FAKTOR GERAKAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU Pengenalan
Secara umum, dalam konteks Tanah Melayu, nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing. Nasionalisme juga ada kaitan dengan “negara” dan “bangsa”. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing. Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu melalui tiga tahap perkembangan iaitu tertegaknya kuasa penjajah, kebangkitan kegiatan anti-British dan permulaan gerakan nasionalisme yang lazim. FAKTOR YANG YANG MENDORONG M ENDORONG KEPADA NASIONALISME NASIONAL ISME
1. 19.
Gerakba Gerakbalas las Terhad Terhadap ap Pentad Pentadbir biran an Ingge Inggeris ris Men Menjel jelang ang akhir akhir abad abad ke ke
Pihak Inggeris telah berpuas hati dengan kaedah pengukuhan kuasa, pengaruh dan kedudukan ekonomi mereka di tanah Melayu. Pihak Inggeris kemudian telah memulakan proses menginstitusikan berbagai bidang kerajaan yang merangkumi hampir semua aspek kehidupan politik, ekonomi dan sosial . Usaha Usaha mencapa mencapaii tujuan tujuan ini paling paling pesat pesat dilaku dilakukan kan di negerinegeri-neg negeri eri Melayu Melayu bersekutu. Akibat daripada keadaan ini, institusi Melayu tradisional dan elit Melayu tradisional mendapati diri mereka terpaksa mengambil peranan yang semakin kecil dan hal ehwal kerajaan dan pentadbiran. Langkah-langkah yang di ambil oleh pihak Inggeris ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu, kerana mereka sedar hak mereka sebagai rakyat peribumi sedikit demi sedikit diambil alih oleh pihak pendatang dan kaum penjajah. 2.
Perk Perkem emba bang ngan an Ekon Ekonom omi i •
Perhubungan
1
Sistem perhubungan yang telah dimajukan oleh pihak Inggeris adalah demi kepentingan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun ianya telah membantu menyelesaikan halangan geografi di kalangan masyarakat Melayu. Umpamanya, pada tahun 1910, terdapat lebih daripada 2400km jalanraya terturap. Sistem perhubungan ini dapat membantu merentasi sikap kekampungan, kedaerahan dan kenegerian. Masyarakat Melayu tidak kira dari daerah atau negeri yang berlainan dapat berhubung di antara satu sama lain. •
Kemajuan Ekonomi
Orang Melayu berupaya untuk meningkatkan tahap pendidikan dan memiliki keupayaan untuk menerbitkan akhbar dan majalah untuk penyebaran kesedaran politik orang Melayu. •
Pembukaan bandar-bandar baru.
Ia menyebabkan batas-batas geografi didekatkan dan seterusnya membolehkan maklumat serta perhubungan menjadi lebih mudah.
3.
Agama
Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di bandar-bandar berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik mereka. Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20. Golongan ini menerima pelajaran dan inspirasi dari gerakan pemulihan Islam moden dan gerakan Pan-Islamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani. Di antara penuntut-penuntut Melayu yang membawa pengaruh dari Timur Tengah ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbass Muhammad Taha dan Syeikh Mohammad Salim al-Kalali. 4.
Bahasa dan kesusasteraan
Akhbar-akhbar tempatan telah memuatkan puisi, cerpen dan novel untuk membangkitkan semangat kebangsaan.
2
Puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam Utusan Melayu keluaran 18 Januari 1913 menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan jangan membiarkan kekayaan diambil oleh bangsa lain.
5.
Akhbar dan Kewartawanan
Akhbar dan majalah memainkan peranan penting menyedarkan penduduk di Tanah Melayu. Akhbar berperanan menyalurkan pendapat tokoh-tokoh perjuangan kepada masyarakat. Tulisan dalam akhbar dan majalah memberikan kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu mengenai kemajuan. Pengaruh dari akhbar dan majalah dapat menyebarkan semangat kebangsaan di kalangan pembacanya. a.
Al-Imam diterbitkan pada 23 Julai 1906 di Singapura. Akhbar ini diterbitkan oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Muhammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad Taha.
Walaupun al-Imam telah membangkitkan kesedaran masyarakat Melayu tentang pentingnya kemajuan sosial dan ekonomi tetapi ia tidak dapat mencapai kemajuan yang cemerlang. Hal ini adalah disebabkan kegiatan mereka mendapat tentangan hebat daripada majalah keluaran kaum tua seperti Pengasoh (1918-1937). Hasilnya, al-Imam telah menamatkan penerbitannya pada bulan Disember 1908 selepas diterbitkan sebanyak 31 keluaran. Perjuangan al-Imam diteruskan oleh Neracha (1910), Tunas Melayu (1913), al-Islam (1914), al-Ikhwan (1926) dan Saudara (1928).
e.
6.
Utusan Melayu diterbitkan pada tahun 1939. Pengarangnya yang pertama ialah Rahim Kajai.
Sistem pendidikan
Sistem pendidikan pada zaman ini juga mendorong kepada perkembangan gerakan nasionalisme. Sekolah-sekolah agama telah didirikan di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-negeri Melayu, sekolah agama didirikan di Teluk Intan (Perak), Kuala Terengganu dan Muar (Johor). Sekolah agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, di Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan di Pulau Pinang ialah Madrasah al-Masyor. Sistem persekolahan sekolah ini mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan di Barat seperti yang dijalankan di Madrasah al3
Iqbal al-Islamiyah di Singapura. Di samping itu, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan Maktab Melayu Kuala Kangsar juga bertanggungjawab membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penuntut-penuntut. MPSI ditubuhkan pada tahun 1922. Ia merupakan institusi latihan guruguru Melayu bagi sekolah-sekolah Melayu. MPSI telah menerbitkan majalah-majalah seperti Cendera Mata (1923) dan majalah Guru (1924) untuk menyalurkan pendapat penuntut maktab ini.
7.
Golongan intelektual
Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu telah melahirkan satu golongan intelektual terpelajar. Golongan terpelajar ini telah terpengaruh dengan ideaidea dan falsafah-falsafah politik seperti demokrasi, liberalisme, sistem parlimen dan perlembagaan serta nasionalisme. Golongan terpelajar yang dimaksudkan ialah Raja Chulan, Eunos bin Abdullah dan Dato’ Onn bin Jaafar . Mereka diberi peluang berkhidmat dengan kerajaan. Raja Chulan (Raja Dihilir Perak) yang menjadi ahli Majlis Pusat memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu. Dato’ Onn bin Jaafar dari Johor menerbitkan akhbar Warta Malaya dan Lembaga Melayu. Akhbar-akhbar ini menyalurkan bidasan dan kritikan yang pedas terhadap pentadbiran Inggeris. Beliau mengadakan rapat umum untuk menyelar pentadbiran Inggeris. Selain itu, graduan-graduan dari MPSI telah menubuhkan Persatuan Sastera Melayu (1923) untuk menggalakkan pertumbuhan sastera Melayu. Karya-karya yang diterbitkan oleh ahli-ahli persatuan ini telah membangkitkan perasaan nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. 8.
Pengaruh luar
a.
Gerakan Pemulihan Islam di Mesir
Gerakan Pemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Gerakan ini dipimpin oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Syeikh Muhammad Abduh dilahirkan di Mesir pada tahun 1829 dan mendapat ijazah dari Universiti al-Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar dari tahun 1899 hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1905. Matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam ialah: Memperjuangkan konsep Pan-Islamisme, iaitu penyatuan o umat Islam di seluruh dunia. Membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot dan o ortodoks yang tiada kaitannya dengan ajaran Islam yang sebenar. 4
o
o
o
Memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan Hadith. Mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan Hadith. Membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat.
Konsep Gerakan Pemulihan Islam telah memberi ilham kepada pelajarpelajar Melayu yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk berjuang di negara sendiri. Pelajar-pelajar yang berpendidikan Arab dari Mesir pulang ke Tanah Melayu dan menjadi pelopor Gerakan IslahIslam. Tokoh-tokoh terkenal ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass bin Mohammad Taha. Mereka menyebarkan idea-idea Islam-Islamiah atau pemulihan agama Islam serta konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum Melayu menerusi majalah al-Imam. b.
Gerakan di Turki 1.
Gerakan Pan-Islam
Perkembangan di Turki mempengaruhi umat Islam di Tanah Melayu. Sultan Turki dianggap sebagai Khalifah (pemimpin Islam). Gerakan Pan-Islam ialah gerakan untuk menyatukan umat Islam di dunia di bawah Empayar Turki atau Empayar Uthmaniyah. Mehemet Kiamil Bey cuba mengembangkan pengaruh Pan-Islam di Johor tetapi gagal. 2.
Gerakan Khilafat
Pakatan di antara Jerman-Turki tewas dalam Perang Dunia Pertama. Inggeris cuba menguasai Turki. Orang Islam di India membentuk Gerakan Khilafat untuk mengekalkan kuasa Turki dan sistem Khilafat. Gerakan Khilafat yang ditubuhkan di Singapura dikawal rapi oleh Inggeris. 3.
Gerakan Turki Muda
Golongan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustapha Kamal Attaturk bergerak untuk memodenkan Turki. Golongan Turki Muda menyebarkan semangat kebangsaan di Turki. Golongan Turki Muda dikatakan tidak mementingkan agama dan undang-undang Islam dalam perkembangannya. Abdul Kadir Adabi atau Abdul Kadir bin Ahmad adalah seorang penulis dari Kelantan. Akhbar Pengasoh, al5
Ikhwan dan Saudara turut menyiarkan tentangan terhadap Turki Muda. Namun demikian, terdapat pandangan yang baik mengenai Turki Muda, iaitu mereka membangkitkan semangat kebangsaan di Turki. Pengaruh dari Jepun
c.
Sejak tahun 1868, Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin Meiji seperti Maharaja Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepun mengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya. Jepun berjaya menewaskan negara China dalam Perang China-Jepun pada 1894-1895. Pada tahun 1905, Jepun menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun. Kejayaan Jepun menjadikannya kuasa baru yang kuat di dunia. Kejayaan tersebut membuktikan bahawa orang Barat dapat ditewaskan oleh orang Asia. Kejayaan Jepun menjadi pendorong kepada penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan. d.
Pengaruh di Indonesia
Sarekat Islam
Sarekat Dagang Islam diasaskan oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo pada tahun 1909. Nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam pada tahun 1912. Sarekat Islam ialah parti politik yang pertama di Indonesia. Pemimpin Sarekat Islam yang terkenal ialah Omar Said Tjokroaminoto dan Agus Salim.
Parti Komunis Indonesia (PKI)
PKI diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan Darsono pada tahun 1920. Kebanyakan orang Melayu tidak menyertai PKI kerana ajaran komunis yang bertentangan dengan agama Islam. Ahli-ahli PKI termasuk Tan Malaka cuba menyebarkan fahaman komunis di Singapura tetapi tidak berhasil. Tan Malaka berpendapat bahawa orang Melayu sukar dipengaruhi kerana mereka berfahaman konservatif. Sutan Jenin dari Sumatera dapat mengembangkan pengaruh Komunis di Tanah Melayu pada tahun 1930-an.
Parti Nasional Indonesia (PNI)
PNI diasaskan oleh Sukarno dan Sartono pada tahun 1927. Pemudapemuda Indonesia memperjuangkan kebebasan mereka melalui 6
tulisan, pergerakan sosial dan kebudayaan. Pelajar MPSI dipengaruhi oleh perjuangan PNI yang mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah. Dasar tidak bekerjasama ini telah diamalkan oleh pejuang nasionalis di India yang diketuai oleh Mahatma Gandhi. PNI mengamalkan ideologi yang menganjurkan revolusi untuk menggulingkan kerajaan Belanda. Pengaruh dari luar yang tersebar melalui majalah dan akhbar dapat membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. Mereka berjuang untuk memajukan bidang sosial, ekonomi ekon omi dan politik orang Melayu. Penduduk Tanah Melayu menguatkan semangat dan bersatu padu untuk melepaskan diri daripada kuasa penjajah. 9.
Perkem Perkemban bangan gan Teknol Teknologi ogi Percet Percetaka akan n
Penggunaan mesin cetak memudahkan percetakan risalah dan akhbar untuk diedarkan kepada orang ramai. RUMUSAN
Penjajahan British ke atas Tanah Melayu telah mencetus semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu dengan tekad untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan tersebut. Walau pun gerakan nasionalisme orang Melayu bermula dengan agak perlahan, faktor-faktor pendidikan, ekonomi dan nasionalisme serantau telah membuatkan orang Melayu semakin sedar dengan kedudukan mereka di tanah air mereka sendiri. Kesedaran nasionalisme orang Melayu jika bermula dengan lebih awal mungkin akan akan membol membolehk ehkan an Malaya Malaya memper memperole olehi hi kemerd kemerdeka ekaan an dengan dengan lebih lebih cepat cepat sebagaimana Indonesia, sebaik sahaja pengunduran tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
7