Ketua dan penolong ketua kelas adalah orang yang bertanggungjawab menjaga pelajar dan kelas semasa ketiadaan guru. •
Ketua dan penolong ketua kelas mesti mencari guru sekiranya guru tidak hadir ke kelas selepas 5 minit. •
Ketua dan penolong ketua kelas mesti memastikan pelajar berbaris di luar kelas sekiranya tiada perhimpunan pada jam 7.20 pagi. •
Dalam apa jua keadaan, ketua dan penolong ketua kelas mesti sentiasa memastikan kelas dalam keadaan bersih, selamat, kemas dan ceria. Ketua dan penolong ketua kelas bolehlah meminta AJK kelas berfungsi mengikut jawatan yang disandang. Minta kerjasama rakan-rakan di dalam kelas untuk bertanggungjawab bersama. •
Sebarang kemalangan dan kejadian di dalam kelas adalah menjadi tanggungjawab ketua dan penolong ketua kelas untuk terus melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas. Sekiranya guru kelas tiada pada hari kejadian maka terus laporkan kepada guru disiplin/guru bertugas mingguan. •
Ketua dan penolong ketua kelas bertanggungjawab membantu pengawas mengawal kelas setiap masa. •
Ketua dan penolong ketua kelas bertanggungjawab membantu pengawas dan guru memastikan kekemasan diri pelajar di dalam kelas masing-masing. •