Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup Dengan Persekitaran
bab 2 sains tingkatan 3Full description
Nota Sains Tingkatan 2 (BM) - Nutrisi
Koleksi Nota Ringkas Sains Tingkatan 5 semua bab untuk rujukan pelajar. Boleh didownloadFull description
23
Modul Sains Tingkatan 3 - Bab 4
Modul Sains Tingkatan 3 - Bab 1
n
MODUL 1 PENGENALAN & SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL
OBJEKTIF MODUL Mengenalpasti dua cabang ilmu pengetahuan Membezakan ilmu pengetahuan dari kumpulan sains dan kemanusiaan Menjelaskan persamaan dan perbezaan antara ilmu sains sosial dan kemanusiaaan Menjelaskan perubahan yang berlaku dalam proses pengembangan ilmu pengetahuan manusia berdasarkan zaman-zaman tertentu
OBJEKTIF MODUL (samb) Menerangkan kepentingan sains sebagai asas dalam kajian disiplin ilmu
sosial
Mengenalpasti dua bentuk pendekatan utama yang digunakan dalam kajian sains sosial
PENGENALAN Para sarjana awal telah berjaya menentukan asas dalam pembahagian ilmu pengetahuan manusia kepada kumpulan atau cabangcabang tertentu.
Ini memudahkan penjanaan ilmu pengetahuan manusia kepada kumpulan atau cabang tertentu.
PEMBAHAGIAN ILMU SAINS
-
SAINS TULEN
-
SAINS SOSIAL
KEMANUSIAAN
(Sumber: Teh Yik Koon, 1998)
PERBEZAAN ILMU SAINS DAN KEMANUSIAAN merujuk kepada Ilmu Sains pengetahuan yang dikaji atau dikumpulkan mengikut kaedah saintifik dan menerangkan mengapa sesuatu itu berlaku.
Ilmu Kemanusiaan merujuk kepada kajian mengenai emosi dan perasaan manusia. Berkaitan kajian nilai-nilai kejiwaan dan nilai estetika yang wujud dalam diri manusia.
PERSAMAAN SAINS TULEN DAN SAINS SOSIAL Sains Tulen mengkaji hal-hal berkaitan fisiologi hidupan dan alam semulajadi, contohnya kajian mengenai struktur dan sifat-sifat sesuatu bahan kimia. Sains sosial juga turut mengkaji mengenai manusia. Ia juga turut mementingkan penggunaan kaedah yang sistematik dan saintifik.
PERBEZAAN SAINS TULEN DAN SAINS SOSIAL Perbezaan adalah dilihat dari aspek tumpuan kajian.
Sains sosial mengkaji tingkahlaku manusia dan segala aspek kehidupan manusia di dunia (Rohana, 1996). Sains tulen menumpukan kajian mereka kepada struktur tubuh badan manusia, manakala ahli sains sosial menumpukan kajian mereka kepada persoalan seperti mengapa manusia inginkan makanan dan sebagainya
PEMBAHAGIAN ILMU SAINS SOSIAL disiplin sains sosial termasuklah psikologi, antropologi, sosiologi, sejarah, sains politik, ekonomi dan lain-lain. Disiplin
Persoalan-persoalan mengapa wujudnya disiplin-disiplin berbeza dalam sains sosial adalah kerana penekanan berbeza-beza kepada tingkahlaku manusia.
SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL 1. ZAMAN YUNANI 2. ZAMAN PERTENGAHAN 3. ZAMAN RENAISSANCE 4. ZAMAN ENLIGHTENMENT
ZAMAN YUNANI Memperkenalkan konsep yang berasaskan rasional dan logik untuk mengkaji peristiwa-peristiwa yang berlaku dan bebas dari elemen keagamaan. Tokoh terkenal seperti Plato dan Aristotle di mana falsafah barat bermula pada zaman ini kira-kira 2600 sebelum masihi Tokoh pada zaman ini mengkehendaki manusia berfikir sehingga mencapai tahap keintelektualan tinggi Telah melahirkan disiplin sains politik, ekonomi dan psikologi
ZAMAN PERTENGAHAN Zaman ini bermula di Eropah dari tahun 4761453 SM. Agama adalah merupakan aspek terpenting dalam kehidupan masyarakat. Penjelasan terhadap fenomena adalah berdasarkan kepada agama iaitu berasaskan kehendak tuhan dan takdir semata-mata.
Wujud juga kepercayaan terhadap kuasa dari dunia ghaib yang boleh menentukan apa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat.
ZAMAN RENAISSANCE Renaissance bermaksud kelahiran semula dan zaman ini bermula kira-kira 1543 dan berakhir pada penghujung abad ke-17.
Kemunculan semula ciri-ciri ilmu pengetahuan yang wujud sejak Zaman Yunani. Penjanaan ilmu pengetahuan adalah berdasarkan kepada konsep logik dan rasional.
ZAMAN RENAISSANCE Perkembangan bermula apabila pelbagai bidang ilmu lain mula mempertikaikan penerangan pihak gereja katolik bahawa sesuatu yang berlaku kerana takdir semata-mata tidak logik dan sukar diterima akal. Penentangan dilakukan oleh golongan rasionalis. Peranan agama dalam proses penjanaan ilmu pengetahuan mula diambilalih oleh mereka. Tokoh penting pada zaman ini adalah Galileo Galilei (1564-1642)
ZAMAN ENLIGHTENMENT Berlaku semasa era Revolusi Saintifik di mana munculnya penemuan-penemuan Newton, Galileo, dan Copernicus pada abad ke-18 Teras kepada pemikiran pada zaman ini adalah tanggapan bahawa fenomena sosial dan hakikat kewujudan alam boleh dikaji dan difahami melalui prinsip sejagat yang mekanistik dan saintifik. Pemikiran manusia mula disinari oleh penemuan ilmu-ilmu baru. Kehidupan sosial mula berubah dari doktrin keagamaan kepada pemikiran bercorak rasional dan kepada prinsip sebab musabab.
PENDEKATAN UMUM SAINS SOSIAL Terdapat dua (2) pendekatan dalam kajian sains sosial iaitu: 1. Positivisme 2. Fenomenologi
PENDEKATAN UMUM SAINS SOSIAL 1.
POSITIVISME - Dikemukakan oleh Comte yang merujuk kepada ideologi pemikiran dan kajian berlandaskan faktafakta empirikal dan hukum-hukum sejagat. - Tujuan sesuatu kajian sains sosial adalah membolehkan manusia meramal tingkahlaku dan kewujudan sesebuah fenomena sosial.
PENDEKATAN UMUM SAINS SOSIAL 2. FENOMENOLOGI - Lebih mementingkan unsur subjektiviti di dalam pemerhatian ke atas fenomena sosial. Fenomena sosial dianggap unik dan mempunyai ciri-ciri tertentu. Fenomena sosial dan fizikal adalah berbeza kerana fenomena sosial melibatkan pengalaman individu yang subjektif dan pelbagai. Fenomena fizikal boleh dikaji secara objektif kerana ia jarang berubah dan kebanyakan perubahan yang berlaku boleh diramal dengan tepat.