OLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU, KOTA KINABALU K OLEJ KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
CASE STUDY PENEMPATAN UNIT KESIHATAN SEKOLAH
SKABIES
BIL 01
NAMA MOHD AZAHARI BIN ALI
NO. MATRIK NO. K/P BPP2012-1527 931208 - 12 - 6741
SESI AKADEMIK : JULAI – NOVEMBER NOVEMBER 2013
KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
C A S E S T U DY
Nama Pelatih
: ………………………...………………………………………
No. Matrik
: …………………………………………………….….……….
Tahun
: ……….........…
Kawasan Penempatan :
Semester :
………………………..
....………………………………………………..……………
1.0 PENGENALAN Penyakit Scabies atau turut lebih dikenali sebagai kudis buta merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh hama arthropod yang juga dikenali sebagai Tungau ataupun Sarcoptes Scabiei. Tungau terbahagi kepada dua jenis iaitu, Tungau Gatal dan Tungau Kudis dari keluarga Sarcoptidae. Akan tetapi, tungau yang seringkali mengakibatkan penyakit kepada manusia adalah dari jenis Sarcoptes Scabiei. Ia merupakan sejenis tungau yang kecil berbentuk bujur, tidak mempunyai mata dan bahagian dorsalnya cembung manakala bahagian ventralnya leper. Kebiasaannya tungau betina akan mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan tungau jantan.
Terdapat perbezaan antara tungau betina dan tungau jantan iaitu, tungau betina lebih aktif pada waktu malam berbanding tungau jantan. Selain itu, tungau betina akan menyusup ke dalam lubang pada kulit di mana lubang itu terhad pada lapisan korneum kulit sahaja berbanding dengan tungau jantan yang akan membuat cabang sisi daripada lubang tersebut.
Tungau betina mampu untuk menghasilkan lebih kurang 30 sehingga 50 biji telur sepanjang hayatnya iaitu dalam lingkungan sebulan. Dalam hanya beberapa hari, telur akan bertukar menjadi larva dan seterusnya akan membuat lubang terowong halus pada bahagian lateral dan mengelongsong untuk menjadi nimfa yang mempunyai empat kaki. Peringkat nimfa ini sempurna dalam masa lebih kurang dua minggu. Sarcoptes scabiei ini biasanya ditransmisikan melalui sentuhan secara langung(direct contact).
2.0 PENYATAAN MASALAH DAN ISU Pada 20 Ogos 2013, jam 10.00am, seorang pesakit berumur 13 tahun bersekolah harian di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Sook, telah datang ke Jabatan Pesakit Luar Klinik Kesihatan Sook bersama penjaganya bagi mendapatkan rawatan. Pesakit telah mengadu bahawa terdapat ruam-ruam berair timbul pada celah-celah jari kedua belah tangannya. Apabila waktu malam, pesakit merasakan sangat gatal berbanding dengan waktu siang.
Aduan :
Ruam-ruam merah dan berair, timbul pada celah-celah jari di kedua-dua belah tangan.
Rasa gatal pada ruam tersebut. Lebih gatal pada waktu malam berbanding siang.
Keadaan Semasa :
pesakit di bawa oleh penjaganya.
Menaiki kenderaan kereta datang ke klinik.
Pesakit berada dalam keadaan yang stabil, sedar, dan peka.
Pesakit memiliki postur badan yang baik.
Pemeriksaan Menyeluruh :
Suhu : 37.9°C
Pulse Rate : 124 bpm
SPO2 : 99 %
CVS : DRNM , S1S2
CHEST : lungs = clear.
Abdominal : soft , no tenderness
Pemeriksaan fizikal/kulit : terdapat lesi pada kulit yang kemerahan dan berair.
Kelihatan juga kudis-kudis yang bernanah.
Diagnosis :
Scabies
Rawatan :
Emulsion Benzyl Benzoate LA BD x 1
Tablet Paracetamol 500mg TDS x 3/7
Tablet Chlorpheniramine Maleate 4mg BD/TDS x 3/7
Pendidikan Kesihatan :
Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
Elakkan berkongsi barangan peribadi seperti tuala mandi, selimut, baju, seluar dengan orang lain. Meski pun orang yang tinggal serumah, bagi mengelak jangkitan silang.
Elakkan bersentuhan secara terus mahupun tidak terus dengan ahli keluarga semasa tempoh jangkitan.
Basuh pakaian yang berkaitan dengan air sabun dan rendam dalam air yang panas dan seterusnya jemur kain tersebut di bawa sinaran matahari terik bagi membunuh hama-hama tungau betina dan jantan yang melekat pada pakaian.
Pengajaan makanan dan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
Ambil dan makan ubat mengikut arahan yang telah diberikan oleh doctor.
3.0 PENCARIAN LITERATURE Perkataan “scabies” daripada bahasa Latin adalah “scabere” yang bermaksud menggaru, turut juga dikenali sebagai “Norwegian Scabies” atau kata lainnya “colloquially” gatal tujuh tahun. Merupakan satu jangkitan yang disebabkan oleh hama Sarcoptes Scabiei. Hama adalah parasite kecil dan biasanya tidak dapat dilihat secara langsung oleh mata kasar dimana hama berada di bawah kulit hos yang telah dijangkiti. Apabila hos tel ah dijangkiti, menyebabkan gatal-gatal seperti alahan aler gik. Hama ini bukan sahaja menjangkiti manusia, tetapi juga kepada haiwan. Namun, hama penyebabnya berbeza daripada hama yang menjangkiti manusia tetapi mempunyai kaitan dan dikenali sebagai “Sarcoptic mange”. Scabies dikelaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai satu penyakit berkaitan air. Penyakit ini boleh merebak melalui objek, akan tetapi kerapnya merebak melalui sentuhan langsung kulit ke kulit dengan risiko lebih tinggi apabila terlalu lama bersentuhan dengan orang yang telah di jangkiti. Jangkitan awal memerlukan tempoh penggeraman selama empat hingga enam minggu untuk menjadi gejala.
Menurut Melissa Conrad dalam artikel beliau, masyarakat yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Scabies adalah mereka yang tidak menjaga kebersihan diri, mendiami suatu kawasan yang sesak atau padat seperti rumah setinggan dan disebabkan oleh kemiskinan. Selain itu, masyarakat yang malnutrisi juga berisiko mendapat jangkitan ini. Pengamal seks rambang juga salah satu individu yang sangat berpotensi mendapat jangkitan disebabkan sentuh langsung (Carson-DeWitt 2002 ).
Satu kajian telah dilakukan oleh seorang doctor pakar kanak-kanak iaitu Doktor Saiful mengenai jangkitan scabies pada kanak-kanak sekolah terutama yang bersekolah asrama penuh. Hal ini berlaku keatas mereka disebabkan pengamalan penjagaan kebersihan diri yang tidak baik serta kurang pengetahuan dan pendedahan terhadap hal-hal berkaitan penyakit yang boleh berjangkit seperti jangkitan scabies.
Seseorang yang telah dijangkiti akan mudah menjangkiti seseorang individu yang lain sama ada ahli keluarga, jiran tetangga, kawan-kawan sekolah serta kawankawan sebilik dalam asrama memalui sentuhan secara langsung seperti berpegang tangan
atau bersalaman. Selain itu, perkongsian barangan peribadi seperti tuala mandi, baju, selimut, mahupun tempat tidur merupakan salah satu cara rebakan penyakit berjangkit scabies ini.
Menurut Doktor Saiful, hama tungau ini kerap didapati pada celah-celah jemari, pergelangan tangan, lengan, siku, ketiak, dan kawasan genitalia. Kesemua kawasan tersebut seringkali digemari oleh mikroorganisma untuk tinggal dan membiak. Namun demikian, bagi kes-kes yang teruk kita boleh lihat melalui badan individu tersebut dan akan terdapat lesi-lesi vesikel yang akan bertukar menjadi lesi yang mengandungi nanah akibat jangkitan sekunder.
Simptom-simptom yang akan timbul setelah kita dijangkiti oleh hama Sarcoptes Scabiei ini adalah rasa gatal pada kawasan yang dijangkiti dan bertambah teruk rasa gatal pada waktu malam kerana hama betina aktif pada waktu malam. Dapat diperhatikan juga ruam-ruam yang berair muncul pada permukaan kulit. Jika kelihatan seperti itu, menunjukkan bahawa terdapa hama tungau pada bawa permukaan kulit.
Menggaru pada kawasan jangkitan memburukkan lagi keadaan kerana menggaru akan menyebabkan kulit mengalami luka yang halus dan memudahkan untuk mendapat jangkitan sekunder. Jangkitan sekunder adalah apabila lesi-lesi menjadi kudis yang bernanah.
Jangkitan scabies ini dikaitkan dengan penyakit cacar air ataupun “Chicken Pox” kerana simptom bagi kedua-dua penyakit ini hamper sama. Membezakan cacar air dengan scabies adalah cacar air akan melibatkan seluruh tubuh badan dan disusuli dengan demam. Manakala, scabies pula hanya melibatkan celah-celah jari, pergelangan tangan, siku, jejari pada kaki dan tidak mempunyai demam.
Secara ringkasnya, kita dapat mengenal pasti simptom-simptom jangkitan penyakit scabies melalui kemunculan lesi vesikel, rasa gatal pada kawasan yang terdapat lesi, jika tidak dirawat dengan kadar yang segera les i akan bertambah banyak dan akan bernanah akibat jangkitan sekunder.
4.0 PENEMUAN Merujuk kepada rekod yang terdapat di Jabatan Pesakit Luar Klinik Kesihatan Sook, dalam pertengahan bulan Ogos terdapat tiga(3) pesakit yang dalam lingkungan umur 13 sehingga 14 tahun mendapat jangkitan scabies. Kesemua mereka merupakan rakan seperjuangan dan berkongsi dalam satu bilik asrama di sekolah. Ketiga-tiga mereka telah datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan dan telah dirawat oleh Penolong Pegawai Perubatan yang sedang bertugas melalui pemberian ubat-ubatan dan pendidikan kesihatan.
Berikut adalah pesakit yang dikatakan diatas sebentar tadi : 1. Mohd Luqman Hakim bin Hakimi
13yrs/Male/Brunei
2. Mohd Norhasyim bin Maluki
13yrs/Male/Dusun
3. Noorizam bin Norman
14yrs/Male/Bajau
Hasil pemeriksaan keatas ketiga-tiga mereka didapati bahawa ruam-ruam merah berair telah muncul pada kedua belah tapak t angan dan banyak pada celah-celah jemari mereka serta pada hadapan kedua belah tangan mereka. Rawatan ubatan telah diberikan dan pendidikan kesihatan turut diberikan. Pihak klinik telah menghubungi pihak sekolah bagi memaklumkan kes ini agar sesuatu dapat dilakukan oleh pihak sekolah bagi mengelakkan berlaku jangkitan pada pelajar-pelajar yang lain.
5.0 PERBINCANGAN DAN HUJAH Dalam kita memahami apa itu penyakit berjangkit “scabies” terdapat beberapa soalan yang bermain diminda kita mengenai penyakit ini. Antara soalan-soalan yang bermain di kotak fikiran kita adalah seperti berikut : Soalan 1
Apa punca ataupun penyebab kepada kehadiran hama Sarcoptes Scabiei ini ?
Berpunca daripada kurang penjagaan kebersihan diri.
Sentuhan langsung daripada individu yang dijangkiti penyakit scabies.
Factor kemiskinan yang melanda. Kawasan penempatan yang padat.
Perkongsian barangan peribadi seperti tuala mandi, selimut dan tempat tidur.
Soalan 2
Apakah rawatan yang selalunya diberikan jika mendapat penyakit scabies ?
Tiada rawatan yang spesifik dengan jangkitan scabies. Namun, jika seseorang yang dijangkiti menunjukkan simptom-simptom seperti demam, batu-batu kita boleh rawat symptom ini dengan alternative rawatan simptomatik iaitu : i. ii.
Tablet Paracetamol 500mg TDS x 3/7(dos untuk umur pesakit) Syrup Diphenhydramine HCL 5mls x 3/7(dos ikut umur pesakit)
Manakala rawatan untuk scabies adalah : i. ii.
Emulsion Benzyl Benzoate LA BD/TDS x 1 Sekiranya teruk bagi Tablet Chlorampheniramine Maleate 4mg TDS x3/7 *tidak boleh diberikan bersama-sama dengan Diphenhydramine HCL
Soalan 3
Apakah komplikasi-komplikasi yang boleh diperoleh daripada jangkitan scabies ?
Jangkitan kulit sekunder jika tidak mendapat rawatan. Lesi bernanah dan kemerahan serta gatal yang teramat.
Impetigo
Eczema
Crusted scabies
Soalan 4
Pendidikan kesihatan yang boleh diberikan kepada masyarakat diluar ?
Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
Elakkan berkongsi barangan peribadi seperti tuala mandi, selimut, baju, seluar dengan orang lain. Meski pun orang yang tinggal serumah, bagi mengelak jangkitan silang.
Elakkan bersentuhan secara terus mahupun tidak terus dengan ahli keluarga semasa tempoh jangkitan.
Basuh pakaian yang berkaitan dengan air sabun dan rendam dalam air yang panas dan seterusnya jemur kain tersebut di bawa sinaran matahari terik bagi membunuh hama-hama tungau betina dan jantan yang melekat pada pakaian.
Pengajaan makanan dan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
Ambil dan makan ubat mengikut arahan yang telah diberikan oleh doctor.
6.0 CADANGAN DAN PENYELESAIAN
Berhadapan dengan penyakit berjangkit ini, sememangnya mudah untuk kita rawat dan tangani sekiranya masyarakat sedar dan peka dengan kempen-kempen, promosi-promosi kesihatan yang telah dijalankan mengenai penyakit-penyakit berjangkit yang mana bukan sahaja penyakit berjangkit scabies tetapi banyak lagi jenis penyakit berjangkit yang lain.
Menjadi tanggungjawab setiap individu itu dalam memastikan bahawa penjagaan kebersihan diri ditingkatkan dan diambil perhatian serius. Penjagaan kebersihan diri termasuk la kerap mandi, memotong kuku dan sentiasa kemas. Selain menjaga kebersihan diri, kebersihan kawasan tempat tinggal dan sekeliling juga harus selari dengan pemerhatian kita agar peratusan individu yang dijangkiti akan berkurang. Sekali gus membantu kita dalam menghindari jangkitan scabies.
Sekiranya kita mendapati bahawa timbul simptom-simptom jangkitan scabies pada diri sendiri mahupun orang yang terdekat di nasihatkan agar segera datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan yang disediakan di semua klinik kesihatan mahupun hospital. Hal ini berikutan untuk kita mengelak daripada berlakunya jangkitan sekunder pada kulit kita yang boleh mendatangkan penyakit yang lain.
Pengambilan ubatan secara berterusan serta mengikut arahan doktor juga penting dalam proses pemulihan daripada jangkitan scabies. Makan pada waktu yang ditetapkan, kaedah pengambilan ubat yang betul, dos ubat yang betul serta kekerapan yang betul. Gunakan ubat jenis sapuan yang dibekalkan oleh Penolong Pegawai Perubatan ataupun doctor yang bertugas.
7.0 PENGURUSAN Jangkitan scabies merupakan penyakit berjangkit yang mudah untuk dirawat sekiranya kaedah yang digunakan adalah betul dan tepat.
1. Penggunaan ubat-ubatan : i. ii. iii.
Krim Lindane 1% (sapukan pada kawasan infeksi selepas mandi air p anas) Emulsion Benzyl Benzoate 25% (sapu pada kawasan infeksi) Anti Histamin seperti Chlorpheniramine Maleate 4mg (mengurangkan kegatalan)
iv. v.
Antibiotik seperti Cloxacillin 250mg (rawatan jangkitan sekunder) Anti piretik seperti Paracetamol 500mg-1000mg (jika terdapat demam)
2. Pendidikan kesihatan : i. ii.
Tingkatkan penjagaan kebersihan diri Elakkan berkongsi barangan peribadi seperti tuala mandi, selimut, baju, seluar dengan orang lain. Meski pun orang yang tinggal serumah, bagi mengelak jangkitan silang.
iii.
Elakkan bersentuhan secara terus mahupun tidak terus dengan ahli keluarga semasa tempoh jangkitan.
iv.
Basuh pakaian yang berkaitan dengan air sabun dan rendam dalam air yang panas dan seterusnya jemur kain tersebut di bawa sinaran matahari terik bagi membunuh hama-hama tungau betina dan jantan yang melekat pada pakaian.
v.
Pengajaan makanan dan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
vi.
Ambil dan makan ubat mengikut arahan yang telah diberikan oleh doctor.
8.0 RUMUSAN Scabies lebih dikenali sebagai kudis buta oleh masyarakat sememangnya sudah dikenali sejak dari dahulu lagi. Rasa gatal yang disebabkan oleh hama Sarcoptes Scabiei yang membiak pada bawa lapisan epithelium kulit kita menyebabkan ruam-ruam kemerahan muncul disusuli dengan rasa gatal.
Scabies akan berjangkit sekiranya individu yang terjangkit sentuh individu yang belum dijangkiti dalam jangka masa yang lama atau melalui perkongsian barangan peribadi seperti tuala mandi, selimut dan tempat tidur, mahupun mengadakan hubungan seks bersama individu yang telah dijangkiti.
Simptom-simptom yang akan muncul adalah ruam-ruam kemerahan, rasa gatal dan menjadi lebih teruk pada waktu malam dan sekiranya terdapat jangkitan sekunder lesi-lesi bernanah akan muncul.
Rawatan segera diperlukan bagi mengelakkan jangkitan sekunder dengan datang ke klinik yang terdekat atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Tiada penyiasatan yang spesifik dalam kes jangkitan penyakit scabies, namun melalui tanda dan simptom mampu didiagnoskan sebagai scabies.
Pendidikan kesihatan sangat penting dalam pencegahan berlakunya jangkitan penyakit scabies dalam masyarakat. Kebersihan diri adalah aspek terpenting dalam misi kawalan dan pencegahan penyakit scabies.
Akhir sekali, dengan mematuhi arahan dan pendidikan kesihatan yang telah diberikan, maka probabiliti kita untuk mendapat penyakit berjangkit scabies akan berkurang.
9.0 RUJUKAN Internet: i. http//:www.NHS Choices.com ii. http//:www.encyclopedia.com iii. http//:www.webmd.com Buku: i. ii. iii. iv.
MAMB 1113 SEMESTER 1 MACH 2114 SEMESTER 3 MACP 2113 SEMESTER 3 KAMUS KEJURURAWATAN OXFORD
10.0 LAMPIRAN
Scabies on the foot
Scabies on the hand
Scabies on the arm Scabies on the finger
Crusted Scabies in a person with AIDS
Scabies site of rashes
scabies life cycle
ISI KANDUNGAN NO.
PERKARA
1.
PENGHARGAAN
2.
1.0 PENGENALAN 2.0 PENYATAAN MASALAH DAN ISU 3.0 PENCARIAN LITERATURE 4.0 PENEMUAN 5.0 PERBINCANGAN DAN HUJAH 6.0 CADANGAN DAN PENYELESAIAN 7.0 PENGURUSAN 8.0 RUMUSAN
3.
RUJUKAN
4.
LAMPIRAN
MUKASURAT
PENGHARGAAN Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan. Dalam ruangan khas penghargaan ini, saya MOHD AZAHARI BIN ALI sel aku pelatih Diploma Penolong Pegawai Perubatan Kolej Sains Kesihatan Bersekut Kota Kinabalu, Sabah ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan yang tak terhingga kepada semua staff dan kakitangan kesihatan Klinik Kesihatan Sook, Keningau atas bantuan, pengajaran, dan pembelajaran dalam saya menyiapkan tugasan pengkajian kes ini sewaktu berada di Klinik Kesihatan Sook, Keningau. Dalam tempoh sebulan saya berada di sini, dapat dapat pelaja ri amalan kerja yang professional dan dapat mempraktikkan segala teori ketika sesi kuliah. Jasa kalian semua staff kakitangan KK Sook tidak akan saya lupakan. Ucapan khas juga saya ingin sampaikan kepada ketua program Penolong Pegawai Perubatan KSKB KK iaitu En. Nawi Bair atas bantuan dan sokongan beliau. Tidak dilupakan juga penyelaras En. Rozzan Edinin serta staffstaff klinikal yang melawat kami di penempatan kali ini dengan bantuan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini. Akhir sekali, terima kasih kepada kedua ibubapa saya yang seringkali memberikan sokongan dan dorongan dalam membantu saya agar bersemangat untuk menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih. Sekian.