempen/ kursus iii. meningkatkan bantuan dalam pembinaan kapasiti guru seperti munsyi bahasa/ kursus dan bengkel.
iii. Pengaruh Bahasa Slanga Slanga wujud sebagai satu bentuk kekacauan bahasa. Kekacauan bahasa ini sebenarnya berlaku tanpa disedari oleh penuturnya. Ismail Jusoh (2002) menyatakan bahawa bahasa slanga dilahirkan oleh sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata- kata yang bermakna dan hanya difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilahistilah tersebut dalam berkomunikasi. Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung terbinalah pelbagai golongan mengikut identity mereka. Dalam menangani masalah memartabatkan bahasa Melayu, golongan pelajar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam berbahasa. Tetapi sejak akhir- akhir ini, banyak rungutan mengatakan bahawa golongan pelajar universiti lebih suka menggunakan bahasa slanga dalam pertuturan mereka tidak kira secara formal mahupun tidak formal. Bahasa Slanga adalah satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat berubah. Bahasa ini sering digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock dan kawan melepak, atau pelajar universiti serta golongan profesional untuk menghindarkan daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain. Bahasa Slanga ini cepat merebak dan cepat pula hilang mengikut peredaran zaman. Antara contoh bahasa Slanga yang menjadi ikutan seperti cun, buat dek, bengang, geng, melepak, buat pot dan banyak lagi. Hal ini menyebabkan penguasaan bahasa Melayu semakin merosot. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk memartabatkan bahasa Melayu tidak akan tercapai kerana golongan muda inilah yang akan menjadi tunggak kepada pembangunan negara pada masa hadapan. iv. Kurang rujukan dalam bahasa Melayu.
Masalah yang dihadapi oleh golongan pelajar mahupun pendidik dewasa ini ialah kurangnya buku ilmiah yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran yang ditulis dan diterbitkan dalam bahasa Melayu. Kebanyakan buku- buku yang terdapat di pasaran semuanya menggunakan bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat menyukarkan terutamanya golongan pelajar. Para pelajar sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana tidak terdapat penterjemahan dari segi istilah. Buku- buku ilmiah ini didatangkan dari luar negara untuk rujukan para pelajar. Dasar mempercayai budaya orang luar telah menular di dalam diri masyarakat di negara Malaysia. Para penerbit buku seharusnya lebih agresif untuk menerbitkan buku- buku ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya. Abdullah Hassan (1987) (1987) mengatakan bahawa langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu ialah dengan melantik sebuah badan berkanun seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan satu badan berkanun yang berperanan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu. DBP berperanan untuk memupuk dan memperkaya bahasa kebangsaan, memperluas bidang pengetahuan masyarakat terhadap penggunaan dan perkembangan bahasa Melayu, menerbitkan, menggalakkan dan menyelaraskan penerbitan buku dan jenis penerbitan lain yang berkaitan dengan kajian dan pembinaan bahasa Melayu, membakukan sistem ejaan dan sebutan, mencipta istilah saintifik yang sesuai dengan bahasa kebangsaan, menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa kebangsaan. Dengan adanya Dewan Bahasa dan Pustaka sedikit sebanyak dapat membantu pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan untuk memantapkan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan.
iv. Bahasa Melayu bahasa ilmu tinggi. Dalam persidangan Kebangsaan Bahasa Melayu di Universti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi (2005), Wan Hashim Wan Teh menyatakan bahawa, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara telah tiba di kemuncaknya apabila bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan sehingga ke universiti. Menurut beliau, ia menunjukkan kesungguhan serta komitmen yang tinggi pihak kerajaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Mohd Amin Arshad (2005), menyatakan istilah bahasa Melayu tinggi itu memang mendukung pengertian sosial yang tertentu yang dapat dibezakan dengan bahasa rendah. Bagi golongan budayawan, budaya tinggi ditafsirkan sebagai budaya ilmu, pemikiran dan teknologi. Dengan kata lain, bahasa Melayu tinggi adalah ragam bahasa yang digunakan sebagai pengantar ilmu, bahasa yang
digunakan dalam situasi rasmi, bahasa baku dan bahasa standard. Sehubungan dengan hal ini, amat wajarlah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu kini diiktiraf sebagai bahasa ilmu tinggi sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa pembentuk budaya. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih berterusan dan masih perlukan pemantapan. Kemajuan pendidikan dalam bahasa Melayu telah berlaku dengan pesatnya apabila kerajaan menubuhkan sekolah menengah berbahasa pengantar Melayu dan terlaksananya Dasar Pendidikan Negara yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di institusi- institusi pengajian tinggi (IPT). Usaha memperkasa bahasa Melayu di IPT adalah menggunakannya dalam situasi- situasi rasmi dan memupuk semangat cintakannya.
KESIMPULAN Bahasa ibunda merupakan bahasa pertama yang dipelajari oleh manusia ketika mula mengenal dunia. Bagi warganegara Malaysia, bahasa Melayu seharusnya menjadi bahasa utama yang menjadi lambang dan jati diri sebagai rakyat Malaysia. Penggunana bahasa Melayu dalam pendidikan seharusnya diberi perhatian yang serius, bukan sahaja oleh kerajaan dan pihak sekolah serta pihak institusi pengajian tinggi, sebaliknya seluruh warga Malaysia seharusnya memberikan kerjasama yang serius dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan di negara ini. Ikrar yang sering dilafazkan dalam Rukun Negara yang menyatakan bahawa sebagai rakyat Malaysia semua warganegara telah berikrar untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya serta berikrar menumpukan seluruh tenaga dan usaha dalam mencapai cita- cita berdasarkan prinsip keluhuran perlembagaan perlulah dipraktikkan dalam bentuk amalan yang jujur dan ikhlas sebagai warganegara Malaysia. Sejajar dengan hal ini, generasi muda terutama pelajar sekolah harus dipupuk jati dirinya terhadap bahasa kebangsaan sejak di bangku sekolah. Usahlah dibebankan mereka dengan bahasa yang lain untuk mempelajari ilmu pengetahuan moden. Kuasailah bahasa Melayu terlebih dahulu kemudian barulah kuasai bahasa kedua. Dengan cara ini, Malaysia akan melahirkan rakyat yang dwibahasa menjelang tahun 2020. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus sentiasa dipelihara. Dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kita harus lebih dahulu memupuk jati diri dalam kalangan masyarakat terutama golongan yang tiada jati diri terhadap bahasa, yang terlalu kuat sentimennya terhadap bahasa Melayu dan golongan yang kurang kepercayaan dan keyakinan diri terhadap bahasa Melayu. Bahasa menunjukkan bangsa dan maju bahasa majulah bangsa.
Rujukan Abdullah Musa. Musa. 2004. Sikap dan motivasi pelajar dusun terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asmah Haji Omar, O mar, 2008. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan, 2006. Bahasa Melayu dalam Mendepani Era Globalisasi: Upaya Dari Sudut Pengayaan Khazanah Ilmu, Dalam Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Carole Benson, 2004.The 2004. The importance of mother tongue- based schooling for educational quality in Paper commissioned for the EFA Global Monitoring Report 2005, The Quality Imperative, UNESCO.
Chew Fong Peng. 2016. Malasah pembelajaran Bahasa Melauu dalam kalangan murid Cina Sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6 (2): 10-22
Ilangko Subramaniam, Noorulafiza Abdul Muthalib & Siti Nor Hamahida Zainal. 2013. Penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran Bahasa Melayu dalam murid peribumi di sekoalh pedalaman Sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 4 (1): 65- 74.
Ismail Jusoh, 2000. Bahasa dan Masyarakat. Dalam Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang: Universiti Putra Malaysia. Jerie anak Peter Langan & Zamri Mahamod. 2011. Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 13- 25.
Kamiliah Ayu Ab. Ghani & Zamri Mahamod. 2015. Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Bukan Melayu. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Krashen, S. 1994. The input hypothesis and its rival. In. N. Ellis (Eds). Implicit and explicit learning of languages. London: Academic Press.
Magdeline anak Nor & Zamri Mahamod. 2016. Pengetahuan pedagogi kandungan guru. guru . Bahasa Iban. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohammed Azlan Mis. 2010. Lingua franca di Sarawak. Aplikasi teori pilihan bahasa. GEMA Online Journal of Language Studies, 10 (2): 97-116.
Nor Hashimah Jalaluddin, 2003. Penerimaan Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Dan Guru, Projek Penyelidikan II/10/2003 Persatuan Linguistik Malaysia/ ATMA, Bangi, UKM. Roslind Mawing. 2003. 2003 . Hubungan antara gaya pengajaran guru dengan sikap pelajar terhadap bahasa Melayu. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syofia Ulfah, Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. 2015. Komunikasi interpersonal: Teori dan amali. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zamri Mahamod & Zarina Othman. 2011. Sikap pelajar Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. kedua . Dewan Bahasa, Februari: 40- 43.