PENGENALAN
Fraktur adalah satu keadaan dimana hilangnya kesinambungan tulang secara menyeluruh atau separa (lost of bone continuity). Secara amnya, fraktur diklasifikasikan kepada tiga iaitu arah garisan kepatahan berbanding axis memanjang tulang, lokasi anatomi kepatahan, dan darjah bahagian tulang yang pecah. Terdapat banyak jenis kepatahan antaranya traumatic atau patologikal, incomplete, complete, kepatahan tertutup, kepatahan terbuka, complicated, tranverse dan lain-lain. Proses penyembuhan fraktur terbahagi kepada lima peringkat iaitu peringkat hematoma, peringkat proliferasi sel, peringkat callus, peringkat konsolidasi, dan peringkat pembentukan semula. Peringkat pertama adalah peringkat hematoma. Ia berlaku sebaik saja selepas fraktur, darah dan eksudat inflamasi akan memenuhi ruang hujung tulang yang patah dan digarisan kepatahan. Keadaan ini akan membentuk hematoma. Peringkat kedua adalah peringkat proliferasi sel. Fibroblasts dan kapilari daripada tisu perantara dan salur berdekatan memasuki kawasan hematoma maka tisu granulasi terbentuk. Serentak itu juga osteoblast berproliferasi terutama dibahagian dalam periosteum dan memasuki tisu granulasi. Peringkat ketiga adalah peringkat callus. Pemendapan garam kalsium berlaku dan membentuk tulang woven yang dikenali sebagai callus. Ianya membentuk kolar disekeliling tulang yang patah. Callus bercantum dan membantu menstabilkan fragment tulang yang patah. Ketika ini tulang masih tidak cukup kuat untuk menerima bebanan. Peringkat konsolidasi merupakan peringkat yang ketiga dalam proses penyembuhan. Osteoblast meningkat dan callus distruktur semula perlahan-lahan secara osifikasi untuk membentuk tisu tulang.Bahagian yang patah telah bercantum. Peringkat pembentukan semula merupakan peringkat akhir proses penyembuhan tulang. Osteoclast bertindak membentuk semula tulang. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi penyembuhan tulang adalah umur, jenis tulang, fraktur, bekalan darah ke tempat fraktur, imobilisasi, infeksi dan tumor.
CASE REPORT
Nama Pesakit : Ismail Bin Harun R/N : HRPZ 579654 Umur : 43 tahun
Secara amnya pesakit dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan kemasukan Narrow Locking Compression Plate of Left Humerus dan KIV untuk bone graft for closed fracture of midshaft left humerus with neurological deficit. Beliau datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab 2 dengan aduan jatuh daripada tangga setinggi 4 meter pada 19/3/2016. Beliau terjatuh dalam keadaan kebelakang dengan posisi left upper limb terlebih dahulu jatuh. Pesakit tidak mengalami kehilangan kesedaran, retrograde amnesia, tiada kesakitan pada bahagian leher, tiada sesak nafas dan sakit dada. Pemeriksaan fizikal yang dilakukan dibahagian upper limb menunjukkan sensation intact dan tiada elbow and wrist drop. Pesakit telah dipakaikan dengan U-Slab sebelum dimasukkan ke wad. Ujian X-Ray menunjukkan fracture midshaft of humerus dan crack fracture neck of humerus. Keadaan pesakit ketika dimasukkan ke wad adalah stabil, selesa dan tiada kesakitan dibahagian fraktur.
PENGURUSAN
1. Rawatan Kecemasan i. ii.
Penilaian keadaan am mangsa dan keterukan kecederaan yang dialaminya. Penilaian primary survey : Tahap kesedaran Airway – buka saluran pernafasan untuk memastikan tiada halangan untuk mangsa menerima oksigen secukupnya Breathing – nilai pernafasan dan kenalpasti keadaan life threatening Circulation – nilai nadi dan hentikan pendarahan, berikan airan intravena untuk mengekalkan kandungan elektrolit dalam badan dan mengelakkan shock Disability – Nilai GCS dan tulang belakang Expose dan Extremity – penilaian dan pengurusan anggota yang
iii. iv.
patah Imobilisasi anggota yang patah dan pasang splint Jika anggota yang terlibat kepatahan mengalami deformity yang teruk pasang
v. vi.
splint mengikut posisi tersebut Jika ada luka terbuka lakukan pembebatan Jika pesakit dalam keadaan takut terangkan rawatan seterusnya yang akan
vii.
dilakukan. Lakukan penilaian fraktur seperti keadaan luka, kecederaan vascular, kecederaan saraf dan kecederaan visceral
2. Rawatan di wad i.
Nasihatkan pesakit untuk banyakkan rehat di atas katil
ii.
Monitor kadar tekanan darah, pernafasan, nadi, suhu dan skala kesakitan
iii.
pesakit Berikan airan intravena normal saline 0.9% dan oksigen 3L/min menggunakan
iv. v. vi.
nasal prong Lakukan persediaan pembedahan keatas pesakit Ambil consent bagi persetujuan pembedahan Setelah selesai pembedahan lakukan penjagaan selepas pembedahan seperti
vii.
monitor carta pemerhatian, sirkulasi, dan intake output Berikan analgesic jika pesakit mengadu mengalami kesakitan dan mulakan
viii. ix. x.
antibiotic untuk mencegah jangkitan Lakukan penjagaan luka dengan melakukan dressing setiap hari Pastikan melakukan inspeksi luka untuk memastikan tiada pus dan discaj Pantau diet pesakit dengan melebihkan protein dan kalsium untuk
xi.
mempercepatkan penyembuhan Berikan pendidikan kesihatan sewajarnya sebelum pesakit discaj wad
3. Rehabilitasi i.
Elakkan edema dengan elevate anggota terlibat contohnya anggota atas dengan sling manakala anggota bawah elevate dengan menggunakan bantal
ii.
atau kerusi Latihan senaman adalah amat digalakkan untuk mengelakkan mengalami
iii.
kekakuan Aktiviti rehab lain yang boleh dilakukan adalah cold therapy, electrotherapy dan hydrotherapy.
KOMPLIKASI
a. Awal - Infeksi - Kecederaan otot dan tendon - Kecederaan saraf - Kecederaan vascular - Kecederaan visceral - Fat embolism b. Lewat - Delayed union - Non- union
-
Mal-union Avascular necrosis Myositis ossificans Volkmann’s contracture Stiffness and instability Algodystrophy Reflex symphathetic dystrophy
PERBINCANGAN (LITERATURE VIEW)
Heineman et al menjalankan satu meta-analisis daripada 4 ujian membandingkan rawatan fraktur humerus shaft dengan implan yang berbeza (plat dan nails). Selepas mengira data 4 ujian (203 pesakit), mereka tidak menemui apa-apa perbezaan statistik yang signifikan antara plat dan nails mengenai komplikasi, nonunion, jangkitan, palsi saraf, atau reoperation. Dalam kajian retrospektif, Pretell et al melaporkan bahawa 17 daripada 19 pesakit dengan fraktur humerus shaft dirawat dengan intramedullary anterograde locked nailing berpuas hati dengan hasilnya. Tempoh dimasukkan ke hospital selepas pembedahan adalah 3 hingga 4 hari disebabkan tiada komplikasi yang berkaitan dengan implant, tiada komplikasi semasa pembedahan dan masa operasi purata ialah 48 minit. Kadar konsolidasi adalah 80%.
Tiada skim klasifikasi untuk patah humerus shaft telah mendapat penerimaan sejagat. The Arbeitsgemeinschaft f ü r osteosynthesefragen - Persatuan Untuk Kajian Penetapan Dalaman (AO-Asif) klasifikasi berdasarkan jumlah comminution, seperti berikut: - Taip A fraktur - comminution tidak berlaku. - Fraktur Jenis B - Satu serpihan rama-rama hadir. - Jenis C fraktur - comminution telah berlaku. Secara tradisinya, patah humerus shaft telah diterangkan mengikut ciri-ciri berikut: Lokasi - Sebagai contoh, proksimal, tengah, atau distal Jenis garis patah - Seperti melintang, lingkaran serong, comminuted, atau segmen Status - terbuka atau tertutup. Fraktur humerus shaft berlaku lebih kerap pada individu lebih daripada 40 puluh tahun. Kejadian ini sepadan dengan apa yang ditemui dalam kajian yang dijalankan oleh Persatuan Ortopedik Pennsylvania pada tahun 1959. Menurut L. Klenerman didalam jurnal FRACTURES OF THE SHAFT OF THE HUMERUS, bahagian tulang ketiga yang paling terdedah adalah shaft, dimana fraktur melintang dan palsi saraf radial yang paling biasa berlaku.
RUMUSAN
Closed Fracture of Midshaft Humerus merupakan satu keadaan kepatahan yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada pesakit jika tidak dirawat dengan segera walaupun tiada rawatan yang spesifik yang dapat memulihkan maslah ini. Oleh itu, pesakit digalakkan untuk menerima rawatan susulan dengan kerap kerana pelbagai komplikasi awal dan lewat boleh berlaku. Kepatahan jenis ini boleh menyebabkan fungsi saraf ditangan terganggu. Pesakit juga dinasihatkan untuk melakukan fisioterapi untuk memulihkan kefungsian tangan. Diet yang seimbang diperlukan untuk membantu penyembuhan tulang dengan kadar segera.
RUJUKAN
http://onlinelibrary.wiley.com http://worldhealthorganizations.com http://kementeriankesihatanmalaysia.com http://www.bjj.boneandjoint.org.uk http://emedicine.medscape.com/article
KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN AZLAN SHAH PENEMPATAN KLINIK ORTOPEDIK HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB 2 KOTA BHARU, KELANTAN
TAHUN 3SEMESTER 1
CASE STUDY CLOSED FRACTURE MIDSHAFT OF HUMERUS
NAMA NO. I/C
: NIK MUHAMAD ZULHAKIM BIN NIK AZMI : 950722 - 03 - 5563
NO. MATRIKS
: BPP 2014 - 2040