BUSINESS PLAN PROJEK AKUAKULTUR 1.0
Latar Belakang
Dalam mengekalkan kawasan rancangan pengairan Muda sebagai pengeluar utama padi dan beras negara, pihak MADA juga berusaha untuk menambahkan lagi pendapatan peladang-peladang melalui mempelbagaikan aktiviti ekonomi dengan membangunkan industri pengeluaran makanan melalui penggunaan kemudahan dan sumber-sumber yang sedia ada seperti projek akuakultur. Kawasan Muda memang berpotensi untuk berkembang maju dalam bidang pengeluaran ikan air tawar. Sumber-sumber pengeluaran ikan air tawar boleh dimajukan melalui hasil keluaran ikan dalam rangkaian taliair atau terusan, kolam-kolam binaan, kolam tradisi dan juga ternakan ikan di Tasik Pedu yang mana telah dikenalpasti bersama-sama dengan Jabatan Perikanan melalui kajian kesesuaian lokasi ternakan dan kualiti air bagi menjamin pengeluaran hasil ternakan yang baik. Melalui bancian yang dijalankan bersama didapati lokasi untuk ternakan ikan yang sesuai dan dapat diusahakan ialah: a)
Terusan utama sepanjang 35 km daripada 175 km yang boleh diternak dengan 6,000 unit sangkar.
b)
Terusan sekunder sepanjang 45km daripada 929km yang boleh diternak dengan 1,000 unit sangkar.
c)
Tasik pedu dengan keluasan 52 hektar yang boleh diternak dengan 3,000 sangkar bersaiz 20’ x 20’ daripada keluasan permukaan keseluruhan 52 km persegi.
1
1.1
Objektif •
Meningkatkan pengeluaran hasil ikan air tawar dalam negara.
•
Meningkatkan pendapatan usahawan-usaahwan melalui industri hiliran berasaskan perikanan selain dari padi.
•
Menjadikan sektor bukan padi yang kompetatif.
•
Mewujudkan
jalinan
kerjasama
diantara
usahawan-usaahwan
akuakultur dikawasan MADA dalam keseluruhan rantaiannilai aktiviti pengeluaran ikan air tawar. Objektif
ini
disasarkan
bagi
membolehkan
usaahwan-usahawan
dapat
memanfaatkan sumber sedia ada dan seterusnya menambahkan pendapatan mereka. Ia juga dapat membimbing peladang menjadi usahawan yang berjaya. Pengambilan perkapita ikan sebagai salah satu sumber protin yang semakin meingkat iaitu daripada 49 kg/ kapita kepada anggaran 56 kg/kapita pada 2010 juga menyemarakan lagi program ternakan ikan dijalankan. Sasaran pihak kerajaan bagi pengeluaran akuakultur akan ditambah sebanyak 600,000 metrik tan menjelang 2010 dimana ikan tilapia merah dianggarkan menyumbang sebanyak 20% atau bersamaan dengan 120,000 metrik tan. Projek ternakan ikan air tawar di MADA dibahagikan kepada; i)
Ternakan ikan tilapia dalam sangkar di terusan.
ii)
Ternakan ikan tilapia dalam sangkar di Tasik Pedu.
iii)
Ternakan ikan tradisi di kolam-kolam tanah.
iv)
Pengeluaran benih ikan air tawar.
2
1.2
Misi •
Mewujudkan
jalinan
kerjasama
di
antara
usahawan-usahawan
akukultur MADA. •
Memaksimakan pengeluaran bagi setiap sangkar ikan air tawar yang diternak.
•
Menambah pendapatan peladang melalui projek bukan padi.
•
Menggunakan sumber air yang ada dengan sepenuhnya.
1.3
Visi
MADA sebagai pengeluar ikan air tawar utama di rantau utara Malaysia. 1.4
Strategi Pembangunan Ternakan Ikan i)
Melaksanakan projek ternakan ikan dalam sangkar di terusan utama dan di Tasik Pedu.
ii)
Pengagihan bantuan anak benih ikan/sepat/puyu kepada penternakpenternak ikan yang berpotensi dan berdaya maju.
iii)
Mengujudkan kerjasama dengan pihak Jabatan Perikanan dan swasta dalam pengeluaran benih tilapia berkualiti dan pengeluaran ikan keli/sepat/puyu.
iv)
Bekerjasama dengan agensi-agensi penyelidikan bagi meningkatkan teknologi pengurusan penternakan ikan.
v)
Mengujudkan rangkaian pemasaran ikan yang berkesan melalui kerjasama dengan pihak FAMA dan Swasta.
vi)
Pembangunan
sumber
manusia
di
peringkat
peladang/penternak ikan melalui latihan dan kursus.
3
pegawai
dan
2.0
Perancangan Pengeluaran 2.1
Lokasi
Ternakan ikan tilapia dalam sangkar di terusan ini dijalankan di beberapa lokasi. Bilangan sangkar ternakan bagi setiap lokasi adalah berbeza bergantung kepada keadaan lokasi dan peruntukan yang diterima. Lokasi dan bilangan sangkar adalah seperti dalam jadual dibawah. Lokasi
Bilangan Sangkar*
PPK A-I (Kg Guar Sanji)
36
PPK G-II (Kg. Pulau Pisang)
20
PPK D-III (Kg. Kerkau)
160 730
Kg Bukit Raya Pedu
300 Jumlah
1,246
* Saiz sangkar 10 x 10 kecuali di Pedu 20 x 20.
Projek yang dijalankan di Empangan Pedu telah dilaksanakan secara berperingkat
mulai
tahun
2004.
Peringkat
pertama
pembinaan
infrastruktur melibatkan 300 unit sangkar, pejabat dan stor bagi tujuan penternakan ikan Tilapia. Peringkat kedua pula akan melibatkan pembinaan 300 unit sangkar, pejabat dan stor bagi tujuan penternakan ikan Siakap. Secara keseluruhan ianya melibatkan pembinaan 600 buah sangkar ( saiz 20’ x 20’) dan lain-lain infrastruktur seperti berikut:-
4
2.1.1 Pembinaan Sangkar , Infrastruktur Dan Kemudahan Asas Penternakan Di Dalam Tasik Pedu i.
Modul sangkar yang dicadangkan adalah mengandungi 50 petak sangkar dalam satu barisan. Saiz bagi satu petak sangkar adalah 20 kaki x 20 kaki x 10 kaki. Spesis yang diternak adalah ikan tilapia merah (Oreochromis
ii.
niloticus) dan GIFT tilapia. iii.
Kadar benih yang akan dilepaskan adalah sebanyak
1200
ekor
diberi
per
sangkar.
Makanan
rumusan
(pellet)
sepenuhnya sebagai sumber makanan tunggal selama 4 bulan. iv.
Anggaran pengeluaran hasil semusim (6 bulan) untuk
satu sangkar kematian 25%.
adalah sebanyak 900 kg dengan kadar Purata berat
hasil ikan dituai adalah
500gm/ekor. Jumlah pengeluaran hasil semusim untuk 700 sangkar adalah sebanyak 787.5 mt. /musim. 2.1.2 Sumber Benih Tilapia i.
Sebuah pusat pengeluaran benih dan 9 buah kolam asuhan benih telah dibina di PPK D-II, Tunjang. Kapasiti
pengeluaran
anak
benih
dianggarkan
sebanyak 1 juta ekor setahun. Perkara-perkara yang terlibat adalah; •
Kolam pembenihan
•
Petak asuhan benih
•
Kolam kurungan induk tilapia
5
•
Penyediaan makanan anak ikan. •
Lain-lain peralatan sokongan seperti generator, pam angin dan pembungkusan benih.
Infrastruktur yang dibina ini adalah berdasarkan teknologi pengeluaran benih daripada Jabatan Perikanan. ii.
Bagi menampung keperluan benih yang semakin meningkat sebuah lagi pusat pembenihan akan dibina di kampung Kerkau , Pendang di bawah pengendalian PPK D-III, Titi Hj. Idris.
iii.
Pendekatan ini boleh mengurangkan kos pengeluaran, penyelarasan jadual penternakan dan pemasaran ikan dengan lebih sempurna.
2.1.3 Sumber Makanan ii.
Sebuah pusat memproses makanan telah diusahakan bagi memproses makanan di PPK A- II, Kodiang. Bagi menampung pertambahan jumlah sangkar serta kuantiti ikan sebuah lagi pusat memproses akan dibina di Kampung Kerkau, Pendang dibawah pengendalian PPK D-III, Titi Haji Idris. Pendekatan ini dilakukan bagi mengurangkan kos makanan yang merupakan aspek penting dalam penternakan ikan tilapia.
iii.
Kapasiti pengeluaran maksimun makanan yang diusahakan oleh PPK A- II, Kodiang hanyalah sekitar 400 kg/hari untuk operasi selama 8 jam. Kajian terus akan dilakukan bagi membolehkan pusat
memproses makanan ini mendapat
kuantiti dan kualiti yang terbaik bagi projek ternakan ikan di kawasan MADA.
6
2.2 Jangkaan Pengeluaran 2.2.1 Sasaran Pengeluaran ikan tilapia di terusan dari 2005 hingga 2010 adalah seperti jadual di bawah. Perkara
2005
2006
2007
2008
2009
2010
Jumlah
Bil. Sangkar
1,200
1,300
1,400
1,500
1,600
1,700
1,700
Sangkar Untuk pengredan
60
65
70
75
80
85
85
1,140
1,235
1,330
1,425
1,520
1,615
1,615
Sangkar Ternakan Bilangan benih (ekor)
720,0 00
780,000 840,000 900,000 960,000 1,020,000 1,020,000
Keperluan Makanan (mt)
405
438.75
472.5
506.25
540
573.75
573.75
Pengeluaran (mt)
285
308.8
332.5
356.3
380.00
403.8
403.8
Nilai Jualan (RM juta)
1.28
1.39
1.49
1.60
1.71
1.81
1.81
60
65
70
75
80
85
85
Bilangan Manfaat (20 sangkar /orang) Nota: 1.
6.
Saiz Sangkar ialah 10’ x 10’ 2. Ternakan berdasarkan kepada sebanyak 2 pusingan. 3. Nisbah bilangan sangkar untuk pengredan adalah 1: 20 4. Pengeluaran bagi setiap sangkar/thn ialah 210 kg/sangkar . 5. Anggaran harga pasaran ialah RM4.50/kg. Ternakan ikan di Kerkau, Pendang sebanyak 360 sangkar akan bermula pada Julai 2005 dan pengeluaran bagi tahun tersebut adalah untuk satu pusingan sahaja. 7. Pertambahan bilangan sangkar bergantung kepada peruntukan yang diluluskan.
2.2.2 Sasaran Pengeluaran Ikan tilapia di Tasik Pedu dari 2005 hingga 2010 adalah seperti jadual di bawah.
7
Perkara
2005
2006
2007
2008
2009
2010
Jumlah
200
300
400
500
600
700
700
4
9
14
19
24
29
29
166
161
256
351
446
541
541
480,000
720,000
960,000
1,200,000
1,440,000
1,680,000
1,680,000
Makanan (mt)
270
405
540
675
810
945
945
Pengeluaran
59.4
144.9
230.4
315.9
401.4
486.9
1,638.9
Nilai Jualan
0.26
0.65
1.04
1.42
1.81
2.19
7.37
7
17
27
37
47
57
57
Bil. Sangkar Sangkar
Untuk
Pengredan. Sangkar Ternakan
Bilangan
Benih
(ekor)
(RM juta) Bil.
Manfaat
sangkar/orang) .
(10
Nota : 1. Saiz sangkar 20’ x 20’ 2. Ternakan akan dijalankan sebanyak 2 pusingan setahun. 3. nisbah bilangan sangkar untuk pengredan adalah 1:20.
4. pengeluaran bagi setiap sangkar ialah 900 kg/pusingan. 5. Anggaran harga pasaran ialah RM4.50/kg.
6.
Pertambahan bilangan sangkar bergantung kepada peruntukan yang diluluskan.
3.0
Perancangan Tenaga Manusia
3.1
Pengurusan Projek PPK 8
Semua projek-projek penternakan ikan tilapia dalam terusan akan diuruskan oleh pihak PPK dengan melantik seorang kakitangannya menjadi penyelia projek dan dibantu oleh peserta PPRT( lampiran 1 ) . 3.2
Pengurusan Projek Di Pedu Projek di Pedu akan diuruskan oleh seorang Pengurus, 1 orang Penyelia dan 3 orang pekerja am bagi mengawasi
700 unit sangkar. Bagi
memastikan kejayaan projek ini, pihak MADA akan menyelaraskan aktiviti seperti penyediaan infrastruktur penternakan, membekal makanan, benih dan membantu pemasaran produk (lampiran 2). 3.3
Pengurusan Projek Oleh Syarikat Muda III Bagi projek-projek yang diusahakan oleh anak-anak syarikat PPK, pengendalian dan pengurusan projek adalah terletak kepada Pengurus Projek yang dilantik oleh syarikat berkenaan. 3.4
Jawatankuasa Pemantau MoA Inc
Bagi membantu pihak pengurusan projek ternakan ikan ini satu jawatan kuasa pemantauan di bawah konsep MoA Inc, telah diujudkan yang melibatkan Jabatan Pertanian, FAMA, MARDI dan LKIM. Jawatan Kuasa ini adalah berperanan untuk memperbaiki industri agar ianya menjadi lebih produktif dan berdaya saing.
3.5
Kaedah Pengurusan
9
Badan pengurusan projek ini perlu mengamalkan prosedur ternakan tilapia yang disyorkan oleh Jabatan Perikanan dalam aspek pengurusan ikan, pengurusan makanan dan pengurusan harian ternakan. Termasuk juga mengamalkan cara ternakan yang baik ( Good Management Practices, GMP). Modul ternakan yang disyor adalah integrasi antara pengasuhan anak ikan dalam kolam tanah dan ternakan dalam sangkar (grow-out) seperti berikut: •
Pengasuhan anak benih bersaiz kecil dalam petak asuhan sehingga mencapai saiz 80 - 100gm seekor selama 2 - 3 bulan sebelum dipindah ke sangkar ternakan.
•
Sangkar-sangkar diguna khusus untuk ternakan (grow- out) ikan tilapia sehingga mencapai saiz purata 500-600 gm/ekor
dalam
tempoh masa 4 bulan. 3.6
Sokongan Teknikal dan Khidmat Nasihat
Pihak Jabatan Perikanan dan FAMA akan menyediakan bantuan bekalan benih dan khidmat nasihat teknikal seperti analisis kualiti air, pemasaran produk serta memberi latihan kepada pegawai MADA dan pekerja-pekerja projek.
4.0
Perancangan Pemasaran
10
MADA akan membantu memasar dan memperluaskan pasaran ikan tilapia melalui program pemasaran yang terancang dan berkesan. 4.1
Objektif
Mewujudkan rangkaian pemasaran yang sempurna dan industri sokongan yang berkaitan serta merangsangkan lagi perkembangan industri ternakair di kawasan Muda. 4.2 Kaedah Pemasaran Yang Telah Di Laksanakan 4.2.1 Jualan Peruncitan Pada masa ini , saluran jualan secara runcit digunakan oleh kebanyakan PPK. Pelanggan akan membeli poduk di tapak projek atau PPK dan akan membawa ikan tersebut ke kawasan-kawasan terpilih. Antara kebaikan kaedah peruncitan ini adalah ; i.
PPK akan mendapat harga yang tinggi sekitar (RM5.00 – RM6.00).
ii.
Pelanggan akan memperolehi ikan yang segar serta boleh membuat pilihan dengan sendiri.
iii.
Tapak projek akan lebih dikenali serta kawasan sekitar berkembang .
Manakala keburukan penggunaan kaedah ini adalah; i.
Pasaran adalah terhad hanya penduduk di sekitar kawasan projek sahaja yang akan berlanggan.
ii.
Pelanggan yang memilih ikan di dalam sangkar boleh menjejaskan
kualiti
produk
kerana
ikan
yang
dikehendaki boleh tercedera semasa proses pemilihan. 11
tidak
iii.
Kos
penjagaan
akan
meningkat
disebabkan
oleh
ketidaktentuan kehadiran pelanggan. 4.2.2 Pemborongan Ikan tilapia yang dihasilkan adalah dalam bentuk ikan segar hidup dan ikan diproses. Pasaran produk tilapia pada masa ini, lebih tertumpu kepada kaedah pemborongan. Hampir 80 peratus jualan tilapia di PPK menggunakan kaedah ini. Pemborong-pemborong yang dikenalpasti adalah seperti di lampiran 3. Antara kebaikan kaedah ini adalah ; i.
PPK akan dapat memasarkan pada kuantiti yang banyak .
ii.
Kos pengendalian pemasaran akan dapat dikurangkan kerana pemborong akan mengambil sendiri di tapak projek.
Manakala keburukannya pula adalah ; i.
Margin keuntungan adalah kecil berbanding jualan secara runcit harga pada sekitar (RM4.30 – RM4.50).
ii.
Ikan akan mudah rosak disebabkan proses penggredan yang dilakukan oleh pemborong yang kebiasaannya akan melakukannya sendiri.
iii.
Ketidaktentuan
pasaran
oleh
pemborong.
Terdapat
pemborong yang tidak konsisten untuk mengambil ikan. iv.
Pergantungan
kepada
pemborong
menjejaskan sistem pemasaran PPK. 4.2.3 Usahasama
12
tertentu
boleh
Projek usahasama adalah salah satu langkah yang sedang dikaji. Pada
masa
mengadakan
ini,
pihak
usahasama
MADA dalam
sedang
berbincang
bidang
pemasaran
untuk dan
pengeluaran dengan Langkawi Sea Farm. 4.2.4
Kepelbagaian Produk
Pada masa ini pihak MADA telah membina 2 pusat pemprosesan produk tilapia untuk menghasilkan pekasam. Lokasi projek ini adalah Pertubuhan Peladang Kawasan A-I Arau, Perlis dan Pertubuhan Peladang Kawasan B-III, Alor Senibong, MADA Daerah III, Pendang. Ini boleh memberi peluang pekerjaan kepada peladang-peladang yang berdekatan. Pihak MADA telah memohon peruntukan
RM200,000
dalam
RMKe 9 untuk membuat penambahbaikan dalam produk tilapia ini. Ianya bertujuan untuk membina dua (2) pusat produk iaitu di sekitar Tasik Pedu III, Pendang.
pengeluaran
dan di kawasan
Pembinaan pusat ini adalah
Projek Muda
penting
dalam
usaha menambah nilai produk tilapia dan mengembangkan skop pasaran. Antara projek-projek yang terlibat adalah tilapia segar proses dan beku, tilapia fillet (memproses isi ikan), pekasam / ikan kering dan keli proses segar/beku.
4.3 Program Pemasaran
13
Antara aktiviti pemasaran yang akan dijalankan bagi membantu meningkatkan nilai jualan produk adalah : 4.3.1 Mewujudkan usahawan yang konsisten dalam penjualan ikan secara runcit. Pada masa ini tumpuan penjualan secara jualan runcit bergantung kepada penternak / pekerja PPK. Usaha-usaha harus dilakukan bagi mewujudkan usahawan dikalangan peladang yang memberi tumpuan terhadap penjualan secara runcit dengan konsisten. Mereka perlu diberi bantuan modal serta bimbingan untuk menguruskan penjualan. Melalui kaedah ini outlet bagi pasaran ikan tilapia akan lebih meluas.Disamping pembentukan usahawan dikalangan peladang. 4.3.2 Kenalpasti pengusaha yang berpotensi dalam menghasilkan kepelbagaian produk berasakan ikan. Penekanan terhadap penambahbaikan perlu dilakukan. PPK melalui Peladang Nita perlu mengenalpasti pengusaha berpotensi dalam menghasilkan penambahbaikan dalam produk ikan. Salah satu kaedah yang boleh dilakukan dengan menganjurkan program atau pertandingan kepelbagaian produk berasaskan ikan.
4.3.3
Mewujudkan rangkaian pemasaran setempat bagi produk berasaskan ikan tilapia.
14
Pihak MADA dalam rangka mewujudkan rangkaian pemasaran setempat bagi pemasaran produk berasaskan ikan (FISHMART). Lokasi yang di cadangkan adalah di Pendang.
Rangkaian
pemasaran setempat ini akan diperkembangkan ke daerah – daerah lain di kawasan MADA. 4.3.4 Mewujudkan
kerjasama
pemasaran
dengan
syarikat
swasta/usahawan. Pihak MADA akan terus berusaha mengenalpasti syarikat swasta atau usahawan yang berkecimpung dalam industri yang sama untuk berkerjasama dalam pemasaran produk berasaskan ikan. 4.4 Persaingan i.
Penternak-penternak yang mengusahakan ikan tilapia di negeri Perak yang mengusahakan di sekitar Sg. Perak telah menawarkan harga yang lebih rendah pada kadar (RM 3.00 – RM 4.00/kg).
ii.
Pesaingan dengan pengusaha ikan tilapia yang diternak dalam kolam tanah dan lombong terbiar. Harga pasaran adalah pada sekitar (RM2.50 - RM3.00/kg) lebih rendah harganya. Pelanggan yang mementingkan kos akan lebih memberi tumpuan kepada ikan kolam walaupun kualiti yang rendah.
5.0 Perancangan Kewangan
15
Perancangan kewangan bagi projek ternakan ikan tilapia ini merangkumi dua aspek iaitu kos pelaburan dan kos operasi. 5.1 Projek Ternakan Ikan Tilapia dalam Terusan EKONOMI PROJEK 5.1.1 Kos Pelaburan Kos pelaburan adalah berjumlah sebanyak RM 5,593,220 dan ini termasuk
kos
pembinaan
sangkar
dan
peralatan-peralatan
sokongan dan kos operasi. Kedudukan kos pembinaan sangkar dan infrastruktur peralatan sokongan adalah seperti berikut: Perkara
Kuantiti
a. Kos Sangkar (RM 1,700/unit) b. Pembinaan Pusat Pengeluaran Benih
1700 1
Kos(RM) 2,890,000.00 150,000.00
c. Peralatan tuaian/pemasaran 40,000.00 d. Penyelenggaraan
50,000.00
e. Pelbagai 20,000.00 Jumlah Kos Peralatan
3,150,000.00
5.1.2 Kos Operasi Kos yang terlibat di dalam projek ini ialah kos benih, makanan ikan, upah pekerja, bahan api, elektrik dan penyelenggaraan. Pengiraan kos ini adalah berdasarkan kepada dua pusingan pengeluaran. Jumlah kos operasi bagi tempoh setahun beroperasi adalah seperti berikut:
16
Perkara
Kuantiti
a.
[email protected]/ekor
Kos(RM)
2.04 juta ekor/tahun
b. Makanan (FCR 1:1.5)
1147.5 mt/tahun
612,000 2,065,500
@ RM1.80/kg c. Upah & gaji @ RM 5600/bulan Penyelia Projek
4 orang@ RM600
28,800
Pekerja Am Sangkar
8 orang @RM400
38,400
d. Bahan api ( RM2,000/bulan) e. Luar jangka
24,000 5,000
Jumlah Kos Operasi
2,773,700
5.1.3 Hasil dan Pulangan Jumlah pengeluaran adalah bergantung kepada kadar hidup sebanyak 75%. Dengan andaian ini, sebanyak 765 mt setahun (2 pusingan) bernilai RM3.442 juta setahun dengan purata harga jualan RM 4.50/kg akan diperolehi. 5.1.4 Analisa Kewangan 2 petunjuk analisa kewangan iaitu Kadar Pulangan Dalaman (IRR) dan Nisbah Faedah Kos (BCR) telah diambilkira. IRR bagi projek ini ialah 14% dan BCR ialah 1.04.
Kedua-dua kadar ini
menunjukkan ianya berdaya maju. (Analisa IRR, BCR dan NPV adalah seperti di Lampiran 4,5 dan 6 ).
17
5.2
Projek Ternakan Ikan tilapia di Tasik Pedu 5.2.1
Kos Pelaburan
Kos pelaburan adalah berjumlah sebanyak RM4,122,840 dan ini termasuk
kos
pembinaan
sangkar
dan
peralatan-peralatan
sokongan. Kedudukan kos pembinaan sangkar dan infrastruktur peralatan sokongan adalah seperti berikut: Perkara
Kuantiti
Pembinaan Sangkar
700
Kos(RM)
1,190,000.00
b. Pembinaan Pelantar/Stor/Pejabat
1
200,000.00
c. Pembinaan Pusat Pengeluaran Benih
1
150,000.00
d. Pembelian Bot + engin
1
40,000.00
e. Pembelian Kenderaan lori
1
60,000.00
f. Penyediaan Infrastruktur di darat
200,000.00
g. Pam & Generator
40,000.00
h. Peralatan tuaian/pemasaran
40,000.00
i. Penyelenggaraan
50,000.00
j. Pelbagai
20,000.00
Jumlah Kos Peralatan
1,990,000.00
5.2.2 Kos Operasi Kos yang terlibat di dalam projek ini ialah kos benih, makanan, ikan, upah pekerja, bahan api, elektrik dan penyelenggaraan. Pengiraan kos ini adalah berdasarkan kepada dua pusingan pengeluaran. Jumlah kos operasi bagi tempoh setahun beroperasi adalah seperti berikut:
18
Perkara
Kuantiti
a.
[email protected]/ekor
b. Makanan (FCR 1:1.5)
Kos(RM)
1.68juta ekor
504,000
793.8 mt/tahun
1,428,840
@ RM1.80/kg c. Upah & gaji @ RM9500/bulan Pengurus Projek
1 orang
Penyelia Projek
24,000.00 1 orang
18,000.00 Pekerja Am Sangkar
10 orang
48,000.00
d. Bahan api @ RM5,000/bulan
60,000.00
e. Luar jangka
50,000.00
Jumlah Kos Operasi
2,132,840.00
5.2.3 Hasil dan Pulangan Jumlah pengeluaran adalah bergantung kepada kadar hidup sebanyak 75%. Dengan andaian ini, mulai tahun 2005 sehingga tahun 2010, hasil tilapia yang akan diperolehi adalah sebanyak 588mt (2 pusingan) bernilai RM2,646,000 setahun dengan purata harga jualan RM 4.50/kg akan diperolehi. 5.2.4
Analisa Kewangan
2 petunjuk analisa kewangan iaitu Kadar Pulangan Dalaman (IRR) dan Nisbah Faedah Kos (BCR) telah diambilkira. IRR bagi projek ini ialah 20% dan BCR ialah 1.07.
Kedua-dua kadar ini
menunjukkan ianya berdaya maju. (Analisa IRR, BCR dan NPV adalah seperti di Lampiran 7,8 dan 9 ).
19
6.0 PENUTUP Bagi melaksanakan projek ini, kos pelaburan yang diperlukan adalah sebanyak RM9,716,060.00 untuk melaksanakan 2,400 unit sangkar iaitu 700 unit (20 kaki x 20 kaki) di Pedu dan 1700 unit di terusan serta kemudahan sokongan yang lain. Hasil ikan tilapia yang diperolehi daripada projek ini adalah sebanyak 1,302 mt setahun dengan anggaran pendapatan kasar sebanyak RM5,846,000 juta setahun. Dengan melaksanakan projek ini dijangkakan faedah yang akan diperolehi ialah seperti berikut : a.
Dapat meningkatkan aktiviti sosio – ekonomi penduduk setempat dengan tersedianya peluang – peluang pekerjaan tersebut.
b.
Dengan terlaksananya projek ini ianya akan dapat meningkatkan pendapatan penduduk kampung berhampiran dengan mewujudkan industri hiliran berasaskan ikan.
c.
Melalui
pelaksanaan
meningkatkan
program
pendapatan
ini
juga
pengusaha
–
dapat
membantu
pengusaha
chalet
berhampiran dengan menambah aktiviti – aktiviti pelancongan berteraskan industri perikanan. d.
Membantu mempertingkatkan pengeluaran sumber akuakultur negara.
20
e.
Menambah aktiviti dan pendapatan Pertubuhan Peladang Kawasan yang terlibat dalam aktiviti tersebut.
21
22