1.0
Pengenalan Secara dasarnya, menurut Azhar Hj. Mad Aros(2000), kumpulan masyarakat
yang terdiri daripada tamadun Peribumi, Tamadun Islam, Tamadun Jepun, Tamadun China dan Tamadun India diklasifikasikan sebagai masyarakat Timur atau Asia. Manakala, masyarakat Barat pula terdiri daripada masyarakat yang bukan Asia termasuk Amerika Syarikat. Terdapat perbezaan yang ketara antara dua kumpulan masyarakat Timur dan Barat. Antaranya ialah perbezaan dari segi nilai, norma, dan kebudayaan sesebuah masyarakat. Pada hakikatnya, perhubungan antara Tamadun Islam dan Tamadun Barat telah lama berlaku sejak abad ke-11 Masihi lagi iaitu ketika tercetusnya peperangan Salib. Kemudian, pada abad ke-16 berlakunya penjajahan Barat ke atas dunia Islam yang merupakan hasil lanjutan daripada perang Salib sehingga pertengahan abad ke-20. (Mohd Liki Hamid, 2003) Berdasarkan pertembungan antara dua tamadun melalui penjajahan Imperialisme Barat ini, sedikit sebanyak telah meninggalkan pengaruh besar dan kesan yang ketara kepada Tamadun Islam, terutamanya dari segi corak ekonomi, politik, sosial dan hak asasi manusia. Isu-isu kontemporari dalam tamadun Islam dan tamadun Barat seringkali dipertikaikan dan menjadi bualan masyarakat dunia seperti hegemoni barat dan globalisasi. Tidak dinafikan terdapat kesan positif daripada campur tangan Barat terhadap dunia Islam. Namun, kesan negatif yang lebih banyak daripada positif menyebabkan perkara ini sering dijadikan pertikaian dan mendatangkan impak yang besar dalam perubahan Tamadun Islam.
2.0
Konsep Hegemoni Barat dan Globalisasi Konsep hegemoni dan Globalissasi telah diperoleh melalui beberapa rujukan
yang telah dibuat. Terdapat beberapa pendapat yang telah diberikan oleh para cerdik pandai tentang konsep hegemoni dan globalisasi.
2.1
Konsep Hegemoni Barat Menurut Asmady Idris, malalui kajiannya ‘Kuasa Hegemoni dan Perdagangan
Bebas’ mentafsirkan hegemoni merupakan sebuah perkataan yang berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘hegemon’ yang bermaksud ‘cheiftain’ ataupun ketua bagi sesuatu kaum atau kumpulan. Manakala, teori Gramcsi (Antonio Gramsci, 1891-1973, Neo-marxisme) melalui kajian oleh Asmady Idris menyatakan, ‘Hegemoni dikaitkan dengan konsep hubungan antara kelas-kelas masyarakat tertentu. Iaitu kelas-kelas yang lebih dominan akan memonopoli kelas-kelas masyarakat yang lain dari segi bidang ekonomi, budaya, moral dan kelas-kelas masyarakat yang lain akan memberikan persetujuan secara spontan tanpa tekanan atau paksaan kepada pengaruh hegemoni kelas dominan’. Menurut Stephen Gill melalui kajian yang dibuat oleh Asmady Idris memberikan takrifan hegemoni daripada teori realist. Menurut beliau, ‘Kuasa hegemoni merupakan kuasa yang dominan dalam sesebuah sistem pemerintahan antara negara-negara bangsa sedunia dan mempunyai kemampuan yang tidak setanding dengan negara-negara bangsa yang lain dari segi industri senjata dan sektor perekonomian.’ Manakala, menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, hegemoni dieertikan sebagai pengaruh, dominasi sesebuah Negara-negara lain ataupun penjajah terhadap rakyat peribumi. Berdasarkan daripada beberapa konsep tersebut, boleh disimpulkan bahawa hegemoni merupakan satu kuasa besar atau cengkaman yang berpengaruh dan mendominasi sesebuah negara dari segi politik, ekonomi, budaya dan moral dalam sesebuah masyarakat.
2.2
Konsep Globalisasi Globalisasi mempunyai beberapa takrifan yang meluas bergantung kepada
bidang yang dilibati oleh seseorang seperti bidang politik, ekonomi, perdagangan, kebudayaan, komunikasi dan seni. Merujuk kepada Mohd Taib Osman, (2004) globalisasi merupakan jaringan hubungan manusia sejagat yang melampaui batasan, bukan sahaja sempadan fizikal seperti politik, tetapi juga bukan fizikal seperti idea atau muzik. Beliau juga mentakrifkan, ‘globalisasi dikenali sebagai perkampungan global, dunia tanpa sempadan, pupusnya organisasi negara (demise of state), deregulation, liberalisation dan langit terbuka.’ Penggunaan istilah globalisasi mula diguna pakai sejak dekad 1990-an lagi. Globalisasi merupakan satu kata pinjaman daripada bahasa Inggeris iaitu ‘globalisation’ yang memberi makna, perbezaan budaya dan sistem ekonomi seantero dunia yang telah disatukan disebabkan oleh pengaruh besar dan keberkesanan komunikasi. (Oxford Word Power Dictionary, 2010). Menurut Waters(1950 dan Mittelman (1996) melalui Globalisasi di Malaysia, ‘globalisasi meliputi pelbagai bidang dan merupakan satu fenomena multidimensi yang melibatkan aspek ekonomi, politik, budaya dan ideologi’. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, globalisasi ditakrifkan kepada fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari segi perhubungan manusia yang disebabkan oleh perkembangan teknologi maklumat. Manakala, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, globalisasi merupakan proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi dan kebudayaan disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia. Terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi, dan dasar terbuka yang diamalkan dalam sesebuah negara. Beradasarkan kepada beberapa takrifan yang dibuat, globalisasi merupakan perhubungan dan pertukaran maklumat tanpa sempadan yang berlansung antara negara dengan negara yang lain tanpa pengehadan. Globalisasi juga merupakan satu corak pentadbiran negara ke arah kemodenan dan perubahan oleh sesebuah negara.
3.0
Faktor-faktor Mempengaruhi Hegemoni Barat dan Globalisasi Hegemoni Barat dan globalisasi yang berlaku dewasa kini telah disebabkan oleh
beberapa faktor. Faktor-faktor yang mempengaruhi hegemoni barat dan globalisasi dapat dikelaskan kepada lima kumpulan utama iaitu faktor politik, faktor ekonomi, faktor media, dan faktor sosial.
3.1
Faktor Politik Politik merupakan faktor atau tunjang utama dalam keutuhan sesebuah negara.
Menurut Tesaurus bahasa Melayu, istilah politik berasal daripada kata nama pinjaman bahasa Inggeris yang membawa erti siasah, kenegaraan, pemerintahan, dan pentadbiran negara. Daripada perspektif politik, hegemoni barat dan globalisasi berlaku disebabkan oleh perluasan kuasa pemerintahan, campurtangan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Veto, kelemahan pemerintahan dan falsafah liberalisme.
3.1.1 Perluasan Kuasa Pemerintahan Perluasan kuasa pemerintahan ini dalam erti kata lain ialah penaklukan atau penindasan kuasa besar sesebuah negara terhadap negara lain. Faktor ini telah dibuktikan apabila kuasa barat yang berada di puncak kejayaan dan sering dijadikan rujukan dalam setiap aspek. Kuasa barat juga dianggap sebagai pencatur bumi terutamanya Amerika Syarikat apabila mereka mengawal dan mencampuri sistem politik dan urusan negara lain. Menurut Mustafa Daud(2002), matlamat akhir kuasakuasa beasar ini ialah untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dengan menggantikan dengan kerajaan yang mengikut kehendak dan corak mereka. Apabila saham merudum, mereka akan membeli syarikat-syarikat tersebut dengan harga yang murah. Oleh itu, mereka dapat menguasai negara tersebut melalui dominasi ekonomi yang berpaksikan kapatalisme.
3.1.2 Campurtangan Amerika Syarikat dan Kuasa-Kuasa Veto Faktor campurtangan Amerika Syarikat dan Kuasa-kuasa Veto lain dapat dilihat apabila negara barat terutamanya Amerika syarikat berusaha keras dan menguasai politik dunia. Contohnya, Amerika Syarikat menguasai majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan memegang kuasa Veto selain Rusia, Perancis, Britain dan China dalam majlis keselamatan PBB (sila rujuk gambar 1.1 di lampiran). (Azhar mad Aros,2003) Faktor ini menyebabkan hegemoni barat dalam sesebuah negara disamping globalisasi yang berlaku. Dominasi dan penindasan oleh Amerika Syarikat dapat dilihat dalam peperangan di Iraq yang merupakan negara pengeluar petroleum dikaitkan dengan kejadian 11 September 2001 iaitu apabila kejadian keruntuhan menara World Trade Centre (WTC) yang diakaitkan dengan Osama ben Laden dan kumpulan al-Qaeeda. Propaganda ini dijadikan batu loncatan oleh Amerika untuk menguasai Iraq. (sila rujuk gambar 1.2 di lampiran)
3.1.3 Kelemahan Pemerintahan Seseorang pemerintah perlulah mempunyai sifat yang bijak, telus, amanah, jujur dan cekap dalam mentadbir sesebuah negara. Seseorang pemerintah juga hendaklah bijak dalam meramal setiap tindakan dan keputusan yang dibuat. Sebarang kesalahan dan kecuaian berlaku boleh mengundang kepada kegoyahan seseorang pemerintah. Permasalahan yang berlaku di Afganistan merupakan satu contoh. Krisis dalaman yang wujud antara puak-puak di Afganistan menyebabkan campurtangan daripada pihak luar terutamanya Amerika Syarikat. Amerika Syarikat pernah membantu Afganistan dalam memerangi tentera Rusia. Namun apabila tentera Solviet diusir, Afganistan tidak lagi patuh kepada Amerika. Perebutan kuasa yang berlaku antara puak di Afganistan, menyebabkan Amerika menggunakan peluang yang ada. Amerika telah berpakat dengan Northern Alliance yang merupakan tentera Mujahidin dan terdiri daripada puakpuak di Afganistan untuk menjatuhkan Taliban.
3.1.4 Falsafah Liberalisme Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Liberalisme diklasifikasikan sebagai fahaman yang liberal, fahaman atau pendirian yang mahukan demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi. Menurut Kishore mahbubani(1998) melalui judul buku Globalisasi di Malaysia, menyifatkan falsafah liberalisme ialah kebebasan individu, kuasa kerajaan, kebebasan ekonomi dan politik serta penghayatan prinsip rule of law dalam institusi negara. Falsafah liberalisme telah melahirkan ideology negara yang berpegang kepada prinsip demokrasi liberal. Melalui konsep ini telah mewujudkan sebuah sistem perlembagaan yang berprinsipkan hak asasi manusia dan kebebasan kepada rakyat. Perkara ini telah melahirkan rakyat yang berfikiran terbuka dan meluas yang seterusnya menyumbang kepada globalisasi dunia.
3.2
Faktor Ekonomi Selepas negara-negara barat melepaskan tanah jajahannya untuk kemerdekaan.
Sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada negara barat terutamanya dari segi bahan mentah dan ekonomi. Oleh itu, demi menjaga kepentingan sendiri, pelbagai peraturan dan rintangan telah dikenakan oleh barat. Contohnya, dari segi ekonomi yang merupakan faktor wujudnya hegemoni barat dan globalisasi. Perkara ini boleh dirujuk kepada faktor pengaruh barat dalam bidang ekonomi, desakan memperkasa ekonomi, suasana pasaran yang liberal dan pengantarabangsaan ekonomi.
3.2.1 Pengaruh Barat dalam Bidang Ekonomi Tidak dinafikan kemajuan dalam bidang ekonomi dipelopori oleh negara-negara barat. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kita berlumba-lumba dalam merealisasikan ekonomi negara setaraf dengan ekonomi negara-negara membangun. Oleh itu, negara-negara barat seperti Amerika Syarikat dan Russia telah dijadikan
sebagai mentor dalam membentuk sebuah negara ke arah globalisasi. Selaim itu, unit cairan aliran matawang dunia juga telah dirujuk dengan menggunakan nilai ‘dollar Amerika’. Tambahan lagi, tawaran-tawaran juga turut diberikan oleh institusi-institusi global seperti International Monetary Fund (IMF), Bank dunia serta World Trade Organisation (WTO) dalam memberi pinjaman kepada negara-negara yang mengalami krisis ekonomi. Ini terutamanya kepada negara yang sedang membangun dan negara dunia ketiga yang ghairah mengejar globalisasi dunia. Taktik barat yang licik sedikit sebanyak
telah
menyebabkan
negara-negara
yang
tanpa
berfikir
panjang
menggunakan kemudahan tersebut. perkara ini sebenarnya lebih menambahkan beban kepada negara tersebut kerana terpaksa menanggung hutang yang banyak dan risiko kepada negara tersebut untuk mengalami krisis ekonomi.
3.2.2 Suasana Pasaran yang Liberal Suasana pasaran yang liberal menyumbang kepada penggelobalisasian sesebuah negara, Faktor ini dirujuk dari segi kuasa pelabur-pelabur dalam atau luar negara untuk melabur dalam sesebuah negara. ‘Konsep liberalisasi ekonomi dan deregulasasi telah dijadikan ideology untuk mengejar globalisasi bagi negara yang membangun, namun bagi negara-negara yang maju seperti Amerika Syarikat konsep ini merupakan kesempatan bagi mereka untuk mendasari orde baru dunia.’ (Mohd Taib Osman, 2004)
3.2.3 Pengantarabangsaan Ekonomi Faktor ini didorong kepada pelaburan yang dibuat oleh para pelabur luar negara. Selain itu, perdagangan import eksport antara negara telah menyebabkan berlakunya pertukaran teknologi yang sekaligus meningkatkan tingkat teknologi sesebuah negara. Melalui hubungan kerjasama antara pertubuhan-pertubuhan seperti Association of Southest Asian nations (ASEAN), Organisation of the Islamic Conferrence (OIC), dan negara-negara KOMANWEL telah menguatkan lagi pengantarabangsaan ekonomi.
Contohnya seperti pertubuhan ASEAN (sila rujuk di lampiran 1.3). ASEAN mempunyai tiga tujuan iaitu dari segi sosiobudaya, keselamatan dan integrasi ekonomi antara negara-negara ASEAN. Dari segi integrasi ekonomi, ASEAN telah mewujudkan ASEAN Economic Community (AEC) menjelang 2015. Melalui AEC, ASEAN telah mewujudkan ASEAN FREE TRADE AREA (AFTA). AFTA diwujudkan bertujuan untuk mendapatkan kelebihan antara negara-negara ASEAN seperti cukai dan persetujuan produk antara negara-negara ASEAN. (www.wikipedia.com/ASEAN)
3.3
Faktor Media Globalisasi dan hegemoni barat yang wujud dalam tamadun islam kini sedikit
sebanyak telah disebabkan oleh faktor pemodenan dunia dan konsep dunia tanpa sempadan, juga penyebaran kepentingan budaya dan budaya barat. Faktor-faktor tersebut digolongkan di dalam satu major yang sama iaitu faktor media. Media massa memainkan peranan yang penting kepada dunia. Hal ini kerana, melalui media dunia dapat berhubung tanpa batasan, had dan sempadan.
3.3.1 Pemodenan Dunia dan Konsep Dunia Tanpa Sempadan Pemodenan dunia berlaku apabila negara-negara giat bersaing dalam mengejar keuntungan ekonomi dan teknologi sesebuah negara. Pemodenan negara-negara Barat menyebabkan negara-negara lain terutamanya negara-negara islam terikut-ikut bersama ke arah pemodenan. Negara barat dijadikan sebagai paksi dan kayu pengukur daripada aspek globalisasi. Bidang-bidang seperti teknologi informasi, teknologi satelit dan multimedia dijadikan sebagai medium perhubungan dunia. Dari segi teknologi informasi, segalanya dapat diperoleh melalui internet dengan kata lain informasi di hujung jari. Medium ini menyebabkan perhubungan berlaku tanpa had batasan negara. Segala informasi dapat diperoleh dengan pantas. Sebagai contoh, segala carian
maklumat dapat dicari dengan mudah dengan menaip laman web google, yahoo, dan Wikipedia. Dari segi teknologi satelit pula menyebabkan gelombang perhubungan siaran dapat berlansung. Sebagai contoh satelit MEASAT ataupun Malaysia East Asia Satellite yang dimiliki dan dikendali oleh MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. yang terdiri daripada tiga satelit ‘geopogun’ iaitu MEASAT-1 dan MEASAT-2 yang dilancarkan pada 1996 dan MEASAT-3 pada 2006 (sila rujuk gambar 1.4). Melalui MEASAT, perhubungan komunikasi dapat berlaku melalui gelombang satelit. Maka, hasilnya wujudlah pelbagai jenis Syarikat perhubungan seperti Maxis, Celcom dan Digi. Selain itu, siaran televisyen juga bergantung kepada satelit MEASAT. Contohnya, seperti siaran televisyen swasta ASTRO. Kini, setiap pelusuk negeri dapat menonton televisyen tanpa had batasan. Faktor seterusnya ialah dari segi multimedia. Multimedia merupakan medium penyebaran informasi yang terkini. Negara Malaysia sendiri turut tidak ketinggalan dengan kewujudan Multimedia Super Corridor (MSC) di bawah skim kerajaan ketika era pemerintahan Tun Mahathir Muhammad. Menurut Wikipedia, MSC merupakan rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. Kawasan MSC bermula daripada menara Berkembar Petronas sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan berpusat di Cyberjaya (sila rujuk di gambar 1.5). MSC bertujuan menarik syarikat-syarikat untuk menjalankan perniagaan di kawasan tersebut dengan pengecualian cukai serta kemudahan-kemudahan lain seperti internet yang laju dan lokasinya yang berkedekatan dengan lapangan terbang antarabangsa. Kewujudan MSC sedikit sebanyak telah menggalakkan
proses
globalisasi
berlaku
dengan
giat.
(www.wikipedia.com/koridor_raya_multimedia)
3.3.2 Kepentingan Penyebaran Budaya Masyarakat Barat kini menggunakan media sebagai alat untuk menyebarkan budaya mereka. Menurut Azhar Hj. Mad Aros(2003), masyarakat Barat, terutamanya Amerika Syarikat menggunakan media massa sama ada media cetak mahupun
elektronik sebagai untuk menguasai masyarakat dunia. Mereka menggunakan pendekatan secara psikologi dalam meracuni minda masyarakat Timur. Sebagai contoh Amerika Syarikat menggunakan siaran berita mereka iaitu CNN untuk memutarbelitkan berita, tanpa ada rasa belas kasihan, moral dan etika dalam kehidupan (sila rujuk gambar di 1.6). Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah turut menjadi mangsa media barat. Mereka sering dikaitkan dengan kegiatan terorisme dan subversive yang menggugat keamanan dunia. Perkara ini dilakukan oleh barat bagi mengekalkan kekuasaannya terhadap dunia.
3.3.3
Budaya Barat Pada abad ke-21 ini, budaya-budaya yang telah dibawa masuk oleh barat telah
menjadi sebati dengan tamadun islam. Pertembungan antara dua tamadun ini berpunca daripada mentaliti masyarakat islam yang terlampau mengejar duniawi sehingga melanggar batasan perkara yang ditegah dalam islam. Kuasa barat telah menggunakan media sebagai alat penyebaran propaganda mereka. Perkara ini bertujuan untuk memastikan kestabilan mereka sebagai pemerintah dunia dan supaya dapat memenuhi segala kepentingan mereka. Melalui siaran televisyen MTV, FOX, dan AXN merupakan beberapa contoh siaran televisyen barat yang menjadi kegilaan dan merupakan siaran utama masyarakat kini terutamanya golongan remaja. Melalui siaran-siaran tersebut secara tidak lansung budaya-budaya barat seperti cara berpakaian, muzik-muzik mereka, cara mereka bersosial telah diterapkan ke dalam minda masyarakat Timur dan menjadi ikutan secara tidak lansung.
3.4
Faktor Sosial Faktor sosial telah dikaitkan dengan kewujudan hegemoni barat dan globalisasi
dalam kehidupan manusia disebabkan oleh faktor pengaruh barat dan pertembungan budaya daripada aspek sosial, desakan memperkasa struktur sosial dan disebabkan oleh faktor demi meningkatkan bahasa dan taraf hidup masyarakat.
3.4.1 Pengaruh Barat dan Pertembungan Budaya Suatu ketika dahulu, barat pernah menjajah dan menguasai negara-negara yang terdiri daripada negara islam. Contohnya, negara Malaysia pernah dijajah oleh British dan Indonesia pula pernah dijajah oleh Belanda. Hal ini telah menyebabkan terdapatnya pengaruh barat dan pertembungan budaya dalam struktur sosial masyarakat sesebuah negara. Menurut Azhar Haji Mad Aros(2003), Amerika Syarikat merupakan pengeksoprt produk budaya terunggul di dunia dan diikuti oleh Britain. Sesungguhnya barat telah meracuni minda masyarakat Timur sekaligus menghakis nilai-nilai budaya Timur. Perkara ini berlaku disebabkan oleh Amerika syarikat dianggap sebagai penanda aras daripada segala aspek termasuk aspek sosial untuk mengejar globalisasi dunia. Dari segi agama pula, negara-negara Barat yang sinonim dengan agama Kristian dan Yahudi menggunakan kelemahan sesebuah negara Islam untuk menjajahi negara tersebut demi untuk mengembangkan agama dan mengaut keuntungan dari segi ekonomi. Contohnya penguasaan Israel terhadap Palestin. Israel telah mendapatkan pertolongan daripada Amerika Syarikat yang merupakan kuasa besar dan mempunyai pengaruh. Mereka telah mencerobohi sistem sosial dan budayabudaya yang bertentangan dengan kesejahteraan dan fitrah manusia.
3.4.2 Desakan Memperkasa Struktur Sosial Globalisasi dunia telah menyebabkan berlakunya perlumbaan dari segi tingkat taraf teknologi, ekonomi dan struktur sosial. Sebagai seseorang pemerintah sesebuah negara terpaksa akur dan perlulah bijak dalam menyahut cabaran globalisasi ini. Kreadibiliti sebagai seorang pemimpin diperlukan untuk mentadbir sebuah negara daripada jatuh ke tangan pihak lain, terutamanya pihak luar. Namun begitu desakan yang berlaku telah menyebakan keruntuhan nilai moral, sivik, dan akhlak. Sebagai contoh, Bukit Bintang yang terletak di tengah-tengah banadaraya Kuala Lumpur dan menjadi kawasan yang popular bagi para remaja untuk bersosial yang terdiri daripada anak-anak remaja Malaysia. Lihat sahaja cara mereka bersosial, etika pakaian mereka,
dan cara bahasa percakapan mereka. Adakah itu perkara yang telah diturunkan dari zaman nenek-moyang kita?
3.4.3 Mempertingkatkan Bahasa dan Taraf Hidup Tidak dinafikan, penggunaan bahasa Inggeris amat penting dewasa kini. Bahasa Inggeris dianggap sebagai bahasa penghubung antara negara dan juga dikenali sebagai bahasa global. Globalisasi telah menyebabkan taraf hidup meningkat. Hal ini kerana, wujudnya persaingan pasaran dan teknologi antara negara. Negara yang lemah akan ketinggalan dan mudah untuk pihak luar mencampuri urusan negara tersebut. Oleh itu, mereka terpaksa akur dalam mengejar arus globalisasi demi menjaga kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara.
Bibliografi
Amran Muhammad; Chandra Muzaffar; Mohd Zuhdi Marsuki. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. 2004. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Asmady Idris. Hegemoni dan Perdagangan Bebas. Selangor: utusan Melayu (Malaysia)Berhad Azhar Hj. Mad Aros; Azharuddin Mohd Dali. Suffian Mansor; Zulkanain Abdul Rahman. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). 2003. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Azmi Abdul Manaf; Lukman Z. Mohamad. Globalisasi di Malaysia. 2003. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Mohd Liki Hamid. Pengajian Tamadun Islam. 2003. Pahang: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. Mohd Taib Osman. Globalisasi, Patriotisme dan Isu-Isu Kemasyarakatan. 2004. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Mustafa Daud. Cabaran Tamadun Islam pada Alaf baru di Malaysia. 2002. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. www.scribd.com/14457999/globalisasi. Dilayari pada 21/01/2011 bmm222.blogspot.com. Dilayari pada 21/02/2011 mlcd.home.nie.edu.sg/docs/mokhtar_intan.pdf. Dilayari pada 21/01/2011 http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hegemoni. Dilayari pada 21/01/2011
Gambar 1.1: Logo PBB
Gambar 1.3: Logo ASEAN
Gambar 1.2: Tentera US di Iraq
Gambar 1.4: Gambaran MEASAT
Gambar 1.5: Kawasan MSC yanh berpusat di Cyberjaya
Gambar 1.6: Contoh berita CNN milikan US