Ada sebagian masyarakat yang bila akan melaksanakan ibadah haji/umroh melakukan acara pamitan terhadap koleganya terlebih dahulu. Ini adalah contoh ucapan yang disampaikan, yang ditempelkan …Full description
Full description
Kartu Ucapan Aqiqah 2017Full description
Contoh Ucapan Aqiqah Anak PerempuanDeskripsi lengkap
idea sahaja
nasi
Tasyakuran Pernikahan
Deskripsi lengkap
contoh teks ucapan penghargaan majlis perkahwinanFull description
Full description
Full description
Ucapan Terima Kasih Box NasiFull description
contoh teks ucapan penghargaan majlis perkahwinanFull description
contoh kartu ucapan aqiqah dalam kotak nasiFull description
contoh surat jemputan pengarah ke majlis rasmi institusi (IPG)
Deskripsi lengkap
Deskripsi lengkap
PEMBERDAYAAN MASYARAKAT
Full description
UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH PROSPERITY NIGHT
Terima kasih saudari pengerusi majlis, yang saya muliakan, Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Osman bin Mohd Tahir, Dekan Fakulti Rekabentuk & SeniBina, Universiti Putra Malaysia. Yang saya alukan juga ketua-ketua jabatan, para pensyarah, staf-staf dan para pelajar sekalian.
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Hadirin sekalian.
Bersyukur kita kepada Tuhan kerana kerana memberi kita kesempatan kesempatan untuk sama-sama berkumpul pada malam yang damai ini bersempena Prosperity Night anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini kerana sudi meluangkan masa untuk kita sama-sama meraikan tahun baru cina. Majlis pada malam ini tidak akan dapat direalisasikan jika tiada sokongan daripada mereka yang sudi hadir untuk turut serta dalam menjayakan Prosperity night ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada setiap tetamu.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Tujuan majlis pada malam ini diadakan bukan sahaja menyambut kedatangan tahun tahun baru cina tetapi tujuan utama adalah mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara mahasiswa dan mahasiswi yang berbilang kaum seiring dengan kehendak perdana menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak. Selain itu, mengeratkan hubungan antara pelajar pelbagai kaum dari Jabatan Senibina Landskap, Jabatan Senibina dan Jabatan Rekabentuk Perindustrian. Serta menyemai semangat kerjasama dan sikap toleransi dalam kalangan warga FRSB.
Para hadirin sekalian,
Pelbagai persembahan yang menarik yang kami sediakan pada malam ini antaranya jemputan khas daripada Chinese Orchestra UPM yng turut mengadakan persembahan pada 6 Mac ini di Dewan Putra 2, kolej serumpun. Selain itu, pasukan wushu UPM turut memeriahkan majlis kita pada malam ini dan persembahan-persembahan yang menarik daripada pelajar-pelajar FRSB.
Diharap hadirin sekalian berhibur dengan program kita pada malam ini disamping menikmati makan malam yang kami sediakan.
Saya mewakili pihak pengurusan berharap agar majlis pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan tetamu yang hadir. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita dan matlamat program kali ini dapat dicapai.
Akhir kata, saya mahu mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir dan meluangkan masa ke majlis Prosperity Night ini.